Categories
SELANGOR

MB: Penjawat awam disaran kekalkan profesionalisme

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 18 JAN: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menasihati penjawat awam supaya berpegang kepada Piagam Perkhidmatan Awam dan bersikap profesional tanpa setia kepada orang politik mahupun parti.

Katanya, barisan kepimpinan negeri bersilih ganti selepas tamat penggal pentadbiran namun penjawat awam kekal terus berkhidmat dan beliau tidak mahu ada kakitangan awam menjadi ‘kambing hitam’ kerana kegagalan sistem.

suk“Bila laut menjadi merah, sungai menjadi merah, surat sokongan bertaburan di pejabat kerajaan, yang ditangkap bukan orang politik tetapi kakitangan awam.

“Saya ingin memberi jaminan di Selangor, kita pertahankan anggota perkhidmatan awam daripada dikambing hitamkan,” katanya dalam ucaptama Perhimpunan Bulanan Kakitangan Awam Selangor di Dewan Jubli Perak.

Sementara itu, Mohamed Azmin berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang bentuk perlombongan bauksit yang memberikan kesan kepada kehidupan rakyat dan ekosistem.

EZY

Categories
SELANGOR

MB puji komitmen penjawat awam berjaya tingkat hasil

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 18 JAN: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memuji penjawat awam khususnya wanita yang berjaya mengutip hasil memberangsangkan di semua peringkat.

Katanya beliau turut berpuas hati dengan catatan kadar penjimatan perbelanjaan Kerajaan Negeri berjumlah RM127 juta meskipun tidak dilaporkan media arus perdana.

sukKatanya, Selangor mencatat lebihan kewangan berjumlah RM577 juta selepas penutupan akaun sekaligus menjadikan hasil berjumlah RM2.53 bilion.

“Saya dimaklumkan akaun ditutup pada 31 Disember 2015. Hasil diunjurkan pada 2015 adalah RM1.97 bilion tetapi setelah ditutup hasil sebenar adalah RM2.53 bilion.

“Ia mencatatkan lebihan RM577 juta,” katanya dalam ucaptama Perhimpunan Bulanan Kakitangan Awam Selangor di Dewan Jubli Perak, di sini.

Mohamed Azmin mengumumkan perkara itu selepas menerima laporan kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2015 daripada Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Datuk Noordin Sulaiman.

Beliau berkata agensi pelaksana seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya melakukan proses pemberian tender secara terbuka.

Katanya ia bagi menjamin ketelusan selain memastikan tahap siap kerja dibuat mengikut jadual ditetapkan.

EZY

Categories
NASIONAL

Azmin: Laksana perubahan jika rakyat Melaka mahu nikmati hasil negeri

Oleh: NAEEM RAFFI

MELAKA, 3 OGOS: Rakyat Melaka perlu bangkit dan berani membuat perubahan jika mahu menikmati limpahan hasil negeri seperti yang dikecapi rakyat Selangor sejak 2008 di bawah Pakatan Rakyat (Pakatan).

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata impian rakyat untuk mendapat pembelaan dan keadilan hanya mampu dikecapi jika tampuk kepimpinan ditadbir pemimpin yang amanah dan bukannya perompak.

MB Azmin“Ketika saya ambil alih Kerajaan Selangor (23 September lalu), rezab simpanan negeri RM3.2 bilion dan kini selepas 11 bulan meningkat kepada RM3.65 bilion iaitu tertinggi dalam negara.

“Simpanan ini bukan wang pemimpin tetapi rakyat dan kita belanjakan sejumlah besar daripadanya untuk kepentingan serta kebajikan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Warung Reformasi, Simpang Solok Gaung, di sini, semalam.

Beliau selaku Timbalan Presiden PKR hadir ke Melaka mengiringi Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk siri Jelajah Amanat Presiden kepada pimpinan PKR negeri yang sebelum ini berlangsung di Hotel Sri Impian, Jasin.

Atas kemampuan kewangan, Selangor melancarkan HIJRAH iaitu sebuah program bantuan perniagaan bermula RM5,000 sehingga RM50,000 tanpa sebarang faedah dan sehingga kini Kerajaan Negerimemperuntukkan RM100 juta melibatkan 56,000 perniaga kecil di Selangor .

IMG_20150802_180955“Tidak cukup dengan itu, anak Selangor yang layak ke universiti milik kita iaitu KUIS dan UNISEL diberi biasiswa dengan peruntukan RM22 juta tahun ini.

“Bagi kerja naik taraf jalan pula, tahun ini sahaja kita membelanjakan RM600 juta,” katanya.

Terbaru, lebih 17,000 penjawat awam Selangor termasuk pensyarah, pegawai akademik dan kakitangan UNISEL menerima bonus sebulan gaji sebagai persediaan menyambut Aidilfitri melibatkan peruntukan RM35 juta.

Berbanding Kerajaan Persekutuan yang hanya memberi RM500 kepada penjawat awamnya.

“Tidak mustahil kita mampu memberi lebih manfaat kepada rakyat jika Pakatan diberi peluang mentadbir Putrajaya.

“Semua manfaat ini mampu dilaksana kerana kita amanah dan tidak merompak hak rakyat,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Insentif sebulan gaji tampung belanja lepas raya

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 30 JUN: Pemberian insentif sebulan gaji sempena Aidilfitri Kerajaan Selangor membuktikan penjawat awam dihargai berikutan pelaksanaan dasar secara profesional dan berintegriti.

Pembantu Operasi Pejabat Menteri Besar, Norshah Hefny Mohd Nazir, 58, berkata dia sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali di atas pemberian bonus itu.

NORSHAH HEFNY“Ia dapat meringankan beban kami dalam membuat persiapan raya kerana perbelanjaan semakin meningkat terutama untuk keperluan anak,” katanya.

Sementara itu, Pembantu Tadbir Pejabat Menteri Besar, Mohammad Taufiqil Hafiz, 25, berkata inisiatif Kerajaan Negeri memberi imbuhan sebulan gaji dapat meringankan beban kakitangan awam.

“Pemberian itu memudahkan kami membuat persiapan raya lebih awal seperti penyelenggaraan kereta sebelum pulang ke kampung. Selain itu, ia dapat menampung kos barangan kerana hampir semua dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST),” katanya.

Bagi Setiausaha, Zarini Zainun, 37, keprihatinan Kerajaan Negeri patut dipuji kerana menghargai perkhidmatan semua penjawat awam.

ZARINI ZAINUN“Saya sarankan Kerajaan Persekutuan harus lebih bertimbang rasa dalam pemberian bantuan raya. Pandang dan dengarlah suara rakyat kerana kami berhak dapat yang lebih setimpal dengan kadar GST yang mereka laksanakan,” katanya.

Kakitaangan Unit Keselamatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK), Johan Alief Ismail, 31, berkata pemberian bonus oleh Kerajaan Negeri membantu mengurangkan sedikit beban walaupun harga barang kian meningkat.

“Kami tetap bersyukur, walaupun kita tahu hakikatnya masih tidak mencukupi. Justeru, orang ramai perlu pandai berjimat dan merancang perbelanjaan sebaiknya serta mengurangkan sifat boros dalam berbelanja,” katanya.

Pegawai Penguatkuasa SUK, Misnun Ramli, 63, berkata pengumumun pembayaran bonus oleh Mohamed Azmin sangat menggembirakan hati semua kakitangan awam Selangor.

“Pemberian itu dapat menampung kos perbelanjaan hari raya, kemasukan anak ke sekolah dan simpanan selepas perayaan,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: Contohi budaya kerja efisyen penjawat awam Jepun & Korea

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 10 JUN: Penjawat awam perlu menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model perubahan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan, kata Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Katanya, sikap inovatif, berketerampilan, budaya kerja mantap dan efisyen penjawat awam dua negara itu berjaya menjadi penggerak utama kejayaan berterusan di sana.

“Jepun yang pertama di Asia yang diiktiraf sebagai negara maju dan berjaya membuktikan kemajuan yang rancak tanpa mengabaikan budaya serta nilai murni bangsa mereka.

mb markshort 5“Justeru, dasar pandang ke timur yang pernah diperkenal pada awal 80-an perlu diperluas ke Korea Selatan kerana pencapaian negara itu dalam bidang teknologi dan inovasi kini menjadi saingan utama kepada Jepun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada lebih 200 penjawat awam dari pelbagai jabatan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, di sini, semalam.

Mohamed Azmin teruja dengan pencapaian penjawat awam Seoul yang berjaya mengurus bandar tersebut dengan baik dan tersusun dengan kapasiti 10 juta penduduk.

“Selangor keseluruhannya mempunyai 5.6 juta penduduk berbanding Seoul tetapi mereka berjaya mengurus dan membangunkannya dengan baik dan tersusun. Ia harus menjadi teladan kepada kita semua,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

APC 2014 suntik semangat penjawat awam

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 9 JUN: Penjawat awam muda berpeluang mendapat kenaikan pangkat bagi membentuk gandingan mantap bersama kumpulan berpengalaman dalam meningkatkan prestasi perkhidmatan awam.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Negeri komited membudayakan nilai kerja cemerlang dalam kalangan penjawat awam dan eksekutif untuk bersama menyumbang tenaga bagi kesejahteraan rakyat.

markshort mb4“Gandingan kumpulan pengalaman dan tenaga baru amat penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi baru dan membangunkan negeri.

“Anugerah ini pendorong kepada pegawai dan anggota perkhidmatan awam mencurah idea serta khidmat bakti demi mencapai misi juga visi Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada lebih 200 penjawat awam dari pelbagai jabatan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 111 pegawai dan penjawat awam pelbagai jabatan menerima anugerah perkhidmatan cemerlang.

interview 3Kakitangan kontrak, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), Muhamad Noh Ramlan, 26, ternyata gembira apabila tersenarai sebagai penerima anugerah itu.

“Satu penghargaan cukup besar kepada saya walaupun baru lima tahun berkhidmat di sini. Ia menyuntik semangat untuk lebih gigih bekerja pada masa depan.

“Saya berharap anugerah ini memudahkan jalan untuk diserap sebagai kakitangan tetap,” katanya kepada Selangor Kini.

Bagi Pembantu Tadbir Seksyen Sektoral, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Norhalina Mohd Sapuan, 30, beliau terharu impiannya meraih anugerah akhirnya tercapai.

interview 2“Anugerah ini bukan penamat dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada negeri sebaliknya permulaan baru untuk saya lebih gigih mencurah bakti.

“Ini antara impian besar selepas bekerja sembilan tahun. Saya masih muda dan punya masa panjang untuk buktikan kesungguhan memberi khidmat serta membantu negeri mencapai visi juga misi,” katanya.

Semua penerima diraikan di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2014 yang disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Alidan turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhammad Khusrin Munawi.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: Persepsi stereotaip kepada penjawat awam tak adil

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 9 JUN: Penjawat awam perlu memperhebat etika dan integriti untuk lebih cemerlang selain memenuhi jangkaan tinggi rakyat, kata Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

“Dalam sistem demokrasi, sesebuah kerajaan perlu mendepani pelbagai tuntutan baru sesuai dengan pesekitaran dan gaya hidup rakyat.

“Justeru, kita akan tingkatkan kemahiran pegawai perkhidmatan awam melalui latihan dengan modul baru untuk menggilap potensi mereka dalam bertindak lebih efektif dan berkesan,” katanya.

markshort mb4Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 111 pegawai dan penjawat awam pelbagai jabatan menerima anugerah perkhidmatan cemerlang.

Mohamed Azmin berkata, persepsi stereotaip yang dilemparkan terhadap penjawat awam juga tidak adil dan perlu diperbetulkan berdasar fakta kejayaan yang dicatatkan.

Katanya penjawat awam Selangor berjaya membuktikan peranan mereka sebagai nadi utama dalam pentadbiran Kerajaan Negeri melalui beberapa petunjuk kejayaan.

cemerlang suk 1“MPSJ, MBPJ, MPK dan MPAJ diiktiraf pihak berkuasa tempatan terbaik Malaysia dengan memperoleh lima dan empat bintang. Selain itu, Selangor turut memperoleh Sijil Tanpa Teguran bagi penyata kewangan Kerajaan Negeri 2014 daripada Ketua Audit Negara.

Beliau berkata, rizab Kerajaan Negeri daripada wang awam dan pelaburan juga meningkat RM2.9 bilion (Disember 2013) kepada RM3.2 bilion (Disember 2014) dan terus meningkat kepada RM3.54 bilion, April lalu.

“Semua kejayaan ini tidak mungkin kita capai tanpa dokongan daripada pegawai dan anggota perkhidmatan awam di peringkat negeri serta daerah.

“Ini membuktikan semua penjawat awam negeri memberi khidmat cukup baik untuk mengutip hasil. Suku tahun pertama sahaja, kita berjaya kutip 52 peratus (RM1.1 bilion) daripada sasaran tahun ini,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Beku pengambilan penjawat awam, kerajaan tambah derita rakyat

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 8 MEI: Tindakan kerajaan membekukan pengambilan pekerja dalam sektor awam tidak rasional kerana meningkatkan lagi kadar pengangguran di negara ini.

Pelajar, Nazim Izzuddin, 24, berkata kerajaan seharusnya memikirkan kesan tindakan itu yang terpalit kepada rakyat sebelum membuat keputusan.

Nazim Izzuddin“Sebelum ini, rakyat memang sukar mendapat pekerjaan dalam sektor awam dan swasta. Pembekuan ini menambahkan lagi derita rakyat dan akan bertambah penganggur di Malaysia.

“Kerajaan seharusnya fikir untuk membantu rakyat, kini beban semakin bertambah apabila kerja tidak diberi dan pelaksanaan GST diteruskan,” katanya kepada Selangor Kini.

Baru-baru ini, Malaysia Kini melaporkan kerajaan memutuskan mengawal jumlah perjawatan di sektor awam bertujuan penggunaan sumber manusia secara optimum, berkuatkuasa 22 April lalu.

Sementara itu, juruteknik, Mohd Saiful Nizar, 29, berkata dia berharap keputusan itu hanya bersifat sementara.

Gayathri“Tindakan itu menghalang pelajar lepasan universiti dan penganggur lain untuk memasuki sektor awam. Saya berharap kerajaan nilai semua tindakan yang diambil dengan mengambil kira kesan terhadap rakyat,” katanya.

Pegawai tadbir, Gayathri, 35, pula berkata tindakan berkenaan bakal memberi persepsi buruk golongan muda terhadap kerajaan.

“Mereka sudah rasa bebanan dengan pelaksanaan dan kini kerajaan bekukan pengambilan pekerja. Sikap tidak prihatin kerajaan terhadap kesusahan rakyat akan bertambah jika terus membiarkan isu ini berlarutan,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Penjawat awam Selangor anggap saranan MB belanja berhemah wajar

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 7 JAN: Penjawat awam menganggap saranan Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali supaya berbelanja secara berhemah ekoran kelembapan ekonomi tahun ini sebagai tepat pada masanya.

Pembantu Tadbir Kanan Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Raja Shahriman Raja Mohd Nazir berkata, saranan itu bukan sahaja terpakai dalam menguruskan perbelanjaan jabatan, bahkan wajar dipraktikan dalam menguruskan kewangan keluarga.

20150107_141749“Setiap jabatan kena pastikan sebelum setiap pembelian, perbandingan sudah dibuat dengan beberapa syarikat pembekal dan pilihan dilakukan berdasar harga terendah pada kualiti terbaik yang mampu ditawarkan.

“Keadaan ini sama dengan kita berbelanja. Buat semakan di beberapa kedai sebelum membeli dan tidak bergantung kepada satu kedai tunggal sahaja untuk membeli barangan keperluan,” katanya ketika ditemui  di sini.

Mohd Shahriman juga menyarankan penjawat awam di negeri itu tidak membazir elektrik dan air dengan memastikan penghawa dingin serta sentiasa ditutup jika tidak digunakan.

20150107_143335Penolong Pegawai Perancang Bandar, Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Dayang Suhana Shukor, 32, pula berkata orang ramai perlu merancang perbelanjaan masing-masing terlebih dahulu.

“Kita kena berbelanja mengikut keutamaan berbanding kehendak, tidak boleh boros terutama harta kerajaan kerana kelembapan ekonomi mampu menjejaskan banyak sektor,” katanya.

Setiusaha di jabatan sama, Norpipah Yaamin, 40, berkata amalan jimat cermat perlu diterapkan dalam perbelanjaan harian dan jabatan memandangkan kos sara hidup serta perbelanjaan mengurus yang meningkat ekoran kejatuhan nilai mata wang ringgit.

“Kita kena rancang kewangan terutama ibu bapa yang menghadapi musim persekolahan yang tentunya banyak berbelanja untuk anak,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Penjawat awam wanita sambut baik waktu kerja anjal

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 7 JAN : Penjawat awam di Selangor menyambut baik inisiatif Kerajaan Negeri yang berhasrat memperkenalkan waktu kerja anjal dari rumah untuk golongan wanita.

Berpengalaman lima tahun sebagai penjawat pihak berkuasa tempatan (PBT), Roslinda Imail, 30, berkata kaedah itu menunjukkan Kerajaan Selangor memahami keinginan kebanyakan pekerja wanita.

20150107_133141“Terutama kepada kami yang mempunyai keluarga dan anak yang memerlukan perhatian.

“Bagaimanapun, Kerajaan Negeri perlu mengkaji cara pelaksanaan bagi menjamin kelancaran kerja,” katanya kepada Selangor Kini, di sini.

Terdahulu, Selangor mengumumkan waktu anjal untuk kemudahan penjawat awam wanita dari kalangan kakitangan Kerajaan Negeri dan anak syarikat (GLC).

Sementara itu, Intan Khairana, 35, pula berharap inisiatif berkenaan tidak menjejaskan produktiviti organisasi, sekali gus memberikan kemudahan yang baik kepada golongan wanita.

“Saya percaya Kerajaan Selangor pastinya mempunyai perancangan strategik dalam menjayakan inisiatif ini.

“Semoga golongan wanita dapat terus menyumbang idea dan kebolehan untuk kemajuan negeri,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: Penjawat awam muda perlu lebih timba pengalaman

Oleh: AFIX REDZUAN

SUBANG JAYA, 20 DIS: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menyarankan penjawat awam muda supaya menimba ilmu bersama penjawat awam yang lebih berpengalaman supaya dapat berkhidmat lebih cemerlang.

Menurutnya, pengalaman yang mereka perolehi hasil perkhidmatan lebih daripada 30 tahun disamping berkhidmat di beberapa negeri lain dapat dimanfaatkan untuk terus mambangunkan Selangor.

makanmalam 3Selain itu, beliau mengharapkan penjawat awam yang bersara supaya dapat memberikan sumbangan pengalaman dan terus menjalinkan hubungan baik bersama Kerajaan Negeri.

“Saya mengharapkan mereka yang bersara, jangan putus hubungan dengan Kerajaan Negeri.

“Dengan pengalaman selama berkhidmat dengan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat merupakan nilai dan aset yang penting untuk dikongsikan dengan Kerajaan Negeri.

“Saya percaya pegawai muda ini harus belajar dan menimba ilmu dengan pegawai-pegawai yang telah bersara.

“Dengan pengalaman inilah akan membantu Kerajaan Negeri membangunkan negeri ini,” katanya di Holiday Villa Subang Hotel & Suites semalam.

Jelasnya lagi, penjawat awam perlu bersedia menghadapi cabaran ekonomi 2015 untuk memastikan Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar Keuntungan Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang setakat ini berjumlah 23.7 peratus.

“Antara langkah perlu diambil dengan perubahan persekitaran yang begitu pantas ialah pimpinan dan penjawat awam perlu bekerja dengan lebih kuat, berinovasi bagi menghadapi cabaran ini,” katanya lagi.

Menyentuh soal kebajikan Mohamed Azmin memaklumkan beliau bertemu dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) bagi membincangkan beberapa perkara termasuk soal perumahan anggota penjawat awam.

Dalam perbincangan tersebut, KSN memohon beberapa tapak untuk pembinaan rumah yang mampu dimiliki anggota perkhidmatan awam yang baru mendapat pekerjaan dan mendirikan rumah tangga.

“Saya memberikan jaminan kepada KSN, Kerajaan Negeri akan memberikan kerjasama untuk menyediakan tapak membina rumah mampu dimiliki anggota penjawat awam,” katanya.

Beliau turut memaklumkan telah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemaju perumahan di Selangor supaya memberikan perhatian kepada pembinaan rumah mampu milik sekitar harga RM110,000 hingga RM220,000.

Sebelum itu, perkara sama turut dibangkitkan oleh Datuk Tarmedi Omar dalam ucapan
wakil pegawai kanan yang bersara dan bertukar Tahun 2014.

Majlis Malam Mesra Sekalung Budi Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2014 menyaksikan seramai 25 pegawai penjawat awam diraikan yang terdiri daripada mereka yang bersara dan ditukarkan ke negeri lain.

Secara keseluruhan, terdapat 21,000 orang penjawat awam di Selangor.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Penjawat awam perlu hemah berbelanja, cabaran hadapi ekonomi gentir

Oleh : NAEEM RAFFI

KUALA SELANGOR, 19 DIS: Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, menuntut pembabitan penuh penjawat awam Selangor mengamalkan budaya berhemah dalam berbelanja sebagai persediaan menghadapi cabaran ekonomi getir.

Gesaan itu dibuat merujuk kepada beberapa petunjuk ekonomi termasuk laporan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang menganjurkan ekonomi dunia tumbuh pada kadar 3.8 peratus sahaja, pada 2015.

Katanya, belanjawan 2015 akan lebih mencabar untuk direalisasikan dalam suasana ekonomi seperti itu jika amalan berhemah dalam berbelanja tidak dapat dipraktikkan.

Perhimpunan bulanan Kerajaan ogos 2014 MB (9) (1)“Jangan padang mudah pada ekonomi 2015, kita perlu bersedia hadapinya dan sebab itu saya minta kita amalkan budaya berjimat.

“Kerajaan Negeri sudah tunjuk teladan dengan memotong elaun Menteri Besar dan Exco. Saya juga menolak untuk terima sebarang cenderamata ketika turun padang, yang mana itu semua adalah mesej menuntut kita semua berjimat.

“Ini termasuk jamuan makan, kurangkan menu. Kalau jamuan minum petang cukup sekadar dua jenis kuih,” katanya ketika berucap dalam majlis Perhimpunan Pagi Penjawat Awam Daerah Kuala Selangor, di sini, hari ini.

azminHadir sama Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Kushrin Munawi, Barisan Exco Selangor dan Pegawai Daerah Kuala Selangor, Suliman Abd Rahman.

Sebelum ini, pakar ekonomi negara meramalkan suasana ekonomi negara akan jauh lebih rendah daripada ramalan ekonomi global yang diunjurkan IMF.

“Kita juga menyaksikan Jepun mencatatkan kemelesetan mulai suku ketiga tahun ini dengan KDNK negaranya menguncup pada kadar 1.6 peratus berbanding pertumbuhan disasarkan pada 2.2 peratus,” katanya.

-NFN-