Categories
SELANGOR

Kes keganasan terhadap wanita meningkat, PWB tampil membantu

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 25 SEP: Kerajaan Negeri menerusi Pusat Wanita Berdaya (PWB) sentiasa mengambil serius isu keganasan terhadap wanita.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata berdasarkan statistik polis, sebanyak 4,807 kes keganasan rumah tangga dilaporkan berlaku pada 2014.

Prihatin kepada perkara itu, Daroyah berkata PWB mengatur Program taklimat keselamatan dan pembelaan wanita dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan.

pc dr daroyah 2“Amat membimbangkan apabila statistik kes keganasan keatas wanita meningkat kepada 12 peratus dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

“Untuk itu, PWB tampil dengan pelbagai program bertujuan meningkatkan lagi kesedaran semua pihak untuk lebih bertanggungjawab menangani masalah itu dari terus meningkat,” katanya.

Sebelum ini, PWB Dun Morib telah menganjurkan Program taklimat keselamatan dan pembelaan wanita pada 23 September lalu.

Melalui program itu, peserta didedahkan mengenai maklumat mendapatkan bantuan daripada polis, Hospital, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Biro Sokongan Keluarga dan Biro Bantuan Guaman Selangor.

-NR-

Categories
SELANGOR

PWB Batu Tiga Agihkan Pakaian Raya Pada Golongan Miskin

rodziah agih baju PWB 03

SHAH ALAM 26 JULAI : Bagi meringankan beban golongan miskin, Pusat Wanita Berdaya (PWB) Batu Tiga mengagihkan pakaian yang disumbangkan oleh orang ramai kepada 60 individu dalam Program Kasih Prihatin Syawal sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Penyelia PWB Batu Tiga, Aminah Ismail berkata, pakaian tersebut merupakan baju lama yang disumbangankan oleh orang ramai dan dibaikpulih dan cuci oleh anggota PWB bagi menjadikannya seolah-olah ?baru?.

“Program ini pertama kali diadakan bersempena dengan sambutan Aidilfitri. Kita mahu mengeratkan hubungan sesama masyarakat di samping menyelesaikan masalah mereka yang kurang berkemampuan dan miskin.

“Kita mahu mereka berasa dihargai dan menikmati Aidilfitri ini dengan kegembiraan,” katanya kepada TVSelangor di sini hari ini. rodziah agih baju PWB 02

Pakaian tersebut disampaikan kepada individu terpilih itu oleh
Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail di dalam satu majlis di PWB Batu Tiga, di sini hari ini.

Aminah berkata, idea tersebut dicetuskan sendiri oleh Rodziah yang prihatin akan keperluan masyarakat miskin di kawasan berkenaan.

Katanya, program tersebut dijayakan anggota PWB secara gotong royong dan bantuan masyarakat sekeliling.

“PWB akan teruskan program sebegini pada masa depan. Mungkin kita akan menjahit sendiri pakaian dan diberikan kepada masyarakat kurang bernasib baik,” katanya lagi.

Categories
NASIONAL

Rodziah : Wanita Desa Jadi Tumpuan Penggal Kedua

pusat wanita berdaya masakan 01

SHAH ALAM : Pembangunan wanita masyarakat desa akan menjadi satu objektif tambahan bagi Kerajaan Selangor sejajar dengan usahanya bagi menumpukan pembangunan di kawasan luar bandar.

Exco Kebajikan dan Hal ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata beberapa program sedang dirancang bagi mengembelingkan tenaga wanita supaya mereka dapat menyumbang kepada peningkatan taraf hidup di kawasan setempat.

Di samping it Kerajaan Negeri akan terus merancakan pembukaan Pusat Wanita Berdaya (PWB) di seluruh negeri supaya golongan lepasan sekolah dan suri rumah dapat mempelajari kemahiran baru seperti menjahit dan memasak bagi meningkatkan hasil isi rumah mereka.

Tumpuan turut diberikan kepada golongan ibu tunggal, kata Rodziah, yang juga Adun Batu Tiga.

“Kita akan terus mengiatkan promosi penerangan supaya ibu tunggal yang tidak berdaftar dapat menyertai (program kerajaan negeri) dan mendapat manfaat,” ujarnya di dalam satu temurah bersama Selangorkini.

Rodziah berkata, peranan wanita dalam pembangunan negeri dikhtirafan Kerajaan Negeri dapat dilihat melalui perlantikan empat exco wanita dalam petadbiran negeri.

Beliau berkata, penglibatan 40 peratus tenaga wanita dalam pentadbiran negeri membuktikan kecemerlangan prestasi ditunjukkan yang seharusnya dibanggakan.

“Peranan wanita ini akan terus diperluaskan dari peringkat atasan hingga ke peringkat rendah yang mana akhirnya wujud pemahaman antara lelaki dan wanita dalam pembangunan masyarakat.

“Kita akan terus membela nasib wanita menerusi pelbagai bidang kerjaya supaya mereka mampu mencipta kerjaya dengan jaya bukan setakat dalam konteks jawatan tetapi ianya lebih meluas,” katanya.

Categories
NASIONAL

Tabung Amal Bantu Penduduk Palestin Sempena Ramadan Dilancar

aqsa3

fauziahSHAH ALAM, 3 JUN : Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Aqsa Syarif Berhad melancarkan tabung kutipan dana untuk disumbangkan kepada penduduk di Palestin sebagai persedian sambutan Ramadan pada Julai nanti.

Timbalan Pengerusi Aqsa Syarif Berhad, Dr Fauziah Mohd Hasan berkata, sumbangan itu nanti akan diberikan dalam bentuk makanan dan keperluan harian, di mana nilainya adalah RM150 setiap satu keluarga.

Menurutnya, sumbangan itu akan disasarkan kepada golongan wanita dan ibu tunggal yang menjadi tulang belakang keluarga supaya dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

“Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban serta membantu penduduk di sana walaupun nilanya tidaklah begitu besar,” katanya sempena program Women March for Palestinian Women and Children di tapak Bazarena, pekarangan Stadium Malawati di sini.

Beliau turut mengalu-alukan seluruh rakyat untuk membuat sumbangan ikhlas selain menyertai upacara menandatangani petisyen sebagai bantahan terhadap keganasan rejim zionis Israel.

Katanya, petisyen itu nanti akan diserahkan kepada United Nation Human Rights Chapter dan Kerajaan Israel untuk memberi tekanan kepada mereka.

aqsaSementara itu, Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail menyambut baik usaha Aqsa Syarif yang memberi komitmen tehadap pembelaan wanita di Palestin yang kebanyakannya masih menjadi tahanan di penjara Israel.

Jelasnya, penubuhan Pusat Wanita Berdaya (PWB) yang dilancarkan Kerajaan Negeri Selangor juga telah menjadi inspirasi buat pimpinan Palestin untuk membina dua buah pusat komuniti di negara itu khusus bagi pengedaran makanan secara percuma kepada penduduk.

“Dalam satu lawatan pimpinan Palestin tahun lalu, mereka telah mengangkat beberapa program PWB untuk dibawa ke sana khusus untuk penyediaan makanan secara berkebajikan.

“Projek ini memerlukan sedikit dana, maka saya ingin menyeru kepada semua rakyat Selangor untuk memberikan sedikit sumbangan supaya projek ini dapat dimulakan sempena Ramadan akan datang,” katanya.

Selain melancarkan tabung amal, pertubuhan itu juga turut membuat tarian ‘flashmob’ dengan disertai kira-kira 30 peserta di tapak bazar sebagai simbolik membantah kekejaman Israel.

aqsa2

Categories
SELANGOR

Golongan Wanita Puji Program Kebajikan Kerajaan Negeri

1

SHAH ALAM 23 FEB: Golongan wanita di Selangor memberikan reaksi positif terhadap usaha Kerajaan Negeri menganjurkan pelbagai program khusus untuk golongan tersebut.

Antara program yang dianjurkan Kerajaan Negeri hingga kini ialah Jom Shopping kepada ibu tunggal, program kesihatan wanita, seminar bagi memberdayakan wanita serta kursus-kursus kemahiran sejak lima tahun kebelakangan ini.

2Bagi Muniaman Batmulai, 46, beliau merasakan program seperti program kesihatan wanita sangat bermanfaat kepadanya kerana beliau tidak perlu bersusah payah untuk ke hospital menjalani pemeriksaan.

“Program seperti ini lebih dekat dengan masyarakat, sebab dianjurkan di kawasan perumahan dan ia sangat memudahkan wanita seperti saya,” katanya ketika ditemui di Program Kesihatan Wanita Seksyen 19 Barat, Shah Alam di sini hari ini.

Manakala, Sakinah Ibrahim, 49, berpendapat usaha ini perlu diteruskan di masa akan datang dan mengharapkan lebih banyak program untuk wanita dapat dianjurkan.

“Kalau boleh, saya harap lebih banyak program untuk kaum wanita dapat diadakan supaya golongan ini sentiasa mendapat perhatian daripada pihak yang sepatutnya,” katanya.

Dalam pada itu, program ini merupakan anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Batu Tiga dan Majlis Pimpinan Penduduk (MPP) Zon 7 dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Batu Tiga dan Ikram Medic Shah Alam.

Turut hadir ialah Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Haris Abu Bakar dan dihadiri kira-kira 100 golongan wanita di kawasan itu.

3Sementara itu, Rodziah di dalam ucapannya berkata, Kerajaan Negeri akan melaksanakan pelbagai program untuk wanita di masa akan datang jika diberikan mandat sekali lagi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Menurutnya, golongan wanita mulai daripada remaja sehingga dewasa perlu diberikan perhatian supaya semua pihak sedar dan faham mengenai hak wanita yang seringkali dipinggirkan sebelum ini.

“Pelbagai kes seperti dera wanita, rogol dan penganiayaan dilakukan terhadap golongan seperti kita dan melalui program-program yang dianjurkan ini, saya ingin lihat supaya wanita memberdayakan dan bukan diperdayakan oleh sesetengah pihak,” katanya yang merupakan Adun Batu Tiga.

 

Categories
SELANGOR

Elaun RM 750 Untuk Penyelaras PWB Perkasakan Ekonomi Wanita

SHAH ALAM 3 SEP : Kerajaan Selangor akan menyediakan elaun RM 750 sebulan bagi penyelia dan penyelaras Pusat Wanita Berdaya (PWB) bagi merancakkan lagi aktiviti program tersebut dalam menaikkan pendapatan wanita.

Dalam masa dua tahun, PWB yang telah beroperasi di sekitar Selangor telah membantu memberi pendapatan sokongan kepada pesertanya dan diharapkan tambahan elaun tersebut akan menggalakkan pembukaan lebih PWB.

Exco Hal Ehwal Wanita Rodziah Ismail berkata sejak diwujudkan pada 2010, inisiatif ini membuahkan pelbagai perkembangan positif.

“Antaranya kita berbangga dengan kejayaan PWB Dun Ijok yang berjaya dengan usaha jahitannya, PWB Dun Batu Tiga dengan tenunan kainnya dan PWB Selat Kelang yang berjaya dengan program-program keusahawanannya.

“Kejayaan-kejayaan ini membuktikan bahawa wanita Selangor semakin perkasa dan berdaya serta mampu memainkan peranan penting dalam memantapkan struktur ekonomi negeri,” katanya dalam Majlis Penghargaan Penyelaras dan Penyelia PWB hari ini.

Majlis dirasmikan isteri Menteri Besar, Puan Seri Salbiah Tunut, yang turut menyampaikan watikah perlantikan Penyelaras dan Penyelia PWB kepada 56 wakil.

Dalam pada itu, Anizan Othman, penyelaras PWB Dun Kota Anggerik berikrar untuk berusaha membantu wanita memainkan fungsi maksimum memacu ekonomi keluarga dan negeri.

“Antara lain saya ingin menarik penyertaan wanita orang asal di Kota Anggerik iaitu lebih kurang 39 orang,? katanya apabila ditermui.

“Saya positif dan percaya usaha-usaha berterusan daripada inisiatif PWB dan Kerajaan Negeri ini akan menjadikan wanita lebih berdikari serta menguntungkan negeri bagi jangka masa panjang,” ujarnya.

Pada Julai lalu, PWB menerima peruntukan sebanyak RM 1.33 juta di bawah Geran Selangorku, bagi tempoh enam bulan akan datang.