Categories
SELANGOR

Wanita disaran sertai program dianjur PWB tingkat ekonomi

OLEH : SYASYA SUFIAN

SERI SETIA, 20 MAC: Golongan wanita disarankan untuk bersama-sama terlibat dalam program dianjurkan Pusat Wanita Berdaya (PWB) bagi meningkatkan pendapatan dan ekonomi keluarga.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata pelbagai program diwujudkan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan pendapatan keluarga terutama melihat ekonomi negara yang penuh cabaran.

PWB“Aktiviti dilaksanakan berlandaskan ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti program masakan, jahitan dan kraf tangan untuk dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta memberdayakan wanita,” katanya.

Dr Daroyah berkata demikian semasa Sambutan Hari Wanita anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Seri Setia di Padang Permainan Desa Mentari, Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Katanya, Kerajaan Negeri ingin menyaksikan kejayaan wanita di negeri itu dalam menimba ilmu dan pendapatan terus meningkat.

Program Sambutan Hari Wanita diadakan meriah seawal jam 7.30 pagi dengan Senaman Zumba diikuti pertandingan solekan antara ibu dan anak, pertandingan masakan spontan dan pelbagai acara lain.

Turut hadir memeriahkan majlis Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Dr Fahmi Ngah dan Ahli Majlis MBPJ, Halimey Abu Bakar.

EZY

Categories
SELANGOR

PWB terus aktif laksana program pembangunan wanita

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 3 MAC: Pusat Wanita Berdaya (PWB) terus bergiat aktif melaksanakan pelbagai aktiviti menarik di seluruh daerah bagi membantu pembangunan wanita di negeri itu.

Antaranya di PWB Sungai Pelek melaksanakan dua program iaitu Kursus Asas Solekan di Pusat khidmat Dun dan Kursus Asas membuat kek di Balairaya JKKK Kampung Baru Sungai Pelek pada 27 dan 28 Februari lalu.

PWBSementara itu, PWB Gombak Setia dan PWB Kajang masing-masing giat menjalankan program masakan membuat muruku dan membuat bingka ubi serta pulut kuning.

Turut hadir Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil bahagian bersama peserta bagi memeriahkan lagi program.

Sempena Hari Wanita Sedunia, PWB Kajang bakal mengadakan Majlis Fiesta Wanita dan Keluarga 2016 bertempat di Kompleks Metropoint pada 5 Mac ini.

Antara acara menarik yang berlangsung adalah pertandingan Beauty Mama, Deko kek, Ukir Henna, Tricky Puzzle dan karaoke.

Lebih menarik dengan kehadiran artis tanah air seperti Ani Mayuni, Nita (OIAM) dan Acher Ukays sebagai juri jemputan bagi pertandingan karaoke.

Selain itu, turut diadakan taklimat keusahawanan dan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi penyelia PWB Kajang, Elliza Aliza di talian 012 3287446.

EZY

Categories
SELANGOR

PWB Kota Anggerik anjur Program Urutan Refleksologi

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 9 FEB: Seramai 20 peserta wanita menyertai Program Urutan Refleksologi anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) Kota Anggerik pada 6 Februari lalu.

Menurut laman fecebook PWB Kota Anggerik, program tersebut dibuka kepada semua wanita berusia 21 tahun keatas bertempat di Dewan Jati, Seksyen 16 Shah Alam.

10336632_156612041385140_2775287085827847510_nRawatan itu sesuai untuk masyarakat umum khususnya wanita yang sering berasa penat dan letih disamping dapat mengenal pasti sistem pada tubuh mereka.

“Sebenarnya, semua toksin yang tidak dapat dinyah keluar daripada badan berkumpul pada kaki, jadi apabila urutan dibuat, toksin akan mengalir dan keluar melalui sistem perkumuhan.

“Oleh Itu kami ingin berkongsi kebaikan ini bersama wanita kerana ia memberi banyak manfaat yang boleh diperolehi untuk diri dan juga keluarga,” katanya.

Katanya, program itu juga bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai tentang kaitan antaran urutan kaki dan kesihatan sistem badan manusia.

EZY

Categories
SELANGOR

PWB tumpu pembaharuan program pembungkusan

OLEH : NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 17 JAN: Pusat Wanita Berdaya (PWB) kini giat menjalankan program pembaharuan pembungkusan untuk memudahkan produk PWB dipasarkan dengan lebih meluas.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata inisiatif itu bertujuan untuk mewujudkan potensi yang lebih baik kepada peserta.

PWB“Dengan adanya pembungkusan yang lebih baik, potensi untuk dipasarkan seperti di pasaraya atau tempat lain adalah lebih meluas.

” ‘PWB Shopping’ ini membolehkan peserta menjual produk mereka bagi menjana pendapatan,” katanya kepada SelangorKini.

Sebelum ini, Daroyah berkata, PWB terus menerima sambutan menggalakkan daripada masyarakat baik di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Katanya, kejayaan itu sekaligus membuktikan objektif penubuhan PWB adalah positif dan menepati sasaran Kerajaan Negeri.

EZY

Categories
SELANGOR

‘PWB Shopping’ medium pasar produk

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 2 JAN : Melangkah setapak lagi, Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor bakal mewujudkan mekanisme baru bagi memasarkan produk dihasilkan kumpulan itu.

Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata program dikenali sebagai ‘PWB Shopping’ itu membolehkan peserta menjual produk mereka bagi menjana pendapatan.

“Program ini akan berlangsung di semua PWB di setiap DUN sebagai pusat sehenti ekoran sambutan memberangsangkan daripada masyarakat.

PWB“Ia juga selaras dengan saranan Kerajaan Selangor untuk menggalakkan wanita berdaya saing dalam ekonomi yang semakin mencabar,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada masa sama, Daroyah berkata, PWB terus menerima sambutan menggalakkan daripada masyarakat baik di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Katanya, kejayaan itu sekaligus membuktikan objektif penubuhan PWB adalah positif dan menepati sasaran Kerajaan Negeri.

“Hampir setiap minggu penyelaras PWB di setiap DUN melaksanakan program untuk peserta dan antara yang mendapat sambutan adalah pembuatan tempe.

“Bermula dari Sekinchan hinggalah Shah Alam dan Petaling Jaya, wanita tidak melepaskan peluang untuk menyertai PWB dan ini adalah sesuatu yang membanggakan,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

PWB anjur Mini Karnival Herba

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 27 DIS: Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor menganjurkan Mini Karnival Herba bagi mengetengahkan produk herba dan semula untuk penjagaan kesihatan.

Menurut laman facebook PWB Selangor, karnival itu diadakan dengan kerjasama DUN Sungai Panjang di Balai JKKK PArit 13, Sungai Panjang pada 24 Disember lalu.

PWB WanitaIa adalah salah satu inisiatif PWB menggalakkan orang ramai khususnya wanita menggunakan produk herba dan semula jadi sebagai salah satu produk penjagaan kesihatan.

Turut diadakan pameran kesihatan dan penjualan pokok ulam yang boleh dijadikan seagai bahan ubat ubatan.

Selain itu terdapat juga aktiviti seperti pertandingan masakan berasaskan herba dan demonstrasi membuat jamu Gepyok bagi menarik lagi golongan wanita.

EZY

Categories
SELANGOR

Program Terapis PWB jana pendapatan ibu tunggal

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 16 NOV: Pusat Wanita Berdaya (PWB) melangkah setapak lagi ke hadapan dengan Program Terapis PWB.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata seramai 20 daripada 60 wanita hari ini terpilih menyertai program perintis itu.

PWBKatanya, mereka yang lulus temuduga akan menyertai kursus selama enam hari.

“Mereka dibekalkan dengan ilmu berkaitan bagaimana menjadi seorang terapis yang baik.

“Ini memberi peluang kepada golongan wanita terutamanya ibu tunggal untuk menjana pendapatan keluarga,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, beliau menyempurnakan pelancaran Program Terapis PWB di Wisma Mustika Ratu, Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur.

Pada 30 Oktober lalu, RM3 juta diperuntukkan untuk PWB menerusi Belanjawan Selangor 2016 yang bertemakan Membangun Smart Selangor Yang Peduli Rakyat.

Peruntukan itu antara lain bagi membangunkan program PWB Shoppe yang berfungsi sebagai pusat pengumpulan ‘home-based’ bagi usahawan wanita luar bandar.

EZY

Categories
SELANGOR

Sedia pelapis sambung wawasan PWB

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 3 NOV: Pusat Wanita Berdaya (PWB) wajar menyediakan pelapis supaya kesinambungan pencapaian dan wawasannya dapat diterus serta dilonjakkan.

Rodziah Ismail (KEADILAN-Batu Tiga), berkata pemilihan pelatih atau konsultan kursus yang ditawarkan terutama latihan berkala harus berkemampuan melahirkan wanita yang berdaya.

rodziah DUN soal jawab 01“Saranan saya supaya Kerajaan Negeri dan pejabat Exco memilih konsultan yang memang berwibawa.

“Ia adalah satu cara menyeragamkan tindakan dan pelaksanaan PWB seluruh Selangor. Pihak pengurusan adalah pasukan yang boleh memberi sebarang bantuan untuk menerangkan kandungan SOP terbabit.

“Oleh itu, belanjawan RM3 itu perlu dinyatakan kepada Dewan Negeri dan penggunaannya juga harus selari serta selaras dengan objektif pemberdayaan wanita yang perlu diukur melalui setiap pencapaian program dilaksanakan,” katanya dalam perbahasan Sidang Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Beliau berkata, penyelia PWB perlu menghidupkan hubungan dengan pemimpin dan Adun atau penyelaras yang dipilih serta institusi, jabatan juga agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan termasuk penduduk setempat.

PWB“Konsep pemberdayaan untuk memberi daya sehingga wanita boleh berdikari ditahap optima daripada aspek penting harus benar-benar dihayati dan dibekalkan kepada mereka, bukan hanya menurut atau memenuhi masa lapang yang ada.

“Seorang penyelia adalah menjadi nadi kepada perkembangan positif sesebuah PWB menurut apa yang dirancang bersama dalam konteks Pelan Tindakan Wanita Selangor, ia adalah satu mekansme yang menjayakan 12 bidang fokus dengan 11 kelompok sasaran wanita,” katanya.

-NFN-

Categories
EKSKLUSIF SELANGOR

Wawancara: PWB lengkapi pemerkasaan wanita Selangor

Pelbagai program dilaksanakan Kerajaan Negeri di bawah Portfolio Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga bagi meperkasa dan memberdaya golongan wanita di Selangor tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik. Exconya, Dr Daroyah Alwi merungkai kaedah dan program yang dilaksanakan bagi pembangunan wanita di Selangor melalui sesi wawancara khas bersama Wartawan Selangor Kini, Syasya Sufian di pejabatnya, pada 15 September lalu.

Apakah bentuk bantuan yang dilaksanakan Kerajaan Negeri untuk membantu golongan wanita di Selangor?

Kerajaan Negeri melaksanakan program melalui Pusat Wanita Berdaya (PWB) sebagai wadah atau landasan untuk golongan wanita di Selangor. PWB diberi peruntukan oleh Majlis Mesyuarat Khas Kerajaan Negeri (MMKN) untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dengan perlantikan penyelia dan penyelaras di setiap 56 DUN. Dengan pelbagai program yang dilaksanakan, kita dapat menarik wanita di dalam dan luar bandar kerana setiap DUN juga terdapat persatuan wanita seperti biro wanita masjid.

Melalui kaedah itu, PWB bergabung bersama persatuan wanita supaya apa yang ingin Kerajaan Negeri capai untuk membantu mereka dapat dilaksanakan bersama di DUN masing-masing. Saya memberikan ruang kepada penyelia yang dilantik untuk melaksanakan program bersesuaian seperti di kawasan kampung dengan memperbanyakkan aktiviti kursus menjahit, memasak, kraf tangan dan gubahan. Manakala, aktiviti akan lebih cenderung kepada kursus keusahawan, ekonomi atau bersesuaian di kawasan bandar yang terdiri daripada berbilang bangsa dan lebih berpendidikan.

IMG-20150915-WA0014Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga menyediakan tiga modul yang diterapkan untuk diberikan kepada golongan wanita untuk dilaksanakan di setiap DUN. Kursus itu adalah Program Kepimpinan Wanita, Program Pemahaman Gender dan Program Pegurusan Kewangan. Untuk jangkamasa akan datang, kita sedang merangka untuk menambah lagi kursus lain seperti pengetahuan ekonomi.

Melalui program yang dilaksanakan, sebilangan wanita berjaya menambah pendapatan seperti program masakan apabila mereka mula berjinak menjual makanan dengan resepi baru yang dipelajari daripada kursus masakan. PWB akan terus memainkan peranan untuk membantu mereka mengetengahkan lagi perniagaan di samping dapat memperbaiki ekonomi isi rumah.

Bagaimana potfolio ini memastikan program PWB beroperasi dengan lancar di setiap 56 DUN dengan bajet yang diperuntukkan?

Setakat ini, setiap DUN beroperasi dengan lancar dan sentiasa dipenuhi aktiviti menarik. Salah satu cara adalah saya memastikan mereka bergerak aktif dan penyelia perlu menghantar kertas kerja bagi setiap program yang akan dijalankan.

Selain itu, setiap bulan kita akan adakan mesyuarat bersama 56 penyelia untuk membincangkan segala permasalahan dan penyelesaian. Di samping itu, saya akan menyampaikan amanat dan taklimat supaya semua penyelia dapat berkomunikasi dengan baik. Penyelia akan membentangkan aktiviti yang sudah atau tidak dapat dilaksanakan kepada saya melalui mesyuarat itu.

Di samping itu, penyelia juga diberi peluang mengutarakan pelbagai idea menarik yang ingin mereka laksanakan di DUN masing-masing.

Prestasi penyelia akan sentiasa dipantau melalui keaktifan aktiviti yang dijalankan. Jika PWB di DUN yang dilantik tidak menjalankan aktiviti mingguan melebihi tiga kali berturut-turut, perkhidmatan penyelaras itu akan ditamatkan dan akan diganti dengan yang baru.

Bagaimana dengan penyertaan wanita dalam program Hijrah? Adakah sambutan menggalakkan?

wanita 4Penyertaan wanita dalam program Hijrah amat menggalakkan kerana lebih 70 peratus pemohon dari kaum wanita. Setakat ini, lebih 10,000 menerima bantuan dan kebanyakan mereka yang memohon adalah untuk perusahaan makanan. Sama ada produk makanan, katering, restoran, gerai jualan dan peniaga pasar malam.

Selain itu, ada diantara mereka membuat perkhidmatan kecantikan, terapi, urutan dan perniagaan secara atas talian.

Kita turut melantik seorang pegawai untuk memantau peserta Hijrah di DUN masing-masing. Mereka akan berjumpa setiap minggu dengan peserta untuk mengutip pinjaman, di samping mengenal pasti permasalahan jika peserta memerlukan khidmat nasihat untuk perkembangan perniagaan mereka.

Ssehingga kini, 98 peratus peserta memberi komitmen dalam membuat bayaran serta menyalurkan kerjasama yang baik kepada pegawai Hijrah.

Perancangan untuk jangka masa panjang yang Kerajaan Negeri akan laksanakan bagi membantu golongan wanita di Selangor melalui PWB?

Tahun depan, kita dalam perancangan menyediakan tempat atau pusat pengumpulan untuk produk PWB di setiap daerah. Saya akan usaha mendapatkan premis daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk diberikan kedai bagi menempatkan produk itu.

Ia bertujuan supaya segala kraftangan, gubahan atau masakan seperti kek dan kuih dapat dijual kepada orang ramai.

Dengan terlaksananya hasrat itu, kita dapat membantu golongan wanita memasarkan produk hasil buatan tangan mereka, di samping menambah pendapatan memandangkan kos sara hidup semakin meningkat dan membebankan rakyat terutama ibu tunggal.

Apa perkembangan terkini Program Skim Kesihatan Wanita dan bagaimana sambutannya?

sihat 4Kerajaan Negeri menawarkan skim pemeriksaan mammogram secara percuma kepada semua wanita di Selangor yang layak dan berumur 35 tahun ke atas. Tujuan utama adalah bagi memastikan kesihatan wanita terjaga dan dalam keadaan optimum memandangkan ramai golongan itu yang bekerja dan berusaha untuk menyara keluarga.

Bagaimanapun, sebelum ini sambutan agak perlahan kerana kita hanya ada satu tempat/panel untuk melaksanakan mammogram itu.

Baru-baru ini, Kerajaan Negeri sudah meluluskan penambahan lima lagi pusat pemeriksaan yang menjadikan kesemuanya enam pusat pemeriksaan. Antara pusat yang mendapat kelulusan adalah KPJ, BP Lab, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).

daroyah1Kerajaan Negeri berpendapat program itu adalah salah satu tanggungjawab sosial yang harus dimanfaatkan oleh semua wanita Selangor.

Dengan adanya penambahan tempat pemeriksaan, kita berharap dapat melancar dan memudahkan lagi wanita untuk mendapatkan pemeriksaan di beberapa cawangan yang tersenarai. Dan dalam satu-satu masa, DUN juga boleh menghantar wanita untuk membuat pemeriksaan mammogram.

Apakah bentuk program Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) untuk membantu wanita teraniaya?

Lima hospital besar yang dijadikan tempat perintis untuk OSCC antaranya Hospital Sungai Buloh, Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan Hospital Tanjung Karang.

Kerajaan Negeri prihatin akan nasib wanita, jadi kita menggalak dan menyarankan wanita yang teraniya untuk mendapatkan bantuan di hospital berkenaan. Kita mahu mereka tahu kita ada menyediakan OSCC dan jika mengalami penderaan mereka boleh terus membuat laporan polis dan OSCC juga menyediakan tempat tinggal.

Dalam pogram OSCC terdapat banyak agensi yang terbabit bagi membantu khususnya kepada golongan wanita teraniaya mendapatkan rawatan serta khidmat kaunseling.

Apakah harapan Kerajaan Negeri dalam memartabat dan memperkasa wanita di Selangor?

Kita berharap semua pihak terutama golongan wanita turun padang dan menyertai program yang dilaksanakan Kerajaan Negeri kerana ia sangat memberi manfaat kepada mereka termasuk dapat mengetahui dengan lebih jelas apa yang dirangka bagi pembangunan wanita Selangor.

Di samping itu, kita juga dalam proses membantu wanita malang terutama yang terbabit dengan penderaan untuk mereka berani tampil bagi mengatasi masalah yang membelenggu dengan menyediakan OSCC.

Kerajaan Negeri juga mengharapkan semua wanita tidak kira di bandar atau luar bandar mendapat manfaat daripada setiap program yang dianjurkan, sekali gus dapat memberikan idea untuk menambah pendapatan isi rumah melalui ilmu yang diperoleh daripada aktviti yang disertai mereka.

Categories
SELANGOR

Dua PWB giat anjur aktiviti wanita setempat

SHAH ALAM – Dua Pusat Wanita Berdaya (PWB) giat menganjur pelbagai aktiviti dalam usaha memperkasa dan memberdaya wanita setempat membabitkan pendedahan menigktu keperluan semasa.

PWB DUN Tanjung Sepat menganjurkan Kursus Kepimpinan Wanita bertujuan meningkatkan kemahiran memimpin dalam kalangan wanita di kawasan berkenaan yang diadakan di Dewan Harmoni, Sijangkang, pada 14 September lalu.

daroyah3Pada masa sama, PWB DUN Sementa turut mengadakan Program Urutan Tradisional di Masjid Kampung Sungai Serdang, Kapar.

Program itu dihadiri lebih 20 wanita setempat selain Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi yang turun padang merasmikan dan memberi sokongan.

“Semoga segala ilmu yang diperoleh hari ini dapat diguna pakai dalam usaha memberdayakan lagi wanita di kawasan masing-masing,” kata Dr Daroyah.

Categories
SELANGOR

Jom jahit beg guna barang kitar semula

SHAH ALAM, 2 SEP: Pusat Wanita Berdaya (PWB) Bukit Antarabangsa mengajak orang ramai khususnya golongan wanita menyertai program menjahit beg menggunakan barangan kitar semula.

Program terbabit bertujuan meningkatkan tahap kesedaran aktiviti kitar semula selain menerapkan sikap mencintai alam sekitar dalam kalangan masyarakat.

11903868_160615700937966_6575115699532564088_nIa akan diadakan di Dewan Sri Tanjung, Kampung Melayu, Ampang bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang, pada 6 September ini.

“Kreativiti kitar semula memperlihatkan idea kreatif penggunaan barang terbuang yang dikitar menjadi satu barangan lain berbeza rupa dan fungsi.

“Penyertaan program ini terbuka kepada sekurang-kurangnya 20 peserta, namun setakat ini kita sudah menerima lebih 30 orang. Ini menunjukkan ia mendapat sambutan,” menurut laman sosial Facebook PWB DUN terbabit.

Segala peralatan jahitan dan barangan kitar semula seperti benang, beg beras dan plastik sabun disediakan. manakala sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian 016-8205134 (Zawiah) atau 017-2937593 (Zaiton).

-NFN-

Categories
SELANGOR

PWB Batu Tiga tingkat kemahiran peniaga wanita

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 1 SEP: Pusat Wanita Berdaya DUN Batu Tiga mengadakan Program Kursus Keusahawanan Wanita bagi membantu peniaga daripada golongan berkenaan lebih cekap dalam berniaga, di Carlton Holiday Hotel & Suites, di sini, pada 29 Ogos lalu.

Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail, berkata 40 peniaga menyertai program terbabit yang bermatlamat meningkatkan pendapatan kaum wanita di negeri itu memandangkan kos sara hidup semakin meningkat.

program keusahawan dun b.3Program itu adalah anjuran Kerajaan Negeri di bawah Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Rodziah berkata, majoriti peserta adalah peniaga kecil yang ingin menambah ilmu dan kemahiran untuk mengembangkan lagi perniagaan sedia ada.

“Melalui kurus itu, wanita di Selangor mampu meningkatkan kualiti dan taraf hidup mereka serta keluarga dengan meraih pendapatan atas usaha juga titik peluh sendiri daripada ilmu yang diperoleh membabitkan speaker bertauliah,” katanya.

-NFN-