Categories
SELANGOR

MB: Pemaju disaran perhebat bina rumah mampu milik

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 28 JAN: Pemaju perumahan disaran terus membina rumah mampu milik ekoran peningkatan permintaan di pasaran khususnya bagi golongan berpendapatan rendah.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata beliau bertemu dengan pemaju besar untuk menilai kembali pembinaan rumah yang bernilai tinggi.

Pelancaran Rumah Selangorku di Setia City Convention Centre MB (3)“Saya tidak akan memberikan sebarang kelulusan jika pemaju besar ini enggan membuat Rumah Selangorku kerana pasaran hari ini menuntut rumah mampu milik yang perlu dibina.

“Pembinaan rumah mampu milik ini haruslah benar mampu dimiliki semua golongan dengan harga kurang dari RM250,000,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Apresiasi Belanjawan dan Hasil Selangor di sini, malam tadi.

Katanya, sambutan menggalakkan pihak swasta termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) yang kini mula membina rumah mampu milik.

“Walaupun sasaran kita 15,000 dalam tempoh tiga tahun tetapi sehingga kini kita sudah mencatatkan 18,000 unit yang sedang dibina.

“Kita amat berbesar hati Tuanku Sultan Perak juga turut mengumumkan menegur pemaju besar untuk bina rumah mampu milik dan bukan mampu lihat sahaja,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Tiada kenaikan harga rumah Selangorku

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 2 NOV: Tidak berlaku kenaikan harga rumah Selangorku walaupun kos pembinaan dijangka meningkat ekoran kejatuhan nilai ringgit.

Exco Perumahan Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata Kerajaan Negeri berhasrat mengadakan perbincangan dengan pemaju untuk mengkaji semula kos perumahan.

Pelancaran Rumah Selangorku di Setia City Convention Centre MB (7)“Buat masa ini belum ada keputusan mengenainya di pihak Kerajaan Negeri.

“Namun, kita sebolehnya tidak menaikan harga rumah kerana Kerajaan Negeri sudah menetapkan kadar sebelum ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui.

Iskandar berkata berkata kejatuhan ringgit memberi kesan kepada pemaju daripada segi harga bahan mentah dan bahan binaan import.

“Sekarang belum ada keputusan menaikkan harga rumah mampu milik. Kita adakan kajian kos kesan penurunan ringgit.

“Bagi perumahan, ada bahan mentah digunakan dari tempatan seperti keluli, paling ketara peningkatan harga ialah kos membeli lif kerana semua diimport.

“Memang ada kesan pada pemaju. Kerana itu Kerajaan Negeri akan adakan perbincangan dengan pemaju,” katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan Ahli Parlimen Kuala Selangor apabila Selangor mengenakan pelbagai caj kepada pemaju menyebabkan pemaju bermasalah membina rumah mampu milik.

Katanya, Kerajaan Negeri memberikan pelbagai faedah antaranya menetapkan penurunan 10 peratus bagi caj premium.

“Kita kesal dengan dakwaan itu, sepatutnya beliau mengkaji terlebih dahulu,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Persekutuan patut adil agih peruntukan perumahan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 25 OKT: Kerajaan Persekutuan perlu bersifat lebih adil dalam pengagihan peruntukan perumahan terhadap negeri termasuk di bawah kepimpinan Pakatan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata pemberian itu patut berdasarkan keperluan pembangunan dan bukan bersifat politik.

Pelancaran Rumah Selangorku di Setia City Convention Centre MB (2)“Kita lihat ada kalanya peruntukan itu tidak turun kepada sasaran. Contoh di Selangor ada peruntukan sebelum ini tetapi tidak dapat kepada kita bahkan ke negeri lain.

“Diharap Kerajaan Persekutuan bertindak adil dalam agihan projek dan peruntukan. Ia diberikan berdasarkan keperluan, bukan berdasarkan politik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas mengenai Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober lalu.

Katanya, Kerajaan Negeri bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk projek pembinaan rumah rakyat termasuk PR1MA dengan syarat mereka mematuhi peraturan rumah mampu milik dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menyentuh soal Belanjawan Selangor beliau berkata, Kerajaan Negeri juga bakal memperkenalkan inisiatif bantuan deposit kewangan bagi mereka yang ingin membeli rumah pertama.

Perkara itu akan diumumkan sendiri Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali pada 30 Oktober ini.

“Saya melihat kepada pembiayaan pemberian deposit kepada mereka yang mahu membeli rumah. Mesyuarat Exco Selangor dua minggu lepas bersetuju dengan program ini.

“Saya tidak tahu siapa ikut siapa tetapi akan diumumkan dalam pembentangan belanjawan minggu hadapan,” katanya yang juga Adun Cempaka.

EZY

Categories
SELANGOR

Bukan tak nak bina rumah, tapi tak ada tanah

Oleh: SYASYA SUFIAN

BATU CAVES, 20 OKT: Kerajaan Negeri tidak membangunkan rumah mampu milik di kawasan Ampang berikutan ketiadaan tanah bersesuaian untuk pembinaan Rumah Selangorku, kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Bagaimanapun, Iskandar berkata, Kerajaan Negeri sudah melaksanakan tanggungjawab membina rumah mampu milik untuk rakyat di beberapa kawasan lain.

iskandar-samad-pink-01“Sebanyak 12,000 unit rumah Selangorku dilancarkan dan sebahagian daripadanya siap seperti di Bangi dan Selayang Mutiara sementara di Sutra Damansara dan Shah Alam sedang dalam pembinaan.

“Jumlah itu adalah sebahagian daripada sasaran Kerajaan Negeri untuk melancarkan 20,000 unit rumah mampu milik,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ampang Jaya, Datuk Ismail Kijo sebelum ini mendakwa Kerajaan Negeri gagal membina rumah mampu milik di kawasan Ampang sejak 2008.

“Mengapa tidak ada tanah di sana? Tanya balik Pengerusi Himpunan Merah, dia adalah bekas Adun di sana.

“Dia lebih mengetahui apa yang terjadi kepada tanah yang dulunya banyak tapi sekarang sudah tidak ada,” katanya.

Iskandar berkata, Kerajaan Negeri membelanjakan hampir RM30 juta sejak 2008 untuk membaik pulih rumah kos rendah yang dibina kerajaan terdahulu.

Pelancaran Rumah Selangorku di Setia City Convention Centre MB (3)Katanya, Kerajaan Negeri sudah membuat penyelidikan berkaitan pembangunan rumah mampu milik dengan beberapa strategi berlainan mengikut kawasan.

“Sebab itu Rumah Selangorku dapat dilihat sedang membangun di kawasan lapang seperti di Klang, Bandar Bayu, Kota Puteri, Rawang dan Gombak.

“Kita tidak mahu mengulangi kegagalan kerajaan terdahulu yang membina rumah mampu milik dalam keadaan tidak memuaskan,”katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

Peluang lesap jika terlalu memilih

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 9 SEP: Bakal pembeli rumah mampu milik di Selangor dinasihat untuk tidak terlalu memilih lokasi berdekatan dengan tempat kerja masing-masing.

Pengarah Ekesekutif Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS), Norzaton Aini Mohd Kassim berkata, sikap terlalu memilih boleh menyebabkan bakal pembeli berputih mata gara-gara melepaskan peluang terbaik yang ada.

norzaton“Tidak semestinya pemaju bina rumah mampu milik dalam lingkungan kawasan tempat kerja kita seperti kawasan bandar Shah Alam sendiri projek rumah mampu milik semakin kurang sebab tanah dah kurang.

“Sekirannya kita menolak peluang yang ada, belum tentu lagi projek rumah mampu milik yang dilancarkan kemudiannya lebih dekat, silap-silap lebih jauh dengan lokasi pilihan pembeli,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Bagaimanapun jelas beliau, LPHS sedaya upaya membantu bakal pembeli bagi memiliki rumah di kawasan yang menjadi pilihan mereka.

Norzaton turut menyeru generasi muda untuk tidak ketinggalan merebut peluang memiliki rumah mampu milik yang sedang rancak dijalankan Kerajaan Negeri.

“Kita kena rebut peluang ini sebab ia mampu memberi pulangan dalam bentuk aset bahkan kita tak perlu lagi menyewa dengan harga yang semakin naik berbanding membayar harga rumah yang dah tentu aset sendiri,” katanya.

-NR-

Categories
SELANGOR

PKNS bakal lancar 5,833 unit rumah mampu milik

SHAH ALAM, 3 OGOS: Sejumlah 5,833 unit rumah mampu milik bakal dilancarkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di seluruh negeri itu, tahun ini.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim, berkata ia selaras dengan agenda program pembangunan Kerajaan Negeri untuk menyediakan kediaman mampu milik dan selesa kepada rakyat.

“PKNS kini memberi tumpuan kepada pembinaan rumah mampu milik khusus untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

ishak hashim“Projek ini bertujuan membantu rakyat Selangor khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman sendiri pada harga berpatutan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, setakat ini PKNS berjaya membangunkan 1,977 unit rumah mampu milik di beberapa kawasan seperti Taman Selayang Mutiara, Bandar Baru Bangi, Seksyen U12 Shah Alam, Antara Gapi dan Kota Puteri.

“Rumah mampu milik itu dijenamakan sebagai Rumah Selangorku Idaman PKNS yang disubsidikan melalui projek komersial atau rumah kos tinggi perbadanan itu,” katanya.

Pada masa sama, Ishak berkata, PKNS sudah membina lebih 150,000 unit kediaman pelbagai jenis sejak penubuhannya, pada 1 Ogos 1964.

pkns 3Katanya, PKNS juga sudah membina rumah kos rendah dan sederhana melebihi had ditetapkan berdasarkan kelulusan kebenaran merancang.

“Kuota pembangunan yang ditetapkan adalah 20 peratus bagi rumah kos rendah, 20 peratus lagi untuk kos sederhana rendah dan 10 peratus membabitkan unit sederhana, manakala selebihnya kos tinggi.

“Contoh kawasan yang melebihi kuota adalah Shah Alam (32.8 peratus rumah kos rendah dan 51.8 peratus kos sederhana), Bangi (23.2 peratus rumah kos rendah dan 54.6 peratus rumah kos sederhana) dan Ampang- Ulu Klang (23.3 peratus rumah kos rendah dan 73.8 peratus rumah kos sederhana),” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

84 unit Rumah Selangorku di Kampung Jawa menjelang 2017

Oleh: AFIX REDZUAN

KLANG, 18 APR: Rumah Selangorku diteruskan dengan pembinaan 84 unit apartmen empat tingkat di Kampung Jawa, di sini, bermula 2017.

Majlis pecah tanah Karya Residensi itu disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali diiringi Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah; Ahli Parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud dan ADUN Sri Andalas, Xavier Jayakumar, di sini, hari ini.

Projek ‘Karya Residensi’ di bawah tanggungjawab anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Selaman Sdn Bhd itu dibahagikan kepada tiga jenis iaitu jenis A dengan keluasan 700 kaki persegi dan dijual RM42,000 seunit, manakala jenis B (RM100,000) pada keluasan 750 kaki persegi.

IMG_6668Sementara itu, jenis C dengan keluasan 900 kaki persegi akan dijual pada harga RM180,000 membabitkan keluasan projek kira-kira 2.3 ekar.

Orang Kelainan Upaya (OKU) juga tidak dipinggirkan dalam pembangunan projek itu apabila empat unit rumah jenis A ditawarkan kepada mereka.

Selaman Sdn Bhd turut menyediakan dua tempat letak kereta bagi setiap unit jenis C, kemudahan surau, dewan orang ramai, pejabat pengurusan, taman permainan kanak-kanak dan kawasan lapang.

Pemangku Ketua Eksekutif Selaman, Dzulkarnain Ahmad berkata, projek rumah mampu milik itu pertama dibangunkan syarikat berkenaan bagi menyokong saranan Kerajaan Negeri untuk membina 15,000 unit rumah mampu milik dan tempoh lima tahun.

Katanya, proses saringan awal bakal pembeli akan dikendalikan sepenuhnya Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan syarikat itu juga turut membina 161 unit rumah teres dua tingkat di kawasan berkenaan.

Antara syarat permohonan ialah pendapatan bulanan isi rumah tidak lebih RM8,000 sebulan, tidak memiliki sebarang jenis kediaman di Selangor dan tidak disewakan.

-NFN-

Rumah Selangorku Diberi Peluang Kepada Golongan Berpendapatan Rendah dan Menengah Bandar


Sinopsis: Kerajaan Selangor memfokuskan Rumah Selangorku untuk golongan berpendapatan rendah dan menengah di bandar untuk memiliki rumah. Syarikat Sime Darby Property bertanggungjawab membina rumah berkenaan di kawasan bandar.

Skim Insentif Untuk Bina 15 Ribu Unit Rumah Mampu Milik


Sinopsis: Kerajaan Selangor sasar pembinaan 15 ribu unit rumah mampu milik dalam tempoh 2 hingga 3 tahun melalui ‘Skim Insentif Galakan Rumah Selangorku 2015’.

Categories
SELANGOR

MB: Rumah Mampu Milik ditetap tidak lebihi RM250,000

Oleh : NAEEM RAFFI

IJOK, 22 JAN: Harga rumah mampu milik (RMM) dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan swasta tidak akan melebihi RM250,000.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata beberapa inisiatif diambil bagi memenuhi permintaan RMM termasuk memperkenalkan skim pemilikan rumah.

Pecah Tanah di Kota Puteri Ijok-MB (11)“Kerajaan Negeri komited menjadikan pembangunan perumahan mampu milik teras utama pakej ekonomi Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Rumah Selangorku Idaman Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Seksyen 5, Kota Puteri di sini hari ini.

Katanya, PKNS patut melihat suasana ekonomi dan keupayaan rakyat di setiap pembangunan kediaman dimajukan.

“Keperluan itu diperhalusi dalam memastikan golongan berpendapatan rendah dan menengah mampu memiliki kediaman,” katanya.

Hadir sama, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Samad dan Pengurus Besar PKNS, Azlan Md. Alifiah.

Projek pembinaan 198 unit itu projek pertama RMM milik PKNS yang dibangunkan menggunakan konsep ‘townhouse’.

Ia bakal dijual pada harga bermula dari RM180,000 sehingga RM220,000 seunit bergantung kepada keluasan tapak.

Setiap unit bakal tampil dengan reka bentuk moden dengan keluasan lantai bermula dari 940 hingga 1,040 kaki persegi serta dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air.

Menariknya, dua unit khas dibangunkan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU).

EZY

 

Categories
SELANGOR

Rakyat gembira polisi perumahan Kerajaan Selangor, bantu miliki kediaman sendiri

Oleh: LIZAWATI MADFA

HULU LANGAT, 16 NOV: Kerajaan Negeri diharap akan terus memperluaskan usaha membina lebih banyak rumah mampu milik pada masa hadapan.

Tinjauan Selangor Kini di Majlis Meraikan Pembeli Pangsapuri Selangorku Idaman PKNS Damai Residensi, di sini, menyaksikan ramai yang berpuas hati dan gembira dengan polisi perumahan Kerajaan Negeri.

Perunding Hartanah, Mohd Ashraf Abdul Saleem, 25, berpandangan usaha murni Kerajaan Negeri itu mampu membantu lebih ramai golongan berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri.

Meraihkan pembeli Pangsapuri Selangorku Idaman PKNS MB (3)“Seperti kita maklum, hartanah tidak akan jatuh nilainya, makin lama makin tinggi. Jadi, dengan usaha Kerajaan Negeri ini memang banyak membantu terutama anak muda seperti saya.

“Kalau tiada usaha seperti ini, entah bila akan ada peluang untuk kami,” katanya yang turut ditawarkan satu unit di Damai Residensi.

Damai Residensi menawarkan 124 unit rumah yang dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan keluasan antara 700 hingga 800 kaki persegi.

Meraihkan pembeli Pangsapuri Selangorku Idaman PKNS MB (9)Setiap unit ditawarkan dengan harga istimewa antara RM60,000 hingga RM90,000 berbanding harga pasaran yang boleh mencecah sehingga RM300,000.

Sementara itu, bagi Ismalizah Hamzah, 36, Kerajaan Pusat harus mencontohi usaha Kerajaan Selangor dalam membangunkan rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan sederhana.

“Kalau kita tengok sekarang, kebanyakan projek adalah rumah banglo dengan harga jutaan ringgit. Jadi, yang kaya bertambah kaya dengan rumah elit dan mewah, sedangkan orang seperti kami ini seakan tidak terbela.

“Kerajaan Pusat harus kawal, kalau bukan mereka, siapa lagi yang berkuasa,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Selangor bina lebih banyak rumah mampu milik 2015

Oleh: LIZAWATI MADFA

HULU LANGAT, 15 NOV: Kerajaan Negeri akan terus memberikan komitmen untuk membina lebih banyak rumah mampu milik di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, hasrat itu selaras dengan aspirasi Pakatan Rakyat (PR) yang sentiasa menjunjung tinggi dasar peduli rakyat.

Katanya, selain soal pendidikan, skim pembinaan rumah rakyat juga akan diberi perhatian khas dalam Belanjawan Selangor 2015 yang bakal dibentangkan, pada 24 November ini.

Meraihkan pembeli Pangsapuri Selangorku Idaman PKNS MB (7)“Kita juga bukan sekadar melancarkan projek perumahan tetapi siapkan dengan anak syarikat Kerajaan Negeri seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memberikan subsidi sehingga RM12 juta kali ini.

“Ini beza dengan Kerajaan Pusat yang umumkan 80,000 rumah mampu milik tetapi sehingga kini tiada kerana kos tanah mereka tinggi.

“Kita punya kelebihan tanah, yang mana kita akan bangunkan balik untuk rakyat Selangor bukannya untuk diterokai dan dirosakkan” katanya.

Beliau berucap demikian dalam Majlis Meraikan Pembeli Pangsapuri Selangorku Idaman PKNS Damai Residensi di Seksyen 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi di sini pagi tadi.

Hadir sama adalah Exco Perumahan, Iskandar Abdul Samad; Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Azlan Md Alifiah dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Nordin Sulaiman.

Damai Residensi adalah projek pertama rumah mampu milik Selangorku PKNS dengan 124 unit ditawarkan termasuk empat unit khas untuk golongan orang kurang upaya (OKU).

azminPada masa sama, Mohamed Azmin mengingatkan pembeli untuk menjaga dengan baik unit rumah yang ditawarkan.

“Kita harap dapat kerjasama untuk membayar yuran penyelanggaraan supaya dapat memastikan kebersihan dan keselamatan kawasan tempat tinggal kita.

“Harap juga jangan dijual unit ditawarkan kerana bukan mudah untuk mendapat hartanah di kawasan strategik seperti ini dengan harga yang cukup istimewa,” katanya.

Pangsapuri Damai Residensi ditawarkan dengan harga serendah RM60,000 hingga RM90,000 sahaja berbanding nilai semasa sebanyak RM250,000 hingga RM300,000.

-NFN-