Categories
SELANGOR

Iskandar : Proses Kelulusan RMM Sedia Disiasat

YB Iskandar baju merah 1

SHAH ALAM 19 DIS : Penglibatan banyak jabatan dan agensi kerajaan dalam proses kelulusan projek perumahan Rumah Mampu Milik di Selangor dapat menghalang daripada berlaku penyelewengan.

Malah, keputusan untuk meluluskan atau menolak projek RMM dibuat Mesyuarat Exco secara bersama atau ‘collective’ dan bukan keputusan Exco Perumahan, kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad.

Beliau menjelaskan setiap keputusan juga diteliti oleh Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Selangor (JPBP), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

Dalam usaha Kerajaan Negeri menambah projek RMM kata Iskandar, pemaju dibenarkan membuat permohonan untuk menggantikan Rumah Kos Rendah dengan RMM.

Mengulas lanjut, Iskandar berkata, permohonan untuk membina RMM  hanya boleh diluluskan jika permintaan untuk Rumah Kos Rendah di sesuatu kawasan terlalu rendah atau terdapat banyak Rumah Kos Rendah yang masih tidak terjual di kawasan tersebut.

“Setiap permohonan akan disiasat JPBD, PBT dan LPHS yang akan mengemukakan ulasan teknikal kepada Mesyuarat Exco.

?Berdasarkan ulasan teknikal itu, Pengarah Tanah Dan Galian Selangor (PTGS) akan mengemukakan cadangan kepada Mesyuarat Exco sama ada untuk menolak atau meluluskan sesuatu permohonan.

“Memandangkan ia melibatkan banyak pihak, amatlah payah bagi pemaju untuk cuba mempengaruhi kesemua pihak-pihak yang terlibat.

?Jika pemaju dapat mempengaruhi LPHS, badan yang terlibat secara langsung menguatkuasakan dasar perumahan negeri, namun ia masih memerlukan kelulusan Mesyuarat Exco,” kata Iskandar dalam kenyataan media.

Oleh itu kata Iskandar, beliau mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang mahu menyiasat atau mengaudit proses kelulusan dan embinaan RMM di Selangor.

Tambahnya, Kerajaan Negeri turut mengambil kira bentuk pembangunan, kemudahan awam dan infrastruktur di sekitar projek RMM itu.

Cukai Pintu Ditetap Kementerian Kewangan Bukan PBT – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 19122012

Saksikan secara langsung “INFO 12” sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 19 DESEMBER 2012 :

1. Proses kenaikan cukai pintu dan lesen perniagaan bukan ditetapkan oleh PBT sebaliknya JPPH dan Kementerian Kewangan.

2. Kerajaan Negeri tidak menghalang selebriti berceramah atau bertazkirah selagi memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh JAIS.

3. Kerajaan Negeri Tawar Pemaju Bina Rumah Mampu Milik Di Selangor.

4. Umno-BN digesa menyelesaikan segera masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri melibatkan masyarakat India di negara ini.

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
SELANGOR

Selangor Mahu Sediakan Kediaman Bagi Disewa Golongan Miskin Bandar

SHAH ALAM, 29 NOV : Kerajaan Negeri bercadang untuk menyediakan kediaman bagi disewakan kepada golongan miskin bandar sebagai langkah memastikan seluruh rakyat di Selangor memliki tempat tinggal.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perkara itu harus dilaksanakan memandangkan tidak semua golongan di negeri ini mampu membeli rumah atau memiliki kediaman sendiri.

“Perkara itu sangat penting dan mesti dibincangkan semula dari segi polisi.

?Saya dapati dalam usaha untuk memberikan kesempatan kediaman bagi seluruh keluarga di Selangor, bukan sahaja strategi menjual rumah kepada rakyat, tetapi memberi peluang kepada sewaan.

“Kita akan mula usahakan di masa depan supaya tiada siapa pun tidak mempunyai kediaman sama ada menjadi pemilik atau penyewa.?

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan ADUN Lembah Jaya Khasim Abdul Aziz di dalam sesi Dewan Negeri Selangor hari ini.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata, usaha Kerajaan Negeri untuk membina lebih banyak rumah kos rendah dan rumah kos sederhana akan dilakukan secara berterusan.

Menurutnya, Kerajaan Negeri akan membuat strategi baru menggunakan peruntukan sejumlah RM 50 juta daripada rizab negeri bagi memperbanyakkan pembinaan Rumah Mampu Milik di Selangor.

INFO 12 – MB : SPRM Di Alu-alukan Siasat Isu Pembelian Kompaktor Sampah


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 03102012

Saksikan secara langsung “INFO 12” sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 3 OKTOBER 2012 :

MB : Tiada Masalah SPRM Siasat Pembelian Kompaktor,
PKNS : RMM Akan Berteraskan Konsep KASIH,
PKNS : Projek CSR Jauh Lebih Banyak Berbanding Untung,
Duduk Di Rumah Bayar Bil Air Perniagaan.

Categories
NASIONAL

Bajet 2013 FOMCA Minta Kerajaan Tumpu Pengangkutan Awam, Rumah Mampu Milik

SHAH ALAM 25 SEPT : Sistem pengangkutan awam dan rumah mampu milik merupakan dua perkara yang perlu diberi perhatian serius oleh Kerajaan Pusat dalam Bajet 2013  pada 28 September depan.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha’ani Abdullah berkata inisiatif itu perlu dizahirkan bukan sahaja di sekitar Lembah Kelang, tetapi di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Contohnya pengangkutan awam, jika dibandingkan perkhidmatan pengangkutan awam hari ini dengan 30 tahun lepas, keadaan dulu adalah berkali ganda lebih baik daripada apa yang kita ada hari ini.

“Pada masa ini, sesetengah tempat langsung tidak mempunyai perkhidmatan bas menyebabkan rakyat terpaksa pula menyewa kenderaan untuk ke sesuatu destinasi.

“Keadaan ini harus diubah dan kerajaanlah yang berkuasa memastikan keadaan ini mampu berubah,” ujarnya yang dihubungi TV Selangor.

Selain itu, beliau berkata Kerajaan Pusat juga perlu memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik dan menyemak semula dasar penempatannya.

“Kerajaan perlu mengkaji bagaimana harga rumah dapat dikurangkan atau mencapai satu harga yang mana setiap rakyat mampu membeli dan memiliki rumah sendiri,”katanya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya SUHAKAM memberitahu agar kerajaan menyemak semula penempatan penduduk, jangan meminggirkan kawasan luar bandar dan membiarkan kawasan pesisir bandar pula dimonopoli perumahan elit.

Beliau bagaimanapun berkata segala usaha menaik taraf kehidupan rakyat ini hanya mampu dicapai melalui sebuah kerajaan yang telus dan komited.

“Jika tiada komitmen yang baik, tidak ada kesungguhan untuk membela dan memastikan rakyat hidup selesa, keadaan tidak mustahil akan menjadi lebih teruk lagi,” tegasnya ringkas.

Categories
SELANGOR

PKNS bina rumah mampu milik mesra OKU


BANGI 12 SEPT: Prihatin dengan kemudahan Orang Kelainan Upaya (OKU),  Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tampil membina rumah kos rendah yang mesra golongan berkenaan.

Sebagai permulaan terletak di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi sebanyak empat unit rumah dibina khas untuk OKU dan konsep ini mendapat pujian dari Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad.

Beliau yang ditemui selepas mengadakan lawatan tapak bagi melihat perkembangan projek ini berkata idea ini akan digunakan untuk beberapa projek perumahan mampu milik yang akan dibina kelak.

“Tahniah saya ucapkan kepada PKNS dan pihak arkitek kerana memikirkan konsep ini dengan menampilkan beberapa kemudahan kepada OKU.

“Reka bentuk disini lebih luas berbanding rumah kos rendah. Tedapat balkoni bagi setiap rumah serta disediakan tempat santai dan berkumpul untuk orang ramai di tingkat atas,” katanya.

Katanya, setakat ini Kerajaan Negeri masih berbincang untuk memperuntukkan beberapa unit rumah kepada OKU dalam projek perumahan akan datang.

Konsep ini sebenarnya difikirkan hasil perbincangan secara menyeluruh melibatkan pihak Kerajaan Negeri, pemaju dan swasta.

Projek pangsapuri enam tingkat di Seksyen 6,  Bandar Baru Bangi mempunyai 124 unit rumah dimulakan pada tahun 2011 dan dijangka siap pada Februari 2013.

Setakat ini, kerja-kerja pembinaan siap 55 peratus.

Kos pembangunan projek ini ditanggung sepenuhnya oleh PKNS dengan keluasan 700 hingga 800 kaki persegi (kps) dan ia terletak di atas tanah pegangan bebas.

Harga jualan bagi seunit pangsapuri ini dalam lingkungan RM60,000 hingga RM99,000 dan dijangka tidak melebihi RM150,000.

Kerajaan Selangor – Rumah Mampu Milik

Sinopsis:

KEMASKINI I: Lantaran maklumbalas yang kencang dan sambutan yang amat mengalakkan, berikut adalah nombor-nombor telefon pihak lembaga yang boleh dihubungi: 03 55447078/ 7961 / 7650 / 7537.

KEMASKINI II: Borang pendaftaran Rumah Mampu Milik boleh didapati di Tingkat 5, Bangunan SUK, dan dijual pada harga RM5.00.

Antara permasalahan perumahan adalah ketidakmampuan pembeli rumah pertama mendapatkan rumah yang bukan sahaja pada harga berpatutan, tetapi dalam jangka masa panjang, tidak mengikis kemampuan ekonomi mereka.

Turut membimbangkan adalah sempitnya ruang untuk pemilik rumah kos rendah untuk memiliki kediaman baru yang lebih selesa, tetapi masih berpatutan.

Kerajaan Negeri Selangor berusaha menangani keluhan ini melalui skim Rumah Mampu Milik.

Dalam penggal mendatang, Kerajaan Selangor mahu menambahbaik skim ini supaya setiap rakyat Selangor tidak terpinggir dalam pasaran perumahan yang semakin mahal mutakhir ini.

Terima kasih atas kepercayaan ini.

Categories
SELANGOR

23,637 Unit Rumah Mampu Milik Telah Dibina

SHAH ALAM 26 MAC : Golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri ini berpeluang  memiliki rumah mampu milik sendiri dengan adanya pelbagai pilihan yang disediakan Kerajaan Negeri.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad, berkata Kerajaan Pakatan sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat negeri dengan penyediaan rumah mampu milik mengikut beberapa kategori.

“Bagi kategori Rumah Kos Rendah, harga jualan bermula daripada RM 35,000 sehingga RM 42,000, Rumah Kos Sederhana Rendah pula berharga kurang daripada RM 72,000 sementara bagi Rumah Kos Sederhana berharga di bawah RM 100,000.

“Secara keseluruhannya, setakat ini sebanyak 23,637 unit rumah mampu milik dibina oleh PNSB (Permodalan Negeri Selangor Berhad) dan PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) bagi tempoh April 2008 sehingga kini,” ujar Iskandar ketika menjawab soalan daripada Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak.

Kerajaan Negeri merangka 5,612 projek Rumah Kos Rendah seluruh Selangor dengan 287 unit sudah siap dan sedia untuk diduduki, manakala 826 lagi masih dalam pembinaan selain 4,499 masih belum di bina.

Bagi Rumah Kos Sederhana Rendah pula, terdapat 2,532 projek yang sudah dirangka dengan 16 unit siap dibina dan 2,516 lagi masih belum dibina.

Sementara itu, bagi Rumah Kos Sederhana, sebanyak 5,510 siap dibina manakala 9,983 lagi masih belum dibina menjadikan jumlah keseluruhan unit Rumah Kos Sederhana adalah sebanyak 15,493 unit.

Daripada jumlah keseluruhan 23,637 unit, terdapat 1, 422 unit rumah di Bukit Botak merupakan projek rumah berkembar satu yang merupakan projek terbengkalai yang kini diusahakan PKNS.

Untuk jangka masa 2011 hingga 2021, PKNS merancang untuk membina lebih daripada 11,000 unit Rumah Mampu Milik yang mana 16 tapak yang terletak di Seksyen 3 Bangi telahpun dimulakan pembinaanya.

Kerajaan Negeri juga mensasarkan beberapa projek Rumah Mampu Milik yang dijangkan lancar iaitu di Kampung Seri Temenggong (Gombak), Seksyen 12 (Shah Alam), Kota Puteri dan Antara Gapi.