JURNAL BERITA – Agensi digesa ambil tindakan pusat judi haram berleluasa

1. DYMM Sultan Selangor : Rakyat disaran manfaat Perpustakaan Raja Tun Uda

2. Agensi digesa ambil tindakan pusat judi haram berleluasa

3. Anwar: Kepakaran ‘Mat Tyson’ bantu Selangor tingkat pembangunan desa

4. ‘Mat Tyson’ sambut baik tawaran Anwar bantu pembangunan desa Selangor

5. Saifuddin: Penyertaan Mat Taib dalam kepimpinan Selangor bukan aneh

6. Anwar: Hanya di Malaysia kempen luar waktu salah?

7. Situasi sampah Solok Kemuning dapat perhatian MPK

8. TNB sumbang buku dan komputer kepada Perpustakaan Raja Tun Uda

9. Pekawanis bantu wanita Selangor maju

10.PKR gesa SPRM sahkan Taib Mahmud bebas skandal penyelewengan

Categories
NASIONAL

Saifuddin: Penyertaan Mat Taib dalam kepimpinan Selangor bukan aneh

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA 14 FEB : Penyertaan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib membarisi kepimpinan Kerajaan Selangor bukan sesuatu perkara aneh.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, berkata beliau mengalu-alukan kehadiran beliau kerana percaya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bijak menilai kebolehan dan potensi seseorang.

saifuddin nasution“Bahkan ia bukan sekadar Mat Taib, tetapi seramai yang boleh.

“Saya mengalu-alukannya sebab Muhammad juga telah menjadi MB Selangor selama 11 tahun, tentu ada kekuatan tersendiri,” katanya dalam satu sidang media di Ibu pejabat PKR.

Saifuddin percaya cadangan kenyataan itu datang memandangkan pengalaman Anwar selama 17 tahun di dalam Umno-BN.

“Anwar dengan pengalaman politik lama, beliau seorang demokratik dan percaya dengan kebolehan seseorang serta pintar menilai potensi seseorang.

“Jika itu kenyataan beliau, ia lumrahnya datang dari Anwar. Beliau akan tengok kebolehan seseorang melampau sempadan parti politik,” kata Saifuddin.

Anwar dalam ceramahnya di Kompleks Penghulu, Kajang baru-baru ini mahu membawa masuk Muhammad Taib ke dalam pentadbiran negeri sekiranya beliau menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang Mac depan.

Ini kerana kebolehan pemimpin itu dalam urusan pembangunan desa diperlukan dalam memantapkan pentadbiran negeri.

EZY

Categories
NASIONAL

Pembangunan Desa Mengikut Kesusuaian Orang Tempatan

 

sallehin sumbangan ramadan 29 jun 01

SHAH ALAM 29 JUN : Perancangan pembangunan luar desa yang menjadi tumpuan Kerajaan Negeri bagi penggal terbaru akan dibuat berdasarkan kesesuaian penduduk setempat kata Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi.

“Industri yang terlibat itu nanti bergantung kepada hasil keluaran yang sesuai dengan penduduk sama ada pertanian, pembangunan atau sebagainya.

“Kita akan jalankan serentak dengan program-program Kerajaan Negeri yang lain. Fokus kita untuk kita membandarkan kampung, jadi apa yang dirasai oleh orang bandar juga dapat dirasai oleh orang kampung,? Sallehin berkata ketika ditemui di sini.

Beliau berkata setakat ini, satu jawatankuasa seketariat yang diketuai oleh Pegawai Perhubungan Politik, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sudah ditubuhkan.

“Banyak pihak yang akan terlibat dalam perkara ini daripada peringkat atas hinggalah akar umbi. Ini termasuk Saifuddin, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid, saya sendiri serta Ketua-Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

“Jawatankuasa ini sudah mula bergerak. Buat masa ini kita dalam peringkat untuk memantapkan di peringkat JKKK, pegawai daerah dan Ketua Kampung,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan di Masjid Negeri, di sini.

Sebelum ini, Abdul Khalid memaklumkan akan memberikan tumpuan yang lebih kepada pembangunan di kawasan desa Selangor seperti Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Sabak Bernam.

Langkah itu supaya rakyat di kawasan-kawasan pendalaman tersebut dapat merasa nikmat kekayaan
Selangor yang selama ini tertumpu di kawasan bandar seperti Petaling Jaya, Shah Alam, Klang dan Ampang.

Usaha pembangunan tersebut meliputi pembinaan infrastruktur seperti jalan raya dan bangunan komersial, selain penjanaan industri kecil bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk belia.