Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Program Bedah Buku dipergiat, promosi karya agung – MB

SHAH ALAM, 12 NOV: Kerajaan Negeri berhasrat untuk mempergiatkan Program Bedah Buku bersiri membabitkan penterjemahan karya-karya agung ke bahasa Melayu di Perpustakaan Raja Tun Uda.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pendekatan itu diambil bagi mempromosikan perpustakaan awam berkenaan sebagai pusat rujukan orang ramai, selain meningkatkan kualiti pemikiran rakyat di negeri ini.

“Perpustakaan ini sudah memulakan siri-siri bedah buku yang kita terbitkan bermula tahun ini.

“Walaupun tempatnya agak dalam tetapi kita akan cuba mempopularkan menjadi tempat tumpuan ramai, di samping berkongsi maklumat dan buku yang akan diterjemahkan.

“Penterjemahan ini penting dan harus diperbanyakkan serta dilebarkan supaya pandangan mereka (karya) ini dapat dilihat daripada pelbagai konteks,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan perbahasan, di sidang Dewan Negeri Selangor, di sini hari ini.

Pada masa sama, katanya, setakat ini lebih 22 karya penterjemahan ke bahasa Melayu yang sudah diterbitkan daripada karya barat dan tempatan.

“Antara karya yang paling cepat habis ialah karya Al-Ghazali seperti Al-Munqidh Min Adala (pembendung kesesatan) dan beberapa karya lain khususnya berkenaan Maqasid Syariah atau ‘Islamic Jurisprudence’ yang kita terbitkan berulang kali,” katanya.

Categories
SELANGOR

Ibu, anak tidak sangka menang peminjam buku paling banyak

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 23 APR: Seorang ibu dan anak tidak menyangka dipilih sebagai peminjam buku paling banyak sehingga diumumkan sebagai penerima Anugerah Peminjam Paling Aktif apabila meminjam lebih 1,000 buku sepanjang tahun lalu.

Mereka menerima anugerah itu bersempena program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit disampaikan Yang DiPertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Masdiana Muhamad di Perpustakaan Raja Tun Uda, di sini, hari ini.

Penerima Anugerah Peminjam Paling Aktif kategori dewasa, Liza Mohd Hadi berkata, beliau sering meminjam buku hampir setiap bulan bagi dijadikan sebagai bahan rujukan pembelajaran.

“Saya dan anak kerap ke Perpustakaan Sekinchan untuk meminjam buku dan sekali pinjam kami akan meminjam sekurang-kurangnya 10 buku setiap bulan.

“Bagi saya amalan membaca ini perlu dipupuk kerana menerusi pembacaan kita akan memperolehi banyak ilmu pengetahuan yang kadangkala tidak dipelajari di sekolah,” katanya yang juga bekerja sebagai guru.

Pada masa sama, katanya, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) kerana menganugerahkan beliau dan anaknya sebagai peminjam paling aktif.

“Saya amat menggalakkan masyarakat tidak kira pelbagai peringkat usia untuk luangkan masa sehari sekurang-kurangnya 10 minit untuk membaca apa sahaja jenis buku,” katanya.

Sementara itu, Anugerah Peminjam Paling Aktif kategori kanak-kanak, Azreen Syarina Abdul Aziz, 12, berkata, minatnya membaca bermula sejak kecil lagi memandangkan ibunya seorang guru banyak menekankan aktiviti berkaitan dalam rutin harian.

“Saya sering mengikuti ibu pergi ke Perpustakaan Sekinchan dan meminjam beberapa naskhah bagi dijadikan bahan rujukan memandangkan tahun ini bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah.

“Bagi saya membaca adalah satu amalan sangat penting kerana ia dapat meningkatkan pengetahuan individu terbabit,” kata pelajar Sekolah Kebangsaan Tok Khalifah, Sungai Besar itu.

Terdahulu, program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit itu diadakan secara serentak di seluruh negara berkonsepkan Berhenti Sebentar dan Membaca Bersama Selama 10 Minit pada jam 11 pagi tadi.

Ia turut membabitkan pelajar sekolah sekitar Selangor, Universiti Awam dan Swasta, Agensi Kerajaan serta Badan Bukan Kerajaan yang turut sama menyokong program seumpama ini.

FOTO: REMY ARIFIN (SELANGORKINI)

JURNAL BERITA – Agensi digesa ambil tindakan pusat judi haram berleluasa

1. DYMM Sultan Selangor : Rakyat disaran manfaat Perpustakaan Raja Tun Uda

2. Agensi digesa ambil tindakan pusat judi haram berleluasa

3. Anwar: Kepakaran ‘Mat Tyson’ bantu Selangor tingkat pembangunan desa

4. ‘Mat Tyson’ sambut baik tawaran Anwar bantu pembangunan desa Selangor

5. Saifuddin: Penyertaan Mat Taib dalam kepimpinan Selangor bukan aneh

6. Anwar: Hanya di Malaysia kempen luar waktu salah?

7. Situasi sampah Solok Kemuning dapat perhatian MPK

8. TNB sumbang buku dan komputer kepada Perpustakaan Raja Tun Uda

9. Pekawanis bantu wanita Selangor maju

10.PKR gesa SPRM sahkan Taib Mahmud bebas skandal penyelewengan

Categories
SELANGOR

Bicara buku ‘Di Atas Padang Sejarah’ karya Pak Samad esok

samad-padang-sejarah

SHAH ALAM, 13 SEPT: Orang ramai dijemput menghadiri Bicara Buku “Di Atas Padang Sejarah” karya Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said di Dewan Serbaguna Tingkat 3, Perpustakaan Raja Tun Uda di sini, esok (14 September).

Program yang dijadual bermula jam 8 pagi hingga 2 petang itu anjuran Seniman Paksi Rakyat (Paksi) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Anggota Gerakan Intelektual Rakyat (Gatera), Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir berkata, program itu akan dikendalikan tiga panel jemputan khas dan seorang moderator.

“Panel yang terlibat ialah Rahmat Haron (penyusun antologi Di Atas Padang Sejarah), aktivis Paksi, Hasni Abas dan Fazallah Pit, bekas Ketua Editor Suara Keadilan yang kini Ketua Pengarang TV Selangor.

“Moderatornya ialah wartawan Harakah Daily, Arif Atan,” katanya.

Penyertaan masuk percuma dan orang ramai yang berminat boleh melayari laman web www.ppas.gov.my atau hubungi 03-5519 7667 untuk maklumat lanjut.

 

 

Categories
SELANGOR

Sultan Selangor Seru Kerajaan Negeri Naiktaraf Perpustakaan

sultan lawat perpustakaan 18 jul 03

SHAH ALAM 18 JULAI : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan Kerajaan Negeri supaya menaiktaraf perpustakaan di setiap daerah termasuk perpustakaan Raja Tun Uda yang dilawatinya hari ini.

Baginta bertitah perpustakaan adalah sebuah tempat gedung ilmu, malah perpustakaan juga boleh dijadikan sebagai tempat riadah di mana ibu bapa dan keluarga boleh datang bersama-sama untuk membaca buku dan membuat rujukan.

“Oleh itu, ia hendaklah dilakukan dan janganlah dilupakan begitu sahaja kerana seperti yang kita ketahui banyak aktiviti-aktiviti lain dalam penimbaan ilmu boleh dijalankan di perpustakaan.

sultan lawat perpustakaan 18 jul 01“Beta juga difahamkan pembinaan untuk meletak kenderaan juga perlu dibina dengan segera kerana keadaan yang sesak apabila pengunjung-pengunjung datang ke perpustakaan Raja Tun Uda ini.

“Beta juga berkenan supaya landskap yang sedia ada disekeliling perpustakaan ini dinaik taraf dan ditambah dengan pokok-pokok hijau supaya menjadikan kawasan ini indah selain mendatangkan suasana bersih dan menyihatkan.”

Baginda bertitah pada Majlis Penyampaian sumbangan buku kepada perpustakaan itu, di Seksyen 13, di sini.

Baginda juga menyeru kepada setiap rakyat Selangor supaya bersama-sama menjaga dan memelihara perpustakaan termasuk buku-buku yang terdapat di dalamnya supaya menjadi mercu tanda gedung ilmu.

Selain itu, DYMM Sultan Sharafuddin turut berkenan menyerahkan sumbangan buku daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bernilai RM 200,000 kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

Sumbangan buku-buku yang berjumlah 2,780 naskah itu menggunakan peruntukkan fisabilillah dan merangkumi pelbagai jenis termasuk agama Islam, kesenian dan fiksyen.

Baginda turut berkenan menyerahkan sumbangan berupa empat naskah Al-Quran braille kepada penerima terpilih bagi Persatuan Braille Malaysia.

sultan lawat perpustakaan 18 jul 04Selain dari LZS, turut menyerahkan sumbangan kepada perpustakaan itu ialah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang memberikan sumbangan sebanyak 50 buah netbook.

Manakala Worldwide Holdings Berhad turut menyerahkan sumbangan buku yang bernilai RM 50,000 serta Yayasan Al Bukhary pula menyumbangkan sebanyak RM 13,000.

Mengiringi baginda, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ; Speaker Dewan Negeri Selangor, Hannah Yeoh dan ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohs Isa; Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Mufti Selangor Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid.