Categories
SELANGOR

MB: Rampas tanah jika operasi sampah haram tidak dihenti

Oleh: HAFIZAN TAIB

GOMBAK, 1 SEP: Kerajaan Negeri akan merampas tanah yang digunakan pihak tertentu bagi menjalankan aktiviti pembuangan sampah haram di Kampung Sungai Pusu, di sini, selepas tempoh prosiding berakhir, 5 September ini.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata tindakan bakal diambil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika operasi itu tidak dihentikan dan kawasan enggan dibersihkan daripada aktiviti berkenaan.

MB Terjah sampah (13)“Proses merampas sudah bermula dengan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengeluarkan Notis 7(B) dan mereka diberi tempoh 21 hari untuk menjalani prosiding terbabit.

“Jika mereka tidak memulih dan membersihkan kawasan tanah ini sehingga tempoh itu, maka pihak berkuasa akan merampasnya,” katanya kepada media selepas operasi terjah khas, di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, ia adalah usaha bagi menjamin Selangor menjadi negeri bersih iaitu aduan diterima berkenaan sampah domestik, pukal, kebun dan industri terlalu besar.

Katanya, program terjah dijalankan di beberapa kawasan PBT hari ini bermula di Subang hingga Selayang mendapati terdapat masalah perlu diselesaikan segera.

“Peruntukan undang-undang sahaja tidak mencukupi kerana apa yang ada masih longgar dan tidak dapat memastikan perkara ini ditangani dengan baik.

MB Terjah sampah (7)“Saya berharap PBT dan pejabat daerah dapat memainkan peranan bersama Adun supaya menggunakan ketegasan mengikut undang-undang kecil yang ada serta penguatkuasaan untuk memastikan perkara ini tidak berulang,” katanya.

Beliau berkata, program terjah akan terus dijalankan bagi menangani masalah seperti itu dan pendekatan terbabit dilihat mampu mengurangkannya dari semasa ke semasa.

“Bagi pembuangan sampah domestik di kawasan dibenarkan, kita ada di Bukit Tagar, Jeram dan beberapa lokasi ditetapkan.

“Kita juga sedang mengenalpasti tapak pembuangan sampah industri di setiap PBT supaya tiada pergerakan terlalu jauh membabitkan kontraktor.

“Langkah ini sedang dan akan terus diambil. Apa yang pasti kita perlukan kerjasama daripada kontraktor,” katanya.

Dalam operasi hari ini, dua buah lori dipercayai membawa sampah haram dirampas dan beberapa kawasan bermasalah dikenalpasti untuk tindakan susulan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Jom Sapu Bersih terjah lokasi sampah haram

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 29 JULAI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melancarkan kempen ‘Jom Sapu Bersih’ yang akan melibatkan sembilan zon kawasan pembuangan sampah haram bagi meneruskan langkah membendung gejala denggi.

Usaha itu akan melibatkan semua jabatan MBPJ, kontraktor dan masyarakat sempena Bulan Kemerdekaan bermula 15 Ogos hingga 31 Ogos ini.

Datuk Bandar MBPJ, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata pihaknya akan memagar kawasan yang menjadi tempat pembuangan sampah haram dan mengambil tindakan terhadap pemilik tanah.

Mohd azizi mbpjKatanya, tindakan memagar tanah bagi mengelakkan kejadian pembuangan sampah haram berulang.

“MBPJ menyiapkan kos RM850,000 untuk kempen ini dan RM310,000 akan diperuntukkan bagi memagar kawasan yang dijadikan lokasi pembuangan sampah haram.

“Ia melibatkan semua kawasan dan tidak tertumpu kepada kawasan persendirian sahaja,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bilangan 7/2015 di ibu pejabat MBPJ.

Beliau berkata, MBPJ turut meminta kerjasama Pejabat Tanah dan Daerah Petaling untuk tindakan susulan termasuk pemberian notis awal.

Setakat ini, tujuh individu ditangkap berhubung kejadian pembuangan sampah haram dengan tiga orang daripadanya adalah warga tempatan dan akan dikenakan tindakan undang-undang.

Berdasarkan statistik kes denggi minggu epid 29, Daerah Petaling mencatatkan penurunan 162 kes berbanding 261 kes pada minggu epid 27.

Daerah Petaling Jaya berada di kedudukan ketiga dengan 5,379 jumlah kes denggi dan kekal mencatatkan 11 kematian, sejak Mei lalu.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kekang sampah haram, 7 lori di sita

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 25 FEB:  Tujuh buah lori disita di lima lokasi hotspot pembuangan sampah haram oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang beroperasi, sejak Januari lalu.

MPSJ memandang serius isu pembuangan sampah haram yang menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk.

IMG-20150121-WA0073“Kesalahan itu membabitkan pembuangan sampah di kawasan awam kecuali dengan cara ditetapkan MPSJ.  Segala kesalahan akan disusuli dengan tindakan mahkamah.

“Orang awam diingatkan tidak membuang sampah di kawasan awam di bawah MPSJ,” kata MPSJ dalam satu kenyataan media.

MPSJ juga akan menyediakan khidmat kutipan sampah untuk orang awam di perumahan teres dan kos rendah.

Bayaran yang dikenakan adalah RM50 satu tan dan MPSJ akan menguruskan kerja kutipan sampah dalam tempoh 24 jam.

Sehubungan itu, orang ramai yang berminat mendapatkan perkhidmatan kutipan sampah pokok/pukal atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan berkenaan diminta menghubungi talian 03-8026 4410/4411.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Sampah haram: MPS berjaya selesai 28 kes 2014

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 FEB: Masalah sampah haram di tanah persendirian menjadi cabaran besar petugas Majlis Perbandaran Sepang (MPS) kerana  pembuangan sisa pepejal itu berlaku di kawasan terpinggir.

Ia ditambah dengan operasi pembuangan sambah berulang di kawasan sama oleh pihak lain walaupun tindakan undang-undang sudah diambil terhadap pesalah pertama.

Penolong Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPS, Mohd Azran Musa berkata, terdapat 10 peratus pesalah berulang dicatatkan setakat ini.

SAMPAH HARAM 1“Kita memang memerlukan bantuan orang ramai. Apabila menerima aduan, kita akan terus buat kawalan dalam masa dua minggu.

“Pada masa sama, tanah itu adalah persendirian, maka kita terpaksa bekerjsama dengan agensi lain seperti Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pentadbir Tanah,” katanya kepada Selangor Kini.

Katanya, 28 kes berjaya diselesaikan pada 2014 dan lima kes dibawa ke tahun 2015.

Selain itu, Mohd Azran berkata, MPS akan melakukan penyitaan terhadap lori dengan denda maksimum RM2,000 untuk sebuah kenderaan terbabit.

Menyentuh masalah sampah haram pukal, Ketua Unit Perkhidmatan Bandar MPS, Norrehan Ahmad Kasman berkata, kebanyakan sampah berbentuk barangan perindustrian ringan seperti alat ganti kereta dan sisa kebun.

GAMBAR SAMPAH KOTORKatanya, kutipan sampah pukal akan dilakukan dua kali sebulan pada minggu kedua dan keempat.

Norrehan berkata, MPS menggunakan pendekatan mempamerkan papan tanda memujuk orang awam terutama di taman perumahan supaya lebih bertanggungjawab dalam menguruskan sisa sampah bagi membendung budaya pembuangan sampah domestik.

Beliau berkata, daerah Sepang mempunyai 253 taman perumahan dan 120 papan tanda sudah dinaikkan sehingga kini.

“Pelbagai bentuk ayat digunakan sebagai pendekatan kempen memujuk dan mendidik masyarakat supaya lebih berdisiplin serta prihatin terhadap kebersihan.

“Setakat ini, ada beberapa kawasan menunjukkan perubahan positif. Kita lakukan kutipan sampah di semua tempat termasuk kampung tradisi,” katanya.

Sebarang aduan sampah boleh dibuat melalui talian 03-6138 9898 dan e-mel aduan MPS di [email protected].

Selain itu, aduan juga boleh dibuat melalui Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor (Stars) di talian 03-55447172 dan e-mel di [email protected].

-NFN-

Categories
SELANGOR

Sita lori sampah, MPSJ bawa kes sampah haram ke mahkamah

Oleh: HAFIZAN TAIB

SUBANG JAYA, 29 JAN: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan menyita lori dan membawa kes ke mahkamah dalam usaha menangani masalah sampah haram secara berperingkat.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, keputusan itu bersesuaian dengan hasrat Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah sampah di seluruh Selangor.

cari sampah a“Pada Ahad lalu (25 Januari), kita sudah membuat beberapa tindakan di beberapa kawasan dan melihat banyak sampah dibuang terutama di tebing dan rizab sungai.

“Kita juga mengesan dua lori sampah haram. Tiada lagi kompaun dan kita akan bertindak membawa kes ke mahkamah serta serius dengan isu sampah haram,” katanya.

Mengikut peraturan, pesalah akan didenda RM1,000 bagi setiap kompaun, manakala denda maksimum RM2,000 dikenakan kepada pesalah apabila kes dibawa ke mahkamah.

hisham1Beliau berkata, kes sampah haram agak membimbangkan dan mesyuarat bersama beberapa agensi berkaitan memutuskan perobohan dan rampasan tanah melalui Pejabat Tanah dan Daerah (PTD).

Katanya, rampasan tanah boleh dilakukan jika kawasan berkaitan adalah tanah persendirian dengan tindakan diambil di bawah Seksyen 127 Kanun Tanah Negara 1965.

“Kita akan mengatasi masalah ini dan mungkin akan bina lanskap di kawasan sesuai supaya tidak lagi digunakan sebagai tempat pembuangan,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Rampas tanah jika dijadikan lokasi pembuangan sampah haram

Oleh: Naeem Raffi

KLANG, 27 OKT : Kerajaan Negeri berharap satu pendekatan proaktif dan tegas bagi menangani masalah pembuangan sampah haram di negeri itu.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata masalah sampah haram berpunca dari sikap tidak bertanggungjawab kontraktor yang membuang sampah dilokasi tidak sepatutnya.

Lawatan kerja YB Ean Yong ke tapak sampah haram Jalan Sungai Saim Klang (7)“Tiada tempat pembuangan sampah bukan isunya, masalah ini berpunca dari sikap tidak bertanggungjawab kontraktor sampah persendirian yang ingin menjimatkan kos mengambil jalan mudah.

“Kerajaan Negeri akan lebih tegas mendepani masalah pembuangan sampah haram termasuk mengawal salah laku kontraktor sampah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat lokasi pembuangan sampah haram di Jalan Johan Setia, di sini hari ini.

Dalam program turun padang ke Majlis Perbandaran Klang (MPK) itu juga, Ean Yong turut dibawa melawat tapak pembuangan sampah haram di Jalan Sungai Saim, Rantau Panjang, Jalan Kebun Nenas, Taman Sentosa dan Jalan Telekom, Johan Setia (Bersebelahan Lebuhraya Kesas)

Hadir sama, Yang Dipertua (YDP) MPK, Datuk Mohammad Yacob.

Tinjauan Selangor Kini mendapati selain sampah domestik, sisa binaan dan sisa kilang turut memenuhi lokasi pembuangan sampah haram itu.

Lawatan kerja YB Ean Yong ke tapak sampah haram Kg. Johan Setia (3)Ditanya sama ada kontraktor MPK terlibat dalam aktiviti pembuangan sampah haram di wilayah itu, beliau berkata, MPK belum mempunyai bukti mencukupi berhubung perkara itu dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya ia berlaku.

“Siasatan masih dijalankan, sekiranya MPK mempunyai maklumat dan bukti cukup kontraktor lantikan kami terlibat aktiviti haram ini, mereka akan dikenakan tindakan tegas termasuk menamatkan kontrak perkhidmatan mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, Ean Yong mengesa MPK memperhebatkan pemantauan dan penguatkuasaan dalam usaha mencegah dan memulihara kesemua lokasi sampah haram itu.

Katanya dalam kes di Jalan Johan Setia, ia melibatkan tanah persendirian, dicadangkan MPK merampas tanah itu (tanah persendirian) sebelum tindakan selanjutnya termasuk kerja membaikpulih kawasan itu diambil.

“Bagi kes di Jalan Kebun Nenas, ia adalah jalan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan saya minta MPK untuk tingkatkan pemantauan bagi mengurangkan kes pembuangan sampah haram disitu.

“Manakala kes di Jalan Sungai Saim pula, ia melibatkan kawasan hijau hutan bakau dan Kerajaan Negeri akan menurunkan peruntukan kepada MPK untuk menjalankan usaha memulihara kawasan rezab itu,” katanya.

EZY

 

 

Categories
SELANGOR

30 tapak sampah haram ditutup

SHAH ALAM 12 OKT: Kira-kira 30 tapak pelupusan sampah haram dikenal pasti di seluruh negeri ini dan dalam proses untuk ditutup serta dibersihkan.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan membina pengadang untuk elak aktiviti berulang.

Program turun Padang MB ke Daerah Gombak (15)“Jika tanah digunakan untuk pembuangan sampah adalah milik persendirian, kerajaan negeri akan gunakan Kanun Tanah Negara untuk rampas tanah terbabit kerana salah guna syarat.

“Jika tapak sampah haram itu dikenal pasti milik persendirian, pemilik akan diberi borang rampas tanah serta-merta,” katanya dipetik Sinar Harian.

Katanya, mesyuarat yang disertai Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah dengan PBT, Adun dan pihak berkaitan, memutuskan semua PBT diberi kuasa menutup semua tapak pelupusan sampah haram.