Categories
PBT SELANGOR

MDKL giat laksana pembersihan sampah haram

OLEH SABIRAH AZIZ

BANTING, 29 DIS: Sebanyak 30 kerja pembersihan sampah haram di kampung tradisi sudah dilaksanakan Majlis Daerah Kuala Langat, bermula April hingga November lalu.

Yang Dipertua MDKL, Mohamad Zain A Hamid berkata, satu kajian turut dijalankan bagi mengenal pasti punca aktiviti pembuangan sampah haram, di kawasan terbabit.

“Atas masalah itu, Kerajaan Negeri melalui MDKL melaksanakan kerja kutipan sampah di kampung tradisi dengan harapan dapat mengurangkan pertambahan lokasi sampah haram, di daerah ini.

“Isu sampah haram di Kuala Langat berpunca daripada pengurusan sampah di kawasan kampung tradisi dan pelupusan sampah pukal, tidak termasuk dalam spesifikasi pembersihan kontraktor sisa pepejal lantikan MDKL,” katanya lapor Sinar Harian.

Pada masa sama, katanya, sebanyak 175 unit tong sampah MGB 660 liter dibekalkan melalui peruntukan Kerajaan Negeri bagi 36 kampung tradisi di daerah itu.

Mohamad Zain berkata, pihaknya juga sudah mengadakan perjumpaan bersama penghulu, ketua kampung dan Ahli Majlis Daerah Kuala Langat bagi mencari jalan penyelesaian kepada masalah terbabit.

“Hasil perbincangan itu juga kita dapati sikap masyarakat dan penduduk itu sendiri yang menyumbang kepada masalah ini.

“Kebanyakan ketua kampung maklum penduduk sendiri buang sampah sesuka hati,” katanya.

Bagaimanapun, MDKL memuji pengurusan jawatankuasa kampung Sijangkang yang mendirikan pondok bagi memudahkan penduduk yang menaiki kereta membuang sampah.

“Akan tetapi, kemudahan ini langsung tidak dihargai oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dengan terus membuang sampah di luar tong sampah disediakan.

“Oleh sebab itu, pihak kami sentiasa pastikan anggota penguat kuasa menangkap mereka yang tidak membuang sampah ke dalam tong dan tindakan tegas bakal dikenakan dengan kompaun maksimum tanpa kompromi,” katanya.

Categories
PBT SELANGOR

MPK tawar RM200 salur maklumat sampah haram

OLEH HAFIZAN TAIB

KLANG, 26 OKT: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menawarkan ganjaran RM200 kepada pemberi maklumat pembuangan sampah haram oleh pihak tidak bertanggungjawab, di kawasan pentadbirannya.

Yang Dipertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, MPK serius dalam menangani isu terbabit dan kerjasama orang ramai diperlukan bagi mengatasinya.

“Sekiranya ada maklumat jelas berkaitan pembuangan sampah haram sehingga tertangkap pihak bertanggungjawab, maka kita akan bagi hadiah RM200 kepada mereka yang memberi maklumat,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, maklumat disalurkan kepada MPK harus lengkap dengan gambar dan lokasi kawasan berkaitan.

Katanya, usaha digerakkan sejak setahun lalu itu menunjukkan impak positif dengan tangkapan 89 lori.

“Daripada jumlah tangkapan itu, kita berjaya mengutip kompaun sekitar RM100,000 dengan anggaran setiap lori dikompaun antara RM1,300 hingga RM2,500.

“Kita membelanjakan hampir RM18,000 untuk bayaran sagu hati kepada pemberi maklumat,” katanya.

Beliau berkata, MPK yakin masalah pembuangan sampah haram, di kawasan pentadbiran MPK mampu diatasi ekoran tindakan itu.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Tiada kompromi buat dalang aktiviti sampah haram

OLEH AFIX REDZUAN

DENGKIL, 4 OGOS: Kerajaan Negeri tegas dengan pendirian tidak berkompromi terhadap pemilik tanah persendirian atau penceroboh tanah kerajaan yang bergiat aktif dalam aktiviti pembuangan sampah haram.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau kesal kerana masih terdapat pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah di tapak milik kerajaan dan individu hingga mengakibatkan keadaan tanah rosak selain menyusahkan penduduk setempat.

“Bagi pemilik tanah individu yang membenarkan aktiviti ini dijalankan sekian lama, Notis 7A sudah dikeluarkan yang memberikan amaran kepada mereka untuk memulihkan semula tanah tersebut dan notis tamat pada 7 Ogos ini.

IMG-20170804-WA0066“Tetapi pemilik tanah tidak datang berunding dengan Pejabat Tanah. Saya mengarahkan pada 8 Ogos ini tindakan selanjutnya diambil untuk merampas tanah tersebut dan menjadi milik Kerajaan,” katanya.

Mohamed Azmin melakukan tinjauan dan menerjah Tapak Pelupusan Sampah Secara Tidak Sah atas Tanah Kerajaan di Tanah Rancangan Revolusi Hijau, Jenderam Hilir (Nam Tak), Mukim Dengkil, Daerah Sepang.

Bagi tanah milik kerajaan yang dijadikan kawasan aktiviti pembuangan sampah haram pula, beliau sudah mengarahkan Worldwide Holdings Berhad untuk masuk membersihkan kawasan itu minggu ini kerana sampah telah masuk ke dalam lombong.

IMG-20170804-WA0067Keadaan itu boleh membahayakan sumber air mentah Negeri Selangor kerana berdekatan dengan Sungai Langat.

Mohamed Azmin menjelaskan, ketua kampung di kawasan sekitar juga diminta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya melihat kelibat lori keluar-masuk menjalankan aktiviti pembuangan sampah haram.

Sampah haram yang ‘membukit’

Ketiadaan sistem pengurusan sampah yang teratur, penduduk Kampung Raja Musa dan Kampung Bukit Belimbing kini berhadapan dengan risiko keselamatan dan penyakit .

Categories
SELANGOR

Sampah haram: Selangor bakal gubal enakmen baru

NORHAYATI UMOR

KLANG, 18 APR: Satu enakmen kebersihan awam akan digubal bagi membolehkan hukuman lebih berat dilaksanakan kepada individu atau pihak terbabit yang membuang sampah secara haram.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan, Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata, enakmen terbabit akan dibentangkan dalam Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) akan datang.

yb ean -web 3“Kita mahu tindakan lebih tegas diambil kepada pihak tidak bertanggungjawab. Ketika ini, sampah domestik terkawal dan dilakukan dengan baik, namun ada cabaran dalam isu pembuangan sampah secara haram.

“Jadi, satu enakmen baru akan digubal bagi mengekang masalah ini yang memberi kuasa atau hukuman lebih berat kepada Kerajaan Negeri untuk menghukum pesalah ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas lawatan di Pasar Besar, Meru, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Hian Wah mahu Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyediakan kertas kerja dalam usaha menaiktaraf pasar terbabit sebagai usaha merealisasikannya sebagai contoh atau ikon kepada seluruh pasar di Selangor.

“Ini kali kedua saya membuat lawatan ke pasar ini. Kali pertama, saya menyelesaikan isu tekanan air rendah iaitu pada tahun lalu. Kali ini, saya menerima aduan dari penjaja pasar berkenaan tahap kebersihan di sini.

“Saya meminta Yang DiPertua MPK menyediakan kertas kerja untuk kita laksanakan pasar besar ini sebagai ikon. Oleh itu, tahap kebersihan perlu ditekankan,” katanya.

Dalam lawatan itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) pembangkang dilihat pertama kali hadir bersama Exco bagi melihat permasalahan di pasar terbabit.

Datuk Shamsudin LiasADN Sungai Burong, Datuk Shamsuddin Lias sebelum ini membangkitkan isu kebersihan di pasar Selangor khususnya pasar terbabit di Sidang DNS hadir bagi melihat bersama permasalahan berbangkit.

Mengulas lanjut, Ean berkata, Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat aduan tanpa mengira siapa yang mengutarakan permasalahan rakyat.

“Kita sentiasa terbuka dan menyambut baik kerjasama daripada mana-mana pihak dalam menyelesaikan isu permasalahan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Shamsuddin berkata, beliau turut menyambut baik saranan Exco yang mahu beliau turun bersama melihat permasalahan di pasar berkenaan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MDKL tegas tangani masalah pembuangan sampah haram

BANTING 20 FEB : Sikap segelintir masyarakat tidak bertanggungjawab dan mengabaikan kebersihan dikesali kerana tindakan mereka mengundang permasalahan pencemaran kualiti alam sekitar.

Pegawai Persekitaran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Norain Mohamed, berkata MDKL berusaha memastikan isu permasalahan sampah haram dapat dibendung dan dikurangkan.

Katanya, sikap dan perbuatan mereka perlu dibanteras dan dikenakan hukuman berat bagi memastikan persekitaran dan kualiti alam sekitar tterpelihara.

MDKL sampahBeliau berkata ekoran itu operasi bersepadu pembersihan sampah haram dijalankan MDKL bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pejabat Daerah Tanah Kuala Langat (PDTKL) bagi membersihkan sampah haram di bawah jambatan Banting.

Seramai 47 kakitangan dan pegawai daripada MDKL, PDTKL dan juga JKR Kuala Langat menjalankan kerja pembersihan sampah haram melibatkan enam lori dan dua jengkaut dari MDKL dan JKR,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata kerjasama erat antara jabatan kerajaan dan swasta diperlukan bagi memastikan kebersihan dan kelestarian tempat dikecapi penduduk.

Penolong Pegawai Penguatkuasa MDKL, Zulhilmi Senawi, berkata bagi Januari hingga Februari 2016, sebanyak sepuluh tangkapan dibuat dengan lapan kes merupakan notis kesalahan dan dua sitaan dikenakan terhadap mereka yang membuang sampah haram.

Dua lori disita Penguatkuasa MDKL pada 6 Januari lalu di Jalan Kampung Lombong, Bandar Saujana Putra dan sebuah lagi pada 1 Februari lalu di bahu Jalan Perepat, Telok Panglima Garang.

Kesemua tangkapan dan sitaan ini dikenakan di bawah UUK 4 / Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MDKL 2007.

EZY

Categories
SELANGOR

PBT dan pihak berkuasa perlu bekerjasama atasi isu sampah haram

Oleh : HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 11 JAN : Penubuhan jawatankuasa pemantau dan bertindak terhadap dalang bagi aktiviti pembuangan sampah haram menggambarkan kesungguhan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah itu di Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah, berkata cadangan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, bagi penubuhan jawatankuasa itu adalah wajar supaya masalah berkaitan dapat ditangani.

yb ean -web 3“Saya menyokong cadangan Menteri Besar itu,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan semua pihak berkuasa lain perlu menyokong dan bekerjasama penuh bagi menjayakannya.

“Sokongan dan kerjasama padu daripada semua untuk jawatankuasa ini penting supaya isu sampah haram dapat diatasi,” katanya.

Kerajaan Negeri menubuhkan jawatankuasa tertinggi bagi memantau dan mengambil tindakan keras terhadap pihak terlibat dengan aktiviti pembuangan sampah haram.

Antara menjadi tumpuan jawatankuasa yang bakal diketuai, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya itu termasuk tanah milik individu dan aktiviti pembuangan haram di rizab sungai.

Mohamed Azmin berkata, jawatankuasa turut merampas tanah individu yang membenarkan aktiviti pembuangan sampah haram di tanah mereka.

EZY

Categories
SELANGOR

Jawatankuasa tertinggi bertindak keras hapus tapak sampah haram

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUBANG JAYA, 10 JAN: Kerajaan Negeri akan menubuhkan jawatankuasa tertinggi bagi memantau dan mengambil tindakan keras terhadap pihak yang terlibat dengan aktiviti pembuangan sampah haram di Selangor.

Antara yang menjadi tumpuan jawatankuasa yang bakal diketuai, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya itu termasuk tanah milik individu dan aktiviti pembuangan haram di rizab sungai.

MB Terjah sampah (13)Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata jawatankuasa akan turut merampas tanah mana-mana individu yang membenarkan aktiviti pembuangan sampah haram di tanah mereka.

“Saya kesal kerana aktiviti pembuang sampah haram termasuk sampah domestik dan industri berleluasa di kawasan terlibat hingga mencemarkan sungai serta sistem peparitan yang ada juga aktiviti menambak sungai secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya mengambil keputusan bersama Pegawai Daerah dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk memulakan proses merampas tanah milik individu yang membenarkan aktiviti haram dan ini dimulakan serta-merta.

“Saya juga mencadangkan satu jawatankuasa tertinggi yang diketuai Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru melibatkan pegawai daerah, Yang Dipertua MPSJ dan agensi lain seperti Jabatan Parit dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan pihak berkuasa seperti polis.

Hal itu supaya perkara ini tidak akan berulang dengan tindakan keras dan tegas kepada mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja sehari di Kampung Kampung Bukit Lanchong dan Kampung Seri Aman, di sini, baru-baru ini.

MPS SAMPAH HARAMKatanya, tindakan itu perlu diambil bagi menjadikan Selangor sebagai negeri yang bersih dan memberi kemakmuran serta kesejahteraan kepada rakyat.

Lawatan itu turut disertai Exco Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Ahmad Yunus Hairi; Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Zaidy Abdul Talib; Exco Kerajaan Tempatan, Ean Yong Hian Wah dan beberapa pemimpin tempatan.

Terdahulu, Mohamed Azmin turut meluangkan masa untuk bertemu dan bersarapan dengan penduduk kampung di Gerai Ayam Penyet kampung terbabit.

Penduduk kampung yang terkejut dengan kedatangan Mohamed Azmin menyatakan perasaan teruja kerana dapat bersua muka dengan beliau.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Lori buang sisa binaan kantoi dengan MB

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUBANG JAYA, 10 JAN: Seorang pemandu lori yang cuba membuang sisa bahan binaan berhampiran tebing sungai di Kampung Bukit Lanchong, di sini, gagal menyelamatkan diri daripada terkantoi apabila lori yang dipandunya tersekat di bahu jalan yang licin.

Hal ini berikutan, delegasi lawatan kerja Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali tiba di kawasan berkenaan bagi meninjau masalah pembuangan sisa binaan secara haram di tebing sungai ketika pemandu terbabit bergelut cuba melepaskan lorinya.

Azmin AliMohamed Azmin berkata, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan mengenakan tindakan tegas dengan menyita lori berkenaan.

“Saya berharap penduduk kampung tidak bersubahat dengan berkerjasama untuk menghalang lori masuk membuang sampah binaan di tebing sungai kerana perbuatan ini akan menyebabkan sungai menjadi sempit dan banjir mudah berlaku,” katanya di sini, pada 8 Januari lalu.

Lawatan itu turut melibatkan MPSJ, Pejabat Tanah dan Daerah Petaling, Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dan beberapa jabatan lain.

Sebelum itu, Mohamed Azmin turut membuat tinjauan mengejut di satu lagi lokasi yang terletak tidak berapa jauh dari situ.

SAMPAH HARAM 2Bagaimanapun, penjaga kawasan pembuangan sampah haram itu sempat menghilangkan diri ketika Mohamed Azmin sedang melakukan tinjauan.

SelangorKini difahamkan tanah tapak pembuangan haram itu dimiliki seorang individu yang mengambil keuntungan dengan mengenakan caj kepada kontraktor binaan yang membuang sampah di situ.

“Saya amat kesal dengan aktiviti pembuangan sampah yang kita percaya sudah beroperasi beberapa tahun. Kerajaan Negeri sudah arahkan MPSJ supaya mengeluarkan notis untuk merampas tanah terbabit,” katanya.

Selain kawasan pembuangan sampah haram, Mohamed Azmin turut meninjau kawasan pembinaan projek LRT yang mengakibatkan banjir di Jalan Besar berhampiran Kampung Bukit Lanchong.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Hotspot sampah haram MDKL makin parah

BANTING, 7 JAN: Lokasi pembuangan sampah haram di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) terus meningkat kepada 54 kawasan sehingga kini, kata Yang Dipertuanya, Mohd Azhar Mohamed Ali.

Katanya, ia susulan penemuan lokasi sampah haram baharu di kawasan Telok Panglima Garang dan Bandar Mahkota sekaligus menunjukkan sifat kurang peka masyarakat terhadap kebersihan.

“Pemeriksaan mendapati ia membabitkan sampah penjaja air kelapa, domestik rumah dan lain-lain, malah dalam operasi Oktober lalu, MDKL berjaya menahan dan menyita sebuah lori atas kesalahan membuang sampah haram di Jalan SP 2 Bandar Saujana Putra,” katanya.

MDKL SAMPAHMohd Azhar berkata, sehingga kini sebanyak 47 operasi sampah haram dijalankan membabitkan 51 hotspot dengan 18 kompaun dikeluarkan kepada pesalah.

Beliau berkata, sebarang tangkapan dan penahanan dibuat atas kesalahan membuang sampah di tempat tidak dibenarkan pihak Majlis di bawah Undang-undang Kecil (UUK) pemungutan, pembuangan dan pelupusan sampah MDKL 2007.

“Pesalah yang gagal menjelaskan kompauan akan berdepan pendakwaan kes di mahkamah ekoran ingkar perintah dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda maksima RM2,000,” katanya.

Pada masa sama, katanya, MDKL akan terus giat menjalankan operasi untuk menangkap dan mendakwa mereka yang didapati membuang sampah haram supaya masalah itu dapat diselesaikan.

Katanya, kerjasama erat daripada agensi kerajaan yang menggerakkan pasukan bagi mengurangkan lokasi hotspot sampah haram juga amat dialu-alukan.

-AA-

Categories
SELANGOR

Penduduk Petaling Jaya dipuji komited banteras sampah haram

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 24 NOV: Penduduk di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dipuji ekoran sikap komited membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) menyalurkan maklumat pelupusan sampah haram.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata masalah sampah haram masih menjadi masalah di kebanyakan kawasan antaranya pusat komersil, industri dan perumahan.

MBPJ“Atas tanggungjawab bersama daripada masyarakat yang tidak putus salur maklumat, isu sampah haram kini semakin berkurangan.

“Tanpa tawaran ganjaran juga kita tetap terima maklumat yang banyak daripada penduduk Petaling Jaya,” katanya.

Walaubagaimanapun, katanya, anggota MBPJ tetap ditugaskan untuk sentiasa membuat pantauan dan bertindak segera jika menerima sebarang maklumat.

“Kita meletakkan beberapa anggota untuk bersedia dan mengawal di beberapa kawasan hotspot pembuangan sampah haram.

“Kita juga meneruskan kempen kerana ia bukan sahaja tugas PBT malahan untuk semua masyarakat dalam memberikan kerjasama,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

PBT perlu cari tapak pelupusan sampah industri

Oleh : AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 6 SEP: Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta mengenalpasti lokasi strategik di wilayah seliaan masing-masing untuk dijadikan lokasi pelupusan sisa industri dan binaan.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata ia bagi memastikan sistem pengurusan sampah lebih efisen selain mengelak berlakunya pembuangan sampah haram secara berleluasa.

MB Terjah sampah (13)“Kita melihat keperluan mendesak untuk menempatkan sampah industri. Oleh itu, PBT digesa mengenalpasti tapak-tapak sesuai untuk menempatkan sampah binaan dan industri, bukannya dibuang di tapak haram.

“Ini kerana, pengurusan sampah merupakan agenda utama setiap PBT bagi memastikan keselesaan masyarakat yang juga pembayar cukai. Sebagai langkah awal, kita mengambil inisiatif membekalkan 3,000 tong sampah kepada semua PBT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika di temui pada PJ Half Marathon 2015, di Dataran Boulevard, di sini, hari ini.

Berdasarkan operasi terjah sampah yang dilakukan di Selayang dan Gombak, Mohamed Azmin mendapati pembuangan sampah haram semakin menular dan memerlukan undang-undang tegas bagi membendung perkara itu.

Menurutnya lagi, beberapa tanah sudah dirampas susulan aktiviti pembuangan sampah haram berdasarkan bukti kukuh yang diperoleh dan pemilik tanah didapati bersubahat dengan pengusaha sampah haram.

Katanya, tindakan itu terpaksa diambil memandangkan notis serta arahan sudah dikeluarkan dan Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi mengenainya.

MB Terjah sampah (1)“Mulai tahun hadapan, satu sistem pengurusan sisa pepejal dan pemilihan kontraktor yang layak dapat dilakukan dengan lebih baik bagi memastikan aspek pengurusan sampah berjalan lancar serta terkawal.

“Kamar perundangan Kerajaan Selangor juga sedang menilai bentuk perundangan lebih tegas mengikut lunas Perlembangaan untuk mengenakan hukuman lebih berat kepada mereka yang terlibat dengan aktiviti pembuangan sampah haram,” katanya.

-NR-

.