Categories
NASIONAL SELANGOR

Najib dicabar bayar petrol sendiri – FOKUS

Sinopsis

FOKUS  03092013

Sinopsis:

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda. Layari www.selangorkini.net.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kabinet dicabar membayar sendiri perbelanjaan petrol dan diesel yang selama ini dinikmati mereka atas pembiayaan wang rakyat secara percuma.

2. Tindakan kerajaan BN menaikkan harga minyak bakal menghimpit kehidupan rakyat lantaran ia memberi kesan kepada rantaian kenaikan harga barangan keperluan harian.

3. Bekalan air di empat loji rawatan air yang terjejas sebelum ini, mencukupi bahkan ada kalanya melebihi paras yang ditetapkan, kata Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong Keat Ping.

4. Setiausaha Kehormat PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan menggalas tanggungjawab memajukan program pembangunan desa di Selangor, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Categories
NASIONAL SELANGOR

MB: Saifuddin galas tanggungjawab majukan pembangunan desa

SUK-Saifudin-MB

SHAH ALAM 2 SEPT: Setiausaha Kehormat PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan menggalas tanggungjawab memajukan program pembangunan desa di Selangor, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menteri Besar berkata, program itu dirancang bagi penggal kedua selepas pelbagai program kebajikan melalui agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dipraktik kerajaan negeri sejak 2008 mencapai kejayaan.

Beliau berkata, ia tambahan kepada program sedia ada supaya kemajuan di luar bandar dititik berat menerusi pelbagai aktiviti selepas mengenal pasti kumpulan sasaran untuk dibantu.

“Kita akan jalankan program itu dengan menjelajah ke setiap daerah di Selangor dan Saifuddin diberi tanggungjawab mengendalikannya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Abdul Khalid berkata, tiada masalah dalam penugasan kepada Saifuddin walaupun Setiausaha Agung PKR itu sibuk dengan urusan parti, selagi menjalankan tugas yang diamana.

Malah, beliau berkata, situasi sama dialaminya ketika berkhidmat di Guthrie Berhad (Guthrie) apabila dipertanggungjawabkan bagi pembangunan ekonomi Islam yang menyebabkannya sentiasa bertugas di luar.

“Kalau duduk di pejabat mungkin maknanya tak buat kerja,” katanya.

Selain itu, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri juga akan memberi penerangan mengenai manifesto pilihan raya supaya rakyat mendapat gambaran jelas mengenai program Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, program itu akan dijalankan di bawah kelolaan Exco Selangor bersama Adun negeri itu.