Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Ringgit dijangka niaga lebih tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 14 EB: Ringgit dijangka didagangkan lebih tinggi berbanding dolar AS pada minggu hadapan dalam persekitaran dolar aS yang lemah disebalik pelbagai perkembangan di pasaran yang menjejaskan mata wang itu.

Data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah daripada jangkaan, hasil pasaran bon Amerika Syarikat (AS) yang merosot dan keadaan yang lebih baik dalam risiko kompleks tidak membantu dolar AS, kata penganalisis.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes dolar AS boleh turun lagi minggu depan ketika Rizab Persekutuan AS (Fed) terus menangani keadaan yang hambar tersebut.

“Bagaimanapun, harga minyak mentah mungkin akan menjadi lebih rendah kerana pasaran akan terjejas berikutan pengeluaran kembali aktif serta peningkatan harga mungkin akan menjejaskan aliran menaik ringgit.

“Walaupun begitu ringgit masih boleh mengukuh walaupun dalam persekitaran kecairan yang rendah ketika cuti perayaan Tahun Baru Cina. Ramai yang berpendapat kita berada pada kitaran komoditi berikutan pakej rangsangan AS,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata perkembangan luaran kelihatan positif bagi ringgit.

Beliau berkata Pengerusi Fed, Jerome Powell mengulangi pendiriannya bagi memastikan kadar faedah rendah dan dan Indeks Harga Pengguna Teras AS bagi Januari yang dikeluarkan pada Rabu yang tidak berubah dan di bawah jangkaan, memberi petunjuk bahawa dasar monetari akomodatif akan dikekalkan.

“Tetapi kenaikan harga minyak mentah mungkin akan menyebabkan kebimbangan bahawa pihak Fed akan mengubah tindakannya dalam beberapa bulan akan datang.

“Di pasaran tempatan, melangkah ke hadapan, ekonomi akan terus bergantung pada tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan kepantasan pemberian vaksin. Ini akan menentukan pembukaan semula ekonomi yang akan menyokong ringgit,” katanya.

Pasar ditutup pada Jumaat bersempena sambutan perayaan cuti Tahun Baru Cina.

Bagi perbandingan Jumaat hingga Jumaat, ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS pada 4.0405/0445 berbanding 4.0680/0730 pada minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit susut berbanding dolar Singapuran kepada 3.0499/0531 daripada 3.0415/0455 minggu sebelumnya dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.8602/8644 daripada 3.8570/8621.

Unit tempatan rendah berbanding pound Britain kepada 5.5896/5964 daripada 5.5687/5772 minggu sebelumnya dan susut berbanding euro kepada 4.9003/9068 daripada 4.8714/8786 sebelumnya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Ringgit dijangka kukuh minggu depan

KUALA LUMPUR, 24 JAN: Ringgit dijangka mengukuh antara RM4.0375 dan RM4.0575 minggu depan daripada RM4.0415 pada Jumaat dalam persekitaran kebimbangan terhadap ekonomi mikro dan makro akibat penularan semula Covid-19.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes berkata berkata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga suntikan vaksin dapat memberi perbezaan yang munasabah pada sekitar Mac atau April depan.

“Saya menjangka risiko tidak akan reda minggu depan dan dolar akan mulai menarik aliran aset selamat lebih besar yang bakal menjejaskan sentimen ringgit,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis Pasaran FXTM, Han Tan berkata minggu yang akan datang dijangka akan berlaku peristiwa besar yang boleh mengubah sentimen risiko global, daripada musim menjana pendapatan Amerika Syarikat (AS) sehingga data ekonomi dari AS dan China, serta keputusan kadar Rizab Persekutuan AS.

Di pasaran tempatan, prestasi perdagangan luaran Malaysia pada Disember diumumkan pada Jumaat depan dengan pasaran menjangkakan eksport akan mencatat pertumbuhan tahun ke tahun untuk bulan keempat berturut-turut walaupun import mungkin mencatatkan penguncupan tahun ke tahun sejak Mei kerana keadaan ekonomi domestik lembap.

“Prestasi ringgit dan dolar AS sebahagian besarnya ditentukan oleh prestasi jangka pendek dolar AS, serta respons kesihatan dan ekonomi Malaysia terhadap PKP yang sedang berlangsung,” katanya.

Untuk minggu yang baru berakhir, ringgit bersama-sama peso Filipina, rupiah Indonesia dan won Korea Selatan mencatatkan penurunan mingguan berbanding dolar AS.

Unit tempatan diperdagangkan antara 4.0500/0540 dan 4.0280/0320 berbanding dolar AS.

PKP yang dilaksanakan di enam negeri, iaitu Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Kelantan, dan Sabah serta Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan telah dilanjutkan sehingga 4 Februari untuk mengekang penularan Covid-19.

Dari Jumaat ke Jumaat, ringgit melemah berbanding dolar AS pada 4.0415/0445 daripada 4.0350/0380 yang direkodkan semasa minggu sebelumnya.

Ringgit juga didagangkan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0451/0485 daripada 3.0386/0418 minggu sebelumnya dan melemah berbanding euro kepada 4.9197/9246 daripada 4.8977/9021.

Ringgit, bagaimanapun jatuh berbanding yen kepada 3.8984/8021 daripada 3.8918/8962 dan susut berbanding pound kepada 5.5231/5288 daripada 5.5029/5086 sebelum ini.

– BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Ringgit diniaga 4.1500/1600 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 13 OKT: Ringgit masih dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan kebanyakan mata wang serantau termasuk yuan, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.1500/1600 berbanding mata wang negara maju itu daripada 4.1420/1500 ketika ditutup semalam.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global, Axi, Stephen Innes berkata pasaran akan memantau pergerakan yuan hari ini selepas mata wang negara China itu melonjak berbanding dolar AS ketika ditutup pada Isnin.

“Namun, harga minyak mentah tetap mempengaruhi pasaran meluas dengan harapan untuk rangsangan, yang akan memberikan ruang kepada unit tempatan,” katanya kepada Bernama.

Pada 9.17 pagi, harga minyak mentah Brent berada pada US$41.68 setong.

Sementara itu, ringgit juga didagangkan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0530/0651 daripada 3.0519/0580 ketika ditutup semalam dan susut berbanding pound Britain kepada 5.4137/4280 daripada 5.3950/4070.

Mata wang tempatan lemah berbanding euro kepada 4.8958/9092 daripada 4.8884/8982 dan rendah berbanding yen kepada 3.9385/9491 daripada 3.9257/9336.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Ringgit dibuka rendah 4.1490/1540 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 2 SEPT: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mengukuh selepas Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Institut Pengurusan Bekalan (ISM) AS naik kepada 56 daripada 54.2 pada Ogos.

Pada 9.09 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.1490/1540 berbanding dolar AS daripada 4.1400/1450 semasa ditutup pada Selasa.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata kemerosotan kecil dijangka berikutan dolar AS mengukuh tetapi sentimen ringgit yang meningkat tidak terjejas dalam persekitaran harga minyak meningkat dan hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) yang menggalakkan.

“Permintaan terhadap bon MGS akan kekal kukuh menjelang jangkaan pengurangan kadar oleh Bank Negara Malaysia dalam masa terdekat ketika harga minyak dilihat stabil dan pada aliran meningkat,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0454/0508 daripada 3.0490/0539 pada Selasa dan meningkat berbanding yen kepada 3.9097/9152 daripada 3.9149/9207 semalam.

Ringgit naik berbanding pound kepada 5.5476/5547 daripada 5.5671/5742 semalam dan meningkat berbanding euro kepada 4.9336/9412 daripada 4.9593/9665.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Ringgit dijangka cecah 4.165-4.185 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 22 OGOS: Ringgit dijangka didagangkan pada paras 4.165 hingga 4.185 pada minggu depan, didorong oleh faktor luaran termasuk hala tuju dolar Amerika Syarikat (AS) serta harga minyak, kata penganalisis.

Ketua Strategis Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata dolar AS itu tidak dijangkakan mencatat peningkatan ketara apabila pedagang mengurangkan dedahan mereka terhadap mata wang negara maju itu.

“Saya menjangkakan ringgit akan mengalami fasa konsolidasi minggu depan ketika pedagang lebih tertarik kepada usaha-usaha memulihkan ekonomi di peringkat domestik dan serantau.

“Paras 4.17 kekal menjadi paras sokongan kukuh dan saya berpendapat ringgit diniagakan sekitar 4.165 hingga 4.185 pada minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Ringgit didagangkan tinggi pada awal minggu ini, malah mencecah paras tertinggi dalam tempoh lima bulan pada Rabu apabila dolar AS terus kehilangan arah dan susut di tengah-tengah kadar faedah terendah.

Namun, ringgit susut berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung.

Rizab Persekutuan AS mengumumkan minit-minit mesyuarat yang berlangsung pada Julai lepas yang menekankan keperluan sokongan ekonomi berterusan pada akhir bulan itu ketika pandemik Covid-19 terus menular dan menyebabkan jutaan pekerja terperuk di rumah selain mengancam pertumbuhan ekonomi negara maju itu.

Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS itu akan mengadakan mesyuarat berikutnya pada 15 dan 16 September ini.

Bagi asas perbandingan Jumaat hingga Jumaat, ringgit diniagakan mengukuh berbanding dolar AS pada 4.1780/1800 daripada 4.1910/1950 pada minggu sebelumnya.

Ringgit sebaliknya mencatat prestasi bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia susut berbanding yen kepada 3.9561/9583 daripada 3.9260/9308 pada minggu lepas dan tinggi berbanding euro pada 4.9355/9383 daripada 4.9416/9472.

Unit tempatan itu susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0528/0553 daripada 3.0518/0554 dan renda berbanding pound Britain kepada 5.5012/5046 daripada 5.4785/4854 sebelum ini.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Ringgit cecah paras 4.18 jejaki harga minyak kukuh

KUALA LUMPUR, 13 OGOS: Harga minyak mentah yang stabil terus mengukuhkan ringgit berbanding dolar AS yang lemah akibat penyusutan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS).

Pada 6 petang, unit tempatan diniagakan lebih tinggi kepada 4.1880/1930 daripada 4.1900/1950 ketika ditutup Rabu.

Setakat ini, minyak mentah Brent kekal melebihi US$45 setong walaupun merosot 0.35 peratus kepada US$45.27 setong.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes menjangkakan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum tidak akan meningkatkan kuota pengeluaran minyak untuk sementara waktu.

“Mungkin tidak sehingga November 2020 yang menjadi petanda baik kepada harga minyak.

“Saya turut melihat penyusutan harga dolar AS menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) negara itu pada September,” katanya kepada Bernama.

Beliau berpendapat, pengumuman mengenai keputusan suku kedua Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2020 yang dijadualkan esok tidak memberi impak kepada prestasi ringgit hari ini.

“KDNK melibatkan angka besar, namun tidak terlalu signifikan akibat pandemik Covid-19 memandangkan kita tahu ia akan menjadi buruk susulan usaha-usaha yang diambil untuk membendung koronavirus.

“Bagi saya, ia semua berkaitan rundingan perdagangan AS-China (pada 15 Ogos) dan meskipun risikonya telah dikurangkan berikutan pendirian AS yang kurang lantang mengenai perdagangan, sesiapapun tidak merasa yakin selagi adanya Presiden AS, Donald Trump di Rumah Putih,” katanya.

Menurutnya, sebaik sahaja kedua-dua negara mengharungi rintangan perdagangan ini, ringgit akan lebih kukuh.

“Saya berpandangan, minggu depan akan menjadi minggu yang positif bagi ringgit,” kata Innes.

Pada penutup, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali berbanding yen.

Ia merosot berbanding pound Britain kepada 5.4783/4865 daripada 5.4675/4745 pada Rabu, merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0523/0570 daripada 3.0506/0547 dan turun berbanding euro kepada 4.9552/9628 daripada 4.9300/9375.

Unit tempatan meningkat kepada 3.9184/9242 berbanding yen Jepun daripada 3.9232/9290 semalam.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Bursa Malaysia dijangka ikuti prestasi bursa serantau

KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Bursa Malaysia dijangka mencatatkan prestasi dagangan sejajar dengan bursa serantau minggu depan, memandangkan pasaran mungkin meneruskan kenaikan kukuh didorong laporan positif mengenai perkembangan vaksin Covid-19 yang berpotensi, kata penganalisis.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global, AxiCorp, Stephen Innes berkata kesan ekonomi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah buruk namun apa yang lebih penting adalah penularan virus itu dapat dibendung.

“Walaupun terdapat perkembangan positif dalam beberapa minggu ini, kos ekonomi susulan PKP cukup besar.

“Bagaimanapun, respons menerusi dasar fiskal dan monetari juga sama-sama memberi impak luar biasa,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sentimen ke arah mengambil risiko juga digerakkan oleh keyakinan terhadap kejayaan penghasilan vaksin Covid-19 serta data lebih baik berbanding yang dijangkakan di peringkat global.

Innes berkata memandangkan harga minyak mentah kini mula meningkat secara beransur-ansur, terdapat sokongan dasar berterusan dari Bank Negara Malaysia kerana Malaysia masih mempunyai antara kadar dasar sebenar tertinggi di rantau ini iaitu hampir 5.0 peratus.

Bagi minggu yang baru berakhir, indeks utama, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) disokong oleh pembelian kukuh di seluruh papan seiring dengan kenaikan ketara di pasaran serantau.

FBM KLCI meningkat kepada hampir mencecah paras tertinggi harian semasa penutupan pada Isnin hingga Khamis, dan mencapainya semasa dagangan terakhir minggu ini apabila menokok 16.37 mata kepada 1,552.65.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, indeks itu melonjak 64.51 mata untuk ditutup pada 1,552.65.

Di papan skor, Indeks FBM Emas meningkat 449.87 mata kepada 10,908.03, Indeks FBMT 100 menokok 444.76 mata kepada 10,760.57 manakala Indeks FBM Emas Syariah menambah 645.07 mata kepada 12,482.38.

FBM 70 naik 541.55 mata kepada 13,327.7 dan Indeks FBM ACE melonjak 668.41 mata kepada 6,740.81.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 5.87 mata kepada 140.17, Indeks Perladangan meningkat 153.76 mata kepada 6,813.35 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 255.3 mata kepada 13,078.05.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 31.31 bilion unit bernilai RM18.23 bilion daripada 29.69 bilion unit bernilai RM13.57 bilion pada minggu lepas.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 14.83 bilion saham bernilai RM14.39 bilion daripada 15.93 bilion saham bernilai RM11.22 bilion.

Jumlah dagangan waran menokok kepada 2.49 bilion unit bernilai RM714.48 juta daripada 1.83 bilion unit bernilai RM386.93 juta pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE pula menambah kepada 13.98 bilion saham bernilai RM3.12 bilion daripada 11.93 bilion saham bernilai RM2.36 bilion.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Ringgit dibuka tidak berubah 4.2820/2880 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 30 JUN: Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS hari ini dalam keadaan sentimen pasaran yang bercampur-campur.

Pada 9.05 pagi, ringgit kekal pada 4.2820/2880 berbanding mata wang negara maju itu, seperti ketika ditutup semalam.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global, AxiCorp, Stephen Innes berkata pasaran menumpukan semula kepada peningkatan kitaran ekonomi serantau dan kenaikan harga minyak mentah, yang sewajarnya memberi dorongan kepada pergerakan menaik ringgit.

“Harga minyak mentah dan saham diniagakan lebih tinggi seperti yang saya jangkakan namun pada masa yang sama semakan turun oleh agensi penarafan sedikit sebanyak menjadi kritikan kecil walaupun tidak dijangka sepenuhnya,” katanya kepada Bernama.

Pada 26 Jun, S&P Global Ratings mengekalkan penarafan kredit Malaysia pada tahap A- dengan semakan semula prospek daripada stabil ke negatif.

“Ia tidak terlalu negatif untuk mata wang, tetapi untuk Malaysia, ia menarik lebih banyak tumpuan ke atas defisit belanjawan dan prestasi kedudukan kewangan kerajaan,” katanya.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.2673/2751 daripada 5.2788/2880 ketika ditutup pada Isnin dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0717/0778 daripada 3.0746/0800.

Ringgit turut stabil berbanding euro kepada 4.8125/8210 daripada 4.8254/8339 semalam serta kukuh berbanding yen Jepun kepada 3.9755/9818 berbanding 3.9933/4.0000.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Bursa Malaysia dijangka diniaga berhati-hati minggu depan

KUALA LUMPUR, 20 JUN: Bursa Malaysia dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan berikutan faktor-faktor luaran termasuk penularan semula Covid-19 di Amerika Syarikat dan China dan ketegangan di Semenanjung Korea, kata seorang penganalisis.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata indeks utama, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), dijangka kekal di atas paras 1,500 susulan banyak rangsangan yang seharusnya menyediakan sokongan kepada aset risiko minggu depan.

“Ini merupakan fasa penstabilan sebelum pasaran melonjak lebih tinggi. Akan ada sedikit sesi bercampur-campur apabila para pelabur bergelut untuk melihat kemungkinan pengumuman data ekonomi yang lemah minggu depan.

“Harga minyak bergerak dalam hala tuju yang positif dan terdapat banyak rangsangan yang seharusnya menyediakan sokongan kepada aset risiko minggu depan. Tetapi saya rasa pelabur akan berundur seketika selepas minggu yang sibuk di Asia pada minggu ini dengan peningkatan ketegangan geopolitik (di Semenanjung Korea) serta laporan berita mengenai Covid-19,” katanya kepada Bernama.

Innes berkata para pelabur juga akan memantau data ekonomi seperti tuntutan pengangguran Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan.

Bursa Malaysia mencatatkan dagangan tidak menentu sepanjang minggu yang baru berakhir ini dengan FBM KLCI turun sebanyak 47.19 mata pada Isnin untuk ditutup kepada 1,498.83 berikutan peningkatan semula kes Covid-19 di AS dan China serta harga minyak yang lemah sebelum melantun semula pada Selasa.

Indeks itu turun 21.41 mata pada Khamis untuk ditutup kepada 1,504.91 berikutan jualan besar-besaran yang disebabkan oleh unjuran pertumbuhan ekonomi rendah dan sejajar dengan kebanyakan pasaran serantau berikutan peningkatan kes Covid-19.

Bank Pembangunan Asia berkata pertumbuhan keluaran dalam negara kasar Malaysia diunjur menguncup 4.0 peratus tahun ini dan berkembang 6.5 peratus pada 2021.

Bursa tempatan ditutup minggu ini naik 2.35 mata kepada 1,507.26 berikutan aktiviti pembelian saham berharga rendah yang sederhana.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, indeks itu susut 38.76 mata untuk ditutup kepada 1,507.26.

Di papan skor, Indeks FBM Emas turun 268.55 mata kepada 10,600.60, Indeks FBMT 100 jatuh 282.29 mata kepada 10,449.48 manakala Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 315.11 mata kepada 12,002.08.

FBM 70 jatuh 405.63 mata kepada 12,956.52 dan Indeks FBM ACE meningkat 224.19 mata kepada 6,052.86.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 4.39 mata kepada 135.19, Indeks Perladangan naik 11.51 mata kepada 6,797.55 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 431.95 mata kepada 12,978.25.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 36.03 bilion unit bernilai RM22.07 bilion daripada 33.89 bilion unit bernilai RM21.59 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 20.16 bilion saham bernilai RM18.39 bilion daripada 19.83 bilion saham bernilai RM17.82 bilion.

Jumlah dagangan waran menokok kepada 2.87 bilion unit bernilai RM2.0 bilion daripada 2.76 bilion unit bernilai RM728.97 juta.

Jumlah dagangan Pasaan ACE menambah kepada 12.81 bilion saham bernilai RM2.98 bilion daripada 11.30 bilion saham bernilai RM3.04 bilion sebelumnya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Bursa Malaysia ditutup rendah, jualan besar-besaran

KUALA LUMPUR, 18 JUN: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan aktiviti penjualan secara besar-besaran dan unjuran pertumbuhan ekonomi yang rendah.

Urus niaga lembap ini juga adalah seiring dengan prestasi di kebanyakan pasaran serantau berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Bank Pembangunan Asia (ADB) berkata pertumbuhan keluaran dalam negara kasar Malaysia diunjurkan menguncup 4.0 peratus tahun ini dan berkembang 6.5 peratus pada tahun 2021.

Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 21.41 mata atau 1.40 peratus untuk mengakhiri urus niaga pada 1,504.91 daripada 1,526.32 ketika ditutup Rabu.

Indeks utama dibuka 1.81 mata lebih rendah pada 1,524.51 dan bergerak antara 1,503.35 dan 1,525.69 sepanjang sesi urus niaga.

Keseluruhan suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi saham untung 685 berbalas 300, sementara 381 kaunter tidak berubah, 578 tidak diniagakan dan 38 lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 5.12 bilion saham bernilai RM3.87 bilion daripada 7.55 bilion saham bernilai RM3.82 bilion pada Khamis.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata FBM KLCI bergerak agak sukar untuk hampir sepanjang hari urus niaga dengan bursa serantau yang lain turut bergelut dengan kebimbangan kemunculan semula gelombang Covid-19, ketegangan di antara Korea Selatan dan Korea Utara, harga minyak yang masih goyah serta suasana politik domestik yang tidak menentu.

Minyak mentah Brent naik 1.11 peratus kepada US$41.16 setong.

Sementara itu, di pasaran serantau, Indeks Straits Times Singapura menambah 0.04 peratus kepada 2,670.59, Indeks Hang Seng Hong Kong lega 0.07 peratus kepada 24,464.94 dan Nikkei 225 Jepun susut 0.45 peratus kepada 22,355.46.

Saham berwajaran tinggi pula menyaksikan IHH Healthcare menokok satu sen kepada RM5.40, Maybank turun enam sen kepada RM7.71, TNB merosot lapan sen kepada RM11.80, Public Bank rugi 16 sen kepada RM16.80, Petronas Chemicals dan Maxis, masing-masing jatuh 12 sen kepada RM6.38 dan RM5.33 sementara Top Glove lebih rendah RM1 kepada RM14.70.

Bagi saham paling cergas, Minetech Resources dan KNM menambah setengah sen kepada 31 sen, ConnectCounty menokok 4.5 sen kepada 34.5 sen, Datasonic melonjak 12 sen kepada RM1.52, MY E.G lebih tinggi tiga sen kepada RM1.53, MQ Technology tidak berubah pada empat sen dan MTouche lega setengah sen kepada 7.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 142.5 mata kepada 10,581.87, Indeks FBMT 100 melorot 144.18 mata kepada 10,436.53 dan FBM 70 pula lebih lemah 161.33 mata kepada 12,954.02.

Indeks FBM Emas Shariah turun 184.12 mata kepada 11,929.62 dan FBM ACE merosot 74.73 mata kepada 5,905.4.

Mengikut sektor, Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kerugian 1.41 mata kepada 134.72, Indeks Perladangan turun 61.64 mata kepada 6,713.4 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 143.68 mata kepada 13,074.77.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menguncup kepada 3.0 bilion saham bernilai RM3.39 bilion daripada 3.91 bilion saham bernilai RM3.08 bilion pada hari sebelumnya.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 558.84 juta unit bernilai RM131.08 juta daripada 502.69 juta unit bernilai RM100.47 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 1.56 bilion saham bernilai RM351.02 juta daripada 3.13 bilion saham bernilai RM641.86 juta.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 524.52 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (574.55 juta), pembinaan (212.34 juta), teknologi (482.37 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (41.45 juta), hartanah (146.40 juta), perladangan (59.23 juta), REIT (13.92 juta), dana tertutup (550,600), tenaga (544.85 bilion), penjagaan kesihatan (120.79 juta), telekomunikasi dan media (88.47 juta), pengangkutan dan logistik (182.13 juta) dan utiliti (13.48 juta).

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Ringgit dibuka rendah 4.3350/3450 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 13 MEI: Ringgit mencatatkan prestasi berbeza daripada kenaikan semalam apabila dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini menjelang pengumuman keputusan Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku pertama 2020.

Pada 9.05 pagi, unit tempatan disebut pada 4.3350/3450 berbanding dolar AS daripada 4.3270/3370 ketika ditutup pada Selasa.

Bank Negara Malaysia dijangka mengumumkan prestasi itu hari ini, dengan pertumbuhan diunjurkan di antara 0.8 peratus dengan lebih 4.0 peratus.

Ketua Pakar Strategi Pasaran AxiCorp, Stephen Innes berkata susulan risiko dagangan adalah lemah di pasaran Amerika Syarikat serta penurunan harga minyak mentah, ringgit akan bergelut untuk mencatatkan pergerakan meningkat hari ini.

“Bagaimanapun, penurunan itu akan kekal dihadkan memandangkan sentimen tempatan masih dipengaruhi oleh dasar People’s Bank of China, yang boleh diperkukuhkan secara ketara pada Mei.

“Namun, kebimbangan mengenai gelombang kedua penularan Covid-19 dan ketegangan Australia-China akan terus menjejaskan landskap serantau bagi jangka terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, ringgit didagangkan rendah berbanding mata wang utama lain, kecuali berbanding pound Britain.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0588/0670 daripada 3.0530/0597 ketika ditutup semalam, serta rendah berbanding yen Jepun kepada 4.0438/0543 daripada 4.0247/0326.

Ringgit juga lemah berbanding euro kepada 4.7048/7174 daripada 4.6814/6909 semalam namun meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3164/3300 daripada 5.3356/3464.

– BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI

Ringgit dibuka tinggi 4.3300/3400 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 30 APRIL: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini selepas didorong kenaikan harga minyak mentah global, di tengah-tengah pengumuman awal pagi oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) bagi mengekalkan kadar faedah tidak berubah.

Pada 9 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.3300/3400 berbanding dolar AS daripada 4.3450/3500 ketika ditutup semalam.

Penanda aras antarabangsa, minyak mentah Brent naik 4.61 peratus kepada US$23.56 setong ketika peniaga tenaga berspekulasi bahawa permintaan minyak mentah akan terus meningkat susulan paras pengeluaran global dikurangkan selepas kapasiti penyimpanan semakin berkurangan.

Penganalisis Kanan Pasaran Oanda, Edward Moya berkata Fed akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah sehingga mereka yakin ekonomi AS akan pulih semula.

Beliau berkata Fed juga akan mendapatkan pakar kesihatan dalam menentukan unjuran, oleh itu bank pusat tersebut tidak dapat memberi sebarang ketetapan hari ini.

Dolar AS meneruskan penurunan selepas Fed mengatakan sekiranya sokongan lanjutan diperlukan, bank pusat AS itu akan mempertingkat langkah rangsangan ekonomi, katanya.

“Pelbagai rangsangan oleh Fed bagi menangani pandemik Covid-19 ini berkemungkinan menjadikan dolar AS lebih lemah,” katanya.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global, AxiCorp, Stephen Innes berkata lengkungan rata jangkitan Covid-19 di Malaysia, kenaikan harga minyak mentah serta komitmen Jawatankuasa Terbuka Fed yang melaksanakan dasar monetari bagi Fed untuk mengewangkan hutang, merupakan petunjuk baik bagi Malaysia.

“Sentimen risiko global semakin meningkat dan semua faktor ini seharusnya memberi dorongan kepada ringgit,” katanya.

Pada pembukaan, unit tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang utama.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0653/0739 daripada 3.0720/0757 ketika ditutup pada Rabu, dan tinggi berbanding yen kepada 4.0551/0652 daripada 4.0790/0849.

Mata wang tempatan juga meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3870/4003 daripada 5.3948/3023 dan stabil berbanding euro kepada 4.7019/7132 daripada 4.7165/7228 semalam.

-BERNAMA