Categories
SELANGOR

Setiap DUN terima RM600,000 untuk pembangunan sukan

Oleh : AFEEQA AFEERA

BATU CAVES, 2 MEI : Setiap Pusat Khidmat DUN di negeri ini menerima peruntukan antara RM600,000 hingga RM700,000 bagi pembangunan sukan di Selangor.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata daripada peruntukan itu sebanyak RM30,000 perlu dikhaskan untuk Liga Sukan Selangor (PLUS).

Amirudin “Kita minta mereka siapkan RM30,000 untuk satu-satu pertandingan dengan setiap DUN anjurkan kejohanan PLUS ini.

“Manakala pertandingan di peringkat negeri ditanggung sepenuhnya Kerajaan Negeri,” katanya pada Majlis Perasmian Bola Jaring Selangor PLUS peringkat DUN Batu Caves, dekat sini hari ini.

Mengulas mengenai kejohanan PLUS, katanya hanya tiga sukan menjadi tumpuan setakat ini iaitu bola jaring, bola keranjang dan futsal.

Manakala sukan lain katanya dilaksanakan pada masa depan berdasarkan kesesuaian masa dan peruntukan di DUN.

“Kita mahu kejohanan sukan ini mewujudkan elemen perpaduan di kalangan masyarakat melalui penyertaan setiap DUN.

“Kita juga bercadang menganjurkan kejohanan ini pada setiap bulan Mei selaras dengan hasrat menjadikan ia sebagai bulan sukan di negeri Selangor,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Veteran: Pemain muda kena tambah skil, disiplin & rajin

Oleh : ASRI SAPIE

SUBANG JAYA 26 APR: Pemain muda bola sepak perlu rajin menimba pengalaman dan berusaha memantapkan corak permainan selain bermain untuk negara berbanding faktor kewangan.

Pemain veteran, Aiman Firdaus Tan Abdullah berkata, konsistensi dan gaya pemainan mantap adalah hasil daripada kesefahaman pemain dan ini seharusnya diterapkan dalam permainan pemain muda masa kini.

AFTA aBeliau mengingatkan pemain muda supaya bekerja lebih keras dalam meningkatkan prestasi dan konsistensi permainan mereka.

“Seharusnya mereka perlu memberikan 120 peratus dalam permainan mereka kerana ini adalah kerjaya mereka,” kata beliau.

Beliau turut mengingatkan pemain muda supaya sentiasa memikirkan masa depan dan mereka perlu membuat persediaan khususnya dari segi kewangan.

Tambah beliau, kerjaya bola sepak bukan dalam tempoh lama, akan sampai tahap perkhidmatan mereka tidak lagi diperlukan dan bakat muda yang lain mengambilalih tugas.

“Gah mana, hebat mana, glamer mana dah tak guna dah, masa tu dah tiada orang nak pandang,” kata beliau.

Pengurus pasukan Ex-MPSJ, Dr Sharizan Samdin,43, berpandangan pemain muda perlu menambah dan mencari skil permainan supaya corak permainan mereka lebih pelbagai.

sharizan samdin a“Mereka perlu memperbanyakkan latihan dan mengemaskan lagi disiplin mereka supaya mereka dapat bermain dalam tahap optimum,” kata beliau.

Bagi pengurus pasukan Veteran Bangsar,Ilyas Awang,50, berkata seharusnya konsep bermain demi cintakan negara perlu lebih diterapkan dalam diri pemain kerana dari situlah lahirnya lagenda bola sepak hebat seperti Arwah Mokhtar Dahari.

“Pemain sekarang kebanyakannya memandang duit sebelum bermain. Ini salah satu sebab semangat berjuang mereka lemah,” kata beliau.

Mereka ditemui pada perlawanan pembukaan Bola Sepak Veteran edisi ke-2 anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sini.

IMG_8478aYang Di-Pertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata tujuan penganjuran acara itu untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan pemain dan menggalakkan mereka aktif bersukan.

“Diharap penganjuran acara ini dapat kita jadikan acara tahunan di sini kerana ia merupakan program positif,” kata beliau.

Perlawanan pembukaan menyaksikan pasukan EX-MPSJ membenam pasukan MP Muar 4 – 1.

Sebannyak 12 pasukan bertanding bagi merebut hadiah terkumpul berjumlah RM12,000.

Categories
NASIONAL

Pengulas sukan: Lahirkan bintang bola sepak perlu perancangan bukan sekelip mata

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 22 APR: Pembangunan sukan bola sepak negara bukan sahaja memerlukan pelan pembangunan bola sepak mantap, malah memerlukan kesabaran tinggi bagi melahirkan sebuah pasukan bertaraf dunia.

Badan bertanggungjawab seperti Pesatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan persatuan bola sepak peringkat negeri juga perlu memastikan setiap tindakan perlu selaras dengan pelan pembangunan dirancang bagi memperolehi hasil diharapkan.

12614ZainalBagaimanapun, pengulas sukan terkenal, Zainal Abidin Rawop berkata, itu tidak berlaku apabila badan induk bola sepak negara sendiri tidak mengikuti pelan digariskan dalam banyak sesi ‘brain stroming’ sebelumnya.

“Kita dah buat macam-macam resolusi. Saya mula berkecimpung dalam bidang ini sejak 1986 dan sudah hadiri macam-macam sesi perah otak tapi tak pernah dilaksanakan. Apa dibincang dua, tiga hari tu dibukukan tetapi lepas itu hilang begitu sahaja.

“Terbaru, saya hadiri pelan pembangunan bola sepak. Saya dalam kumpulan itu sekali dan saya tengok dah lari dari landasan. Kalau betul nak berjaya kita kena ikut pelan dirancangkan tetapi kita ini jenis tak menyabar, mahukan kejayaan sekelip mata.

bola-sepak1“Kalau tubuhkan pasukan remaja, kita nak tiba-tiba layak ke Piala Dunia Remaja. Semua pihak tak sabar. Kita seoalah-olah sekelip mata terus nak ada Neymar atau Suarez sedangkan mereka belum pun tahu apa-apa lagi,” kata Zainal ketika dihubungi Selangor Kini.

Jelas beliau, latar belakang sistem pendidikan dan pembangunan bola sepak negara ini berbeza dengan kebanyakan negara yang melahirkan bintang bola sepak dunia sekaligus menyumbang kepada kesukaran melahirkan bakat muda bola sepak.

“Kita nak dapatkan lahirkan Neymar, Messi sebenarnya itu memang luar jangkaan sebab dengan sistem pendidikan kita, pagi ke sekolah, petang sekolah agama, malam mengulangkaji, mana ada masa nak asah skill.

“Main bola seminggu sekali, itu pun padang tak rata. Memang betul Neymar dan Messi pun main padang tak rata tetapi sistem pendidikan mereka cukup berbeza,” kata Zainal lagi.

Tambah beliau lagi, Malaysia juga wajar mencontohi Jepun apabila berjaya melengkapkan anak mereka bagi menghadapi cabaran untuk tempoh 20 tahun akan datang.

Kata Zainal lagi, selain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), persatuan bola sepak peringkat negeri juga bertanggungjawab membangunkan bola sepak negara.

“Sebenarnya jangan salahkan FAM 100 peratus walaupun dia adalah badan induk. Persatuan bola sepak negeri juga kalau dibiarkan pelajar sekolah yang bermain bola di sekolah mereka akan mati bila selepas SPM.

“Nak main untuk negeri, dah tentu negeri kata tak mampu nak gajikan mereka sedangkan persatuan negeri ini sanggup menggajikan pemain senior yang permainannya di tahap sederhana sahaja.

“Sebenarnya tiada satupun persatuan negeri betul-betul nak jalankan projek dia dengan sediakan untuk bawah 10, naik 12, naik 16, 18 dan sebagainya. Ini disebabkan tumpuan kita hanyalah Liga M sahaja,” kata Zainal.

Ketika menyentuh ranking negara yang semakin jatuh ke tangga ke-164 berbanding ke-156 sebelumnya, Zainal berkata FAM perlu bijak memilih pasukan untuk mengadakan perlawanan persahabatan.

“Bila kita main setakat persahabatan, kita punya matlamat adalah untuk beri pendedahan tetapi jika kita nak naikkan ranking kita, kita kena memilih lawan sama taraf jangan pilih pasukan yang hingga 20 tangga atas kita. Memang tak akan menjadi,” kata Zainal lagi.

Jelas beliau kekalahan besar 6-0 dalam perlawanan persahabatan menentang Oman yang berada di ranking semasa ke 97 pada Mac lalu merupakan antara penyumbang kejatuhan hingga lapan tangga pada awal tahun ini.

EZY

Categories
SELANGOR

Wujudkan Tabung Amanah Pembangunan Belia rancakkan program generasi muda

Oleh: NAEEM RAFFI

GOMBAK, 12 APR: Tabung Amanah Pembangunan Belia berkaitan sukan, seni dan budaya patut diwujudkan agar setiap segmen anak muda di negeri itu lebih berkembang dengan penglibatan pelbagai pihak.

Adun Hulu Kelang, Saari Sungib berkata saranannya itu bersandarkan kepada skop pembangunan belia yang luas selain menampung peruntukan sedia ada terhad.

badminton gombak1” Tabung berkaitan sukan seni dan budaya perlu diwujudkan dengan penglibatan masyarakat, badan korporat dan NGO yang proaktif dengan skop pembangunan belia ini.

“Menerusinya, pelbagai aktiviti dapat dianjurkan dan badan korporat yang menyumbang dikenakan pelepas cukai,” katanya.

Belia berkata demikian ketika ditemui Selangor Kini pada Kejohanan Badminton Terbuka Gombak Piala Dato’ Menteri Besar Selangor 2015 di Sinamax Badminton Court, di sini semalam.

Menyentuh rapat segmen seni dan budaya, Saari berkata dalam politik, golongan minoriti seperti pengiat seni tidak seharusnya dipinggirkan kerana setiap dari mereka punya sumbangan.

“Dalam skop seni dan budaya, golongan ini berkarya menerusi cerpen dan puisi yang akhirnya karya mereka mendapat tempat apabila Selangor Kini menyiarkan kolum cerpen.

“Ini perubahan yang baik, biarpun ada sebahagian ahli politik masih kurang jelas bahawa segmen seni ini ada sumbangan tersendiri.

“Lihat sahaja bagaimana A. Samad Said (sasterawan negara) menzahirkan pegangannya berhubung keadilan dan kesaksamaan menerusi karya seninya. Ini adalah sumbangan mereka yang kita perlu hargai,” katanya.

Saari berkata selain sukan kompetitif, sukan rakyat juga mampu dihidupkan semula dalam kalangan belia.

“Masih ramai anak muda meminati dan masih bermain sepak raga. Pun begitu, minat mereka ini terhalang kerana kurang galakan, tiada kemudahan yang selesa.

“Jadi, dengan adanya tabung ini, bukan sahaja sepak raga, malah sukan rakyat lain juga dapat dihidupkan,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Exco, bintang bola Selangor anggap titah Sultan pembakar semangat

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 31 MAC: Titah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar kecemerlangan sukan khususnya sukan bola sepak dimartabatkan disambut baik Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari.

Amirudin berkata titah Baginda Sultan itu tepat pada masanya dan beliau sudah memulakan pelbagai rancangan dalam usaha meningkatkan kecemerlangan sukan sejak mula menduduki kerusi Exco lagi.

Sultan“Walaupun pelbagai langkah sudah dan sedang diambil tetapi kami akan pertingkatkan lagi dengan rancangan lebih tersusun untuk kemajuan sukan negeri ini,” kata Amirudin kepada Selangor Kini.

Jelas beliau, titah ucapan Sultan Selangor juga seolah-olah memberi semangat baru kepada atlit dan pihak yang terlibat dalam pembangunan sukan Selangor.

Sementara itu, pemain kebangsaan yang juga bintang bola sepak kelahiran Selangor, Safee Sali berkata sukan bukan sahaja mampu menyatupadukan rakyat tanpa mengira kaum malah merupakan salah satu sumber ekonomi sekiranya diuruskan secara profesional.

“Sukan merupakan salah satu industri penting memajukan sesebuah negeri di mana ini akan menarik minat anak muda kerana mereka mendapati kewujudan peluang perkerjaan profesional sebagai pemain bola sepak yang mempunyai masa hadapan,” kata Safee kepada Selangor Kini.

Safee turut berharap sukan bola sepak Selangor kembali bangkit sekaligus memberi saingan yang sihat kepada mana-mana pasukan termasuk JDT yang diwakilinya sekaligus merancakkan lagi sukan bola sepak tanah air.

“Walau ke mana pun saya pergi, kita semua dah tahu Selangor mempunyai sejarah yang baik dalam bola sepak. Saya harap Selangor akan menjadi sebuah pasukan digeruni kembali dan mempunyai pengurusan yang profesional,” kata Safee lagi.

Pemain pertahanan Selangor, Rizal Fahmi Abd Rosid pula berkata titah ucapan Baginda itu sendiri pembakar semangat kepada pasukan Selangor untuk beraksi lebih cemerlang dalam baki perlawanan Liga Super.

“Langkah memartabatkan sukan khususnya bola sepak memang langkah terbaik terutama bagi kami dan peminat bola sepak sebab bola sepak sukan nombor satu negara.

“Titah Tuanku itu sendiri satu dorongan yang kuat untuk kami semakin bersemangat,” kata Rizal.

Categories
SELANGOR

31 Jan: Mengenang R. Arumugam, penjaga gol digelar ‘Spiderman Malaysia’

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 31 JAN: Memiliki sepasang tangan yang lebih panjang berbanding orang lain dan kecekapannya ‘menerbangkan’ dirinya untuk menyambar bola sepakan kencang penyerang lawan menyebabkan mendiang Datuk R Arumugam digelar ‘Spiderman Malaysia’.

Pengulas sukan terkenal, Datuk Hasbullah Awang ketika mengimbau kembali era kegemilangan Arumugam bersama pasukan kebangsaan dan Selangor berkata, gelaran ‘Spiderman Malaysia’ itu dimulakan oleh seorang wartawan sukan sebuah akhbar ketika itu.

Arumugam“Dia memang ada keupayaan sebagai penjaga gol memang diakui. Orang kata salah satu sebab tangannya lebih panjang. Memang lebih panjang dari kita. Kalau kita lebih kurang hingga paras paha tetapi dia memang lebih sikit.

“Dia juga digelar spiderman kerana kebijaksanaan dan keberanian beliau ‘menerbangkan’ diri menyelamatkan gol dari dibolosi,” kata Hasbullah ketika dihubungi Selangor Kini baru-baru ini.

Selain itu, Arumugam juga mempunyai jeritan yang nyaring sehingga mampu didengari rakan sepasukan yang berada agak jauh dari pintu gol.

Keadaan ini menyebabkan Arumugam dengan mudah dapat memberi arahan kepada pemain pertahanan untuk menutup ruang kosong supaya tidak mudah dibolosi penyerang lawan dan sekaligus juga menaikkan semangat rakan sepasukan lain.

Tambah Hasbullah lagi, Arumugam juga pernah beberapa kali diberi kepercayaan sebagai kapten pasukan kebangsaan apabila ketiadaan Soh Chin Aun dan Shukor Salleh yang lebih senior dari mendiang.

“Dia juga beberapa kali diberi kepercayaan mengambil sepakan penalti. Sebagai penjaga gol biasanya bila mengambil sepakan penalti dia perlukan keberanian serta dah tahu kelemahan penjaga gol lawan itu dan dia mengambil kesempatan itu. Itulah yang digunakan Arumugam.

“Bagaimanapun saya masih ingat kata-kata Allahyarham Datuk Mohktar Dahari, Arumugam seorang pemain yang ada naik, turun dia. Ada masa dia naik dan ada masa turun.

“Apa pun memang tak syak lagi, dia adalah ‘Spiderman Malaysia’ juga sebutir bintang yang pernah Selangor dan Malaysia miliki suatu ketika dahulu. Sukan bola sepak negara khususnya Selangor amat terasa kehilangan beliau seperti mana kehilangan Mokhtar Dahari,” kata beliau lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

Pembangunan sukan berterusan, tersusun lahir atlet cemerlang

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 22 DIS: Selangor mampu melahirkan atlet cemerlang sekiranya pembangunan sukan di negeri itu dilaksanakan secara berterusan dan tersusun selain kerjasama erat semua pihak.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali diwakili Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor akan melakukan pelbagai perubahan dari semasa ke semasa termasuk mengukuhkan fungsi Majlis Sukan Daerah (MSD).

Katanya, MSD dianggap adalah tempat yang mampu melahirkan atlet baru yang mungkin sebelum ini mungkin tidak diberi perhatian.

Sukan“Selepas kejohanan ini MSN Selangor pasti mempunyai senarai atlet yang akan digilap. Diharap persatuan sukan menerima mereka ini dan dimasukkan dalam program pelapis.

“Ini kerana sukan memerlukan satu proses berterusan bagi memastikan kita mampu melahirkan atlet dan pasukan cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian penutup Kejohanan Sukan Selangor (Sukses) ke 10 2014 di sini, semalam.

Katanya, Sukses adalah medan terbaik untuk atlet baru daripada peringkat akar umbi untuk menonjolkan kebolehan dan potensi diri kerana dari situ mereka akan dinilai dan digilap untuk cemerlang bagi dipertimbangkan mewakili Selangor juga seterusnya negara.

“Dengan segala yang kita ada kita mampu menjadi jaguh dalam Sukan Malaysia (Sukma) yang akan datang,” katanya.

Amirudin berkata, dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2015 oleh Dato’ Menteri Besar dalam sidang Dewan Negeri Selangor, program pembangunan sukan Selangor mendapat peruntukan besar.

Katanya, bagi infrastruktur sukan sahaja diperuntukkan RM12 juta manakala pembangunan sukan keseluruhan termasuk program pengurusan, pembangunan atlet serta yang lain sebanyak RM17 juta.

“Kerajaan Negeri menekankan pembangunan sukan adalah sebahagian daripada pembangunan negeri.

Pembangunan Selangor haruslah seiring dengan pembangunan sukan,” katanya.

Sukses, sukan dwitahunan berlangsung dari 15 Disember hingga semalam membabitkan penyertaan atlet 21 tahun ke bawah dari semua daerah di Selangor.

Petaling muncul juara kejohanan dengan meraih 24 emas, 21 perak dan 12 gangsa, diikuti Klang (naib juara) (23 emas, 11 perak dan 15 gangsa) dan Gombak (ketiga) (13 emas, 13 perak dan enam gangsa).

Mohamad Amir Imran Norahdi, 16, atlet lumba basikal mewakili Klang muncul Olahragawan Sukses manakala Farina Shawati Mohd Adnan, 18, (lumba basikal, Petaling) Olahragawati Sukses.

EZY

Categories
SELANGOR

Peruntukan RM17 juta mampu tingkat prestasi atlet Selangor

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 26 NOV: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman yakin peruntukan RM17 juta untuk pembangunan atlet dan prasarana sukan di Selangor mampu memberi kesan positif terhadap prestasi atlet negeri itu.

Bagaimanapun, jelas Mohd Khairuddin, organisasi sukan di Selangor dan pihak kerajaan perlu berkerjasama memastikan pemilihan program pembangunan tepat dan berkesan.

SUKMA XVI 01“Bajet yang diumumkan Dato’ Menteri Besar dilihat sebagai bajet mesra rakyat yang menyaksikan tumpuan kepada kelas menengah dan bawah rakyat Selangor dan semestinya juga kepada golongan anak muda.

“Peruntukan kepada atlet adalah tepat selepas prestasi golongan itu dan sukan Selangor dilihat masih belum mencapai tahap sebenar.

“Kita harapkan dengan adanya tumpuan kepada sukan di Selangor, maka prestasi sukan akan lebih membanggakan,” katanya kepada Selangor Kini hari ini.

SUKMA XVI 02Sebelum ini, Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amiruddin Shari ketika menjawab satu soalan di persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) berkata, Kerajaan Negeri akan memastikan program pembangunan sukan negeri dijalankan secara sistematik dan konsisten bagi memastikan pencapaian lebih membanggakan.

Antaranya sukan bola sepak, yang mana Selangor adalah gergasi dalam sukan terbabit sejak 1950-an lagi danĀ  sebagai aktiviti paling menjadi tumpuan peminat sukan negara ini.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MSN Selangor sambut baik hasrat tingkat peruntukan sukan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 21 OKT: Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) menyambut baik hasrat Kerajaan Negeri untuk meningkatkan peruntukan pembaikan kemudahan sukan di negeri itu bagi memastikan prestasi sukan dan atlet berada dalam keadaan terbaik.

Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan MSNS, Mohamad Nizam Marjugi berkata, kemudahan yang ada di Selangor kini tidak memenuhi piawaian hingga menyukarkan usaha penganjuran kejohanan sukan sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

Katanya, peruntukan tambahan itu sangat diperlukan bagi memenuhi tuntutan lima perkara utama iaitu kemudahan (peralatan), jurulatih, atlet, kebajikan dan penghargaan.

Sukan Selangor“Kalau di pihak saya untuk pembangunan sukan, saya amat berterima kasih dan berbesar hati jika Kerajaan Negeri memperuntukkan dana tambahan untuk kemudahan sukan.

“Sebenarnya kalau kita lihat setiap daerah ada stadium, tetapi tiada yang lengkap dan sukar untuk membuat kejohanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Jadi, dengan adanya peruntukan tambahan ini kita rasa pembangunan sukan dapat dijalankan dengan lebih baik dan meningkatkan prestasi atlet,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata, pihaknya pernah meminta peruntukan tambahan daripada pentadbiran Kerajaan Negeri yang lama, namun keperluan itu tidak dilihat secara keseluruhan hingga membantutkan usaha menaiktaraf pembangunan sukan di Selangor.

Katanya, ekoran itu prestasi atlet di Selangor kian terjejas dan sedikit sebanyak mula merudum kerana tidak mendapat kemudahan dan latihan sempurna.

Sukan“Kita pernah minta, tetapi malangnya tidak dilihat keperluan itu secara keseluruhan. Kalau kita lihat prestasi atlet contohnya di SUKMA, negeri ini agak ketinggalan tetapi orang cuma melihat atlet tidak bagus.

“Masalahnya kalau atlet hendak bagus, mereka perlu tempat latihan yang mencukupi dan sempurna, namun kebanyakan kemudahan yang ada menjadi kekangan kepada kita,” katanya.

Terdahulu, Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari memaklumkan peruntukan pembaikan kemudahan sukan negeri akan ditingkatkan sehingga lapan kali ganda berbanding peruntukan sebelum ini.

Beliau berkataa peningkatan belanja pembangunan itu dilakukan bagi memenuhi keperluan setiap kompleks sukan milik negeri yang berada di setiap daerah.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MSN: Peruntukan sukan patut ditambah, RM5 juta tak cukup

Oleh: Naeem Raffi

SHAH ALAM 26 SEPT: Peruntukan bagi pembangunan sukan perlu ditambah bagi membolehkan program sukan diperluas dan dipergiatkan.

Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor, berkata peruntukan RM5 juta setahun adalah jumlah yang rendah jika dibandingkan dengan negeri lain.

Sukan SelangorKatanya, kepimpinan Menteri Besar dan exco baru diharap dapat mempertimbangkan hasrat MSN untuk memiliki pejabat, asrama dan tempat latihan sendiri.

“Program pembangunan sukan negeri perlu diperhalusi dan dijalankan lebih berkesan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Selangor Kini.

Katanya pembangunan sukan dengan membina serta membaik pulih kemudahan sukan di Shah Alam dan daerah-daerah perlu diberi perhatian untuk menaikkan prestasi sukan negeri.

“Sukan yang memerlukan kemudahan tempat latihan adalah olahraga, hoki, boling padang, memanah, gimnastik dan kanu,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Kundang “Jetsports” galak masyarakat amal hidup sihat

Oleh: AFEEQA AFEERA

KUANG,1 SEPT: Penganjuran sukan lasak permotoran air atau Jetsports anjuran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) disifatkan bertepatan dengan usaha Kerajaan Selangor untuk menggalakkan masyarakat setempat mengamalkan cara hidup sihat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata usaha ini sejajar dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan sukan berkenaan sebagai antara aktiviti riadah keluarga mahupun individu.

jet 4Katanya sejajar kepesatan pembangunanĀ  terancang bagi Selangor, Kerajaan Negeri turut memberi perhatian pembangunan sukan termasuk modal insan dalam kalangan belia dan remaja.

“Pelancong dan orang ramai diharap memanfaatkan aktiviti sepanjang kejohanan ini untuk beraksi serta menyemai perasaan muhibah antara satu sama lain.

“Kejohanan Jetsports ini adalah antara program yang berkesan untuk meningkatkan kesedaran, penghayatan dan penghargaan kita kepada air melalui aktiviti sukan rakyat dan sukan air,” katanya.

jet 7Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Cabaran Jetsports Kundang dan sambutan Kibar Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan ke-57 di Tasik Biru Kundang, dekat sini semalam.

Hadir sama, Yang Dipertua MPS, Mohd Azizi Mohd Zain.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut berharap supaya orang ramai dapat memanfaatkan kemudahan yang sudah dibina dan dibangunkan di sekitar Tasik Biru Kundang bagi tujuan sukan dan riadah.

Katanya penganjuran kejohanan seperti ini juga wajar dijadikan contoh untuk menarik peminat sukan air dari seluruh negara termasuk pelancong.

10496199_10152660494128901_2332895965778037910_o“Diharap sekiranya MPS dapat menjadikan kejohanan ini sebagai acara tahunan terbesar pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk diketengahkan dan diperluaskan konsep penganjurannya ke peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa,” katanya lagi.

Kejohanan ini dianjurkan MPS dengan kerjasama Tourism Selangor, Persatuan Jetski dan Sukan Air Selangor (PJSAS) serta Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen).

Penganjuran program sukan permotoran air kali ke-6 ini berlangsung selama tiga hari bermula dari 29 sehingga 31 Ogos di Tasik Biru Kundang.

Terdapat lima kategori yang dipertandingkan iaitu “expert pro-am runabout 4-stroke open”, “pro-am runabout 800 open”, “amateur veterens runabout open”, “women runabout 4-stroke stock open” dan “novice runabout 4-stroke stock.”

Kira-kira 70 pelumba menyertai kejohanan ini dengan jumlah keseluruhan hadiah wang tunai yang ditawarkan adalah sebanyak RM30,800 beserta hadiah iringan seperti sijil dan pingat.

Selain itu bagi menarik pengunjung, pertandingan mewarna dan pertandingan memasak turut diadakan sebagai acara selingan.

EZY

Operasi pam air 24 jam, pastikan air cukup

Kerajaan Selangor melalui Lembaga Urus Air Selangor (Luas) sedang memaksimakan penggunaan air kolam alternatif di Bestari jaya melalui operasi pengepaman yang berjalan selama 24 jam.

Exco Belia, Sukan, Insfrastruktur dan Kemudahan Awam Dr Ahmad Yunus Hairi berkata langkah itu diambil sebagai persediaan sumber air menjelang musim perayaan.

Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa berhemah dan berjimat di dalam penggunaan air semasa musim perayaan ini.