Categories
NASIONAL SELANGOR

Petisyen Parlimen Batu Diputus 24 Julai – FOKUS


 

Sinopsis

FOKUS Untuk 23072013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menafikan semua dakwaan pembabitan beliau dalam Projek IC.

2. Mahkamah Pilihan Raya menetapkan tarikh 24 Julai untuk memutuskan sekiranya akan menggugurkan petisyen yang dikemukakan setiausaha agung Pemuda Gerakan Dominic Lau.

3. Kerajaan Negeri akan mula mengedarkan topeng muka kepada orang ramai sekiranya indeks pencemaran udara (IPU) berada di tahap tinggi.

4. Majlis Daerah Hulu Selangor telah mengarahkan pihak pemaju taman perumahan Tamu Hill Fasa 2 Batang Kali untuk menyediakan tapak surau bagi kegunaan komuniti Islam di situ.

Categories
NASIONAL SELANGOR

MDHS Arah Pemaju Perumahan Tamu Hill Park Sedia Tapak Surau Segera

tamu hillpark minta surau 02

SHAH ALAM  22 JULAI :  Majlis Daerah Hulu Selangor telah mengarahkan pihak pemaju taman perumahan Tamu Hill Fasa 2 Batang Kali untuk menyediakan tapak surau bagi kegunaan komuniti Islam di situ.

Penolong Pegawai Penerangan, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Junainah Abdullah berkata, permohonan Jawatankuasa Sementara Surau Tamu Hill Park Fasa 2 sebelum ini untuk membina surau di taman itu ditolak.

Katanya, MDHS tidak boleh meluluskan permohonan untuk membina surau di kawasan lapang di taman itu kerana Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 tidak membenarkan bangunan dibina di padang awam dan rekreasi.

“Namun Jawatankuasa OSC mengarahkan pihak pemaju iaitu Ligamas Sdn Bhd untuk menyiap sediakan tapak surau seluas 0.56 ekar dengan kadar segera.

“Tapak itu akan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi tujuan pembinaan surau,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada wartawan TVSelangor.

Junainah mengharapkan agar penduduk perumahan itu dapat memberikan masa dan bersabar bagi menyelesaikan masalah itu.

Dalam pada itu, persatuan penduduk mendedahkan bahawa mereka sudah mendapat surat Sokongan daripada Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor bertarikh 18 Mac 2009 untuk pembinaan surau itu.

Sokongan itu juga diberikan Masjid Bandar Utama Batang Kali dalam suratnya bertarikh 21 Mac 2009.

Dilaporkan sebelum ini bahawa kira-kira 1,200 penduduk di taman itu terpaksa berhimpit di dalam rumah teres satu tingkat ketika mengerjakan solat berjemaah kerana pihak berkuasa tempatan masih tidak meluluskan tapak surau bagi mereka.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Kes Liwat II : Rayuan Kerajaan Persekutuan Ditunda – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 22072013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Mahkamah Rayuan Putrajaya bersetuju menangguhkan prosiding rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

2. Institut Rakyat menggesa kerajaan mendedahkan untung-rugi PERJANJIAN TRANS-PACIFIC PARTNERSHIP, seperti yang dijanjikan.

3. Umno BN didakwa menaburkan sogokan sebanyak RM377.45 juta sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut

4. Ekoran kegagalan pihak berkuasa tempatan meluluskan tapak surau, sekurang-kurangnya 1,200 penduduk di Tamu Hill Fasa 2 Batang Kali di Hulu Selangor terpaksa berhimpit di dalam rumah teres satu tingkat bagi mengerjakan solat berjemaah.

5. Penduduk berhampiran pesisir pantai Selangor diminta mengambil langkah berjaga-jaga ekoran Indeks Pencemaran Udara mencatatkan peningkatan.

Categories
SELANGOR

1,200 Penduduk Harap MDHS Lulus Bina Surau

tamu hillpark minta surau 01

HULU SELANGOR 21 JULAI : Kira-kira 1,200 penduduk di Tamu Hill Fasa 2 Batang Kali di sini terpaksa berhimpit di dalam rumah teres satu tingkat ketika mengerjakan solat berjemaah kerana pihak berkuasa tempatan masih tidak meluluskan tapak surau bagi mereka.

Pengerusi Persatuan Penduduk Tamu Hill Park Fasa 2, Zaid Ariffin berkata penduduk mula menggunakan rumah untuk surau sementara sejak enam tahun lalu setelah pihak berkuasa dan pemaju enggan memberikan tapak yang sesuai untuk bangunan surau.

“Usaha kita sudah dimulakan sejak enam tahun lepas dan hasrat itu terhalang dengan tidak diberi kebenaran oleh beberapa pihak,” kata beliau ketika ditemui di surau sementara itu.

Surau sementara itu diwaqafkan oleh seorang penduduk dan ia diubahsuai untuk mengandungi ruangan solat manakala khemah dan tempat duduk didirikan tamu hillpark minta surau 03di  halamannya untuk acara kenduri.

Menurut Zaid, persatuan sudah memohon kepada Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) untuk kelulusan bagi menggunakan satu pertiga kawasan lapang di taman perumahan itu untuk bangunan surau.

Namun sehingga kini, tiada jawapan daripada Pihak Berkuasa Tempatan itu.

Ujarnya setiap kawasan perumahan perlu menyediakan tapak untuk pembinaan surau khususnya di kawasan yang mempunyai majoriti masyarakat Islam.

Menurut Pengerusi Surau Sementara Tamu Hill Park Fasa 2, Jumali Johari berkata, kawasan di situ mempunyai 531 buah rumah dan lebih 80 peratus penduduk beragama Islam.

Tambahnya, masjid yang berdekatan adalah Masjid Utama Bandar Baru Batang Kali yang terletak lebih dua kilometer dari taman perumahan itu.

tamu hillpark minta surau 04Lokasinya menyukarkan penduduk khususnya warga emas dan wanita, untuk mengerjakan ibadah solat berjemaah.

“Penduduk di kawasan ini memang ramai yang menggunakan surau untuk aktiviti keagamaan bagi mengukuhkan hubungan erat sesama penduduk.

“Kita bimbang jika rumah ini diambil maka tiadalah surau di kawasan ini,” kata Jumali.

Seorang lagi penduduk, Mohd Zawawi Mustaffa berkata, beliau menggesa masalah permohonan mereka diselesaikan dengan segera.

“Kita mahu jawapan yang sebenarnya daripada pihak-pihak berkenaan, diharap permohonan daripada penduduk di sini agar dapat membina kawasan surau,” kata beliau.