Categories
AGENDA NASIONAL

Mahkamah Rayuan kendali prosiding rayuan secara dalam talian bermula esok

KUALA LUMPUR, 28 FEB: Mahkamah Rayuan di Putrajaya akan mengendalikan prosiding pendengaran rayuan jenayah melalui teknologi komunikasi jarak jauh yang pertama esok, dengan perayu yang juga banduan akan mengikuti prosiding berkenaan dari Penjara Kajang.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kes rayuan jenayah melalui sidang video berkenaan adalah berkaitan sabitan serta hukuman di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

“Dalam prosiding rayuan esok, hakim akan berada di Istana Kehakiman sementara peguam dan Timbalan Pendakwa Raya akan berada di pejabat masing-masing,” menurut kenyataan itu.

Menurut PKPMP, badan kehakiman sentiasa bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dalam memastikan kesinambungan pentadbiran keadilan ketika pandemik Covid-19 termasuk untuk semua banduan yang sedang menjalani hukuman di penjara.

“Keutamaan adalah diberikan kepada banduan yang tempoh hukumannya hampir tamat, pesalah kanak-kanak dan pesalah muda, kes berkepentingan awam dan apa-apa pertimbangan lain yang difikirkan suai manfaat oleh mahkamah,” menurut PKPMP.

Jelas PKPMP, prosiding pendengaran rayuan jenayah itu hanya terpakai bagi banduan yang diwakili oleh peguam atau tidak diwakili peguam dan sedang menjalani hukuman di penjara.

Katanya, Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat telah mengeluarkan Arahan Ketua Hakim Negara Bil. 6 Tahun 2021 yang memperuntukkan mengenai pengendalian prosiding rayuan jenayah melalui teknologi komunikasi jarak jauh semasa tempoh pandemik yang berkuat kuasa pada 1 Mac 2021.

Arahan itu boleh diakses menerusi portal e-Arahan Amalan melalui pautan https://tinyurl.com/ArahanAmalanKHN.

Badan kehakiman berharap agar inisiatif yang diambil ini akan dapat meningkatkan kualiti akses kepada keadilan dengan memanfaatkan penggunaan teknologi secara optimum terutama dalam pengendalian kes rayuan jenayah semasa tempoh pandemik ini, menurut PKPMP.

– BERNAMA

Categories
SELANGOR

Mahkamah Rayuan benar Notis Usul MAIS, KUIS

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 5 APR: Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan Notis Usul Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) untuk penggantungan penghakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pengerusi MAIS, Dato’ Setia Mohammed Khusrin Munawi berkata, keputuan pelaksanaan itu dibuat mahkamah terbabit berkuat kuasa semalam.

Katanya, melalui notis penggantungan pelaksanaan penghakiman bertarikh 12 November tahun lalu, memerintahkan MAIS dan KUIS membayar RM326 juta kepada Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) berhubung kemudahan pembiayaan pembinaan bangunan kediaman asrama dan pusat pelajar KUIS dibuat Redha Resources Sdn Bhd serta penjamin pembiayaan.

“Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan iaitu bersetuju dengan hujah peguam panel MAIS dan KUIS bahawa terdapat keadaan khas untuk membenarkan penggantungan pelaksanaan penghakiman.

“Mahkamah Rayuan juga mendengar hujahan MAIS dan KUIS bahawa mereka tidak pernah menjamin keberhutangan Redha Resources Sdn Bhd dengan BMMB,” katanya dalam kenyataan.

Dalam kenyataan sama, Khusrin berkata, dalam membenarkan notis usul MAIS dan KUIS, mahkamah turut mengambil kira kepentingan orang awam yang akan terkesan serta risiko akan berlaku terhadap opersi kutipan juga agihan zakat termasuk lain-lain pelaksanaan amanah oleh MAIS dan KUIS.

“MAIS mengucapkan terma kasih kepada semua peguam panel MAIS dan KUIS yang bertungkus lumus menyediakan hujahan yang diterima Mahkamah Rayuan,” katanya.

Categories
NASIONAL

Kes Rayuan Liwat II Ditangguh, Anwar Bantah Pelantikan Shafee

anwar mahkamah

PUTRAJAYA, 22 JULAI : Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini bersetuju untuk menangguhkan prosiding rayuan Kerajaan Malaysia terhadap keputusan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Keputusan itu dibuat tiga panel hakim, Datuk Ramly Ali, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Mohd Zawawi Salleh pagi tadi berikutan peguam utama Anwar, Karpal Singh disahkan tidak sihat dan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana sakit tulang belakang.

Mahkamah menetapkan 1 Ogos ini untuk pengurusan kes.

Anwar tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi tadi dengan ditemani isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan diiringi Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli serta Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Sementara itu, Anwar ketika ditemui di luar kamar mahkamah berkata, pihaknya menghantar notis bagi membantah keputusan Kerajaan yang melantik peguam, Datuk Shafee Abdullah sebagai Ketua Pendakwaraya dalam kes ini.

“Pelakuannya tidak profesional sejak 1998.

“Kita beri notis untuk membantah keputusan Kerajaan Umno-BN kerana melantik Datuk Shafee Abdullah yang sememangnya telah dituduh terlibat dalam kes prosiding ini sejak awal.

“Ketiadaan pendakwaraya yang sesuai untuk meneruskan perbicaraan ini tidak boleh dijadikan alasan bagi melantik seseorang yang terlibat dengan perbicaraan menentang saya di dalam dan luar mahkamah,” kata Ketua Pembangkang itu merujuk peranan Shafee dalam kes liwat I yang menyaksikan beliau dibebaskan Mahkamah Persekutuan pada 2004.

Tegas Anwar, Ram Karpal Singh akan menyerahkan notis ini kepada mahkamah bagi membantah pelantikan Shafee.

“Kita tidak boleh memandang ringan perkara tersebut kerana saya percaya ada motif politik yang besar dalam kes ini.

“Peguam Negara tidak mahu selesaikan kes lain, tetapi cuba hendak mengganggu karier politik saya,” katanya lagi.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Kes Liwat II : Rayuan Kerajaan Persekutuan Ditunda – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 22072013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Mahkamah Rayuan Putrajaya bersetuju menangguhkan prosiding rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

2. Institut Rakyat menggesa kerajaan mendedahkan untung-rugi PERJANJIAN TRANS-PACIFIC PARTNERSHIP, seperti yang dijanjikan.

3. Umno BN didakwa menaburkan sogokan sebanyak RM377.45 juta sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut

4. Ekoran kegagalan pihak berkuasa tempatan meluluskan tapak surau, sekurang-kurangnya 1,200 penduduk di Tamu Hill Fasa 2 Batang Kali di Hulu Selangor terpaksa berhimpit di dalam rumah teres satu tingkat bagi mengerjakan solat berjemaah.

5. Penduduk berhampiran pesisir pantai Selangor diminta mengambil langkah berjaga-jaga ekoran Indeks Pencemaran Udara mencatatkan peningkatan.