Categories
NASIONAL

Mantan MB Selangor: Umno berlagak mahu tonjol Islamik main isu kalimah Allah

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 4 JAN: Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib berkata Umno ‘berlagak’ untuk menunjukkan parti itu Islamik dengan memainkan isu kalimah Allah.

“Tiba-tiba hari ini Umno berlagak sangat Islamik cuma dengan isu kalimah Allah. Seolah-olah negara sudah begitu Islam cuma dengan tunjuk perasaan depan gereja.

mat taib“Negara hari ini pada pandangan saya belum ditadbirkan berpandu kepada al-Quran dan Sunnah. Persekitaran yang baik cara ajaran Nabi tidak diikuti,” kata Muhammad dipetik dari Harakah Daily.

Katanya, suasana persekitaran lebih kepada cara kehidupan sekular dengan sambutan apa sahaja termasuk tahun baru. yang diulang cara yang sama.

Beliau berkata, media cetak dan elektronik bukan melahirkan suasana yang mengikut al-Quran dan Sunnah.

“Malah penuh dengan kemaksiatan, spin yang bukan-bukan dan tak nampak Islamiknya. Anak-anak yang keluar dari alam persekolahan tidak nampak impak Islamiknya.

“Anak-anak yang lahir ke dunia dan dibesarkan dalam suasana yang ada sekarang tidak akan mengikuti cara yang berpandu pada al-Quran dan Sunnah. Kerana ia memang bukan agendanya,” katanya.

Katanya, sebenarnya tanggung jawab mengikuti al-Quran dan Sunnah mencakupi seluruh kehidupan.

“Brunei sudah mula mengorak langkah menuju pentadbiran dan kehidupan berpandu kepada al-Quran dan Sunnah. Mudah-mudahan hasrat mereka berjaya,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat.

EZY

Categories
SELANGOR

MB : Graduan Kolej INPENS perlu sumbang idea untuk kejayaan institusi

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM 3 DIS : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta bekas pelajar Kolej INPENS terus membantu, menyumbang idea dan memperkenalkan kolej itu kepada industri pekerjaan dengan penawaran graduan berketerampilan dan berupaya melakukan kerja bermutu.

Beliau berkata, setiap kakitangan juga diharap dapat menyalurkan idea dan tenaga bagi meneruskan perjuangan kerajaan negeri dan kolej bagi mampu menjulang nama institusi itu dan meletakkannya seiring dengan kehendak falsafah pendidikan negara.

DSC_4955a “Kita maklum, peranan kolej ini adalah sangat besar dalam institusi pendidikan kemahiran terutama dalam usaha melahirkan belia dan beliawanis yang berkemahiran tinggi.

“Oleh sebab itu, kerajaan negeri tidak ketinggalan memberikan kursus pemantapan diri dan kerjaya kepada pelajar supaya dapat mendisplinkan diri apabila berhadapan dengan dunia kerjaya yang sebenar,” katanya pada Majlis Penghargaan dan Terima Kasih Sempena Penubuhan 20 tahun Kolej INPENS, di sini, semalam.

Hadir sama Mantan Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Taib; Presiden INPENS, Datuk Md Mydin Md Sheriff dan Ahli Lembaga Pengarah INPENS.

DSC_4948aAbdul Khalid berkata, pembangunan dan kejayaan yang dicapai kolej itu amat jelas dan dapat dilihat daripada pelbagai aspek dalam tempoh 20 tahun penubuhannya.

“Antaranya kejayaan itu adalah pembangunan insfrastruktur dan kemahiran serta penghasilan pelajar yang berkualiti,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan terus membantu menaiktaraf pendidikan dari semasa ke semasa seiring dengan matlamatuntuk melahirkan belia dan beliawanis yang intelek serta kemahiran tinggi.

“Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM30 juta bagi pembangunan pendidikan dan penyelidikan serta pembangunan belia di negeri ini, dalam Belanjawan 2014,” katanya.

DSC_5080aSehubungan itu, Abdul Khalid berharap lebih banyak agensi, syarikat atau wakil industri bekerjasama dengan Kolej INPENS sama ada daripada segi penghasilan idea baru dan perkongsian latihan kemahiran bertaraf antarabangsa.

“Hubungan ini sebenarnya adalah untuk kebaikan bersama membabitkan syarikat dan wakil industri yang bakal melahirkan pekerja mahir dan berkualiti tinggi, sekali gus dapat meningkatkan produktiviti organisai mereka,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Pas : SPRM Jangan Lengah-Lengahkan Tindakan Terhadap Taib Mahmud

taibmahmud 01

KUALA LUMPUR 25 MAC: Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terus didesak supaya menyegerakan tindakan terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya berikutan sebuah video yang mengaitkannya dengan rasuah pembalakan di Sarawak.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Pas, Zulkefly Mohammad Omar berkata, video yang dibuat NGO antarabangsa Global Witness mendedahkan penyalahgunaan kuasa dan manipulasi dalam kelulusan lesen penerokaan hutan dan pembalakan di Sarawak.

Menurut Zulkefly, jika proses kelulusan balak boleh dimanipulasi, aspek penguatkuasaan juga boleh dimanipulasi sehingga mendorong kepada kemusnahan hutan.

?Saya ingin menyeru tindakan segera SPRM dan pihak berkuasa yang lain terhadap pendedahan video Global Witness itu demi kepentingan seluruh rakyat di negara ini.

?Seterusnya memastikan penguatkuasaan dan pemuliharaan alam sekitar dapat dijalankan dengan telus dan tegas di Sarawak khususnya,” katanya yang merupakan AJK Pas Pusat.

Katanya, projek Empangan Bakun adalah contoh terbaik kemusnahan alam sekitar di Sarawak apabila 70 ribu hektar hutan ditebang untuk membina empangan mega tersebut.

Video sepanjang 16 minit itu yang bertajuk ‘ Inside Malaysia’s Shadow State’ mendedahkan rasuah lesen pembalakkan yang didakwa dipelopori oleh Taib dan keluarganya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

YS Akan Buka Tender Lantik Audit Bebas

SHAH ALAM 06 APRIL : Yayasan Selangor (YS) sedang mengadakan persiapan akhir untuk membuat tender terbuka bagi melantik Audit forensik bebas menyiasat ketirisan yayasan tersebut berjumlah RM500 juta ketika pentadbiran kerajaan Umno-BN di negeri ini.

Pengurus Besar YS, Ilham Marzuki bagaimanapun memberitahu pihaknya tidak akan membuat sebarang spekulasi sebelum siasatan lengkap berserta audit bebas selesai.

“Bagaimanapun, dokumen tender itu hampir siap kerana YS tidak mahu ianya mengambil masa yang terlalu lama.

“Kita tidak akan membuat sebarang spekulasi. Kita wajib berhati2 kerana melibatkan bekas Menteri Besar Selangor dan soal tanggung jawab dan amanah keatas harta-harta YS,”katanya kepada Selangorku.

Sebelum ini, YS membuat kajian dari tahun 1991 hingga Mac 2008 dan mendapati ketirisan aset Yayasan Selangor adalah tidak kurang daripada RM500 juta dibawah pentadbiran UMNO-BN.

Ilham sebelum ini mendakwa akan mengheret tiga bekas pengerusi YS yang juga bekas Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan tiga lagi bekas pengurus besar yayasan itu ke Mahkamah Sivil jika terdapat bukti penyelewengan aset yayasan itu.

Malah, YS turut menuntut enam pihak terbabit membayar balik kerugian seperti yang dilaporkan dalam Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (SELCAT) baru-baru ini.

Jelasnya, YS akan memastikan hak YS yang dilesapkan itu dapat dituntut semula agar YS dapat mengagihkannya kepada mereka yang berhak iaitu pelajar-pelajar miskin negeri Selangor yang layak.

“Apa yang paling penting ialah penentuan sebenar ketirisan oleh Forensik Audit di susuli dengan tindakan mahkamah untuk mendapatkan semula sebanyak mungkin hak YS.

“Jumlah ketirisan sebenar hanya akan di ketahui dan di umumkan setelah Audit Forensik Bebas melengkapkan siasatannya,” tambahnya.