Categories
SELANGOR

Bapa kematian anak terima RM1,500

OLEH AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 28 MEI: Seorang bapa yang kehilangan anaknya ekoran jangkitan kuman pada otak Disember tahun lalu merima khairat kematian Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) bernilai RM1,500.

Sumbangan diserahkan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari kepada Mohd Farid Mohd Sani di kediamannya, pada 25 Mei lalu.

13233122_1148868208486055_5769426354915743670_nKanak-kanak berdaftar di bawah skim TAWAS yang meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun, layak menerima khairat kematian.

Ibu bapa boleh membuat tuntutan itu dengan melaporkannya di pejabat TAWAS atau di mana-mana pusat khidmat DUN di kawasan tempat tinggal.

Pada masa sama, Dr Yaakob turut mengajak orang ramai supaya menyertai skim TAWAS yang akan memberi manfaat kepada anak-anak dalam tempoh jangka panjang.

“Kepada anak kelahiran Selangor, sila mendaftar di bawah program TAWAS kerana ia adalah tabungan RM1,500 apabila mencapai usia 18 tahun.

“Jika anak meninggal dunia, dia dilindungi Takaful. Hanya isi borang secara atas talian dan bawa ke pejabat DUN untuk pengesahan,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

54 keluarga mangsa banjir terima bantuan YAWAS

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

KLANG, 29 APR : Sebanyak 54 keluarga mangsa banjir DUN Meru menerima sumbangan RM200 bagi setiap anak berdaftar di bawah program kebajikan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Esekutif Kanan Perhubungan Awam YAWAS, Atiqah Akma, berkata bantuan berkenaan merupakan inisiatif berterusan TAWAS dalam memastikan aspek kebajikan ahlinya tidak dipinggirkan.

YAWAS“Sumbangan yang kita dapat daripada pelbagai syarikat korporat dan individu tertentu, kita agihkan kepada ahli TAWAS kurang bernasib baik.

“Terbaru ahli kita terlibat banjir sebelum ini kita bantu memberikan RM200 seorang kepada setiap seorang anak yang berdaftar di bawah YAWAS,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Bantuan Sumbangan TAWAS.

Bantuan disampaikan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Abdul Rani Osman di Masjid Asy Syariff, Meru Klang.

Sementara itu penerima bantuan, Elyzan Mohd Zain (35) berkata bantuan tersebut dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepeluannya sekeluarga.

“Saya terkejut dapat bantuan lebih, ingat seorang anak saja dapat. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan bantuan ini saya akan gunakan sebaiknya untuk keperluan sekolah anak-anak,” katanya.

Bagi Mad Sakeri Abdul Rashid, (44) keprihatinan tersebut membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri membantu golongan memerlukan.

“Ini kali pertama saya menerima bantuan ini, dan diharapkan Kerajaan Negeri teruskan bantuan seperti ini,” katanya.

TERAS merupakan singkatan daripada Tabung Generasi YAWAS yang diwujudkan sejak 2014 berperanan untuk membantu ahli TAWAS yang kurang bernasib baik.

Selain itu, objektif penubuhannya bagi membantu meningkatkan pembangunan pendidikan, modal insan dan kebajikan masyarakat seluruh Selangor.

EZY

 

Categories
SELANGOR

Terharu terima khairat kematian TAWAS

Oleh: AFEEQA AFEERA

BATU CAVES, 21 NOV: Tiada siapa dapat membayangkan perasaan seorang ibu apabila kehilangan anak yang dikandung selama sembilan bulan dan dijaga penuh kasih.

Episod penuh duka itu dialami Zakiah Ismail apabila kehilangan anaknya berusia 10 bulan disebabkan penyakit sawan dan barah otak, pada 6 November lalu.

Dia berkata, anak bongsunya itu disahkan menghidap penyakit kronik ketika berusia enam bulan dan terpaksa menerima rawatan di Hospital Selayang selama empat bulan.

_MG_3667“Anak saya dilahirkan sihat dan cukup sifat seperti bayi lain tetapi tidak lama selepas itu doktor mengesahkan arwah menghidap penyakit serius.

“Saya reda dengan pemergiannya kerana apa yang berlaku itu adalah ketentuan Ilahi,” kata Zakiah kepada Selangor Kini di kediamannya di Taman Amaniah, dekat sini, semalam.

Bagaimanapun, Zakiah, 39, yang mendaftar anaknya di bawah Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) menerima skim khairat kematian RM1,500.

Skim itu diserahkan Penolong Setiausaha Pusat Khidmat Rakyat (PKR) DUN Batu Caves, Maimon Misman bersama kakitangan TAWAS di kediaman Zakiah.

_MG_3648Zakiah yang juga seorang suri rumah melahirkan kesyukuran atas sumbangan berkenaan kerana ia meringankan bebannya dan keluarga.

“Saya tahu berkenaan TAWAS apabila mendaftar anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tetapi tidak maklum berkenaan khairat kematian. Saya bersyukur atas manfaat ini dan berterima kasih kepada Kerajaan Selangor yang memahami nasib insan memerlukan,” katanya.

Dianggarkan lebih 8,000 anak Selangor sudah mendaftar di bawah skim TAWAS di DUN Batu Caves sejak ia diperkenalkan.

Manfaat Khairat Kematian YAWAS pula membolehkan ibu bapa peserta TAWAS yang meninggal dunia sebelum mencapai umur 18 tahun menerima sumbangan RM1,500 daripada Nerajaan Negeri.

Pendaftaran TAWAS boleh dibuat di Pejabat DUN, Pejabat Daerah, Pejabat Penghulu/Ketua Kampung, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), JPN terpilih dan pejabat TAWAS di Shah Alam.

-NFN-

Categories
SELANGOR

202,726 berdaftar bawah TAWAS

Oleh: AFEEQA AFEERA

BATU CAVES, 21 NOV: Seramai 202,726 anak Selangor sudah mendaftar di bawah program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), sejak 2008.

Eksekutif Perhubungan Awam TAWAS, Atikah Akma Ramli, berkata jumlah itu melebihi sasaran ditetapkan untuk tahun ini dan dijangka akan terus meningkat.

“Walaupun bermula agak sukar, namun promosi TAWAS sentiasa dipergiatkan melalui kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) atau DUN dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

_MG_3641“Sasaran Kerajaan Negeri adalah seramai 200,000 peserta tetapi kita jangka angka itu akan terus bertambah dari masa ke masa,” katanya kepada Selangor Kini.

Mengulas Manfaat Khairat Kematian YAWAS, Atikah berkata, peserta yang meninggal dunia sebelum usia 18 tahun layak menerima RM1,500.

Katanya, 162 peserta yang meninggal dunia sudah menerima manfaat itu sehingga pertengahan bulan ini.

“Ahli TAWAS yang meninggal dunia selepas 1 Mac 2014 layak menerima jumlah tuntutan RM1,500, manakala mereka yang meninggal dunia sebelum itu menerima tuntutan RM100 sahaja,” katanya.

Selain khairat kematian, baucar bernilai RM50 untuk bantuan sekolah anak TAWAS juga dijangka akan diteruskan pada tahun depan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Program Tawas unik tiada di negeri lain

Oleh: AFEEQA AFEERA

SERI SERDANG 2 MAC: Program Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri sejak 2008 unik kerana ia tidak pernah lagi ditawarkan oleh mana-mana Kerajaan Negeri yang lain.

Penerima Tawas, Devarajan Gopal, 47, berkata program itu memang bagus kerana jika dia menetap di negeri lain belum tenty akan merasai bantuan atau manfaat sebegini.

interview b (1)“Jadi saya merasakan peluang yang ada ini perlu digunakan sebaik mungkin demi masa depan anak-anak terutama berhubung soal pendidikan,” katanya ketika ditemui Selangorkini pada Program Penyerahan Penyata Tawas DUN Seri Serdang di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), dekat sini.

Sementara itu, seorang suri rumah, Fatimah Badri, 32, berkata program berkenaan sememangnya dapat membantu meringankan beban golongan ibu bapa untuk menguruskan perbelanjaan pendidikan anak-anak apabila mereka mencapai umur 18 tahun kelak.

Beliau yang memiliki tiga orang anak berusia antara enam hingga satu tahun bersyukur apabila diberikan peluang untuk menyertai program berkenaan yang dikhususkan kepada anak Selangor memandangkan pendapatan keluarganya tidaklah begitu besar.

“Bagi saya ia dapat membantu golongan ibu bapa terutama yang berpendapatan rendah untuk menguruskan perbelanjaan anak-anak apabila mereka besar kelak, jadi saya memang bersyukur dan berterima kasih.

interview a (2)“Saya memang menyambut baik usaha Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat di pelbagai peringkat usia dari kecil hingga warga emas melalui program kebajikan yang dianjurkan,” katanya.

Sebanyak 2,774 permohonan di DUN Seri Serdang layak menerima manfaat Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri sejak 2008.

Tawas diperkenalkan Kerajaan Negeri sejak Jun 2008 dengan menjanjikan setiap anak kelahiran Selangor akan mendapat pelaburan RM100 dan pada usia 18 tahun, peserta berpeluang menerima RM1,500 seorang hasil daripada pelaburan tersebut.

Menurut laman sesawang MES, sebanyak 163,836 permohonan layak menerima faedah daripada skim berkenaan sehingga 31 Disember 2014.

Pendaftaran Tawas boleh dibuat di Pejabat Adun, Pejabat Daerah, Pejabat Penghulu/Ketua Kampung, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terpilih atau terus ke pejabat Yawas di alamat A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH, Park City, I-City, Shah Alam.

EZY

 

Categories
SELANGOR

2,774 permohonan layak terima Tawas di DUN Seri Serdang

Oleh : AFEEQA AFEERA

SERI SERDANG, 1 MAC : Sebanyak 2,774 permohonan di DUN Seri Serdang layak menerima manfaat Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri sejak 2008.

Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail, berkata sambutan program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) itu di DUN berkenaan menggalakkan sejak ia mula diperkenalkan.

tawas seri serdang 4Beliau berkata pihaknya turut giat menjalankan kempen penerangan dari masa ke masa sebagai galakan kepada orang ramai yang layak untuk memohon faedah daripada program itu.

“Setiap kali pergi ke ceramah, kita sebarkan maklumat mengenai program ini, malah ia turut diuar-uarkan melalui akhbar Selangor Kini termasuk penerangan kepada ibu bapa yang datang ke pejabat DUN.

“Selain program Tawas, agenda MES yang lain turut mendaapat sambutan menggalakkan di DUN Seri Serdang,” katanya pada Program Penyerahan Penyata Tawas DUN Seri Serdang di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), dekat sini hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 463 penerima diberi penyata Tawas bernilai RM100 kepada setiap anak Selangor yang mendaftar.

EZY

Categories
SELANGOR

Tawas sasar 35,000 pendaftaran SiManja tahun ini

Oleh : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 5 FEB: Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) akan memperhebatkan lagi usaha menjejaki anak kelahiran negeri itu yang layak untuk didaftarkan dibawah program berkenaan.

Penolong Pengarahnya, Kee Abidin Hairum berkata, pihaknya mensasarkan 35,000 anak selangor untuk didaftarkan sebagai ahli Tawas (SiManja) sepanjang tahun 2015.

MB tawas shopping econsave 04“Kita berjaya mendaftarkan lebih 30,000 anak Selangor sepanjang tahun 2014 yang melebihi sasaran awal iaitu 25,000.

“Atas rekod kejayaan itu, kita sasarkan 35,000 anak Selangor untuk didaftarkan dan diharap jumlah pendaftaran yang berjaya dibuat pada hujung tahun ini melebihi sasaran itu,” katanya kepada Selangor Kini.

Kee berkata, pihaknya akan giat melebarkan promosi di serata Selangor melalui beberapa kaedah termasuk laman sosial facebook, kaunter pendaftaran di pasaraya dan agensi kerajaan.

“Kita juga cuba bekerjasama dengan hospital kerajaan untuk membuka kaunter pendaftaran, namun sehingga kini usaha itu tidak berhasil.

tawas“Namun, kita masih mampu meningkatkan pendaftaran. Hasil promosi yang kita lakukan, ibu bapa kini lebih prihatin dan ramai yang hadir sendiri ke pejabat DUN dan ibu pejabat Tawas untuk mendaftarkan anak mereka,” katanya.

Tawas adalah bantuan di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) khusus untuk anak kelahiran Selangor dengan caruman RM1,500 yang boleh dituntut apabila mereka genap 18 tahun.

Sepanjang beroperasi pada 2008 sehingga 4 Februari lalu, seramai 192,023 anak Selangor direkodkan memohon dan 167,663 layak serta berjaya didaftar sebagai SiManja daripada jumlah permohonan.

Terdahulu, 21,298 ahli TAWAS kelahiran 2008 menerima baucer bernilai RM50 untuk bantuan sekolah melalui peruntukan tambahan lebih RM1 juta dari Kerajaan Negeri.

-NFN-

7 kanak-kanak hidap sakit kronik terima sumbangan TAWAS

Seramai tujuh kanak-kanak ahli Tabung Warisan Anak Selangor yang menghidap pelbagai jenis penyakit kronik menerima bantuan ikhlas melalui program Donor Advised Fund.

Categories
SELANGOR

GLC perlu tampil hulur bantuan Skim Teras YAWAS

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 JAN: Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) meminta semua pihak khususnya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tampil menghulurkan bantuan kebajikan kepada YAWAS melalui Skim Teras khususnya program ‘Donor Advised Fund’.

Pengurus Besarnya, Mohd Nor Mohd Zin berkata, tidak salah sebagai anak syarikat kerajaan negeri jika berkongsi pendapatan bagi membantu anak Tawas yang kurang bernasib baik.

Malah, katanya, penderma Skim Teras berpeluang menikmati rebat cukai pendapatan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

photo 3Beliau berkata, setakat ini Skim Teras menerima sumbangan RM15,574.85 sejak mula dilancarkan, pada 1 Januari 2014,.

“Kita sememangnya mengharapkan lebih ramai penderma bagi membantu anak Tawas ini membabitkan pembangunan pendidikan, pembangunan modal insan dan kebajikan,” katanya kepada Selangor Kini pada Majlis Sumbangan ‘Donor Advised Fund’.

Mohd Nor berkata, pihaknya juga akan mengusulkan beberapa cadangan kepada Dato’ Menteri Besar dalam memastikan kebajikan anak Tawas diteruskan.

“Kita akan membawa cadangan kepada Dato’ Menteri Besar ykhususnya bagi program ini kerana ia sangat bermakna kepada anak Tawas.

“Oleh itu, kita sangat berharap GLC dapat membantu melalui tanggungjawab sosial korporat,” katanya.

photo 1Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) memperkenalkan YAWAS sebagai produk terbarunya khusus buat individu atau syarikat yang ingin menjadi penderma kepada pembangunan ahli Tawas.

Pada 2012, YAWAS berjaya mendapatkan kelulusan pengecualian cukai di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967 daripada Kementerian Kewangan Malaysia untuk tempoh lima tahun sehingga 2016.

Rebat layak tuntut yang dibenarkan LHDN adalah tujuh peratus daripada pendapatan agregat bagi individu, manakala 10 peratus daripada pendapatan agregat bagi syarikat.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Peserta TAWAS puji Kerajaan Negeri sentiasa tunaikan janji

Oleh: LIZAWATI MADFA

KLANG, 23 NOV: Inisiatif Kerajaan Negeri memperkenalkan program tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) sejak 2009 diakui bukan satu omongan kosong.

Kebanyakan peserta yang ditemui dalam Program Pemberian Baucer Anak Masuk Sekolah TAWAS memuji usaha murni Kerajaan Negeri dalam mengotakan janji.

Memiliki perniagaan sendiri, Halim Redzuan, 44, daripada DUN Meru menyifatkan bantuan TAWAS sebagai program yang banyak membantu golongan ibu bapa sepertinya.

“Memang kalau dilihat nilai tidak begitu besar tetapi dalam keadaan kos sara hidup sekarang sekurang-kurangnya membantu.

“Dengan RM50 dapat juga dapat beli sepasang kasut dan baju untuk anak,” kata bapa kepada Hanis Humaira yang berusia enam tahun.

Pandangan itu disokong G Ilango yang menemani anak perempuannya, Sivaneshiny, mengambil baucer dan membeli kelengkapan masuk sekolah.

“Bagi kami, baucer ini memang membantu untuk menyiapkan kelengkapan anak, terutama ini anak pertama kami. Terima kasih Kerajaan Negeri,” katanya.

Sementara itu, Ng Chun Keat, 35, pula berharap Kerajaan Negeri dapat meningkatkan lagi jumlah pemberian baucer.

“Nilai RM50 sekarang bukan dapat tampung banyak barang, satu dua barang juga adakala sudah lebih dari jumlah itu.

“Jadi, cadangan saya naikkan sehingga RM200 bagi meringankan golongan berpendapatan rendah. Kos keseluruhan anak masuk sekolah juga sudah lebih RM 1,000 sekarang,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

3 DUN agih baucer Anak Masuk Sekolah kepada 1,700 peserta TAWAS

Oleh: LIZAWATI MADFA

KLANG, 23 NOV: Lebih 1,700 anak Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) hari ini diraikan dalam program pemberian baucer Anak Masuk Sekolah membabitkan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sementa, Meru dan Sepinang.

Penerima bersama ibu bapa dan keluarga turut ditemani wakil rakyat kawasan masing-masing antaranya ADUN Sementa, Dr Daroyah Alwi dan ADUN Meru, Dr Abdul Rani Othman.

Daroyah yang juga Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga berkata, program yang dilaksanakan itu bukti Kerajaan Negeri menunaikan janji melalui TAWAS.

“Jadi, kita harap mereka yang masih belum mendaftar untuk berbuat demikian sama ada melalui ketua kampung, pejabat khidmat DUN atau secara atas talian.

“Diharap anak yang lahir di Selangor tidak terlepas peluang seperti ini,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau yang bergegas daripada program lain di Sepang sebelum itu sempat berbual mesra dengan kanak-kanak dan ibu bapa.

Pada masa sama, beliau juga sempat mempromosikan program kebajikan lain di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) kepada pengunjung seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Pada 16 November lalu, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali merasmikan Program Bantuan Masuk Sekolah untuk anak TAWAS di pasaraya Econsave, KL Festival City.

Seramai 21,298 ahli TAWAS kelahiran 2008 akan menerima bantuan ini secara berperingkat melalui beberapa pasaraya di setiap DUN dengan peruntukan lebih RM 1 juta.

TAWAS adalah bantuan khusus untuk anak yang dilahirkan di Selangor dengan caruman RM1,500 yang boleh dituntut apabila mereka genap 18 tahun.

-NFN-

Categories
SELANGOR

21,298 ahli TAWAS terima baucer persekolahan RM50

Oleh : AFEEQA AFEERA

KUALA LUMPUR, 16 NOV: Kerajaan Negeri meluluskan perubahan tempoh kelayakan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dari umur setahun kepada tiga tahun bagi kanak-kanak yang layak untuk mendaftar.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, ibu bapa yang masih belum mendaftar anak mereka digalakkan berbuat demikian secepat mungkin berdasarkan syarat ditetapkan.

MB tawas shopping econsave 04“Kini, dibenarkan lanjutan itu dilonggarkan dan setakat ini 152,836 permohonan TAWAS sudah diluluskan,” katanya ketika merasmikan Program Bantuan Masuk Sekolah untuk Anak TAWAS di pasaraya Econsave, KL Festival City, hari ini.

Mengulas berkenaan program bantuan terbaru itu, Azmin berkata, ia membabitkan 900 ahli TAWAS bagi lima buah DUN iaitu Bukit Antarabangsa, Lembah Jaya, Teratai, Hulu Kelang dan Chempaka.

Katanya, ia akan dijalankan secara berperingkat di setiap DUN sebagai manfaat tambahan yang diberikan kepada ahli TAWAS kelahiran tahun 2008.

azmin-pc-DNS-01“Kerajaan Selangor untuk program pagi ini meluluskan peruntukan tambahan lebih RM1 juta untuk kumpulan anak yang akan memasuki sesi persekolahan awal tahun, yang mana mereka akan menerima baucar bernilai RM50 untuk bantuan sekolah.

“Seramai 21,298 ahli TAWAS kelahiran 2008 akan menerima bantuan ini secara berperingkat melalui beberapa pasaraya di setiap DUN,” katanya.

TAWAS adalah bantuan khusus untuk anak yang dilahirkan di Selangor dengan caruman RM1,500 yang boleh dituntut apabila mereka genap 18 tahun.

-NFN-