Categories
SELANGOR

Selangor bakal lancar bantuan masuk sekolah anak TAWAS

Oleh: AFEEQA AFEERA

KLANG, 15 NOV: Kerajaan Negeri bakal melancarkan program bantuan masuk sekolah untuk anak sulung yang mendaftar di bawah skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dengan pemberian baucer RM50 seorang.

Program itu dijangka akan disempurnakan Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, bagi anak Tawas yang akan mendaftar ke tahun satu, pada 16 November ini.

MB tawas shopping econsave 02Perkara itu dimaklumkan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi ketika merasmikan Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat Selangor di Taman Sri Andalas, hari ini.

“Dari masa ke masa, anak TAWAS akan dapat manfaat, maka ini adalah peluang baru yang kita akan lancarkan untuk mereka yang layak,” katanya.

Beliau berkata sehingga Oktober lalu, 152,225 penerima sudah mendaftar di bawah skim itu dengan peruntukan RM15.2 juta.

Selain itu, katanya, pelbagai program lain turut dilancarkan Kerajaan Negeri bagi meringankan beban kos sara hidup terutama untuk ibu bapa yang berpendapatan rendah.

daroyahAntaranya, Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si Kembar) untuk anak berusia empat tahun ke bawah yang dihantar ke taska atau nurseri dan Skim Bantuan Tadika (TUNAS).

“Kerajaan Negeri sentiasa peka dengan keperluan rakyat di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

“Pelbagai usaha dilaksanakan dan dalam masa sama menentukan ibu bapa memberi asuhan sempurna supaya anak mereka menjadi insan berguna,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Tawas buka kaunter di MPSJ, MPK dan MDSB

Oleh: Naeem Raffi

SHAH ALAM, 14 NOV : Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) akan membuka kaunter pendaftaran di tiga lokasi.

Program kali ini akan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).

tawas logo bearPengurus Perhubungan Awam, Pemasaran Dan Promosi (Yawas) Kee Abidin Hairum, berkata program turun padang itu juga adalah usaha kolektif pihaknya dalam meningkatkan penyertaan sekaligus memastikan lebih ramai lagi anak-anak Selangor yang layak menerima manfaat program.

“Anak-anak Selangor yang belum mencapai usia tiga tahun di wilayah berkenaan dipelawa untuk mendaftar sebagai ahli Tawas.

“Ibu bapa diingatkan untuk membawa salinan kad pengenalan dan mykid anak untuk tujuan pendaftaran,” katanya.

Tawas diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri sejak Jun 2008 dengan menjanjikan setiap anak kelahiran Selangor akan mendapat pelaburan RM100 dan pada usia 18 tahun, peserta berpeluang menerima RM1,500 seorang hasil daripada pelaburan tersebut.

Untuk rekod, sehingga 14 November 2014, jumlah permohonan direkodkan sebanyak 176,391. Daripada jumlah itu, sebanyak 153,395 pendaftaran direkodkan sebagai berjaya manakala 13,723 permohonan gagal didaftarkan kerana status tidak layak dan permohonan tidak lengkap.

Bermula 9 Julai lalu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah menimbang dan meluluskan perubahan tempoh kelayakan pendaftaran Tawas kepada tiga tahun.

Ia berkuatkuasa serta merta dan mana-mana kelahiran yang belum mencapai umur tiga tahun pada tarikh pendaftaran akan diterima tertakluk pada terma dan syarat-syarat kelayak sedia ada.

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)

Tempat : Padang Perkampungan Orang Asli Sungai Rasau, Puchong
Tarikh : 15 November 2014
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang

Majlis Perbandaran Klang (MPK)

Tempat : Taman Rakyat, Andalas, Klang
Tarikh : 15 November 2014
Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)

Tempat : Ruang Legar MDSB
Tarikh : 17 – 18 November 2014
Masa : 10.30 pagi – 4.00 petang

Categories
SELANGOR

21,000 anak Tawas terima RM50 masuk darjah 1

Oleh: NORHAYATI UMOR

BUKIT ANTARABANGSA, 3 OKT: Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada kumpulan pertama anak-anak Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) untuk diberikan sumbangan RM50 bagi kemasukan darjah satu tahun hadapan.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata peruntukkan itu sudah diluluskan dalam mesyuarat Exco baru-baru ini.

tawas logo bearKatanya, ia membabitkan lebih 21,000 anak Tawas yang terlibat dan berdaftar pada 2008.

“Kita harap dengan sumbangan ini dapat membantu keluarga dalam sesi persekolahan akan datang,” katanya ketika majlis bacaan doa selamat dan yassin sempena perlantikannya sebagai Menteri Besar, di Masjid Bukit Antarabangsa, di sini, malam tadi.

Selain itu, beliau turut memaklumkan pembinaan Sekolah Agama di kawasan Bukit Antrabangsa akan disegerakan.

“Kita sudah mempunyai tapak dan empat tahun yang lalu sudah dikenalpasti.

“Saya sudah berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan mengenai perkara itu,” katanya.

Beliau berkata dengan adanya sekolah terbabit, pelajar akan dapat mempelajari ilmu agama dengan sebaiknya.

EZY

 

Categories
SELANGOR

Tempoh daftar Tawas dilanjut ke 3 tahun

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM 22 JULAI: Kerajaan Selangor memanjangkan tempoh kelayakan pendaftaran Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) dari satu tahun kepada tiga tahun dari tarikh kelahiran.

Pengurus Perhubungan Awam, Pemasaran Dan Promosi (Yawas) Kee Abidin Hairum berkata langkah itu diambil bagi membolehkan anak-anak Selangor yang belum mencapai usia 3 tahun atau lahir bermula 9 Julai 2011 yang belum berkesempatan menyertai Tawas didaftarkan sebagai ahli.

tawas logo bear“Kita prihatin dengan aduan ibu-bapa yang mengeluh tempoh setahun tidak cukup untuk mereka daftarkan anak-anak di bawah Tawas.

“Langkah ini juga diharap membantu Tawas meningkatkan lagi jumlah pendaftaran agar lebih ramai anak-anak Selangor yang layak menerima manfaat program,” jelasnya kepada Selangor Kini.

Bermula 9 Julai lalu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah menimbang dan meluluskan perubahan tempoh kelayakan pendaftaran Tawas kepada tiga tahun.

Ia berkuatkuasa serta merta dan mana-mana kelahiran yang belum mencapai umur tiga tahun pada tarikh pendaftaran akan diterima tertakluk pada terma dan syarat-syarat kelayak sedia ada.

Tawas diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri sejak Jun 2008 dengan menjanjikan setiap anak kelahiran Selangor akan mendapat pelaburan RM100 dan pada usia 18 tahun, peserta berpeluang menerima RM1,500 seorang hasil daripada pelaburan tersebut.

Setakat 22 Julai 2014, Tawas menerima 159,953 permohonan. Daripada angka itu hanya 139,972 permohonan lulus manakala 13,907 permohonan gagal dan bakinya 3,040 permohonan lagi tidak lengkap untuk diproses.

Pendaftaran TAWAS boleh dibuat di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pejabat Daerah, Pejabat Penghulu/Ketua Kampung, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terpilih atau terus ke pejabat Yawas di alamat A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH, Park City, I-City, Shah Alam.

EZY

JURNAL BERITA – Kerajaan Negeri sedia dedah kandungan kimia Kolam Hang Tuah

1. Selangor tidak beku Lesen Pendudukan Sementara

2. Kerajaan Negeri sedia dedah kandungan kimia Kolam Hang Tuah

3. Dua pam mula operasi 12 jam sehari, aliran sungai jadi optimum

4. Najib bohong kes Anwar pada sidang media Obama

5. Obama perlu bersuara, beritahu Najib rekod hak asasi Malaysia teruk

6. TPPA: Obama datang Malaysia, penjajahan era baru Amerika

7. TPPA agenda Amerika Syarikat jajah ekonomi Malaysia

8. Tragedi MH370: Najib, Hishamuddin perlu letak jawatan

9. 26 cerun sekitar Ampang kritikal, perlu penyelesaian segera

10. Rakyat Selangor perlu sertai skim TAWAS, penting tuntut RM1,500

11. Johari : 7 kawasan bakal laksana pemilihan semula

Categories
SELANGOR

Rakyat Selangor perlu sertai skim TAWAS, penting tuntut RM1,500

Oleh: LIZAWATI MADFA

SABAK BERNAM, 28 APRIL: Rakyat Selangor diminta untuk tidak lupa mendaftarkan bayi mereka yang baru lahir menyertai skim Penyata Simpanan Tabung Anak Warisan Selangor (TAWAS).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata pendaftaran itu penting bagi membolehkan mereka menuntut wang RM 1,500 apabila anak mereka berusia 18 tahun nanti.

“Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) menubuhkan TAWAS adalah atas dasar tanggungjawab dan prihatin terhadap anak di negeri ini apabila mereka menginjak usia remaja.

ng suee lim2“Jadi, diharap mereka yang layak merebut peluang yang tidak terdapat di negeri lain, melainkan di Selangor sahaja,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Semalam, beliau hadir menyempurnakan majlis penyerahan penyata simpanan TAWAS kepada 250 orang yang sudah mendaftar.

Majlis anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sekinchan dengan kerjasama YAWAS itu turut menerima 50 pendaftaran baru TAWAS yang berlangsung di Dewan Seri Sekinchan, dekat sini.

Program yang bermula jam 8 pagi hingga 11 tengah hari itu turut dihadiri Pengurus Besar YAWAS, Mohd Nor Mohd Zin dan Penyelaras PKM DUN Sungai Panjang, Mohd Razali Saari.

Sehingga kini, lebih 3, 000 daripada DUN Sekinchan sudah mendaftar dan menerima penyata skim TAWAS yang diserahkan secara berperingkat.

-NFN-

JURNAL BERITA-MB: ’10 minit pandangan Anwar ibarat 10 tahun pengalaman’

1. MB: Beza keuntungan Pembangunan Canal City RM1 bilion

2. MB: ’10 minit pandangan Anwar ibarat 10 tahun pengalaman’

3. Selangor tetap tubuh Yayasan ISA, Wan Azizah dilantik pengerusi

4. ADUN BN ‘blur’, gagal faham isu MoU tanah Tropicana Corporation

5. Kerajaan Negeri perlu wujud tabung khas L’Ceria untuk naik taraf lif

6. ADUN DAP minta elaun guru KAFA dinaikkan

7. Penduduk Damansara Damai bantah projek 33 tingkat, mahu akses ke-2 dibina

8. Usahawan asnaf terima motor roda tiga sumbangan Lembaga Zakat Selangor

9. Usahawan asnaf terharu terima sumbangan LZS untuk perniagaan

10.TAWAS serah penyata simpanan kepada peserta DUN Sabak

Categories
SELANGOR

TAWAS serah penyata simpanan kepada peserta DUN Sabak

Oleh:REMY ARIFFIN

SABAK BERNAM, 13 APRIL: Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) mengadakan program penyerahan penyata simpanan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS )di balai raya kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak.

Majlis berkenaan disempurnakan Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan, Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi dengan penyerahan penyata simpanan TAWAS kepada 33 peserta yang mendaftar sebelum ini.

tawasKira-kira 2000 peserta mendaftar di bawah TAWAS bagi kawasan Sabak Bernam membabitkan anak kelahiran Selangor.

Majlis itu juga turut dimeriahkan lebih 200 kanak-kanak yang hadir bersama ibu bapa masing-masing dan penduduk di kawasan terbabit sebelum diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.

Majoriti peserta juga melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin dengan kebajikan rakyat membabitkan semua peringkat usia apabila menawarkan perlbagai skim dan kemudahan berperingkat.

-NFN-

JURNAL BERITA – Wan Azizah angkat sumpah Adun Kajang

1. Wan Azizah angkat sumpah Adun Kajang

2. Tewas PRK, BN lupa janji ganti Hospital Kajang berusia 125 tahun

3. Muhasabah diri, rakyat Selangor jangan putus asa hadapi krisis air

4. Setinggan Seri Temenggung setuju tandatangan akujanji pindah kediaman

5. Hospital Shah Alam hampir siap baru bagi peluang lawat tapak

6. Kepakaran KSSB bantu tingkat kapasiti air

7. Tidak timbul soal taraf hidup, catuan air babit semua golongan

8. Keluarga Allahyarham Penolong Pengarah Kastam Selangor saman kerajaan, SPRM RM8 juta

9. Projek lebuh raya KIDEX perlu kajian lebih mendalam untuk manfaat penduduk

10. Pejabat ADUN Paya Jaras terima reaksi positif program terbaru TAWAS

11. Pencapaian 1,115 pelajar cemerlang UPSR SJKT diraikan Selangor

12. MPK roboh tapak bazar haram sekitar Lorong Kepayang

Categories
SELANGOR

Pejabat ADUN Paya Jaras terima reaksi positif program terbaru TAWAS

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 6 APR: Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras terus dihujani pelbagai reaksi positif selepas Kerajaan Negeri melancarkan program Manfaat Khairat Kematian YAWAS di bawah skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), pada 1 Mac lalu.

ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman, berkat pejabat beliau dihujani dengan pelbagai pertanyaan sama ada dengan datang sendiri atau melalui panggilan telefon.

“Saya jangkakan pendaftaran TAWAS semakin rancak dan kami juga akan terus berusaha mempromosi skim yang ditawarkan Kerajaan Negeri kerana selaras dengan dasar merakyatkan ekonomi Selangor untuk rakyat.

khairuddin othman“Kita tidak tunggu pilihan raya baru ingin tawarkan sesuatu program. Perkhidmatan kita terus berjalan setiap masa tidak kira ada pilihan raya atau tidak kerana rakyat berhak menikmatinya.

“Program seperti ini, kita tidak jumpa di negeri bawah Barisan Nasional (BN) atau yang ditawarkan Kerajaan Pusat sendiri,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini.

Tuntutan itu boleh dibuat di pejabat YAWAS dengan membawa sijil kematian, kad SiManja dan penyata simpanan TAWAS jika ada.

Pada 1 Mac lalu, satu program baru diperkenalkan Kerajaan Negeri bagi membolehkan waris peserta TAWAS yang meninggal dunia sebelum mencapai umur 18 tahun menerima sumbangan khairat kematian berjumlah RM1,500.

YAWASSetiap peserta TAWAS akan diberikan hadiah bernilai RM100 sebaik mendaftar sebagai ahli dan mereka bakal menerima pulangan sebanyak RM1,500 apabila mencapai umur 18 tahun kelak.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri turut mewujudkan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang membolehkan waris ahli skim itu menerima sumbangan khairat kematian bernilai RM2,500, sekali gus mampu membantu meringankan kos pengurusan jenazah yang semakin meningkat.

-NFN-

JURNAL BERITA – Yunus: Khairy dapat maklumat ‘tak cukup masak’

1. Khairi dapat maklumat ‘tak cukup masak’, Stadium Hoki dalam proses baik pulih

2. Anwar: Kerajaan ‘sembunyi’ maklumat misteri kehilangan MH370

3. MH370: Najib kecut berhadapan media antarabangsa, imej negara tercalar

4. Isu lukisan Pak Samad jadi iktibar, Kerajaan Negeri akan bayar segera

5. Stadium Hoki Selangor dalam proses baik pulih

6. TAWAS serah sumbangan kepada waris mangsa kelar

7. Kajian: ADUN PR lebih responsif aduan rakyat banding ADUN BN

8. 2,589 pelajar asnaf fakir dan miskin terima bantuan pendidikan LZS

9. LZS terima Zakat Perniagaan RM20.5 juta

10. Penculikan di Sabah, Esscom patut berupaya tangani ekoran perbelanjaan RM200juta

11. Adun Bangi: ‘Bangi Selamat’ demi kesejahteraan penduduk

12. Gemar bermain catur, sertai kejohanan di Klang Parade

Categories
SELANGOR

TAWAS serah sumbangan kepada waris mangsa kelar

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 3 APRIL : Bapa kepada dua kanak-kanak lelaki yang maut dikelar pembantu rumah, Februari lalu menerima manfaat khairat kematian Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) bernilai RM1,500.

Perunding bebas Teknologi Maklumat, Selvan Joseph, 44, menerima bantuan terbabit bagi pihak anaknya, Melvin Selvan Joseph, 18 bulan yang sebelum ini berdaftar dengan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan dia adalah penerima kedua manfaat program itu selepas dilancarkan, Mac lalu.

Selvan ketika ditemui dalam di Ibu Pejabat YAWAS berkata, beliau terharu dengan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap rakyat di negeri berkenaan.

IMG_4469“Saya tidak menyangka saya layak menerima bantuan daripada program ini. Ketika melihat sijil kematian anak, saya terfikir bahawa mereka ada berdaftar dengan TAWAS, jadi saya memaklumkan kepada mereka berkenaan kematian untuk menutup akaun.

“Kemudian mereka menghubungi saya untuk menerima bantuan RM1,500 ini,” katanya.

Beliau berpendapat manfaat terbabit sememangnya perlu kepada ibu bapa yang memerlukan.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri untuk bantuan ini. Walaupun manfaat ini jumlahnya bukan sesuatu yang besar tetapi ramai ibu bapa di luar sana yang memerlukan,” katanya.

Februari lalu, seorang pembantu rumah warga Indonesia bertindak mengelar leher dua anak Selvan, di Taman Sri Putra, Sungai Buloh.

Suspek dipercayai membunuh Melvin terlebih dahulu sebelum membunuh abangnya, Kuay Jia Hiong, 5 tahun.

IMG_4420Sementara itu, Pengurus Besar YAWAS, Mohd Noor Mohd Zin, berkata manfaat itu layak diterima bagi kematian anak yang berdaftar dengan TAWAS, selepas Mac lalu.

Namun, katanya, disebabkan kes kematian anak Selvan itu dikategorikan sebagai ‘kes khas’, jadi beliau layak menerima bantuan selepas mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Pihak kami bersimpati dengan kejadian itu. Walaupun nilai bantuan tidak banyak, namun diharapkan ia dapat membantu meringankan beban,” katanya.

Bantuan itu disampaikan dalam bentuk cek oleh Mohd Noor sambil diperhatikan Pembantu Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Hamka Hassan.

Skim manfaat itu membolehkan ibu bapa peserta TAWAS yang meninggal dunia sebelum mencapai umur 18 tahun layak menerima sumbangan RM1,500 dan sehingga kini seramai 129,270 yang berdaftar.

-NFN-