Categories
NASIONAL

PRK: Jangan beri undi pada BN – Tun Dr Mahathir

OLEH: ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 15 MEI : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar supaya tidak memilih Umno Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan itu.

Beliau berkata fokus masyarakat perlu tertumpu kepada undi bukan BN bagi memastikan kedua-dua kerusi Parlimen itu bukan lagi menjadi milik parti itu.

IMG_5314Katanya, rakyat perlu menjadikan PRK di kedua-dua kawasan itu sebagai referendum dan bukti bahawa rakyat menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

“Diharap kita semua boleh mengalahkan BN. Jangan ambil kira siapa yang lawan BN. Kita cuma ingin satu parti berlawan dengan BN kerana kita tahu kalau lebih calon seperti di Sarawak, undi berpecah dan BN menang.

“Kalau hanya satu lawan satu kita boleh tentukan kemenangan kita dengan undi sebanyak mungkin calon yang melawan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Himpunan Selamatkan Malaysia, peringkat negeri Selangor di Stadium Malawati, malam tadi.

Antara pimpinan yang hadir, Menteri Besar Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Presiden AMANAH; Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Ampang; Zuraida Kamarudin, bekas pimpinan Umno; Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Khairuddin Abu Hassan, Exco Negeri; Dr Daroyah Alwi, Amiruddin Shari dan Elizabeth Wong.

Dalam pada itu Tun Dr Mahathir berkata, semua komponen parti pembangkang perlu bekerja keras mengalahkan penguasaan BN dalam PRK kali ini.

Deklarasi Selamatkan MalaysiaMengakui amalan politik wang yang sudah menjadi kebiasaan bagi BN ketika pilihan raya, Mahathir berharap rakyat lebih bijak dan tidak terpengaruh dengan permainan kotor itu.

Beliau merujuk tindakan Najib apabila mengumumkan pelbagai bentuk saluran wang ketika pilihan raya Sarawak berlangsung sebelum ini bagi tujuan mengukuhkan kedudukannya.

“Kita perlu bekerja keras mengalahkan BN kerana kemenangan ini akan menjadi bukti bahawa kemenangan (BN) di Sarawak juga bukan kemenangan Najib.

“Dengan taburan wang di sana, Najib hanya fikirkan kepentingan dan kedudukannya di Sarawak sahaja hinggakan sekarang beliau sudah menjadi hamba kepada kerajaan Sarawak.

“Tanpa sokongan rakyat Sarawak ketika itu, sudah tentulah dia akan jatuh,” kata Mahathir.

Kekosongan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar berikutan kematian Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam tragedi helikopter di Sebuyau Sarawak 5 Mei lepas.

EZY

Categories
NASIONAL

Tun M: Umno kini umpama ‘parti Najib’

OLEH : HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 28 MAC: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Umno ketika ini adalah ‘parti Najib’ kerana berfungsi selaku pihak berusaha mengekalkan Datuk Seri Mohd Najib Razak kekal sebagai Perdana Menteri.

Beliau yang meninggalkan Umno turut mendakwa parti terbabit tidak lagi mendapat sokongan ramai dan hanya disokong segelintir pihak berkepentingan.

CP2A5038“Umno sudah tumbang, tiada lagi Umno yang ada parti Najib.

“Tujuannya semata-mata untuk memelihara Najib,” katanya dalam sidang media di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, semalam selepas program Kongres Rakyat.

Deklarasi Rakyat dimeterai antara pelbagai pihak termasuk Pakatan dalam usaha menyingkirkan pentadbiran kerajaan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang didakwa melakukan pelbagai penyalahgunaan kuasa dan kemerosotan ekonomi.

Berhubung sokongannya terhadap Najib sebelum ini, katanya, ia berkait rapat dengan bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein yang menyokongnya sebelum ini.

Mengulas lanjut, beliau mengakui kesilapan dalam sistem pentadbiran ketika ini berpunca daripada kepimpinan kerajaan terdahulu termasuk dirinya.

“Pada masa Abdullah (sebagai Perdana Menteri), saya bertanggungjawab meminta Najib dinaikkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Ia adalah kesilapan saya dan juga orang lain,” katanya.

Perdana Menteri selama 22 tahun itu berasa yakin sekiranya Perdana Menteri baru dilantik, kesilapan berlaku kini tidak akan diulangi lagi.

“Tetapi Najib telah melakukan sesuatu yang amat buruk di mana rakyat kini bertindak melakukan deklarasi bagi menggantikannya,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Sokongan Anwar dihargai, Tun M balas dengan salam

Oleh : NAEEM RAFFI

KUALA LUMPUR, 4 MAC : Sokongan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Deklarasi Rakyat ‘ Selamatkan Malaysia’ dengan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak meletakkan jawatan dihargai Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu bukan sahaja mengucapkan terima kasih, malah mengirim ucapan salam buat Anwar kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Menandatangani deklarasi bersama Tun Mahathir MB Muhyiddin Mukhriz (ASRI) (9)“Sampaikan salam dan terima kasih saya pada dia (Anwar),” katanya selepas menandatangani Deklarasi Rakyat ‘Selamatkan Malaysia’ di Rumah Alumni Universiti Malaya, di sini.

Terdahulu, Azmin memaklumkan kepada Tun Dr Mahathir berhubung sokongan Anwar terhadap gerakan tersebut.

“Semalam Sivarasa berjumpa dengan Anwar di Sungai Buloh bagi memaklumkan perkembangan terkini politik tanahair dan beliau bersetuju untuk bekerjasama” kata Mohamed Azmin kepada Dr Mahathir.

EZY

Categories
NASIONAL

Surat makluman sidang media Tun M palsu

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 4 MAC : Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli menafikan penyebaran surat dikeluarkan melalui pejabatnya mengenai satu sidang media khas yang diadakan Tun Dr Mahathir Mohamed di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Menulis di Twitter, Ahli Parlimen Pandan itu berkata penyebaran mengenainya adalah palsu dan dibuat oleh pihak tertentu dalam keadaan negara kini berdepan kemuncak kemelut politik.

Surat palsu“Setiap kali ada drama politik, tandatangan saya tiba-tiba laku. Fanboy @ahmadmaslan mesti buat surat palsu,” tulisnya.

Maklumat surat berkenaan mendedahkan kononnya, bekas Perdana Menteri itu bakal mengadakan sidang media di pejabat KEADILAN bagi membuat pengakuan berhubung fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia turut mendedahkan kononnya beberapa bekas Pegawai Tinggi Polis dan Cawangan Khas akan hadir dalam sidang media tersebut.

Ini bukan pertama kalinya edaran surat palsu yang ditandatangani Naib Presiden KEADILAN itu.

Tahun lalu, satu surat palsu berkenaan pengumuman pimpinan KEADILAN untuk mengadakan pilihan raya negeri Selangor juga disebarkan kepada umum.

EZY

Categories
NASIONAL

Ahli Umno dicabar ikuti jejak Tun M

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 1 MAC : Ahli Umno yang tidak lagi menyokong kepimpinan Presiden parti dicabar untuk keluar daripada parti itu, kata Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Min.

Beliau berkata, pengunduran Tun Dr Mahathir daripada Umno menjadi penanda aras kepada ahli Umno untuk terus membiarkan parti itu ditadbir Presiden yang gagal atau sebaliknya.

Mahathir-UMNO“Tun Mahathir membuat cabaran itu dan saya kira apa yang dilakukan oleh Mahathir itu adalah wajar.

“Sekarang kita hanya perlu tunggu apa pula langkah yang diambil oleh ahli yang lain termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz.

“Namun bagi saya, kepimpinan Umno tentunya tidak lakukan perkara sama kerana mereka lebih pentingkan manfaat untuk mereka sendiri,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau mengulas pengunduran Tun Dr Mahathir Mohamad buat kali kedua daripada Umno, atas alasan parti itu sudah tersasar daripada prinsip perjuangan asalnya.

Kata Mahathir, Umno kini hanya menjadi parti yang mempertahankan Najib yang terpalit dengan pelbagai skandal dan penyelewengan kewangan.

Bagaimanapun kata Kian Min, pergolakan dalam Umno jelas menunjukkan Umno berada dalam krisis kepimpinan yang buruk sekaligus mencerminkan kelemahan pentadbirannya.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Sudah tiba masa lakukan perubahan total

SHAH ALAM 1 MAC: Rakyat tanpa mengira perbezaan politik, bangsa dan agama diseru untuk bersama-sama bagi semua warga yang peduli untuk bertindak dan mencipta perubahan hakiki dan bermakna.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ia susulan pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamed keluar daripada Umno yang mana sebelum ini pernah membawa parti itu ke puncak kuasa memberi makna beliau akhirnya hilang harapan dengan partinya.

Azmin-Rakyat“Kita sedang menyaksikan gelombang perubahan dalam politik Malaysia.
“Tembok pemisahan dibina bertahun-tahun atas politiking akhirnya runtuh,” kata Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN dalam kenyataan media.

Katanya, kesan dari tindakan Tun Mahathir yang mengejut tetapi berani tersebut masih belum sepenuhnya difahami.

“Namun, tidak dapat diragukan bahawa ianya akan mempunyai pengaruh yang besar dan pasti mempunyai dampak mendalam terhadap landskap politik negara,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, belum pernah semua institusi demokrasi berperlembagaan dinodai sebegini rupa dan ibu kepada segala skandal kewangan berleluasa dengan pelakunya bebas tanpa sebarang tindakan.

“Akibatnya, rakyat membayar harga yang amat mahal akibat dari jenayah rasuah dan salah guna kuasa di Putrajaya,” katanya.

Semalam, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan keluar daripada Umno sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Tindakan itu adalah kali kedua Tun Mahathir keluar Umno yang mana beliau sebelum ini pernah dipecat daripada Umno pada 26 September 1969 dan keluar Umno semasa pentadbiran Tun Abdullah Badawi.

EZY

Categories
NASIONAL

Tun M keluar Umno kali kedua

PUTRAJAYA 29 FEB:  Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan keluar daripada Umno sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Beliau mengumumkan perkara demikian dalam satu sidang media di sini.

Mahathir-UMNOSebelum ini, Tun Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi Umno pada 26 September 1969.

Pada 19 Mei 2008, Tun Dr Mahathir mengisytiharkan keluar dari parti Umno.

Beliau mendakwa bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.

Beliau menyertai parti itu semula pada 2009 selepas  Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur daripada Perdana Menteri

Namun sehari selepas perlantikan secara rasmi Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam, beliau menyerahkan borang untuk menjadi ahli Umno semula.

Reuters melaporkan Tun Dr Mahathir sebagai berkata tidak akan membentuk parti baru mahupun menyertai mana-mana parti.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah mengalu-alukan langkah Tun Dr Mahathir bertindak keluar daripada Umno hari ini.

Datuk-Saifuddin-AbdullahKatanya, untuk kali ini biarlah tindakan itu dilakukan untuk menumbangkan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang.

“Saya mengalu-alukan langkah Dr Mahathir keluar daripada Umno. Saya harap, kali ini ia dilakukan untuk menumbangkan Umno/BN daripada berkuasa di Putrajaya dan melakukan reformasi yang holistik iaitu mewujudkan konfigurasi dan sistem politik yang baru dan reformasi institusi,” katanya dipetik di laman Facebooknya.

EZY

 

 

Categories
NASIONAL

Tun Mahathir disiasat Polis

SHAH ALAM 15 FEB: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad bakal dipanggil Polis berhubung kandungan blognya yang dilaporkan mempunyai unsur fitnah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata setakat ini pihaknya menerima beberapa laporan polis yang dibuat sejak beberapa hari lalu.

Dr.-Mahathir-Mohamed“Ya, kita akui ada menerima laporan polis yang dibuat sejak semalam dan dua hari lalu.

“Kita akan buka kertas siasatan, dan jika benar ada kes fitnah, kita akan serah kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya dipetik BH Online.

Dr Mahathir dalam tulisannya di blog http://chedet.cc, 3 Februari lalu, mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali tidak akan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International dan dana RM2.6 bilion kerana kononnya terhutang budi dengan Najib.

EZY

Categories
BERITA UTAMA

Kenapa tak berani cabar Tun M lawan Najib di kawasan berkecuali?

Oleh: Shahbudin Husin

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz semalam mencabar Tun Mahathir Mohamad agar bertanding melawan Najib Razak di kawasan Parlimen Pekan dalam pilihanraya umum akan datang sebagai satu-satunya cara untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Kalau tak mahu lawan Najib di Pekan, lawan saya di Padang Rengas, katanya lagi.

Sekali imbas, Nazri kelihatan “agak jantan” bila melontarkan cabaran tersebut meski terselit ciri-ciri angkuh di sebaliknya. Namun hakikat yang sebenarnya langsung tidak ada ciri-ciri “roti canai bertelur” dengan cabarannya itu.

Cabaran itu hanyalah “roti kosong” saja nilainya.

Tun Mahathir pernah memberitahu sebelum ini, tujuan beliau meminta Najib turun daripada jawatannya ialah untuk menyelamatkan UMNO dan negara daripada pelbagai kerosakan yang diakibatkan oleh kepimpinan Perdana Menteri itu.

Tidak dinafikan, hanya berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta saja telah menyebabkan persepsi buruk menyelubungi Najib yang terlalu besar dan sukar untuk dipulihkan.

www.kualalumpurpost.net_wp-content_uploads_2013_05_najib-mahathirSebagai pemimpin yang pernah membina negara selama 22 tahun dengan kepimpinannya, Tun Mahathir hanya ingin memastikan UMNO terus berkuasa dengan meletakkan pemimpin yang tidak terlalu dipertikaikan dan dalam masa yang sama juga negara serta rakyat menjadi sejahtera akhirnya.

Bukan sesekali tujuan Tun Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri semula. Beliau sudah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan tidak menjadi keperluan lagi menambah rekod itu.

Oleh itu, soal beliau mahu bertanding dan menjadi Perdana Menteri semula tidak berbangkit sama sekali.

Tetapi jika pun cabaran Nazri itu mahu diambil kira, beliau sepatutnya membuat cabaran “roti canai telur” terhadap Tun Mahathir.

Kenapa dicabar Tun Mahathir bertanding di Pekan saja?

Cabaran untuk Tun Mahathir melawan Najib seharusnya dicadangkan di kawasan berkecuali di mana-mana saja negeri. Pilih saja sama ada di Pahang, Perak, Johor, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan atau sebagainya?

Bukankah sebagai Perdana Menteri, Najib semestinya ada keberanian untuk bertanding di mana-mana juga kawasan?

Barulah pertandingan itu “perlawanan jantan” yang seimbang, menarik dan “cun”?

Kalau pun Najib tidak mahu jauh daripada kawasannya di Pekan, apa kata pertandingan itu dilakukan di Parlimen Kuantan atau Indera Mahkota, dua kawasan Parlimen yang selama ini menjadi jirannya?

Kalau susah-susah sangat, berlawanlah di kawasan lama Tun Mahathir iaitu Kubang Pasu saja?

najib-popularBegitu juga jika Nazri merasakan dirinya “super hebat” untuk berlawan dengan Tun Mahathir, buatlah cabaran untuk bertanding di kawasan lain selain Padang Rengas?

Teluk Intan boleh, Kampar boleh, Ipoh atau Tambun pun boleh?

Ada berani ke? Atau Nazri pun sebenarnya hanya “roti kosong” yang suka “cakap kosong” juga?

Categories
BERITA UTAMA

Setelah Tun M, Ku Li & Muhyiddin bergabung, hayat Najib sebagai PM meniti hari?

Oleh: Shahbudin Husin

Politik Malaysia mencatat satu lagi peristiwa menarik hari ini apabila Tun Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah yang bermusuhan sejak hampir 30 tahun dulu akhirnya duduk semeja di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Turut bersama mereka ialah Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal yang baru dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada 28 Julai lalu.
Sanusi Junid dan Ong Tee Keat juga turut hadir, cuma Dr Ling Liong Sik tidak dapat bersama kerana ada urusan di luar negara.

Sekali imbas, terlihat seolah-olah isu 1MDB dan undang-undang Sosma telah menyatukan mereka bukan saja untuk duduk semeja, bahkan nampak akrab sehati sejiwa.

Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh atau Ku Li secara rasminya bermusuh apabila bertembung untuk jawatan Presiden UMNO pada pemilihan 1987.

Ia kemudian membawa kepada pengharaman UMNO pada 1988 apabil selepas itu Tun Mahathir menubuhkan UMNO Baru, manakala Ku Li berjuang melalui Semangat 46.

Walaupun Ku Li sedia membubarkan Semangat 46 pada 1996 untuk menyertai UMNO secara beramai-ramai, kedua-duanya tidak pernah duduk semeja dalam isu-isu yang melibatkan negara mahupun UMNO kemudiannya seperti kes pemecatan Anwar Ibrahim ataupun ketika berlakunya gelombang menjatuhkan Tun Abdullah Badawi.

Tun MKalau pun ada Tun Mahathir dan Ku Li duduk semeja hanyalah ketika dua tiga kali bekas Perdana Menteri itu berkunjung untuk berbuka puasa di kediaman bekas Menteri Kewangan itu di Jalan Langgak Golf, tidak jauh dari KLCC.

Dalam masa yang sama, kedua-dua negarawan itu tidak pernah pula berbalah atau berbeza pendapat secara terbuka, baik melalui media ataupun di mana-mana forum yang lain.

Pendeknya, hubungan mereka ialah bergaduh tidak, baik sangat pun tidak juga. Namun, kedua-duanya saling menghormati antara satu sama lain dan jika terserempak pula selalu bergurau senda dan saling ketawa.

Tetapi hari ini Tun Mahathir dan Ku Li telah duduk semeja dan kemudian mengeluarkan kenyataan bersama dengan lima pemimpin lain iaitu Muhyiddin, Shafie, Dr Ling Liong Sik, Ong Tee Keat dan Sanusi Junid mengecam penahanan Khairuddin Abu Hassan dan Mathias Chang dibawah Sosma kerana membuat laporan berkaitan kemelut 1MDB di luar negara.

Apakah Tun Mahathir dan Ku Li sedia duduk semeja semata-mata kerana Sosma sahaja? Apakah ada perbincangan lain lagi selain Sosma?

Apakah pula perancangan mereka selepas ini? Ditambah dengan adanya Muhyiddin dan Shafie yang baru dipecat oleh Najib dan duduk sekali dengan mereka, manakala Tun Mahathir pula diketahui konsisten mahu menyingkirkan Perdana Menteri, episod seterusnya tentu saja tidak lari daripada topik kerusi yang sedang diduduki Najib sekarang ini.

Duduknya semeja Tun Mahathir dan Ku Li hari ini sebenarnya adalah hasil beberapa kali pertemuan antara keduanya sebelum ini. Mungkin ada yang mengetahui tentang pertemuan itu dan mungkin juga ada yang tidak menyedarinya, tetapi Tun Mahathir dan Ku Li tidak pernah berbicara secara terbuka tentangnya.

Pada hakikatnya, Sosma hanya titik permulaan kepada gerakan yang lebih besar oleh Tun Mahathir untuk menyingkirkan Najib kerana didakwa melakukan banyak kerosakan kepada parti dan negara serta lebih memungkinkan BN kalah dalam pilihanraya.

Peristiwa hari ini (12 Oktober) adalah mesej kepada Najib bahawa gandingan semua pemimpin yang berkumpul ini akan lebih kerap bersama selepas in dan program jelajah Tun Mahathir ke seluruh negara, jika berlaku, tidak lagi hanya beliau seorang saja yang menyerang Najib.

Muhyiddin yang sekembalinya dari Sarajevo baru-baru ini dan mengatakan tidak akan bersama Tun Mahathir dalam gerakan menyingkirkan Najib, nyata telah berubah pendiriannya. Beliau nampaknya tidak mahu lagi menjadi kura-kura dan sedia menjadi lebih lantang.

Berkumpulnya mereka tidak lain ialah untuk meneruskan tekanan dan seterusnya menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri. Ia bukan semata-mata Sosma yang dikeluarkan kenyataan bersama.

pcSediakah Najib menghadapinya? Mungkinkah beliau akan memecat mereka daripada UMNO atau mensosmakan semua penentangnya nanti?

Bagaimana pula dengan kebangkitan dan kemarahan rakyat jika tindakan itu diambil? Bersediakah Najib mendepaninya?

Jika semua itu berlaku, mampukah Najib terus bertahan atau kedudukannya jadi makin mereput?

Atau mungkinkah akan berdetik di hati Najib untuk mengundurkan diri demi UMNO dan negara kerana mula menyedari itulah jalan penyelesaian terbaik menamatkan kemelut yang memang berpunca daripadanya?

Oppsss….jangan lupa sidang Parlimen akan bermula pada 19 Oktober ini. Walaupun Ku Li menyatakan usul tidak percaya di Parlimen tidak mungkin berjaya kerana Speaker tidak akan membenarkannya, namun beliau juga memberitahu ada cara lain yang boleh dilakukan untuk menyingkirkan Perdana Menteri, tetapi enggan memberitahunya.

Jika tidak, mengapa pemilihan detik bersejarah bertautnya dua pemimpin yang pernah bermusuh ini hanya seminggu saja sebelum sidang Parlimen bermula?

Dan ia juga berlaku selepas Majlis Raja-Raja bertindak di luar kebiasaan dengan mengeluarkan kenyataan mahukan siasatan 1MDB segera diselesaikan dan diambil tindakan terhadap mereka yang didapati bersalah melakukan kesalahan.

Najib bajetSiapa pula bakal Perdana Menteri baru menggantikan Najib nanti? Ku Li? Muhyiddin?

Atau Ku Li jadi Perdana Menteri sehingga PRU 14 dan selepas kemenangan selesa BN, jawatan itu akan diserahkan kepada Muhyiddin pula menggantikannya?

Episod seterusnya pasti lebih ditunggu-tunggu, tapi dalam masa yang sama tentunya Najib semakin tidak lena lelap malamnya.

Categories
NASIONAL

Najib hilang taring, pemimpin BN sertai sidang media Tun M

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 12 OKT: Beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersuara menentang penahanan dua individu yang dikaitkan dengan mantan perdana menteri itu dalam kempen isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Lebih mengejutkan, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal turut hadir dalam sidang media itu.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah; bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sanusi Junid dan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

pcSidang akhbar yang diadakan di Yayasan Kepimpanan Perdana itu berhubung kecaman kerajaan yang menyalahguna kuasa bagi menahan bekas pemimpin cawangan Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas setiausahanya, peguam Matthias Chang.

Kedua-dua individu itu didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini atas kesalahan cubaan mensabotaj ekonomi, kewangan dan sistem perbankan Malaysia.

Khairuddin ditahan selepas membuat laporan kepada pihak penguatkuasaan di luar negara termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) berhubung isu 1MDB.

Mereka dituduh di mahkamah atas cubaan mensabotaj perkhidmatan kewangan dan perbankan negara ini serta didakwa bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.

Pendakwaan itu susulan laporan polis mereka di Perancis, England, Switzerland, Hong Kong dan Singapura.

Khairuddin dan Chang kini ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau SOSMA dengan perbicaraan bawah akta itu harus dibuat di Mahkamah Tinggi, bahkan mereka berdepan penjara 15 tahun jika sabit kesalahan.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Tak masuk akal cabar Tun M tanding Parlimen Pekan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 8 OKT: Tindakan mencabar mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding di Parlimen Pekan pada pilihan raya umum akan datang tidak masuk akal hanya disebabkan beliau lantang mengkritik Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata sebaliknya perdana menteri yang juga penyandang kerusi Parlimen Pekan perlu menerima teguran atau kritikan mana-mana pihak dengan terbuka.

datuk-ibrahim-tuan-man1“Ini satu pandangan atau cabaran yang tak masuk akal. Tak semestinya bila seseorang kritik, tegur pemimpin, maka kita terus nak cabar beliau bertanding di tempat pemimpin yang dikritik.

“Menegur pemimpin satu persoalan, manakala masalah bertanding adalah isu lain. Sebagai pemimpin, beliau kena bersikap terbuka untuk dengar pandangan atau kritikan, manakala peringkat penyokong juga ahli pula tak patut buat cabaran yang tiada asas.

“Kalau macam tu, tak boleh kritiklah. Saya berpendapat, masa Tun Mahathir dah lepas untuk beliau bertanding pilihan raya. Saya rasa, beliau sendiri tak bercadang nak bertanding. Kalau nak, cabarlah orang lain,” kata Tuan Ibrahim kepada Selangor Kini, hari ini.

najib-razak1-may7-540x320Terdahulu, Dr Mahathir yang memegang jawatan perdana menteri selama 22 tahun adalah antara individu paling lantang mengkritik Najib khususnya isu 1MDB.

Manakala, Ali Tinju pula dianggap antara penyokong tegar yang berusaha mempertahankan Najib termasuk dengan cara menimbulkan kekecohan ketika majlis dialog ‘Nothing2Hide” dan membabitkan diri secara aktif dalam Himpunan Merah, baru-baru ini.

-NFN-