Categories
NASIONAL SELANGOR

Pemimpin Muda PKR Gesa Tanda Putera, New Village Ditayangkan – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 31072013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin berkata rakyat Malaysia cukup matang untuk menilai filem-filem fiksyen sejarah seperti Tanda Putera yang menyingkap tragedi 13 Mei, dan New Village, yang menceritakan percintaan terhalang berlatarkan zaman darurat.

2. Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan meminta agar pihak berkuasa majlis agama Islam turut bertindak ke atas golongan lelaki yang menyertai pertandingan bina badan.

3. Pemasangan lampu limpah di kawasan letak kereta di taman perumahan USJ2 di sini sejak Mac lalu berjaya mengurangkan kejadian jenayah di kawasan itu.

4. Bertindak atas aduan orang ramai, Majlis Perbandaran Selayang melancarkan ‘OPS Padu kenderaan Berat’ di sekitar kawasan pentadbirannya baru-baru ini bagi menjejaki pemandu lori yang sering memakir kenderaan berat dibahu jalan.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Hannah : Lampu Limpah USJ2 Mampu Kurangkan Jenayah

 

hannah yeoh lampu parkir 01SUBANG JAYA 31 JULAI : Pemasangan lampu limpah di kawasan letak kereta di taman perumahan USJ2 di sini sejak Mac lalu berjaya mengurangkan kejadian jenayah di kawasan itu.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, kemudahan itu disediakan demi kebaikan penduduk di situ yang mengadu kejadian jenayah kerap berlaku akibat keadaan gelap.

Katanya, peruntukan sebanyak RM20,510 daripada Kerajaan Negeri digunakan untuk pemasangan lampu limpah tersebut.

“Penduduk di sini pernah menahan suspek yang terlibat dalam kejadian jenayah ketika kawasan ini dulu gelap.

“Di sini terdapat dewan orang ramai, kabin rukun tetangga USJ2 dan USJ6 serta Masjid Al-Mukminun jadi kawasan letak kereta ini memang digunakan oleh ketiga-tiga pihak dengan kerap,” katanya kepada media selepas lawatan ke kawasan itu hari ini.

Projek tersebut bermula 22 Februari hingga 13 Mac lalu menggunakan sebahagian peruntukan RM500,000 disalurkan Kerajaan Negeri untuk penambahbaikan infrastruktur di DUN Subang Jaya.

Hannah berkata, pelbagai projek dirancang itu adalah mengikut cadangan dikemukakan pelbagai pihak termasuk Ahli Majlis Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Tambahnya, pembinaan dua wakaf bernilai RM20,240 turut dilakukan di situ untuk kegunaan penduduk bagi menggantikan wakaf sedia ada dibina mereka yang terpaksa dirobohkan MPSJ kerana terlalu hampir dengan kediaman penduduk.

Nazir Masjid Al Mukminun, Zainal Abidin Zakarian menjelaskan kawasan letak kereta itu memang memerlukan lampu limpah supaya keadaannya menjadi lebih terang.

Sebelum itu, katanya, berlaku beberapa kejadian tidak diingini yang menimbulkan rasa tidak senang di kalangan penduduk.

“Kejadian jenayah kerap berlaku di sini terutama pada waktu malam. Pemasangan lampu ini memang berguna dan memberi kebaikan kepada semua pihak di sini,” katanya.