Categories
PENDIDIKAN SELANGOR

Fokus dalam kelas, resepi kejayaan pelajar terbaik keseluruhan Yayasan Selangor

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 28 JULAI: Tumpuan sepenuhnya ketika berada di dalam kelas adalah tips terbaik untuk memahami setiap mata pelajaran seterusnya beroleh keputusan peperiksaan terbaik.

Itu adalah resepi istimewa pelajar tajaan Yayasan Selangor, Fadhluddin Sahlan dari Maktab Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) yang menggenggam Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan hasil kejayaan 11A (10A1+ dan 1A-) dalam SPM 2016.

“Saya tidak mengambil sebarang kelas tambahan tetapi sentiasa memberi 100 peratus tumpuan ketika di dalam bilik darjah.

YAYASAN SELANGOR INTEKMA (5)“Hasilnya, saya memahami setiap yang diajar guru dan memudahkan proses ulang kaji untuk menghadapi peperiksaan,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau turut menerima Anugerah Pelajar Terbaik SPM 2016 bagi kategori aliran agama.

Anak kepada pasangan peguam ini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Asasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sementara itu, penerima Anugerah Pelajar Terbaik SPM 2016 bagi kategori aliran kebangsaan, Rebecca Wong Shin Ai berkata, beliau banyak mengamalkan latih tubi bagi memahami mata pelajaran diambil.

“Saya juga menghadiri kelas tambahan disediakan bagi membantu lebih memahami setiap subjek. Selain itu, sokongan keluarga turut menjadi pembakar semangat untuk saya mencapai sasaran 10A, dalam SPM lalu,” katanya.

Anak bongsu daripada dua beradik itu sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang A-Level di Methodist College Kuala Lumpur (MCKL).

Categories
PENDIDIKAN SELANGOR

Pelajar cemerlang Yayasan Selangor meningkat

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 28 JULAI: Seramai 114 pelajar tajaan Yayasan Selangor (YS) berjaya memperoleh keputusan 8A ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bagi tahun 2016.

Pengurus Kanan YS, Zahura Zakry berkata, ia peningkatan ketara berbanding hanya 66 pelajar berjaya mencatat keputusan setara, pada tahun sebelumnya.

Katanya, peningkatan hampir sekali ganda itu memberi inspirasi untuk warga kerja YS menggembeleng tenaga menyediakan kemudahan pendidikan terbaik kepada pelajar tajaannya.

YAYASAN SELANGOR INTEKMA (2)“Semua pelajar ini juga layak menikmati pinjaman pendidikan YS untuk pengajian peringkat diploma berjumlah RM16,000 dan ijazah RM24,000 sepanjang pengajian.

“Ia menjadikan pembiayaan keseluruhan bagi setiap pelajar berjumlah RM40,000 bagi pengajian diploma dan ijazah,” katanya pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Yayasan Selangor 2016, di sini, semalam.

Majlis disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan turut dihadiri Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya.

Terdapat 17 kategori anugerah antara lain Pelajar Terbaik Tingkatan, Pelajar Cemerlang PT3, Pelajar Cemerlang SPM, Pelajar Terbaik SPM dan Pelajar Terbaik Keseluruhan.

Anugerah lain termasuk Guru Penyelaras Terbaik, Sekolah Terbaik Program Hipers (High Performance) dan Sekolah Terbaik.

Categories
SELANGOR

Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Yayasan Selangor rai 117 pelajar

OLEH NAZLI IBRAHIM

HULU SELANGOR, 9 SEPT: Seramai 117 pelajar tajaan Yayasan Selangor menerima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan bagi mengiktiraf sumbangan mereka yang menjadi pemangkin dalam bidang akademik juga ko-kurikulum.

Majlis yang diadakan di Dewan Besar Kem Bina Semangat, Ampang Pecah, pada Sabtu lalu itu turut merangkumi kecemerlangan akademik di peringkat sekolah rendah (UPSR), sekolah menengah (PT3 & SPM) dan pengajian tinggi (ijazah).

Penganugerahan kali ini menyaksikan pelajar Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Klang, Muhammad Rujhan Mohd Subari dipilih sebagai pelajar terbaik keseluruhannya.

Anugerah Pelajar Terbaik Ko-Kurikulum Menengah Rendah bagi kategori perempuan diberikan kepada Liew Qi Yi dari SMK Seri Garing, sementara kategori lelaki disandang Muhammad Amin Saril dari SMK Tinggi Klang.

Selain itu, pelajar terbaik di peringkat ijazah dianugerahkan kepada Jasmin Munchar Elias yang memperolehi PNGK 4.0 dari Universiti Malaya dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Kedoktoran.

yayasanSementara itu, Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam ucapannya berkata, Yayasan Selangor sekali lagi berjaya meneruskan kecemerlangannya melahirkan pelajar berkualiti.

“Segala kejayaan dan kecemerlangan ini diharapkan tidak ternoktah di sini sahaja tetapi menjadi titik permulaan untuk perjuangan yang lebih mencabar.

“Semoga Yayasan Selangor terus giat melipat gandakan usaha meningkatkan pencapaian dalam pengurusan aset juga mengimbangi perjalanan operasi, sama ada pengurusan aset mahupun pendidikan cemerlang,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

Ramai pemimpin hebat bermula pemidato sekolah

OLEH : NAZLI IBRAHIM

KLANG, 2 MEI: Usaha pihak sekolah membimbing pelajar menjadi pemidato hebat menyertai pelbagai pertandingan mampu menjana idea, pemikiran kritis dan rasional harus dipuji.

Setiausaha Kanan Exco Pendidikan Selangor, Abas Awang, berkata hal ini berikutan sejarah membuktikan ramai pemimpin berkaliber seperti Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Anuar Musa bermula sebagai pemidato sekolah pada era masing-masing.

Pidato“Pentas debat dan pidato merupakan platform pelajar menjana idea, pemikiran kritis dan rasional. Persediaan berdebat perlukan ilmu dan maklumat.

“Ilmu dan maklumat diperolehi dari pelbagai sumber memerlukan kemahiran membuat tapisan. Kemahiran menapis maklumat mencari kebenaran kritikal agar tidak terpengaruh maklumat terseleweng.

“Diucapkan syabas dan tahniah kepada peserta dan khasnya kepada guru pembimbing kerana ia membantu melahirnya pemidato dan pemimpin hebat,” kata Abas.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pembukaan Pertandingan Debat dan Pidato Yayasan Selangor Kali Kelapan di Asrama Yayasan Selangor, Klang pada Sabtu lalu.

Beliau turut melahirkan keyakinanpertandingan kali ini mampu menampilkan pemidato dengan idea bernas.

Abas turut mengucapkan tahniah kepada Yayasan Selangor kerana berjaya menganjurkan pertandingan debat dan pidato kali kelapan yang menarik penyertaan sekolah seluruh negara.

EZY

Categories
SELANGOR

JP-ABAS bentang naik taraf bangunan Yayasan Selangor di DNS

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 21 MEI: Bangunan Yayasan Selangor di Bukit Bintang sedang dalam proses dinaik taraf bagi mengelakkannya terbengkalai dan menanggung rugi.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat kerajaan negeri bagi Dewan Negeri Selangor (JP-ABAS), Saari Sungib berkata, perancangan itu akan dibentangkan dalam sidang DNS akan datang.

Katanya, berhubung peruntukan dan kerja menaiktaraf, ia terpulang pada kaedah sama ada ‘Build, Operate dan Transfer (BOT) atau sendiri.

yb saari“Jawatankuasa akan mendengar taklimat pengurusan Yayasan Selangor. Selepas mendapat maklumat lengkap, kita akan sediakan kertas cadangan untuk dibawa dalam sidang dewan.

“Kita juga kena lihat sama ada ia sesuai atau tidak untuk diubah suai atau sebaliknya,” katanya kepada Selangor Kini.

Semalam, Saari bersama ahli jawatankuasa lain turun padang melawat bangunan berkenaan dan beliau turut menafikan ia akan dijual.

“Tidak rasional jika dijual. Kita perlu lihat keuntungan jangkamasa panjang kerana kalau jual akan dapat untung sekali sahaja.

“Kita perlu fikir cara untuk membangunkannya semula supaya bangunan itu boleh memberikan keuntungan berterusan,” katanya.

Yayasan Selangor mengalami kerugian besar RM15.12 juta dalam tempoh tiga tahun ekoran menamatkan penyewaan dan mengosongkan bangunan itu, pada September 2012.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Yayasan Selangor terus pacu kecemerlangan pendidikan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 21 OGOS: Kecemerlangan dalam pendidikan menjadi fokus utama Yayasan Selangor ke arah menjadi organisasi yang berjaya di negeri itu.

Yayasan Selangor terus berusaha membantu menaja pelajar anak negeri itu demi melahirkan modal insan berkualiti yang mampu menyumbang ke arah kemajuan negeri khasnya dan negara amnya.

Pengurus Besarnya, Ismail Idris, berkata beliau akan memberi fokus supaya yayasan itu berada di tahap membanggakan membabitkan aspek kemampuan, kredibiliti, kapasiti dan kualiti.

UNISEL Yayasan Selangor biasiswa 02Katanya, Yayasan Selangor perlu mencari sumber kewangan sendiri antaranya melalui hasil sewaan bangunan, rumah kedai dan hasil pertanian seperti kelapa sawit.

“Yayasan Selangor ibarat kapal yang sudah bersedia dengan anak kapalnya, namun tiada ketua. Bila saya menyertainya, maka kena pastikan warga kerja sudah bersedia dan perlu bertindak profesional dengan perubahan cara berfikir demi kebaikan bersama.

“Bagi perancangan masa depan, kita akan gerakkan pembangunan sendiri selain pembangunan tanah pertanian hak milik Yayasan Selangor supaya ia menjadi produktif yang turut membabitkan aset yayasan seperti projek di Bukit Bintang, Kampung Pandan, Shah Alam dan Klang,” katanya dalam sesi temuramah khas dengan Selangor Kini, di sini, baru-baru ini.

Ismail berkata, konsep ‘Merakyatkan Pendidikan Selangor’ memberi kemudahan kepada pelajar di semua daerah dan zon negeri itu kerana pihaknya akan menaja lebih ramai golongan terbabit termasuk sekolah agama serta maahad tahfiz.

“Kita nak pastikan anak Selangor ini dapat merasai pembelaan sewajarnya. Semua pelajar tajaan Yayasan Selangor sentiasa dipantau prestasinya supaya mampu mencapai tahap pencapaian ditetapkan.

Logo-Yayasan-Selangor“Yayasan Selangor turut bekerjasama dengan Jabatan Pelajaran Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi tujuan itu. Kita juga sudah banyak melahirkan golongan tenaga profesional yang berjaya dalam bidang masing-masing dan ramai alumni yayasan yang boleh dibanggakan contohnya ada menjadi ahli politik, arkitek, doktor, pensyarah, ahli perniagaan, selain pegawai polis serta tentera berpangkat tinggi.

“Antara yang boleh dinyatakan adaalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr Daroyah Alwi dan Prinsipal RSP Architects Sdn Bhd, Ar Hud Abu Bakar,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kecemerlangan MB tadbir negeri, Yayasan Selangor terap konsep sama

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 13 OGOS: Kepimpinan cemerlang Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menerapkan konsep korporat di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri yang membawa keuntungan kepada rakyat akan dicontohi Yayasan Selangor demi kemajuan bidang pendidikan di negeri itu.

Di bawah kepimpinan Abdul Khalid sejak menerajui Kerajaan Negeri, agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) menjadi teras utama demi menjaga kebajikan rakyat.

Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ismail Idris, berkata hal itu bersesuaian dengan latar belakang Abdul Khalid sebagai tokoh korporat terkenal, bahkan idea dan perancangan dijayakan bagi kemajuan Selangor adalah tepat.

UNISEL Yayasan Selangor biasiswa 02Katanya, Menteri Besar menjalankan tugasnya dengan hebat apabila semua konsep diterapkannya berasaskan koporat dengan penambahan pendapatan menjadi keutamaan.

“Cara yang Abdul Khalid buat ini memang betul untuk Selangor. Secara peribadi, saya ingin menerapkan nilai yang sama di Yayasan Selangor iaitu berimej koporat dan berasaskan perniagaan.

“Dalam pendidikan, kita kena jana pendapatan untuk kemajuan serta tempoh jangka panjang. Maka, kalau Yayasan Selangor diuruskan dengan betul, anak Selangor yang akan dihasilkan mempunyai nilai tersendiri dan membantu kembali ekonomi negeri khasnya dan Malaysia amnya,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, baru-baru ini.

Penerapan nilai sama dirancang Ismail dilihat bersesuaian dengan motto yayasan iaitu “Merakyatkan Pendidikan Selangor” iaitu kepentingan pendidikan kepada rakyat bagi melahirkan modal insan berkualiti dan berhemah tinggi.

-NFN-

Categories
SELANGOR

High Performance Student tingkat kecemerlangan UPSR, UPSRA Selangor

Oleh: AFEEQA AFEERA

SERDANG, 25 MEI: Yayasan Selangor mensasarkan peningkatan pelajar sehingga 5,500 orang untuk menerima tajaannya pada tahun ini bagi memastikan lebih banyak peluang pendidikan berkualiti diberikan kepada rakyat di negeri ini, .

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata yayasan itu dengan sumbernya yang ada diyakini mampu menyediakan lebih banyak kemudahan pendidikan kepada rakyat Selangor dengan fokus kepada pendidikan menengah rendah.

Beliau berkata, ia dapat dilihat apabila bilangan pelajar tajaan di yayasan berkenaan meningkat daripada 1,200 orang pada 2010 kepada 5,000 pelajar, pada 2013.

IMG_2105a“Walaupun jumlah ini masih kecil jika dibandingkan dengan keseluruhan pelajar di peringkat menengah negeri ini yang dianggarkan berjumlah 932,979 orang, saya percaya impak bantuan yang diberikan Yayasan Selangor dapat dirasai masyarakat.

“Kita juga harapkan ia dapat mencakupi lebih ramai pelajar di Selangor pada masa akan datang,” katanya pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Yayasan Selangor yang turut dihadiri Exco Selangor, Dr Halimah Ali dan Dr Daroyah Alwi di Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, semalam.

Majlis itu adalah program tahunan anjuran Jabatan Pendidikan Yayasan Selangor bagi mengiktiraf dan menghargai kejayaan pelajar tajaan mereka yang berjaya mengekalkan legasi kecemerlangan pendidikan terutama dalam bidang akademik serta kokurikulum.

Pada majlis itu, seramai 135 orang pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), manakala Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula merekodkan 98 orang daripada 532 calon mendapat keputusan 8A ke atas.

IMG_2224aSementara itu, Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ismail Idris, berkata satu program dikenali sebagai High Performance Student (HIPERS) akan dilaksanakan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) tahun ini.

Katanya program berkenaan membabitkan sekolah rendah yang dipilih JPNS dan sekolah rendah agama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), yang mana setakat ini 10 buah sekolah sudah dipilih untuk menjayakannya.

“Tujuannya adalah bagi Yayasan Selangor membantu sekolah ini mencatatkan peningkatan dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah/Agama (UPSR/UPSRA) seterusnya dijadikan pelajar ‘feeder’ kepada program Rancangan Pendidikan Yayasan Selangor di peringkat sekolah menengah,” katanya.

-NFN-

Selangorku : Yayasan Selangor (Part 3)

http://tv.selangorku.com

Selangorku : Yayasan Selangor (Part 2)

http://tv.selangorku.com

Selangorku : Yayasan Selangor (Part 1)

http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

Yayasan Selangor sasar 5,500 pelajar, bela pendidikan pelajar kurang berkemampuan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM 22 JAN: Yayasan Selangor mensasarkan penambahan pelajar kepada 5,500 orang sebelum Jun 2014 ini selepas berjaya menaja 5,000 orang pelajar setakat ini.

Pengurus Kanan Pendidikannya, Zahura Zakry, berkata sasaran ini menunjukkan pihak Yayasan Selangor komited untuk membantu pelajar kurang berkemampuan di Selangor supaya mereka dapat meningkatkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan.

Logo-Yayasan-SelangorKatanya, corak pendidikan kini sudah mula berubah hingga menyaksikan sekolah di kawasan luar bandar dan pinggir bandar berjaya meletakkan diri mereka pada kedudukan sekolah cemerlang.

Jelasnya, pendidikan sahsiah dengan suasana pembelajaran kondusif menjadi pilihan ramai ibu bapa masa kini untuk membuat keputusan sekolah terbaik untuk anak mereka.

Katanya, tiada isu diskriminasi sama ada sekolah tersebut berada dalam kelompok bandar mahupun luar bandar sebaliknya bantuan perlu diberikan kepada mereka yang layak.

“Memang itu yang berlaku tetapi pada saya perlu sama ratakan. Pelajar miskin bandar juga kita bantu. Dunia semakin berubah, tiada isu yang mengatakan pelajar luar bandar tertinggal. Banyak sekolah sudah naik taraf.

“Ibu bapa sekolah kini lebih bijak, mereka mengkaji setiap sekolah yang lebih sesuai supaya anak mereka mendapat suasana pembelajar yang lebih kondusif. Maka tiada isu luar bandar dan bandar,” katanya kepada Selangor Kini.

Sementara itu, Yayasan Selangor juga turut memberikan sumbangan biasiswa kepada pelajar daripada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) sekaligus dapat membantu pihak sekolah menganjur program bimbingan bagi memantapkan lagi pencapaian pelajar.

Pengurus Hal Ehwal Pelajar Yayasan Selangor, Rosmaria Hani Maarof, berkata kemasukan pelajar daripada pelbagai jenis sekolah melihatkan adunan budaya dan sahsiah pelajar yang datang daripada sekolah aliran biasa dan aliran agama.

Katanya sehingga kini terdapat penambahan sekolah agama yang ditaja dari enam buah kepada 11 buah sekolah.

EZY