Categories
BERITA UTAMA

Surat terbuka Ahli Parlimen Kuantan kepada Majlis Keselamatan Negara

Oleh : Fuziah Salleh

Kenyataan Media Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertarikh 18 Disember 2013 bertajuk “Perkembangan Terkini Status Bencana Banjir Seluruh Negara dan Persiapan Kerajaan Dalam Menghadapi Gelombang Kedua Bencana Banjir 2013|2014” adalah dirujuk.

Saya ingin mengalu-alukan pemakluman berkenaan kemungkinan berlaku Gelombang Kedua Bencana Banjir 2013 beserta dengan langkah-langkah menghadapi situasi ini yg telah di gariskan oleh Setiausaha MKN, Datuk Mohammad Thajudeen Abdul Wahab.

Saya juga mengalu-alukan langkah mengaturgerak aset pengurusan banjir di negeri-negeri yang tidak terjejas banjir ke negeri Terengganu, Pahang dan Johor.

Alangkah baiknya sekiranya MKN telah berbuat demikian sewaktu Gelombang Pertama dahulu.

Oleh kerana banjir Gelombang Pertama merupakan sesuatu yang luarbiasa, juga tanpa amaran menyeluruh yang dikeluarkan oleh MKN, didapati keadaan amat gawat pada awal pagi 4 Disember apabila didapati ribuan mangsa telah berpindah ke Pusat -Pusat Pemindahan Banjir di Kuantan.

Dalam keadaan yang sungguh gawat ketika itu, saya berasa amat kesal kerana MKN lambat bertindak dan lambat pula mengambil langkah-langkah korektif daripada pengurusan banjir secara biasa kepada pengurusan banjir secara luar biasa.

Saya juga berharap semoga MKN telah belajar melalui kesilapan mereka didalam menghadapi Gelombang Pertama Banjir 2013 dan telah juga mengambil langkah penambahbaikkan di dalam Prosedur Pengurusan di Pusat-Pusat Pemindahan Banjir.

Di antaranya ialah supaya MKN melantik pihak yang terlatih dan tidak terlibat dengan banjir untuk mengurus Pusat Pemindahan Banjir.

fuziahsallehDi dalam keadaan JKKK – Jawatankuasa Kebajikan dan Kemajuan Kampung bertanggungjawab mengurus Pusat-Pusat Permindahan, disini lah kita lihat kelemahan -kelemahan didalam pengurusan Pusat Pemindahan dan justeru itu kelemahan didalam menjaga kebajikan mangsa-mangsa banjir.

Diantaranya:

Mereka sendiri (JKKK) merupakan mangsa-mangsa banjir sebab mereka pun dari kawasan setempat. Maka lambat lah mereka dapat mendaftar diri untuk menjalankan tugas. Mereka juga perlu selamatkan diri, keluarga dan harta benda. Saya kira mereka patut di bebaskan dari beban mengurus Pusat Pemindahan.

Adalah diiktiraf bahawa mereka(JKKK) punyai pengalaman uruskan mangsa banjir yang biasa berlaku tiap tahun dimana mangsa banjir di Pusat Pemindahan berjumlah paling ramai 500 orang rata2. Namun mereka sama sekali tidak punyai kepakaran pentadbiran mahupun kemampuan mengurus Pusat Permindahan dimana terdapat 3000 sehingga 5000 mangsa banjir seperti yang berlaku sewaktu Gelombang Pertama baru-baru ini.

Sebab itu lah kita dapati banyak aduan mangsa yang kelaparan didalam keadaan makanan bertimbun-timbun. Antara alasan yang di berikan JKKK ialah peralatan tidak mencukupi. Pada saya itu ialah isu pentadbiran yang seharusnya boleh di atasi namun gagal diatasi oleh pihak pengurusan Pusat Pemindahan iaitu pihak JKKK.

Begitu juga apabila mangsa terpaksa tidur diatas lantai simen selama 3 atau 4 malam kerana kekurangan alas tikar dan selimut. Saya yakin ianya sesuatu yang boleh dielakkan sekiranya pengurusan Pusat Pemindahan Banjir diurus dengan cara lebih profesional.

Makanan yang diperlukan diawal mangsa dipindahkan ialah makanan segera dimakan seperti roti. Apa yang dilihat berlaku ialah terdapat beras bertimbun dan sardin dalam tin didalam keadaan tiada siapa yang bersedia untuk memasak.

Melantik pihak profesional untuk mengurus Pusat Pemindahan Banjir juga boleh mengelak daripada keadaan pilih kasih berlaku. Oleh kerana JKKK adalah merupakan dari kampung yang terlibat mereka dikenali oleh semua warga di Pusat Pemindahan. Aduan pilih kasih dan pemberian kepada kroni, samada benar atau tidak boleh di elakkan.

Kita harus akur bahawa keadaan mangsa banjir yang menyabung nyawa meninggalkan rumah mereka dalam air yang deras. Kemudian pula dalam keadaan kesejukan tiada makanan dan tiada pakaian gantian dan juga tiada selimut, telah melalui keadaan trauma yang amat tinggi. Wajarlah kebajikan mereka diuruskan oleh pihak yang tidak terlibat dengan banjir yang tentu sekali boleh memaparkan tahap pengurusan yang lebih profesional.

Akhir kata saya ingin menyeru supaya MKN sendiri bersifat lebih profesional didalam menangani insiden banjir Gelombang Kedua ini sekiranya berlaku (doa dijauhkan Allah). Juga diharap tidak sekali-kali di politikkan isu ini seperti dalam jawapan Setiausaha MKN kepada surat terbuka Nur Adilla Abdul Rahim.

Bencana Banjir Besar seperti ini tidak diingini oleh sesiapa. Akan tetapi Allah SWT sahaja yang tahu akan hikmahnya. Dan sama-sama lah kita bantu membantu diantara satu sama lain tanpa mengira sempadan politik.-19 Disember 2013

*Fuziah Salleh adalah Naib Presiden PKR

Categories
BERITA UTAMA

Ayuh, protes kenaikan harga pada Ambang 2014

Oleh: Edy Noor Reduan

MUKTKHIR ini, rakyat dikejutkan oleh pelbagai kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan sekaligus meningkatkan kos sara hidup secara mendadak.

Ia menerbitkan kegelisahan orang ramai terpancar melalui pelbagai laporan media termasuklah di media sosial. Malah, respon kebanyakkan menteri terhadap kenaikan ini turut memacu kemarahan rakyat.

logo SAMM2Justeru itu, hasil perbincangan melalui media sosial, hadir idea untuk bersama menyatakan protes terhadap peningkatan kos sara hidup secara melampau.

Sambil menyifatkan tahun 2014 adalah tahun yang begitu mencabar, malam 31 Disember / ambang tahun 2014 yang disambut di Dataran Merdeka setiap tahun dipilih sebagai waktu dan lokasi yang paling sesuai untuk sebuah protes rakyat besar-besaran.

Inisiatif rakyat ini boleh dilihat melalui sebuah laman FB yang mengumpul kehadiran orang ramai ke Dataran Merdeka pada malam tersebut.

Usaha ini berhasil apabila lebih seribu pengguna FB mengesahkan kehadiran dalam masa hanya beberapa jam.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyahut cabaran mempromosi protes rakyat ini secara maksima, menyeru kepada semua pihak termasuk NGO, aktivis dan orang ramai tanpa mengira warna kulit dan fahaman kepartian.

SAMM percaya semua tidak terkecuali, samada penyokong kerajaan atau sebaliknya, merasai bebanan kenaikan harga barang serta perkhidmatan yang melampau dan bertindan-tindan.

cukainaikAntara bebanan yang dimaksudkan ialah kenaikkan harga petrol pada September lalu diikuti kenaikan harga gula pada Oktober, kenaikan tarif elektrik pada Januari depan, semakan harga gas, semakan harga tiket pengangkutan awam seperti LRT dan tambang bas sekolah, dan juga peningkatan kadar tol yang melibatkan 15 lebuhraya. Maka himpunan bantahan ini adalah bertepatan.

Melalui media, SAMM difahamkan sebuah gabungan NGO TURUN turut berhasrat untuk bersama rakyat memilih Dataran Merdeka sebagai lokasi protes. SAMM menyambut baik keputusan tersebut dan menggalakkan lebih banyak NGO untuk turun protes bersama di Dataran Merdeka.

Dalam perkembangan sama, tidak dinafikan ada pihak / individu tertentu yang bertindak agresif cuba untuk menganjur perhimpunan di lokasi sama dengan harapan menggulingkan kerajaan. SAMM menafikan sama sekali sebarang keterlibatan.

Dataran MerdekaNamun sekiranya kerajaan yang lemah ini terguling dengan sendirinya hasil dari ‘polisi’ yang diperkenalkan, maka tidak boleh disalahkan sesiapa melainkan kerajaan itu sendiri.

Bagi SAMM, jelas himpunan di Dataran Merdeka adalah sebuah protes anjuran rakyat marhein. Ia sebuah protes yang aman selari dengan seruan supaya orang ramai hadir tidak membawa apa-apa senjata.

Akhir sekali, SAMM akan kemaskini segala perkembangan memandangkan terdapat banyak pihak yang sudah menghubungi SAMM menyatakan kesediaan untuk bersama rakyat pada malam ambang tahun 2014. Satu gabungan lebih besar mungkin akan direalisasikan.

* Edy Noor Reduan adalah Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia

Categories
BERITA UTAMA

Kenaikan harga ‘bertingkek-tingkek’ gamit Monday Blues

Oleh Edy Noor Reduan

Isnin. Sebilangan besar masyarakat dunia merasakan emosi pada pagi hari Isnin adalah sedikit kendur. Kekenduran pagi Isnin ini turut diberi nama jolokan ‘Monday Blues’.

Namun bagi saya, Isnin kali ini lain benar rasanya.

Jauh lebih bersemangat dari Isnin yang lain. Mungkin faktor kemenangan besar Liverpool terhadap pasukan Spurs mempengaruhi hormon adrenalin untuk lebih bersemangat – semangat 5-0.

beban nailPagi ini juga saya terlihat muka depan Sinar Harian yang agak mencuri perhatian. Muka depan yang terpampang perkataan “Tolonglah Jangan Naik” di semua edisi Sinar Harian seluruh negara, dengan berlatar belakang lebuh raya yang penuh sesak dan juga gambar rajah berfakta mengenai ‘rasionalisasi subsidi’.

Tajuk muka depan akhbar itu mencerminkan sesuatu yang lahir dari marhaen. Ia satu rayuan rakyat seolah-olah merayu supaya janganlah terus menambah beban. Apakah yang dirayu itu?

Jika rayuan itu memohon supaya kerajaan lebih berhati perut, saya percaya rayuan tersebut umpama mengejar fatamorgana.

Saya terus membelek Sinar Harian secara online untuk mencari sesuatu yang mungkin istimewa dalam edisi bertarikh hari ini. Akhirnya saya menemui satu tulisan menarik bertajuk “2014 tahun mencabar” oleh wartawan Sinar Harian.

Saya bingkas menghubungi teman di Sinar Harian untuk mengetahui siapakah penulis tersebut, namun gagal kerana teman saya belum masuk kerja untuk hari ini.

Tulisan tersebut menghuraikan kenaikan demi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak, telah dan bakal berlaku.

lrt11Antaranya ialah kenaikan harga petrol pada September, kenaikan harga gula pada Oktober, kenaikan tarif elektrik pada Januari depan, semakan harga gas, semakan harga tiket pengangkutan awam seperti LRT dan juga peningkatan kadar tol yang melibatkan 13 lebuh raya.

Tulisan yang konprehensif ini turut merumuskan betapa rakyat terpaksa berdepan satu cabaran hebat untuk tahun 2014. Tulisan tersebut menekankan bahawa kenaikan yang berlaku adalah berbentuk ‘super combo’ dan menjerut leher rakyat yang berpendapatan rendah serta golongan sederhana.

Asasnya, kadar peratus kenaikan gaji tidak selari dengan perkembangan mutakhir ini. Rakyat tersepit dengan unjuran ‘negara maju’ dan slogan ‘rakyat didahulukan’. Apakah maknanya negara maju ketika rakyat menderita?

Daripada tulisan itu timbul persoalan utama – Mengapa kenaikan harga itu dibuat dalam tempoh yang singkat? Tidakkah kenaikan itu boleh dibuat dalam jumlah lebih kecil atau secara berperingkat?

Persoalan itu hadir tanpa jawapan, hanya persoalan semata-mata. Inilah yang membangkit naluri saya untuk menulis hari ini, untuk menjawab persoalan yang diajukan oleh penulis wartawan Sinar Harian.

Ada beberapa alasan picisan digunakan untuk mengolah persetujuan kenaikan itu. Contohnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) umum akan kaji tambang LRT dan monorel.  Kaji yang bermaksud ‘akan naik’ dengan alasan tarif eletrik naik.

Menteri JPM, Dato Seri Abd Wahid Omar juga mengumumkan telah tiba masanya kadar tol naik dengan alasan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

Pelbagai alasan dan kebetulan dinyatakan.

Namun saya tetap merumuskan kenaikan mendadak yang ‘bertingkek-tingkek’ adalah hadiah kemenangan Barisan Nasional dalam PRU ke-13. Inilah ibu segala punca, janganlah sesiapa nafikan.

Dengan umpan BR1M bernilai empat angka yang akhirnya 47 peratus terpedaya, dengan modal negara aman ketika kes bunuh berleluasa, BN bertahan ditampuk kuasa dengan lima tahun tambahan nyawa.

Dulu ketika nyawa-nyawa ikan, semua kenaikan ditangguh kerana takut kebangkitan rakyat.

Malah banyak kes berprofil tinggi seperti PKFZ, NFC dan skandal Scorpene, juga keputusannya ditangguh hingga selepas pilihanraya. Hanya selepas menang pilihan raya dan mendapat kuasa, barulah timbul keberanian untuk menaikkan segala-galanya.

Pesalah rasuah dari pakej ‘transformasi’ juga dilepaskan oleh mahkamah.

Mari imbas kembali betapa jika BN tumbang, kenaikan ini tidak akan berlaku, malah penurunan harga petrol dan pemansuhan tol secara berperingkat telah dirancang. Tidak salah saya ungkit perkara ini walau berlalu seribu tahun, kerana kemenangan BN itu berlaku secara penipuan. Mereka menipu untuk menikmati semua kenaikan di atas selain survival hidup dan mati.

Saya yakin majoriti besar rakyat di negara ini telah memilih perubahan dalam pilihan raya lalu. Namun untuk kekang pengundian berganda-ganda jika dakwat yang dijanjikan kekal, tidak kekal. Hampir 1,500 laporan polis telah dibuat, tetapi kegemparan ini terus didiamkan.

Penipuan pilihan raya lalu janganlah sesekali dilupakan, harus terus lawan waima turun ke jalanan. Hak demokrasi kita untuk memilih kerajaan baru telah digelapkan. Nescaya selagi penipuan ini tidak dituntut untuk diadakan semula, selagi itu kita akan terus berada dalam kegelapan.

Inilah jawapan saya di atas persoalan ‘mengapa semua kenaikan berlaku secara bertindan’ – Kerana BN bertahan dan terus berkuasa. Sesungguhnya, kesusahan rakyat adalah kesenangan bagi pemimpin BN kerana bila rakyat susah, maka mudahlah digula-gulakan.

Saya menyeru kepada semua, khususnya anak muda dan golongan pekerja, bangunlah dari tidur yang lena, bangan dan lawan, kerana rakyat sedang ditindas dan negara sedang dijarah di atas nama bangsa.

Dari tegak bertimpuh, biar rebah merempuh!

* Edy Noor Reduan ialah Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Categories
BERITA UTAMA

Pendedahan KDN : Zahid Hamidi disabotaj ?

Oleh : Dr Riduan Mohd Nor

Saya meneliti pendedahan Kementerian Dalam Negeri melalui Ketua Setiausahanya Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mengenai isu Syiah yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.

ust-riduan PASSejak dari tengahari semalam saya menanti pengumuman KDN dengan penuh debaran, dan memikirkan apakah pendedahan ini bakal mematikan karier politik Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS serta memerangkap PAS seluruhnya atau sebaliknya.

Terfikir juga apakah pendedahan ini bakal mengubah landskap politik negara, dengan PAS menjadi sasaran pula selepas ini.

Umum mengetahui Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah agensi kerajaan paling digeruni. Mereka memiliki segala maklumat yang mendalam, tepat dan menyeluruh.

Mereka memiliki rangkaian komunikasi, pasukan perisikan, mesin propaganda, pemikir profesional dan lain-lain lagi yang mampu mengatur dan merencana sesuatu isu besar negara.

Apabila Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bersuara dan lantang menuduh Haji Mohamad Sabu, seakan ada kegusaran pada hati pada semua, terutama pemimpin PAS.

Maklumat apakah yang dimiliki beliau sehingga boleh menuduh tanpa ragu dan tanpa bimbang jika Timbalan Presiden PAS pula yang akan menyaman balas balik beliau.

Dengan pendedahan KDN semalam, ramai beranggapan bahawa KDN tidak matang dan masak dalam mencari bukti penglibatan Mohd Sabu dengan Syiah.

Sekadar kemukakan bukti yang tidak sahih, cakap dengar atau sekadar pandangan beberapa saksi yang mendengar dan melihat tokoh itu berfahaman Syiah, ia tidak boleh dijadikan hujah.

Mengkagumi tokoh Syiah tidak semestinya ia berfahaman Syiah, manakala mendengar dari mulut orang lain bahawa Mohd Sabu berselawat ala Syiah juga bukan asas untuk menuduh beliau Syiah. Pergi ulang alik ke Iran atas sesuatu urusan bukanlah tiket untuk melabelkan seseorang itu Syiah.

Yang menghairankan, apakah ini bukti yang dikatakan bukti jelas Mohamad Sabu sebagai Syiah? Ramai yang keliru apakah itu suatu taktik untuk sengaja memalukan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi supaya beliau disaman dan kalah dimahkamah.

Mungkinkah juga KDN diperalat untuk tampil kemukakan bukti walau bagaimana sekalipun atas dasar ‘terlepas cakap’ Naib Presiden UMNO itu di Perhimpunan Agung UMNO yang lalu?

Jika inilah buktinya, maka sukar bagi rakyat untuk mempercayainya. Ketiadaan bukti sahih yang jelas adalah suatu perkara memalukan serta kekalahan besar buat KDN dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid.

Jika beginilah tahap KDN bertindak, maka tahap keselamatan negara berada dalam keadaan yang mencemaskan.

Disarankan agar pegawai-pegawai KDN membuat ‘homework’ yang panjang serta pasukan risikan yang terperinci sebelum memerangkap seseorang dengan tuduhan yang berat seperti yang diucapkan oleh Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.

* DR RIDUAN MOHD NOR adalah Ahli jawatankuasa PAS Pusat

Categories
BERITA UTAMA

Anwar : The reform of Muslim education and the quest for intellectual renewal

Keynote address by Anwar Ibrahim at the Symposium on “Reform of Higher Education in Muslim Societies,” organized by the International Institute of Islamic Thought (IIIT) on December 9-10, 2013 at the Woodrow Wilson International Center for Scholars, Washington, DC

Introduction

DSAI_WashingtonThe crisis in higher education in Muslim societies is manifested in myriad ways not the least of which are impacting socioeconomic development. Among the root causes of the crisis are those related to choice, content, quality and financial resources and issues of governance.

It is said that Islamic education has not progressed much from its traditional form with its emphasis on Qur’anic and Hadith studies and while other societies have transformed their systems, Muslim countries are still grappling with the challenges of integrating within modern education.

Another major concern is the accessibility of education to the people. The need to democratize access to education has been canvassed for some time but this has remained a long-standing problem in Muslim countries.

It is obvious that the traditional system, without more, is unable to meet the needs of contemporary Muslim societies what with the additional pressures of globalization and the increasing need for education to produce problem-solving capacities.

I believe all these issues are being discoursed in our two-day symposium and as such I shall confine my address today to the conceptual issues pertaining to the ummah and the intellectual crisis.

The economics of education

To begin with, there is a general perception in the discourse among many Muslim scholars that Western education and philosophy is secular and bereft of an ethical and moral dimension. To my mind, this is unfounded.

In John Locke’s An Essay Concerning Human Understanding, it is clear that the driving concern is morality which for him, “is the one area apart from mathematics wherein human reasoning can attain a level of rational certitude.”

In The Theory of Moral Sentiments, which debunks the notion of him being the free market fundamentalist, Adam Smith asserts:

How selfish soever man may be supposed, there are evidently some principles in his nature, which interest him in the fortunes of others, and render their happiness necessary to him, though he derives nothing from it, except the pleasure of seeing it.

Expounding his moral philosophy, Nobel Laureate Amartya Sen is of the view that Adam Smith has two fundamental propositions on the functioning of the economic system in general, and of the market in particular. The first principle, being epistemological, is that human beings are not guided only by self-gain or even prudence. The secondis one of practical reason: That there are good ethical and practical grounds for encouraging motives other than self-interest.

According to Professor Sen, Smith argues that while “prudence” was “of all virtues that which is most helpful to the individual”, “humanity, justice, generosity, and public spirit, are the qualities most useful to others”.

The point is that these are principles about which “unfortunately, a big part of modern economics gets both of them wrong in interpreting Smith.” Making him out as an advocate of pure capitalism, with complete reliance on the market mechanism guided by pure profit motive, is altogether misconceived.

So, it appears that the misperceptions are not only pervasive among Muslim scholars but even among Western scholars in this regard, Smith – the icon of ‘capitalism’ – has been seriously misread.

Coming back to our original concern, I believe these ‘moral sentiments’ are not at loggerheads with Islamic precepts. After all, the guiding principle in political economy as summed up by al-Marhum Ismail al-Fārūqī is that economic action is the expression of Islam’s spirituality: The economy of the ummah and its good health are of the essence of Islam just as Islam’s spirituality is inexistent without just economic action.

According to al-Fārūqī, if charity is to serve as a tool of religion whose purpose is the well-being of mankind, then it must have for its object goods of economic value. Religion, therefore, seeks to subject Man’s economic behaviour to the norms of morality. Islam, the religion of world-affirmation par excellence, seeks to order human life so as to make it actualize the pattern intended for it by its Creator. Hence the Islamic dictum: Inna al din al mu’amalah (Religion is indeed man’s treatment of his fellows).

In looking at the economics of education, while the profit motive may be a legitimate factor, it cannot be driven purely by self-gain. On the contrary in line withthe Islamic dictum on charity as expounded by al-Fārūqī, where the purpose of religion is the well-being of mankind, the promotion of education must be conducted as a virtue at par with such other virtues as “humanity, justice, generosity, and public spirit.”

Going back to first principles

It is important to remind ourselves that Muslim societies will not be able to progress by merely resting on the laurels of its time honoured labels. It is doubtful indeed that anything productive can emerge from the exercise of finding fault with the Western systems. The crisis in higher education – and for that matter, crisis in education at all levels – is most acute in Muslim countries, not in the West.

In fact, in the West, much less is said aboutthe need for moral rectitude and ethical behaviour in education, yet the universities are at the forefront in producing the most sought after graduates, and in research and development. In saying this, I am not suggesting that moral rectitude and ethical behaviour in education are irrelevant but that this has to be seen in deed and action, not in proclamation of intentions.

In analysing the causes of the decline of the ummah be it in the field of education or any other field of significance, we should do away with the defensive mind-set that seems to have exemplified Muslim writers. Though Islamophobia is indeed a real problem, it is nevertheless not a cause or a factor that may be legitimately linked to the decline.

In this regard, going back to first principles is a better recourse. The Qur’an reminds us:

Similar situations [as yours] have passed on before you, so proceed throughout the earth and observe how was the end of those who denied. (Ali Imran: 137)

It is clear that much can be learned from the lessons of history. Malik Bennabi’s central thesis is indeed relevant concerning the need for original ideas and that a vibrant progressive society may emerge only if it can break free from the tradition of intellectual retardation.

Bennabi tells us that a society’s wealth is not measured by material possessions but by ideas and that it is only from creative ideas alone that great strides in civilization were made.

In the area of scientific and technological advancement, it bears recalling that Bennabi was already advocating the importance of the inculcation of skills and competencies in all fields as well as vocational and technical training for the ummah. And this is absolutely essential for the ummah to move ahead with the times.

Education, rationality and ijtihad

Education must proceed on the basis of rationality and with that ijtihad. I am using this term in the sense as explained by Al-Fārūqī, where he has said:

As a methodical principle, rationalism is constitutive of the essence of Islamic civilization. … Rationalism does not mean the priority of reason over revelation but the rejection of any ultimate contradiction between them.

Al-Fārūqī presented Islam as the religion par excellence of reason, science, and progress with a strong emphasis on action and the work ethic. Any suggestion that the advocacy of rationality in the articulation of educational policies and principles is grounded in secular thinking is therefore without foundation.

For the advancement of the ummah, Al-Fārūqīadvocatesthe fundamental processes of tajdid and islah in order to renew and reform the educational system.

To move ahead with the changing times is not tantamount to abandoning first principles or a rejection of tradition. Professor Naquib al-Attas, always mindful of the need toreassert the primacy of Islam as an intellectual tradition, persuasively argues thatreal modern education cannot be separated from the categories of knowledge fundamental to the Islamic tradition whereas contemporary modern knowledge should be freed from its secular-bound interpretations.

To al-Attas, the major cause of not just of the crisis of Muslim education but the general retrogression of the ummah is the failure to inculcate taʿdib, which is the cultivation of the inner dimensions of the self, centering on the spirit of knowledge and education.

To my mind, and in this regard, it might constitute a contrarian view, rather than viewing it as a clash of views, I see a convergence of approaches between al-Fārūqīand al-Attas. If I may use the analogy of the Baytu l-Ḥarām, there are various entrances to the holiest of holy sites in Islam but by which ever entrance used, the ultimate destination remains the Ka’aba. In both their approaches, we can discern a unified concern for the revivification of Islamic knowledge and thought.

That concern was not entirely new. From the time of Muhammad ‘Abduh, the call for change was couched in the language of modernity. Even back then there was the suspicion of ‘Abduh attempting to introduce secularism through the back door of ijtihād but we know that such allegations are misconceived. On the contrary, what ‘Abduh did was to subject the moral and epistemological premises of secular modernity to scrutiny and he came to the conclusion that Islam’s modernity was both non-Western and non-secular.

AllamaIqbal reminded us of the inadequacy of fiqh for the requirements of his time and called for ijtihād. In doing so, he rightly cautioned that in the area of legislation for the State, ijtihād should be undertaken as a collective enterprise and not individuals going on their own ways.

Nevertheless, it would be timely to reconsider the constraints on the adoption of the ijtihad, including those advocated by Iqbal, removing them and allowing the doctrine to apply beyond legal matters into the realm of everyday life.

In this regard, we are in complete agreement with Sheikh Taha’s call for the revival of knowledge based on divine revelation against blind imitation of supposedly modern curricula in all areas of education where the dissemination of knowledge appears to be deliberately divorced from Islam’s core values.

One must not forget that taqlid can also refer to blind imitation of the West and falling prey, even subconsciously, to the influence of the biases latent in the language of discourse. Hence, the need to propound alternative views and articulate a greater degree of independent thinking.

The caveat against blind adoption of liberal views was sounded by FazlurRahman: “Universal values are the crux of the being of a society: the debate about the relativity of moral values in a society is born of a liberalism that in the process of liberalisation has become so perverted as to destroy those very moral values that it set out to liberate from the constraints of dogma.”

A tentative prescription in the tradition of IIIT

In formulating a new prescription for Muslims one can do no better than to echo the calls made in the tradition of the International Institute of Islamic Thought on the Islamization of knowledge as pioneered byal-Marhum Ismail al-Fārūqī. I use the word ‘echo’ deliberately with the rider that a fresh interpretation is called for in order to do justice to the purport of this approach. This fresh interpretation is in tandem with the commitment to the core values of Islam.

In my humble view, this is necessary because in failing to do justice to these fundamental principles, certain scholars and ulema haveconfounded the plain message of the Qur’an and the Sunnah. They call for the adoption of the Shari’ah without a deeper understanding of the maqasid, giving preference to scholastic views and speculative opinions, many of which rely on unauthentic hadith and a skewered understanding of hudud law. Indeed, this is clearly contrary to the clear message of the Qur’an:

This [Qur’an] is a clear statement to [all] the people and a guidance and instruction for those conscious of Allah. (Ali Imran: 138)
Though we would expect it to be taken for granted, yet it is imperative to remind ourselves that theQurʿān is more than justa moral code. Indeed it is a universal guide for the community. If we take the definition of education as a social extension of culture and culture as a definitive or core ingredient of civilization, then this approach of the Islamization of knowledge will lead to a truly holistic adoption of Islam’s core values. This indeed will be the best answer to the question what is the Islamic weltanschauung:

You are the best nation produced [as an example] for mankind. You enjoin what is right and forbid what is wrong and believe in Allah (Ali Imran: 110).

Secondly, to my mind, there is some substance in the observation that in the current approach to the Islamization of knowledge endeavour, there is a preponderance of focus on the social sciences while the crisis of the ummah in practical terms can be traced to it being technologically and scientifically lagging behind the non-Muslim communities.

The project should therefore be broadened to attract more scholars and participants from the physical sciences and in time this will add a more balanced critical mass to the intellectual force.

After all, the Bayt al-Hikmahof the Golden Age of Islam gave birth to not justphilosophers but eminent scientists. In fact, the bifurcation between the two was not the norm as the holistic pursuit of knowledge saw the genesis of “philosopher-scientists” competent in a wide spectrum of intellectual disciplines. At the core of this focus, I believe, is the divine injunction on the use of the intellectual faculty.

Thus, the Qur’an enjoins the use of reason to ascertain the truth as provided by the senses, and truth grounded on revelation:

And He has subjected to you whatever is in the heavens and whatever is on the earth – all from Him. Indeed in that are signs for a people who give thought. (al-Jathiyah:13)

Finally, we must consider it a jihad to free ourselves from a new shroud of ignorance that has been cast upon the ummah. Shaykh Muhammad al-Ghazali reminds us that “ignorance combined with bigotry and caprice are a great misfortune.” The antidote to this is the pursuit of knowledge which will widen our horizons and strengthen our resolve and will-power for individuals as well as communities.

Thank you

Categories
BERITA UTAMA

‘Tentera Merah’ dan bantuan bencana alam bak kembar seiras

oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Dada langit masih suram dengan hujan merembes perlahan memukul atap rumah warga kemaman, Dungun serta daerah lain yang masih diserbu tengkujuh. Banjir yang melanda kali ini telah memunggah puluhan ribu rakyat ke pusat pemindahan banjir.

amal_banjirBak garuda melanggar jajahan, rumah kediaman seperti diterjah tsunami dengan kemusnahan tak terperi, suara tangisan anak-anak yang ketakutan dan kelaparan bertingkah-tingkah merebut ruang di tempat pemindahan banjir. Langit seperti menumpahkan murkanya pada manusia yang tak henti menuai dosa dan meracik kebejatan noda.

Banjir besar ini seperti ingin mengingatkan kita tentang keberadaan Tuhan yang sering sirna daripada ingatan manusia. Korupsi, mengabaikan solat, melecehkan syariat, penzinaan, penyelewengan seolah-olah sudah tidak mampu dielakkan insan. Banjir menampar manusia yang leka dan menunjal sisi terang akal kita juga bahawa Tuhan hanya menjentik ingatan kita supaya segera bermuhasabah.

Saya menyemak kisah duka banjir kali ini di medan operasi dan juga fenomena media baru yang turut menambah perisa kepada tragedi banjir kemaman, Kuantan serta daerah lain. Nama Unit Amal atau pernah menggalang jolokan Tentera Merah kelihatan begitu hampir dengan relung hati mangsa banjir.

banjir_srimendan_3Tentera Merah juga pernah mencuit hati mangsa banjir di Johor pada tahun 2007. Membuka ruang fikir masyarakat Johor bahawa gerakan Islam bukanlah jamaah takfir yang membina tembok kaca dengan masyarakat seperti yang cuba digambarkan oleh media perdana.

Rakyat Johor kelihatan kecewa dengan agensi kerajaan yang kelihatan agak lemah menjangkakan banjir besar yang akan menimpa Johor, bumi ditanam uri Umno pada tahun 1946. Sebab itu tidak mudah merombak keyakinan masyarakat Johor kepada parti pragmatis sekular itu sejak puluhan tahun. Tentera Merah yang datang dari seluruh negara mengucur keringat, membersihkan kediaman, memasak makanan, menyelamatkan mangsa banjir serta menenangkan mangsa.

Pasca banjir di Wilayah Johor pada tahun 2007 itu akhirnya membuka ruang untuk masyarakat Johor membuang stigma mereka kepada PAS. Rasa skeptikal terhadap bendera bulan berjaya dirobohkan malah dibuktikan negeri sarat adab Melayu itu menyaksikan lonjakan undi PAS sebanyak 200 peratus diantara 2004
sehingga PRU ke 12 pada tahun 2008.

Saya konsisten selama ini bahawa gerakan kebajikan adalah pakej lengkap kepada gerakan Islam sebagai mana lantunan pada cerminan dakwah di zaman Ar Rasul S.A.W dan juga generasi Al Quran.

Tentera Merah atau Unit Amal wajar diberikan pujian kerana para amilin yang bergabung di dalamnya dicetak khusus untuk berhadapan dengan situasi cemas serta mempunyai tahap disiplin lima bintang. Tiada sebuah pun gerakan relawan yang mampu menyaingi reputasi Unit Amal kecuali di luar negara seperti Al Khidmat di bawah naungan Jamiat Islami di sub kontinen.

Anggota Amal dengan pelbagai jalur latar belakang, ada antara mereka graduan kejuruteraan, perubatan, sains sosial, pengajian Islam sehinggalah mereka yang mempunyai tahap asas seperti lulusan SRP. Kepelbagaian inilah yang telah melahirkan kekuatan dan jati diri mereka yang tersendiri.

Masyarakat yang awal benci kepada gerakan Islam akibat kurang maklumat, akhirnya terpanar melihat anak-anak muda berbaju merah mendirikan solat berjemaah walaupun guratan wajah mereka penat akibat kurang rehat.

Wira tak didendang ini bersilih ganti datang ke tempat lokasi bencana tanpa sebarang upah atau tanda jasa. Keikhlasan mereka inilah akhirnya membuahkan amal yang paling manis sehingga PAS tersimbah dengan pujian masyarakat kerana mempunyai anak-anak muda yang pandai menyantuni massa.

merah1451494_401754989954710_1880158125_n

Tentera merah dengan berbaju lencun keringat itu juga tak pernah lelah membantu manusia tanpa mengira status sosial. Teringat saya, ungkapan Ustaz Idris Ahmad semasa beliau menggalang jawatan Timbalan Ketua DPPPM , “jika bahtera jamaah ini berbondong masuk ke syurga, maka anggota amal adalah kelompok pertama ke syurga.

Mereka tak disibukkan dengan mencari nama, tak bercadang untuk menjadi calon pilihan raya, takbercadang untuk menjadi calon pilihan raya, tak bercadang untuk menjadi AJK penting, disuruh bangun mereka bangun, disuruh duduk mereka duduk, tiada orang mampu seikhlas anggota amal,”

Kuantan dan Kemaman akan menjadi saksi kehebatan khidmat Tentera Merah ini mengucur keringat. Saya di birai jendela rumah dengan hujan bak dentingan halpa yang mengasyikkan, tiba-tiba terbayang sosok Tuan guru Abdul Hadi dan Datuk Tuan Ibrahim sedang melambai tangan pada rakyat yang menangis sesenggukan gembira.

Tokoh ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu dan juga Pahang selepas PR menang besar di negeri Pantai Timur itu dalam PRU ke-14. InsyaAllah, fajar kemenangan akan menyinsing dan saatnya begitu hampir.

Jutaan penghargaan buat tentera Merah Amal yang telah memecahkan tembok kaca gerakan Islam dan juga masyarakat negara ini. Beramal kerana Allah adalah pelaksanaan kata-kata yang tak sekadar tercetak di aksara kertas. Maju terus ke medan operasi wahai para amilin kerana kemenangan itu sangat hampir di tanah air kita ini.

Categories
BERITA UTAMA

Nurul Izzah : Apa lagi yang Umno mahu ?

nurul izzahPERHIMPUNAN Agung Umno empat hari mengingatkan saya cerita rakan-rakan sewaktu di universiti dahulu, tentang bagaimana mereka dipau (peras ugut) semasa berada di Kuala Lumpur.

Nampaknya, perangai pemimpin-pemimpin Umno tak ubah seperti kaki-kaki pau, yang berbeza adalah darjatnya. Nampaknya, perhimpunan yang sepatutnya menjadi medan perbincangan isu-isu yang memberi kesan kepada rakyat, menjadi medan perbincangan tentang bagaimana untuk mengekalkan kuasa dalam tangan mereka.

Sebelum pilihan raya dulu, Presiden Umno pernah berkata mereka prihatin dengan peningkatan kos sara hidup.

Tetapi setelah menang, gerakan “pau” rakyat bermula tanpa belas kasihan. Menurut Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, “rakyat perlu terus bersabar dan berkorban untuk keutuhan kewangan negara.”

Bermula dengan kenaikan harga minyak, kemudian pemotongan subsidi gula, pengenalan GST pada 2015 dan yang terbaharu, pengumuman kenaikan tarif elektrik sebanyak 15 peratus.

Mungkin Umno boleh mencanangkan Agensi Penarafan Antarabangsa Moody’s menaiktarafkan kredit Malaysia kepada A3, tetapi kenapa langsung tidak ada yang mempersoalkan tentang ketirisan dan keborosan, serta gejala rasuah berleluasa yang menyebabkan taraf ini diturunkan terlebih dahulu? Nampaknya, mereka cuma berminat untuk mengambil langkah singkat untuk memenuhkan kembali kewangan negara dengan “pau” duit rakyat.

Ini dikatakan “orang lain boros belanja berhutang, rakyat kena ‘pau’ bayarkan.”

Umno-Najib-Muhyidin-1Justeru, panggilan rakyat untuk reformasi dan bukan sekadar transformasi ekonomi mesti diambil kira bagi memulihkan dan meningkatkan pendapatan rakyat yang sentiasa mendatar yang akan memperluaskan lagi jurang kemiskinan dengan ‘cukai’ dan kos barang naik meninggi yang akan dipikul oleh majoriti orang Melayu.

Di antara reformasi ekonomi yang pernah disebutkan adalah memberhentikan pemusatan kuasa dan ekonomi dengan melaksanakan persaingan sihat yang dapat menurunkan harga rumah, kenderaan dan barangan sara hidup.

Kerajaan mesti meninggalkan aktiviti perniagaan dengan menjual syarikat-syarikat milik kerajaan kepada pengurusan serta kumpulan pekerja agar produktiviti dan inovasi digandakan.

Bajet seimbang jujur lagi berani mengamalkan prinsip ketelusan tender terbuka, melebarkan sumber pendapatan bukan dengan GST, menyelaraskan subsidi berdasarkan keperluan bukan perkauman, melaksanakan penjimatan seperti menggantung program-program Permata mahu pun PLKN, mengkaji semula semua perjanjian konsesi elektrik, air dan lebuh raya.

Penstrukturan semula agihan pendapatan negara daripada kerajaan Pusat terus kepada negeri-negeri sesuai dengan prinsip negara Persekutuan bilamana sebagai contoh rakyat Selangor yang menyumbangkan RM16 bilion cukai pendapatan hanya memperoleh sekitar RM70 juta atau 0.4% melalui pemberian geran ‘capitation’ atau isu menafikan hak negeri seperti Kelantan menerima royalti minyak mesti diperbetulkan.

Pada masa sama sempena Hari Anti-Rasuah Antarabangsa semalam, adalah juga dicadangkan Jabatan Audit Negara dinaiktarafkan menjadi sebuah suruhanjaya dengan digandakan jumlah kakitangan seramai lima kali agar pembelaan dana awam serta membanteras ketirisan menjadi realiti.

Sememangnya apabila digandingkan dengan SPRM yang lebih bebas adalah menjadi harapan agar pegar tidak makan atau ‘pau’ padi lagi.

Isu pendidikan yang merosot juga gagal diketengahkan secara komprehensif. Ranking PISA (Programme for International Student Assessment) Malaysia amat memalukan sekali. Berbanding Vietnam, sebuah negara yang mempunyai sumber ekonomi sangat terhad, Malaysia jauh ketinggalan.

umno-retakDengan itu reformasi dan bukan transformasi pendidikan bermula dengan tidak mempolitikkan pendidikan serta meningkatkan mutu pembelajaran secara serius dan radikal. Tumpuan kepada kaedah berfikir dengan kreativiti dalam sukatan, peningkatan kualiti kemahiran guru-guru serta peningkatan suasana pembelajaran di sekolah-sekolah melalui prasarana taraf dunia dengan penggunaan teknologi terkini mesti disegerakan.

Sudah tiba masanya untuk ditubuhkan satu Majlis Perundingan Pendidikan Kebangsaan yang melibatkan semua pihak berkepentingan termasuk ibu bapa, badan-badan bukan kerajaan dan pakar-pakar antarabangsa untuk menggariskan hala tuju pendidikan yang terbaik secara adil dan telus.

Dipetik dari: www.sinarharian.com.my

Categories
BERITA UTAMA

Purata kenaikan gaji: 13 peratus atau 300 peratus?

Oleh Norman G

Saya terpanggil untuk mengulas perihal kenaikan gaji badan eksekutif (Menteri Besar dan Exco) dan perundangan Selangor (ADUN) yang mendapat tentangan ramai pihak walaupun sudah agak terlewat.

Ini kerana saya menunggu Laporan Penyata Kewangan dan Pengurusan Kewangan Negeri Selangor yang baru sahaja dikeluarkan hari ini (2 Disember 2013) oleh Jabatan Audit Negara.

Saya hanya akan mengulas kenaikan gaji berdasarkan pendapat saya dengan berlandaskan angka dan fakta daripada kerajaan. Saya tidak akan mengulas hal-ehwal dalaman kerajaan Selangor dan Parti Keadilan Rakyat.

Seperti yang sedia maklum Dewan Negeri Selangor (DNS) meluluskan kenaikan gaji Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Speaker, Timbalan Speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkuat kuasa pada 1 Januari 2014.

Pertama sekali saya akan menunjukkan implikasi kewangan ke atas perbelanjaan kerajaan negeri disebabkan kenaikan gaji membabitkan seorang Menteri Besar, seorang Speaker, seorang Timbalan Speaker, 10 Exco dan 56 ADUN.

dewan-dun-selangorIa menjadikan keseluruhan perbelanjaan gaji mereka bermula 2014 ialah RM900,000 sebulan atau RM10.8 juta setahun iaitu kenaikan purata 114 peratus berbanding jumlah keseluruhan peruntukan gaji sekarang iaitu RM5,048,412 setahun.

Jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan 2014 bernilai RM1.85 bilion, peruntukan gaji kepada MB, EXCO, Speaker dan ADUN hanya 0.58% daripada keseluruhan peruntukan itu.

Terpulang kepada anda untuk menilai adakah jumlah dan peratusan kenaikan itu wajar atau tidak.

Kali terakhir kenaikan gaji yang disebut media pada 2011 hanya melibatkan kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri sahaja dan tidak melibatkan MB, EXCO, Speaker mahupun Timbalan Speaker.

Kenaikan itu daripada RM4,112.79 kepada RM6,000 sebulan untuk semua ADUN seperti yang tertera dalam hansard DNS ke-12, penggal ke-4, mesyuarat pertama pada 31 Mac 2011:

Bagaimana pula kenaikan terakhir gaji MB, Speaker dan Exco Selangor? Mengikut portal berita, kali terakhir kenaikan gaji MB dan lain-lain dibuat pada 2005.

Saya tidak dapat mencari hansard untuk DNS sebelum 2008, jadi tiada bukti daripada hansard yang dapat ditunjuk. Dengan mengganggap kenaikan gaji kali terakhir MB dan lain-lain ialah pada 2005 itu betul, maka sudah lapan tahun gaji MB tidak naik.

Berdasarkan kenaikan gaji MB baru-baru ini sebanyak 106 peratus, kenaikan purata tahunan sejak 2005 ialah 13.25 peratus dan Exco (28.875 peratus).

Adakah ini juga melampau bagi pendapat anda?

Sedangkan, kadar pertumbuhan purata kenaikan gaji MB dan Exco memang lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan purata kenaikan pertambahan pendapatan seisi rumah Selangor iaitu 5.5 peratus dari 2009 hingga 2012.

Untuk kenaikan gaji Speaker dan Timbalan Speaker yang melibatkan kenaikan masing-masing 268 peratus dan 373 peratus dan kenaikan tertinggi antara kenaikan gaji MB, Exco dan ADUN itu, saya menganggap ia untuk pengukuhan institusi demokrasi iaitu DNS yang mengiktiraf Speaker, Timbalan Speaker dan Ketua Pembangkang.

Ia hanya melibatkan dua individu dan bukannya ramai seperti 10 Exco dan 56 ADUN. Jadi tidak adil jika anda marah-marah kenaikan gaji melebihi 300 peratus sedangkan ia hanya melibatkan Speaker dan Timbalan Speaker sahaja.

Kebetulan baru-baru ini seorang menteri kabinet bertanya apa yang dicapai Kerajaan Selangor sehingga menaikkan gaji pada kadar tidak munasabah.

Jadi, saya terpanggil untuk memberitahu menteri tersebut apa yang dicapai oleh Kerajaan Selangor selama mentadbir negeri bertuah ini.

– Kenaikan kutipan hasil sejak 2010
– Hutang kerajaan kepada kerajaan persekutuan menyusut sejak 2008
– Kumpulan Wang Disatukan (rizab negeri) meningkat sejak 2009
– Surplus atau lebihan dalam Laporan Prestasi Kewangan setiap tahun
– Pertumbuhan ekonomi negeri lebih tinggi berbanding Sarawak
– Penyumbang tertinggi kepada ekonomi negara:
– Penurunan insiden kemiskinan dan kemiskinan tegar

Jika ada yang berkata pertumbuhan ekonomi Selangor disebabkan program kerajaan persekutuan seperti ETP, GTP dan sebagainya, saya ingin bertanya mengapa pertumbuhan ekonomi Sarawak menurun dan Selangor meningkat pada 2012?

lalaurusJika ada yang menuduh MB mengurangkan perbelanjaan dan ‘kedekut’, anda juga salah kerana perbelanjaan mengurus dan pembangunan kerajaan Selangor meningkat setiap tahun.

Pencapaian kerajaan Selangor dibuktikan melalui Laporan Ketua Audit Negara oleh Jabatan Audit Negara, Laporan Pendapatan Seisi Rumah dan Insiden Kemiskinan oleh Jabatan Statistik Negara dan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.

Jika ada yang mahu menyangkal pencapaian di atas saya amat alu-alukan.
Bagaimanapun, banyak lagi yang boleh kerajaan Selangor pertingkatkan. Kerajaan Selangor tidak harus selesa dengan keadaan dan kemajuan prestasi ekonomi negeri.

Saya pasti masih ada rakyat Selangor yang ketinggalan dan terperangkap dalam kemiskinan. Seiring dengan kenaikan gaji pemimpin peringkat negeri, kebajikan rakyat juga harus dilipat ganda.

Bantuan program tunai, bantuan untuk usahawan, bantuan kemiskinan dan sebagainya juga harus dinaikkan supaya kemakmuran ekonomi dan hasil negeri boleh dinikmati setiap lapisan masyarakat.

Isu kenaikan gaji sepatutnya tidak menjadi tumpuan berat kita. Masih banyak isu yang menekan seperti isu kutipan sampah, bekalan air seluruh Selangor, penerokaan tanah secara haram dan lain-lain.

Selain itu, sepatut kita desak kepada kerajaan negeri menambah baik program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), pembasmian kemiskinan, bantuan perniagaan, bantuan pendidikan, program membudayakan ilmu dan sebagainya.

Usaha merapatkan jurang pendapatan perlu diganda kerana kita tidak mahu yang kaya, semakin kaya dan yang miskin, semakin miskin.
* Norman G ialah pengundi di Selangor P140 Shah Alam dan DUN N40 Kota Anggerik.
* Artikel ini disunting dari oskortos.blogspot.com

Categories
BERITA UTAMA

Tribut Datuk Fauzi Shaari

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

“Ustaz kenal tak siapa ni…inilah yang tangkap enta dulu masa demonstrasi. ..tengok elok-elok’ Bob Lokman bercanda dengan nada serius.

“Saya mengamati perlahan wajah bersih berkumis di hadapan saya dan ingatan saya terus mekar dengan watak penting di Bukit Aman.’ohh..yang ini baik..kaki sembahyang ni..Datuk Fauzi orang kuat JSJ..’ fauzi1tukas saya gembira.

Peristiwa ini berlaku beberapa tahun lepas di Surau At Taqwa Seksyen 7 Shah Alam. Perbualan kami semakin rancak,  Datuk Fauzi Saari sentiasa mengikuti kuliah-kuliah ilmu di sekitar Shah Alam selepas bersara daripada perkhidmatan polis yang disertai puluhan tahun sehingga menjawat jawatan orang nombor tiga paling penting dalam hirarki PDRM negara ini.

Beliau seperti ribuan anggota keselamatan yang lain begitu akrab dengan majlis ilmu di zaman persaraan. Saya difahamkan semenjak dalam uniform beliau agak akrab dengan agamawan dan majlis ilmu.

Beliau juga tidak kekok untuk menjadi imam dan juga bilal, ini adalah kerana pendidikan agama yang disemai oleh ibubapa beliau semenjak kecil.

Datuk Fauzi senang meramahi para asatizah dan berkongsi pengalaman. Saya teringat salah satu forum saya dengan selebriti di sebuah dewan orang ramai di Shah Alam beberapa tahun yang lepas, beliau secara peribadi telah menghubungi pihak IPD Shah Alam supaya memberikan permit.

Mungkin kerana malu alah, pihak keselamatan meluluskan permit untuk saya, Bob Lokman, Catriona Ross beraksi di pentas forum yang penuh sendat pada malam tersebut.

Dalam perbualan dan perkongsian bersama beliau, sosok utama PDRM ini begitu cakna akan gejala sosial dan jenayah yang sedang mewabak dalam masyarakat. Banyak juga masjid dan surau memanggil beliau untuk berkongsi pengalaman dalam majlis forum dan sebagainya.

Beliau akhirnya telah mengistiharkan diri untuk bersama dengan PAS secara aktif dan sebelum ini sememangnya beliau telah bersama dan mengikuti perkembangan politik nasional.

“Saya bersama dengan perjuangan Islam ini bukan untuk mengejar pangkat kedudukan tetapi ingin menjadi penyumbang kepada perjuangan dengan degala kemampuan yang saya ada.

“Insyaallah…saya akan terus berjuang sehingga akhir nyawa saya,” ujarnya penuh semangat dalam satu ceramah di stadium Alor Setar dalam majlis himpunan hijau yang dipengerusikan oleh Dato Mahfuz Omar.

Tokoh kelahiran Perak ini membenarkan janjinya dalam perjuangan. Beliau bergerak ke seluruh negara untuk bertemu dengan anggota polis yang telah bersara, memberikan motivasi untuk pahlawan negara supaya bersama perjuangan Islam. PAS secara mendadak diminati oleh pesara polis dan tentera dehingga tertubuhnya KERABAT.

Mantan Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman ini bukan sekadar berusaha menghimpunkan bekas anggota polis untuk mencurahkan bakti bersama PAS namun beliau juga tampil di ceramah politik.saban malam.

‘Saya tak pandai ceramah….’katanya berseloroh, tetapi beliau tidak mengecewakan hajat pendokong PAS dan PR. Beliau hadir kemana-mana termasuk ke daerah saya di Besut yang akhirnya saya bertanding di kerusi Parlimen P033 .

Saya bermesej dengannya untuk menjemputnya hadir ke beberapa program, namun jadual beliau padat kerana banyak kawasan manfaatkan beliau untuk berkongsi pengalaman dan menerangkan isu-isu nasional.

Yang menarik juga ada penganjur ceramah ditelefon pihak polis kerana meletakkan pada poster ceramah gambar Datuk Fauzi beruniform polis.

‘Laaaa…Datuk..ini polis betul ni…pangkat tinggi…yang pelakon-pelakon drama pakai uniform polis dan gambar mereka merata-rata tak apa pula’bantah seorang penganjur bila disoal polis berkaitan gambar Datuk Fauzi.

Kini, beliau telah pulang ke negeri abadi dengan kita semua menyaksikan penglibatan beliau yang serius hersama PAS.
Disiplin kepolisan beliau tetap tinggi walaupun telah meninggalkan PDRM, antaranya sentiasa menjaga masa.

Semoga Allah mencucuri rahmat atas pejuang ini yang istiqomah dengan solat berjemaah dan kelas pengajian agama .

Saya menyeru juga agar anggota dan pegawai polis yang lain turut mengikuti jejak langkah Dato Fauzi saari, harakatul ummah ini tidak pernah menyekat pintu untuk.anda menabur jasa bakti .

Sesungguhnya kita semua akan kembali ke negeri abadi. Al-Fatihah!

* Dr Riduan Mohamad Nor

Categories
BERITA UTAMA

Pelan Induk Pakatan Rakyat tawan Putrajaya PRU14

Oleh : Lim Kit Siang

PAKATAN RAKYATDalam kenyataan media  lalu, saya menjelaskan menerusi fakta dan angka bahawa ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat DAP, PKR, dan PAS telah mencapai keputusan terbaik di peringkat parlimen dan negeri di Semenanjung, Sabah, dan Sarawak – dan untuk suatu tempoh berjaya menguasai lima negeri, iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Perak – menerusi kerjasama ketiga-tiga parti itu dalam Pilihanraya Umum tahun 1999, 2008 dan 2013.

Saya ingin membentangkan strategi 12 mata berikut untuk Pakatan Rakyat sebagai pelan induk untuk membentuk kerajaan persekutuan dan menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-14.

1. Komitmen penuh dan segera oleh ketiga-tiga parti DAP, PKR, dan PAS di peringkat kebangsaan, negeri, dan bahagian untuk meningkatkan sokongan orang ramai sepanjang tempoh empat tahun mendatang terhadap usaha Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan dalam PRU14.

Grafik-Selangor-PakatanKetiga-tiga parti Pakatan Rakyat DAP, PKR, dan PAS di semua peringkat –pusat, negeri, bahagian – dan semua sayap – pusat, pemuda, wanita – perlu memberikan komitmen penuh dan padu sepanjang empat tahun mendatang untuk meningkatkan sokongan dan keyakinan orang ramai terhadap usaha Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan dalam PRU14.

Perkara ini perlu menjadi agenda bersama dalam semua mesyuarat DAP, PKR, dan PAS di semua peringkat dan sayap dari sekarang sehingga menjelang PRU14 – untuk meningkatkan dan memaksimakan keupayaan politik dan jentera pilihanraya Pakatan Rakyat ke arah menawan Putrajaya dalam PRU14, selain untuk meningkatkan sokongan dan keyakinan orang ramai terhadap matlamat politik ini.

Konvensyen DAP Negeri yang akan diadakan sepanjang tempoh enam minggu ini, bermula dengan Negeri Sembilan dan Pulau Pinang hujung minggu ini, adalah kesempatan yang amat baik untuk melaksanakan perkara pertama dalam strategi 12 mata pelan induk Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya dalam PRU14 ini.

2. Memastikan persempadan semula dilakukan seadil yang mungkin

ParlimenPersempadan semula yang bakal diadakan boleh dianggap sebagai perkembangan politik terpenting yang akan membentuk dan mempengaruhi keputusan PRU14.

Buat kali pertama dalam sejarah, persempadanan semula akan melibatkan Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Buat kali pertama juga dalam sejarah, Barisan Nasional tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen untuk membolehkan persempadanan semula dilakukan sekehendak hati mereka.

Selain itu, Pakatan mempunyai majoriti dua pertiga di dalam dewan undangan negeri Kelantan, Pulau Pinang, dan Selangor dan lebih dari satu pertiga kerusi DUN di Kedah, Terengganu, Perak, dan Negeri Sembilan.

Bererti, jumlah kerusi di peringkat persekutuan dan di negeri-negeri berkenaan tidak boleh ditingkatkan tanpa sokongan dan persetujuan Pakatan Rakyat.

Pakatan perlu memastikan persempadanan semula dilakukan seadil yang mungkin dari segi pengagihan kerusi antara negeri-negeri agar selari dengan prinsip “satu orang, satu undi, satu nilai” dan pada masa yang sama mengakui keadaan unik Sabah dan Sarawak.

Prinsip satu orang, satu undi, satu nilai ini juga perlu dipatuhi dalam setiap negeri untuk kerusi Parlimen dan DUN.

Mekanisme paling berkesan untuk memastikan persempadanan semula dilakukan secara telus ialah dengan membentuk Jawatankuasa Pilihan Khas untuk Persempadanan Semula.

3. Sasarkan kawasan yang gagal dipertahankan dalam PRU13

PRU13 PKR 01Pakatan telah berjaya menambah tujuh lagi kerusi parlimen dalam PRU tahun 2013 berbanding PRU tahun 2008 (89 kerusi, dari 82), namun kita telah gagal mempertahankan 15 kerusi parlimen yang kita menangi dalam PRU 2008.

Sekiranya kerusi berkenaan berjaya dipertahankan, Pakatan mampu mengumpul 104 kerusi. Jumlah ini masih belum mencukupi untuk membentuk kerajaan persekutuan, tetapi ia mampu menempatkan Pakatan dalam kedudukan lebih kukuh.

Dengan itu, Pakatan perlu menetapkan sasaran untuk merebut semula kerusi yang gagal dipertahankan dalam PRU13: Padang Terap, Pendang, Sik, Merbok, Baling dan Kulim-Bandar Baharu di Kedah; Ketereh, Tanah Merah dan Machang di Kelantan; Balik Pulau di Pulau Pinang; Bagan Serai di Perak; Hulu Selangor dan Kuala Selangor di Selangor; dan Titiwangsa di Kuala Lumpur.

Strategi yang bertumpu kepada kerusi dan negeri diperlukan untuk merebut semula semua kerusi tersebut.

Sebagai contoh, pecah undi perlu dikurangkan di Ketereh, Tanah Merah, dan Machang. Di ketiga-tiga kawasan ini, undi untuk Pakatan di peringkat negeri lebih daripada undi untuk BN, tetapi Pakatan kalah di ketiga-tiga kerusi parlimen.

Di Kedah, barisan pembangkang yang berkesan, barisan pemimpin yang boleh diharapkan sebagai barisan bakal pentadbir kerajaan baru serta dasar negeri alternatif diperlukan untuk membolehkan Pakatan merampas semula negeri itu.

4. Sasarkan kerusi/kawasan marginal (yang mempunyai beza undi tipis)

Pakatan juga perlu mensasarkan kerusi/kawasan yang telah dimenangi BN dengan perbezaan undi yang tipis dalam PRU 2013. BN telah memenangi 24 kerusi parlimen dalam PRU 2013 dengan jumlah undi kurang dari 55% (tidak termasuk 15 kerusi yang telah disebutkan di atas dan telah dimenangi oleh PR dalam PRU 2008).

Antara kerusi yang dimaksudkan adalah Cameron Highland (beza undi 462), Bentong (beza undi 379), Sungai Besar (beza undi 399), Labis (beza undi 353) dan Pasir Gudang (beza undi 935), semuanya telah dimenangi BN dengan perbezaan undi kurang dari seribu.

5. Pertahankan kerusi/kawasan yang baru dimenangi dalam PRU 2013

Pakatan telah memenangi 15 lagi kerusi parlimen di Semenanjung dalam PRU 2013. Kita tidak boleh membuat andaian bahawa semua kerusi ini akan berjaya dipertahankan oleh Pakatan dalam PRU14.

Penekanan perlu diberikan terhadap kerusi-kerusi ini, khususnya kerusi-kerusi yang dimenangi dengan perbezaan undi tipis, agar kita tidak mengulangi pengalaman PRU 2013 di mana kita gagal mempertahankan sejumlah kerusi yang kita menangi dalam pilihanraya sebelum itu.

Antara kerusi yang memerlukan perhatian khusus adalah Kuala Nerus (beza undi 610), Sepang (beza undi 1142) dan Batu Pahat (beza undi 1524).

6. Pertahankan kerusi marginal PR

Seperti BN, PR juga mempunyai kerusi marginal. PR memenangi 17 kerusi parlimen dengan beza undi kurang dari 55% (tidak termasuk kerusi baru yang disebutkan di atas).

Semua kerusi ini perlu dipertahankan, khususnya Bachok (beza undi 201) dan Bukit Gantang (beza 986). Jika PR mensasarkan kawasan di mana BN lemah, pasti BN juga akan melakukan perkara yang sama bagi kawasan-kawasan di mana PR dianggap goyah.

7. Tonjolkan negeri Pakatan sebagai contoh betapa Pakatan mempunyai gaya pentadbiran yang berbeza daripada BN

Kerajaan negeri Pakatan mengambil pendekatan dan gaya pengurusan yang jauh berbeza daripada kerajaan BN yang memerintah sebelumnya, khususnya di Pulau Pinang dan Selangor.

Ini adalah aset besar Pakatan. Bermula dari sekarang sehingga menjelang PRU14, Pakatan perlu meningkatkan lagi prestasi di negeri-negeri yang dikuasainya untuk menonjolkan lagi perbezaan antara kerajaan BN dan kerajaan Pakatan, selain untuk memberi bayangan kepada orang ramai tentang bentuk kerajaan persekutuan di bawah Pakatan.

8. Berikan penekanan kepada kawasan luar bandar

Tidak dapat disangkal bahawa Pakatan telah mendapat undi besar di kawasan bandar dalam PRU13. Kekuatan BN/kelemahan Pakatan di kawasan luar bandar telah membolehkan BN kekal berkuasa. Untuk itu, Pakatan perlu mempunyai strategi yang mantap untuk menembusi kawasan luar bandar, khususnya kawasan/kerusi marginal BN.

Gst biasaKos sara hidup dijangka akan meningkat berikutan pengurangan subsidi, tarif elektrik dan harga minyak dijangka naik, pelaksanaan GST pada tahun 2015 akan memberi kesan meluas – semua ini adalah peluang yang boleh digunakan Pakatan untuk menjelaskan kepada pengundi luar bandar bagaimana kerajaan BN telah meningkatkan beban kewangan dan mengurangkan jumlah pendapatan boleh guna mereka.

Pengundi luar bandar hanya akan menyokong Pakatan dan menolak BN jika mereka merasakan kesan buruk kerajaan BN terhadap saku mereka sendiri. Ini perlu menjadi salah satu strategi utama Pakatan untuk menjangkau kawasan luar bandar.

9. Strategi bertumpuan di Sabah dan Sarawak

Forum 5 tahun pakatan Dataran Shah Alam 08Kerusi-kerusi yang disebutkan di atas (kerusi marginal BN dan PR) adalah kerusi di Semenanjung. Pakatan berdepan dengan cabaran berbeza di Sabah dan Sarawak, maka pendekatan yang berbeza perlu digunakan untuk kedua-dua negeri ini.

Pakatan Rakyat tidak boleh memandang ringan sokongan terhadapnya di kawasan bandar Sabah dan Sarawak. Empat dari 9 kerusi yang telah dimenangi Pakatan di Sabah dan Sarawak dalam PRU13 adalah kerusi marginal – Sarikei (beza undi 5050), Sibu (beza 2841) dan Miri (beza 1992) di Sarawak dan Sandakan (beza 1008) di Sabah. Semua kerusi ini perlu dipertahankan secara agresif.

Pakatan juga perlu mensasarkan kerusi marginal BN. Empat kerusi parlimen di Sarawak dimenangi oleh BN dengan undi kurang dari 55%. Salah satunya Baram yang dimenangi dengan beza hanya sebanyak 194 undi. Di Sabah, BN memenangi 10 kerusi parlimen dengan undi kurang dari 55%, antaranya Beaufort (beza undi 672) dan Kota Marudu (beza undi 842).

Bagaimanapun, tidak seperti di Semenanjung, PR di Sabah dan Sarawak perlu menangani parti-parti tempatan.

Majoriti pengundi telah menunjukkan bahawa mereka menganggap Pakatan lebih boleh diharapkan sebagai alternatif bagi BN berbanding parti-parti tempatan, namun parti-parti ini masih boleh bertindak sebagai ‘pengganggu’ dan menarik sejumlah undi untuk menggagalkan usaha Pakatan memenangi sebahagian kerusi berkenaan.

Pakatan perlu mencari jalan lebih baik untuk bekerjasama dengan sebahagian parti tempatan terbabit, sekurang-kurangnya untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru, khususnya untuk kerusi marginal BN.

Dari segi program luar bandar, kempen Impian Sarawak dan Impian Sabah yang baru dilancarkan akan membawa masuk beberapa projek pembangunan kecil di kawasan luar bandar. Ini boleh digunakan sebagai contoh untuk Pakatan menyusun strategi luar bandar. Jika berjaya, projek-projek terbabit perlu dilaksanakan di sebanyak-banyak kawasan yang mungkin, khususnya di kawasan/kerusi marginal BN.

Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11 akan datang akan menjadi medan terbaik untuk menguji keberkesanan strategi yang bertumpu kepada Sarawak.

Pilihanraya negeri Sarawak tahun 2011 telah membuka ruang baru untuk Pakatan, khususnya di kawasan bandar, dan ia membolehkan Pakatan mencapai keputusan lebih baik dalam PRU 2013.

Perkara yang sama boleh berlaku dalam pilihanraya negeri Sarawak berikutnya. Jika Pakatan berjaya menembusi kawasan luar bandar dalam pilihanraya negeri Sarawak, ia akan memberi tekanan kepada BN dan Taib Mahmud serta memberi kelebihan kepada Pakatan dalam PRU14.

10. Tingkatkan kerjasama Pakatan di semua peringkat

Pakatan Rakyat Leaders ParlimenKerjasama Pakatan Rakyat telah berkembang sejak kerjasama antara parti pada tahun 2008. Di peringkat kebangsaan, Majlis Presiden Pakatan sentiasa bertemu untuk membincangkan isu-isu penting.

PR kini telah meluluskan tiga belanjawan alternatif dan membentangkan manifesto bersama menjelang PRU13. PR juga telah bertempur bersama dalam banyak pilihanraya kecil sebelum dan selepas PRU13.

Kerjasama ini perlu ditingkatkan di semua peringkat, khususnya di negeri-negeri seperti Johor, Sabah, dan Sarawak yang tidak mempunyai sejarah kerjasama antara parti yang panjang.

Kenyataan bersama boleh dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin negeri Pakatan berkenaan isu-isu nasional dan isu-isu yang penting bagi sesebuh negeri. Kegiatan rentas parti perlu diadakan lebih banyak. Setiap parti boleh memanfaatkan kekuatannya untuk membuka pintu kepada pemimpin parti komponen yang lain.

Pada masa yang sama, Pakatan perlu menguruskan perselisihan dalaman antara parti komponen di peringkat kebangsaan dan negeri. Mekanisme perlu dikenal pasti di peringkat kebangsaan dan negeri untuk menangani perselisihan secara dalaman sebelum ia diperbesar-besarkan oleh media, khususnya saluran media yang dikawal BN.

11. Beri penekanan kepada hubungan antara dua generasi pemimpin

Salah satu kekuatan terbesar Pakatan ialah ia menggabungkan pemimpin berpengalaman dan pemimpin muda di peringkat negeri dan juga kebangsaan.

Ini berbeza dengan barisan pemimpin BN yang kebanyakannya terdiri dari generasi lama dan lebih terbiasa dengan pendekatan politik lama.

Pakatan perlu memanfaatkan sepenuhnya kekuatan ini untuk meningkatkan kredibilitinya. Pemimpin – pemimpin berpengalaman memelihara keseimbangan dan kesinambungan, manakala pemimpin-pemimpin muda pula membangkitkan buah fikiran, idealisme dan dinamisme generasi muda.

Jika kedua-dua lapisan pemimpin ini digabungkan dengan baik, ia akan menjadi adunan yang sukar untuk dihadapi oleh BN.

12. Patahkan pembohongan dan propaganda BN

Forum 5 tahun pakatan Dataran Shah Alam 04Salah satu senjata berkesan yang digunakan BN menjelang PRU13 ialah ‘gertakan’ yang menunjukkan bahawa Melayu di negara ini akan hilang hak di bawah kerajaan Pakatan.

Pengundi telah ditakut-takutkan dengan DAP dan para pemimpinnya dilemparkan dengan bermacam tuduhan – antaranya pemimpin DAP dituduh Komunis, mahu membentuk negara Kristian, anti-Islam dan anti-Melayu. Propaganda ini lebih jelas dilihat pada media arus perdana Melayu, iaitu Utusan dan stesen televisyen TV3 dan RTM.

Pakatan telah mula berusaha membasmi semua pembohongan dan propaganda yang disebarkan BN menerusi media sosial dan online. Tetapi masih banyak yang perlu dilakukan. Lebih banyak mesej kreatif dan saluran diperlukan untuk memadamkan kebimbangan sejumlah besar Melayu dan meyakinkan mereka bahawa hak dan kehidupan mereka tidak akan merosot di bawah PR sebaliknya akan menjadi lebih baik.

Rumusan

pakatan rakyat putrajaya naeemJika Pakatan mampu menangani setiap satu cabaran yang digariskan di atas, saya yakin ia akan berada dalam kedudukan yang baik untuk menawan Putrajaya dalam PRU14 dengan setiap parti menyumbangkan kekuatan masing-masing dan meningkatkan daya tarik Pakatan secara umum.

* Lim Kit Siang adalah Penasihat DAP dan juga Ahli Parlimen Gelang Patah

Categories
BERITA UTAMA

Kalau ada rizab RM2.7 bilion, apa salahnya naik gaji? – Shahbudin Husin

Oleh : Shahbudin Husin

Isu kenaikan gaji anggota pentadbiran kerajaan negeri Selangor kini hangat diperkatakan. Ramai yang menyifatkan kenaikan yang diusulkan oleh MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan diluluskan oleh DUN Selangor itu terlalu tinggi terutama bagi jawatan Speaker dan Timbalan Speaker yang hanya bertugas mempengerusikan sidang Dewan Undangan Negeri beberapa kali saja dalam setahun.

Struktur gaji baru itu ialah Menteri Besar daripada RM14,175 kepada RM29,250, anggota Exco daripada RM6,109 kepada RM20,250, Speaker daripada RM6,109 kepada RM22,500, Timbalan Speaker daripada RM3,327 kepada RM15,750 dan Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250.

Selain Anwar Ibrahim selaku Penasihat kerajaan negeri Selangor yang menyifatkan kenaikan itu terlalu tinggi manakala Azmin Ali selaku Pengerusi PKR Selangor turut membantah dan meminta ia ditangguhkan, beberapa pihak lain turut membantah.

Presiden Perkasa, Ibrahim Ali menyindir bahawa kenaikan dengan mengatakan, gaji sebanyak itu, orang pekak, orang bisu dan golongan orang kelainan upaya (OKU) pun mampu menjadi wakil rakyat di negeri Selangor.

Beberapa pihak lain seperti pemimpin Umno, NGO pro Umno, Cuepacs dan lain-lain turut membantah kenaikan itu dan rata-rata menyatakan kerajaan negeri Selangor sepatutnya mengutamakan kepentingan rakyat dan bukannya diri sendiri.

Bekas MB Selangor, Abu Hassan Omar juga turut mengulas dengan menyatakan kenaikan itu tidak rasional dan tanpa memikirkan kepentingan rakyat.

Bahkan, katanya, ketika beliau menjadi Menteri Besar, kenaikan gaji dan elaun anggota pentadbiran kerajaan Selangor dan Adun tidak pernah dibincangkan kerana kerajaan pimpinannya ketika itu sentiasa memikirkan kebajikan rakyat. Ewah, ewah…begitu menyentuh kalbu kenyataan bekas MB Selangor ini yang kariernya berakhir kerana dinasihatkan berundur berikutan terdedahnya suatu skandal berkaitan dirinya.

sidang dun 04Adun-Adun BN di Selangor pula bersikap double-standard di mana mereka hanya mempertikaikan peratusan kenaikan gaji MB, Exco, Speaker dan Timbakan Speaker tetapi mengalu-alukan kenaikan gaji bagi Adun dengan alasan beban tugas wakil rakyat tidak kenal cuti dan tiada istirehat di hujung minggu. Walaupun membantah tetapi bersetuju untuk kepentingan sendiri.

MB Selangor, Khalid Ibrahim bagaimanapun mempertahankan kenaikan itu dan bertegas ia tetap akan dilaksanakan sebagaimana dijadualkan. Katanya, kenaikan itu bukan saja mengambil kira beban tugas wakil rakyat dan anggota pentadbiran kerajaan yang kian bertambah tetapi juga kerana dipersetujui oleh semua Adun BN dan PR sebelum ini.

Sambil mempertahankan kewajaran kenaikan itu, beliau berkata, ia dilaksanakan dengan menjadikan kenaikan gaji dan elaun anggota pentadbiran kerajaan negeri Sarawak pada Mei lalu sebagai rujukan dan perbandingan.

Kenaikan gaji yang diluluskan di Sarawak ialah Ketua Menteri daripada RM13,000 kepada RM39,000, Timbalan Ketua Menteri daripada RM11,500 kepada RM35,000, menteri kanan dan Speaker daripada RM9,000 kepada RM30,000, menteri daripada RM9,000 kepada RM27,000, pembantu menteri dan Timbalan Speaker daripada RM7,000 kepada RM21,000 dan Adun daripada RM4,500 kepada RM15,000.

Mukhriz Mahathir pula baru-baru ini turut menaikkan elaun Adun negeri Kedah sebanyak RM1,300.

Secara logik dan idealnya, kenaikan gaji di Selangor ini tidak ada salah dan cacat celanya, bahkan bersesuaian dengan tugas dan tanggungjawab mereka. MB, Exco dan Adun bukan saja bekerja selama antara 16 hingga 18 jam setiap hari, bahkan mereka juga banyak memberi sumbangan dan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

Orang sakit, isteri bersalin, bayar bil eletrik, anak mahu sekolah, anak kahwin dan pelbagai lagi, semuanya selalu diadukan kepada wakil rakyat untuk meminta bantuan.

Semua sumbangan dan bantuan itu adalah menggunakan wang poket sendiri. Dengan adanya kenaikan itu, ia pasti meringankan sedikit bebanan mereka.

Kenaikan itu sebenarnya bukan untuk kepentingan peribadi, keluarga dan anak isteri untuk membeli-belah dan membeli beg tangan yang mahal tetapi akan menjadikan mereka lebih selesa menabur khidmat bakti kepada rakyat.

Lagi pula, kerajaan negeri Selangor membuktikan kecekapan, kebersihan dan kurangnya ketirisan dalam pentadbiran sehingga mempunyai simpanannya kini mencecah sebanyak lebih RM2.7 billion. Ini merupakan suatu sejarah bagi Selangor dan tidak pernah dicapai oleh mana-mana era kepimpinan MB sebelum ini.

Memang betul ketika zaman Abu Hassan, beliau tidak pernah membincangkan soal kenaikan gaji tetapi tanyalah juga beliau, berapakah rizab kerajaan negeri ketika beliau menjadi MB Selangor?

Dengan rizab yang tinggi sekarang ini dan pentadbiran cekap yang terbukti, apalah salahnya kenaikan gaji itu. Tetapi kenaikan gaji selalunya akan diiiringi dengan peningkatan prestasi dan khidmat bakti. Anggota pentadbiran dan wakil rakyat Selangor juga pasti tidak banyak mengeluh lagi dengan adanya kenaikan ini. Inilah sebenarnya falsafah kenaikan itu.

Bagi Speaker dan Timbalan Speaker, walaupun kenaikannya agak tinggi berbanding gaji sebelum ini tetapi ia sebenarnya sesuai dengan status dan kedudukan mereka dalam sistem pentadbiran kerajaan. Dengan kedudukan gaji yang lebih baik, rakyat juga akan lebih menghormati kedudukan mereka.

Selain itu, kenaikan gaji ini juga mengurangkan berlakunya amalan rasuah dan tidak amanah dalam menjalankan tugas di kalangan anggota pentadbiran kerajaan. Lihatlah kedudukan MB, Exco dan wakil rakyat Selangor ketika era BN, walaupun gaji mereka tidak tinggi tetapi hampir semuanya diketahui mempunyai kehidupan yang mewah, rumah besar, kereta besar yang jika diukur secara logik, langsung tidak sepadan dengan gaji dan pendapatan mereka.

Di Singapura memang diketahui, Perdana Menteri dan menteri-menterinya mempunyai gaji paling tinggi dalam dunia tetapi lihatlah kecekapan dan kegigihan mereka dalam membangunkan negara itu. Bahkan kejadian rasuah yang melibatkan pemimpin kerajaannya hampir tidak pernah kedengaran.

Dalam kes Selangor ini, sewajarnya Khalid Ibrahim mempertahankan kenaikan itu. Tetapi apa yang perlu beliau lakukan selepas ini ialah memastikan perbelanjaan untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat turut dipertingkat. Berilah kemudahan dan keselesaan yang sewajarnya kepada rakyat negeri Selangor.

Buktikan kepada rakyat kenaikan gaji ini benar-benar berbaloi dengan perkhidmatan yang bakal diberikan. Di samping memastikan rizab atau tabungan kerajaan negeri terus kukuh, seimbangkan dengan kemudahan dan faedah untuk rakyat. Program kebajikan, perumahan, bantuan untuk golongan berpendapatan rendah harus sentiasa dipertingkatkan.

Jika ini dapat dilakukan, kewajaran mengapa kenaikan gaji dilakukan akan dapat difahami akhirnya. Mungkin sekarang banyak yang membantah tetapi masa akan menjawabnya nanti.

Dipetik dari shahbudindotcom.blogspot.com

Categories
BERITA UTAMA

Masanya telah tiba & tanggungjawab kian memberat

Memang menjadi pengetahuan umum bahawa tugas dan tanggungjawab sebagai
seorang wakil rakyat di Selangor menjadi semakin berat selepas Pilihan Raya
Umum ke-13.

Ahli-ahli Dewan Negeri (ADN) bukan sahaja perlu sentiasa turun padang untuk
menyelesaikan masalah dan isu di kawasan masing-masing tetapi juga perlu
memainkan peranan aktif dalam Dewan Negeri Selangor (DNS).

Perbahasan di Dewan juga semakin rancak. Perbahasan Belanjawan 2014 di
peringkat jawatankuasa selesai selepas hebat diperbahas oleh ADN Selangor
selama dua hari berturut-turut.

laudownloadADN mengambil bahagian dengan aktif dalam perbahasan. Biasanya, ADN aktif membahas sesuatu belanjawan di peringkat dasar sahaja, tetapi kini kami bukan sahaja aktif di peringkat dasar tetapi juga sama aktif di peringkat jawatankuasa juga.

Ini menunjukkan, dalam kesibukan ADN menyelesaikan masalah rakyat, mereka
juga tidak melalaikan tanggungjawab yang diamanah kepada mereka untuk
membahas setiap satu butiran dalam Belanjawan 2014.

Malah, Menteri Besar juga tidak kurang hebatnya apabila beliau bangun dan
duduk tidak kurang daripada 100 kali, bermula dari sesi soal jawab hingga ke
penangguhan Dewan untuk menjawab setiap soalan dan isu yang dibangkitkan.

Oleh itu, saya ingin menyentuh dengan lebih banyak terhadap kenaikan saraan
yang melibatkan Menteri Besar, EXCO, Speaker dan Timbalan Speaker kerana
saraan untuk mereka telah dikekalkan pada paras yang amat rendah untuk satu
tempoh yang sangat panjang.

Justeru itu, sudah sampai masanya untuk menaikkan saraan mereka seperti apa yang dicadangkan oleh Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) ini.

Bagi Tan Sri Khalid Ibrahim khususnya, beliau akan menerima gaji pokok sebanyak lebih kurang RM39,000 selaku Menteri Besar Selangor. Gaji ini adalah berbaloi kerana sumbangannya kepada pembangunan kerajaan negeri Selangor begitu besar.

Contoh yang begitu baik ialah kejayaan beliau mengutip balik hutang Syarikat TALAM terhadap kerajaan Selangor sebanyak RM3.92 bilion beberapa tahun lalu.

Dewan Yang Mulia ini juga akan membahas tujuh penyata yang dihasilkan oleh Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan yang ditubuhkan oleh Dewan Negeri Selangor pada Julai.

Dalam masa tidak sampai enam bulan, Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan kerap bermesyuarat dan menghasilkan penyata-penyata ini berikutan siasatan yang dijalankan terhadap pihak Eksekutif.

Siapa yang menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan ini? Sudah tentu ADN sendiri. Ini juga merupakan satu bukti yang jelas bahawa wakil-wakil rakyat yang dipilih dalam PRU-13 sememangnya mereka yang benar-benar bertugas untuk rakyat.

IMG-20131127-00597Penyelarasan saraan ADN dan anggota pentadbiran harus dilihat secara menyeluruh – elaun Ketua Pembangkang bertambah dan kenaikan saraan bertujuan memastikan ADN dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan hati yang tenang tanpa terlalu memikirkan ‘sumber-sumber pendapatan’ lain seperti zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Penyelarasan saraan itu akan menjamin ADN sentiasa fokus kepada tugasnya dan
tidak perlu risau tentang penyaraan kehidupan dan ahli-ahli keluarganya walaupun selepas bersara.

Pernah ada seorang ADUN MCA yang menderita akibat diserang penyakit strok
dari Perak selepas bersara terpaksa merayu kepada kerajaan Perak kerana pinjaman perumahannya akan ditolak daripada pencennya. Ini menjadikan pencennya tidak mencukupi untuk menampung kos perubatan.

Selain itu, saya juga meminta saraan dan elaun untuk Ahli Majlis di PBT dan Ketua Kampung diselaraskan memandangkan mereka juga merupakan sebahagian daripada pasukan perkhidmatan ADN di peringkat akar umbi.

Sejajar kenaikan saraan ini, saya ingin mencadangkan kepada pihak Eksekutif untuk mempertimbang semula sama ada perlunya jawatan ‘Pembantu Exco’.

Ini kerana jawatan itu bercanggah dengan prinsip pengasingan kuasa. Kedua, selepas penyelarasan saraan, ADN sudah pasti perlu bekerja lebih keras untuk memantau perjalanan kerajaan negeri.

Maka, sudah pasti akan bercanggah dengan fungsi dan peranannya jika ADN dilantik menjadi sebahagian daripada Eksekutif melalui jawatan Pembantu Exco.

Justeru itu, saya memohon agar kerajaan mempertimbang semula jawatan berkenaan.

* Lau Weng San ialah ADUN Kampung Tunku
* Disunting dari www.wengsan.blogspot.com bertarikh 27 November 2013 yang 
menjadi intipati ucapan perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013