Categories
BERITA UTAMA

Antara kucing kurap, Jeff Ooi & pesona kuasawan – Shazni Munir

Oleh Shazni Munir

KUASA dan keseronokan berkuasa bukanlah sesuatu yang asing dalam peradaban manusia.

Sekian banyak peperangan dalam lipatan sejarah telah memperlihatkan pesona maha nikmat itu sering menjadi rebutan insani, tidak mengira agama dan anutan si pendamba kekuasaan.

Bahkan jika boleh dilelong kekuasaan ini di pasar-pasar malam, pasti subjek ini paling cepat laris, jauh meninggalkan apam balik coklat dan murtabak daging RM2.00.

Begitulah hebatnya pesona kekuasaan. Letaklah di mana sahaja. Orang gila sahaja yang membiarkan kekuasaan itu terletak dan tidak diusik. Yang namanya waras, pasti mengingini kekuasaan.

Insiden ‘kucing kurap’ yang berlaku antara Jeff Ooi dan penjawat awam rendah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bukanlah sesuatu yang terpencil dalam lingkaran kekuasaan.

Jeff OoiMungkin kerana namanya Jeff Ooi, seorang blogger dan politisi kontroversi, maka isu itu pun menjadi kontroversi.

Hakikatnya kita sudah lama hidup dalam cacian dan makian mereka yang memegang kuasa. Di pejabat-pejabat kerajaan, yang berjawatan rendah pasti sering dimaki dan dicaci oleh ‘bos’ yang bertakhta di kerusi empuk berbilik asing-asing.

Di sektor swasta, caci maki sudah seperti ‘zikir’ selepas solat. Selalu dan biasa.

Di kedai-kedai makan tepi jalan, memarahi pekerja di hadapan pelanggan semacam suatu kebanggaan. Apatah lagi dengan gaya bercekak pinggang. Soal memalukan atau tidak bukan persoalan.

Muktamadnya, “Aku bos, ikut suka aku nak cakap apa!”

Kuasawan bertaraf menteri apatah lagi. Blazzer dan kot berharga belasan & puluhan ribu itu sudah cukup untuk menunjukkan ‘engkau siapa dan aku siapa’.

Maka tidaklah menjadi suatu kepelikan jika pak menteri mengherdik sesiapa sahaja yang cuba mempertikai apa yang ingin dilakukan, apatah lagi menghalang usaha kepemimpinannya.

Sindrom ‘caci maki’ ini – dalam sejarahnya – tidak pernah memilih agama dan bangsa anutan kuasawan, Apatah lagi sekadar baju parti dan jenama kumpulan yang dianggotai.

Sindrom ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang sudah berasa cukup hebat dengan kuasa yang dipegang.

Im_The_BossMaka jika Jeff Ooi memanggil seseorang dengan panggilan ‘kucing kurap’, bukanlah sesuatu yang ganjil dengan resam kekuasaan. Tidaklah cukup berkuasa jika tidak mencaci-maki.

Kerana sekian lama kita dibudayakan dengan sindrom ini, maka pemimpin yang berideologikan sosial demokrat pun tidak mampu menyediakan vaksin untuk sindrom ini.

Dek kerana itu, usahlah menipu diri sendiri. Yang berada di bawah dan sentiasa dimaki tidak pernah gagal untuk mengintai-ngintai tangga dakian ke atas, untuk menjadi pemaki pula.

Inilah lingkaran kekuasaan. Perkara yang telah diterima umum sebagai garis pemisah antara pemerintah dan diperintah. Justeru – dari aku – tahniah buat rakyat Malaysia.

Kalian berjaya membudayakan sindrom yang membunuh budi pekerti menjadi budaya yang berakar umbi!

* Shazni Munir ialah bekas pemimpin mahasiswa yang kini aktif dalam pergerakan politik khususnya di Selangor dan Johor

Categories
BERITA UTAMA

Ketua Pembangkang dikeluar dari sidang Dewan, apa sebabnya? – Lau Weng San

Oleh : Lau Weng San

Perbahasan di Dewan Negeri Selangor (DNS) tadi sekitar pukul 11:30 pagi agak hangat. Semasa Ahli Dewan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) untuk Kota Damansara sedang berucap, beliau mengungkitkan isu sewa rumah bulanan di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebanyak RM250 oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) adalah terlalu mahal.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bertanggungjawab terhadap isu ini (yang juga merupakan ADUN Cempaka) tidak berada di DNS pada masa itu, lalu ADUN Bukit Lanjan yang merupakan anggota MMKN bangun di bawah Peraturan Tetap 36(6) mengatakan kepada Timbalan Speaker (yang mempengerusi sidang DNS pada masa itu) bahawa isi ucapan ADUN Kota Damansara adalah sangkaan jahat terhadap ADUN Cempaka kerana sewa rumah PPRT telahpun dinaikkan pada tahun 2007 semasa pemerintahan BN.

Kerajaan PR yang mengambil alih selepas itu telah memutuskan sewa akan diturunkan ke paras lama, iaitu RM125 sebulan untuk mereka yang betul-betul tidak mampu dan miskin tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

ADUN Sungai Pinang (yang juga merupakan Ahli MMKN) kemudian berdiri di atas Peraturan Tetap yang sama berhujah bahawa jikalau sesuatu isi ucapan yang tidak betul tetapi sudah diperjelaskan sebelum ini dibawa ke DNS sekali lagi oleh mana-mana ADN, maka ianya ialah sangkaan jahat sesuatu yang boleh diambil tindakan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DNS.

Timbalan Speaker kemudian merujuk perkara itu kepada ADUN Kota Damansara untuk menyatakan sama ada beliau akan menarik balik kenyataan yang tidak benar itu atau tidak. ADUN Kota Damansara pada permulaannya memberi jawapan yang samar-samar.

Di sinilah Ketua Pembangkang DNS (merangkap ADUN Sungai Burung) berdiri mencelah. Isi ucapannya tidak jelas tetapi Timbalan Speaker telah meminta Ketua Pembangkang untuk duduk kerana ADN Kota Damansara masih belum selesai.

Ketua Pembangkang berkeras untuk berdiri di tempatnya dan enggan duduk. Selama lebih kurang 10 minit Timbalan Speaker meminta Ketua Pembangkang menyebut apakah Peraturan Tetap yang hendak diguna (Seseorang ahli jika hendak berdiri bercakap perlu menyebut terlebih dahulu atas Peraturan Tetap yang mana satu beliau berdiri bercakap).

Ketua Pembangkang masih tidak dapat menyebut Peraturan Tetap yang mana satu hendak diguna dan enggan duduk. Pada masa ini, sudah jelas bahawa Ketua Pembangkang sedang mengguna taktik ini untuk menarik perhatian media kerana dia tahu jika dia terus berdiri dan enggan duduk, sidang DNS tidak dapat diteruskan dan Timbalan Speaker perlu mengeluarkannya daripada DNS.

Untuk memastikan sidang DNS dapat dijalankan, Timbalan Speaker tiada cara lain melainkan mengeluarkan Ketua Pembangkang dari sidang Dewan. Begini apa yang berlaku tadi.

Bagi mereka yang berasa Timbalan Speaker tidak harus mengeluarkan mana-mana ADN keluar dari sidang Dewan, saya berpendapat ada kalanya kita perlu membeza-bezakan kes.

Dalam kes Ketua Pembangkang hari ini, saya lihat beliau harus duduk dan membenarkan Timbalan Speaker menjalankan tugasnya untuk mendengar penjelasan daripada ADUN Kota Damansara.

Sekiranya Ketua Pembangkang masih tidak berpuas hati, beliau masih boleh menggunakan mana-mana peruntukan di dalam Peraturan-peraturan Tetap untuk mengemukakan bantahannya. Amat aneh sekali apabila Timbalan Speaker beberapa kali sudah meminta Ketua Pembangkang untuk menyebut Peraturan Tetap tetapi beliau tetapi tidak menyebutnya.

* Lau Weng San adalah Adun Kampung Tunku – 22 November 2013

Categories
BERITA UTAMA

Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor ketandusan idea – Lau Weng San

Oleh : Lau Weng San

Hujah Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor Datuk Mohamad Shamsudian Lias pada 20 November 2013 bahawa Belanjawan Selangor tahun 2014 ialah Belanjawan yang tidak berimbang ialah tuduhan liar.

Perkara ini telah diulangi oleh Ketua Pembangkang di dalam satu sidang media sesudah beliau menyampaikan ucapan perbahasan beliau semasa membahas Belanjawan 2014 di peringkat dasar bacaan kedua.

Ini berlaku walaupun beberapa Ahli Dewan Negeri Selangor telah bangun mencelah dan memberi penjelasan yang sejelas-jelasnya kepada beliau apabila beliau membahas Belanjawan 2014 ini.

Tuduhan ini ialah tuduhan liar kerana beliau menganggap Belanjawan 2014 berjumlah RM1.85 bilion ialah belanjawan tidak berimbang kerana kerajaan menggunakan rizab kerajaan sebanyak RM430 juta ringgit untuk beberapa inisiatif pembangunan.

Ini menunjukkan Ketua Pembangkang tidak memahami maksud Belanjawan berimbang. Belanjawan berimbang bermakna kerajaan akan membelanjakan wang yang berada di Kumpulan Wang Yang Disatukan (Consolidated Funds) mengikut pendapatan yang dijangka dapat dikutip oleh kerajaan pada sesuatu tahun.

Dalam konteks Selangor, kerajaan menerima pakai konsep rolling budget, iaitu kerajaan hanya akan membelanjakan wang daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan sekiranya terdapat penambahan pendapatan di dalamnya. Ini ialah sebab mengapa kerajaan membentangkan Enakmen Perbekalan Tambahan setiap kali Dewan bersidang.

Perkara ini boleh berlaku kerana kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat telah memperkenalkan amalan menyemak belanjawan negeri setiap enam bulan. Konsep semakan berkala ini bermula apabila Perbendaharaan Negeri digesa membuat imbangan pada penyata kewangan pada setiap hujung bulan.

Dengan cara ini, kerajaan negeri dapat memantau keseimbangan di antara perbelanjaan dan pendapatan agar kerajaan tidak berbelanja di luar kemampuan sehingga mengakibatkan defisit.

Harus diingat bahawa di bawah Perlembagaan Persekutuan, kerajaan negeri tidak dibenarkan mendapat pinjaman dari luar kecuali mendapat kebenaran daripada Kerajaan Persekutuan. Ini bermakna Kerajaan Selangor hanya boleh bergantung kepada kekuatan kewangan sendiri dan berbelanja di dalam kemampuannya.

Ketua Pembangkang juga menyentuh tentang peruntukan tambahan sebanyak RM430 juta daripada rizab kerajaan untuk beberapa inisiatif pembangunan di mana beliau menuduh bahawa ini ialah kompromi pihak Eksekutif akibat desakan memorandum daripada Kelab Penyokong Kerajaan (BackBenchers Club – BBC). Amaun berjumlah RM430 juta ini juga digunakan oleh Ketua Pembangkang bahawa Belanjawan 2014 tidak berimbang.

Memang benar BBC pernah menghantar satu memorandum kepada pihak Eksekutif tetapi ini merupakan perkara biasa di mana ini memang merupakan budaya BBC untuk memberi input kami kepada pihak Eksekutif dari semasa ke semasa.

Selain itu, penggunaan wang rizab untuk tujuan pembangunan tidak sepatutnya menjadi isu kerana memang Menteri Besar Selangor pernah mengumumkan sebelum ini bahawa kerajaan akan memperuntukkan sejumlah wang daripada rizab Kerajaan Selangor untuk membina Jambatan Klang ketiga.

Perkara ini pun disebut semula dalam pembentangan Belanjawan 2014. Yang berbeza ialah inisiatif-inisiatif pembangunan lain yang melibatkan rizab kerajaan turut disebut bersama dalam Belanjawan 2014 ini. Lagipun, Belanjawan 2014 masih berimbang kerana RM430 juta ini adalah diambil daripada rizab, bukan daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan.

Jadi menjadi persoalan saya ialah adakah Ketua Pembangkang sudah ketandusan isu sehingga mereka terpaksa mengempar-gempurkan isu yang remeh-temeh seperti ini?

* Lau Weng San adalah ADUN Kampung Tunku

Categories
BERITA UTAMA

Parlimen Malaysia terpalit noda – Lim Kit Siang

Oleh : Lim Kit Siang

Dua kejadian di Dewan Rakyat pada hari Khamis, 14 November 2013, yang lalu membuatkan Parlimen Malaysia terpalit noda – semuanya kerana Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Kejadian pertama berlaku dalam sesi pagi apabila Barisan Nasional dengan tidak mempedulikan Peraturan Mesyuarat dan kelaziman telah menggunakan kelebihan kerusinya di Parlimen untuk meluluskan usul luar biasa, tidak wajar, dan “haram” untuk menggantung Ahli Parlimen Padang Serai N. Surendran selama enam bulan kerana memperjuangkan kuil Sri Muneswarar Kaliyamman di Kuala Lumpur yang telah berusia 101 tahun.

Usul untuk menggantung Surendran itu melanggar Peraturan Mesyuarat dan kelaziman Parlimen sekurang-kurangnya menurut empat asas.

Peraturan Mesyuarat 27 (3) menyebut: “Kecuali sebagaimana yang disyaratkan dalam Peraturan Mesyuarat 43 dan perenggan (5) dalam Peraturan Mesyuarat 86 dan 26(1), apa-apa usul hendaklah dikeluarkan pemberitahu tidak kurang daripada empat belas hari terlebih dahulu tetapi jika usul itu dengan nama Menteri.

Maka memadailah dengan dikeluarkan pemberitahu tujuh hari sahaja terlebih dahulu, dan pula jika Tuan Yang di-Pertua puas hati setelah diterangkan kepadanya oleh seseorang Menteri iaitu bagi faedah orang ramai sesuatu usul itu mustahak dibahaskan dengan seberapa segeranya maka memadailah dikeluarkan pemberitahu itu satu hari sahaja terlebih dahulu.”

Memandangkan kekecualian yang disebutkan dalam Peraturan Mesyuarat 43, 86, dan 26 terpakai untuk kes ini, usul menteri untuk menggantung Surendran memerlukan “tujuh hari sahaja terlebih dahulu, dan pula jika Tuan Yang di-Pertua puas hati setelah diterangkan kepadanya oleh seseorang Menteri iaitu bagi faedah orang ramai sesuatu usul itu mustahak dibahaskan dengan seberapa segeranya maka memadailah dikeluarkan pemberitahu itu satu hari sahaja terlebih dahulu.”

Penggantungan Surendran selama enam bulan itu bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat dan kelaziman parlimen menurut empat asas berikut:

1. Ia tidak mematuhi peraturan yang menetapkan “pemberitahu satu hari” untuk usul menteri, kerana jika “satu hari” ditafsirkan sebagai “24 jam” maka usul terbabit hanya boleh dibahaskan selepas jam 6 petang hari Khamis, memandangkan notis telah diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen selepas jam 6 petang hari Rabu.

2. Tiada “kepentingan umum” yang mengharuskan usul itu dibahaskan selepas notis satu hari diberikan dan bukannya selepas notis tujuh hari. Malah, sehingga sekarang tiada menteri mampu menjelaskan “faedah orang ramai” yang bagaimana memestikan perbahasan dan keputusan dibuat dengan segera tanpa mematuhi peraturan berkenaan “pemberitahu tujuh hari” – apatahlagi untuk memutuskannya tanpa mematuhi notis satu hari.

3. Pertembungan kepentingan yang jelas kerana Tuan Yang di Pertua yang telah membenarkan usul menteri berkenaan dibahaskan tanpa notis tujuh hari terbabit dalam persoalan yang dipertikaikan, memandangkan usul tersebut mendakwa Surendran “menghina” Speaker.

4. Prosedur yang sepatutnya diikuti dalam kes ini ialah merujuk Surendran kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan kerana ia membabitkan “kuasa serta hak dan keistimewaan Dewan”, dan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan perlu menyiasat dan mengemukakan laporan kepada Dewan berkenaan dakwaan yang dibuat terhadap Surendran.

Kenyataan oleh Pengerusi bahawa mana-mana Ahli Parlimen yang tidak berpuas hati dengan perintah Speaker boleh menggunakan Peraturan Mesyuarat 43 untuk mengusulkan supaya keputusan terbabit disemak semula menerusi notis tidak lebih dua hari sama sekali tidak bermakna kerana dalam sejarah Parlimen Malaysia usul sedemikian tidak pernah dibenarkan untuk dibahaskan dalam Dewan. Peraturan tersebut tidak lebih seperti “abjad-abjad mati” yang tidak lagi diamalkan.

Kerana itulah tiada seorang pun Ahli Parlimen Pakatan Rakyat peduli untuk memanfaatkan Peraturan Mesyuarat 43 ketika di waktu pagi hari berkenaan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia secara tidak benar telah mengarahkan Surendran untuk keluar dari Dewan atas alasan beliau masih digantung.

Ini bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 44 (2) yang dengan jelas menyebut bahawa apabila Speaker belum menentukan tempoh penggantungan seseorang Ahli Parlimen, “tempoh tersebut hendaklah disifatkan sebagai selama dua hari termasuk hari kejadian berkenaan.”

Penggantungan Surendran dibuat pada pagi Selasa, 12 November 2013, dan Speaker tidak menyebut tempoh penggantungan, maka tempoh penggantungannya adalah selama dua hari bermula pada hari Selasa – iaitu “hari kejadian berkenaan” – dan Rabu serta tidak lagi berkuatkuasa pada hari Khamis itu! Bermakna, tindakan Speaker mengusir Surendran keluar dewan pada pagi Khamis itu adalah salah dan bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat.

Sebuah akhbar (New Straits Times) mendakwa Ahli Parlimen DAP/PR bagi Puchong, Gobind Singh Deo, dan saya telah menghalau Pandikar Amin dari Dewan kerana kami telah turut menuntut penjelasan atas tindakan mengarahkan Surendran keluar dari Dewan pada pagi itu.

Laporan itu sama sekali tidak berasas dan tidak lebih daripada khayalan wartawan terbabit, dan ia menunjukkan betapa rendahnya piawaian profesional dalam negara ini dalam pelbagai bidang kerjaya – termasuk media massa – walaupun telah lebih setengah kurun negara kita merdeka.

Saya bersama-sama beberapa pemimpin PR yang lain – termasuk Azmin Ali (PKR/PR Gombak) dan Mahfuz Omar (PAS/PR Pokok Sena) telah menyarankan kepada Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee agar menangguhkan persidangan untuk membolehkan kedua-dua pihak mencari penyelesaian yang saksama bagi merungkai kebuntuan dan mententeramkan Dewan, sama ada dalam bentuk pemberian notis tujuh hari untuk usul terbabit, atau merujuk Surendran kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan, atau membenarkan usul menurut Peraturan Mesyuarat 43 untuk menyemak semula keputusan Pengerusi dibahaskan .

Tetapi berlawanan dengan kelaziman parlimen, Timbalan Speaker telah enggan menangguhkan persidangan untuk memberikan “tempoh bertenang” bagi membolehkan kesepakatan dibuat oleh kedua-dua pihak dalam Dewan bagi mengatasi kebuntuan.

Sebaliknya Dewan dan negara telah disajikan dengan adegan lawak jenaka apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukry telah membacakan ucapan usul terbabit walaupun tiada siapa dapat mendengar walau pun sepatah kata daripada beliau, memandangkan ucapannya telah tenggelam sepenuhnya dalam kegamatan Dewan.

Adegan itu disambung dengan sesi undian yang juga merupakan lawak jenaka kerana tiada Ahli Parlimen, sama ada dari BN atau PR, dapat mendengar apa yang telah diusulkan oleh menteri itu.

Kerana itulah Ahli-ahli Parlimen PR enggan mengambil bahagian dalam pengundian, kerana bagi mereka usul tersebut bukan saja luar biasa dan tidak wajar, malah ia juga adalah “usul haram”.

Dalam keadaan keadilan telah dinafikan serta prosedur dan kelaziman parlimen telah diabaikan inilah beberapa Ahli Parlimen PR telah melepaskan rasa marah dan kecewa mereka secara beremosi dengan mengoyakkan kertas usul berwarna hijau itu.

Pimpinan PR di Parlimen tidak menyetujui tindakan mengoyak kertas usul itu kerana ia berlaku secara mendadak justeru Ahli-ahli Parlimen PR merasa kecewa apabila keadilan dinafikan serta peraturan mesyuarat dan kelaziman parlimen pula diabaikan dalam meluluskan usul untuk menggantung Surendran selama enam bulan. Cara penggantungan ini dibuat menjadikan Parlimen Malaysia sebagai mahkamah kanggaru dan bahan jenaka dunia.

Kejadian kedua yang memalit noda pada Parlimen Malaysia berlaku pada tengahari Khamis apabila persidangan parlimen disabotaj menerusi tindakan membalas dendam berikutan apa yang terjadi di pagi itu. Tindakan balas ini tiada kena mengena dengan keadilan, integriti prosedur parlimen atau hak rakyat.

Ahli-ahli Parlimen BN, diketuai oleh Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin, telah menjalankan konspirasi untuk menimbulkan kekecohan, membawa kepada perbuatan mengoyak usul Ahli Parlimen PKR/PR Kuantan Fuziah Salleh untuk memotong gaji lima penasihat khas Jabatan Perdana Menteri, iaitu Rais Yatim, Noh Omar, Shahrizat Abdul Jalil, Johari Baharom, dan Hasbi Habibollah, kerana mereka mendakwa usul beliau adalah “usul haram” berikutan satu kesilapan fakta dalam ucapan beliau.

Jika Ahli Parlimen BN menganggap usul Fuziah adalah “usul haram”, mereka sepatutnya mencontohi tindakan Ahli-ahli Parlimen PR di sebelah pagi yang telah menolak untuk mengambil bahagian dalam pengundian – dan membenarkan Ahli-ahli Parlimen PR menyokong usul itu.

Tetapi tujuan mereka berlainan, iaitu untuk mensabotaj persidangan parlimen dengan tidak membenarkan usul Fuziah dibahaskan.

Atas sebab itulah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim selepas waktu makan tengahari telah mengemukakan usul supaya Dewan bersurai lebih awal, iaitu sebaik saja usul Fuziah diketepikan, dan bukannya pada jam 5.30 petang seperti kebiasaan – ini adalah bukti jelas bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu telah mengetahui dan membenarkan tindakan sabotaj ke atas usul Fuziah.

Dua kejadian yang berpunca daripada Ahli-ahli Parlimen BN dalam Parlimen Malaysia ini menunjukkan sikap kebudak-budakan mereka yang sanggup mengambil tindakan kasar untuk membalas dendam terhadap Ahli-ahli Parlimen PR tanpa mempedulikan soal salah atau benar sesuatu isu dan tanpa memikirkan kepentingan rakyat dan negara.

Jelas bahawa ini bukan langkah ke arah membentuk sebuah Parlimen bertaraf dunia!

* Lim Kit Siang adalah Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah

Categories
BERITA UTAMA PENDIDIKAN

‘Kongkalikong’ PRK bawa Pro-M UMSKAL rentas Laut Cina Selatan – Fadhil Ghani

Mohd Fadhil Ghani 

PILIHAN RAYA Kampus (PRK) Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) dikendalikan sepenuhnya oleh Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kaedah Undi Elektronik atau E-Voting.

Untuk mengundi, mahasiswa perlu mengakses akaun pengundian dengan menggunakan kata laluan khas. Kata laluan akan diberi oleh petugas pilihan raya setelah mahasiswa mendaftar diri pada senarai daftar pemilih.

Setiap mahasiswa perlu memilih dua orang bagi kerusi umum dan dua lagi fakulti masing-masing. PRK UMSKAL menetapkan enam Kerusi dipertanding iaitu dua kerusi umum, dua bagi Sekolah Peniagaan Dan Kewangan Antarabangsa (SPKAL) dan dua bagi Sekolah Sains Informatik Labuan (SSIL).

Untuk rekod, calon Pro-Mahasiswa UMSKAL (Pro-M UMSKAL) mendapat undi tertinggi sejak PRK 2006 sehingga 2012. Daripada enam kerusi yang dipertanding, Pro-M UMSKAL menguasai paling kurang tiga kerusi dan menguasai jawatan Naib Presiden selama lima tahun berturut-turut.

Naib Presiden merupakan posisi tertinggi dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi UMS Cawangan Labuan. Namun pencapaian Pro-M UMSKAL mula merosot pada PRK 2009.

EVOTING64068640-28642678Pada tahun berkenaan, Pro-M UMSKAL memulakan bantahan terhadap sistem E-Voting kerana menghidu seperti ada sesuatu tidak kena. Namun bantahan ketika itu tidak terlalu garang memandangkan E-Voting merupakan satu sistem baru yang belum dikaji secara menyeluruh.

Pada 2010, Pro-M UMSKAL menghantar memorandum kepada Timbalan Naib Canselor UMS bagi membantah E-Voting, walaupun pada ketika itu Pro-M UMSKAL masih menguasai MPP.

Pada PRK 2013, Pro-M UMSKAL bukan sahaja gagal mempertahankan calon dengan undian tertinggi, malah semua calon Pro-M UMSKAL tewas.

Kekalahan itu amat mengejutkan kerana culaan awal yang dibuat oleh Pro-M UMSKAL terhadap 1,000 sampel mendapati 47 peratus mahasiswa cenderung memilih Pro-M, 26 peratus cenderung memilih calon Pro Pentadbiran Universiti dan 27 peratus mahasiswa tidak pasti.

E-Voting, masalah berulang setiap tahun

Setiap tahun, E-Voting menimbulkan masalah sekaligus mengganggu kelancaran PRK. Pro-M hairan bagaimana universiti boleh membiarkan masalah itu berterusan sedangkan PRK merupakan proses penting sebagai pendidikan demokrasi mahasiswa.

Bahkan sekiranya dilihat dari skop yang lebih luas, PRK merupakan hak mahasiswa seperti juga pilihan raya Umum yang menjadi hak asasi setiap rakyat Malaysia.

Sangat memalukan apabila almameter tertinggi negara gagal mengendalikan PRK secara cekap justeru merencatkan pendidikan demokrasi kepada mahasiswa.

Antara masalah yang direkod semasa PRK UMSKAL 2013 ialah sebilangan pelajar tidak dapat mengakses masuk ke akaun pengundian kerana kata laluan yang diberikan oleh petugas ditolak oleh sistem.

UMSDSC00745Hal ini menyebabkan pelajar tersebut gagal untuk mengundi dan kehadiran pelajar tersebut dikira sebagai undi rosak.

Ada juga pelajar mengakses akaun pengundian, namun tidak dapat mengundi kerana skrin paparan komputer menjadi kaku dan mereka tidak dapat menekan apa-apa butang untuk mengundi.

Setelah beberapa saat, sistem tersebut secara automatik akan terdaftar keluar (Log Out) menyebabkan mahasiswa gagal mengundi.

Sepuluh minit sebelum pengundian berahir, proses pengundian tiba-tiba terhenti dan mengakibatkan pengundi terpaksa beratur panjang menunggu giliran di luar dewan.

Semua komputer pada ketika itu tidak dapat digunakan kerana sistem tergendala (Server Down). Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana perisian yang terdapat di dalam CPU tersebut hanyalah perisian E-Voting dan tidak dicampur dengan perisian lain.

Masalah paling mencurigakan ialah kesilapan jumlah undian dalam keputusan rasmi. Sistem E-Voting mewajibkan setiap mahasiswa untuk mengundi dua wakil fakulti masing-masing dan dua wakil kerusi umum.

Oleh itu, jumlah keseluruhan bagi undi fakulti harus sama dengan jumlah keseluruhan bagi kerusi umum. Namun, terdapat lebihan undi pada jumlah keseluruhan undi fakulti berbanding jumlah keseluruhan undi umum.

Undi fakulti mencatat jumlah keseluruhan 3,038 sedangkan jumlah kerusi umum mencatatkan 3,036 undi. Ini menunjukkan seolah-olah terdapat seorang mahasiswa yang hanya mengundi bagi kerusi fakulti tetapi tidak mengundi untuk kerusi umum.

Walhal, dalam sistem E-Voting perkara itu tidak boleh berlaku kerana sudah ditetapkan oleh sistem.

Pro M UMSKAL menyerahkan surat bantahan dan memohon penjelasan daripada Pengarah Kampus UMSKAL mengenai segala masalah itu. Surat bertarikh 2 November itu diterima oleh Setiausaha Pengarah Kampus kerana Pengarah dilaporkan tidak berada di kampus ketika itu.

Namun, sehingga ke hari ini, Pro-M UMSKAL masih tidak menerima sebarang perkembangan positif mengenai surat tersebut.

Rentas Laut Cina Selatan

LOGOmagesKecewa dengan sikap ambil lewa pihak pentadbiran UMSKAL, maka Pro-M UMSKAL meluaskan horizon perlawan E-Voting ke semenanjung. Memorandum Bantah Keputusan Pilihanraya Kampus diserahkan kepada Menteri Penidikan 2, Dato Seri Idris Jusoh pada 13 November lalu di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Putrajaya.

Memorandum tersebut diterima oleh Baharuddin Mohd Shairi, Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tidak banyak respon yang diterima daripada KPM selain daripada janji memorandum tersebut akan diserahkan kepada Menteri. Pada 14 November, Pro-M UMSKAL datang ke Parlimen dan menyerahkan memorandum kepada Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan.

Dalam memorandum tersebut, Pro-M UMSKAL mencadangkan agar Rafizi mengusulkan penubuhan suatu Jawatankuasa Khas Parlimen bagi menyemak proses PRK, seterusnya membuat syor yang perlu dilaksanakan bagi memperkemas sistem PRK.

Memorandum tersebut juga memohon sokongan Rafizi untuk mendesak Menteri Pendidikan 2 menyelesaikan segala masalah yang diutarakan dalam Memorandum yang telah diserahkan kepada KPM.

Selain Rafizi, memorandum tersebut juga diserahkan kepada beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat iaitu Zairil Khir Johari, Ong Kian Ming, dan Steven Sim. Kesemua YB yang ditemui berjanji akan cuba sedaya mampu untuk mengetengahkan memorandum tersebut melalui dewan legislatif.

Temui Suhakam, mohon siasatan

Pada 14 november, Pro-M UMSKAL bertemu dengan James Nayagam, Pesuruhjaya SUHAKAM di Maju Junction Kuala Lumpur. Dalam pertemuan tersebut, Pro-M UMSKAL menyerahkan memorandum yang antara lain menuntut SUHAKAM menjalankan siasatan secara komprehensif terhadap PRKs UMSKAL 2013.

Pro-M UMSKAL juga memohon SUHAKAM membuat penarafan terhadap PRK UMSKAL samada sistem yang digunakan menepati standard universal. James terkejut apabila mengetahui PRK dikendalikan sendiri oleh universiti tanpa ada pemantauan daripada badan berkecuali.

Pro-M UMSKAL juga menjelaskan sukar untuk mahasiswa mengemukakan bukti kukuh mengenai masalah E-Voting memandangkan mahasiswa tidak dibenarkan membuat rakaman di dalam bilik pengundian.

Oleh itu, Pro-M UMSKAL mencadangkan SUHAKAM mengadakan sebuah inkuiri terbuka bagi menyiasat segala kepincangan yang berlaku akibat E-Voting. Hanya dengan cara ini semua bukti yang disimpan oleh universiti dapat diketengahkan.

James berjanji akan mengemukakan surat kepada UMSKAL bagi menuntut penjelasan mengenai segala permasalahan yang diutarakan oleh Pro-M UMSKAL. Beliau juga mengatakan sudah tiba masanya semua universiti di Malaysia memiliki Code of Conduct PRK yang seragam.

Plot menjatuhkan PRO-M UMSKAL

PrkSelain bergiat aktif dalam mempromosikan idealisme mahasiswa yang progresif dalam kampus, Pro-M UMSKAL juga aktif menjalankan aktiviti pemberdayaan demokrasi dalam kalangan masyarakat Labuan.

Pada 23 Mac 2013, lima aktivis Pro-M UMSKAL ditahan Polis ketika mengadakan Sudut Pidato dan edaran risalah di Bandar Labuan. Sudut Pidato itu diadakan bersempena dengan pelancaran Gerakan Mahasiswa Pru 13 peringkat W.P Labuan.
Pro-M UMSKAL juga sering bertindak sebagai badan semak dan imbang terhadap pihak Universiti dalam banyak isu yang melibatkan kepentingan mahasiswa.

Jika Kerajaan Barisan Nasional dan pentadbiran UMSKAL tidak berusaha untuk mereformasi sistem PRK, maka Pro-M UMSKAL percaya ada kongkalikung tersembunyi yang cuba mematikan pengaruh Pro-Mahasisawa di UMSKAL dan juga di Labuan secara umumnya.

Pro-M UMSKAL yakin ada pihak yang tidak selesa dengan kemaraan Pro-M di UMSKAL yang dilihat mampu memecah doktrin pembodohan yang sudah sekian lama membelengu mahasiswa.

Pro-M UMSKAL bertekad terus melawan E-Voting sehingga sistem ini dimansuh. Selain masalah yang diutarakan, sistem ini juga terdedah kepada jenayah atas talian yang menyebabkan hak mahasiswa boleh dirompak oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab.

Amat menyedihkan jika universiti sanggup mempermainkan pilihan mahasiswa hanya kerana ingin menjaga status quo dan mematikan pengaruh Pro-M UMSKAL yang dilihat sebagai kumpulan anti-establishment.

Pro-M UMSKAL sedar pentadbiran Universiti akan menjawab dengan mengatakan segala yang dilemparkan oleh Pro-M UMSKAL adalah tuduhan dan persepsi semata-mata.

Oleh itu, Pro-M UMSKAL mencabar MSKAL untuk melantik suatu badan bebas seperti Suhakam dan Mafrel bagi menyiasat segala yang dikatakan sebagai tuduhan tersebut.

Pro-M UMSKAL sedia memohon maaf kepada universiti sekiranya keputusan siasatan menunjukkan sistem E-Voting sememangnya cekap dan bebas daripada risiko disalah guna.

* Mohd Fadhil Ghani ialah Pengerusi Pro-M UMSKAL (15 November 2013)

 

Categories
BERITA UTAMA

‘Adegan koyak’ di Parlimen, siapa sebenarnya bersandiwara – Steven Sim

Oleh Steven Sim

Ada perkara pelik berlaku di Parlimen semalam.

Pada sebelah pagi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri membentangkan usul untuk menggantung Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran selama enam bulan kerana menghina Speaker Pandikar Amin Mulia.

Surendran telah diusir daripada Dewan pada hari sebelumnya kerana enggan berhenti membentangkan usul perobohan kuil Sri Muneswarar Kaliyaman yang berusia 101 tahun.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membalas dengan berdiri dan mengoyakkan notis usul serta cuba untuk menghalang pembentangan usul terbabit. Mereka memanggilnya “usul haram”.

fu11Pada sebelah petang pula, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh membentangkan usul untuk “mengagihkan semula” gaji lima penasihat bertaraf menteri, iaitu Rais Yatim, Noh Omar, Shahrizat Abdul Jalil, Johari Baharom dan Hasbi Habibollah.

Ahli Parlimen Barisan Nasional juga berdiri dan mengoyakkan notis usul serta cuba menghalang pembentangan usul itu. Mereka juga memanggilnya usul haram.

Kelakuan “membalas balik” antara dua pihak menyebabkan perbuatan keduanya dikutuk sesetengah pemerhati kerana tidak matang dan berkelakuan seakan beruk di dalam Parlimen.

Tetapi adakah kedua-kedua aksi terbabit sama?

Anda pernah dengar cerita seseorang yang memesan kopi tanpa susu di sebuah kedai kopi? Pelayan memberitahu bahawa kedai itu kehabisan susu, namun memandangkan mereka mempunyai gula, maka bolehlah memesan kopi tanpa gula.

Kopi tanpa susu dan kopi tanpa gula: kedua-duanya merupakan kopi hitam. Akan tetapi, penyangkalan itu cukup penting. Kes sebegini disebut orang sebagai “serupa tapi tak sama”.

Satu lagi contoh yang mungkin lebih baik: orang kaya yang berdiet dan orang miskin yang kebuluran. Kedua-duanya kelaparan, tapi sebabnya amat berbeza.
Apakah sebab di sebalik tingkah laku blok Kerajaan BN dan Pakatan Rakyat?

Sebab Pakatan Rakyat menolak usul kerajaan

Pada mulanya beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bangun untuk mengemukakan hujah, antaranya Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang telah mengutarakan tiga sebab mengapa usul Nancy Shukri harus ditolak:

1) ia tidak mematuhi peraturan mesyuarat no.27, iaitu notis satu hari.

2) Speaker mesti berpuas hati bahawa sesuatu notis satu hari mempunyai kepentingan awam – yang jelas tidak wujud dalam kes Surendran – sebelum boleh membenarkan notis itu yang sepatutnya memakan masa seminggu untuk dibenarkan untuk didebat. Kalaupun kepentingan awam terbabit, hal ini harus dirujuk kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan.

3) memandangkan Speaker yang ‘dihina’ merupakan Speaker yang pada masa yang sama membenarkan usul ‘menghina Speaker’, maka terdapat konflik kepentingan yang jelas.

Sebab Barisan Nasional menolak usul Pakatan Rakyat

Apa pula sebab Barisan Nasional menolak usul Fuziah Salleh?

usulAhli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar, mendakwa bahawa usul Fuziah mempunyai kesilapan dalam menamakan jawatan Hasbi Habibollah sebagai Penasihat Pembangunan Sarawak, yang sepatutnya disebut sebagai Pengerusi Perlembagaan Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak.

Penjelasan kemudian dibuat kepada Dewan Rakyat bahawa kesilapan penamaan itu berada dalam dokumen sampingan, bukan notis usul, dan ini sepatutnya tidak menjejaskan kesahihan usul berkenaan.

Sandiwara oleh kedua-dua pihak?

Usul BN bertujuan menggantung seseorang Ahli Parlimen kerana membawa usul mengenai perobohan kuil Hindu berusia 101 tahun.

Usul Pakatan Rakyat bertujuan mengagih semula gaji yang dibayar kepada pelantikan politik khas dalam Jabatan Perdana Menteri oleh BN yang berjumlah RM1.6 juta setahun.

Penolakan Pakatan Rakyat terhadap usul Barisan Nasional adalah kerana percanggahan penting dan ketidakadilan dalam usul itu.

Penolakan Barisan Nasional terhadap usul Pakatan Rakyat adalah kerana terdapat kesilapan penamaan.

Terpulanglah kepada rakyat untuk menilai ‘sandiwara’ BN dan PR dalam Parlimen semalam: pihak manakah yang cuba untuk membantah atas sebab yang benar dan kukuh, dan pihak manakah yang berkelakuan seperti monyet yang meniru aksi yang dilihatnya?

* Steven Sim adalah Ahli Parlimen Bukit Mertajam. Beliau turut berdiri dan mengoyakkan usul Nancy Shukri semalam.

Categories
BERITA UTAMA

Perginya seorang pejuang tulen yang gigih (Oleh Syed Husin Ali)

suhaimi said 01Seorang pejuang tulen yang gigih untuk keadilan rakyat sudah meninggalkan kita buat selama-lamanya pada 5 November lalu.

Haji Suhaimi @ Sulaiman bin Said menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultan Ahmad Shah (HSAS) kira-kira jam 6.08 petang, dengan disaksikan oleh isterinya Hajah Hendon Jaafar, anak-anak dan keluarga terdekat.

Pada hari itu saya mendapat mesej menyatakan keadaan Suhaimi tenat. Saya telefon Hendon dan apabila ditanya keadaan Suhami dia menangis dan hanya mengeluarkan perkataan “Teruk”.

Dalam tiga kali saya melawatnya di HUKM dan HSAS saya lihat keadaannya semakin membimbangkan. Jadi kali ini saya terus bertolak dari rumah bersama empat orang kawan ke Temerloh.

suhaimi said 02Kami sampai di HSAS kira-kira jam 4.15. Walaupun belum waktu melawat lagi, kami dibenarkan ke wadnya di tingkat 7. Saya lihat matanya pejam dan nafasnya kuat; pada hidungnya terletak alat membekal oksigen.

Saya membisikkan nama pada telinganya, mengucap beberapa kali dan mengingatkannya supaya terus mengucap. Saya percaya dia mendengar.

Setengah jam kemudian kami turun untuk melapangkan tempat bagi keluarga dan sahabat yang menunggu hendak naik. Lepas jam 5 kami beredar dari hospital untuk pulang. Semasa berhenti di Lancang untuk menunaikan solat asar, kami ditelefon Suhaimi tiada lagi.

Saya merasa pilu sekali.

Suhaimi dilahirkan di kampung Lubuk Kawah, Temerloh pada 8 Disember 1944. Beliau membesar dalam keluarga dan masyarakat yang kuat berjuang untuk kemerdekaan dari penjajah.

Ayahnya seorang aktivis Angkatan Pemuda Insaf (API), sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Bahkan boleh dikatakan seluruh kampung itu kuat dipengaruhi PKMM. Hampir semua anggota keluarganya terlibat dengan perjuangan parti kebangsaan itu.

Semasa dewasanya Suhaimi belajar di Koleh MARA dan ketika itulah saya sebagai pensyarah di UM mulai berkenalan dengannya. Kemudian Suhaimi bekerja di pejabat Menteri Besar Pahang, di bawah Datuk Razak Hussein.

Beliau dapat memberitahu kami tentang banyak laporan bertulis SB (Cawangan Khas) kepada MB. Masa itu pengaruh Parti Rakyat (PRM) di Temerloh sangat kuat.

Suhaimi berhenti dari bekerja untuk melanjutkan pelajaran undang-undang di London. Semasa itu saya selalu berjumpa dengannya sebab saya juga berada di sana untuk membuat ijazah PhD.

Di London beliau bergerak dalam PRM Ranting London dan cergas dalam gerakan pelajar. Beliau mengikuti juga pergerakan sosialis di sana.

Selepas dianugerah seorang anak perempuan dan berjaya mendapat ijazah, Suhaimi pulang ke tanah air dan tidak lama kemudian menceburkan diri dalam PRM. Dari masa itulah beliau mula bergerak di kalangan peneroka Felda.

Di samping itu beliau cergas mendirikan atau menguatkan ranting-ranting PRM. Beliau seorang aktivis yang tidak kenal penat lelah.

Berikutan krisis dalam PRM Suhaimi meninggalkannya dan memasuki PAS. Beliau menghadapi masalah dalam Parti itu dan berhenti pula untuk pindah sekejap ke dalam UMNO, yang sentiasa dianggapnya sebagai kesilapan besar.

Walaupun berpindah-pindah parti, beliau sentiasa berpegang kuat kepada asas perjuangan yang pro-rakyat. Beliau “bersara” dari politik seketika. Hanya pada 27 November 2007 Suhaimi memasuki Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), setelah diminta oleh Syed Husin, Anwar Ibrahim dan Nizam.

Beliau begerak dengan gigih hampir seorang diri mula-mulanya untuk terus membela nasib peneroka Felda dan menggerakkan jentera parti di Pahang. Beliau membuka Ranting Kuala Krau, yang ramai dianggotai oleh peneroka Felda dan Orang Asal.

Selaku pemimpin Ranting itu, beliau tidur baring di rumah Orang Asal dan mempelajari bahasa mereka. Mereka sayangkannya, dan tidak peliklah ramai antara mereka hadir pada hari pengebumiannya.

Di dalam KEADILAN Suhaimi memegang beberapa jawatan penting di peringkat Negeri dan Pusat. Beliau dipilih menjadi Naib Pengerusi KEADILAN Pahang dan diangkat sebagai anggota Majlis Pimpinan Parti (MPP) dan Ketua Biro Peneroka Felda dan Orang Asal.

Di bawah Biro ini beliau dan beberapa orang peguam, seperti Sivarasa, Kumar dan Latheefa telah memenangi beberapa kes saman mahkamah terhadap Felda untuk membela peneroka.

Suhaimi boleh dikatakan pekerja sepenuh masa Parti tanpa bayaran daripadanya. Baginya perjuangan dalam politik bukan untuk kepentingan diri. Kerana perjuangan beliau ditahan dua kali di bawah ISA pada 1985 dan 1987.

Beliau mempunyai sebuah syarikat guaman dan tidak pernah menggunakannya untuk mengumpul kekayaan. Oleh kerana bergerak cergas, beliau menyerahkan syarikat untuk diuruskan oleh anak perempuannya yang lahir di London dulu. Beliau bertanding dalam pilihanraya ke-13 akan tetapi gagal.

Semasa berkempen dalam pilihanraya itu Suhami sudah mula mengalami sakit yang bertambah tenat selepasnya. Beliau kembali ke RahmatulLah tanpa meninggalkan harta benda. Sebagai harimau mati meninggalkan belang, beliau meninggalkan nama yang harum.

Nama itu berkaitan dengan kegigihan dan keikhlasannya dalam perjuangan demi rakyat. Suhami harus dijadikan teladan dan ikutan paling baik bagi semua anggota KEADILAN dan pejuang rakyat.

Al-Fatihah.

Categories
BERITA UTAMA

Kebijaksanaan Menteri Besar adalah tuah rakyat Selangor

MB Khalid Ibrahim Rakyat 01

Pencapaian Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar wajar diiktiraf oleh semua pihak, hatta musuh politik apatah lagi rakan politik beliau sendiri.

Apabila pengundi di Selangor sekali lagi memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk terus menerajui negeri Selangor dengan kerusi yang lebih besar, pastinya majoriti rakyat dan penduduk Selangor termasuk golongan atas pagar berpuas hati dengan prestasi Kerajaan Negeri pada penggal pertama walaupun setiap malam didendangkan lagu ?Sayangi Selangor Yakini BN? sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Seperti semua sedia maklum, antara manifesto Barisan Nasional (BN) Selangor ketika PRU13 adalah meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu yang diilhamkan sendiri oleh Abdul Khalid pada tahun 2008.

Walhal rakyat semua sedia maklum, diawal dasar air percuma untuk rakyat Selangor ini dilaksanakan, BN dengan bantuan running dog (terjemahan yang tepat adalah pengikut terutamanya dalam sistem politik) ulung mereka iaitu Utusan Malaysia pelbagai dakyah songsang disajikan kepada rakyat.

Kononnya, dasar air percuma ini akan menjadikan Kerajaan Negeri Selangor muflis, akan menggalakkan rakyat membazir dan berbagai-bagai lagi kecaman lain.

Namun, seperti biasa fiksyen tidak pernah mengatasi fakta apabila bajet negeri Selangor mencatatkan bajet yang berimbang dan lebihan walhal dalam masa yang sama semua Kerajaan Negeri BN dan juga Kerajaan Persekutuan mecatatkan bajet defisit, yakni perbelanjaan melebihi pendapatan.

Abdul Khalid pastinya tersenyum lebar apabila Selangor BN secara tidak langsung mengiktiraf dasar yang diilhamkan beliau sendiri dengan menyenaraikan dasar air percuma ini dalam manifesto mereka, akhirnya.

Dasar air percuma ini sekadar salah satu contoh daripada pelbagai lagi dasar dan program bijak lagi tuntas Kerajaan Negeri Selangor di bawah gagasan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang kini menjangkau 17 program untuk dinikmati oleh rakyat dan penduduk di negeri Selangor.

Walaupun Kerajaan Persekutuan sering sekali bersikap tidak gentleman dengan Kerajaan Negeri Selangor, tetapi Abdul Khalid tetap menjadi gentleman kepada BN dengan memberikan elaun sebanyak RM8620 sebulan kepada Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor yang disandang oleh ADUN BN.

Perkara ini jelas menunjukkan Abdul Khalid mendaulatkan sistem demokrasi yang bertunjangkan doktrin pengasingan kuasa antara cabang Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman.

Dengan memperuntukkan elaun dan keistimewaan kepada Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor, jelas Abdul Khalid bukan sahaja memperkasa cabang Eksekutif yang dinaunginya, malah turut memperkasakan cabang Legislatif bagi memastikan proses ?check-and-balance? di Selangor berjalan dengan lancar dan telus.

Selain daripada pendekatan dan dasar yang positif oleh Kerajaan Negeri Selangor, rakyat dan penduduk Selangor juga bertuah kerana mempunyai seorang Menteri Besar yang berkeperibadian yang baik.

Ketika beliau dilantik sebagai Menteri Besar pada 2008, beliau sememangnya pada ketika itu sudah dikategorikan sebagai golongan berada hasil daripada penglibatan beliau dalam dunia perniagaan dan korporat, dan bukannya mengumpul harta dan menjadi kaya-raya hasil berpolitik selepas menjadi Menteri Besar.

Menambah harta dan wang ringgit tidak pernah menjadi motivasi kepada Abdul Khalid untuk terus kekal memerintah Selangor bagi penggal kedua, tetapi motivasi dan wawasan beliau adalah menambah harta, wang ringgit dan hasil negeri untuk dinikmati oleh segenap rakyat dan penduduk Selangor bertepatan dengan slogan ?Hasil Negeri untuk Rakyat?.

Ramai yang mengatakan bahawa beliau tidak pandai berpolitik. Bagi penulis perkara ini harus dilihat dari perspektif yang positif yang mana rakyat sudah bosan dengan politikus-politikus picisan yang hanya tahu berpolitik, mempolitikkan setiap isu, dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang hanya berpaksikan dan bersentimen politik.

Sikap beliau yang no-nonsense approach inilah sebenarnya menjadi kunci kejayaan Kerajaan Negeri Selangor sejak 2008 sehingga sekarang dan insyaAllah untuk masa akan datang.

Tidak dilupakan jasa setiap barisan Exco Negeri Selangor yang terdahulu dan sekarang yang telah melengkapkan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Begitu juga dengan keringat setiap penjawat awam di negeri Selangor yang berkerja keras yang turut menyumbang kepada kejayaan Kerajaan Negeri.
Pastinya bonus yang diterima oleh penjawat awam negeri Selangor (yakni lebih daripada yang diterima oleh penjawat awam Persekutuan) baru-baru ini amat berbaloi dengan segenap usaha yang telah diberikan dalam mendokong aspirasi pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Selangor. (Oleh Kolar Putih)

* Artikel ini dipetik dari The Malaysian Insider.

 

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Ringkasan Belanjawan Pakatan Rakyat 2014

Anwar, Kit Siang, Hj hadi

Ramalan Ekonomi Global

Ekonomi global pada 2014 diramalkan akan meningkat berbanding 2013. Ramalan IMF (4.0% vs 3.3%), World Bank (3.0% vs 2.2%) dan OECD (4.0% vs 3.1%).

Namun begitu, realiti ekonomi global yang agak rapuh dan tidak menentu pada ketika ini (seperti yang akan dinyatakan di bawah) boleh mem cvchbawa cew3e4yrisiko untuk  ramalan di atas diubah kepada kadar yang lebih rendah;

i. Ketidaktentuan dalam penyelesaian permasalahan hutang Negara Amerika Syarikat (debt ceiling, quantitative easing)

ii. Kemelesetan ekonomi dan kadar pengangguran yang tinggi di Eropah yang berterusan disebabkan oleh langkah-langkah penjimatan (austerity measures)

iii. Prestasi ekonomi China yang kurang memberangsangkan serta kelembapan pemulihan ekonomi India

Pakatan Rakyat meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk tahun 2014 pada kadar 5.2% (berbanding 2013 pada kadar 4.5% hingga 5%), berdasarkan kepada ramalan peningkatan ekonomi global.

Anggaran Defisit

Pakatan Rakyat menganggarkan defisit Negara untuk 2014 pada RM 34 billion bersamaan kadar 3.2% GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar). Aggaran ini dibuat berdasarkan:

i. Anggaran pendapatan Negara sebanyak RM 228 billion

ii. Anggaran perbelanjaan Negara sebanyak RM 262 billion dimana pengurangan sebanyak 10% pada perbelanjaan operasi (OPEX) tidak termasuk emolumen

iii. Anggaran KDNK sebanyak RM 1,055 billion berdasarkan unjuran pertumbuhan sebanyak 5.2% untuk 2014

Sejak Pakatan Rakyat menyediakan Belanjawan alternatif, anggaran defisit PR adalah selalunya lebih rendah daripada BN. Defisit sebenar kerajaan BN adalah dianggarkan lebih tinggi dari 3.2% (dianggarkan sebanyak 3.8% hingga 4%) disebabkan kegagalan mereka menangani rasuah dan ketirisan

Teras Belanjawan Pakatan Rakyat (PR)

Belanjawan PR kali ini dirangka berdasarkan kepada 3 teras utama:

a) Pengukuhan Kedudukan Fiskal Negara dan Pemerkasaan Kewangan Awam

b) Pembangunan Ekonomi yang Seimbang, Inklusif dan Mampan

c) Peningkatan Kesejahteraan dan Kualiti Hidup Rakyat

Teras 1: Pengukuhan Kedudukan Fiskal Negara dan Pemerkasaan Kewangan Awam

Pengukuhan kedudukan fiskal Negara adalah amat penting dalam memastikan kesinambungan kedudukan kredit Negara yang kini dihadapi kemungkinan penurunan taraf (sovereign downgrade) akibat penambahan defisit dan hutang negara yang membarah semenjak 2009.

Bajet alternatif 2014 PR adalah suatu usaha untuk memperkenalkan reformasi fiskal yang akan memastikan pencapaian defisit bajet pada kadar 3% GDP pada 2015 dan seterusnya mencapai lebihan bajet (budget surplus) selewat 2018. Reformasi fiskal ini dijangka akan membolehkan Malaysia:

i) Keluar dari kemelut hutang yang kini melebihi RM 500 billion dan kos pembayaran hutang yang melebihi RM 20 billion setahun

ii) Menjamin ekonomi yang berdaya tahan dan anjal dalam menghadapi persekitaran ekonomi global yang semakin mencabar dan tidak menentu

iii) Beralih dari pertumbuhan ekonomi yang berasaskan pinjaman kepada pertumbuhan ekonomi yang dijanakan oleh aktiviti perbelanjaan kerajaan

Bagi menjamin PERBELANJAAN kerajaan yang lebih efisyen dan teratur, PR akan:

a) Melancarkan program rasionalisasi kos untuk setiap kementerian dan jabatan kerajaan untuk mencapai pengurangan perbelanjaan operasi sebanyak 10%. Ini akan dicapai melalui;

i. Penangguhan sementara kenaikan elaun menteri kabinet dan ketua-ketua jabatan kerajaan

ii. Pengkajian semula polisi perbelanjaan kerajaan terutama sekali dalam pemberian kontrak dan prokumen peralatan

iii. Memperkemaskan mekanisma subsidi sasaran (targetted subsidy) dan juga pengawalan barangan subsidi seperti diesel, petrol, gula dan tepung bagi mengelakkan salahguna subsidi

b) Mengkaji semula keutamaan perbelanjaan (spending priority) dengan mengurangkan atau menghapuskan perbelanjaan program-program yang tidak berkesan dan kurang kepentingan sebagai contoh;

i. Program Khidmat Negara yang dilihat gagal mencapai objektif memupuk kesatuan kaum dan jatidiri di kalangan pelatih-pelatih. Program ini menelan belanja tahunan RM800 juta yang lebih besar dari perbelanjaan Kementerian Belia dan Sukan (RM700 juta) yang juga mempunyai matlamat yang sama.

Program ini juga telah menyebabkan sebanyak 22 kematian semenjak penubuhannya dan sebilangan kes pelatih hamil yang bersalin sewaktu di dalam progam, disebabkan perancangan dan perlaksanaan program yang tidak baik. Program ini patut ditangguhkan sehingga satu kajian menyeluruh dibuat oleh Parliamentary Select Committee (PSC)

c) Mengambil tindakan tegas terhadap kesemua kementerian yang terlibat dengan sebarang salahlaku dan pembaziran seperti yang dilaporkan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara. PR menganggarkan sekurang-kurangnya RM 20 hingga 30 billion boleh dijimatkan sekiranya kesemua pembaziran dan penyelewengan yang dilaporkan dihentikan. Antara contoh pembaziran besar yang dilaporkan adalah;

i. RM 2.051 bilion dibelanjakan dari 2010 ke 2012 dari jumlah RM 3.689 bilion peruntukan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membayar pengawal tidak bersenjata bagi mengawal sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian.

Walaupun ia berniat baik, namun ketiadaan sistem pemantauan telah mengakibatkan pengawal yang berumur dan tidak disahkan latar belakang, dan juga CCTV yang tidak berfungsi untuk diguna bagi memastikan keselamatan anak-anak kita di sekolah. Pembaziran dianggarkan sebanyak RM 1.6illion

ii. Pengurusan projek Mansuh oleh Kementerian Kerja Raya. Dari 2010 hingga 2012, projek mansuh sebanyak 83 projek dianggarkan berjumlah RM 2.2 billion. Kerugian dianggarkan sebanyak RM 1.1 billion atau 50% daripada nilai asal disebabkan oleh kelemahan pemantauan projek dan kegagalan menuntut balik bayaran daripada kontraktor

iii. Kementerian Pengangkutan telah membelanjakan hampir RM 1.42 bilion dari jumlah peruntukan RM 1.47 bilion untuk menambahbaik Lapangan Terbang  Antarabangsa Kota Kinabalu.

Walaupun lebih 96% peruntukan telah digunapakai, namun projek yang dimulakan pada tahun 1996 ini masih belum siap: balai ketibaan dan bilik air-bilik air didapati tidak memuaskan, dan 599 lubang telah dijumpai di landasan kapal terbang yang belum dibaiki sejak 2010.
Anggaran kerugian yang dilaporkan setakat ini adalah sekitar RM 120 juta. Kemungkinan besar projek ini akan menelan belanja yang lebih besar untuk disiapkan.

B. Bagi menjana PENDAPATAN kerajaan yang lebih saksama dan adil, PR akan:

1.    Menangguhkan implementasi GST (yang dilihat akan lebih membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana) sehingga:

i. Pendapatan minima isirumah mencapai suatu tahap yang dikira sesuai untuk menyerap sebarang kesan terhadap kuasa beli akibat GS

ii. Pelebaran ?band? cukai pendapatan terutamanya golongan menengah untuk mengelakkan kemasukan mereka ke ?band? cukai yang lebih tinggi dalam tempoh yang singkat. Lebih banyak perelepasan cukai juga harus diberikan kepada golongan menengah

iii. Kajian menyeluruh mengenai trade-off cukai korporat/peribadi dengan GST dilakukan dan diperjelaskan kepada rakyat untuk mengelakkan rakyat dibebani dengan pertambahan cukai akibat GST sekiranya cukai korporat/peribadi dikekalkan pada kadar yang sama

2.  Memperkenalkan sistem cukai yang lebih saksama;

i. Mengembalikan cukai RPGT (real property gains tax) pada tahap sebelum 2007, iaitu cukai berperingkat pada kadar 30% bagi tahun pertama, sehingga cukai terendah 5% bagi perjualan pada tahun kelima. Ini bertujuan untuk mengekang kegiatan spekulasi hartanah yang berlebihan

D. Aspek-aspek lain bajet PR 2014

1. PR percaya bahawa peningkatan penyambungan (connectivity) samada dari segi perhubungan seperti Internet, mahupun perhubungan fisikal seperti lebuhraya adalah amat perlu untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih seimbang, mampan dan inklusif. Untuk mencapai keseimbangan dari segi pembangunan rakyat luar bandar/bandar, Sabah & Sarawak;

i. Lebuhraya Pan-Borneo yang menyambungkan bandar-bandar di Sabah & Sarawak akan di naiktaraf dan pembinaannya akan disegerakan seawal 2014. Lokasi-lokasi kemalangan akan dikenalpasti untuk diperbaiki dan penyelengaraan yang berkala juga akan dilakukan.

ii. Pengkajian semula polisi kabotaj untuk Sabah dan Sarawak. Polisi yang lebih baik akan berupaya untuk menurunkan harga kargo dan barang-barang yang masuk/ keluar dari Sabah dan Sarawak, seterusnya menyumbang pada pertumbuhan ekonomi

iii.  Penjurusan kepada perbekalan air dan elektrik 100% untuk kawasan luar bandar & bandar terutamanya Sabah & Sarawak. Ini akan memastikan bekalan air bersih dan elektrik menerusi penggunaan teknoloji solar, windfarms dan microhydro

2. PR amat menghargai sumbangan wanita untuk pembangunan Negara.  Kaum wanita akan diberikan insentif berikut untuk menggalakkan mereka untuk terus menyumbang kepada ekonomi Negara:

i. Peruntukan sebanyak RM 1,200 setahun bagi setiap ibu bekerja untuk membiayai caj perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di bawah 12 tahun

ii. Peruntukan sebanyak RM 3 billion setahun kepada Skim Caruman Wanita Nasional (SCWN), iaitu suatu bentuk jaringan keselamatan sosial komprehensif bagi isteri terutamanya suri-suri rumah.

Kerajaan PR akan menyumbang RM600 setahun tanpa mengira tahap sumbangan suami (suami mencarum bagi pihak isteri pada kadar minimum RM 120 hingga RM1,200 setahun) dan SCWN ini boleh dikeluarkan apabila berlaku kematian pasangan, perceraian, hilang upaya kekal dan hilang kekal pendapatan

iii. Mengekalkan polisi untuk meningkatkan pimpinan wanita hingga pada tahap sekurang-kurangnya 30% pada tahun 2017. Pimpinan wanita di Parlimen, pengurusan korporat dan kepimpinan nasional dalam sektor awam dan swasta akan menjadi tumpuan utama.

Dato? Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

 

Categories
BERITA UTAMA KENYATAAN MEDIA NASIONAL SELANGOR

Kegagalan FAM Komersilkan liga domestik persoalan lebih penting

fas_logo(RENCANA) Pasukan Selangor atau dikenali sebagai The Red Giant merupakan sebuah pasukan yang evergreen dan digeruni lawan sepanjang masa dalam kancah bolasepak tempatan. Tidak dinafikan, perkembangan yang baik dalam pembangunan bolasepak pasukan Selangor seharusnya diberi perhatian.

Namun sebagai anak muda progresif, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor menggesa semua pihak yang saban hari mengkritik dasar kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim dalam sudut pembangunan sukan supaya lebih proaktif dan positif.

SAMM Selangor difahamkan kerajaan negeri telah menyumbang lebih 7 juta setahun untuk pembangunan sukan bolasepak negeri. Jumlah bantuan tersebut adalah yang tertinggi berbanding negeri lain. Apakah bantuan sebanyak lebih RM 7 juta setahun tidak memadai?

SAMM Selangor percaya kerajaan negeri telah memberikan sokongan yang besar namun perlu diingat bahawa sukan bolasepak seharusnya lebih bertenaga dengan tajaan syarikat besar dalam negara.

Pihak yang mengkritik harus meneliti apakah sebabnya bolasepak tempatan kurang mendapat tajaan yang besar sehingga memaksa kerajaan negeri dilihat ‘wajib’ menjadi penaja utama.

SAMM Selangor melihat FAM sebagai satu badan yang gagal membawa bolasepak tanahair ke tahap komersial yang tinggi.

FAM perlu dirombak dan diberi nafas baru maka bolasepak tempatan akan berpotensi untuk lebih bersinar seterusnya mendapat sokongan besar dari syarikat gergasi dan menarik minat lebih ramai pelabur.

Kegagalan FAM dalam menerajui bolasepak tempatan ke arah liga domestik yang lebih berkualiti, malah dengan pasukan kebangsaan yang semakin merundum seharusnya menjadi persoalan lebih penting.

Liga domestik berada di tangga tercorot dengan katogeri liga kelas D menyebabkan syarikat gergasi dan pelabur berkira-kira untuk menjadi penaja.

Maka SAMM Selangor turut menegaskan sesuatu perlu dilakukan demi menjamin liga domestik yang lebih berkualiti, dan rombakkan FAM itu bukanlah perkara yang mustahil.

Dari satu sudut, pelaburan besar-besaran dari pihak kerajaan negeri tidak semestinya akan membawa hasil lumayan. Pasukan negeri Melaka sebagai contoh, telah dilaburkan jutaan ringgit tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Ia merubah menjadi satu pembaziran.

SAMM Selangor meminta agar semua pihak lebih memikirkan bagaimana dana peruntukkan kerajaan negeri dibelanjakan dengan manfaat terbaik terhadap rakyat tanpa mengabaikan perkembangan sukan di peringkat negeri.

Kebajikan rakyat adalah keutamaan dan tidaklah perlu menggadai negeri hanya semata-mata untuk sebuah pasukan bolasepak yang kuat. Berbelanja biarlah dengan berpada-pada, RM 7 juta setahun yang diperuntukkan itu sudah lebih dari mencukupi dalam aspek bantuan kerajaan negeri.

SAMM Selangor juga menggesa kepada semua penyokong agar tidak hanya ‘bising’ ketika pasukan negeri tidak berada di puncak prestasi, tetapi memberikan sokongan tanpa belah bahagi walau di mana pun kedudukan pasukan negeri.

Azhar Achil
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air perlu jawab 3 persoalan utama

kettha(RENCANA) Pakatan Rakyat telah menubuhkan jawatankuasa untuk menggubal Bajet Alternatif 2014 pada Julai, 2013 yang lalu . Beberapa siri perbincangan telah diadakan untuk mendrafkan Bajet Alternatif 2014.

Sidang akhbar pada hari ini merupakan salah satu siri agenda menjelang pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri. Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin merupakan kordinator jawatankuasa Bajet Alternatif 2014 bagi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

KeTTHA memainkan peranan yang penting dalam memastikan kualiti pembekalan elektrik adalah mencukupi dan selamat.

KeTTHA juga perlu memastikan penghasilan elektrik tidak akan memberi kesan yang negatif terhadap persekitaran, ini merupakan matlamat yang baik, tetapi hakikatnya tidak senang untuk dicapai.

Dalam Bajet 2014, KeTTHA perlu memberi perhatian kepada 3 persoalan utama:

1. Adakah Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menaikkan tarif elektrik pada tahun 2014?

Pengerusi dan CEO TNB Datuk Seri Azman Mohd telah mengumumkan bahawa mencadangkan kepada kerajaan untuk meningkatkan tarif elektrik kepada pengguna tempatan yang mengguna lebih dari 200 kwh. Cadangan in adalah berdasarkan kepada peningkatan harga minyak mentah.

Kini, ia terpulang kepada KeTHHA dan juga kabinet untuk memutuskan samaada akan meningkatkan tarif elektrik atau tidak, rakyat juga ingin tahu, adakah BN merupakan Barang Naik?

Sejak dahulu lagi, Pakatan Rakyat telah mencadangkan agar perjanjian antara TNB dan juga Independent Power Producers (IPP) disemak semula, kerana caj yang dikenakan oleh IPP terhadap TNB adalah keterlaluan.

IPP telah mendapat subsidi Liquefied Natural Gas (LNG) daripada Petronas, ini membolehkan IPP mendapat margin keuntungan yang besar dengan struktur kos yang rendah. Oleh yang demikian, jikalau KeTHHA mengarahkan agar TNB mengadakan rundingan semula dengan IPP, kenaikan tarif elektrik mungkin dapat dielakkan.

Bagaimanapun, keadaan sekarang adalah bertambah rumit dengan kemasukkan Syarikat IMDB sebagai IPP utama dalam industri tenaga di negara ini. Persoalan utama sekarang ialah, adakah KeTHHA mempunyai keazaman politik untuk melakukan perubahan demi kebaikan rakayat walaupun ini akan menjejaskan kepentingan sesetengah pihak? Jawapan kepada persoalan ini ditunggu-tunggu oleh rakyat.
2. Mengapakah Liquefied Natural Gas (LNG) menjualkan petrol dengan harga yang murah kepada pengeluar IPP, tetapi kerajaan meningkatkan harga petrol yang dijual kepada rakyat?

IPP bergantung kepada LNG untuk menghasilkan tenaga, mengikut laporan Bank Dunia, 69% penggunan gas di semenanjung Malaysia adalah untuk menghasilkan tenaga. Semenjak tahun 1997, kerajaan telah memutuskan untuk menetapkan harga gas yang dijual kepada IPP. Pada tahun 2012, harga pasaran LNG adalah RM 49.12 per-juta BTU, tetapi ia dijual pada harga RM 10.70 kepada IPP.

Dalam erti kata lain, IPP mendapat diskaun 80% berbanding harga pasaran LNG, pada masa yang sama, kerajaan telah mengalami kehilangan pendapatan negara yang tinggi, dan ini merupakan salah satu bentuk subsidi kepada IPP.

Mengikut pengiraan, jumlah subsidi ini adalah menakjubkan kerana mencecah RM 19 billion setahun. Dalam Bajet 2014 rakyat ingin tahu mengapa kerajaan meningkatkan harga petrol rakyat, tetapi tidak untuk harga LNG?

3. Adakah Sustainable Energy Development Authority (SEDA) akan meningkatkan Feed-in-tariff tenaga boleh diperbaharui kepada 2%?

Kerajaan mensasarkan untuk meningkatkan campuran tenaga bagi tenaga boleh diperbaharui kepada 5.5% atau bersamaan 985 megawatt menjelang tahun 2015. Matlamat utama ialah pada tahun 2020, dapat meningkat kepada 400 megawatt, ini merupakan objektif yang baik. Dan SEDA telah ditubuh untuk menguruskan mekanisme feed-in-tariff bagi tenaga boleh diperbaharui.

Kebelakangan ini, SEDA telah mencadangkan untuk meningkatkan feed-in-tariff bagi tenaga boleh diperbaharui yang penggunaan melebihi 300 kwh kepada 2%.Ini untuk meningkatkan dana bagi projek-projek feed-in-tariff tenaga boleh diperbaharui pada masa hadapan. Cadangan ini telah sampai ke KeTHHA, dan kabinet perlu membuat keputusan dalam Bajet 2014.

Tetapi, setakat ini SEDA gagal menunjukkan hasil yang ketara, pada tahun 2012, hanya 2 MW kuota feed-in-tariff sahaja yang dapat dibekalkan kepada pemegang individu dan sehingga Julai 2013, kuota feed-in-tariff yang dapat dibelkakan adalah sebanyak 112.44 MW, ini adalah jauh daripada sasaran 985 MW yang perlu dicapai dalam masa 2 tahun lagi.

Kuota feed-in-tariff bagi syarikat atau non-individual juga menimbulkan pelbagai masalah. Terdapat laporan yang menyatakan sebahagian besar kuota feed-in-tariff yang diperuntukan telah diambil oleh syarikat kroni. Perlaksanaan projek-projek tenaga boleh diperbaharui juga agar perlahan dan syarikat-syarikat yang gagal melaksanakan projek tidak ditarik balik kuotanya.

Dengan prestasi SEDA yang sedemikian, Pakatan Rakyat meragui usaha kerajaan untuk meningkatkan feed-in-tariff tenaga boleh diperbaharui kepada 2%, Kami mahu SEDA menunjukkan peningkatan yang ketara dalam melaksanakan projek-projek FiT. Ia perlu telus dalam pemberian kuota dan memastikan kejayaan pelaksanaan projek-projek ini.

Pakatan Rakyat mengkehendaki tenaga boleh diperbaharui yang cekap dan bersih, kami sedia menyokong peningkatan feed-in-tariff, tetapi KeTHHA perlu memberi komitmen untuk mengefisienkan SEDA.

Pakatan Rakyat akan mengumumkan Bajet Alternatif 2014 kami pada bulan Oktober. Kami akan bertanding dengan Bajet Barisan Nasional dengan idea-idea yang baru, dalam portfolio KeTTHA. Kami akan mengumumkan pembaharuan struktur belanjawan dan langkah-langkah memperbetulkan fiskal, bagi memastikan kemampanan fiskal dan kualiti hidup rakyat.
Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru (PKR)
Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang (DAP)
Dr Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat (PAS)

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL SELANGOR

Kes Altantuya: Episod pembunuhan penuh misteri

gambar hiasan
gambar hiasan

KOMENTAR: Rakyat Malaysia bukan sahaja dikejutkan dengan persoalan siapakah pembunuh sebenar wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu bahkan pelbagai keraguan timbul sepanjang prosiding perbicaraan kes pembunuhan berprofil tinggi ini.

Setelah hampir 7 tahun kes pembunuhan ini dibicarakan, akhirnya mahkamah memutuskan bahawa ‘pembunuh’ Altantuya didakwa tidak bersalah dan terlepas dari hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan sebelum ini.

Kepincangan dalam sistem Kehakiman dapat dilihat bukan setakat ini sahaja, bahkan di awal perbicaraan lagi.

RAZAK BAGINDA DIBEBASKAN, SIAPA ARAH SIRUL DAN AZILAH BUNUH ALTANTUYA?

Di Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin memutuskan kenyataan pembuktian tidak bersalah yang terkandung dalam afidavit seorang penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda dimana dibatalkan pertuduhan bersubahat yang dihadapinya yang turut menyeret dua suspek utama anggota dari Unit Tindakan Khas (UTK) iaitu Koperal Sirul Azhar Umar dan Cif Inspektor Azilah Hadri.

Jelas menunjukkan penglibatan Razak Baginda dalam kes ini tetapi afidavit yang difailkannya menyokong permohonan bagi diikat jamin sebelum perbicaraan dengan niat untuk menunjukkan beliau tidak bersubahat dalam pembunuhan itu.

Maka dengan itu, secara mudah Razak Baginda dibebaskan daripada pertuduhan terhadap beliau dalam pembunuhan Altantuya pada 31 Oktober 2008 tanpa dipanggil membela diri.

Jika Razak Baginda dianggap tidak bersubahat, siapa pula yang mengarahkan Sirul dan Azilah melakukan pembunuhan Altantuya?

KETERANGAN DSP MUSA SAFRI TIDAK RELEVAN

Kedua, DSP Musa Safri yang merupakan pengiring Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak dipanggil memberi keterangan dalam kes ini.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berhujah adalah tidak relevan untuk memanggil DSP Musa memberikan keterangan kerana beliau (Musa) tidak hadir pada pertemuan antara Azilah dan Abdul Razak dan beliau sudah pasti tidak tahu apa yang berlaku.

Sehubungan itu hak untuk menyoal balas DSP Musa diketepikan kerana dilihat wujudnya ketiadaan konsisten bukti.

BUNUH ALTANTUYA TUGAS RASMI UTK?

Kes yang mendapat liputan meluas media termasuk media antarabangsa ini terus mencetuskan keraguan ramai apabila ia melibatkan anggota UTK Bukit Aman. Apa yang dipersoalkan di sini adakah misi membunuh wanita Mongolia itu turut menjadi sebahagian daripada tugas rasmi anggota UTK? Sedangkan kita maklum akan anggota UTK yang hanya akan bertindak setelah menerima arahan daripada pihak atasan.

Pada 15 November 2006, Sirul dan Azilah, dituduh membunuh Altantuya Shaariibuu, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara pukul 10 malam, 19 Oktober 2006 dan 1 pagi 20 Oktober 2006 di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dengan niat yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pada 9 April 2007, Mahkamah Tinggi Shah Alam akhirnya menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Azilah dan Sirul kerana didapati bersalah membunuh Altantuya. Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata pihak pendakwaan telah membuktikan tanpa keraguan munasabah kes terhadap mereka.

HAKIM TERSALAH ARAH?

Minggu lalu, tiga anggota panel hakim Mahkamah Rayuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara berpuas hati dan mengetepikan hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan rayuan terhadap pensabitan dan hukuman.

Hakim Tengku Maimun ketika membacakan penghakiman ringkas menyatakan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi telah tersilap arah dalam pelbagai aspek ketika mencapai keputusan menjatuhkan hukuman mati terhadap kedua suspek utama itu.

Beliau turut menyatakan antara lain hakim itu juga gagal menimbang pembelaan alibi berkaitan diari stesen yang mencatatkan Azilah tiada di tempat kejadian di mana Altantuya dibunuh tetapi sebaliknya Azilah ketika itu berada di Bukit Aman.

Sirul dan Azilah dibebaskan. Maka sepanjang tujuh tahun masa berlalu tanpa sesiapapun dipertanggungjawab terhadap kematian wanita itu dan tidak siapa tahu mengapa bekas model dan penterjemah itu dibunuh.

KENAPA SIRUL DAN AZILAH SENTIASA ‘BERTOPENG’?

Hanya di Malaysia, di mana sejak daripada awal perbicaraan kes pembunuhan ini, kedua anggota UTK itu diberi layanan istimewa iaitu ‘costum made’ penutup muka ala ninja.Persoalannya mengapa wajah kedua pesalah ini sentiasa ditutup dari pandangan media bahkan seluruh dunia tidak pernah melihat wajah mereka.

Walhal,sekiranya pesalah bagi kes lain pula wajah mereka boleh ditutup dengan surat khabar atau kebiasaannya hanya tertunduk malu.

Tetapi lain pula halnya kedua tertuduh menerusi kes diklasifikasi berprofil tinggi ini, wajah mereka tetutup sepenuhnya dari dipertonton kepada umum.

PERBICARAAN PELIK, HANYA DI MALAYSIA

Mengikuti perbicaraan kes ni seperti mengikuti satu perbicaraan pelik kerana pelbagai kepincangan timbul. Hakikatnya motif dan pembunuh bagi kes ini perlu diperjelaskan bagi menjaga imej dan sistem perundangan negara dimata dunia.

Episod sejarah hitam hidup Sirul dan Azilah seperti kembali diterangi cahaya setelah terselamat dari hukuman mati. Tetapi sistem perundangan dan kehakiman negara pula seperti terpalit dengan episod hitam.

Namun misteri, siapa sebenarnya pembunuh Altantuya masih tersembunyi setelah semua yang didakwa dan dibicarakan terlepas dari sebarang hukuman – mza