‘MB bangun-duduk lebih 100 kali jawab soalan’

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
SELANGOR

Teng : Tempoh Ahli Majlis Mungkin Dihadkan Kepada Empat Tahun

teng dun 04 jul 02

SHAH ALAM 5 JULAI : Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Datuk Teng Chang Khim mencadangkan supaya tempoh khidmat ahli majlis yang dihadkan kepada empat tahun sahaja.
Ini bagi mengelakkan berlakunya konflik kepentingan peribadi dan penyelewengan, katanya di dalam ucapan pengulungannya di Dewan Negeri Selangor semalam.

Menurutnya, sebelum ini ada ahli majlis yang memegang jawatan sehingga 10 tahun.

“Kita tidak mahu berlakunya konflik kepentingan peribadi … Ia selaras dengan prinsip Kerajaan Negeri yang mahu mengelakkan perkara itu berlaku,” katanya.
Selain itu, beliau memaklumkan bahawa elaun ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masih dikekalkan pada kadar RM 150 setiap kali hadir mesyuarat.

“Jumlah itu masih tinggi jika dibandingkan dengan elaun yang diperoleh Adun Selangor sebanyak RM 75 seorang.

“Kita perlu tumpu perkara yang penting terlebih dahulu seperti perkhidmatan sampah dan sebagainya. Perkara ini (menaikkan elaun ahli majlis) bukan perkara yang mendesak,? katanya.
Sebelum itu Adun Kampung Tunku Lau Weng San meminta agar elaun ahli majlis dinaikkan selaras dengan peredaran masa.

Bagaimanapun menurut Teng, kerajaan negeri akan tetap meneliti cadangan tersebut sama ada ianya bersesuaian dalam masa akan datang.

Categories
NASIONAL

Kempen 100,000 Tandatangan Adakan Polis Bantuan Selangor

ng suee lim samsudin kempen polis bantuan 01

SHAH ALAM 4 JULAI : Adun Pakatan Rakyat Selangor telah melancarkan kempen mendapatkan 100,000 tandatangan bagi mendesak Kerajaan Persekutuan meluluskan pembentukan polis bantuan di negeri bagi membanteras jenayah yang semakin berleluasa.

Tandatangan-tandatangan itu akan dihantar ke Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar.

Adun Kampung Tunku, Lau Weng San berkata Kerajaan Negeri pernah mengutarakan cadangan itu pada Februari 2011 tetapi ia disambut dengan respon sambil lewa oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Malah, dakwa Weng San, Hishammuddin menggunakan alasan bahawa kadar jenayah Selangor kian menurun untuk menolak tawaran Selangor untuk menyediakan pasukan polis bantuan.

“Jika Kerajaan Pusat tidak mahu meluluskan cadangan Kerajaan Negeri maka seharusnya Kerajaan Pusat menubuhkan sendiri polis bantuan kerana bilangan anggota polis yang ditugaskan tidak cukup untuk memantau jenayah.

“Nisbah anggota polis dan rakyat yang disyorkan oleh Interpol adalah satu anggota polis untuk 250 penduduk.

“Tetapi mengikut statistik 2011, Selangor mempunyai 11,700 anggota yang mana hanya 30 peratus bertugas pada satu sesi. Ia tidak cukup untuk menjaga penduduk,” katanya dalam sidang media di Bangunan Annexe, SUK, di sini.

Hadir sama Pesuruhjaya Pas negeri, Dr Rani Osman ; Ketua Wanita PKR negeri, Haniza Talha dan Timbalan Setiausaha DAP Negeri, Ng Sue Lim serta beberapa pimpinan Pakatan yang lain.

Sementara itu, Dr Rani berkata Kerajaan Persekutuan juga tidak seharusnya memanipulasi data ‘jenayah indeks’ dan ‘jenayah bukan indeks’.

“Perkara ini dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara pada tahun lalu yang mana kadar jenayah indeks merosot daripada 209,572 pada 2007 ke 157,891 pada 2011 iaitu sebanyak 24.7 peratus.

“Manakala jenayah bukan indeks melonjak sebanyak 68.7 peratus dalam tempoh yang sama iaitu daripada 42,752 ke 72,106.

“Permainan definisi dan angka-angka ini yang lebih kepada ‘syok sendiri’ yang mana sedikit pun tidak menolong rakyat Malaysia memahami situasti itu. Kita kena tahu rakyat masih tidak merasakan selamat kerana jenayah makin tinggi,” katanya.

Orang ramai boleh menyertai kempen tandatangan itu dengan mendapatkan borang di pejabat Adun Pakatan atau daripada laman web www.safercity.com.my.

Kempen terbabit akan berjalan selama satu bulan bermula hari ini.

Categories
SELANGOR

Pentadbiran Daerah Besar, Maju, Pendapatan Perkapita Tertinggi Perlu Dipecah Dua

Lau Weng San 01

SHAH ALAM, 2 JULAI: Adun Kampung Tunku, Lau Weng San menyarankan agar daerah yang terlalu besar seperti Petaling dipecahkan kepada dua bagi memudahkan pentadbirannya seperti mengadakan lebih dari dua pejabat daerah dan tanah.

Menurut Weng San, selain menjadi daerah yang besar dengan keluasan 484 km persegi, daerah itu turut mencatatkan populasi sebanyak 1.8 juta orang dengan kepadatan penduduk 3,680 orang bagi setiap km persegi.

Selain itu, Petaling juga merupakan sebuah daerah termaju dan memiliki pendapatan perkapita daerah tertinggi disebabkan aktiviti industri dan komersial yang aktif.

“Kini Daerah Petaling mempunyai tiga buah PBT iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

“Agensi Kerajaan Persekutuan di Daerah Petaling juga sudah dibahagi kepada dua, contohnya Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama dan Petaling Perdana.

“Biarpun begitu sehingga sekarang Daerah Petaling hanya disokong satu pejabat tanah dan daerah sahaja iaitu Pejabat Tanah dan Daerah Petaling (PTDP),” kata Weng San ketika berucap di dalam persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini.

Menurut Weng San lagi, jumlah kakitangan di Pejabat Tanah dan Daerah Petaling wajar ditingkatkan selaras dengan peruntukan RM 11 .4 juta yang diterimanya.

“Saranan Kampung Tunku ialah kerajaan harus melakukan sesuatu untuk memastikan PTD mempunyai bilangan kakitangan awam yang sepadan dengan tugas yang dipikul serta hasil yang dikutip,” kata Weng San lagi.