JURNAL BERITA – Anwar sokong kerjasama struktur semula industri air

1. Anwar sokong kerjasama struktur semula industri air

2. Anwar: Tunggu penjelasan Selangor, usah buat tafsiran isu air

3. MB: Kenyataan Rafizi hanya andaian, penerangan terbuka dirancang

4. Charles gesa Ongkili dedah isi kandungan MoU penstrukturan air kepada awam

5. MB jalin usahasama dengan Kelantan, bangun 7 projek bersama

6. Jerebu: Banyak lokasi tidak sihat, banyakkan minum air masak

7. MB lancar Bilik Gerakan Utama PRK Kajang

8. Khalid, Azmin sepakat tidak ulas isu pemilihan hingga PRK Kajang selesai

9. PKR: Sikap boros Najib punca kemelut ekonomi, rakyat kena tanggung

10. Jerebu: Selangor sediakan 100,000 topeng muka untuk rakyat

11. Sukma 2014 : Pertahan kejuaraan, Selangor sasar 50 pingat emas

12. AKTIVITI YB: Dari bengkel jahitan ke Wonder Chef

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Ziarah rakyat, salur bantuan naik motosikal

SETIAP wakil rakyat ada caranya tersendiri menemui rakyat.

Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan lebih gemar menziarahi penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dengan menaiki motosikal.

“Naik motosikal lebih senang memandangkan keadaan geografi di DUN Gombak Setia dan jalan sempit. Lebih mudah guna motosikal untuk bergerak dan sampai terus ke rumah penduduk,” katanya.

DSC_0094

Ia seterusnya membawa kejutan kepada Mohd Zain Ahmad, 75, yang menerima kehadiran Hasbullah tanpa disangka-sangka, lantar menerbitkan rasa terharu.

“Mulanya saya dihubungi ketua kampung hanya untuk melawat sahaja, tidak sangka, ketua kampung datang bersama wakil rakyat dan beri bantuan,” katanya yang mengidap minor strok di Kampung Tengah 1.

DSC_0010

Rose Rashidah Ismail, 46, seorang ibu tunggal kematian suami yang menyara lima anak terharu dengan sumbangan yang dihulurkan Hasbullah, seterusnya meringankan beban keluarganya.

Sebenarnya, dengan menunggang motosikal, Hasbullah menziarahi enam rumah melalui program Ziarah Kebajikan di Kampung Kerdas dan Kampung Tengah pada 4 Mac lalu.

Turut serta ialah Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Gombak Setia, Ramli Talib; Ketua Kampung Tengah, Edrus Mohd Yusof dan Ketua Kampung Changkat, Zainal Abidin Abu Bakar.

DSC_0030

Kata Hasbullah, ziarah itu rutin Pusat Khidmat DUN untuk menyalur bantuan  terus ke rumah sebagai antara aktiviti mingguan dengan sasaran sekurang-kurangnya lima rumah untuk diberi bantuan.

“Kita dapat maklumat dari ketua kampung dan orang ramai. Sumbangan juga diberi di pejabat Pusat Khidmat DUN.

“Inilah yang dilakukan kerajaan Selangor untuk membantu rakyat tanpa mengira keadaan dan latar belakang,” kata Hasbullah.

Sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan kepada orang ramai, boleh hubungi laman fanpage YB Ustaz Hasbullah Ridzwan melalui www.facebook.com/ustazhasbullah.

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Dari bengkel jahitan ke Wonder Chef

SERAMAI 180 peserta mengikuti Bengkel Jahitan DUN Bangi di Sungai Ramal Dalam, Sungai Ramal Luar, Jalan 6 Bandar Baru Bangi, Taman Jasmin dan Bukit Mahkota Bandar Seri Putera.

Bengkel khusus untuk wanita dua jam setiap hujung minggu dengan kekerapan dua minggu sekali mempelajari teknik menjahit baju kurung dan jubah hasil tunjuk ajar Mahani Yaakop.

20140301_17181D

Taklimat mengenai operasi di Pusat Khidmat Masyarakat Setempat (PKMS) di Bandar Seri Putra itu disampaikan Penyelaras Bengkel Jahitan Putra Mahkota, Haslina Mohamad Ali.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Shafie Ngah, pula berkata peruntukan untuk kaum wanita adalah yang terbesar dalam Belanjawan 2014 untuk DUN Bangi.

20140301_17094A

Beliau turut menyampaikan lima mesin jahit dan dua mesin jahit tepi untuk kegunaan bengkel itu.

Selain bengkel, PKMS itu juga menganjurkan acara Senamrobik, Wanita Sihat Anggun dan Bergaya serta Ziarah Warga Emas.

“Kita juga bakal menganjurkan kempen Merakyatkan Al-Quran dan program Wonder Chef bagi mendidik anak-anak berdikari untuk menyediakan sarapan dan makan tengah hari mereka,” katanya.

20140301_17173B

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Dialog penduduk rapat pemimpin,agensi dan masyarakat

Oleh: Lizawati Madfa

SUBANG JAYA 2 MAC : Dalam usaha menangani isu dan permasalahan setempat, satu majlis dialog bersama penduduk diadakan Taman Permainan Wangsa Baiduri di sini baru-baru ini.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata pihaknya turut memanggil wakil pihak berkuasa menyertai dialog bagi mendengar sendiri keluhan penduduk setempat.

photo 3Katanya, dengan itu penduduk serta pihak berkuasa mempunyai lebih ruang untuk berkongsi pandangan dan idea dalam menjaga keharmonian kawasan mereka.

“Kita juga membincangkan dan menjelaskan isu-isu terkini di Selangor termasuk isu air dan denggi yang berada di tahap membimbangkan ketika ini.

“Turut dibincangkan ialah isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

“Penduduk juga berpeluang untuk bertanya sebarang soalan dan mendengar jawapan secara terus daripada ahli panel yang dijemput,” katanya.

photo 2Turut menyertai Hannah dalam dialog malam tadi ialah Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, Ketua Balai Polis Subang SS17, Inspektor Sulaiman Baputty dan Ketua Balai Bomba SS17, Norizan Abu Bakar.

Selain slot dialog, lebih 200 hadirin yang hadir juga berpeluang membuat aduan kepada Jabatan Perancangan Korporat, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melalui kaunter khas yang dibuka.

Sesi dialog seumpama ini merupakan kali kedua diadakan sejak Januari 2014 dan akan diteruskan di kawasan berlainan di Subang Jaya sepanjang tahun ini.

EZY

Categories
SELANGOR

Aktiviti YB: Gotong royong pemangkin persaudaraan

SHAH ALAM 27 FEB: Badan Pengurusan Bersama (JMB) Blok Mawar dan Cempaka Bandar Baru Klang dengan kerjasama DUN Kota Anggerik telah menganjurkan Program Gotong-Royong di kawasan yang acap kali memenangi anugerah dari Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Difahamkan Pangsapuri tersebut telah dicalonkan diantara 5 pangsapuri perintis untuk anugerah khas dari Kerajaan Negeri Selangor.

1959238_743308722360781_110674232_nAnugerah itu diwujudkan bagi menggalakkan persaingan sihat di kalangan pengurusan bangunan agar mengamalkan pengurusan, penyenggaraan dan perkhidmatan terbaik.

Sementara itu, ADUN Kota Anggerik, YB Dr. Yaakob Sapari yang turut serta dalam aktiviti tersebut berkata, budaya gotong-royong di kalangan masyarakat perlu diadakan demi kebaikan semua pihak.

1621907_743308682360785_2132786654_n“Hidup di bandar bukan alasan kita meminggirkan gotong-royong sebaliknya terus berusaha kerana banyak kerja dapat diselesaikan dengan berkerjasama antara satu sama lain.

“Program seumpama ini diharap menjadi pemangkin ukhuwah diantara penduduk agar dapat diteruskan pada masa hadapan” katanya lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Program penjagaan mata DUN Kota Alam Shah terap kesedaran ramai

SHAH ALAM 26 FEB: Penjagaan mata yang baik perlu supaya penglihatan sentiasa jelas sememangnya penting memandangkan ia anugerah tidak ternilai kepada semua manusia.

Menyedari hakikat ini, ADUN Kota Alam Shah, menjalankan tanggungjawab sosial untuk semua penduduk kawasan Zon Kota Alam Shah dengan menganjurkan sesi pemeriksaan mata secara percuma pada hari ini.

SAMSUNG CSCBertempat di pejabat DUN, Kota Alam Shah, pemeriksaan mata secara percuma itu ditawarkan kepada orang ramai. Ia dikendalikan oleh pakar mata daripada Hospital Tun Hussein Onn secara percuma

Kempen terbabit mendapat sambutan apabila seawal jam 9 pagi, seramai beratus-ratus penduduk sekitar Kota Alam Shah beratur panjang untuk mengambil bahagian dalam pemeriksaan mata di sini.

ADUN Kota Alam Shah, Ganabatirau Veeraman, berkata sebanyak 150 cermin mata juga akan diberikan kepada golongan miskin yang menghadapi masalah penglihatan.

SAMSUNG CSCLebih meriah, kempen berkenaan yang berlangsung sehingga jam 3 petang turut menghidangkan menu lazat secara percuma yang disediakan untuk penduduk yang mengambil bahagian.

Menurut Ganabatirau, pihaknya gembira dapat membantu komuniti mengambil bahagian dalam acara yang memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menjaga mata mereka.

Komited untuk memperbaiki kualiti hidup pesakitnya, beliau sejak sekian lama menyediakan penjagaan penglihatan yang berkualiti dan membantu mengembalikan penglihatan yang jelas.

SAMSUNG CSCSementara itu, Ganabatirau berkata, penglihatan dan kesihatan mata yang baik amat penting bagi membolehkan semua orang menikmati sepenuhnya kehidupan.

Pihaknya percaya setiap individu perlu menikmati kehidupan yang berkualiti dan tidak membiarkan penglihatan yang kabur menghalang cita-cita mereka untuk mencapai impian.

Beliau turut menyumbang kepada komuniti dengan menyediakan sesi pemeriksaan mata secara percuma bagi membantu meningkatkan kesedaran kepentingan mata yang sihat dan menyediakan pemeriksaan awal untuk isu berkaitan mata seperti penglihatan kabur.

“Seiring dengan kesedaran yang semakin meningkat, kami yakin orang ramai akan lebih proaktif dalam menjaga kesihatan mata dan penglihatan mereka serta mendapatkan rawatan sesuai seawal yang mungkin,” kata Ganabatirau

Katanya pemeriksaan mata secara tetap sama penting dengan pemeriksaan kesihatan menyeluruh, apatah lagi masalah berkaitan mata tidak menunjukkan sebarang simptom pada peringkat awal.

EZY

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: 1,000 memeriahkan Tahun Baru Cina Dun Gombak Setia

SRI GOMBAK, 24 FEBRUARI – Majlis Jamuan Makan Malam Sempena Tahun Baru Cina 2014 yang dianjurkan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia berlangsung meriah dan harmoni di Pasar Moden Taman Sri Gombak, Gombak.

Majlis dianjurkan itu berjaya menarik pengunjung pelbagai kaum yang disajikan dengan acara tarian singa, cabutan bertuah, tayangan video dan pemberian ang pow kepada golongan tua dan kanak-kanak.

OLYMPUS DIGITAL CAMERAWalaupun Hari Chap Goh Mei yang menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina baru sahaja berlalu, majlis sambutan anjuran PKM itu berlangsung meriah dengan dihadiri kira-kira 1000 tetamu berbilang kaum.

Selain dari penduduk setempat, majlis ini juga dihadiri oleh warga emas dari rumah orang-orang tua dan anak-anak yatim dari kawasan berdekatan.

Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan merakamkan ucapan terima kasih kepada tetamu yang hadir yang sangat banyak membantu dalam pilihanraya yang lalu.

DSC_0079Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat dalam ucapan beliau juga dengan perubahan minda rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Cina untuk membuat perubahan yang besar pada pilihan raya umum yang lalu telah terbukti dengan pemerintahan Pakatan Rakyat yang lebih adil dan baik.

Rata-rata hadirin berbangsa Tionghua yang hadir mengalu-alukan penganjuran majlis sebegini dan berharap PKM dapat meluaskan lagi promosi majlis ini pada tahun-tahun akan datang.

EZY

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Jeti terbiar dikenalpasti sesuai jadi Pusat Latihan Kenu

KUALA SELANGOR 20 FEB: Sebuah jeti terbiar dan terbengkalai sebelum tahun 2008 yang terletak di Muara Kuala Selangor dikenal pasti untuk dijadikan Pusat Latihan Kenu.

Exco Belia dan Sukan, Dr. Ahmad Yunus Hairi bersama-sama dengan ADUN Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari telah melakukan lawatan ke kawasan itu baru-baru ini.

1898117_740371672654486_134094158_nDr Ahmad Yunus bersetuju agar jeti berkenaan dinaik taraf agar ianya dapat dijadikan Pusat Kenu untuk memberi peluang kepada anak-anak muda, para belia, pelajar-pelajar sekolah dan para mahasiwa/i universiti untuk menjalani latihan.

Yaakob yang juga merupakan Presiden Persatuan Kenu Selangor berkata, dengan adanya pusat latihan kenu ini nanti maka menjadi hasrat dan impian beliau mahu melihat lahirnya para atlit sukan berwibawa diketengahkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Selain dari itu Selangor mensasarkan sekurang-kurangnya 5 pingat emas untuk sukan kenu pada SUKMA akan datang,” kata beliau lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Masyarakat patut lipat ganda usaha banteras wabak denggi

GOMBAK, 20 FEB – Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Gombak telah mengadakan Kempen Ops Denggi di tapak Pasar Malam Taman Greenwood.

aktivitiProgram yang dihadiri ADUN Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan, Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Tuan Ramli Talib, dan Pegawai Kesihatan Daerah Gombak ,Tuan Azhar, bermula dengan taklimat dan seterusnya edaran risalah kempen dan juga ubat jentik-jentik kepada orang ramai.

Hasbullah berkata, kempen tersebut bertujuan menyedarkan orang ramai akan kepentingan kebersihan kawasan sekitar agar bebas dari apa jua cara yang membolehkan pembiakan nyamuk aedes.

Beliau turut menggesa orang ramai agar meluangkan masa 10 minit setiap minggu untuk membersihkan kediaman masing-masing bagi memastikan ia bebas daripada nyamuk aedes.

20140218_180056Kempen ini antara siri kempen Ops Denggi ke pasar-pasar malam bersama ADUN Gombak Setia sebelum kempen menyeluruh gotong-royong ke kampung-kampung dan karnival denggi yang lebih besar.

EZY

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Zaidy turun padang selesai masalah pembangunan Selayang Heights

SELAYANG 19 FEB: Adun Taman Templer Zaidy Abdul Talib bersama-sama dengan kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Taman Templer turun padang sendiri bagi melawat tapak mempunyai masalah pembangunan di Selayang Heights.

Zaidy1Masalah yang berlarutan sejak dahulu ini mendapat perhatian Zaidy untuk diselesaikan bersama pemaju dan penduduk di situ.

Zaidy juga sempat berbincang dengan pemaju projek tersebut tentang masalah yang sebenarnya berlaku.

Dalam sesi lawatan tersebut, didapati beberapa tapak pembinanan tanpa permit dikenalpasti.

Perkara tersebut akan dipantau dari semasa ke semasa dan akan mengemaskini perkembangan perjalanan projek tersebut.

Zaidy3Sebelum itu Zaidy memenuhi jemputan daripada Ketua Kampung Kepong Ulu, Tok Tommy Lai untuk bersama-sama berada di dalam majlis makan malam bersempena dengan Tahun Baru Cina.

Turut hadir dalam majlis itu, Saudara Chua Wei Kiat, yang merupakan pembantu kepada Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

Zaidy juga sempat beramah mesra dan sempat menyampaikan ucapan kepada para pengunjung majlis itu.

EZY

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Adun Bukit Gasing beri sumbangan keceriaan sekolah

Oleh: Remy Arifin

PETALING JAYA 18 FEB: Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran memberikan sumbangan bagi kerja-kerja mengecat Sekolah Kebangsaan Sri Damai untuk memperindahkan kawasan sekolah itu baru-baru ini.

Projek itu yang bermula 2 Januari dan siap sepenuhnya berakhir pada 23 Januari dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) turut sama memberikan sumbangan cat bagi kerja-kerja kecerian itu.

Projek yang menelan belanja RM19,964.00 juga telah dikeluarkan melalui tender terbuka  oleh Pejabat Daerah Petaling pada awal disember 2013.

DSC_2539Wakil PIBG Sekolah Rendah Damai, Mohd Dzahir Samsudin, berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak ADUN dan MBPJ kerana berusaha memperindahkan kawasan sekolah itu.

Katanya, usaha ini perlu digalakkan kerana penjagaan dan kecerian sekolah akan membantu para pelajar memberikan semangat datang ke sekolah.

EZY

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Masyarakat digalak daftar SMUE demi manfaat waris

KAJANG, 11 FEB: Masyarakat khususnya warga emas digalakkan untuk mendaftar di bawah Skim Mesra Usia Emas terutama kaum Tionghua yang masih ramai belum berbuat demikian.

ADUN Bangi, Shafie Ngah, berkata mereka yang mendaftar di bawah skim ini layak menerima sumbangan khairat kematian sebanyak RM2,500.

ShafieKatanya, bagi menghargai jasa dan pengorbanan warga emas kerjaan Pakatan Rakyat Selangor mengadakan skim ini tanpa mengira kaum, fahaman politik, jantina dan sosial.

“Saya menyeru orang ramai terutama warga emas yang hadir pada hari ini untuk mendaftar di Pusat Khidmat ADUN Bangi yang dekat sahaja di sini atau di mana-mana Pusat khidmat Masyarakat Setempat yang berhampiran.

“Berilah peluang kepada kami untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda.” kata beliau sempena Program Jamuan Tahun Baru Cina 2014 di Padang Awam Putra Kajang.

shafie1Pengarah program, Abu Bakar Alias, menjelaskan Sempena sambutan Tahun Baru Cina kali ini Pejabat ADUN Bangi dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Serdang mengadakan tiga program jamuan di tempat yang berasingan.

Di samping jamuan dan sumbangan baucer dilakukan, kemeriahan lebih terasa dengan pemberian ‘ang pow’ kepada kanak-kanak yang hadir.

Ahli Parlimen Serdang, Dr. Ong Kian Meng berkata beliau yakin dan optimis dengan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor mampu membawa anjakan Pakatan Rakyat ke arah menguasai Putrajaya.

“Pengundi di Kajang akan lebih beruntung sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili mereka dalam plihanraya kecil nanti.

“Oleh itu saya menyeru mereka yang hadir hari ini memberitahu jiran kita, pengundi di Sungai Chua untuk turut menyokong Pakatan Rakyat (mengundi Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya.

EZY