Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Bila Tok Imam buat pukulan ‘Smash pancung’

BANGI 16 JUN: Sukar membayangkan sosok tubuh yang membuat pukulan ‘smash’ pancung tadi adalah tok imam dan tok bilal.

Ironinya mereka ini selalunya berjubah dan berserban sewaktu mengimamkan sembahyang waktu dan menyampaikan kuliah ilmu.

IMG_20140615_085815Mungkin inilah kelainan dimaksudnya oleh penganjur Kejohanan Badminton Piala ADUN Bangi yang telah diadakan di Sungai Tangkas.

Program ini mensyaratkan penyertaan golongan veteran berumur 40 tahun ke atas terdiri dari jawatankuasa surau dan masjid di Bangi.

Sebanyak 21 buah surau dan masjid telah menghantar pasukan yang terdiri dari 8 orang sepasukan.

Objektif kejohanan ini adalah untuk merapatkan hubungan silatrurrahim antara jemaah surau dan masjid sebagaimana dijelaskan oleh ADUN Bangi, Shafie Ngah dalam ucapan perasmiannya.

10347239_672371582816658_2108061693606829870_n“Bangi mempunyai lebih dari 100 buah surau dan masjid yang akan kita ziarahi sewaktu ramadhan nanti.

Kejohanan ini adalah sebagai persediaan awal mental dan fizikal sebelum kita lebih tertumpu pada ibadah di bulan puasa. Yang penting hubungan silaturrahim yang dijalin pada hari ini digemblengkan secara bersama untuk manfaat jemaah,” katanya.

Namun yang tersurat adalah sehingga kejohanan berakhir jam 5 petang. Pasukan dari Surau Sri Tanjung menepati ramalan pengarah program En. Hanapiah menyerlahkan kehandalan mereka menumpaskan pasukan dari Surau Al-Amin.

Surau Ittifaqiyah yang membuat persediaan awal berlatih saban hari terpaksa berpuas hati menduduki tempat ketiga menewaskan lawan mereka dari Surau Nur Pelangi.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ust. Shafie Ngah yang bergegas kembali dari Program Anda Dihati Kami di Jalan 6, Bandar Baru Bangi.

Categories
SELANGOR

Program “Anda Dihati Kami” sasar ziarah 32 buah rumah seminggu

BANGI 9 JUN: Sebanyak 32 buah rumah disasarkan untuk diziarahi setiap minggu kata Pengarah Program ‘Anda Dihati Kami-Sumbangan Kepada Yang Memerlukan’, Rosdi Lokman.

Katanya Program ziarah kebajikan itu dibuat pada setiap hujung minggu dengan dua sesi iaitu pagi dan petang.

anda dihati kami_4“Kebanyakkan mereka yang kami ziarahi terdiri dari golongan warga emas, OKU, pesakit kronik dan golongan susah yang memerlukan bantuan,” katanya seusai menziarahi Rumah Kebajikan Penyayang Hani,Bangi Villa, Pekan Bangi Lama.

Tindakan susulan seperti mendaftar mereka samada di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor dan Lembaga Zakat Selangor akan dilakukan oleh sukarelawan di 18 buah Pusat Khidmat Masyarakat Setempat (PKMS) yang telah ditubuhkan

anda dihati kami_3Sehingga kini sebanyak 13 siri berjaya dilaksanakan melibatkan kerja sama Lajnah Kebajikan Pusat Khidmat ADUN Bangi, Dewan Muslimat PAS Serdang, Unit AMAL Malaysia, PKMS dan pemimpin masyarakat tempatan.

EZY

JURNAL BERITA – Kementerian Pertahanan masih membisu, belum beri jawapan isu pembenihan awan

1. Selangor kesal laporan tidak benar isu air, undang gelisah rakyat

2. Kerajaan Negeri tunai janji, 90 penduduk Bestari Jaya terima geran tanah

3. Abdul Khalid yakin menang jawatan Timbalan Presiden PKR

4. Universiti boleh analisis keselamatan air lombong, elak pertikaian

5. MB ucap takziah kehilangan AllahyarhamMB

6. Kementerian Pertahanan masih membisu, belum beri jawapan isu pembenihan awan

7. GST: Pemerintah baik cari ulama, ulama tak baik ghairah dekati pemerintah

8. Negeri PR perlu terus semangat reformasi, elak jadi versi BN

9. JPP belum terima bantahan rasmi keputusan minggu pertama pemilihan

10.Fuziah: “Bangkai gajah tidak boleh ditutup selama-lamanya, JPP perlu bertindak”

11.Malaysia Airports pilih bulu, utama VIP daripada rakyat marhain

12.110 peniaga pasar pagi Sri Muda bakal berpindah ke lokasi baru 2016

13.BERSIH gesa pertuduhan Thomas Fann digugurkan, perlu kaji semula APA

14.Dr Syed Husin: Sosma jelmaan semula ISA, undang-undang zalimi rakyat

15.BN sabotaj keamanan negara, tingkat ketegangan kaum

16.AKTIVITI YB: 80 golongan muda sertai konvoi ARC Gombak

JURNAL BERITA – MB : Jadikan perpustakaan rumah kedua

1. MB: LUAS diarah dapatkan ‘The Royal Rainmaking Technology’ bagi hujan 3 kali seminggu

2. MB: Usaha dipergiat naikkan paras simpanan air mentah

3. MB: Air cukup di Kuala Langat, tetapi kurang di empangan KKB

4. MB: Jadikan perpustakaan rumah kedua

5. Anwar tarik diri, Wan Azizah kekal presiden PKR

6. Kerajaan BN ‘sorok’ penswastaan Penang Port

7. FOMCA: Semua pihak perlu bekerjasama pastikan penstrukturan industri air disegerakan

8. FOMCA: Kerajaan patut kaji kesesuaian bas ekspres 2 tingkat

9. FOMCA: Kerajaan Pusat patut bentang pelan penyaluran air Langat 2

10. AKTIVITI YB: ‘Jom Baca 10 minit’ peringkat Gombak Setia meriah

11. Nufam: Pastikan keselamatan pesawat 100% sebelum dibenarkan terbang

12. PR gerakkan rakyat bantah GST 1 Mei di KL

13. BERSIH 2.0: Ayuh bersolidariti bersama pekerja di Himpunan 1 Mei

14. PAS: Parlimen Bukit Gelugor adalah kerusi DAP

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: ‘Jom Baca 10 minit’ peringkat Gombak Setia meriah

GOMBAK, 22 APRIL: Seramai 70 orang pelajar Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) Ibnu Sina Gombak bersama Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan, pegawai pusat Khidmat Masyarakat dan guru PASTI menyertai program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit/Let’s Read Together For 10 Minutes (LRT) di perkarangan pusat asuhan PASTI Ibnu Sina, Taman Berjaya Gombak.

membacaProgram yang diadakan serentak seluruh negara yang diketuai oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan kerjasama besar-besaran Perpustakaan Awam Negeri-negeri (PAN) bermula jam 10.00 pagi dan beakhir pukul 10.10 pagi.

Pelbagai buku-buku yang turut dibaca oleh kanak-kanak Pasti bagi memeriahkan program tersebut.

Hasbullah Ridzwan yang juga Pengerusi PASTI Negeri Selangor berkata, program yang diadakan itu sebagai bukti sokongan padu pusat khidmat DUN dan PASTI kepada usaha murni kerajaan untuk meningkatkan tabiat membaca di kalangan masyarakat.

DSC_0036Ia juga bertujuan melahirkan masyarakat generasi yang mencintai ilmu, berakhlak mulia, mentaati agama dan berkemahiran yang tinggi.

Sambutan yang diterima oleh kanak-kanak juga amat menggalakkan dan mereka teruja untuk bersama-sama dalam memeriahkan acara yang diadakan itu.

Diharapkan progam JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT/LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES mencapai objektif dan berjaya memupuk masyarakat atau rakyat Malaysia sukakan pengetahuan, cintakan ilmu serta membudayakan membaca.

Diharapkan juga program ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.

Categories
SELANGOR

Aktiviti YB: ADUN Gombak Setia turun padang hari terbuka penduduk

SHAH ALAM, 17 APRIL: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan menyertai Hari Terbuka dan Sukan Rakyat Penduduk Taman Selaseh serta Taman Samudera di padang permainan Taman Selaseh, di sini, pada 13 April lalu.

Hasbullah sempat membuat gimik sepakan dalam salah satu acara yang dipertandingkan dalam sukan rakyat terbabit

10152037_625596207524983_107641603995672079_nPelbagai acara turut diadakan antaranya sepak raga, timbang bola, bola sepak kain pelikat, kapal terbang kertas dan wau dalam usaha mengeratkan hubungan antara penduduk dua taman berkenaan.

Hasbullah berkata, harapan besar terhadap program itu supaya masyarakat komuniti melihat akan keberadaan dan fungsi setiap organisasi yang mewakili setiap penduduk.

“Hal ini adalah demi memperjuangkan keselesaan hidup dan kesenangan komuniti setempat. Saya juga berterima kasih atas penganjuran program yang baik ini kerana dapat mengeratkan silaturrahim antara penduduk.

-NFN-

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Pelancaran tabung “Semarak Rahmat Untuk Semua”

Oleh: AFEEQA AFEERA

KAJANG, 1 APRIL : Bagi membiayai aktiviti kebajikan yang memerlukan kelulusan segera seperti musibah dan bencana alam, sebuah tabung dikenali sebagai ‘Semarak Rahmat Untuk Semua’ dilancarkan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Bangi, baru-baru ini.

Program yang turut mendapat kerjasama daripada Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Selangor itu menetapkan sasaran awal sebanyak RM100,000 dengan memfokuskan kepada hasrat menzahirkan masyarakat prihatin dan penyayang.

Ia adalah berdasarkan kepada sumbangan orang ramai untuk tampil menghulurkan sumbangan ikhlas bagi membantu pihak DUN mengeluarkan peruntukan sekiranya berlaku sebarang musibah.

Semasa hari pelancaran di Dewan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Fasa 6 di Bukit Mewah, di sini pada Ahad, sebanyak RM23,000 berjaya dikumpulkan hasil sumbangan ikhlas penderma.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata Selangor yang terkenal sebagai ‘negeri berkebajikan’ menyediakan pelbagai insentif bagi membantu rakyat di negeri ini.

Katanya bantuan dari orang ramai untuk turut serta menyertai program kebajikan seperti ini diyakini mampu merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk memperkukuhkan konsep berkebajikan.

“Sentuhan ahli parti dan badan bukan kerajaan (NGO) turut diperlukan bagi memastikan segala usaha kebajikan dapat dilaksanakan dengan lancar,” katanya.

Hadir sama Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud; Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming; Adun Bangi, Shafie Ngah dan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Selangor, Mariam Abdul Rashid.

EZY

JURNAL BERITA – 63% responden mahu Abdul Khalid kekal MB Selangor

1. Kajian UNISEL: 63% responden mahu Abdul Khalid kekal MB Selangor

2. Wan Azizah : Pengundi tidak boleh ambil mudah PRK Kajang

3. PKR: 11 telefon bimbit digodam, SKMM berdiam

4. Mahfuz : Najib ‘beri isyarat’ siasat juruterbang MH370

5. SPR : Belum ada calon mohon tidur lokap, pasti peti undi selamat

6. PRK Kajang: Pertambahan pengundi awal daripada 300 kepada 1187 meragukan

7. Selangor bantu anak Allahyarham Kpl Raja Aizam dapatkan pekerjaan

8. PKR: Ahli Parlimen PR terus pertikai sesi penjelasan ‘sulit’ MH370

9. Wan Azizah hanya mampu pandang sekolah dirasmi suaminya dari luar

10. Selangor bekerjasama bawa pasukan Liga M ke Stadium Kajang

11. AKTIVITI YB : Adun Sementa turun padang lawat kawasan ribut

12. AKTIVITI YB: Anak gembira ibunya terima sumbangan kerusi roda

13. AKTIVITI YB: Seramai 25 orang tamat kursus jahitan PWB

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Adun Gombak Setia ronda kampung cegah jenayah

GOMBAK, 18 MAC – Sekalipun sibuk dengan tugas sebagai wakil rakyat namun ADUN Gombak Setia,Hasbullah Ridzwan tetap meluangkan masa bersama ahli Pasukan Keselamatan dan Kejiranan (PKK) Simpang 3 di Kampung Simpang 3, Gombak, di sini.

PKK Simpang 3 yang baru sahaja ditubuhkan bulan Februari lalu bertujuan mencegah jenayah dan menangani gejala sosial. Seramai 20 orang peronda PKK telah hadir bersama-sama semasa rondaan tersebut

1896750_612529422164995_264483233_nSementara itu, beberapa penduduk yang mengikuti program itu melahirkan rasa gembira kerana kesudian Hasbullah untuk sama-sama turun padang meronda kampung menggunakan motosikal di kampung tersebut.

Rondaan yang bermula jam 12 malam dan berakhir 2.30 pagi itu menjadi perkara rutin ahli PKK setiap malam untuk menjaga keselamatan kampong.

Seorang penduduk, Rizal, 28, berkata walaupun YB sibuk dengan aktiviti seharian, namun masih tetap datang untuk bersama-sama penduduk menjayakan rondaan tersebut.

“Terima Kasihlah pada YB kerana sudi hadir, walaupun YB sibuk dengan tugas tetapi beliau tetap meluangkan masa bersama penduduk. Sikap cakna YB ini tentunya akan disukai penduduk kampung ini,” katanya.

SAM_0758Dalam rondaan tersebut, Hasbullah sempat diberi taklimat mengenai perjalanan rondaan dan beberapa kes berjaya ditangkap dan diselesaikan. Beliau juga sempat dibawa melawat beberapa kawasan panas yang sentiasa menjadi pilihan penjenayah.

Hasbullah dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peronda yang bersengkang mata bagi menjaga keselamatan kampung dan memaklumkan bahawa indeks jenayah semakin menurun berbanding sebelum ini semenjak penubuhan Pasukan Keselamatan dan Kejiranan (PKK) di kawasan berkenaan dan berharap masyarakat terutama di kawasan Gombak Setia menyertai Pasukan Keselamatan dan Kejiranan ini.

PKK yang dicetuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu pihak PDRM berjaya mengurangkan kadar indeks jenayah di Selangor.

Turut bersama dalam rondaan tersebut Pengurus PKM, Ramli Talib dan Ketua Kampung Simpang 3, Abdul Razak Mohd Shair

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB : Adun Sementa turun padang lawat kawasan ribut

MERU 18 MAC: Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi turun padang melawat kawasan di DUN Sementa yang dilanda ribut yang teruk semalam.

Kira-kira 50 buah rumah dan bangunan termasuk Sekolah Kebangsaan Sungai Kapar Indah dan surau di sana teruk terjejas akibat bencana itu.

Dr Daroyah1Lokasi lain yang turut menerima nasib yang sama adalah Aman Perdana, Taman Juta, Kg Sementa dan Taman Klang Utama.

“Alhamdulillah semua selamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. MPK dan pejabat daerah telah dimaklumkan dan hari ini kerja-kerja pembersihan dan membaikpulih sedang dijalankan.

Dr Daroyah“Mohon semua penduduk bersabar, terus tabah dan redha dengan ujian yang diberikan,” kata Dr Daroyah dipetik dari laman Facebooknya.

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Anak gembira ibunya terima sumbangan kerusi roda

GOMBAK, 18 MAC: Tiada yang lebih menggembirakan buat seorang anak apabila menerima sumbangan kerusi roda untuk ibunya akibat penyakit strok dihidapinya sejak dua tahun lalu mendapat perhatian Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan.

Saodah Bt. Ismail, 63 tahun, melahirkan perasaan terharu dan gembira dengan penyerahan kerusi roda tersebut untuk meringankan penderitaanya selain sebagai kemudahan baginya melakukan aktiviti seharian.

DSC_0022Suaminya, Yusof yang berkerja di IIC dengan pendapatan yang sederhana tidak mampu untuk membeli kerusi roda yang baru dan sekarang nama beliau antara pemohon untuk Zakat Negeri Selangor.

Menurut anaknya, Rosnina Yusof, 35 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU), sumbangan tersebut diberikan bagi meringankan beban keluarga yang sebelum ini sudah memiliki kerusi roda yang agak buruk dan sudah tidak mampu untuk digunakan lagi.

“Kita berharap kerusi roda ini akan memudahkan anaknya menjaga ibu beliau termasuk memudahkan mereka membuat pemeriksaan di klinik.

DSC_0013“Disebabkan penyakit dialami itu, saya lumpuh dan tidak mampu berjalan sehingga sekarang,” katanya ketika menerima kunjungan Hasbullah di rumahnya di Kampung Kerdas 3 di sini.

Sementara itu, Hasbullah memberitahu, bantuan itu bertujuan meringankan beban Saodah berikutan keadaannya yang lumpuh separuh badan.

Katanya, bantuan seperti itu disalurkan kepada pesakit kronik dan beliau prihatin dengan permasalahan penduduk yang berlaku khususnya di kawasan Dun Gombak Setia.

“Malah saya juga akan berusaha mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat Selangor bagi meringankan beban keluarga Saodah Ismail,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada Bakhtiar B. Mohamad @ Pak Timbul, Ketua Masyarakat Minang Gombak di Kg. Changkat yang mengalami penyakit radang usus.

“Saya akan sentiasa turun padang melawat masyarakat di kawasan saya yang menghadapi masalah. Ini adalah rutin harian saya untuk berikan bantuan kepada mereka yang memerlukannya.

Turut bersama dalam ziarah itu, Ramli Talib, Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia, Zainal Abidin Abu Bakar, Ketua Kampung Tengah dan Abdul Razak Mohd Shair, Ketua Kampung Simpang 3.

EZY

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Seramai 25 orang tamat kursus jahitan PWB

GOMBAK, 17 MAC: Seramai 25 orang telah tamat kursus asas jahitan anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) Dun Gombak Setia semalam.

Kursus yang telah bermula sejak Disember 2013 tahun lalu adalah usaha Pusat Wanita Berdaya (PWB) Dun Gombak Setia yang dinaungi oleh Puan Rohaiza Bt. Mohammad, isteri kepada Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan,

Sijil tamat kursus telah disempurnakan oleh Hasbullah Ridzwan.

DSC_0096Dalam pada itu, beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan kursus dengan baik.

Beliau juga menasihatkan supaya lebih ramai wanita untuk terlibat dalam program-program anjuran PWB yang sedikit sebanyak dapat mempertingkatkan lagi tahap kebolehan wanita dalam pelbagai bidang.

Beliau juga berharap kemahiran yang telah dipelajari itu boleh menjadi pendapatan sampingan kepada peserta pada masa akan datang.

Pusat Wanita Berdaya (PWB) adalah pusat atau platform untuk aktiviti berkaitan dengan Melakar Kesejahteraan Wanita Selangor. Secara mudah, Pusat Wanita Berdaya (PWB) adalah hub kegiatan aktiviti wanita.

Pada majlis tersebut, turut diadakan taklimat program kitar semula minyak masak terpakai yang telah disampaikan oleh En Jaafar dari Kris Fuel Sdn Bhd dan majlis penyampaian sumbangan kepada Kumpulan Marhaban Gombak dan Kelab Belia Masjid Rahimah.

DSC_0109Sempena penyampaian sijil penutup kursus tersebut, Yb Hasbullah Ridzwan yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan & Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor YB Puan Hajah Rodziah binti Ismail telah merasmikan pejabat PWB yang baru bersebelahan dengan pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia di Taman Berjaya dengan dihadiri lebih 70 orang dari sekitar Gombak Setia.

Turut hadir dalam majlis tersebut, wakil pegawai MPS, Ketua Kampung, persatuan wanita Gombak dan orang ramai.

Pada masa akan datang, PWB Gombak Setia akan memperluaskan lagi aktivitinya kepada wanita belia dan ibu tunggal kepada program-program berbentuk keilmuan yang mencakupi pelbagai bidang sebagai tambahan kepada aktiviti-aktiviti kemahiran secara percuma.

Kepada yang berminat, lokasi PWB Gombak Setia adalah di Jalan Berjaya 6, Taman Berjaya, 68100 Batu Caves Selangor. Penyelia PWB Gombak Setia, Puan Norliza boleh dihubungi melalui talian 012-9058504 atau 03-6188 7869.

EZY