Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri laksana program, ambil kira suara rakyat

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 28 MAC: Kerajaan Negeri menjayakan projek pemuliharaan alam sekitar dan teknologi hijau di Selangor dengan mengambil kira suara rakyat di negeri itu.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata ia adalah projek perintis dilaksanakan Kerajaan Negeri dan diyakini negeri pertama berbuat demikian di negara ini.

“Ini adalah kali pertama sebuah Kerajaan Negeri bekerjasana dan menyalurkan peruntukan kepada organisasi bagi program pemuliharaan alam sekitar dan teknologi hijau.

“Ia adalah satu cara bagi Kerajaan Negeri menjayakan program seperti ini serta menyerahkan kepada rakyat bagi menetap apa projek ingin dijalankan di kawasan masing-masing,” katanya Majlis Penyerahan Cek Geran Alam Sekitar dan Teknologi Hijau di sini, hari ini.

Hadir sama, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya.

Dalam majlis itu, Mohamed Azmin menyerahkan sumbangan RM750,000 kepada 98 organisasi terbabit dalam perkara berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya berharap semua pihak seperti badan bukan kerajaan (NGO), Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan yang lain akan menjayakan program berkenaan secepat mungkin.

“Kita harap semua organisasi dapat melaksanakannya dengan penyertaan orang ramai supaya manfaatnya dinikmati semua pihak,” katanya.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: RM4.5 juta diperuntuk laksana program pulihara alam sekitar

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 28 MAC: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM4.5 juta bagi menjayakan program dan aktiviti pemuliharaan alam sekitar dan teknologi hijau di Selangor, tahun ini.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ia bertambah RM1.1 juta diperuntukkan pada tahun lalu (RM3.4 juta) bagi membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri bagi tujuan berkenaan.

“Seperti tahun sebelumnya, Kerajaan Negeri adalah yang pertama bekerjasama dengan Persatuan Arborist Malaysia bagi kursus persijilan arborist kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.

“Seramai 24 wakil daripada PBT mengikutinya dan usaha ini membuktikan Kerajaan Negeri komited dalam memastikan semua proses penanaman, pengurusan, penebangan dan pemuliharaan pokok dilaksanakan di peringkat PBT di Selangor dilakukan dengan betul dan mengguna pakai standard antarabangsa,” katanya dalam Majlis Penyerahan Cek Geran Alam Sekitar dan Trknologi Hijau di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, Mohamed Azmin menyerahkan sumbangan RM750,000 kepada 98 organisasi terbabit dalam perkara berkenaan.

Beliau berkata, Selangor adalah antara negeri yang proaktif dalam melaksanakan usaha pengurangan pengeluaran karbon selaras dengan komitmen Kerajaan Persekutuan di Persidangan ke-21 Negara PaRTI (COP21) untuk mengurangkan intensiti pengeluaran karbon sebanyak 45 peratus menjelang 2030 berbanding 2009.

Pelan Tindakan Teknologi Hijau Selangor 2016 – 2018

Katanya, Kerajaan Negeri telah melancarkan Pelan Tindakan Teknologi Hijau Selangor 2016 – 2018 yang mana pelan itu mengandungi tujuh elemen tindakan utama memberi fokus kepada pengurangan emisi karbon, penggunaan tenaga, air dan sisa.

“Tujuh elemen utama ini ialah perbandaran hijau melalui kerangka bandar rendah karbon, perolehan hijau kerajaan, pemasangan rangkaian pengecas kenderaan elektrik, penggunaan bas elektrik bagi program bas percuma di PBT, pemasangan bumbung solar bagi projek perumahan Selangorku, bangunan cekap tenaga di bangunan Kerajaan Negeri dan program penghijauan taman industri.

“Kerajaan Negeri mensasarkan semua PBT di Selangor akan melaksanakan kerangka bandar rendah karbon menjelang 2020,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini enam daripada 12 PBT telah mengguna pakai kerangka itu iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp).

Katanya, Kerajaan Negeri akan sentiasa melaksanakan program pemuliharaan alam sekitar dan teknologi hijau demi pembangunan dan kemajuan negeri itu.

“Selangor menikmati kemajuan dalam sektor industri dan ekonomi tetapi penting bagi Kerajaan Negeri memastikan kesedaran awam mengenai pemuliharaan alam sekitar dan teknologi hijau dapat terus dipertingkatkan,” katanya.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya.

=EZY=

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA PENDIDIKAN SELANGOR

UNISEL lestarikan Taman Bestari

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

BESTARI JAYA, 18 MAC: Pelestarian ‘Taman Bestari’ Universiti Selangor (UNISEL) dilihat satu pendekatan realistik sejajar dengan hasrat menjadikan ia sebuah universiti dalam taman pertama yang gah di mata umum.

Naib Canselor UNISEL, Prof Dato’ Mohd Redzuan Othman berkata, gerak langkah itu bakal menggunakan khidmat warga UNISEL sahaja tanpa melibatkan konsultan mahupun kontraktor luar.

“Kita akan jalankan secara berperingkat sebab kita tidak mahu kontraktor luar terlibat sama dalam projek ini yang mana membayar pekerja luar boleh menelan kos agak tinggi.

“Jadi kita optimis untuk menggembleng tenaga melestarikan taman ini secara bersama asalkan ia terlaksana,” katanya ketika ditemui SelangorKini, di Pusat Sukan IPIS, di sini, semalam.

Prof Redzuan berkata, pihaknya juga menerima peruntukan RM20,000 daripada Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong bagi tujuan penanaman pokok.

“Penanaman pokok akan dijajarkan berdasarkan kepada infrastruktur yang akan kita jalankan nanti secara lebih teratur dan tersusun.

“Dengan cara itu masyarakat luar yang datang ke UNISEL dapat melihat dan menikmati sendiri suasana taman yang tersergam indah dan kondusif dalam taman ini,” katanya.

Justeru, beliau berharap hasrat untuk menjadikan UNISEL sebuah universiti dalam taman dapat dicapai dengan sokongan padu dan komitmen semua pihak.

=EZY=

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA SELANGOR

Keluasan Hutan Simpan Kekal meningkat kepada 33 peratus

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 18 MAC: Keluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Selangor mencatatkan peningkatan kepada 33 peratus berbanding 30 peratus sebelum ini.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata jumlah itu melepasi sasaran yang ditetapkan sebelum ini.

Katanya, Kerajaan Negeri komited dalam usaha itu bagi mengekalkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kawasan tanah biarpun Selangor adalah negeri paling padat dengan industri, penduduk dan termaju di Malaysia.

“Kita mempunyai dasar perlindungan hutan terbaik di negara ini apabila sejak 2009, Kerajaan Negeri melaksanakan moratorium selama 25 tahun tiada pembalakan komersial.

“Kita menggubal enakmen negeri yang baru bagi memastikan pendengaran awam sebelum sebarang warta keluar rizab hutan simpan kekal dilaksanakan,” katanya ketika menyorot kejayaan portfolionya yang bertajuk ‘Membina Masyarakat Madani dan Membina Alam, di Karnival Himpunan Rakyat, di sini.

Pada masa sama, Elizabeth berkata Permatang Kuarza di Gombak juga bakal mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Katanya, aset geologi dimiliki kuarza itu mempunyai nilai tinggi dan boleh ditarafkan sebagai warisan rantau, melebihi taraf warisan kebangsaan.

Terdahulu, Kerajaan Negeri mahu Permatang Kuarza itu bukan sahaja diiktiraf sebagai tapak warisan kebangsaan, tetapi menjadi tapak warisan dunia dalam kategori warisan semula jadi.

Ia berikutan kawasan ini adalah tembok batuan semulajadi luar biasa di pinggir Banjaran Titiwangsa yang membentuk permatang terpanjang di dunia iaitu 14 kilometer (km) dengan kelebaran 50 meter.

Kawasan itu juga memiliki 265 spesies tumbuh-tumbuhan yang menjadikan kuarza sebagai habitat mereka.

Sementara itu, Kerajaan Negeri turut meluluskan 414.531 ekar keluasan tanah Kampung Orang Asal yang diwartakan sebagai kawasan atau rizab Orang Asal sejak 2008.

Bagi Hulu Selangor iaitu Kampung Orang Asli Sungai Jang Kerling dengan keluasan 4.18 yang diwartakan 24 Oktober 2013.

Manakala bagi daerah Kuala Langat, Taman Desa, Kemandol dengan keluasan 86.79 ekar dan Kampung Orang Asli Sungai Bumbun, Pulau Carey pada keluasan 329.6 peratus pada 26 Oktober 2017 lalu.

Bagi daerah Sepang iaitu Kampung Orang Asli Bakok yang berkeluasan 9.044 dan daerah Klang, Tanjung Harapan Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang iaitu keluasan 3.00 ekar.

=EZY=

 

Categories
SELANGOR

Negeri pertama beri geran alam sekitar, teknologi hijau kepada masyarakat

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 28 FEB: Selangor unggul sebagai peneraju dalam memupuk kesedaran terhadap alam sekitar dan teknologi hijau di kalangan masyarakat apabila muncul yang pertama menyediakan Program Geran Alam Sekitar dan Teknologi Hijau untuk diusahakan masyarakat.

Exco Pelancongan, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong, berkata program dengan peruntukan RM750,000 itu membolehkan masyarakat di Selangor memohon geran pembiayaan projek yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

“Program ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori alam sekitar yang membabitkan peruntukan RM250,000 dan teknologi hijau sebanyak RM500,000.

“Bagi kategori alam sekitar, geran bernilai RM5,000 maksimum disediakan untuk setiap organisasi, manakala bagi kategori teknologi hijau pula geran bernilai RM10,000 untuk setiap organisasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Taklimat Program Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Selangor 2018 di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) atau turut dikenali Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam di sini, hari ini.

Jelasnya, bagi kategori alam sekitar terbahagi kepada projek pendidikan alam sekitar, perlindungan hutan, penanaman pokok dan kitar semula sisa buangan.

Sementara itu bagi kategori teknologi hijau pula membabitkan projek pengeluaran karbon, pemuliharaan air, penjimatan tenaga, pendidikan dan kesedaran komuniti tentang perubahan iklim dan kebun komuniti.

“Adanya program ini, saya percaya dapat memberi peluang lebih luas kepada masyarakat untuk terlibat secara aktif dalam menjaga alam sekitar dan bukannya bergantung kepada pihak kerajaan semata-mata,” katanya.

=EZY=

Categories
SELANGOR

PKNS berjaya tanam lebih sejuta pokok, kekal lestari alam

OLEH : HAFIZAN TAIB

PULAU KLANG, 23 MEI: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berjaya menanam lebih sejuta pokok di kawasan projek perumahan dan perbandaran diusahanya di seluruh Selangor.

Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah, berkata usaha dijalankan itu bersesuaian dengan konsep dipraktikkannya bagi mewujudkan kawasan pembangunan harmoni dan mampan selain mengekalkan kehijauannya.

Program tanam pokok PKNS di Pulau Klang (ASRI) (2)“Ia adalah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang kita jalankan di kawasan projek perumahan dan perbandaran.

“Ia membabitkan banyak kawasan projek yang mana antara kawasannya ialah Bangi, Shah Alam dan Pelabuhan Klang,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau berkata, program CSR itu bermula sejak 1984 dan ia mencapai sasarannya pada tahun lalu.

Berhubung penanaman pokok bakau di pulau ini, katanya, anak syarikat Kerajaan Negeri itu menggerakkan program itu bagi meraikan sambutan Hari Biodiversiti Dunia tahun ini.

“Ia termasuk juga dalam projek perbandaran terbaru kita iaitu Selangor Cyber Valley apabila kita membangunkan tiga tasik dan di sekelilingnya disediakan kawasan penanaman pokok.

“Pulau Klang ini adalah kawasan hutan simpan dan penanaman pokok bakau adalah usaha kita mengekalkan dan memelihara untuk diwarisi generasi akan datang,” katanya sambil menambah 46 peserta terbabit dalam program menanam 500 pokok itu.

Penanaman pokok Bakau di sini, katanya, adalah cadangan Jabatan Perhutanan Selangor menerusi perbincangan dijalankan PKNS dengan pihak berkuasa itu menyediakan pokok berkaitan bagi tujuan dinyatakan.

“Bakau ini amat mustahak untuk biodiversiti dan bagi pembangunan ekosistem,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Program Hijau Bumi Kita hargai kepentingan alam

OLEH: LIZAWATI MADFA

BANGI, 21 MEI: Program Hijau Bumi Kita diyakini mampu memberi mesej kepentingan alam sekitar kepada penduduk sekitar Bandar Baru Bangi.

Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Husni Abdul Manan, berkata kesedaran awam seterusnya bakal mewujudkan persekitaran bersih dan sejahtera.

Alam sekitar“Kita sememangnya mengalukan kerjasama mana-mana pihak untuk aktiviti pendidikan dan kemasyarakatan seperti hari ini.

“Semoga usaha ini dapat memberi impak kepada penduduk untuk sama-sama menjaga alam sekitar,” katanya ketika ucapan perasmian penutup program itu.

Bertempat di Tempat Meletak Kenderaan Medan Usahawan, program turut disertai lebih 30 pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Program merupakan anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Adab Youth Garage.

Ia turut mendapat kerjasama Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Institut Darul Ehsan (IDE) dan MPKj.

EZY

Kempen Tanpa Beg Plastik : Bilangan hari bakal ditambah


Kerajaan Negeri bercadang melaksanakan penambahan hari Kempen Tanpa Beg Plastik ekoran keberkesanan pelaksanaan kempen terbabit sebelum ini

Fiesta Wanita : Kerajaan Selangor memperhebatkan agenda memartabat wanita Selangor

Pusat Berdaya Wanita (PWB) Kajang rai Hari Wanita Sedunia menerusi Fiesta Wanita dan Keluarga Kajang 2016.
Hadir merasmikan fiesta itu, Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail

Categories
SELANGOR

Belia perlu dilatih pulihara sumber alam

Oleh: NORHAYATI UMOR

KUALA LANGAT, 19 MEI: Isu pemeliharaan dan pemuliharaan sumber alam perlu diterapkan pada usia muda khususnya kepada golongan pelajar.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, kesedaran itu juga menjadikan kebergantungan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat dikurangkan.

IMG-20150507-WA0029“MDKL sentiasa komited menggalakkan semua lapisan masyarakat ke arah itu dalam usaha menjaga dan mencintai alam sekitar.

“Kita mahu memupuk kesedaran mencintai alam sekitar bagi menjamin persekitaran dan kehidupan lebih berkualiti yang mampu mengurangkan fenomena alam seperti banjir, kilat dan mengawal suhu bumi,” katanya dalam program Pembersihan Pantai dan Penanaman Pokok Bakau di Pantai Kelanang, baru-baru ini.

Azhar juga mahu pihak swasta dan kerajaan serta masyarakat sekeliling bekerjasama bagi memainkan peranan dalam isu menjaga alam sekitar.

IMG-20150507-WA0024“Kita juga perlukan kerjasama jitu daripada masyarakat dan semua pihak berkepentingan demi memastikan kelangsungan program yang dijalankan,” katanya.

Seramai 240 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi terbabit dalam program berkenaan.

Terdahulu, pelajar dan guru diberi taklimat oleh Lembaga Urus Air Selangor (Luas) berkenaan kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar serta sumber air mentah bagi memastikan mampu menampung bekalan untuk jangkamasa panjang.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Gunakan bahan mesra alam elak pencemaran

Oleh : AFEEQA AFEERA

SELAYANG, 30 JAN : Penguatkuasakan penggunaan bahan mesra alam dan boleh dikitar semula dilaksanakan khususnya semasa musim perayaan Thaipusam yang akan menerima kunjungan orang ramai dari seluruh negara.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata meskipun budaya kitar semula masih cuba dipupuk di kalangan masyarakat, namun pelaksanaan secara menyeluruh perlu dilaksanakan dalam waktu terdekat.

kitar semula2Katanya ia selaras dengan hasrat menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri hijau dan mesra alam yang peka terhadap kepentingan alam sekitar.

“Kita menggalakkan semua persatuan dan peserta yang terlibat semasa sambutan perayaan itu nanti menggunakan pinggan atau mangkuk dikitar semula atau bahan berasaskan organik sebagai lapik makanan.

“Walaupun tahun ini kita masih ditahap menggalak, tetapi tidak lama lagi saya harap ia akan menjadi satu syarat yang dikuatkuasakan pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

“Kita akan laksanakan secara berperingkat yang akhirnya perayaan besar di Batu Caves ini tidak lagi perlu menggunakan bahan berasaskan plastik,” katanya semasa merasmikan Kempen Clean and Green, di sini.

Sementara itu, Elizabeth berkata Kerajaan Negeri melalui stanco hal ehwal pengguna akan menyertai program pemberian plastik biodegradable (organik) kepada Persatuan Hindu Sanggam sebagai sokongan kepada kempen hijau dan mesra alam yang dilaksanakan.

Katanya sebanyak 50,000 bekas makanan yang diperbuat daripada bahan organik akan digunapakai semasa perayaan itu bagi tujuan pengedaran makanan secara percuma kepada pengunjung yang hadir.

“Selain itu, kita juga akan mengadakan program kitar semula khasnya botol air yang pastinya akan dibuang begitu sahaja oleh pengunjung.

“Kita jangkakan ratusan ribu botol air dapat dikutip sepanjang perayaan itu berlangsung untuk dikitar semula bagi menyelamatkan alam sekitar,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

MPSJ komited jayakan pelan MPSJ Green City 2030

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUBANG JAYA, 28 SEPT: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) komited menjayakan pelan jangka panjang, MPSJ Green City 2030, yang akan menukar Subang Jaya menjadi bandar rendah karbon serta persekitaran hidup yang sihat.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi berkata, pelan ini dirancang berdasarkan beberapa hasil penemuan semasa lab-lab perancangan strategik MPSJ.

“MPSJ Green City 2030 adalah satu dokumen perancangan strategik yang menggabungkan input-input dan disebut sebagai Pelan Tindakan Bandar Hijau MPSJ 2030 dengan mengintegrasikan tiga rancangan,” kata Asmawi di Majlis Penutup Seminar Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon di One City Garden Boulevard West, di sini, hari ini.

Jelas beliau tiga perancangan iaitu Rancangan Tempatan MPSJ (P2) 2020, Pelan Starategik MPSJ 2013-2030 dan Kajian Lalu lintas dan Pengangkutan Jalan MPSJ 2013 akan diintegrasikan bagi menjayakan sasaran itu.

Menurut Asmawi lagi, MPSJ juga terpilih sebagai projek perintis ‘Sustainable Living Stakeholder Engagement Teschnology Corporation’ dan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau Air (KeTTHA) bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan MP Hang Tuah Jaya, Melaka.

“Selari dengan pelan tindakan ini antara program yang menyokong kepada kemahiran berkomunikasi ini adalah Majlis Dialog yang diadakan bersama Pasar FAMA, Pasar Awam Seri Kembangan, Program bersama Seri Kembangan, Community Gardening dan beberapa program lain,” kata Asmawi lagi.

Sementara itu, Seminar Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon menerima lebih 200 penyertaan dari pelbagai sektor.

Antaranya 80 syarikat pemaju perumahan, 50 perunding, kakitangan kerajaan, penuntut institusi pengajian tinggi sekitar Selangor dan pelbagai sektor lain.

Selain seminar, MPSJ turut mengadakan pelbagai acara menarik lain yang antaranya, larian 3 kilometer, pameran buku, pertandingan muzik berasaskan instrumen kitar semula, demontrasi produk Panasonic, bengkel ‘DIY Mostwell’ dan banyak lagi.

Pembukaan seminar dua hari ini dirasmikan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, manakala perasmian penutup disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha KeTTHA, Datuk Harjeet Singh a/l Hardev Singh.