Categories
SELANGOR

PBT disaran sedia bas percuma & mesra OKU

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 24 MAC: Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disarankan menyediakan perkhidmatan bas percuma dan mesra Orang Kelainan Upaya (OKU) khususnya kawasan-kawasan bandar antaranya Shah Alam, Subang Jaya, Kajang dan Klang.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Perdagangan dan Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim berkata setiap tahun, kawasan Lembah Klang mengalami peningkatan penduduk seterusnya akan menyebabkan peningkatkan pengangkutan.

mbpj 2“Kita boleh mengambil contoh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada penduduk Petaling Jaya untuk memudahkan penduduk.

“Diharap pendekatan proaktif ini akan diteruskan dan diambil contoh oleh PBT lain,” katanya selepas merasmikan Seminar dan Bengkel ‘Urban Transportation Towards Sustainable City’, di Dewan Banquet, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Teng berkata perkhidmatan bas percuma khususnya di kawasan bandar perlu disediakan sebanyak 12 hingga 15 buah bas.

“Namun ia bergantung kepada setiap perbelanjaan PBT yang mampu. Di MBPJ, disediakan sebanyak 10 buah untuk perkhidmatan itu,” katanya.

Beliau berkata bagi penduduk negeri, pembangunan perbandaraan yang pesat seiring dengan pertumbuhan penduduk tinggi menuntut kepada pembangunan sistem pengangkutan yang holistik sistematik dan jaringan pengangkutan yang pelbagai.

EZY

Categories
SELANGOR

Tiada bas percuma di Ampang Jaya, tambah baik operasi sedia ada

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 2 DIS: Kerajaan Selangor belum mempunyai cadangan menyediakan perkhidamatan bas percuma di Ampang Jaya dalam tempoh dua tahun ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Kim berkata, program yang dikenali sebagai bas komuniti itu memerlukan penelitian rapi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan melibatkan kos serta perbelanjaan yang tinggi.

bas komunitiSetakat ini, katanya, Kerajaan Selangor sudah melaksanakan program bas komuniti di Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang Jaya.

“Untuk perkhidmatan bas percuma yang dilaksanakan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), anggaran kos perbelanjaan RM1 juta setahun yang melibatkan pembelian bas dan kos operasi perlu ditanggung,” katanya menjawab soalan Tiew Way Keng (DAP-Teratai).

Chang Kim berkata, Kerajaan Negeri menerima impak postitif daripada program berkenaan selain pengguna meminta penambahbaikan perkhidmatan berkenaan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Bas percuma ke Perpustakaan Awam Selangor setiap Sabtu, Ahad

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 29 APRIL: Warga Shah Alam kini berpeluang menggunakan perkhidmatan pengangkutan bas secara percuma ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Seksyen 13, di sini.

Timbalan Pengarah Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, berkata perkhidmatan yang mula beroperasi itu juga adalah sebahagian tanggungjawab sosial dan keprihatinan pihaknya dalam menyediakan kemudahan buat warga kota.

“Kita prihatin dengan keperluan pengangkutan ke PPAS, khususnya cuti sekolah atau hujung minggu.

MBSA-Shahrin Ahmad“Pada waktu ini selalunya bilangan pengunjung bertambah, jadi perkhidmatan bas percuma pasti membantu,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini.

Katanya, MBSA menyediakan bas mini jenis ‘coaster’ yang boleh memuatkan seramai 16 orang penumpang pada satu masa dan akan beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad setiap minggu.

Bas itu akan menunggu penumpang di perkarangan tempat letak kereta Pasaraya Ole-Ole, Seksyen 18 pada jam 10.00 pagi dan 2.00 petang dan akan melalui beberapa lokasi tumpuan seperti Stesen Komuter, Seksyen 19, Kompleks PKNS, dan Pangsapuri Perdana, Seksysen 13.

Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi pihak urusetia Bahagian Pembangunan Masyarakat, Jabatan Korporat dan Pembangunan Komuniti MBSA di talian 03-5522 2735.

Sejak awal Mac lalu, MBSA turut menyediakan perkhidmatan bas percuma yang bermula di Hentian Pusat Bandar, Seksyen 14 dan akan melalui beberapa seksyen seperti 2, 7, 11, 16, 17 dan 18.

Perkhidmatan itu juga beroperasi tiga kali sehari dari Hentian Pusat Bandar, Seksyen 14 pada jam 7.30 pagi, 11.30 pagi dan 4.30 petang.

-NFN-

Selangor sedia RM650,000 setahun laksana perkhidmatan bas percuma

http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

Selangor sedia RM650,000 setahun laksana perkhidmatan bas percuma

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM 17 APR : Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) memperuntukkan kos hingga RM650,000 setahun bagi melaksanakan perkhidmatan bas percuma.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Teng Chang Khim, berkata perbelanjaan yang diperuntukan juga berbeza bergantung kepada konsep pelaksanaan yang dipilih setiap PBT.

Katanya, setiap PBT boleh memilih sama ada melaksanakan inisiatif berkenaan dengan cara pembelian bas atau penyewaan secara kontrak dengan penyedia perkhidmatan bas sedia ada.

sidang dun 21-11-13 - 1“Kerajaan Negeri dan PBT perlu penelitian rapi kerana usaha ini menbabitkan perbelanjaan tinggi daripada segi kos dan pelaburan.

“Anggaran perbelanjaan merangkumi proses menyediakan bas iaitu secara pembelian atau penyewaan termasuk kos samping lain seperti kos pengurusan dan penyelenggaraan,” katanya di sidang Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan berkenaan kos pelaksanaan perkhidmatan bas percuma yang dijanjikan Kerajaan Negeri sebelum ini.

Katanya, Sehingga kini, terdapat dua PBT yang melaksanakan perkhidmatan yang disebut sebagai bas komuniti iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

bas rapid kl stock gambar“Sementara itu, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sudah selesai melakukan kajian untuk tujuan pelaksanaan program berkenaan.

“Untuk MPSJ, mereka kini menanti kelulusan pihak berkuasa negeri sebelum melaksanakan program yang akan diluaskan secara berperingkat,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MBPJ : 10 bas percuma mulai April

Naeem Raffi

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan meneruskan perkhidmatan bas percuma kepada penduduk di wilayah itu mulai April depan.

Datin Paduka Alinah AhmadDatuk Bandar Datin Paduka Alinah Ahmad berkata program tanggungjawab sosial itu adalah jalinan kerjasama MBPJ bersama syarikat pengendali pengangkutan awam, Rapid KL.

“Penyediaan bas percuma ini adalah satu lagi inisiatif MBPJ mengatasi masalah kesesakan jalan raya di Petaling Jaya.

“Sebanyak 10 buah bas akan disediakan untuk kemudahan penduduk ke destinasi seperti sekolah, jabatan kerajaan, pasar, stesen LRT dan hospital,” jelasnya kepada Selangor Kini.

Alinah berkata, perkhidmatan terbabit membabitkan Jalan Yong Shook Lin, Jalan Sultan, Jalan Templer, Jalan Penchala, Jalan Semangat, Jalan Gasing, Jalan Othman serta sekitar Pusat Bandar Seksyen 52.

“Justeru, MBPJ berharap semua penduduk Petaling Jaya dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan ini.

“Inisiatif ini juga sebagai langkah untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam khususnya di kawasan Pusat Bandar,” katanya.bas 1

Pelaksanaan perkhidmatan bas percuma itu sejajar dengan fokus MBPJ membangun sektor infrastruktur pengangkutan awam dan pengurusan lalu lintas yang efisyen serta berintegrasi bagi memastikan kemudahan juga keselesaan penduduk sekitar.

Selain itu, MBPJ sudah menyediakan jaringan laluan basikal dengan jarak lima kilometer (km) meliputi seluruh kawasan majlis yang dibina sebagai tambahan daripada 5.6 km sedia ada.

Empat buah kemudahan ‘park and ride’ yang menawarkan 1,911 petak letak kereta di stesyen Transit Aliran Ringan (LRT) sedia ada juga akan dibina.

Categories
SELANGOR

FOMCA : Wajar contohi Selangor beri khidmat bas percuma

Oleh : HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM 28 Nov : Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menyokong penuh langkah Selangor melaksanakan perkhidmatan bas percuma kepada masyarakat dan wajar dicontohi negeri lain.

Setiausaha Kehormat Fomca, Mohd Shani Abdullah, berkata pendekatan diambil Selangor wajar dipuji dan ia menunjukkan keprihatinan berhubung masalah dihadapi rakyat yang ketika ini dibebani kos sara hidup yang tinggi.

fomca-awam copy“Tindakan Selangor adalah satu langkah yang tepat pada masanya dan boleh dijadikan contoh kepada kerajaan negeri lain. Semua kerajaan harus memahami dan menggunakan pembiayaian sektor sosial termasuk pengangkutan awam untuk membantu golongan berpendapatan rendah.

“Memang ini adalah saranan FOMCA dalam sesi pembentangan belanjawan setiap tahun, yang mana kita menggesa kerajaan memberi peruntukan tambahan kepada semua sektor sosial termasuk pengangkutan awam,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, semalam.

Mohd Shani berkata, pengangkutan awam adalah salah satu perkhidmatan digunakan rakyat yang tidak mempunyai pengangkutan sendiri atau golongan berpendapatan rendah.

Beliau berkata, golongan yang menggunakan perkhidmatan itu dapat menjimatkan sebahagian kos sara hidup dan membantu menampung perbelanjaan yang meningkat dalam bidang lain seperti keperluan asas dan pendidikan.

Katanya, sama ada warga tempatan atau asing, kerajaan tidak seharusnya membezakannya kerana mereka adalah pengguna yang berhak atas perkhidmatan disediakan.

“Daripada segi hak asasi manusia, sesuatu perkhidmatan tidak harus mendiskriminasikan kaum atau tahap. Adalah penting untuk menghormatinya.

“Hal iIni kerana warga asing juga membayar cukai. Walaupun mereka tidak membayar cukai pendapatan kerana tidak menerima pendapatan tinggi untuk tujuan itu, tetapi membayar cukai dalam bentuk barangan dibeli jadi berhak untuk menerima perkhidmatan ini,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Rakyat mahu warga asing dikenakan bayaran bas

Oleh : HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM 28 NOV: Langkah kerajaan negeri melaksanakan perkhidmatan bas percuma di Selangor di sambut baik rakyat negeri itu yang menganggap tindakan diambil adalah tepat dan memenuhi keperluan masyarakat masa kini.

Pelaksanaan itu bersesuaian dengan dasar kerajaan negeri yang mengutamakan kebajikan rakyat melalui agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), selain kos sara hidup semakin meningkat yang terpaksa ditanggung rakyat.

Tinjauan Selangor Kini mendapati majoriti rakyat bersetuju perkhidmatan terbabit wajar bagi menggalakkan orang awam menggunakan pengangkutan awam supaya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di negeri itu.

Kebanyakan mereka juga bersetuju perkhidmatan bas percuma itu dikhususkan kepada rakyat tempatan, namun terdapat sebahagian mereka menyarankan perkhidmatan sama tidak mengecualikan warga asing yang diketahui berada di Selangor dengan jumlah tinggi.

IMG_5075Arshad Abu Bakar, 57, menyambut baik perancangan itu dan berharap ia akan dilaksanakan secepat mungkin khususnya di kawasan yang dikenal pasti dengan kepadatan penduduk.

“Ia langkah bijak dan saya yakin akan disokong kebanyakan rakyat, tambahan masih ramai di Selangor berpendapatan rendah dan sederhana yang memerlukan perkhidmatan bas awam.

“Kalangan penjawat awam tentunya golongan yang akan mendapat manfaat dan saya berharap rakyat tempatan akan diberi keutamaan untuk perkhidmatan ini,” katanya.

Katanya, biarpun warga asing bekerja dan berkhidmat di Selangor tetapi perkhidmatan diberikan mengikut tempoh kontrak dan mereka tidak kekal di negeri itu untuk jangka panjang atau selamanya.

dun 2Suhaimi Mokhtar, 45, berkata, pihak syarikat atau majikan seperti pengusaha kilang yang selama ini menyediakan pengangkutan untuk pekerja warga asing akan mengambil kesempatan jika perkhidmatan bas percuma turut ditawarkan kepada mereka.

“Bagi saya perkhidmatan ini perlu untuk rakyat tempatankerana majikan seperti kilang yang menggajikan pekerja warga asing tentu mengambil kesempatan dan tidak lagi menyediakan pengangkutan untuk pekerja mereka, sedangkan ia adalah tanggungjawab majikan,” katanya.

-NFN-