Categories
SELANGOR

Belanjawan Selangor tak sebesar pusat, tapi impak besar

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 27 OKT: Walaupun belanjawan keseluruhan Kerajaan Negeri Selangor tidak sebesar belanjawan Kerajaan Persekutuan, namun setiap program dijalankan mampu memberi impak tinggi terhadap rakyat negeri itu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, Kerajaan Negeri berjaya memastikan setiap sen wang dibelanjakan tidak membazir malah diguna dengan berhemah.

“Saya berharap rakyat dapat lihat walaupun Kerajaan Negeri mempunyai bajet yang lebih kecil daripada Kerajaan Persekutuan tetapi kita menggunakan setiap sen untuk manfaat rakyat dan tidak dibazirkan.

“Kalau nak dibandingkan Belanjawan Selangor dengan Belanjawan Persekutuan, belanjawan kita kecil tetapi beri impak besar,” kata Iskandar ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.

Jelasnya, pembaziran, ketirisan dan amalan rasuah berleluasa dalam sesebuah kerajaan seperti Kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi antara punca utama menyebabkan perbelanjaan sesebuah kerajaan menjadi tinggi tetapi hanya memberi manfaat kecil kepada rakyat.

Katanya, hal ini dapat dilihat apabila dana kerajaan dibiayai rakyat dibiarkan mengalir masuk ke poket kroni tertentu sekaligus merugikan negara.

-nR-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Banyak kejutan dijangka dalam Belanjawan Selangor 2017

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 26 OKT: Kenyataan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bahawa Belanjawan Selangor 2017 yang akan dibentangkan Isnin nanti jauh lebih baik berbanding Kerajaan Persekutuan bukan retorik tetapi mempunyai asas kukuh.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, hal itu ekoran Kerajaan Negeri sentiasa mengawal perbelanjaan mengurus pada kadar rendah dan munasabah.

Katanya, ia sekali gus memberi peluang meningkatkan peruntukan pembangunan program termasuk progam baru yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Sejak beberapa tahun lalu, Kerajaan Negeri amat fokus kepada perumahan dengan hampir setiap tahun kita ada program baru selain menambah baik program sedia ada.

“Belanjawan kali ini ada kejutannya, saya rasa pembangunan untuk perumahan strata yang kemungkinan besar ada satu program khas atau tambah baik program sedia ada,” katanya kepada SelangorKini.

ISKANDAR SAMADBeliau bagaimanapun menyarankan rakyat Selangor supaya menantikan pembentangan Belanjawan 2017 yang akan dibentangkan Mohamed Azmin, pada 31 Oktober ini.

Terdahulu, Belanjawan 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memperuntukkan perbelanjaan mengurus RM214.8 bilion berbanding peruntukan pembangunan RM46 bilion.

Sebaliknya, Kerajaan Negeri dalam belanjawan komited membendung setiap sen pembaziran dan ketirisan supaya dapat dimanfaatkan untuk rakyat.

-AA-

Categories
SELANGOR

Belanjawan 2017: Peruntukkan pangsapuri dijangka bertambah

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 14 OKT: Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad membayangkan akan ada peruntukan pertambahan khusus untuk pangsapuri di Selangor dalam Belanjawan 2017.

Katanya, peruntukan itu dijangka meningkat dua kali ganda disamping beberapa projek baik pulih sedang berjalan mengikut jadual berdasarkan peruntukkan RM10 juta bagi tahun 2016.

“Ada beberapa fokus kita untuk tahun hadapan dan dijangka akan ada peruntukan tambahan khusus untuk pangsapuri sebab kita melihat masalah dihadapi hari ini sudah berlarutan sejak sekian lama, bukan sejak lapan tahun kita (Pakatan) mentadbir.

“Peruntukkan ini selain daripada Skim CERIA ia melibatkan kerja mengecat, membaiki lif, baik pulih bumbung dan jalan,” katanya.

Menurut Iskandar, masih terdapat jalan di kawasan pangsapuri yang belum diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) hingga memaksa badan pengurusan bersama (JMB) mengeluarkan perbelanjaan sendiri.

Secara keseluruhan Kerajaan Negeri sudah membelanjakan RM85 juta untuk kerja membaik pulih pangsapuri dibawah Skim CERIA sejak diperkenalkan pada 2010.

-nR-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Projek retikulasi selamatkan perbelanjaan JMB

OLEH AFIX REDZUAN

PUCHONG, 13 OKT: Projek baik pulih retikulasi (paip bawah tanah) di bawah Skim Baik Pulih Negeri Berkebajikan (CERIA) memberi impak positif bagi mengurangkan beban badan pengurusan bersama (JMB) menyelesaikan tunggakan bil air pangsapuri.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, selain menyelesaikan masalah kebocoran paip, Skim PERMAI CERIA turut diperkenalkan bagi membantu pertukaran meter air pukal kepada individu tercapai.

“Bil air lima pangsapuri di DUN Dengkil didapati terlampau tinggi, ada yang sepatutnya RM15,000 hingga RM20,000 tetapi terpaksa membayar sehingga RM40,000 sebulan.

“Jadi, mereka kerugian hampir RM15,00 sebulan,” katanya kepada pemberita ketika melawat perkembangan projek retikulasi di Pangsapuri Siantan, Taman Putra Perdana, di sini.

Projek itu menelan belanja RM1.3 juta, manakala kos keseluruhan baik pulih membabitkan lima pangsapuri adalah RM4.02 juta dengan pembiayaan perkongsian 60-40 peratus antara Kerajaan Negeri dan penduduk.

Selain Pangsapuri Siantan, Pangsapuri Kenanga, Rosana Villa, Dahlia dan Ruvena Villa turut mendapat manfaat daripada projek itu.

????????????????????????????????????

Mengulas lanjut, Iskandar berkata, Pangsapuri Siantan dijangka dapat menjimatkan RM250,000 setahun selepas projek itu siap, pada pertengahan November ini.

Pada masa sama, katanya, peruntukan itu membuktikan Kerajaan Negeri tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam membantu rakyat walaupun kawasan itu ditadbir Ahli Dewan Negeri (ADN) Barisan Nasional

“Kerajaan Negeri tidak mengenal kawasan pembangkang mahupun Kerajaan dan kita boleh bekerjasama dengan semua pihak,” katanya.

Kerajaan Negeri sudah membelanjakan RM85 juta untuk kerja-kerja baik pulih pangsapuri di bawah Skim CERIA sejak diperkenalkan pada 2010.

-AA-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Putrajaya wajar contohi polisi Rumah Selangorku

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 13 SEPT: Kerajaan Persekutuan disarankan mencontohi polisi pembinaan Rumah Selangorku yang giat dilaksanakan di Selangor.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, hal itu kerana polisi perumahan di Selangor berkesan menyelesaikan masalah harga rumah mengikut pasaran semasa.

Beliau berkata, polisi itu menetapkan syarikat pemaju membina lebih banyak projek rumah mampu milik demi kepentingan rakyat Selangor.

“Polisi Rumah Selangorku yang berkuatkuasa sejak Januari 2013 mewajibkan pemaju membina rumah mampu milik atau Rumah Selangorku.

“Contohnya, pemaju yang membangunkan projek perumahan lebih 10 ekar wajib membina 30 hingga 40 peratus rumah mampu milik.

“Terdapat beberapa komponen (rumah) berharga RM42,000, RM100,000, RM150,000, RM180,000, RM220,000 dan RM250,000,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar yang menyerang pentadbiran negeri berkenaan isu harga perumahan di Selangor.

Noh dalam kenyataan terbarunya mendakwa kononnya Kerajaan Persekutuan lebih komited memantau projek perumahan milik mereka berbanding pentadbiran Selangor.

ISKANDAR SAMAD“Walaupun Kerajaan Negeri tidak mengawal harga rumah secara langsung, namun kita berusaha untuk memastikan terdapat stok perumahan di pasaran bagi golongan berpendapatan rendah juga sederhana.

“Sejak usaha ini dipergiatkan pada 2015, lebih 20,000 unit rumah diluluskan untuk dibina pemaju, selain Kerajaan Negeri juga turut mengawal jualan rumah mampu milik,” kata Iskandar.

Beliau berkata, pemaju perumahan Selangor juga diwajibkan menjual Rumah Selangorku kepada pembeli berdaftar dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) berpandukan kepada pendapatan isi rumah bulanan.

“Saya yakin polisi Rumah Selangorku ini sedikit sebanyak menyelesaikan masalah harga rumah yang semakin tidak terkawal.

“Kerajaan Persekutuan perlu memiliki “political will” untuk memastikan rakyat berpendapatan rendah juga sederhana mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya.

-AA-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Iskandar: Semak dahulu polisi sebelum hentam

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 1 SEPT : Polisi baru Kerajaan Negeri mewajibkan pemaju membina unit mampu milik dalam setiap pembinaan Pangsapuri Perkhidmatan, SOHO dan SOVO membuka peluang membeli lebih luas kepada rakyat berpendapatan rendah tanpa mengira kaum.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata Kerajaan Negeri menetap harga mampu milik supaya semua pembeli mendapat diskaun.

Katanya, tiada diskaun tambahan untuk Bumiputera kerana perbezaan besar di antara harga unit mampu milik dan bukan mampu milik.

“Saya tidak faham mengapa polisi ini (didakwa) menindas Bumiputera sedangkan polisi baru ini menawarkan mereka unit lebih murah dari unit biasa dengan perbezaan sehingga RM270,000.

“Harga asal unit mampu milik yang dipersetujui ketika rundingan dengan pemaju adalah lebih tinggi. Tetapi Kerajaan Negeri menetap harga lebih rendah supaya semua pembeli mendapat diskaun,” katanya dalam kenyataan.

SELANGOR SOHO - ISKANDARBeliau berkata demikian sebagai menjawab kelantangan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim yang mengecam polisi baru Kerajaan Negeri itu.

Irmohizam mendakwa Kerajaan Negeri menghapuskan diskaun kepada Bumiputera akan memburukkan lagi jurang perbezaan dengan kaum lain.

Sebaliknya, Irmohizam menyeru Kerajaan Selangor mencontohi Kerajaan Persekutuan yang kononnya sentiasa mempunyai inisiatif membantu semua kaum memiliki rumah sendiri tanpa menafikan kepentingan Bumiputera memiliki tanah.

Mengulas lanjut, Iskandar menggesa Irmohizam mendapat semua maklumat terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan semborono.

“Apa guna adanya diskaun bumiputera jika harga satu unit hartanah adalah RM500,000 dan tidak mampu dibeli Bumiputera walaupun setelah diberi 10 peratus diskaun?

“Lebih baik tidak ada diskaun tetapi harga sekitar RM230,000 hingga RM270,000 yang mampu dimiliki Bumiputera?

“Kuota Bumiputera bagi setiap projek masih dikekalkan untuk memastikan peratusan pemilikan Bumiputera tidak terhakis.” kata Iskandar.

Terdahulu, Kerajaan Negeri memperkenalkan Dasar Pembangunan Pangsapuri Kediaman Komersial dan Boutique Office mampu milik khusus kepada golongan usahawan muda baru menceburi perniagaan serta tidak memerlukan ruang pejabat besar.

Menerusi polisi baru itu, pemaju diwajibkan membina 10 hingga 20 peratus unit mampu milik pada harga RM230,000 hingga RM270,000 berbanding harga jualan hartanah (SOHO dan SOVO) yang kini melebihi RM450,000 hingga RM500,000.

Meskipun dijual pada harga lebih murah, syarat jualan unit mampu milik itu tetap dikawal Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) dengan unit tersebut hanya dijual kepada mereka yang mendaftar dengan LPHS.

“Selangor adalah negeri pertama mewujudkan polisi sedemikian. Tidak ada negeri BN meluluskan polisi itu dan Bumiputera masih perlu membeli unit biasa kerana tidak ada unit-unit mampu milik seperti di Selangor.

“Oleh itu Bumiputera di negeri BN yang tertindas. Kerajaan Negeri BN yang patut beliau (Irmohizam) kecam bukan Kerajaan Selangor,” katanya.

-nR-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

PR1MA, tolonglah berkata benar!

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 18 OGOS: Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) didakwa tidak bercakap benar berkenaan dakwaan kononnya badan itu gagal membina perumahan di Selangor.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata alasan PR1MA tidak boleh diterima memandangkan tiada bukti menunjukkan projek perumahan tertangguh akibat premium tinggi.

“Kita minta PR1MA memberikan kes spesifik. Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang mana tertangguh akibat premium atau benarkah birokrasi pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti didakwa?

“Atau berapa banyak permohonan Kebenaran Merancang (KM) untuk PPR dihantar ke PBT tetapi masih belum mendapat kelulusan? Jawapannya tiada,” katanya kepada SelangorKini.

Iskandar berkata demikian mengulas kenyataan PR1MA yang mendakwa perumahan itu tidak dibina ekoran Kerajaan Negeri mengenakan premium tanah tinggi.

PR1MA juga mendakwa karenah birokrasi dalam kalangan PBT menjadi punca perumahan terbabit tidak dibina di Selangor ditambah projek aliran transit ringan (LRT) disediakan Kerajaan Persekutuan menyebabkan Kerajaan Negeri menaikkan harga tanah di sekitar.

Sebaliknya, Iskandar berkata, PR1MA gagal mengotakan janji untuk memajukan tapak LRT Pandan Jaya, Pandan Indah dan Chempaka sejak dua tahun lalu.

ISKANDAR SAMADLebih teruk, katanya, pihak terbabit masih belum menghantar permohonan KM.

“Kali terakhir saya berjumpa dengan PR1MA pada Mei lalu, namun sehingga hari ini mereka belum lagi memohon KM,” katanya.

Beliau berkata, PR1MA juga sebelum ini bersetuju membina 500 unit rumah dengan harga RM42,000 hingga RM250,000.

“Walaupun hanya 500 unit bukan jumlah besar tetapi ia dapat memenuhi keperluan penduduk setempat,” katanya.

Jun lalu, Kerajaan Negeri Selangor bersetuju PRIMA mengambil alih projek Rumah Selangorku dari pemaju swasta supaya badan itu dapat mencapai sasaran mereka.

Projek itu adalah di Cyber 11, Cyberjaya membabitkan 1,932 unit Rumah Selangorku dengan mematuhi beberapa syarat.

-AA-

Categories
SELANGOR

Skim sewa beli: Pusat ‘ketinggalan’, Selangor dah lama laksana

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 15 OGOS: Skim sewa beli tanpa deposit dilaksanakan Kerajaan Pusat disifatkan sebagai ‘ketinggalan’ ekoran sistem seumpama itu sudah dilaksanakan Kerajaan Negeri sejak 2015.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata Selangor menawarkan skim sewa beli DanaSel tanpa memerlukan deposit dan membantu pembeli yang gagal mendapat pinjaman bank.

“Tindakan Kerajaan Pusat ini ketinggalan. Ini menunjukkan Selangor sentiasa peneraju kepada negeri lain dalam melaksanakan apa jua tindakan,” katanya kepada SelangorKini.

ISKANDAR SAMADMenerusi DanaSel, Kerajaan Negeri akan membeli rumah yang hendak dibeli dan disewakan sementara mereka layak mendapat pinjaman bank untuk membeli rumah berkenaan.

Akhirnya, Kerajaan Negeri akan menjual rumah itu dengan harga jualan yang telah ditolak sebahagian dari sewa yang telah dibayar.

Iskandar berkata, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan sebanyak RM10 juta kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk melaksanakan skim itu.

Setakat ini, seramai 118 peneroka bandar di Kampung Rimba Jaya, Shah Alam dan 116 peneroka di Kampung Batu 8, Hulu Kelang ditawarkan skim terbabit.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di ibu negara akan dilaksanakan secara sistem sewa beli tanpa bayaran deposit.

-nR-

Categories
SELANGOR

118 peneroka bandar terima tawaran Dana-Sel

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 10 OGOS: 118 peneroka bandar di Kampung Rimba Jaya boleh menarik nafas lega apabila hasrat memiliki kediaman sendiri tercapai menerusi tawaran Skim Sewa Milik Kerajaan Selangor (Skim Dana-Sel).

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata skim itu dilaksanakan selepas Kerajaan Negeri mendapati sesetengah golongan tidak mampu memiliki kediaman sendiri.

Katanya, ia ekoran mereka disenarai hitam institusi kewangan dan berpendapatan rendah.

“Mereka ini adalah peneroka Kampung Rimba Jaya yang hendak dipindahkan di sini tetapi tidak dapat pinjaman bank ekoran pendapatan rendah, tiada dokumen lengkap dan disenarai hitam.

“Harga asal rumah ini RM42,000 tetapi Kerajaan Negeri tawar subsidi RM7,000 menjadikan harga jualan RM35,000 sahaja,” katanya pada Majlis Makan Tengahari Bersama Penerima Skim Dana-Sel di Pangsapuri Rimba DSC_7044 KecilJaya, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Iskandar berkata, skim itu menawarkan pelbagai kelebihan ekoran tiada deposit dikenakan.

Katanya, penyewa juga bakal memiliki rumah terbabit dalam tempoh 20 hingga 25 tahun selepas bayaran sewa selesai.

“Skim ini akan diperluaskan di kawasan lain bagi membolehkan lebih ramai golongan sama memiliki kediaman sendiri,” katanya.

-AA-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Menteri Perumahan akui mungkir janji?

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 5 OGOS: Tan Sri Noh Omar mengakui tidak menunaikan janji untuk menurunkan peruntukan RM1.8 juta bagi membaik pulih kerosakan pendawaian elektrik dan jeriji penghadang laluan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata Noh menarik semula peruntukan itu selepas Kerajaan Negeri mengumumkan akan melaksanakan kerja pembaikian.

Katanya, ia sekali gus bercanggah dengan janji dibuat Noh yang ketika itu Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor pada Januari 2015.

“Peruntukan itu memang terdapat di dalam Belanjawan Kerajaan Negeri tetapi kalau begitu alasannya senang sekali untuk mencari publisiti.

“(Noh) umum peruntukan untuk kerja yang memang diperuntukkan Kerajaan Negeri dan bila kita laksanakan, (Kerajaan Persekutuan) tarik balik peruntukan dijanjikan,” katanya.

iskandar01Pada masa sama, Iskandar turut mengulangi gesaannya supaya Noh bersikap seperti negarawan dan bukan Ketua Cawangan.

Semalam, Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menafikan bahawa Kerajaan Persekutuan memungkiri janji untuk memberi peruntukan RM1.8 juta bagi membaik pulih kerosakan pendawaian dan jeriji penghadang di PPR Kota Damansara sebelum ini.

“Memandangkan Kerajaan Negeri sudah umumkan hendak beri peruntukan khas, kita tangguh peruntukan itu tetapi dalam pada itu Kerajaan Persekutuan turut membelanjakan RM800,000 untuk pembangunan di kawasan PPR berkenaan.

“Bukan kita tidak tunai janji. Soalnya kenapa mereka (Kerajaan Negeri) tidak umum (peruntukan) lebih awal,” katanya dalam sidang media.

-AA-

Categories
SELANGOR

Janji RM1.8 juta BN tidak ditepati

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 4 OGOS: Jangan hanya pandai menuding jari, sebaliknya Kerajaan Persekutuan perlu sedar janji yang pernah mereka taburkan sebelum ini masih gagal ditepati sehingga kini.

Pada Januari 2015, Tan Sri Noh Omar selaku Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor mengumumkan peruntukan RM1.8 juta untuk membaik pulih kerosakan pendawaian elektrik dan jeriji penghadang di Projek Perumahan Rendah (PPR) Kota Damansara.

Bagaimanapun, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata kerja itu diambil alih Kerajaan Negeri setelah janji ditabur Kerajaan Persekutuan tidak ditunaikan.

“Kerajaan Persekutuan diingatkan untuk lebih serius dalam menepati janji serta tidak memandang remeh usaha Kerajaan Negeri menguruskan PPR di Selangor.

“Selain itu, adalah wajar Kerajaan Persekutuan mengembalikan kos yang dikeluarkan Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membaik pulih PPR berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

CP2A8308-800x533Pada masa sama, Iskandar berkata, Kerajaan Negeri sentiasa terbuka untuk berbincang serta berunding dengan Kerajaan Persekutuan demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Kita tidak mempunyai halangan jika Kerajaan Persekutuan melalui satu SPV yang baru mahu mengambil alih PPR di Selangor.

“Kita mengalu-alukan hubungan harmoni dan profesional, namun Menteri Perumahan (Noh) mestilah bersikap seperti seorang negarawan dan bukan Ketua Cawangan,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

Cubaan 7 kali baharui pasport gagal, Exco mohon Menteri bangun ‘tidur’

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 4 OGOS : Pengurusan Jabatan Imigresen Malaysia gagal menyediakan kemudahan terbaik kepada orang awam susulan rungutan banyak pihak yang gagal memperbaharui pasport ke luar negara.

Perkara tersebut turut dialami Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad apabila cubaan kali ketujuh memperbaharui passport untuk menunaikan Haji di Mekah, gagal.

“Cubaan ketujuh untuk renew (memperbaharui) pasport juga gagal. Petang ini (semalam) di Kuala Selangor, mereka maklum nombor sudah habis.

“Mereka hanya dibekalkan dengan 100 pasport sehari. Kenapa 100 sahaja? Tolong kejutkan Menteri dari tidur,” sindirnya di Facebook.

Sebelum ini, beliau pernah cuba memperbaharui pasport miliknya di Puduraya, Keramat untuk kali ketiga, di Sentul dan Shah Alam, namun masih gagal.

Beliau berkata, walaupun tiba di kaunter pendaftaran lebih awal, pihak jabatan imigresen mengehadkan jumlah nombor giliran dan menyebabkan ramai pengunjung gagal memperbahurui masing-masing.

ISKANDAR SAMAD“Mungkin di Malaysia lebih senang cari pembunuh upahan dari renew pasport,” kesalnya.

Mengakui perkara sama, Khairul Anwar Hassan Rahmad menulis di Facebook turut mempersoalkan kecekapan pengurusan Jabatan Imigresen seluruh negara.

“Agak sangsi di kawasan Lembah Klang seperti berjuta yang mahu perbaharui. Akhir sekali perlu tunggu pukul 5 (pagi) dekat Putrajaya dan dapat nombor giliran 80.

“Itu pun pelanggan perlu berebut naik lif,” katanya.

Sementara, Syed Hamal berkata, kegagalan ini membuktikan kelemahan produktiviti menyediakan kemudahan terbaik kepada rakyat.

“Inilah kerajaan Malaysia, tifak fikirkan (langkah produktif) dan tidak mahu berlebih kurang langsung,” katanya.

-nR-