Categories
SELANGOR

Amal sistem efisien atasi isu pembangunan strata

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 14 MAC: Pindaan ke atas Akta Hak Milik Strata yang dilakukan sebelum ini masih belum dapat mengatasi cabaran dan isu walaupun mengalami kebanjiran pembangunan kediaman strata, seawal 70-an.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, kira-kira 20 peratus rakyat negara kini menghuni kediaman berstrata dan lebih 1.5 juta petak dibina serta diduduki, manakala 300,000 lagi dalam proses pendaftaran, pada pertengahan 2016.

Katanya, Selangor melalui Pejabat Tanah dan Galian komited menyelesaikan masalah melalui pindaan akta baru dan membangunkan sistem efisien serta selamat.

“Akta Hakmilik Strata dikuatkuasakan pada 1 Jun 1985 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur untuk menyediakan peruntukan perundangan dalam pendaftaran dan pengeluaran dokumen hak milik bagi setiap petak dalam skim pembangunan berstrata.

“Akta itu turut dipinda beberapa kali iaitu pada 1990, 1996, 2001, 2007, 2015 dan 2016 selaras trend dan perkembangan urbanisasi pembangunan berstrata yang semakin meningkat.

Iskandar Abdul Samad“Jabatan Ketua Pengarah dan Tanah Galian Persekutuan (JKPTG) menguatkuasakan peruntukan baru Akta Hak Milik Strata A1450 yang memastikan permohonan pecah bahagi bangunan dilaksanakan atau dikenakan tindakan susulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Seminar Smart Strata 2017 di Pusat Konvensyen Setia City, di sini.

Pada masa sama, Iskandar berkata, seminar terbabit yang diadakan selama dua hari dapat memberi pendedahan dan kefahaman dalam menguruskan strata di negeri itu.

Katanya, ia bertujuan mendapat resolusi kukuh dalam pemahaman dan penguatkuasaan hak milik strata seiring gagasan Smart Selangor yang menjadi teras utama memacu pembangunan negeri mencapai status ‘Smart State’.

“Diharapkan masyarakat dapat menerima dan memahami lebih baik berkenaan hak milik strata dan akta ini dapat dijalankan dengan efektif serta holistik,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

Selangor bakal perkenal cukai petak ganti cukai tanah

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 14 MAC: Selangor terus menjadi peneraju apabila memperkenalkan cukai petak bagi mengantikan cukai tanah melalui pindaan Akta Hakmilik Strata, bermula 1 Januari 2018.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, pelaksanaan itu kini dalam proses akhir dan cukai tanah induk itu akan diagihkan secara adil kepada setiap petak mengikut kiraan terkini.

“Sementara menunggu cukai petak itu dikuatkuasakan, Selangor sudah melaksanakan tempoh peralihan dengan semua urus niaga dan bukan urusniaga boleh dilaksanakan tanpa perlu menjelaskan cukai tanah lot induk.

Iskandar Abdul Samad“Ia hanya memerlukan pemilik petak mengemukakan bukti pembayaran cukai bahagian masing-masing yang disahkan Badan Pengurusan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Smart Strata, di Pusat Konvensyen Setia City, di sini.

Iskandar berkata, pelaksanaan terbabit turut mengambil kira urusniaga dan bukan urusniaga petak seperti pindah milik, gadaian dan urusan lain tidak dapat didaftarkan atau dilaksanakan sekiranya cukai petak tidak dijelaskan dan mempunyai tunggakan.

Sehubungan itu, katanya, penggantian cukai petak itu perlu dilaksanakan segera bagi memudahkan semua pemilik strata.

Beliau berkata, Selangor sentiasa mencari kaedah terbaik dan sistematik dalam mengangani isu strata.

“Sehingga kini, Selangor mencatatkan hak milik strata berdaftar sebanyak 544,284 petak daripada 10,198 skim pemilikan strata.

“Ini merupakan bilangan tertinggi di Malaysia dengan populasi negeri sebanyak 6.074 juta dan permintaan hartanah strata kian meningkat dengan migrasi penduduk ke Lembah Klang.

“Justeru, pemilikan strata ini menjadi pilihan masa kini akibat daripada penawaran tanah yang terhad,” katanya.

-nR-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Selangor alu-alukan pembinaan PPR

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 14 MAC: Kerajaan Selangor sentiasa komited memberi kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan dalam penyediaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negeri itu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad bagaimanapun mendakwa, hanya terdapat satu projek dimohon Kerajaan Persekutuan untuk pembinaan PPR di Selangor, sejak 2008.

Katanya, projek terbabit ialah di Pasir Penambang, Kuala Selangor membabitkan 272 unit kediaman.

“Saya sentiasa mendesak Kerajaan Persekutuan membina PPR di Selangor dalam mesyuarat bersama Kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan Negeri juga sentiasa memberi kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan untuk membina Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA ) dan Projek Perumahan 1 Malaysia (PPA1M),” katanya dalam kenyataan.

ISKANDAR SAMADPada masa sama, Iskandar berkata, sebanyak 11 permohonan projek PR1MA dan PPA1M diluluskan Jawatankuasa Induk Rumah Selangor Kerajaan Negeri merangkumi lebih 10,000 unit.

Sementara itu, mengulas isu PPR Lembah Subang, sebanyak RM60 juta turut diperuntukkan sejak 2013 bagi pembaikan dan penyelenggaraan lif.

“Dakwaan sesetengah pihak bahawa semua lif di PPR tidak berfungsi tidak benar.

“Kerajaan Negeri bersetuju menyerahkan PPR itu jika Kementerian bersetuju membayar semula kos menyelenggara dan membaik pulih sebanyak RM60 juta,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan negeri juga tidak menghalang untuk menyerahkan PPR Lembah Subang 1 dan hanya menunggu persetujuan Kerajaan Persekutuan.

Categories
SELANGOR

Selangor Smart Life tanggung kos selenggara lif pangsapuri

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 17 FEB: Kerajaan Negeri memperkenalkan program ‘Selangor Smart Life’ dengan peruntukan RM30 juta bagi membiayai kos penyelenggaraan lif di semua pangsapuri kos rendah dalam usaha membantu penduduk menguruskan pembangunan mereka.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, pembiayaan itu membabitkan 405 lif di 126 pembangunan kelolaan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan agen pengurusan.

Katanya, Kerajaan Negeri akan membayar terus kepada firma-firma kompeten yang akan menyelenggarakan lif-lif terbabit.

“Kos keseluruhan yang diperuntukan oleh kerajaan negeri adalah RM8 juta untuk tempoh 12 bulan.

ISKANDAR SAMAD“Kos sebulan untuk setiap lif bagi kontrak penyelenggaraan komprehensif yang akan digunapakai adalah dianggarkan RM1,600 sebulan atau RM19,200 setahun,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum itu, Kerajaan Negeri membaikpulih 88 buah lif tidak berfungsi terlebih dahulu melibatkan kos RM22 juta yang akan ditanggung sepenuhnya dan kos bagi setiap lif adalah RM250,000.

Terdahulu, dalam Belanjawan 2017, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmi Ali mengumumkan peruntukan RM55 juta untuk pengindahan dan membaikpulih pangsapuri-pangsapuri di Selangor.

Ia membabitkan RM 30 juta pembaikian lif dan RM 25 juta untuk Skim Baikpulih Negeri Berkebajikan atau CERIA dan PERMAI CERIA.

“Dengan adanya program baru ini, diharap dapat meringankan sebahagian dari beban penduduk untuk menyelenggarakan pembangunan mereka.

“Kerajaan Negeri sekarang terbukti dapat memberi pembelaan kepada kepada rakyat. Memang tidak dinafikan gandingan yang mantap yang wujud hari ini amat diyakini oleh rakyat kerana dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kebajikan mereka,” katanya.

-nR-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

#Bebasplastik: Exco ambil pendekatan berbeza

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 1 FEB: Ketika wujudnya pertikaian umum berkenaan dasar larangan penggunaan beg plastik dan polisterina yang giat dilaksanakan Kerajaan Negeri, Dato’ Iskandar Abdul Samad menggunakan pendekatan berbeza menarik orang ramai menyokong kempen itu.

Beliau yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar mengambil pendekatan membawa bekas makanan sendiri bagi mengurangkan penggunaan plastik di Selangor.

“Tadi minta staf (pekerja) beli makanan tengah hari guna mangkuk tingkat untuk kurangkan sisa.

“Selamat tinggal polisterina,” tulisnya di Facebook.

Terdahulu, Kerajaan Negeri mula melaksanakan Kempen Pengharaman Beg Plastik dan Polisterina ke arah mewujudkan kestabilan teknologi hijau di negeri ini.

UntitledEkoran pelaksanaan kempen itu, cas 20 sen dikenakan kepada pengguna bagi setiap penggunaan beg plastik di pasaran.

Kerajaan Negeri memperkenalkan dasar itu sebagai komitmen memelihara alam sekitar dengan melaksanakan polisi memerangi pembuangan sampah yang berleluasa dan menekankan isu alam sekitar membabitkan pemanasan global.

Selangor mula melaksanakan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik”, pada 2010 dengan sokongan kebanyakan pasar raya besar, pasar mini dan premis perniagaan, pada setiap Sabtu.

-AA-

Categories
SELANGOR

Rakyat terdesak ketuk rumah Exco mohon bantuan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 4 JAN: Faktor ekonomi mendesak di bawah urus tadbir Barisan Nasional (BN) terus menekan kebajikan rakyat hingga ada yang sanggup melakukan apa sahaja untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Terbaru, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad mendedahkan, rumahnya diketuk seorang lelaki yang meminta bantuan kewangan untuk membiayai perbelanjaan sekolah anaknya.

“Awal pagi tadi jam 1.21 pagi, seorang bapa mengetuk pintu pagar rumah saya untuk meminjam duit bagi membeli keperluan sekolah anaknya.

“Kebetulan saya belum tidur ketika itu kerana menghadiri mesyuarat yang habis lewat malam.

“Inilah keadaan rakayat marhaen hari ini, berhempas-pulas membesarkan anak, pejabat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak dibuka jam 1 pagi,” katanya di Facebook.

untitledPosting itu mendapat perhatian pengguna laman sosial yang mengkritik kelemahan ekonomi Kerajaan Persekutuan.

Antaranya Shehdi Hazrik yang berharap supaya rakyat dapat menikmati kehidupan lebih baik, pada masa akan datang.

“Rakyat sedang sakit kerana tekanan dengan keperluan harian. Manusia bekerja hempas pulas bukan lagi untuk mendapat kesenangan tetapi hanya ingin meneruskan kehidupan sedia ada,” katanya.

Difahamkan lelaki terbabit menerima bantuan menerusi Pusat Khidmat DUN Chempaka.

-AA-

Categories
NASIONAL

PM, apa pendirian sebenar Malaysia terhadap Myanmar

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 7 DIS: Kerajaan Persekutuan pimpinan Umno-BN digesa memberi penjelasan dan pendirian sebenar Malaysia terhadap Myanmar.

Naib Presiden PAS, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, ini kerana kenyataan dikeluarkan barisan pimpinan Umno-BN dilihat bertentangan dengan tindakan yang diambil mereka.

“Perdana Menteri mesti memberi penjelasan kepada rakyat kenapa Panglima Angkatan Tentera Malaysia berada di Myanmar walhal beliau dilihat lantang menyuarakan nasib masyarakat Rohingya di negara itu.

“Ini amat bertentangan dengan sikap tegas beliau pada sebuah himpunan di Kuala Lumpur pada Ahad lepas,” katanya dalam kenyataan.

Malaysia's Army Commander Senior Gen, Zulkifeli Mohd. Zin, left, speaks with Myanmar's President Htin Kyaw during their meeting at the President House in Naypyitaw, Myanmar Monday, Dec. 5, 2016. (AP Photo/Aung Shine Oo)

Semalam, portal Myanmar Times melaporkan Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin bertandang ke negara berkenaan untuk memulihkan hubungan kedua-dua negara.

Zulkifeli dikatakan bertemu Presiden Myanmar U Htin Kyaw dan ketua angkatan tentera Myanmar Min Aung Hlaing baru-baru ini

Iskandar yang juga Exco Kanan Selangor berkata, kunjungan itu tidak akan memberikan tekanan kepada Myanmar.

“Sikap sedemikian tidak akan memberi tekanan kepada Pemerintah Myanmar untuk memberhentikan pembunuhan dan kezaliman kerana Malaysia tidak kelihatan serius memperjuangkan nasib masyarakat Islam di sana.

“Kecuali jika kehadiran Panglima Angkatan Tentera itu adalah untuk memberi amaran kepada pemerintah Myanmar,” katanya.

Pada 4 Disember lalu, Najib ketika berucap pada Himpunan Solidariti Ummah berikrar tidak kisah jika ketegasan Malaysia dalam isu Rohingya bakal menjejaskan hubungan dengan Myanmar.

-nR-

Categories
SELANGOR

Mangsa tanah runtuh, Selangor tawar PPR percuma

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 28 NOV : Kerajaan Negeri menawarkan penempatan Projek Perumahan Rakyat (PPR) sementara secara percuma kepada mangsa runtuhan tanah di Taman Idaman, di sini.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan Perumahan Dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) akan menguruskan penempatan tersebut.

“Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri memerlukan sedikit masa untuk memastikan unit PPR itu sesuai didiami,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Terdahulu, 128 mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Rendah Agama Serendah membabitkan 26 buah keluarga.

img_917232 keluarga dilaporkan tidak menginap, sementara satu lagi keluarga dihantar ke hospital susulan masalah kesihatan.

Sebelum ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan polis mengisytiharkan kawasan tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah di sini sebagai kawasan larangan Zon Merah.

Ia susulan kejadian runtuhan tanah yang membentuk sebuah lubang berkeluasan 150 meter dengan kedalaman 10-15 meter sementara 600 meter keluasan persekitaran diletakkan di bawah paras merah.

Dalam kejadian jam 1 pagi Sabtu lalu, seorang penunggang motorsikal, Mohd Fareez, 21 cedera dan dihantar ke Hospital Selayang bagi rawatan lanjut.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dengan operasi pemantauan dan kerja pembaikan dijalankan 24 jam sejak semalam.

Sebelumnya, dilaporkan pengairan air dalam tanah menjadi punca berlakunya runtuhan tanah di kawasan berkenaan.

-nR-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Lulus pembinaan PPA1M, bukti Selangor peduli rakyat

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 21 NOV: Kerajaan Negeri telah meluluskan lapan projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) membabitkan pembinaan 6,108 unit kediaman di Selangor.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, kelulusan itu telah dipersetujui dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Selangor Bil. 8/2016 bersama Ketua Unit PPA1M, Ismail Che Hassan, hari ini.

“Mesyuarat hari ini bersetuju meluluskan pemohonan tersebut tertakluk kepada kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan syarat-syarat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlibat.

40627285-b015-47bc-943b-8421bc9241fd“PPA1M disyaratkan membina 20 peratus Rumah Selangorku di setiap projek dan harga jualan maksima rumah PPA1M adalah RM300,000 dan pembeli Rumah Selangorku mestilah daripada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS),” katanya dalam kenyataan.

Iskandar berkata, kelulusan itu sekali gus membuktikan sikap keterbukaan Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam isu melibatkan kepentingan rakyat.

“Sebagai pulangan Kerajaan Negeri membenarkan kepadatan pembangunan PPA1M menurut kepadatan Rumah Selangorku. Ini bermakna di antara 80 hingga 120 unit seekar bergantung kepada PBT.

“Ini boleh berlaku kerana PP1AM bukan di bawah bidangkuasa Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Kesejahteraan Bandar yang mengambil sikap berkonfrontasi terhadap Kerajaan Negeri,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

Tiada sokongan wakil rakyat bagi proses kelulusan Rumah Selangorku

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 3 NOV : Kerajaan Negeri menolak amalan meraih sokongan wakil rakyat untuk tujuan melancarkan proses kelulusan pembelian Rumah Selangor, malah ia sama sekali tidak laku.

Sebaliknya Exco Perumahan, Pengurusan Bandar Dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, sistem permarkahan dibuat bagi menentukan individu yang benar-benar berkelayakan.

“Sokongan wakil rakyat tidak diamalkan,” katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Negeri (DNS), pagi ini.

Sebelumnya, Ahli Dewan Negeri (ADN), Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan membangkitkan persoalan sekiranya wujud spesifikasi dan kelayakan permohonan pembelian rumah mampu milik itu.

rumah-selangorku-alam-budiman-5-530x270Sebelum ini, konsep perumahan Selangorku menyediakan empat jenis rumah iaitu A berharga RM42,000, B (RM120,000), C (RM180,000) dan D (RM220,000 hingga RM250,000).

Berdasarkan penyelidikan Faktor Perumahan dijalankan Institut Kajian Khazanah (KRI), Rumah Selangorku menawarkan tiga varian; Jenis B dijual pada harga RM100,000 dengan keluasan 750 kaki persegi.

Sementara itu, Jenis C dari RM150,000 hingga RM200,000 (800-1080 kaki persegi) sementara Jenis D pada anggaran harga RM220,000 hingga RM250,000 berkeluasan 1,000 hingga 1,200 kaki persegi.

Sehingga kini, daripada segi anggaran pendapatan, Rumah Selangorku menjadi tumpuan golongan berpendapatan 0 hingga RM5,000 sebulan.

-nR-

Categories
SELANGOR

Milikan Rumah Selangorku, Kerajaan Negeri pertimbang kuota ibu tunggal

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 3 NOV : Kuota milikan perumahan mampu milik, Rumah Selangorku bakal dilaksanakan kepada ibu tunggal bagi membantu golongan itu memiliki kediaman sendiri.

Exco Perumahan, Pengurusan Bandar dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, pelaksanannya kini dibuat berpandukan sistem permarkahan mengikut beberapa kriteria utama.

“Kita ada pemarkahan supaya golongan ini boleh mendapat rumah, selepas kita campurkan keseluruhan dan markah dibuat, individu paling tertinggi layak membeli Rumah Selangorku.

Iskandar-DanaSel-featured“Bagaimanapun untuk tempoh ini, kita belum ada sebarang ketetapan kuota kepada golongan ini.

“Tetapi selepas beberapa perdebatan dibuat di peringkat Dewan, cadangan bagi memberi kuota ini boleh dipertimbangkan,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan di Sidang Dewan Negeri (DNS), di sini, pagi ini.

Dalam perkembangan sama, sebelum ini Kerajaan Negeri menetapkan beberapa prosuder awal kelayakan milikan Rumah Selangorku.

Iskandar berkata, sistem pemarkahan dibuat dengan mengambil kira hasil pendapatan bulanan pemohon dan tanggungan keluarga.
rumah selangorku 2Rumah Selangorku kian menjadi antara pelopor pasaran hartanah tempatan yang mula diintai untuk dimiliki rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

Walaupun masih hijau dalam gelanggang perumahan juga hartanah, namun tawaran harga jualan Rumah Selangorku tidak melebihi RM250,000 seunit meyakinkan rakyat memohon menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Pesaing terdekat Rumah Selangorku adalah projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) dan Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) dengan tawaran harga jualan RM300,000.

-nR-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Gagal kawal harga rumah, Putrajaya ‘kambing hitamkan’ Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 28 OKT : Kerajaan Persekutuan diingatkan untuk tidak mencari ‘kambing hitam’ bagi menutup kegagalan sistem perumahan Pusat yang disifatkan gagal dan ketinggalan berbanding di Selangor.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, Putrajaya cuba menyalahkan pentadbiran negeri susulan peningkatan harga rumah di Malaysia.

“Harga rumah di Kuala Lumpur dan Johor adalah tinggi dan menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor di atas kenaikan harga rumah di Malaysia adalah seperti untuk melarikan diri dari tanggungjawab.

iskandar01“Kerajaan Persekutuan tidak perlulah mencari kambing hitam (scapegoat) setelah gagal menstabilkan harga rumah.

“Hakikatnya rakyat Selangor berpeluang membeli rumah mampu milik atau Rumah Selangorku di antara RM42,000 ribu hingga RM250,000,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata pelaksanaan dasar perumahan Kerajaan Negeri tanpa memberi subsidi menjadi punca peningkatan kadar harga rumah di pasaran.

Noh mendakwa, Kerajaan Negeri hanya melaksanakan dasar dengan menetapkan kepada pemaju bahawa 30 peratus daripada kawasan dimajukan perlu dibina rumah mampu milik.

Membidas dakwaan tersebut Iskandar berkata, pemaju kini memberi tumpuan untuk meneruskan projek pembinaan Rumah Selangorku susulan pendekatan bersistematik yang dilaksanakan diperingkatan negeri.

selangorku rumahBeliau berkata, ini termasuklah pelbagai insentif diwujudkan pentadbiran Selangor memastikan golongan sasar layak memiliki kediaman sendiri, berbanding harga rumah mampu milik Persekutuan.

“Sebarang dakwaan bahawa program-program kerajaan Persekutuan seperti MyHome dan MyDeposit dapat menurunkan harga rumah belum dapat dibuktikan kerana harga rumah masih pada tahap yang sama selepas pelaksanaan program-program itu.

“Sebaliknya, lebih 70,000 orang mendaftar untuk membeli Rumah Selangorku. Ini bermakna Kerajaan Selangor mendahului Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan Negeri menetapkan harga Rumah Selangorku dijual pada kadar RM250,000 jauh lebih rendah berbanding harga maksima dibenarkan Kerajaan Persekutuan untuk rumah mampu milik iaitu RM300,000.

-nR-