Categories
KENYATAAN MEDIA

Rapatkan saf, cari jalan penyelesaian terbaik

Oleh: DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Saya mengikuti perkembangan isu-isu politik terkini. Nada dan ritma perbincangan di kalangan ahli-ahli keluarga Pakatan Rakyat pada kala ini seakan menampakkan emosi yang tidak begitu positif. Namun saya percaya, kita semua mahukan yang terbaik buat bukan sahaja rakyat di Selangor malah yang terbaik buat seluruh rakyat Malaysia.

Kita semua perlu ingat dan sedar, Pakatan Rakyat yang telah wujud sejak 2008 adalah manifestasi dan penzahiran harapan rakyat. Jika ini tidak benar, masakan kita mampu meraih 52% undi popular sewaktu PRU-13?

Rakyat mengharapkan suasana politik yang lebih positif, yang lebih progresif, yang lebih berasaskan nilai dan aqliah – yakni rakyat mengidamkan sebuah politik yang matang dan mampu memenuhi harapan Malaysia yang setelah lima dekad masih ditadbir kelompok yang sama.

Oleh itu, saya menggesa semua ahli keluarga Pakatan Rakyat dari semua parti – bersatulah kita, rapatkan saf kita, dan marilah bersama mencari jalan penyelesaian yang terbaik bukan sahaja untuk sebuah negeri yang kita tadbir, tetapi untuk masa depan Malaysia yang lebih baik.

# Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah Presiden PKR

Categories
KENYATAAN MEDIA

Perutusan Hari Ibu Presiden PKR

Bersempena dengan Hari Ibu, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) merakamkan sejunjung kasih dan tahniah kepada ibu-ibu di seluruh negara, di atas kesungguhan serta pengorbanan tinggi mereka di dalam mencorak masa depan anak-anak.

Jika sesebuah negara inginkan suatu bentuk masyarakat yang berakhlak mulia, berpendidikan tinggi dan cemerlang di dalam kerjaya, semuanya itu tidak akan berlaku dengan sekelip mata, tanpa sentuhan insan yang bernama ibu.

Wan Azizah melawat ibu tunggal 01Sesungguhnya, peranan ibu, didikan ibu, air tangan ibu dan belaian kasih sayang ibulah, yang membentuk keperibadian kita semua, membentuk anak-anak sehingga mampu menggapai kedudukan yang tinggi di dalam apa jua bidang yang diceburi.

Asasnya, para ibu bukan sahaja merupakan denyut nadi yang mencorak keluarga, malah peranan ibu jauh lebih besar dan mempunyai kesan yang berganda untuk membentuk masa depan masyarakat dan negara, kerana ibulah insan paling hampir dengan anak-anak yang akan membesar dan kemudiannya berperanan mencorakkan mereka.

Ini bersesuaian dengan penegasan Allah di dalam al-Quran menerusi firman-Nya:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.”
[al-Ahqaf 46:15]

Islam menegaskan terdapat beberapa sebab, para ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah, antaranya, ialah, seorang ibu terpaksa menanggung pelbagai kesusahan, sama ada dari sudut fizikal mahupun mental, dalam proses mengandungkan anak dan ibu juga menghadapi kesusahan paling berat ketika hendak melahirkan anak tersebut.

Namun begitu, peranan ibu di dalam membentuk kehidupan, dilengkapkan dengan peranan bapa, di mana kedua-duanya harus diingati di hari ini sebagai gandingan yang tidak boleh dipisahkan dalam mencapai sebarang agenda pembangunan masyarakat dan negara.

Peranan ibu yang dilengkapkan oleh bapa juga, berkait rapat dengan perlunya sebuah persekitaran yang kondusif, sama ada dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.

KEADILAN dan Pakatan Rakyat, komited untuk menjana suasana yang kondusif ini, khususnya dalam aspek kestabilan ekonomi, untuk membantu mensejahterakan peranan ibu-ibu mendidik dan menyusun kehidupan anak-anak.

Apabila kita mempunyai sistem politik yang stabil, persekitaran sosial yang selamat dan ditambah dengan dokongan ekonomi yang sejahtera, kita percaya, situasi ini akan mampu membantu ibu-ibu melaksanakan peranan mereka dengan lebih baik dan cemerlang, Insya Allah.

Untuk semua ibu tersayang, Selamat Menyambut Hari Ibu 2014!
Ibu sejahtera, Malaysia berjaya.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

Categories
SELANGOR

Wan Azizah: “Tugas ibu ini tak akan habis, selesai bila tutup mata”

Oleh: Lizawati Madfa

SUBANG JAYA 10 MEI : Golongan wanita hari ini dinasihatkan untuk bijak memainkan peranan dalam usaha mengukuhkan institusi kekeluargaan, seterusnya membentuk generasi yang baik pada masa hadapan.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata wanita bukan sahaja terpaksa menggalas tugas professional di luar tetapi turut menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di rumah.

Wan Azizah melawat ibu tunggal 01Bagaimanapun keadaan ini, katanya, tidak akan menghalang seorang wanita untuk melakukan yang terbaik demi keluarga tersayang.

“Seperti saya, walaupun dalam keadaan sekarang sudah tua, saya masih lagi kadang kala rasa bersalah andai saya tidak melakukan yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga kerana saya tinggalkan mereka untuk keluar bekerja.

“Tugas ibu ini tidak akan habis, tugas ibu hanya selesai apabila sudah tutup mata.

“Ketika itu, barulah seorang ibu akan berhenti daripada memikirkan keluarga dan anak-anak,” ucapnya.

Beliau berkata demikian di hadapan lebih 300 hadirin yang diraikan dalam Sambutan Hari Ibu anjuran Pejabat DUN Subang Jaya di Dewan Serbaguna SS15 di sini pagi tadi.

Hadir sama ialah Adun Subang Jaya yang juga Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh serta Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.

Mengulas sambutan hari ini, Hannah berkata pihaknya berhasrat untuk mengadakan lagi keraian serupa bagi mengukuhkan perhubungan antara komuniti di Subang Jaya.

“Hari ini kita menjemput wanita daripada pelbagai kumpulan termasuk daripada masjid, gereja, tokong Buddha dan kuil Hindu untuk mereka berkumpul bersama dalam satu majlis.

“Dengan ini, setiap mereka dapat bertukar pandangan, saling berkenalan dalam satu suasana harmoni.

“Ini dapat memupuk rasa kasih antara kita semua dan mengukuhkan ikatan yang terjalin,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Wan Azizah: Dulu rawat pesakit, kini rawat masalah rakyat

KAJANG 10 MEI: Tanggungjawab Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada masyarakat tetap berterusan. Jika dahulu doktor mata ini pernah menyumbang bakti kepada pesakit, kini beliau berkhidmat untuk penduduk Kajang, sejurus menjawat jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, 23 Mac lalu.

Wan AzizahSebaik memenangi Pilihan Raya Kecil DUN itu, Wan Azizah yang mesra dipanggil ‘Kak Wan’ menumpu gerak kerja pertama terhadap penyelesaian masalah pengurusan sampah yang sudah 10 tahun menghantui penduduk Kajang.

Perkara itu juga dibangkitkan beliau pada penampilan pertamanya di persidangan Dewan Negeri Selangor, bulan lalu.

Masalah berkenaan turut dibawa ke Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) bagi mencari tapak pelupusan sampah yang baru.

Kak Wan juga telah beberapa kali turun padang meninjau ke tapak tersebut selain mengadakan siri pertemuan bersama pihak berwajib, termasuk Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

longkang-1Terbaharu petang semalam, beliau bersama Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat meninjau kawasan Sungai Sekamat dan Kantan Permai yang terjejas akibat banjir.

Pemerhatiannya mendapati, longkang di Sungai Sekamat sumbat dan dipenuhi sampah sarap.

“Alhamdulillah wakil Jabatan Kejuruteraan MPKj yang hadir sama dalam lawatan Kak Wan, berjanji akan bertindak segera menyelesaikan masalah penduduk.

“MPKj berjanji akan mendalamkan longkang dan membersihkan segala sampah sarap yang ada, bagi memastikan tiada lagi longkang tersumbat, dengan itu ia boleh membantu mengelakkan banjir,” kata Kak Wan.

Masalah serupa turut dialami masyarakat Kantan Permai. Dalam lawatan beliau juga bersama Dr Rosli serta ahli-ahli majlis mendapati, banjir tersebut akibat kecuaian pemaju projek di kawasan berhampiran.

“Kak Wan meminta MPKj bertegas memantau kerja-kerja pemaju untuk memastikan operasi mereka tidak menjejaskan rakyat.

“Alhamdulillah pemaju bertindak pantas menghantar pekerja-pekerja mereka membersihkan sampah dan berjanji untuk membina penghadang banjir bagi memastikan ia tidak berulang,” ujarnya.

JPS dan pihak terlibat mesti bertanggungjawab

WawiTegas beliau, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) perlu bertanggungjawab menguruskan pemantauan dan merekodkan masalah, seterusnya mengambil tindakan susulan pembaikan dengan kontraktor yang dilantik.

Katanya, JPS perlu memantau setiap premis memasang perangkap sampah, supaya sampah tidak terus mengalir ke sungai dari parit sekitar.

Wawi“Kak Wan sebagai doktor mengambil ‘angle’ untuk menjaga kebersihan, supaya kesihatan rakyat menjadi keutamaan Kak Wan. Apa pun, semua tempat mesti bersih dari nyamuk, lalat, tikus dan lain-lain,” jelasnya.

Untuk itu, beliau menggesa Jabatan Kesihatan Majlis (MPKj) dan Federal (Pusat) untuk turut hadir dalam setiap lawatan tapak yang dilawati.

“Mereka terpaksa ‘follow-up’ untuk Kak Wan dengan JPS, Perkhidmatan Perbandaran (Urban Service) dan Jabatan Kejuruteraan.

“Semua pihak tanpa mengira latar belakang politik, mesti bekerjasama untuk memastikan kesejahteraan kehidupan rakyat. Ini yang sentiasa Kak Wan tekankan,” katanya.

“Kak Wan berjanji dengan penduduk, Kak Wan akan ‘follow-up’ dan pastikan MPKj menjalankan tugas mereka dengan baik, InsyaAllah,” katanya lagi di twitter pagi ini.

Dipetik: Keadilan Daily

Azizah:Perancangan jahat UMNO demi mematikan karier Anwar dalam politik

http://tv.selangorku.com

JURNAL BERITA – MB: Wan Azizah pejuang tabah, tegakkan keadilan sejak 1998

1. MB: Wan Azizah pejuang tabah, tegakkan keadilan sejak 1998

2. MB : Masyarakat Selangor disaran contohi budaya Jepun dalam aspek kebersihan

3. MB : Hasil sumber negeri untuk kebajikan rakyat

4. MB : Program kerajaan negeri dilaksana sebelum PRK Kajang

5. PRK Kajang : Pertandingan dua penjuru PR dan BN dijangka sengit

6. Wan Azizah naik motor ke Pusat Penamaan Calon PRK Kajang

7. Exco: MH370 hilang misteri, tingkatkan doa agar dipermudahkan usaha mencari

8. Anwar : ‘Sokongan rakyat buat saya kuat untuk lawan’

9. 89 Ahli Parlimen PR boikot sidang Dewan Rakyat

Pengumuman Pencalonan PRK N25 Dun Kajang

http://tv.selangorku.com

Categories
NASIONAL

Wan Azizah : PKR beri kuasa mutlak kepada ahli

Oleh : Selangor Kini

SHAH ALAM 24 NOV: Pindaan perlembagan baru Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi kuasa mutlak kepada semua anggotanya memilih pimpinan pada pemilihan akan datang.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata PKR adalah parti pertama di Malaysia melaksanakan pemilihan secara terus anggotanya iaitu satu ahli satu undi.

“Kendati begitu, kita juga menerima serangan, manakala terdapat kelemahan dalam proses awal pemilihan.

Wan Azizah Kongres PKR“Perlembagaan baru memberikan kuasa mutlak kepada setiap anggota memilih dengan bebas. Diandaikan bahawa anggota cukup terlatih dengan idealisme perjuangan dan ini adalah untuk memastikan calon yang diamanahkan jujur kepada kewajiban serta tidak dipengaruhi sogokan atau ugutan,” katanya yang dipetik daripada laman Keadilan Daily.

Azizah berkata demikian ketika berucap merasmikan Kongres Khas PKR 2013 yang turut dihadiri Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini, hari ini.

Katanya, tindakan keras akan diambil kepada mereka yang melanggar etika parti termasuk perbuatan rasuah dalam pemilihan tahun depan.

“Etika pemilihan dan calon akan dipantau dengan lebih keras dan teliti. Individu yang terlanjur, melanggar prinsip luhur perjuangan atau terbabit dalam kegiatan rasuah dan ugutan akan tersingkir daripada menjadi calon,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Noh Bimbang Wan Azizah Bertanding di Selangor

faekah husin 6

SHAH ALAM, 2 APRIL : Tindakan Umno-BN mempertikaikan kesediaan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail bertanding di DUN Selangor jelas menunjukkan kebimbangan parti itu untuk menawan semula negeri Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dalam satu kenyataan media ketika mengulas mengenai kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berhubung tawaran Wan Azizah untuk bertanding di Selangor.

Faekah berkata, Noh sepatutnya lebih bimbang terhadap kedudukan dirinya sama ada akan tersenarai sebagai calon ataupun tidak daripada memberi tumpuan terhadap calon-calon Pakatan Rakyat (PR).

“Sekejap beliau berkata Wan Azizah ditolak negeri sendiri, selepas itu berkata PKR Selangor terpaksa menggunakan kekuatan Wan Azizah untuk menghadapi PRU-13. Secara tidak langsung Noh mengakui nama Wan Azizah digeruni Umno-BN Selangor.

“Noh sepatutnya bimbang kedudukan dirinya kerana beliau tidak dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pilihan Raya Umno-BN sebaliknya Datuk Seri Md Zin Mohamed yang dipilih.

“Ramai yang mengatakan Noh akan tersingkir kerana banyak onar yang dilakukan hingga keluhan para petani miskin sukar untuk disembunyikan lagi. Bagi menutup semua kelemahan diri, Noh menumpukan serangan kepada Wan Azizah, satu perbuatan bacul yang dilakukan seorang Menteri,” katanya.

Beliau turut menyifatkan kenyataan Noh bahawa Wan Azizah lari kerana tidak mendapat kepercayaan di negeri sendiri adalah sebagai kenyataan panik dan tanpa usul periksa.

Tambahnya, keputusan Datuk Seri Najib Razak untuk menjadi Pengerusi Umno-BN Selangor dan melantik dirinya sebagai Pengarah Pilihan Raya Selangor juga jelas membuktikan krisis kepimpinan Umno-BN.

Tegasnya, kehadiran Wan Azizah di dalam arena politik Selangor menambah celaru kepimpinan Umno-BN krisis yang semakin ketara di dalam parti itu.

“Umno-BN melalak walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Wan Azizah belum menyatakan dengan jelas untuk bertanding di Selangor.

“Melihat telatah mereka yang terus melatah ini, memberi keyakinan mendalam bahawa mereka tidak yakin untuk menang di Selangor walaupun Najib mengetuai jentera Pilihan Raya BN Selangor.

“Telatah mereka juga menguatkan kepercayaan kita bahawa Wan Azizah bakal memberi saingan hebat di Selangor,” katanya lagi.