Categories
NASIONAL

Wan Azizah: Rakyat bersama PR tumbangkan BN

Oleh: HAFIZAN TAIB dan NAZLI IBRAHIM

PERMATANG PAUH, 8 MEI: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, melahirkan kesyukuran di atas kejayaan Pakatan Rakyat (PR) mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Baginya, ia adalah kejayaan rakyat yang tertekan dengan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) berikutan penyalahgunaan kuasa dan ketirisan.

“Saya bertanding di sini bukan kerana jawatan tetapi nak lawan penindasan dan ketidakadilan.

_MG_9506“Kerana itu, saya bangga Permatang Pauh memahami, mengundi dan membuat keputusan ini (memenangkan PR),” katanya ketika berucap di Kubang Semang, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas pengisytiharan kemenangannya dalam Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan berkenaan.

Wan Azizah diangkat sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh apabila memperoleh 30,316 undi menewaskan calon BN, Suhaimi Sabudin (21,475), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) (101) dan Salleh Isahak (Bebas) (367) dengan majoriti 8,841.

Katanya, rakyat khususnya pengundi di parlimen itu melahirkan ketidakpuasan hati mereka terhadap BN yang melaksanakan beberapa program termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selain pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

_MG_5975“Bukan kerana beliau bersalah tetapi kerana dizalimi. Kita di luar, beliau di dalam. Doa kita, beliau akan jadi kuat,” katanya.

Beliau berkata, perjuangan menegakkan keadilan akan diteruskan dan PR akan terus berdiri kukuh demi kepentingan rakyat.

“Teruskan perjuangan menegakkan keadilan di depan penguasa yang zalim. Itu adalah satu jihad untuk kita bersama,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Permatang Pauh bukti fitnah BN gagal

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PERMATANG PAUH, 8 MEI: Kemenangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuktikan usaha memfitnah pasangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berkesan.

Dr Wan Azizah berkata, selain itu usaha memecah-belahkan PR dengan pelbagai isu dan tohmahan berhubung prestasi beliau sebagai Adun Kajang juga gagal membantu BN untuk menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh kali ini.

_MG_9495“Walaupun saya, Saudara Anwar dan PKR difitnah melalui media arus perdana setiap hari dan mereka berusaha sedaya upaya memburukkan prestasi saya di Kajang tetapi gagal.

“Mereka juga berusaha bersungguh-sungguh memecah-belahkan kesatuan kita dengan pelbagai isu, namun ternyata segala tohmahan mereka tidak berkesan,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata, beliau akan berusaha menaangani permasalahan yang dibangkitkan rakyat sepanjang PRK kali ini.

“Kita berterima kasih kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang sudah membuat pengumuman untuk membantu di Permatang Pauh,” katanya.

bendera 5Mengulas perjalanan PRK kali ini, Dr Wan Azizah mengucapkan terima kasih kepada pegawai SPR dan polis yang bertugas untuk memastikannya berjalan lancar.

Malam tadi, SPR mengumumkan Dr Wan Azizah menang dalam PRK Permatang Pauh menewaskan tiga calon lain dengan majoriti 8,841 undi.

Dr Wan Azizah memperoleh 30,316 undi berbanding Suhaimi Shabudin daripada BN yang mengutip 21,475 undi, calon bebas 367 undi dan PRM 101 undi.

-NFN-

Categories
NASIONAL

PKR kekalkan kubu kuat, undi Melayu meningkat

Oleh: NAZLI IBRAHIM dan HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 7 MEI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memastikan kubu kuatnya kekal ampuh selepas menewaskan tiga calon lain pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, di sini, hari ini.

Kemenangan itu diperoleh selepas PKR yang mencalonkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendapat 30,316 undi berbanding Suhaimi Shabudin daripada BN yang mengutip 21,475 undi.

_MG_9495Dr Wan Azizah yang menang dengan majoriti 8,841 undi turut menewaskan dua calon lain daripada PRM (101) dan bebas (367).

Kemenangan kali ini lebih manis apabila PKR berjaya meningkatkan sokongan di kawasan majoriti Melayu sekitar empat hingga lima peratus khususnya dalam kalangan pengundi muda walaupun peratusan keluar mengundi hanya 74 peratus.

Sehubungan itu, Dr Wan Azizah berkata, kemenangan itu juga menunjukkan rakyat bersimpati kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali gus membuktikan Ketua Umum PKR itu masih relevan di hati rakyat.

“Kemenangan kali ini adalah bukti bahawa rakyat khususnya di Permatang Pauh mahu sebuah Pakatan Rakyat yang kuat.

_MG_9250“Ia bukan hanya kemenangan PKR sahaja tetapi rakyat yang menentang kezaliman BN terhadap Anwar Ibrahim.

“Ini adalah satu referendum rakyat menolak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), penentangan rasuah, dan salah guna kuasa,” katanya pada sidang media sebaik diumum sebagai pemenang di pusat penjumlahan undi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), di sini.

Dr Wan Azizah juga mengaitkan kemenangannya dengan kelemahan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dipenuhi skandal.

“Ini juga manifestasi rakyat terhadap kegagalan Perdana Menteri yang dipenuhi ketirisan, kelemahan pemimpin dan skandal terutamanya 1MDB sehingga terpaksa menggunakan dana Tabung Haji,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Kak Wan sayu teringat Anwar di hari pengundian

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PERMATANG PAUH, 7 MEI: Calon Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sayu apabila terkenangkan suaminya yang merengkok dipenjara akibat fitnah yang menyebabkan PRK itu diadakan.

Dr Wan Azizah berkata, beliau dan keluarga akan terus menghadapi cabaran bagi memastikan kezaliman ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakyat terbela.

“Saya berdoa dan berharap pengundi Permatang Pauh bersama saya. Saya tidak fikir pengundi Permatang Pauh suka melihat saya jatuh.

_MG_6053“Sedih, sepatutnya pilihan raya ini tidak berlaku tetapi hidup perlu diteruskan. Kita perlu berjuang.

“Kalau kita menerima kezaliman ini adalah ujian. Tuhan mahu melihat apa akan kita lakukan, bagaimana menerima cabaran dan hadapinya dengan cara yang betul,” katanya di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, di sini.

Beliau yang tiba di pusat mengundi itu sekitar jam 8.30 pagi turut berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meningkatkan lagi kemudahan bagi pengundi orang kelainan upaya (OKU) setanding negara maju.

“Saya ada dapat sedikit aduan supaya kemudahan kerusi roda untuk OKU ditambah baik lagi berbanding sedia ada,” katanya.

Ketibaan Dr Wan Azizah disambut dengan laungan reformasi kira-kira 100 penyokong PR sambil mengibarkan bendera PKR.

PRK Permatang Pauh diadakan selepas Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun berhubung kes fitnah 2.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Majoriti yakin pengalaman Kak Wan bantu raih undi

Oleh: NAZLI IBRAHIM dan HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 7 MEI: Sebanyak 84 responden atau 60.86 peratus yakin pengalaman Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Adun Kajang adalah faktor sokongan mereka kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

01- SHUAIB-Kajian rambang yang dijalankan Selangor Kini di Permatang Pauh membabitkan 138 responden itu juga mendapati 15.94 peratus menjawab tidak bersetuju, 21.73 peratus tidak pasti dan 1.44 peratus lagi tidak menjawab soalan.

Kaji selidik yang dijalankan dari 30 April hingga 5 Mei lalu melibatkan beberapa kawasan pekan atau bandar dan kawasan luar bandar dalam Parlimen Permatang Pauh seperti kampung sekitar Jalan Baru, Kubang Semang, Pasar Awam Penanti, Kampung Pelet, Pekan Permatang Pauh, Seberang Jaya dan beberapa tempat lain.

Kajian berkenaan melibatkan 108 responden pengundi Melayu, 20 Cina dan 10 India.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Kak Wan wanita besi, sederhana tak kira masa

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PERMATANG PAUH, 5 MEI: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dikenali Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kira-kira 40 tahun lalu berjaya mengekalkan jati diri walaupun melalui pelbagai peringkat kehidupan.

Mohamad Sabu berkata, ia dapat dilihat dengan penampilan sederhana Dr Wan Azizah yang kekal sehingga kini walaupun ketika suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri.

“Katalah apa saja berkenaan suaminya, dia tetap setia. Suami masuk penjara, dia jaga anak dan didik anak.

Azizah“Bila tengok anak dia, kita rasa tenang walaupun duduk Damansara tetapi semua bertudung dan sopan sebab ibunya, Kak Wan. Bagi saya, dia wanita besi dan solehah.

“Masa dia jadi doktor juga sama. Dia pelajar terbaik universiti bukan macam Ahmad Maslan. Bila Anwar masuk Umno, tetap sederhana tak pula dia buat rambut besar bakul, ‘karenkan’ sampai RM1,200,” katanta.

Beliau berkata, dugaan yang terpaksa ditempuh Dr Wan Azizah membolehkan beliau dianggap wanita besi yang lebih hebat berbanding tokoh politik wanita terkenal dunia seperti Hillary Clinton dan Corazon Aquino.

Katanya, pengundi Permatang Pauh tidak wajar menolak wanita yang memiliki keperibadian, penampilan dan semangat juang seperti Dr Wan Azizah.

-NFN-

Categories
NASIONAL

DSWA: Saya tak bertindak membabi buta

Oleh: NORHAYATI UMOR

SEBERANG JAYA, 30 APR: Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menempelak dakwaan pihak yang mempertikaikan peranan beliau sebagai isteri kepada Ketua Pembangkang.

Dalam jelajah dan ceramah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) semalam, Azizah menolak tanggapan bahawa beliau setia membabi buta kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjara.

marshort VVIP“Jangan hina saya, saya rasa saya tidak tahu apa yang berlaku. Apapun yang berlaku, saya lakukan bukan membabi buta,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu.

Beliau juga menegaskan, Anwar melalui kes sama dua kali di mahkamah dan banyak perkara tidak kena berhubung perkara itu.

“Kenapa saya kena ikut Barisan Nasional (BN) dan percaya apa mereka kata berkenaan saudara Anwar, saya tahu apa yang berlaku,” tegasnya.

Sebelum ini, pelbagai tohmahan yang didakwa ke atas Wan Azizah terutama beliau dikatakan terlalu taat kepada arahan Anwar.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Pengunjung & peniaga Pasar Tani Guar Perahu kerumun Kak Wan

Oleh: NORHAYATI UMOR

GUAR PERAHU, 30 APR: Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dikerumuni pengundi Pasar Tani ketika mengadakan lawatan, di sini, semalam.

Pengunjung dan peniaga pasar terbabit mengelilingi Wan Azizah yang mesra disapa Kak Wan untuk mengambil peluang bersalam dan bergambar.

pasar tani 5Pelbagai gelagat dan keletah dilihat dalam lawatan berkenaan apabila pengunjung seolah-olah beratur untuk bersalam dan bertemu dengan Kak Wan.

Ada di antara pengundi di kawasan itu merungut apabila tidak berkesempatan mengambil gambar bersama Kak Wan.

“Apa ni, ramai sangat. Nak ambil gambar pun tak dapat,” katanya sambil terus berlalu.

Manakala, seorang lagi pengundi wanita, berlari untuk mendapatkan Kak Wan.

kakwan pasar tani 1“Cepat, cepat mai nak salam ni, sat lagi tak dapat orang ramai ni,” katanya yang terus menuju ke arah Kak Wan.

Terdahulu, Calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Shabudin dilihat hadir di pasar sama dalam satu majlis bersama dengan Timbalan Menteri Pertanian.

Bagaimanapun, difahamkan sambutan yang diterimanya tidak menggalakkan.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Fitnah 2: Perhimpunan solidariti setiap hari luar Penjara Sungai Buloh

Oleh: NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 10 FEB: PKR akan memfailkan usul di parlimen bagi mengkritik perilaku hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes Fitnah 2 yang mensabitkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, PKR juga menggalakkan orang ramai menyertai perhimpunan solidariti di luar penjara Sungai Buloh setiap hari, bermula malam esok.

Katanya, PKR mengecam keputusan terbabit dan menganggap ia adalah konspirasi politik bertujuan melemahkan kebangkitan rakyat.

Keputusan DSAI di Mahkamah persekutuan Putrajaya (9)“Dapatan mahkamah bahawa Saiful Bukhari adalah saksi berwibawa jelas bertentangan dan tidak konsisten dengan semua bukti yang dibentang dan dihujahi pihak pembelaan.

“Kita juga menganggap keputusan itu memusnahkan keyakinan rakyat terhadap kebebasan institusi kehakiman,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Keadilan, di sini.

Hadir sama Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Wan Azizah juga mengarahkan setiap cabang seluruh negara mengadakan solat hajat setiap malam Jumaat.

Meeting Wan Azizah isu banjir di Kajang (7)“Pemenjaraan ini tidak akan melemahkan parti, bahkan kita akan memperkukuhkan kepimpinan dan jentera,” katanya.

Dalam sidang media selama 11 minit itu juga, Wan Azizah berkata, Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat bagi membincangkan pengganti Ketua Pembangkang yang baru.

Sementara itu, ketika ditanya berkenaan calon Ahli Parlimen Permatang Pauh beliau berkata perkara itu masih belum diputuskan.

“Terlalu awal untuk diputuskan. Kita akan bincangkan tidak lama lagi,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Kak Wan lawat Tuan Guru Nik Aziz

SHAH ALAM, 24 JAN: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menziarahi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Wad 2 Delima Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, hari ini.

Memetik Sinar Harian, Wan Azizah yang tiba jam 9.40 pagi diiringi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir dilihat meluangkan masa kira-kira satu jam di wad berkenaan.

azizahKehadiran Wan Azizah disambut isteri Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak yang turut menjelaskan serba sedikit perkembangan kesihatan bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Sementara itu, Wan Azizah di dalam akaun Facebook beliau turut menyatakan perasaan bersyukur kerana berkesempatan meluangkan masa menziarahi Nik Aziz.

“Alhamdulillah..selamat tiba di Kelantan. Sekarang ini Kak Wan di HUSM, bertemu dengan isteri Tok Guru, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak..Kak Wan hadiahkan beliau madu kelulut dari Kajang,” katanya.

Categories
SELANGOR

Kak Wan bantu penduduk Kajang selesai masalah setempat

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 6 JAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail sentiasa meluangkan masa untuk turun padang mendengar rintihan penduduk di kawasan beliau, sekali gus membawa setiap persoalan kepada pihak yang berkenaan.

Baru-baru ini, Wan Azizah membuat lawatan ke Sungai Chua bagi melihat sendiri kejadian tembok yang roboh akibat banjir ekoran masalah perparitan.

wan azizah4Dalam lawatan terbabit, Wan Azizah yang lebih dikenali sebagai Kak Wan juga meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk kawasan terbabit.

Beliau turut berkesempatan melawat Kolam Tadahan Air Sungai Jelok yang tidak diselenggara dengan baik.

“Kak Wan dapat lihat terdapat anak kecil yang mandi di kolam itu sewaktu hujan renyai..bahaya untuk mereka,” tulisnya dalam akaun Facebook.

Selain itu, Kak Wan turut meluangkan masa ke Sungai Kantan bagi melawat tempat pengumpulan barang untuk mangsa banjir.

Dalam lawatan seharian bersama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) itu, wakil PBT itu turut berjanji akan menyelesaikan beberapa masalah bagi kawasan yang dilawati mereka termasuk membantu penduduk mengatasi masalah banjir kilat.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kak Wan terharu ADUN PR buat kejutan hari lahir ke-62

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 3 DIS: Ulangtahun kelahiran Adun Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, ke-62, hari ini dirai dengan penuh kejutan sekumpulan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) ketika sidang dewan ditangguhkan sebentar tadi.

IMG_6396Wan Azizah yang mesra dengan panggilan Kak Wan tidak menyangka kejutan itu dan terharu dengan keprihatinan rakan PR yang ditunjukkan dalam sambutan hari lahir beliau.

Nyayian lagu ulang tahun untuk Kak Wan di ruang makan itu menarik perhatian semua yang sedang menjamu selera.

Wan Azizah dilahirkan di Hospital Kandang Kerbau, Singapura, pada 3 Disember 1952 yang ketika itu masih sebahagian dari Malaysia (Tanah Melayu).

-NFN-