Categories
NASIONAL

Lebih 16,000 Pendatang Asing Bakal Mengundi Dalam PRU 13 – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 25042013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Sekurang-kurangnya 16,589 pendatang asing dari Indonesia dan Filipina dikenalpasti diberikan kod negeri Sabah (12), untuk membolehkan mereka mengundi di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13.

2. Umno Selangor diminta menghentikan usaha untuk membeli bilik gerakan Pakatan Rakyat Selangor dengan tujuan untuk melumpuhkan jentera Pakatan Rakyat di negeri itu.

3. Satu laporan kecemerlangan pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor akan dibentangkan di Klang pada 1 Mei sempena siri jelajah manifesto yang disertai Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

4. Adakah insiden pengeboman di ceramah BN baru-baru ini kebetulan atau perancangan yang teliti? TV Selangor mengimbas isu ini.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Abdul Khalid : Umno-Selangor Cuba “Beli Bilik Gerakan Pakatan”, Tabur Wang

BN UMNO SUK

SHAH ALAM 25 Apr : Umno Selangor diminta menghentikan usaha untuk membeli bilik gerakan Pakatan Rakyat Selangor dengan tujuan untuk melumpuhkan jentera PR di Selangor, dakwa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid juga mendakwa terdapat usaha membeli undi oleh pihak-pihak tertentu dengan menabur wang kepada pengundi di Selangor.

?Saya mencabar (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) untuk benar-benar menghormati  Akujanji Integriti yang antara lain untuk tidak mengamalkan kempen merasuah para pengundi.

?Pada masa yang sama, saya menyeru rakyat selangor tampil ke hadapan membuat laporan dan memberi maklumat  jika terdapat mana-mana calon, ejen mahupun penggerak parti politik menawarkan wang tunai ketika berkempen,? Abdul Khalid berkata dalam satu kenyataan media.

Abdul Khalid berkata laporan rasuah pengundi boleh dibuat kepada beliau, Suruhanjaya Pilihanraya dan polis.

?Saya berharap Transparency International memantau isu ini supaya pilihan raya dijalankan secara adil dan bebas.?

Pada masa yang sama, Abdul Khalid berkata satu laporan kecemerlangan pentadbiran PR Selangor akan dibentangkan di Klang pada 1 Mei sempena siri jelajah manifesto yang disertai Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

?Kita menjemput dan mengalu-alukan kehadiran Barisan Nasional untuk menyaksikan pembentangan ini termasuk calon-calon Menteri Besar Barisan Nasional.?

Dalam isu yang berlainan, Abdul Khalid mendakwa Najib tidak menghormati prinsip federalisme apabila Pengerusi Umno-BN itu berkata beliau akan sendiri pantau pentadbiran Selangor jika BN dapat menakluki Selangor.

?(Ini) menunjukkan bahawa Najib bukan sahaja tidak menghormati kedaulatan malah beliau tidak mempercayai calon bakal MB Umno yang dipilih.

?Saya menganggap ini bukan kempen sayangi Selangor tetapi memperbodohkan rakyat Selangor kerana  banyak maklumat salah tentang negeri Selangor,? kata Abdul Khalid.

Kejohanan Sukan Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor -Salam Selangor

Episod 25

Sinopsis 1: Kejohanan Sukan Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor atau SUKASA 2012 adalah kejohanan dwi tahunan yang digilirkan dari 12 Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Selangor setiap 2 tahun sekali. Tujuan kejohanan sukan ini dianjurkan adalah untuk memupuk seluruh pegawai dan anggota penguatkuasa di PBT Negeri Selangor agar membudayakan dan mengamalkan aktiviti serta gaya hidup sihat, cergas fizikal serta mental yang selaras dengan saranan pucuk pimpinan tertingggi Kerajaan Negeri Selangor.

Sinopsis 2:Presiden Parti keadilan rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkempen dengan cara beliau tersendiri dalam menyemai dan memupuk kesedaran terhadap peningkatan jenayah, khususnya terhadap golongan wanita dan suri rumah. Kempen tersebut dilakukan menerusi demonstrasi masakan dari dapur kediaman beliau sendiri dalam program yang di namakan ?santai bersama kak wan? anjuran biro komunikasi keadilan pusat.

Tetamu : Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat

Categories
NASIONAL

Wan Azizah Lancar Kempen Facebook ‘Wanita Malaysia Menentang Jenayah’

PETALING JAYA, 31 JULAI: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini melancarkan laman sosial Face Book, ‘Malaysian Mothers Against Crime’ (‘Wanita Malaysia Menentang Jenayah) di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Pelancaran laman sosial ini sebagai respon kegagalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengatasi maslah jenayah di negara ini.

Hishamuddin dan Datuk Seri Idris Jala yang bertindak selaku Pengerusi Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) mengumumkan beberapa inisiatif baru memerangi jenayah.

Jelas Azizah ini  menunjukan ketidakyakinan mereka sendiri terhadap ‘statistik menurun’ yang  didakwa sebelum ini

Antara Inisiatif yang dimaksudkan adalah seperti mewujudkan Semakan Jenayah Online, MyDistress, meningkatkan pengambilan Rakan Cop dan pembiayaan serta penubuhan jawatankuasa khas mengenai mangsa jenayah.

“Apakah ini reaksi mereka terhadap kenyataan kami bahawa jenayah di Malaysia telah meningkat?

“Ini menunjukan bahawa apa yang telah kami kemukakan adalah benar.

“Jadi, hari ini saya melancarkan satu kempen untuk membenteras jenayah sebagai agenda nasional.

“Sebagai ibu dan nenek, saya menjemput semua ibu untuk turut serta berkempen di halaman Facebook saya

Beliau turut menjemput semua pihak khususnya golongan wanita untuk turut serta berkempen di halaman facebook saya ‘Malaysian Mothers Against Crime,” kata Wan Azizah di sini.

Pelawat laman tersebut juga dipelawa untuk berkongsi fikiran serta maklumat berguna seperti rakaman video atau gambar kegiatan jenayah dan sebagainya agar orang ramai lebih berjaga-jaga.

Beliau turut menyarankan agar kerajaan lebih mendengari keluhan rakyat negara ini.

“Kerajaan seharusnya mendengar apa yang diperkatakan rakyat negara ini tentang keselamatan mereka dan bukannya menentukan apa yang harus dirasai oleh rakyat negara ini,” ujarnya lagi.

Categories
NASIONAL

Tangani Jenayah, Pendekatan Kerajaan Salah, Wan Azizah

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika mengadakan sidang media di ibu pejabat PKR

 

PETALING JAYA 10 JULAI: Pendekatan kerajaan dalam menguruskan masalah jenayah di negara ini adalah salah kerana ia hanya menumpukan kepada persepsi rakyat sahaja beritahu Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau mendakwa 71 peratus daripada belanjawan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) tahun 2012 adalah untuk aktiviti dasar mengurangkan perasaan takut terhadap aktiviti jenayah.

Katanya, kerajaan mengambil pendekatan salah dalam memerangi jenayah apabila membelanjakan sebahagian besar peruntukan Program Transformasi Kerajaan (GTP) bagi memerangi jenayah untuk menguruskan persepsi jenayah semata-mata.

Pada masa sama, kerajaan hanya memperuntukkan 3.67 peratus untuk mengurangkan jenayah pecah rumah dan curi kereta, 11.27 peratus untuk mengurangkan jenayah jalanan, 2.75 peratus untuk membawa penjenayah ke pengadilan, dan 11.25 peratus untuk meningkatkan tahap kepuasan awam dengan polis, jelas Wan Azizah lagi.

“Kerajaan tidak ikhlas apabila mereka hanya menumpukan kepada persepsi rakyat,” katanya.

Wan Azizah turut mengulas mengenai insiden serangan di perkarangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) semalam dengan mengatakan ia adalah contoh insiden yang tidak diingini yang berlaku di negara ini.

“Perkara berkaitan kawalan keselamatan perlu dititik berat oleh kerajaan bukannya melebihkan perbelanjaan untuk mengubah persepsi rakyat supaya lebih yakin kepada pihak keselamatan.

“Beberapa persoalan mengenai isu ini yang saya kemukakan sejak minggu lalu masih belum terjawab,” katanya

Mengulas ura-ura yang menyatakan beliau akan bertanding di kawasan DUN pada pilihan raya umum ke 13 yang akan datang, beliau memaklumkan akan mempertimbangkan perkara berkenaan.

Tetapi beliau enggan mengulas di kawasan dan negeri mana beliau akan bertanding sebaliknya akan berbincang terlebih dahulu sebelum perkara ini diputuskan.

“Bergantung pada mana-mana yang sesuai. Kalau bertanding DUN saya mesti ada sokongan pengundi di kawasan itu.

“Langkah pertama yang saya perlu buat adalah putuskan sama ada mahu bertanding atau tidak dan perlu utamakan faktor kemenangan,” katanya.

Categories
NASIONAL

Wan Azizah: Henti Guna Polis Intip Rakyat Tetapi Perlu Jaga Keselamatan

KUALA LUMPUR 3 JUL : Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru agar Kerajaan Umno-BN berhenti menggunakan pihak polis sebagai instrumen ‘police state’.

Sebaliknya beliau bertegas, kebebasan sepatutnya diberikan kepada polis untuk lebih fokus memerangi jenayah demi keselamatan rakyat keseluruhannya daripada bekerja untuk kepentingan politik Umno-BN semata-mata.

“Kami meminta kerajaan menghentikan kerja mengintip rakyat dan menjalankan usaha mengintip penjenayah.

“Secara keseluruhannya, unit Cawangan Khas (SB) berjaya menghasilkan 733, 000 laporan, berjaya mengintip kira-kira 4.3 peratus penduduk dewasa di Malaysia.

“Sebagai bandingan, Jabatan Siasatan Jenayah hanya membuka 212, 000 fail jenayah iaitu 30 peratus kurang daripada jumlah aktiviti mengintip yang dilakukan SB,” jelas Dr Wan Azizah dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini pagi tadi.

Beliau yang ditemani Majlis Pimpinan Pusat, Wong Chen juga turut mencabar supaya Kerajaan Pusat mengarahkan 90 peratus aktiviti SB ke arah membanteras jenayah.

“Walaupun kerajaan mendakwa kadar jenayah menurun, kita tahu dan sedar hakikatnya adalah sangat bertentangan.

“Kejadian bunuh, penculikan, ragut dan lain-lain jenayah yang dilakukan di tempat awam sering kita dengar dan ini secara terus menjadikan rakyat Malaysia kini hidup dalam ketakutan.

“Oleh itu, kita mendesak agar kerja-kerja SB dialihkan kepada usaha banteras jenayah dan jika kerajaan tidak mampu lakukan ini rakyat perlu bangkit dan tamatkan pemerintahan Umno-BN yang jelas tidak mampu menjamin keselamatan rakyat,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan rasa simpati atas kejadian samun yang berlaku ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik baru-baru ini.

“Walaupun kita tidak sehala, sebagai rakyat kita merasa simpati lebih-lebih lagi kepada isterinya, Puan Sri Zabedah Abdullah,” katanya.

Categories
SELANGOR

PKR: Kadar Jenayah Cemas, Menteri Perlu Respon

PETALING JAYA,29 JUN : Ketika Menteri Dalam Negeri mendakwa kadar jenayah di Malaysia turun dan antara negara paling selamat diduduki tetapi laporan media mendedahkan sebaliknya.

Oleh itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesa Menteri bertanggungjawab Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan polis menjawab dengan penuh tanggungjawab berhubung rungutan rakyat tentang peningkatan kadar jenayah.

Katanya, insiden ragut di Mid Valley Megamall minggu lalu, penculikan dan kegananasan terhadap Teoh Soo Kim seorang guru berusia 51 tahun dan penculikan kanak-kanak warga Belanda, Nayati Moodliar membangkitkan persoalan serius berhubung keganasan terhadap wanita.

“Jenayah perlu diukur kepada sejauh mana rakyat merasa selamat.Pada saat ini mereka(rakyat) tidak merasa selamat,”kata Wan Azizah.

Dr Wan Azizah mencabar kenyataan berkenaan indeks jenayah di negara ini sudah turun sedangkan realitinya rakyat kebanyakkannya berkongsi pandangan bahawa kadar jenayah di negara ini pada tahap mencemaskan.

“Rakyat tidak dapat menumpukan kepada aktiviti pembangunan dan ekonomi seandainya mereka tidak merasa selamat.

“Keselamatan merupakan tanggungjawab utama mana-mana kerajaan,dan pengaruh undi mereka juga bergantung kepada mana-mana pihak mana yang mampu untuk menjamin keselamatan mereka,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.