Categories
NASIONAL SELANGOR

Wakil Rakyat BN Abai Infrastruktur Kg Bagan Parit Baru Baroh

Aziz Bari 01

SABAK BERNAM 27 APRIL : Kira-kira 200 penduduk Kampung Bagan Parit Baru Baroh di sini kecewa dengan sikap Umno-BN yang mengabaikan pembangunan infrastruktur kampung itu yang wujud sejak 1970-an.

Seorang penduduk Ng Tiam Chai,44, yang ditemui wartawan Selangor Kini berkata, wakil rakyat Umno-BN tidak pernah turun padang melihat kedaifan perkampungan nelayan itu.

Katanya, kesukaran penduduk di situ ditambah lagi dengan laluan pejalan kaki yang diperbuat daripada kayu telah usang dan berisiko tinggi untuk roboh bila-bila masa.

Beliau mengharapkan wakil rakyat yang dipilih selepas ini akan dapat membaiki laluan pejalan itu dengan konkrit yang lebih kukuh dan selamat untuk dilalui penduduk.

Justeru, beliau dan penduduk di situ tekad memberikan sokongan kepada calon daripada Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ini agar mendapat pembelaan kelak.

Dalam pada itu, kesusahan penduduk itu mendapat perhatian Calon Pakatan Rakyat Parlimen Sabak Bernam, Dr Abdul Aziz Bari dan Calon DUN Sungai Air Tawar, Wahid Rais yang turun padang bertemu masyarakat di sana.

Aziz Bari 02

“Apabila tiada wakil rakyat yang berwibawa di kawasan ini maka penduduk di sini bagaikan ‘ayam kehilangan ibu’ yang tiada tempat untuk mengharapkan pembelaan,” kata Dr Aziz.

Tambah Dr Aziz, beliau akan menangani masalah yang dihadapi penduduk di sini ke peringkat persekutuan yang mempunyai dana pembangunan yang lebih besar.

“Ia melibatkan Kementerian Pertanian dan beberapa agensi lain jadi pembangunan infrasruktur ini sesetengahnya bukan melibatkan kuasa di bidang negeri.

“Sebab itu Pakatan Rakyat ingin mendapatkan kerajaan di peringkat pusat agar masalah seperti ini dapat di atasi,” ujar beliau.

Sementara itu, calon DUN Sungai Air Tawar, Wahid Rais berkata beliau agak terkejut dengan kedaifan infrastruktur di kampung itu yang disifatkan beliau dianaktirikan daripada pembangunan yang sewajarnya.

Categories
NASIONAL

Umno-BN Hipokrit Dan Bermuka-Muka Dalam Memfitnah Nurul Izzah

SABAK BERNAM, 7 NOV:  Tindakan Umno-BN memfitnah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebagai mengugat status Islam tetapi berdiam-diri tentang kelakuan pemimpin mereka sendiri menunjukkan sikap parti itu yang hipokrit.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno-BN membuat tuduhan melulu terhadap Nurul Izzah dan kononnya bertindak sebagai pembela bangsa Melayu dan Islam.

Tetapi Umno bermuka-muka apabila timbul perkara yang secara terang-terangan mengaitkan pemimpin Umno-BN itu sendiri.

“Siasatlah dia (Nurul Izzah) dahulu … tanyalah betul ke tidak betul…yang kilang arak San Miguel milik anak Mahathir (bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed) itu mereka (Umno-BN) tak berani nak cakap kenapa?

“Mereka (Umno-BN) secara lantang melaungkan..mana jabatan agama?…kalau Nurul Izzah, terus nak ambil tindakan, kalau ia melibatkan pemimpin Umno-BN?” katanya di dalam ceramah di Dataran Tanah Lesen Parit Baru, Sabak Bernam, malam semalam.

Semasa berucap pada forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? di Subang Jaya, Sabtu lalu, Nurul Izzah berkata Malaysia tidak seharusnya memaksa rakyatnya mengamalkan agama-agama tertentu.

Selepas kenyataannya dipaparkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia, NGO seperti  Perkasa dan Puteri Umno mendesak Nurul Izzah supaya bertaubat dan menarik balik kenyataannya kerana memberikan implikasi yang buruk kepada masyarakat dan agama Islam.

Bagaimanapun, Nurul Izzah bertegas bahawa kenyataanya diputar-belitkan dan beliau telah mengarahkan dua peguamnya Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah bagi memfailkan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa media lain.

Sebelum ini juga, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sendiri memberikan kenyataan mengelirukan mengenai perlaksanaan hukum hudud di Malaysia secara berulang kali namun pemimpin utama Umno-BN termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak memberikan sebarang teguran malah mengambil pendekatan mendiamkan diri.

Turut hadir pada ceramah tersebut Adun Batu Caves, Amirudin Shari, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dan bekas Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Professor Dr. Abdul Aziz Bari.

Dalam isu berlainan, Dr. Aziz Bari berharap penduduk Sabak Bernam dapat memberikan peluang dan kepercayaan terhadap PR dalam pilihanraya akan datang sebagai usaha melaksanakan pelbagai dasar yang bermanfaat kepada rakyat.

Sebelum ini Dr Abdul Aziz telah diumumkan sebagai bakal calon parlimen Sabak Bernam.

“Walaupun terdapat perselisihan di dalam pentadbiran PR di negeri-negeri yang ditadbirnya, tetapi perselisihan bukanlah kerana merebut projek.

?Tetapi mengenai perbincangan suatu dasar yang lebih baik untuk rakyat,” katanya ketika memberikan ucapan di hadapan ratusan penduduk yang datang walaupun keadaan hujan lebat.

Categories
NASIONAL

Semua Kaum Perlu Bersatu Tolak Umno-BN

SABAK BERNAM 21 JUN : Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari meminta semua kaum di negara ini bersatu dan menolak pentadbiran Umno-BN.

Katanya, hal itu kerana ramai pemimpin Umno-BN banyak mencetuskan masalah kepada rakyat dan akan berlagak hero untuk menyelesaikan masalah itu.

“Mereka ini pemimpin yang berpura-pura. Jadi kita mesti berubah untuk menolak dan membuang mereka.

“Contohnya, saya dimaklumkan, terdapat lebih 300 nelayan Cina di Sabak Bernam memohon untuk mendapatkan geran tanah tempat tinggal mereka tetapi tiba-tiba mereka dapati bahwa tapak rumah mereka itu dikenal pasti adalah tanah rizab melayu.

“Saya pelik bagaimana penempatan nelayan kaum Cina yang sudah berusia lebih 100 tahun boleh bertukar status. Kita dapat lihat, ini bukan kerja kita tetapi kerja Umno-BN yang mahukan pemimpin mereka bangunkan tanah terbabit,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 2,000 penduduk dalam Program Merdeka Rakyat, di sini semalam.

Hadir sama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.

Turut hadir, Ketua Cabang PKR Sabak Bernam, Badrolamin Baharon, Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng, Adun Hutan Melintang, S Ke savan, Adun Batu Caves, Amirudin Shari dan Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei.

Sementara itu, Chua Jui Meng berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak berani untuk mengumumkan Pilihan Raya Umum ke -13(PRU13) kerana khuatir Umno-BN akan tergugat.

“Saya diberitahu oleh sumber-sumber yang boleh dipercayai, jika Najib umumkan pembubaran parlimen, Johor bukan lagi kubu kuat Umno-BN tetapi akan jadi kubu kuat Pakatan Rakyat.

“Kerana di Johor sekarang angin sudah meniup, apabila Johor bergoyang maka Umno-BN di seluruh negara akan tergugat,” katanya.

Selain itu, Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR memberitahu pemberian saguhati RM50 sebulan kepada wanita seluruh negara akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat memenang PRU13.

Katanya, pemberian tersebut yang dinamakan Program Caruman Wanita Nasional adalah salah satu daripada program yang dirangka khusus bagi membela kaum wanita.

“Ia untuk membantu wanita tersebut sekiranya ditimpa perkara yang tidak diingini kepadanya, suami atau keluarganya. Maknanya wanita ada sesuatu untuk membantu mereka sekiranya ditimpa kesusahan,” katanya.