Categories
NASIONAL

SKMM Siasat Yassin Isu Siaran RFM – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 02042013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) semalam memanggil penyanyi dan komposer lagu popular, Yasin Sulaiman sebagai saksi bagi menyiasat stesen Radio Free Malaysia (RFM) merupakan usaha menyekat kebebesan media di negara ini.

2. Tuduhan Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bahawa pelaksanaan Manifesto Rakyat akan melonjakkan defisit ke paras 11.5% dan hutang kerajaan ke paras 62.1% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenarnya membelakangkan fakta prestasi pengurusan ekonomi yang buruk di bawah Umno-BN.

3. Pakar Perlembagaan, Dr Aziz Bari menyifatkan Kerajaan Negeri Sembilan yang ada hari ini tidak ubah seperti memandu kereta yang tamat tempoh insuransnya.

4. Kaum wanita diseru supaya sentiasa bersabar dalam menghadapi rutin hidup sebagai isteri dan Ibu serta perlu berusaha untuk maju dalam usaha meningkatkan pendapatan isi rumah.

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
SELANGOR

SKMM Siasat Yasin Berkenaan Temubual Bersama Radio Free Malaysia

SKMM Siasat Yasin 01

KUALA LUMPUR 1 APRIL: Penyanyi popular yang juga Duta Angkatan Muda Keadilan (AMK), Yasin Sulaiman dipanggil ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung temubualnya bersama Radio Free Malaysia (RFM) di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur hari ini.

Yasin dirakam kenyataannya oleh Pegawai SKMM, Iqbal Ikhwandi Mat Zin bagi membantu siasatan berkenaan RFM yang didakwa tidak mempunyai lesen dan permit daripada SKMM.

Turut menemani beliau, Ketua AMK, Samsul Iskandar Md Akin di sini hari ini.

Dalam pada itu, Samsul ketika ditemui pemberita menyatakan kehadiran Yasin hanya sebagai saksi bagi membantu siasatan terhadap stesen radio online berkenaan.

Pada 25 Mac lalu, RFM menemubual Yasin berkenaan lagu Reformasi yang dijadikan lagu kempen AMK diseluruh negara dan juga harapan beliau mengenai kebangkitan suara rakyat Malaysia.

Yasin berkata, beliau ditemuramah secara telefon oleh radio yang berpangkalan di London, United Kingdom itu dan tidak mengesyaki radio berkenaan menghadapi masalah seperti yang didakwa SKMM.

“Takda apa sangat pun, saya tak tahu radio ini ada masalah dengan kerajaan ke, empat hari lepas, mereka menemubual saya secara telefon dan bertanyakan mengenai lagu Reformasi dan harapan saya tentang Malaysia,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Yasin dan Samsul berpendapat bahawa kebebasan media mesti diberikan kepada semua pengamal media bagi menyampaikan maklumat kepada masyarakat dan bukannya menyekatnya dengan pelbagai akta dan undang-undang.

Ketika dilancarkan beberapa minggu lalu, RFM turut menebual beberapa tokoh politik terkenal seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai fitnah yang dikenakan terhadap beliau.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Tun Daim Takut Kekayaannya Dirampas Jika PR Menang

Ceramah Anwar 03

SHAH ALAM, 26 MAC : Tun Daim Zainuddin didakwa takut dengan kemungkinan Pakatan Rakyat akan mentadbir Putrajaya selepas pilihanraya ke-`13 kerana bekas Menteri Kewangan itu adalah antara kroni terbesar Umno yang akan hilang kekayaan yang mereka.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Daim telah menyalahgunakan kuasanya sebagai menteri apabila mengaut keuntungan dan kekayaan saham Bumiputera bernilai ratusan juta ringgit untuk diagihkan kepada kroni dan keluarganya.

Anwar mendakwa, beliau mempunyai rekod yang membuktikan salah guna kuasa Daim semasa memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dari tahun 1984 hingga 1991.

“Tun Daim itu bimbang dengan kekayaan yang diambil secara haram daripada negara. Apa yang saya tidak setuju ialah ekonomi negara itu digunakan untuk memperkayakan keluarga dan kroni.

“Tun Daim sendiri tahu ratusan juta wang Bumiputera miskin diagihkan kepada kroni beliau.

?Saya tahu dan faham rekod yang ada kerana saya menggantikan tempatnya sebagai Menteri Kewangan selepas itu,” katanya
dalam satu sesi temuramah bersama Radio Free Malaysia (RFM) malam tadi.

Dalam wawancara dengan akhbar pro-Umno New Sunday Times, Daim berkata Anwar bukan calon yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri.

Daim mendakwa Anwar akan mengucar-kacirkan negara dengan memimpin dengan nasihat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.

Beliau turut mendakwa, tiada suatu idea signifikan datang daripada Anwar selaku Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor.

Anwar menegaskan, semasa beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan, ekonomi negara membangun pesat antara 9 hingga 10 peratus setahun di samping hutang dan defisit negara dikurangkan.

Anwar berkata beliau yakin ekonomi negara akan bertambah lebih baik sekiranya Pakatan Rakyat (PR) diberi mandat untuk memerintah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Soal ekonomi negara saya yakin ia dapat ditambah baik seperti yang dilakukan Kerajaan PR di Selangor dan Pulau Pinang yang jauh lebih baik pengurusannya.

?Jadi bagaimana kita katakan pengurusan ekonomi PR itu lemah berbanding Umno-BN sebelum ini?” soalnya.