Categories
SELANGOR

Khairuddin mahu Pasar Siti Khadijah Paya Jaras jadi kenyataan

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 2 MEI: Calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman akan meneruskan usahanya mendapatkan kelulusan pasar bertingkat berkonsepkan sama seperti Pasar Siti Khadijah, Kelantan di kawasannya bagi kemudahan orang ramai.

Mohd Khairuddin berkata, beliau juga akan memastikan lot-lot kedai di pasar bertingkat serba lengkap itu hanya akan diberikan kepada penduduk Paya Jaras sahaja.

“Pasar bertingkat yang kita nak buat ini konsepnya sebiji macam Pasar Rabu atau Siti Khadijah, orang boleh berniaga tiap hari, bukan tiga hari seminggu, ada pakir di atas, ada pasar kering, ada pasar basah dan ada tempat makan.

“Saya berjanji ini semua diberi peluang hanya orang di Paya Jaras untuk memenuhi ruangan yang ada di tempat itu,” katanya pada ceramah kelompok di Kampung Kubu Gajah di sini.

Jelasnya, beliau akan terus memberikan tekanan kepada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBS) selagi pasar yang dimahukan itu tidak dibina.

Katanya, sehingga sampai ke satu tahap, MBSA menyampaikan pesanan kepada beliau supaya tidak terlalu memberikan tekanan kepada MBSA dalam isu itu.

“Saya pula nak pesan kepada MBSA, kalau tak mahu saya tekan, siapkan cepat pasar bertingkat, saya akan diam tetapi selagi tak siap saya akan gasak habis-habisan kerana saya mahu rakyat bangga kita ada stadium moden, pasar bertingkat dan lain-lain,” katanya lagi.

Mohd Khairuddin menambah, sebelum ini beliau juga berjaya menghidupkan kembali medan selera yang sebelumnya menjadi projek gajah putih di era pemerintahan Barisan Nasional (BN).

=EZY=

Categories
NASIONAL

Tsunami rakyat jadikan teori R.A.H.M.A.N kenyataan

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 1 MEI: Gabungan tsunami Melayu pada Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 1999, tsunami Cina dan India pada 2008 dan 2013 bakal mencetuskan satu tsunami rakyat menolak Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 nanti.

Calon Ahli Dewan Negeri (ADN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, tsunami rakyat ini bakal menjadikan teori R.A.H.M.A.N realiti.

“Tuan-tuan yakin dan percayalah kali ini teori R.A.H.M.A.N akan betul-betul berlaku dan kita akan ambil Putrajaya dengan sebaik-baiknya,” katanya.

“Kalau dulu tuan-tuan orang Umno, memang tuan-tuan percaya teori R.A.H.M.A.N apa dia? Umno akan tenggelam, akan ghuyup apabila teori R.A.H.M.A.N itu berlaku,” katanya pada satu program ceramah kelompok di Kampung Kubu Gajah, di sini.

Jelasnya, dalam teori itu, R.A.H.M.A.N mewakili nama-nama Perdana Menteri Malaysia pertama sehingga Perdana Menteri Keenam.

Katanya, teori itu menyebut Perdana Menteri berikutnya bukan lagi daripada Barisan Nasional (BN).

Katanya lagi, Bekas Perdana Menteri Keempat, dalam satu rakaman video beberapa tahun lalu, Tun Dr Mahathir juga pernah menyebut bahawa Umno akan hilang pada tahun 2020.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Untung orang Paya Jaras

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 5 JAN: Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras mampu tersenyum lebar apabila Ahli Dewan Negeri (ADN) kawasan terbabit, Mohd Khairuddin Othman mengumumkan sekurang-kurangnya 15 projek pembangunan di kawasan terbabit menjadi keutamaannya, pada tahun ini.

Menerusi Facebook, beliau berkata, projek terbabit termasuk dua projek hampir siap dengan 95 peratus kemajuan kerja membabitkan pembinaan Stadium Paya Jaras dan jalan alternatif menghubungkan Bandar Baru Sungai Buloh dan Bukit Rahman Putra.

“Manakala empat projek yang bakal memulakan kerja, pada tahun ini ialah jalan menghubungkan Kampung Sri Indah dan Hospital Sungai Buloh bernilai RM53 juta, pembinaan kiosk peniaga depan Masjid Bandar Baru Sungai Buloh, projek simpang empat di Masjid Huda dan pembesaran Sungai Cemubung.

“Selain itu tiga projek dalam kelulusan pula adalah permohonan baru Sekolah Agama Merbau Sempak, projek pasar bertingkat Paya Jaras dan Rumah Mampu Milik Selangorku,” katanya.

Sementara itu, katanya, projek pembangunan dalam perhatian ialah menambah lampu jalan di lokasi berisiko kemalangan, hentian bas berbumbung, menaik taraf medan selera bersebelahan stesyen minyak Shell di Bandar Baru Sungai Buloh dan pusingan ‘U’ Pusat Perdagangan TSB (TSB).

Selain itu, Mohd Khairuddin turut memfokuskan penyelesaian isu pemilikan tanah yang masih berjalan selain memberi keutamaan terhadap urusan berkaitan hal ehwal kebajikan dan pendidikan masyarakat, di DUN yang diwakilinya sejak 2013.

“Terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar, Exco, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Parit dan Saliran, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Selayang, Pejabat Tanah dan Daerah, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta semua yang membantu,” katanya.

Pengumuman itu disambut baik penduduk sambil menyifatkan mereka beruntung kerana mendapat seorang wakil rakyat yang memberi perkhidmatan terbaik.

“Tahniah YB, pasar moden dapat kelulusan,” tulis Fuaad Jam, manakala Muhammad Hafizuddin Abd Rahim
pula menulis, “Tahniah YB. Macam ini baru jiwa rakyat,” katanya.

 

Categories
SELANGOR

Orang Johor macam tak percaya Selangor ‘taja’ rakyatnya cermin mata

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 16 JAN: “Macam tak percaya ada kerajaan yang nak belanja beli cermin mata untuk rakyatnya,” demikian reaksi rakan dan saudara-mara Azman yang di Johor apabila beliau memberitahu cermin mata baru yang dipakainya ‘dibelanja’ Kerajaan Selangor.

Pengajar komputer bebas berusia 50 tahun itu berkata reaksi itu timbul semasa beliau berada di Johor melawat saudara dan rakan-rakan di sana beberapa minggu lepas.

Back To School TAWAS YB Khairuddin Econsave Sungai Buloh (ASRI) (2)“Masa itu saya di Johor dan bila saya beritahu cermin mata baru yang saya pakai Kerajaan Negeri belanja, mereka terkejut, macam tak percaya bagaimana Kerajaan Pakatan Selangor boleh adakan skim beri bantuan cermin mata kepada rakyatnya sedangkan di Johor tiada bantuan seperti itu.

“Bila mereka cakap begitu memang bangga sangat saya sebab Selangor ada Kerajaan Negeri yang prihatin dan bersungguh-sungguh nak bantu rakyatnya terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana,” kata Azman kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian semasa sedang membeli barangan keperluan keluarga di Econsave, Bandar Baru Sungai Buloh yang kebetulan Program Kembali ke Sekolah Ahli Tawas 2009 bagi DUN Paya Jaras diadakan.

Jelas Azman, bantuan yang diberikan itu meringankan bebannya berikutan kerjaya seorang pengajar komputer bebas seperti beliau memiliki pendapatan tidak menentu.

Ketika mengulas isu sama, Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman, berkata setiap permohonan membeli cermin mata paling lama hanya memakan masa seminggu untuk diselesaikan.

“Datang terus ke Pejabat DUN Paya Jaras dan prosesnya tidak rumit, Insya Allah Kerajaan Negeri belanja cermin mata baru untuk sesiapa yang memerlukan. Lagi pun bukan untuk sesiapa, untuk rakyat juga,” kata Mohd Khairuddin.

EZY

Categories
SELANGOR

Paya Jaras catat pemohon, penerima skim HIJRAH tertinggi

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 6 JUL: Peniaga di kawasan DUN Paya Jaras merupakan antara pemohon dan penerima skim HIJRAH tertinggi apabila mencatatkan lebih 600 peniaga di kawasan itu.

Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, ini berikutan pegawai Pejabat DUN Paya Jaras menerima sambutan positif terhadap skim yang ditawarkan Kerajaan Negeri itu.

11403278_646527868780803_8255626147622065079_n“Setiap hari, kita dapat respon cukup banyak di Facebook, whatsapp dan lain. Mereka bertanyakan macam-macam soalan bagaimana nak menyertai skim HIJRAH ini.

“Diharap mereka boleh berdikari selepas ini. Bantuan HIJRAH yang kita beri ini hanya satu batu loncatan untuk mereka ke tahap lebih baik supaya lepas ini lebih mudah nak kembangkan perniagaan dan nak dapat pinjaman bank pun mudah,” kata Mohd Khairuddin ketika merasmikan Majlis Penyerahan Cek HIJRAH Kepada 73 Peniaga di sini.

Tambah beliau, Pejabat Adun Paya Jaras juga mewujudkan mekanisme khas bagi memastikan setiap pemohon dapat latihan lengkap daripada Pusat Wanita Berdaya (PWB) sebelum memohon pinjaman terbabit.

Kata beliau, PWB menyediakan latihan kemahiran seperti memasak, menjahit dan lain-lain yang sesuai dengan bidang perniagaan yang diceburi peniaga terlibat.

“Selepas itu para perserta dibimbing menubuhkan sebuah syarikat enterprise dan menguruskan perniagaan mereka dengan lebih cekap,” kata Mohd Khairuddin lagi.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Khairuddin menyeru pengundi Paya Jaras supaya menghantar sebarang aduan kepada beliau melalui aplikasi whatsapp bagi melicinkan lagi perkhidmatan beliau terhadap warga Paya Jaras.

“Pada ‘key chain’ yang diedarkan dalam program-program kami ada tertera nombor telefon saya. Tuan puan boleh terus whatsapp.

“Tak perlu orang tengah. Insha-Allah akan diambil perhatian supaya pegawai saya boleh ambil tindakan selanjutnya,” kata Mohd Khairuddin lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

Pusat Bantuan Nur Barakah mohon sumbangan pakaian terpakai

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 28 OGOS: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras mengajak orang ramai menderma pakaian terpakai bagi membantu golongan memerlukan.

ADUN Paya Jaras, Khairuddin Othman, berkata inisiatif yang diwujudkan sejak tahun 2010 itu selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri memasyarakatkan kebajikan.

Katanya, usaha meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik tidak seharusnya dizahirkan melalui wang ringgit tetapi boleh juga hadir dalam bentuk lain seperti tenaga, kepakaran atau sumbangan barangan terpakai.

Paya jaras 5“Menjelang hari raya baru-baru ini, pakaian yang kita ada lebih 2,000 helai habis hingga kita rasa kecewa juga tidak dapat penuhi permintaan mereka yang memerlukan.

“Jadi, kita alu-alukan sumbangan orang ramai untuk memenuhkam semula stok kita supaya dapat membantu yang kurang bernasib baik,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata, orang ramai yang mahu memberi sumbangan boleh hadir ke Pusat Nur Barakah yang terletak berhampiran Masjid Sungai Pelong di Sungai Buloh.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata, pihaknya kini juga dalam perancangan mewujudkan lagi dua pusat bantuan lain iaitu pusat bantuan perabot terpakai dan bengkel ibu tunggal.

Khairuddin Othman ADUN Paya Jaras“Insya Allah jika tidak ada aral melintang kita dapat kembangkan lagi usaha membantu saudara yang lain.

“Saya percaya rakyat Selangor akan bersama menjayakan usaha murni berkenaan dalam menjadikan negeri ini berkebajikan, maju, sejahtera dan dirahmati Allah,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Pusat Bantuan Nur Barakah, orang ramai boleh hubungi Umi Rohani di talian 019-3724158 atau 019-3277267.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Pas Selangor : Sindiket Edarkan Borang MyKad Kepada Warga Asing Masih Berleluasa

SUNGAI BULOH 31 JULAI : PAS Selangor mendakwa aktiviti sindiket itu di beberapa kampung sekitar Paya Jaras mirip kempen pemberian Kad Pengenalan secara besar-besaran semasa pilihanraya negeri Sabah pada tahun 1994.

Lebih serius lagi, Pas Selangor mendakwa tiada sebarang reaksi atau tindakan daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) terhadap sindiket itu walaupun dua laporan telah dibuat iaitu di Balai Sg Plong dan Shah Alam pada tahun 2010 dan 2011.

Pada masa yang sama kata Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman DUN Paya Jaras juga telah merekodkan kenaikan mendadak jumlah ?pengundi baru? sebanyak 41 peratus dalam masa lima tahun.

“Sudah setahun lebih laporan polis dibuat, tetapi tiada sebarang makluman daripada polis, bahkan sindiket tersebut masih terus bergerak sampai sekarang,” kata Khairuddin yang juga merupakan Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paya Jaras.

Menurut Khairuddin, rumah warga asing di Jalan Gajah 23, Kampung Kubu Gajah dan Kampung Paya Jaras Hilir dikenal pasti sebagai lokasi yang sering dijadikan tempat pengedaran borang permohonan MyKad kepada warga Indonesia dan Kemboja di situ.

Khairuddin memberitahu kedua-dua kampung tersebut merupakan kampung yang hampir kesemua penduduknya terdiri dari warga Indonesia dan Kemboja.

“Memang pelik, borang MyKad boleh diedarkan sewenang-wenangnya, sedangkan permohonan perlu dibuat di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara.

“Mengapa perlu diadakan secara sorok-sorok pada lewat malam?” kata beliau lagi.

Tambah beliau, walaupun jentera pilihan raya PAS Selangor sendiri pernah ‘menyerahkan’ kumpulan sindiket itu kepada polis untuk tindakan susulan, tetapi kegiatan tersebut masih terus berjalan.

Menurut Khairuddin, kes tersebut mengingatkan terhadap kes pemberian kad pengenalan secara beramai-ramai kepada warga asing di Sabah pada 1994 yang dianggap sebagai faktor kemenangan Umno-BN di Sabah.

Khairuddin turut mendakwa terdapat gerakan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mendaftarkan isteri-isteri tentera dalam senarai pemilih tanpa pengetahuan individu terbabit.

“Saya dimaklumkan oleh satu sumber dalam tentera sendiri, hampir 80 peratus isteri tentera yang didaftarkan sebagai pemilih tidak mengetahuinya,” ujar Khairuddin lagi.

Di Sungai Buloh, sekurang-kurangnya terdapat dua buah kem tentera termasuk yang berada di kawasan DUN Paya Jaras.