Hujan sejak minggu lalu, paras air empangan meningkat

Kapasiti air di Empangan Sungai Selangor mencatatkan peningkatan positif berikutan hujan lebat yang turun hampir setiap hari sejak minggu lalu.

Empangan Sg. Selangor : Kapasiti air mencukupi


Kapasiti simpanan air di Empangan Sungai Selangor mencapai tahap maksimum susulan taburan hujan mencukupi sejak tiga minggu lalu.

Categories
SELANGOR

Paras air empangan seluruh Selangor terkawal

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 14 MAC: Paras air di kebanyakan empangan seluruh Selangor masih terkawal walaupun mengalami penurunan berbanding minggu lalu.

Setakat 8 pagi tadi, paras empangan Sungai Langat mencatatkan penurunan 2.68 peratus iaitu 91.96 peratus berbanding minggu lalu (94.64).

EmpanganEmpangan Batu menurun 1.99 peratus (87.08) berbanding minggu lalu iaitu 89.07, manakala Klang Gates juga menurun 2.09 peratus (84.70) berbanding 86.79 peratus.

Sementara itu, Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratus air kepada Lembah Klang menurun dari 75.05 peratus kepada 73.89 peratus iaitu mengalami penurunan 1.16 peratus.

Selain itu, paras air di empangan Tasik Subang mencatat jumlah takungan tertinggi iaitu peningkatan 100 peratus berbanding minggu lalu iaitu 97.51 peratus diikuti Semenyih 95.42 peratus.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, sebelum ini berkata paras air di tujuh empangan di seluruh Selangor terkawal dan mencukupi bagi memenuhi keperluan semasa rakyat negeri itu.

Paras itu menunjukkan kapasiti lebih tinggi berbanding tempoh masa sama tahun lalu.

azmin“Contohnya pada 4 Mac lalu, paras empangan Sungai Selangor mencatatkan bacaan pada 44.84 peratus berbanding hari ini iaitu 75.05 peratus.

“Kita juga mendapati penggunaan air perkapita bagi rakyat negeri ini tinggi iaitu 235 liter sehari dan saya mengingatkan pengguna supaya mengurangkan penggunaan air bagi menjaga kelangsungan bekalan air ini,” katanya.

Sementara itu, Lembaga Urus Air Selangor (Luas) memulakan proses pembenihan awan sekitar Empangan Sungai Selangor bertujuan menambah kapasiti takungan air dalam empangan itu yang kini berada di paras 78.93 peratus.

Pengarah Luas, Md Khairi Selamat berkata, pihaknya sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan krisis air di Lembah Klang ekoran fenomena Ekuinoks yang membawa cuaca panas bermula minggu depan sehingga awal April ini.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kapasiti Empangan Sungai Selangor terus catat peningkatan positif

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 24 MEI: Kapasiti air di Empangan Sungai Selangor yang membekalkan kira-kira 60 peratus air kepada penduduk di Lembah Klang dan Putrajaya kian mencatat peningkatan positif berikutan hujan lebat yang turun hampir setiap hari, awal Mei lalu.

Berdasarkan laporan daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), paras takungan empangan Sungai Selangor setakat jam 8 pagi tadi terus meningkat pada 42.3 peratus dengan kadar 97.28 juta meter padu.

Ia terus meningkat berbanding, pada 17 Mei lalu yang mencatatkan bacaan 41.83 peratus dengan kadar 96.21 juta meter padu.

EmpanganKapasiti empangan itu jika penuh adalah 235,320,000 meter padu membabitkan reka bentuk empangan 400 meter luas di kaki, 800 meter panjang dan 110 meter tinggi, terdiri daripada 1.2 juta meter padu teras tanah liat serta 6.4 juta meter padu granit.

Pada ketika ini, hanya pengepaman air sungai ke dalam kolam sedang beroperasi berikutan lebihan aliran sungai yang diterima setiap hari hasil daripada kadar hujan yang tinggi.

Pengepaman air daripada kolam di Bestari Jaya ke dalam Sungai Selangor dilakukan bermula pada 26 Februari sehingga 6 April lalu.

Sementara itu, Empangan Batu mencatat kadar takungan 86.19 peratus, manakala Empangan Langat pula meningkat kepada 20.51 juta padu atau 60.17 peratus berbanding 19.49 juta meter padu (57.16 peratus) pada minggu lalu.

Dalam tempoh sama, Empangan Klang Gates mencatat bacaan takungan terkini 16.08 juta meter padu (63.45 peratus), Empangan Semenyih, 48.56 juta meter padu (82.21 peratus), Empangan Sungai Tinggi, 79.45 juta meter padu (69.39 peratus) dan Empangan Tasik Subang pada paras 3.51 juta meter padu (83.53 peratus).

-NFN-

JURNAL BERITA – MB : RM10juta bina infra pam air ke Sungai Selangor

1. MB: Peruntukkan RM10 juta, bina infra untuk pam air ke Sg Selangor

2. MB: MOU air bukan rahsia, rakyat boleh teliti dokumen

3. KEMASKINI: Adun dan media dihalang lawat Empangan Sungai Selangor

4. Wan Azizah: Perancangan jahat Umno halang Anwar jadi Presiden PKR

5. Sultan Selangor terima Zakat Perniagaan Bank Rakyat RM4.47 juta

6. Tian: Kapal disamun dekat Pulau Ketam, apa sudah jadi keselamatan negara?

7. Nurul Izzah: Perjelaskan perjanjian projek janakuasa, elak kerugian

8. Anwar: Penyebaran fitnah tahlil untuk Karpal perbuatan ‘macai’ Umno

9. Geran Mosti: Kos projek RM130 juta tapi dapat RM150 juta

10. Harga Getah terus jatuh, peneroka tekad demo di kubu kuat Umno

11. MH370: Tolak kaji selidik Merdeka Center, menteri tak hormat pandangan rakyat

12. Peguam: Mahkamah tolak masa rayuan kes Anwar, tak simpati kematian Karpal

13. Saingan sengit Timb. Presiden PKR, demokrasi dalam parti

14. PKR sasar tambah 50,000 ahli baru masyarakat Tionghua dalam 5 tahun