JURNAL BERITA – ‘Chinese for Chinese’, serlah politik perkauman BN

1. Pengundi Kajang jangan mudah serah salinan kad pengenalan

2. PRK Kajang : PR tolak provokasi, seru penyokong lawan kezaliman

3. Parlimen : Kos terowong bawah tanah MRT RM340 juta tidak rasional

4. Provokasi laga komponen PR, bukti BN terdesak di Kajang

5. FMFA : Mei Fun perlu mohon maaf kepada Kerajaan Selangor

6. Umno-BN akhirnya mengaku biayai PERKASA

7. SAMM : PRK Kajang serlah politik perkauman BN

8. Muhyiddin berdongeng, nafi BN tidak terbabit rayuan kes Anwar

9. Apa motif SPR pindah DUN pengundi?

10. UNISEL : Image East beri peluang pelajar ketengah bakat

11. MBSA anjur Kayuhan Santai Shah Alam edisi kedua

JURNAL BERITA – 75.9% yakin Wan Azizah menang PRK Kajang

1. Kajian UNISEL : Abdul Khalid di tangga teratas tahap kepimpinan baik

2. MB : Jawatankuasa Khas Pengangkutan Awam Selangor kaji kesesakan lalu lintas

3. Kapasiti empangan bertambah, catuan diteruskan hingga paras memuaskan

4. Exco: BN dicabar serah maklumat rumah urut kepada PBT

5. Empangan kritikal dijangka pulih selepas peralihan monsun

6. LUAS : Kapasiti air empangan Selangor kurang peningkatan

7. Selangor tawar premium RM1,000 perbaharui pajakan tanah kediaman

8. Kajian UNISEL : 75.9% yakin Wan Azizah menang PRK Kajang

9. FMFA: Mei Fun patut sekolah semula belajar Geografi

10. Naik taraf Stadium Shah Alam, langkah terbaik untuk prestasi antarabangsa

11. Exco: Orang ramai jangan terpengaruh hebahan fitnah terhadap Kerajaan Selangor

12. Anwar : Zaharie cintakan reformasi demokrasi

13. SMITF 2014 dijangka tarik 30,000 pengunjung

Categories
NASIONAL

FMFA: Kondom diedar percuma?, Kerajaan BN patut bertanggungjawab

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 19 MAC: Selepas negara dikejutkan dengan kematian enam anak muda didakwa akibat pengambilan dadah berlebihan pada acara muzik terbesar, Future Music Festival Asia (FMFA) minggu lalu.

Konsert berkenaan didakwa turut dicemari dengan ‘pemberian’ kondom yang menyebabkan berlakunya pergaulan bebas tanpa batasan.

FMFAKondom berkenaan yang diletakkan dalam pek ringkas berwarna hitam yang tertera logo ‘Future Music Asia 2014’ dengan tema ‘Party Hard, Party Safe, Take Care’.

Pek berkenaan diletakkan satu kondom serta memaparkan cara penggunaan.

Keadaan ini nyata memburukan imej negara yang lebih menumpukan kepada prospek kehadiran pelancong sehingga sanggup membenarkan anak muda menggunakan barang terlarang dan berhibur secara bebas.

Dalam kejadian berkenaan, enam individu meninggal dunia sementara tiga yang lain kritikal ketika berhibur dalam acara itu.

Semuanya adalah rakyat Malaysia berumur antara 21 dan 28 tahun.

Difahamkan konsert tiga hari itu mendapat kelulusan Kementerian Pelancongan selain dijangka menarik lebih 80,000 peminat untuk melihat barisan lebih 70 band dan artis dijadual membuat persembahan pada 13-15 Mac 2014.

konsert liarEkoran kejadian berkenaan, konsert itu terpaksa dibatalkan dan hanya berlangsung satu hari.

Sebelum ini, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Kerajaan BN patut bertanggungjawab memberikan penjelasan berkenaan acara itu dan berharap ia tidak berulang di masa hadapan.

Katanya, tragedi ini menimbulkan beberapa persoalan yang wajib dijawab pihak berkuasa kerana FMFA tahun ini merupakan kali ketiga konsert ini diadakan di Malaysia dengan dijangka 75,000 pengunjung hadir ke acara tersebut.

FMFA mendapat dokongan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menerusi Malaysia Major Events sebuah bahagian di bawah agensi Kementerian tersebut iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bureau.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Kerajaan BN patut menjawab sokongan konsert FMFA

Oleh: Nik Nazmi Nik Ahmad

Kematian enam orang di Future Music Festival Asia (FMFA) yang diadakan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur adalah peristiwa yang amat menyedihkan. Pada masa yang sama 14 pengunjung FMFA dirawat berikutan konsert tersebut di 3 hospital di sekitar Kuala Lumpur. Kita berharap merekapulih dengan segera.

40 orang telah ditangkap polis berkaitan pemilikan dadah ecstacy, ganja dan jenis yang belum dikenalpasti.

konsert liarTragedi ini menimbulkan beberapa persoalan yang wajib dijawab pihak berkuasa. FMFA tahun ini merupakan kali ketiga konsert ini diadakan di Malaysia. Tahun ini, dijangka 75,000 pengunjung hadir ke acara tersebut.

FMFA mendapat dokongan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menerusi Malaysia Major Events sebuah bahagian di bawah agensi Kementerian tersebut iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bureau.

Menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) di bawah Jabatan Perdana Menteri, Malaysia Major Events ditugaskan menjadikan Malaysia destinasi utama acara-acara sedunia.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz menyempurnakan majlis pelancaran senarai artis FMFA 2014 pada 17 Oktober 2013.

Dalam ucapannya, Nazri menganggap FMFA 2014 sebagai acara penting Tahun Melawat Malaysia 2014. Pihak penganjur, Iqbal Ameer yang merupakan Pengarah Livescape Sdn. Bhd. telah bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Khairy dalam kenyataannya pada 16 Mac memaklumkan Iqbal memohon untuk menggunakan perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi FMFA. Tetapi Khairy, mahupun Nazri tidak boleh lepas tangan dalam hal ini.

Mengapa tidak diselidik dengan lebih mendalam tentang acara yang hendak dianjurkan? Khairy sendiri mengakui beliau sedar bahawa ada pengunjung acara-acara electronic dance music atau trance – seperti FMFA ini – yang terlibat dalam pengambilan dadah. Ini merupakan maklumat yang diketahui umum di seluruh dunia.

Jika begitu, mengapakah acara ini mendapat dokongan Kerajaan Persekutuan? Adakah pihak berkuasa telah meletakkan kawalan keselamatan dan seliaan yang sewajarnya?

* Nik Nazmi Nik Ahmad adalah Timbalan Speaker DNS dan Adun Seri Setia