Categories
NASIONAL

Subsidi minyak masak dijangka dipotong, harga makanan bakal naik

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 20 OKT: Subsidi minyak masak dijangkakan akan dimansuhkan bermula 1 November depan adalah yang pertama dalam tempoh 10 tahun.

Manakala, bermula tahun depan hanya harga bagi bungkusan 1kg akan diberikan subsidi.

Kesemua saiz lain seperti botol 500 gram, 1kg, 2kg dan 3kg, tidak lagi disubsidikan kerajaan.

Persatuan Pengeluar Minyak Makan Malaya (MEOMA) berkata, pengurangan subsidi itu akan menyebabkan kos memasak di negara ini bertambah.

minyak-masakKatanya, turut dijangka meningkat adalah harga makanan di luar, dengan restoran dan premis makanan cuba ‘mengalihkan’ kos berkenaan kepada pelanggan.

“Semua harga runcit bagi minyak masak campuran dalam pelbagai jenis bungkusan juga tidak lagi diberikan subsidi,” katanya dalam kenyataan.

Persatuan itu, katanya, ia selari dengan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) yang dilaksanakan kerajaan pada Jun 2007 berikutan kenaikan harga minyak sawit ketika itu.

COSS distruktur semula merupakan sebahagian daripada pelan rasionalisasi subsidi kerajaan.

Persatuan itu turut memaklumkan bahawa COSS yang di bawah bidang kuasa Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, akan diselia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Katanya, subsidi kerajaan bagi keperluan asas seperti petrol, diesel, minyak masak, tepung dan bantuan seperti BR1M menurun sebanyak 9.6 peratus kepada RM24.64 bilion tahun ini, dari RM27.3 bilion tahun lepas.

Ia menjangkakan jumlah itu akan lebih rendah pada tahun depan, berikutan pelan rasionalisasi subsidi.

Harga runcit siling bagi pek plastik 1kg dan botol 5kg akan disemak semula menyaksikan peningkatan harga dari RM2.50 kepada RM2.90 untuk pek plastik 1kg, dan dari RM13.35 kepada RM15.25 bagi botol 5kg.

YUSOF FOMCASementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna-Penguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, Kerajaan Persekutuan perlu memastikan kenaikan itu tidak terlalu mendadak dan perlu memastikan peniaga tidak menaikan harga sesuka hati.

Yusof menjangkakan harga makanan akan meningkat tidak lama lagi.

Selain itu, Presiden Persatuan Penjaja Persekutuan Malaysia, Yaw Boon Choon berkata, pemansuhan subsidi bagi minyak masak akan menjejaskan peniaga makanan.

“Ini terutama peniaga yang menggunakan banyak minyak seperti peniaga cakoi,” katanya.

-nR-

Categories
NASIONAL

FOMCA: Wajib ada lokasi kitar semula telefon pintar

SHAH ALAM, 13 OKT: Syarikat pengeluar telefon di negara ini wajib menyediakan lokasi khas bagi tempat pembuangan telefon pintar rosak supaya ia boleh dikitar semula.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, lokasi khas itu boleh dijadikan satu daripada elemen penting dalam undang-undang e-sisa yang bakal
dikuat kuasa, pada 2018.

Beliau berkata, langkah itu mengambil ‘inspirasi’ daripada pengasingan sisa pepejal seperti sampah sarap kepada beberapa bahagian.

“Dalam undang-undang baru, syarikat pengeluar telefon perlu menyediakan lokasi khas untuk pembuangan telefon pintar rosak.

“Jika boleh, syarikat pengeluar beli semula telefon itu daripada pengguna dengan membayar sedikit insentif, sekali gus mampu menarik minat pengguna menjualnya,” katanya lapor BERNAMA.

Pada masa sama, Mohd Yusof turut mencadangakan kerajaan supaya menguatkuasakan undang-undang dengan mengenakan tindakan terhadap pemilik telefon pintar yang gagal membuang telefon pintar rosak.

Katanya, ia bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap kesedaran mengitar semula telefon pintar.

YUSOF FOMCA“Sebelum ini, orang ramai membuang sisa telefon pintar merata-rata tempat hingga membahayakan nyawa sedangkan ia mengandungi komponen bertoksik.

“Komponen plumbum pada telefon pintar rosak mampu merosakkan sistem saraf dan buah pinggang, manakala bahan merkuri boleh menyebabkan insomnia,” katanya.

Yusof turut meminta semua pihak supaya memainkan peranan termasuk syarikat pengeluar telefon pintar dengan menjalankan kempen kitar semula dan menggalakkan orang ramai membuangnya secara sukarela.

Ditanya berkenaan pengguna telefon pintar yang masih menyimpan telefon lama mereka, Yusof berkata, tidak salah menyimpannya sebagai koleksi, namun ia mesti diasingkan daripada komponen berbahaya untuk mengelak kemudaratan kepada kesihatan.

-AA-

Categories
NASIONAL

Harga ayam cecah RM10 sekilogram

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 12 JULAI: Harga ayam seluruh negara didapati naik lebih RM2 sehingga mencecah RM10 sekilogram berbanding harga kawalan RM7.90, sejak Khamis lalu.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata harga RM7.90 itu adalah harga kawalan yang di tetapkan kerajaan menjelang Ramadan, namun tamat pada 1 Syawal iaitu 6 Julai lalu.

yusuf fomca“Selepas hari raya, harga akan kembali seperti biasa bergantung kepada pasaran dan permintaan.

“Bagaimanapun, ia tidak sepatutnya naik terlalu tinggi dan penguatkuasa perlu membuat siasatan serta mengambil tindakan ke atas peniaga juga pemborong yang menjual dengan kadar harga yang tidak sepatutnya,” katanya kepada Selangor Kini.

Sebelum ini, dakwaan mengatakan harga ayam turut naik ketika musim hari raya kali ini yang berpunca daripada ayam mengalami wabak bronkitis berjangkit (IB) atau sakit kerongkong.

Mohd Yusuf menyaran kementerian menyiasat terlebih dahulu untuk mendapatkan kesahihan wabak yang didakwa beberapa pihak.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) beranggapan ia hanya andaian semata-mata.

ayam-di-pasarTimbalan Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Ahmad Dahuri Mahmud, berkata itu spekulasi dan kementerian akan mengambil tindakan tegas kepada peruncit yang mengaut keuntungan secara tidak munasabah apatah lagi sempena musim perayaan.

“Kita tidak pasti harga ayam naik sebab apa kerana pihak kita belum menerima sebarang maklum balas daripada mana-mana peruncit berkenaan kenaikan harga ayam.

“Kita tunggu peruncit berikan fakta dan sebab mengapa mereka naikkan harga ayam. Kalau sengaja mereka naikkan, tindakan tegas akan diambil ke atas mereka,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

FOMCA: Peniaga disaran elak manipulasi harga barangan

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 21 JUN : Peniaga disaran mematuhi garis panduan skim kawalan harga ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KDNKK) dengan tidak memanipulasi harga barangan di pasaran.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata ada peniaga sengaja menaikan harga barangan di pasaran ekoran faktor permintaan tinggi menjelang sambutan perayaan.

“Harga barangan menjelang perayaan ini bergantung kepada permintaan (pasaran), kalau permintaan itu tinggi kemungkinan ianya menyebabkan harga pasaran tinggi.

FOMCA“Peningkatan ini didorong atas faktor permintaan dan penawaran. Oleh sebab itulah kerajaan memulakan skim kawalan harga seawal 20 hari sebelum raya dan sehari selepas raya.

“Tujuannya untuk mengawal harga barangan yang biasanya digunakan untuk tujuan perayaan seperti daging, ayam dan keperluan basah lain,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman memberi jaminan harga barangan di pasar tani seluruh negara tidak meningkat menjelang sambutan Aidilfitri ini.

Sebelum ini, trend peningkatan harga barangan menjelang perayaan melambung tinggi dan melebih harga skim kawalan ditetapkan KDNKK.

Bagaimanapun Yusoff berkata, peniaga perlu lebih bertangunggjawab dengan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan bagi mendapatkan keuntungan berganda.

“Jika pengguna menyedari harga barangan yang menggunakan label merah jambu dinaikkan secara melampau, mereka boleh membuat aduan kepada KDNKK untuk diambil tindakan selanjutnya,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

FOMCA: TNB disaran tawar diskaun bantu rakyat

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 25 APR : Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menyarankan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberikan kadar diskaun sewajarnya kepada rakyat bagi menampung kenaikan melambung bil elektrik.

Timbalan Presidennya, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata inisiatif tersebut boleh dilaksanakan sebagai tanggungjawab syarikat itu meringankan beban rakyat.

“Kalau TNB sebagai syarikat bertanggungjawab memahami keperluan rakyat, TNB mungkin tidak dapat menurunkan tarif tetapi boleh berikan diskaun kepada pengguna.

TNB“Diskaun dengan nilai tertentu boleh diberikan kepada pengguna dalam tempoh waktu tertentu untuk bantu meringankan beban rakyat,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau mengulas rungutan pengguna berhubung kenaikan melampau penggunaan bil elektrik ketika cuaca panas terik dan kering berpanjangan.

TNB sebelum ini mengumumkan, kenaikan sebanyak 37.82 peratus itu berpunca daripada lebihan penggunaan elektrik ekoran faktor El-Nino.

Bagaimanapun Yusof berkata, kenaikan melampau dikenakan kepada pengguna juga perlu disemak supaya sistem kiraan itu dibuat secara tepat tanpa berlakunya penipuan.

FOMCA“Memanglah benar dalam keadaan cuaca panas ini pengguna akan menggunakan elektrik lebih banyak daripada biasa.

“Tetapi kalau bil yang mereka terima itu terlalu tinggi melebihi dua kali ganda atau lebih, ia perlu disemak semula supaya kiraan itu dibuat secara betul dan tepat,” katanya.

Akaun Facebook TNB Careline sebelum ini menjadi tumpuan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna ekoran cas elektrik yang didakwa melambung tinggi.

Lebih menaikkan kemarahan pengguna adalah apabila TNB mendakwa cuaca panas atau El Nino yang melanda negara sebagai punca kenaikan tersebut.

EZY

Categories
NASIONAL

Buat aduan jika harga barang naik mendadak

Oleh: ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 2 MAC: Pengguna dinasihatkan membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) jika berlaku peningkatan mendadak harga barangan berasaskan tepung di pasaran.

Pengarah Komunikasi Kumpulan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata walaupun barang itu bukan di bawah harga kawalan, namun peniaga tidak semudahnya menaikan harga pada kadar tidak masuk akal.

FOMCA“Barang ini bukan di bawah kawalan dan ia sebenarnya bergantung kepada peniaga yang menentukan harga.

“Sebagai contoh harga bagi sekeping roti canai sekarang RM0.90 sen, kalaulah meningkat sampai RM1.90 bagi saya sudah terlalu melampau.

“Jadi pengguna perlulah membuat aduan supaya pihak berkuasa boleh ambil tindakan terhadap pengusaha restoran itu,” katanya kepada SelangorKini.

Semalam, media melaporkan KPDNK akan menghapuskan subsidi seguni tepung gandum seberat 25 kilogram.

Pemansuhan itu dijangka mengakibatkan makanan berunsurkan gandum berdepan kenaikan.

Justeru, Yusof berkata, kerajaan digesa supaya menyediakan mekanisme terbaik supaya masalah itu dapat diatasi.

“Keutamaannya perlu ada cara untuk mengawal atau membolehkan subsidi sedia ada disalurkan kepada pengguna dan bukannya peniaga terus mengambil kesempatan menaikkan harga,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

FOMCA alu-alukan tarif air Selangor kekal

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 23 FEB: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mengalu-alukan pengumuman pengekalan tarif air di Selangor seperti dimaklumkan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Timbalan Presidennya, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pengumuman itu tepat pada masanya ketika kebimbangan rakyat memuncak sekiranya kenaikan itu bakal berlaku dalam tempoh terdekat.

FOMCA“Kita mengalu-alukannya jika ia benar dilaksanakan. Kita sedia maklum penstrukturan industri air Selangor sudah diselesaikan dan mungkin ada kos yang perlu dibayar bagi menampung perbelanjaan.

“Kita berharap jika ia (tarif) dinaikkan, biarlah pada masa akan datang dan bukannya sekarang,” katanya kepada SelangorKini.

Sebelum ini, Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Negeri tidak bercadang menaikkan tarif air seperti dihebohkan.

Katanya, beliau sudah mendapatkan penjelasan daripada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berhubung perkara itu.

EZY

Categories
NASIONAL

FOMCA jangka lebih banyak subsidi dikurangkan

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 25 JAN: Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menjangkakan lebih banyak subsidi bakal dikurangkan dalam semakan belanjawan yang dibentangkan hujung bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata jangkaan itu berdasarkan situasi ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

FOMCA“Belanjawan tahun lepas banyak dikurangkan subsidi jadi semakan belanjawan negara hujung bulan ini sudah tentu lebih banyak akan dikurangkan.

“Dengan kejatuhan mata wang, harga minyak dan penarikan biasiswa JPA sudah tentu membimbangkan rakyat dalam menghadapi 2016,” katanya kepada SelangorKini.

Yusof berkata Kerajaan Persekutuan seharusnya mengurangkan perbelanjaan pengurusan berbanding pengurangan subsidi.

Katanya, banyak ketirisan berlaku menyebabkan pembaziran melampau.

“Ketirisan berlaku dari pelbagai aspek. Jika Kerajaan Persekutuan dapat tangani sudah tentu penjimatan wang.

“Begitu juga dengan pengurusan, kerajaan patut mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu contohnya logistik, mesyuarat di tempat-tempat mewah, penukaran kereta dan sebagainya,” katanya.

Sehubungan itu, FOMCA menasihatkan supaya pengguna mengambil langkah berjimat cermat dalam berbelanja.

“Tahun ini, ekonomi agak getir jadi pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Berbelanja secara berhemah dan perlu mempunyai simpanan jika kegawatan ekonomi berlaku.

“Ia sekurang-kurangnya pengguna bersedia dengan segala kemungkinan.

“Kuasa pengguna terletak pada pembeli. Jika pembeli mengurangkan perbelanjaan sudah tentu ekonomi makin jejas, namun langkah berjimat cermat perlu diambil,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

FOMCA: 2016 rakyat semakin tertekan kenaikan harga barangan

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 3 JAN: Rakyat semakin terhimpit dengan kos sara hidup yang semakin meningkat ditambah dengan ketidak prihatinan Kerajaan Persekutuan mengurangkan subsidi.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata rakyat bakal menghadapai saat gentir menghadapi 2016 apabila Kerajaan Persekutuan mengurangkan subsidi diberikan.

FOMCA“Yang mana subsidi perlu ditarik, ia akan dilakukan antaranya barang keperluan seperti subsidi minyak masak, beras dan tepung.

“Hal itu memberi kesan yang ketara kepada pengguna khususnya rakyat yang berpendapatan rendah kerana beban daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) juga perlu ditanggung,” katanya kepada Selangor Kini.

Katanya, walaupun ada sesetengah barang yang tidak ditarik subsidi tetapi kemungkinan kenaikan harga barang bakal berlaku akibat peniaga yang menanggung beban GST.

“Ia bakal memberi impak dan tekanan kepada rakyat dalam menghadapi 2016 ini.

“walaubagaimanpun harga petrol dan elektrik masih kekal dan tiada kenaikan di laporkan,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

FOMCA: Kerajaan Persekutuan diminta perjelas GST kad prabayar

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 19 OKT: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mahu Kerajaan Persekutuan memperjelaskan dengan lebih terperinci mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada kad tambah nilai prabayar.

Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pihaknya tidak mahu pengguna tertipu kononnya kad tambah nilai itu kembali kepada harga asal sebelum perlaksanaan GST sebelum ini.

FOMCAKatanya, hal itu kerana beliau bimbang syarikat telco bakal mengenakan GST kepada pengguna apabila membuat panggilan dan sistem pesanan ringkas (SMS).

“Kalau dilihat sebelum pelaksanaan GST sebelum ini, memang mahu pengguna bayar RM10 kemudian dapat RM10. Namun, panggilan dan SMS akan dikenakan GST.

“Sebab itu kita mahu, pihak berwajib lebih memperjelaskan perkara ini supaya pengguna tidak keliru dan tertipu,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Yusof berkata pihaknya mengalu-alukan sekiranya tiada sebarang elemen GST dikenakan namun bimbang sekiranya pengguna masih dikenakan GST.

Sebelum ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KASTAM) akan mengumumkan harga kad tambah nilai prabayar telefon bimbit kembali seperti sebelum pelaksanaan GST pada 1 November ini.

KASTAM dilaporkan berbincang mengenai perkara itu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya pengguna tidak lagi dikenakan bayaran tambahan apabila membeli kemudahan itu.

Mulai April lalu, susulan pengenalan GST enam peratus, semua telko mengenakan cukai itu pada kad tambah nilai prabayar telefon tetapi bersetuju menambah masa berbual dan SMS pada kadar melebihi enam peratus.

Pengarah GST KASTAM, Datuk T Subromaniam, berkata keputusan itu dicapai hasil perbincangan pihaknya dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Kewangan dan telko.

EZY

Categories
NASIONAL

FOMCA: Semak perjanjian konsesi, jangan terus bebani rakyat

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 OKT: Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mengesyorkan Kerajaan Persekutuan menyemak semula perjanjian konsesi lebuh raya bagi mengelakkan kenaikan kadar tol berterusan.

Timbalan Presidennya, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata semakan perlu dibuat terhadap konsesi yang sudah memperoleh keuntungan hasil pembinaan lebuh raya bagi mengelakkan rakyat terus rugi membayar kadar kenaikan.

FOMCA“Kita masih berharap perjanjian konsesi disemak semula untuk melihat sama ada wajar atau tidak ia dinaikkan terutama bagi lebuh raya yang sudah mendapat semula pulangan pelaburan.

“Ada lebuhraya yang sudah selesai, justeru semakan perlu dibuat dan kenaikan kadar tol tidak harus berlaku,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Mohd Yusof berkata, kerajaan terpaksa membayar pampasan kepada syarikat konsesi jika kadar tol tidak dinaikkan seperti termaktub dalam perjanjian.

Katanya, terdapat beberapa lebuh raya yang tidak diselenggara secara besar-besaran seperti dilakukan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan lebih menjurus kepada pulangan untuk pemegang saham berdasarkan pemerhatian umum.

Walaupun kenaikan kadar tol sudah menjadi isu biasa kepada rakyat namun tetap memberikan kesan terhadap perbelanjaan harian mereka.

plaza tolSekurang-kurangnya, lima lebuh raya bakal berhadapan kenaikan tol bermula 15 Oktober ini dengan Konsortium Lebuhraya Utara-Timur mengumumkan kenaikan tol antara 30 sen dan RM1 di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

Kadar tol di Lebuhraya Maju (MEX) juga akan naik antara 20 sen dan RM3 menurut syarikat konsesi Maju Expressway Sdn Bhd, manakala Aneh Berhad pula menyatakan kadar bayaran di Plaza Tol Gombak dan Bentong juga Lebuhraya KLK naik antara 30 sen dan RM3.

Sementara itu, kadar tol Lebuhraya Kajang-Silk dijangka naik antara 40 sen dan RM2.40, manakala kadar bayaran di terowong SMART naik kepada RM3.

Di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), kadar baru yang akan dikenakan RM2.50 di plaza tol Ijok, Kuang Timur, Kuang Barat, Templer dan RM1.30 bagi Kundang Timur, Kundang Barat.

-NFN-

Categories
NASIONAL

FOMCA: Pinda akta, pastikan ada larangan rokok elektronik

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 19 OGOS: Tindakan undang-undang tidak boleh dikenakan terhadap pengguna rokok elektronik di zon larangan merokok dan penjual kepada individu berumur di bawah 18 tahun seperti yang dikuatkuasakan terhadap penghisap rokok biasa.

Ini berikutan penguatkuasaan di bawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 mengikut Akta Makanan 1983 hanya boleh dilakukan terhadap mereka yang menghisap rokok yang berasaskan tembakau sahaja.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Yusof Abdul Rahman berkata, justeru itu Kementerian Kesihatan disarankan mempercepatkan meminda Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 mengikut Akta Makanan 1983.

FOMCA“Kerajaan perlu segera meminda akta sedia ada atau menggubal akta baru yang khusus untuk rokok elektronik ini kerana penguatkuasaan tidak boleh dijalankan pada masa ini.

“Bukan sahaja zon larangan merokok tetapi akta sedia ada juga tidak boleh menyekat pelajar di bawah 18 tahun untuk membeli atau menghisap rokok elektronik ini dan penjual juga tidak boleh dikenakan tindakan,” kata Yusof ketika dihubungi Selangor Kini hari ini.

Katanya lagi, pindaan baru ini hendaklah menyeragamkan peraturan yang dikenakan terhadap rokok biasa dengan rokok elektronik.

EZY