Categories
KENYATAAN MEDIA

GERAMM sambut gelak ketawa ‘pengharaman’ ROS

GERAMM hari ini menyambut kenyataan ROS bertarikh 25 April 2015 bahawa kami adalah badan tidak berdaftar dengan gelak ketawa.GERAMM juga telah menjelaskan daripada awal dan memperkenalkan gerakan kami sebagai “perkumpulan longgar” pengamal dan aktivis yang mendukung kebebasan media.Kami juga menegaskan bahawa perjuangan menuntut kebebasan media bukanlah seruan yang perlu dibimbangi kerana ia memberi manfaat kepada semua pihak di dalam demokrasi yang sihat.

GERAMM ialah perikatan longgar wartawan, wakil media dan aktivis tempatan yang memperjuang kebebasan media dan pengamalnya.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Fazallah Pit melalui 019-3759767 atau Radzi Razak 0102319337

Sila lawat laman Facebook GERAMM di www.facebook.com/GerakanMedia

GERAMM views the Registrar of Societies’ (ROS) statement that GERAMM is an unregistered body dated 25 April 2015 with laughter.GERAMM since it’s inception has always maintained and introduced ourselves as a loose coalition of media practitioners and activists who uphold media freedom.

We would also like to stress that the fight to uphold media freedom is not something that should be viewed as detrimental or dangerous as it will benefit all parties in a healthy democracy.

GERAMM is a loose coalition of journalists, media representatives and activists who are fighting for freedom of the press and its practitioners.

For any inquiries, call Fazallah Pit at 0193759767 or Radzi Razak 0102319337

Categories
KENYATAAN MEDIA

GERAMM mengecam penahanan wartawan The Malaysian Insider‏

Geramm mengutuk serbuan polis dan pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap pejabat portal berita The Malaysian Insider petang Isnin.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu lebih 12 pegawai Polis dan SKMm menyerbu pejabat mereka di Petaling Jaya dan menahan tiga Pengarang Kanan serta merampas telefon bimbit dan komputer riba.

Mereka ditahan atas dakwaan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Sekysen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

4833ba900ce4e071b0ca63167613352cGeramm menyifatkan penangkapan ini sebagai tindakan keterlaluan Polis terhadap media.

Kami menganggap tindakan itu suatu bentuk ugutan dan gangguan terhadap media serta suatu bentuk penyalahgunaan kuasa untuk mendiamkan media.

Walaupun ada laporan polis daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan kedaulatan serta kemuliaan institusi Raja-Raja kebebasan dipertahankan, media sebagai sebuah institusi di negara demokrasi di Malaysia juga perlu dipertahankan.

Media memainkan peranan sebagai wadah kepercayaan awam melalui penyaluran maklumat dalam keadaan ruang yang terbatas bagi isu kepentingan awam.

Oleh itu sebarang cubaan untuk menyekat fungsi media adalah satu pencabulan terhadap hak kebebasan bersuara.

Jika Polis atau pihak berkaitan mempunyai sebarang masalah, mereka boleh terus berhubung dengan organisasi media terbabit tanpa perlu melakukan kekasaran atau pencabulan hak sebegini.

Geramm percaya hal ini boleh diselesaikan dengan pertemuan atau rundingan antara pihak terbabit kerana media sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa sebelum ini.

Geramm mendesak pihak berkuasa menghentikan taktik menggunakan akta kuku besi seperti Akta Hasutan yang tidak selaras dengan piawaian antarabangsa.

GERAMM ialah perikatan longgar wartawan, wakil media dan aktivis tempatan yang memperjuang kebebasan media dan pengamalnya.

Categories
KENYATAAN MEDIA

Geramm seru penyelesaian jangka panjang segera kemelut kewangan Bernama TV

Merujuk laporan kemelut kewangan yang melanda agensi berita Bernama TV atau BTV (dioperasikan oleh Bernama TV Synergy Sdn Bhd), Geramm menggesa semua pihak berkenaan agar segera mencari penyelesaian jangka panjang secepat mungkin bagi permasalahan yang menyebabkan syarikat sekali lagi gagal membayar gaji 160 wartawan dan pekerja.

Pengurus besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh pada hari Ahad dilaporkan berkata bahawa agensi berita kebangsaan itu telah “mengambil langkah atas dasar kemanusiaan” untuk membayar gaji pekerja-pekerja terlibat bagi bulan Januari dan Februari, dengan peruntukkan sebesar RM500,000.

Bernama TVKenaikan kos sara hidup adalah realiti yang terpaksa ditanggung oleh hampir seluruh rakyat Malaysia, apatahlagi pekerja yang telah dinafikan hak mereka untuk menerima gaji.

Difahamkan bahawa sehingga kenyataan ini dikeluarkan, para pekerja terlibat baru sahaja menerima gaji tertunggak bagi bulan Januari, sementara gaji terakhir sebelum itu dibayar pada 25 Disember tahun lalu.

Tindakan jangka pendek seperti mengarahkan Bernama menyandang beban bayaran gaji adalah penyelesaian yang mungkin akan melihat pisang berbuah sekali lagi.

Oleh itu, Geramm dengan ini menyeru pihak kerajaan dan khususnya Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek untuk menyegerakan sebarang tindakan ke arah mencari penyelesaian jangka panjang bagi masalah yang berlaku.

Mengambil kira status BTV sebagai sebuah syarikat sendirian berhad, Geramm ingin menegaskan bahawa para pemegang saham utama tidak boleh ‘lepas tangan’ dalam isu kebajikan pekerja yang terlibat.

Dalam perkembangan berkaitan, Geramm turut mengambil maklum nasib hampir serupa yang turut menimpa lebih 100 orang kakitangan kontrak bilik berita nasional Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Merujuk laporan Malaysiakini bertarikh Feb 6, salah seorang pekerja terlibat telah mengadu bahawa mereka hanya dibayar setengah bulan gaji pada Disember tahun lalu dan gaji bagi bulan Januari hanya akan dibayar pada hujung bulan ini.

GERAMM ialah perikatan longgar wartawan, wakil media dan aktivis tempatan yang memperjuang kebebasan media dan pengamalnya.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Fazallah Pit melalui 019-3759767 atau Alyaa 012-3596240

Categories
NASIONAL

Geramm: Sekat wartawan buat liputan, Malaysia gagal iktiraf kebebasan media

SHAH ALAM, 8 FEB: Gerakan Media Marah (Geramm) mengecam tindakan Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyekat Malaysiakini membuat liputan ke atas lawatan rasmi Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), di bangunan jabatan tersebut, pada 6 Februari lalu.

Tindakan itu tidak seharusya berlaku kerana JPM sendiri meluluskan pas kepada wartawan Malaysiakini untuk membuat liputan acara berkenaan.

geramm-red-pencil9-1024x576 (4)(1)Geramm juga kesal kerana media yang hadir ke majlis bersama Jokowi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilarang daripada bertanya sebarang soalan.

“Jokowi dikenali sebagai pemimpin yang mesra media dan selalu berani berhadapan soalan daripada wartawan di Indonesia selaras dengan komitmen untuk mempertahankan prinsip kebebasan akhbar di republik itu.

“Walaupun jika kerajaan Malaysia seakan keberatan mengiktiraf kebebasan akhbar, sekurang-kurangnya pihak berwajib patut menghormati sikap lebih mesra media tetamu dari negara jiran terbabit.

“Tentunya insiden ini akan mencalar imej Malaysia dan mencorotkan lagi kedudukan negara dari segi menghormati kebebasan akhbar,” kenyataan itu dipetik daripada Malaysia Kini.

Categories
KENYATAAN MEDIA

Geramm kecam ugutan bunuh terhadap wartawan akhbar Tamil di Pulau Pinang

Oleh: GERAMM
Merujuk laporan media berkenaan ugutan bunuh yang diterima oleh seorang wartawan wanita dari sebuah akhbar berbahasa Tamil di Pulau Pinang, Gerakan Media Marah dengan ini mengecam sekeras-kerasnya cubaan mengintimidasi dan mendiamkan media.
Agensi berita kebangsaan Bernama pada hari Selasa melaporkan bahawa wartawan terbabit sekali lagi menerima ugutan dari seorang individu tidak dikenali, dipercayai berkaitan laporannya pada 28 Januari berkenaan penahanan 33 individu didakwa terlibat cubaan mencetuskan kerusuhan semasa sambutan Thaipusam.
Kali ini, wartawan tersebut mendakwa telah menerima satu panggilan telefon pada hari Isnin, kira-kira pukul 9.15 malam, dari seorang lelaki yang mengugut untuk “menghabiskannya” jika mereka terserempak di Pulau Pinang.
“Lelaki itu juga mengugut akan pergi ke rumah saya di Ipoh, Perak, untuk ‘melakukan sesuatu’ dan berkali-kali berkata yang dia akan ‘menghabiskan saya’ secepat mungkin,” wartawan itu dilaporkan berkata.
Polis Pulau Pinang dilaporkan sedang melakukan siasatan setelah wartawan tersebut membuat laporan polis pada malam Isnin.
Geramm menyatakan kerisauan bahawa wartawan tersebut masih ditugaskan membuat liputan sambutan perayaan Thaipusam, walaupun terdapat ancaman kepada keselamatannya.
Walaupun kami memahami keperluan bersikap profesional dalam menjalankan tugas, keselamatan wartawan juga harus diberikan perhatian.
Geramm mengambil perhatian bahawa ini bukan kali pertama ugutan sedemikian telah diarahkan kepada wartawan dan kami menyeru semua pihak berkenaan agar menghormati pengamal media yang sedang menjalankan tugas, dengan cara menghentikan semua bentuk ancaman.
Geramm yakin bahawa pihak polis akan menjalankan tugas mereka dengan telus dan adil dalam menyiasat ugutan yang tidak seharusnya berlaku ini.
Kami juga berharap pihak polis akan bertindak melindungi keselamatan wartawan terbabit dan semua pengamal media yang bertugas.
GERAM ialah perikatan longgar wartawan, wakil media dan aktivis tempatan yang memperjuang kebebasan media dan pengamalnya.
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Fazallah Pit melalui 019-3759767 atau Alyaa 012-3596240
Categories
NASIONAL

Geramm: Gesaan pemberhentian Ketua Editor Harakah ada motif lain

SHAH ALAM, 8 JAN: Gerakan Media Marah (Geramm) bimbang isu permintaan supaya Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman meletak jawatan dilakukan atas motif lain bukan disebabkan faktor kesihatan.

Perikatan longgar pengamal media itu berkata, ia berikutan permintaan itu dibuat tidak lama selepas penamatan dua kakitangan akhbar berkenaan iaitu Tarmizi Mohd Jam dan Roslan Hamid, selain berakhirnya kolum tulisan Dinsman.

Katanya, Geramm juga sentiasa mengikuti rapat dan mengambil berat perkembangan semasa Harakah sejak akhbar itu menjadi kontroversi beberapa bulan kebelakangan ini.

lutfi harakah“Kalau tiada angin bertiup, takkan pokok bergoyang?

“Geramm khuatir wujud unsur penindasan terhadap mereka melalui tekanan politik dalaman tetapi berselindung atas alasan lain termasuk faktor kesihatan.

“Sekalipun Harakah adalah akhbar kepartian, kebajikan kakitangan sama ada berpangkat tinggi atau rendah harus dipelihara sebaik-baiknya,” katanya dalam satu kenyataan.

Perikatan itu turut menegaskan nilai kebebasan media perlu diangkat dan bukan sekadar melukut di tepi gantang.

Katanya, hal itu membabitkan pemilik organisasi penerbitan yang turut sama melaungkan kebebasan bersuara secara bertanggungjawab.

GERA“Geramm berharap kemelut itu berakhir dengan damai tanpa menjejaskan kewibawaan akhbar, pemilik organisasi atau kakitangan editorialnya,” katanya.

Terdahulu Ahmad Lutfi berkata beliau tidak tahu sama ada hasrat untuk memberhentikannya mempunyai kaitan dengan penyiaran artikel yang dikatakan mengkritik ulama dalam PAS.

Sebaliknya, kata Lutfi, beliau hanya dimaklumkan melalui sepucuk surat bahawa keputusan itu dibuat ahli lembaga pengarah atas faktor kesihatan.

Categories
KENYATAAN MEDIA

‘Geramm persoal pemberhentian kilat Ketua Editor Harakah’

Sejak Harakah menjadi kontroversi beberapa bulan kebelakangan ini, Gerakan Media Marah (GERAMM) mengikuti rapat dan mengambil berat perkembangan semasa akhbar itu.
GERAMM bimbang isu permintaan supaya Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman meletak jawatan dibuat atas motif lain, bukan atas faktor kesihatan.
Ini kerana permintaan itu dibuat tidak lama selepas penamatan dua lagi kakitangan akhbar itu, Tarmizi Mohd Jam dan Roslan Hamid, selain berakhirnya kolum tulisan Dinsman.
Kalau tiada angin bertiup, takkan pokok bergoyang?
GERAMM khuatir wujud unsur penindasan terhadap mereka melalui tekanan politik dalaman tetapi berselindung atas alasan lain termasuk faktor kesihatan.
Sekalipun Harakah adalah akhbar kepartian, kebajikan kakitangan, sama ada berpangkat tinggi mahupun rendah harus dipelihara sebaik-baiknya.
Pada masa sama, nilai kebebasan media perlu diangkat, tidak hanya melukut di tepi gantang.
Apatah lagi, ia membabitkan pemilik organisasi penerbitan yang turut sama melaungkan kebebasan bersuara secara bertanggungjawab.
GERAMM berharap kemelut itu berakhir dengan damai tanpa menjejaskan kewibawaan akhbar, pemilik organisasi mahupun kakitangan editorialnya.
GERAM ialah perikatan longgar wartawan, wakil media dan aktivis tempatan yang memperjuang kebebasan media dan pengamalnya.
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Fazallah Pit melalui 019-3759767 atau Alyaa 012-3596240
Categories
KENYATAAN MEDIA

Geramm seru pengamal media sertai “Walk for Peace and Freedom” bantah Akta Hasutan

Oleh: SEKRETARIAT GERAMM
Selaras dengan sokongan kami terhadap tuntutan agar kerajaan memansuhkan Akta Hasutan 1948, Geramm mengajak pengamal media turut berarak bersama-sama Badan Peguam Malaysia (Malaysian Bar) pada Khamis ini (16 Oktober) bagi menyuarakan bantahan terhadap undang-undang yang telah disalahguna bagi menyekat kebebasan bersuara secara am dan kebebasan media secara khususnya.
Memetik kenyataan presiden Badan Peguam Malaysia Christopher Leong, perhimpunan yang dikenali sebagai “Walk for Peace and Freedom” itu merupakan protes keempat seumpamanya dalam tempoh 67 tahun penubuhan organisasi profesional tersebut dan akan bermula di tapak letak kereta Padang Merbok, berhampiran bangunan Parlimen.
Perhimpunan bakal bermula pada kira-kira jam 10.30 pagi sebelum para peserta berjalan menuju ke arah bangunan Parlimen, di mana wakil dari Badan Peguam Malaysia dijangka akan menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil kerajaan Malaysia.
Penyertaan Geramm merupakan susulan dari pertemuan wakilnya dan Institute of Journalist Malaysia bersama Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, setiausaha akhbar perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, bagi menyerahkan petisyen mengandungi lebih seratus tandatangan pengamal media yang membantah Akta Hasutan.
Merujuk siasatan ke atas wartawan kanan Malaysiakini Susan Loone, Geramm menegaskan pendiriannya bahawa terdapat banyak “kekaburan” di dalam peruntukan di bawah Akta Hasutan yang boleh digunakan untuk menakutkan mana-mana individu dari bersuara.
Pihak berkuasa juga digesa menyiasat dengan profesional pengamal media apabila berita atau artikel yang diterbitkan menjadi fokus siasatan.
Geramm dengan ini menyeru semua pengamal media yang turut membantah penggunaan Akta Hasutan agar bersama-bersama berhimpun dan menuntut agar pihak kerajaan memenuhi janji untuk melaksanakan reformasi undang-undang serta menjamin hak kebebasan bersuara bagi semua rakyat Malaysia.
GERAM ialah perikatan longgar wartawan, wakil media dan aktivis tempatan yang memperjuang kebebasan media dan pengamalnya.
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Fazallah Pit melalui 019-3759767 atau Alyaa 012-3596240
Categories
SELANGOR

GERAMM mahu Azmin jamin kebebasan media

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 27 SEPT: Gerakan Media Marah (Geramm) mengharapkan kepimpinan baru di Selangor dapat mendukung prinsip kebebasan media.

Jurucakap Geramm, Radzi Razak berkata harapan yang disuarakan itu selari dengan janji Pakatan Rakyat dan Kerajaan Negeri sebelum ini.

Katanya, ini termasuk prinsip tidak memperkudakan media rasmi yang dikuasai Kerajaan Negeri mahupun parti.

“Saya minta menteri besar dapat dukung prinsip kebebasan media dan semangat enakmen FOI yang dijanjikan kerajaan pakatan rakyat dan negeri serta tidak memanipulasikan mana mana syarikat media baik milik kerajaan negeri atau parti.

“Tahniah dan semoga berjaya,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada 23 September lepas, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Istana Alam Shah, Klang.

Ekoran pertukaran itu, Ketua Pengarang akhbar rasmi Kerajaan Negeri, Fazallah Pit menggesa agar Azmin dapat menjamin kebebasan kepada sidang pengarang untuk melaporkan isu semasa.

Selangor Kini dikendalikan anak syarikat di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Communication Corporation Sdn Bhd.

EZY

Categories
NASIONAL

Penahanan Susan ikut Akta Hasutan ulangi tragedi wartawan ditahan ISA

Oleh Afeeqa Afeera
SHAH ALAM, 5 SEPT : P erikatan longgar pengamal dan aktivis media, Gerakan Media Marah (GERAMM) mengecam keras penahanan wartawan Malaysia Kini, Susan Loone mengikut Akta Hasutan 1948 kerana ia berlawanan dengan semangat kebebasan media.

Pada kenyataan media, sekretariat itu berkata pihak berkuasa tidak wajar melakukan penahanan itu kerana wartawan hanya membuat laporan berdasarkan temu ramah dengan individu tertentu.

Menyatakan penjelasan balas boleh dibuat jika wujud kesalahan dalam laporan, GERAMM turut menyifatkan penangkapan itu sebagai usaha menakut-nakutkan pengamal media.

“Apatah lagi, ia dibuat beberapa jam selepas Susan memberi kerjasama kepada polis dengan memberi keterangan berhubung siasatan mengenai kontroversi Pasukan Peronda Sukarela (PPS),” kata kenyataan itu.

GERAMM juga bimbang Susan ada unsur campur tangan politik berikutan isu PPS melibatkan kepentingan politik dua pihak bertentangan.

GERAMM menyifatkan penahanan itu sekaligus  mengulangi tragedi penahanan wartawan Sin Chew, Tan Hoon Cheng pada 12 September 2008 yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Kerajaan ketika itu kemudian memberi alasan tidak munasabah iaitu mahu ‘menjaga keselamatan’ wartawan berkenaan. Apakah polis melakukan tangkapan itu atas alasan sama dalam kes Susan?” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Susan disiasat mengikut Akta Hasutan berkaitan tulisannya berhubung temu bual dengan Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh ditahan polis.

Susan ditahan ketika disoal siasat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Timur Laut, Pulau Pinang semalam serta telefon bimbitnya juga dirampas pihak berkuasa.

Beliau dibebaskan pada jam 11.45 malam tadi selepas hampir tujuh jam ditahan.

Susan sebelum ini hadir ke IPD itu memberi keterangan kira-kira jam 3 petang.

– FZL

Categories
NASIONAL

Wartawan tak patut didakwa Akta Hasutan hanya laporkan berita

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 4 SEPT: Gerakan Media Marah (GERAMM) mengecam tindakan kerajaan menjadikan seorang wartawan sebagai mangsa terbaru Akta Hasutan.

Jurucakap GERAMM, Radzi Razak berkata tindakan itu tidak adil memandangkan wartawan hanya melaporkan berita yang diperolehi dan bukan menulis mengikut pandangan peribadi.

geramm1622757_639867469405812_2095588228_nKatanya, sebarang dakwaan yang ingin dikenakan juga perlu disertakan dengan bukti kukuh berlandaskan undang-undang.

“Seorang wartawan tidak harus didakwa sekiranya hanya melaporkan berita.

“Penggunaan akta Hasutan sebegini turut memburukkan lagi ranking Malaysia dalam indeks kebebasan media dan memberi persepsi buruk terhadap keadaan negara,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau dihubungi bagi memberi respon berhubung tindakan dikenakan terhadap seorang wartawan Malaysiakini, Susan Loone ekoran laporannya mengenai Pasukan Peronda Sukarela (PPS).

mansuh aktaSemalam, polis membuka kertas siasatan terhadap Loone dan Malaysiakini ekoran laporan bertajuk ‘Disoal siasat selama 4 jam, dakwa dilayan seperti ‘penjenayah’’ pada 2 September lepas yang didakwa sebagai menghasut.

Loone dalam laporan berkenaan menulis berita berdasarkan temubualnya bersama Exco Kerajaan Negeri dan juga Pengerusi PPS, Phee Boon Poh.

Semalam juga, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Penolong Pesuruhjaya Mior Faridalatrash Wahid memaklumkan Phee juga akan disiasat di bawah akta sama berhubung laporan itu.

EZY

Categories
NASIONAL

Geramm: Kekecohan media dan keluarga mangsa MH17 tak patut berlaku

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 2 SEPT: Gerakan Media Marah (Geramm) kesal insiden kekecohan melibatkan jurugambar akhbar New Straits Times, Aizuddin Saad dan keluarga mangsa nahas pesawat MH17 di Nirvana Memorial Centre Sungai Besi hari ini.

Dalam satu kenyataan media dikeluarkan Geramm berkata, meskipun suasana pilu menyelubungi Istiadat Penghormatan Jenzah, namun sebarang bentuk keganasan terhadap petugas media tidak sepatutnya dilakukan.

NST pukul“Walaupun memahami kesedihan dan penderitaan keluarga mangsa, Geramm merasakan adalah amat tidak patut bagi mana-mana pihak untuk melakukan sebarang bentuk keganasan ke atas pengamal media yang sedang bertugas,” petik kenyataan berkenaan.

Berdasarkan rakaman video dan gambar dari tempat kejadian, Aizuddin dilihat mengalami kecederaan di bahagian muka dan kerosakan pada kamera didakwa ditumbuk salah seorang anggota keluarga mangsa ketika membuat liputan ketibaan abu mangsa nahas pesawat MH17 dari Amsterdam

Dalam rakaman video kejadian, kelihatan seorang anggota keluarga mangsa meluru dan menumbuk muka Aizuddin yang berada bersama sekumpulan jurugambar bertugas.

“Perlu diakui bahawa liputan nahas MH17 (juga mana-mana liputan tragedi) amat menguji tahap profesionalisme pengamal media dalam menjaga sensitiviti keluarga terlibat.

“GERAMM dalam pada itu menyeru masyarakat supaya dapat saling memahami dan bekerjasama dengan pengamal media yang hanya menjalankan tugas mereka tanpa perlu menambah beban ditanggung oleh ahli keluarga mangsa,” katanya lagi.

EZY