Categories
SELANGOR

Selangor Terus Bantu Balu dan Waris Anggota Keselamatan Terkorban Dalam Ops Lahad Datu

MB Sumbangan Lahad Datu 02

SHAH ALAM 28 MAC : Tercari-cari kelibat bapa adalah situasi yang amat pilu bagi Jabah Mingku Voon,36, melihat anaknya Macliue,11, untuk mendapatkan pelukan daripada seorang bapa.

MB Majlis Perasmian Sistem Aplikasi Pejabat Tanah 04“Lebih-lebih lagi pada waktu malam, anak saya seolah mencari-cari ayahnya dan bercakap kepada saya, ‘mummy’ boleh peluk tak, sedih sangat, hancur hati saya melihat air mata anak saya,” kata Jabah menaban sebak.

Itu cerita isteri mendiang Asisten Supritendan Michael Padel yang terbunuh dalam serangan hendap penceroboh pada 2 Mac lepas di Semporna, Sabah.

Jabah ditemui selepas menerima sumbangan RM20,000 daripada Kerajaan Negeri Selangor yang disampaikan sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Dewan Annex, SUK di sini.

Beliau yang datang dari Sarawak mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Kerajaan Selangor atas sumbangan ini dan bersama-sama menyelami perasaan balu-balu yang melalui saat-saat getir pada masa ini.

MB Majlis Perasmian Sistem Aplikasi Pejabat Tanah 03“Ia pasti amat bermakna kepada kami kerana sekarang ini kami amat memerlukan bukan sahaja sumbangan tetapi sokongan moral agar tabah melalui masa depan kami yang tanpa suami tercinta dan anak pun tabah melalui masa-masa mendatang,” katanya.

Mendiang Michael berkhidmat sebagai polis lebih 10 tahun dan mula bertugas di Kunak selama sembilan tahun, dan Tawau selama dua tahun sebagai pegawai Cawangan Khas sebelum dinaikkan pangkat sebagai Ketua Cawangan Khas Daerah Semporna.

Sementara itu, Nor Aziah Nor,30, balu arwah kepada Inspektor Zulkifli Mamat,29, berkata sumbangan yang diberikan oleh Kerajaan Selangor amat bermakna kepada keluarganya untuk menampung kehidupan mereka di masa hadapan.

“Masyarakat banyak memberikan sokongan kepada saya yang datangnya daripada pelbagai pihak dari segi bantuan kewangan dan juga sokongan moral dan saya rasa tidak keseorangan dalam hal ini,” katanya.

MB Sumbangan Lahad Datu 01Turut terbunuh dalam serangan pengganas di Sabah ialah Sarjan Baharin Hamid, 49, Sarjan Abdul Aziz Sakirun, 48, dan Koperal Salam Togiran, 42, Supt Ibrahim Lebar, 52, dan Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, 27 dan Kpl Sabarudin Daud, 46.

Sementara itu, Abdul Khalid dalam majlis penyampaian sumbangan itu berkata, sumbangan wira-wira itu kepada negara amat besar dan cukup bermaruah dalam hal mempertahankan kedaulatan dan kesucian negara daripada penceroboh pengganas.

“Jasa Allahyarham dan mendiang bakal dikenang sepanjang zaman dan pasti menjadi teladan serta rangsangan kepada seluruh rakyat Malaysia,” kata Abdul Khalid.

Abdul Khalid juga berharap agar konflik di Sabah itu dapat diselesaikan segara dan kesemua anggota pasukan keselamatan pulang dengan selamat.

“Konflik ini juga mengajak kita agar bersatu padu dalam menghadapi segala ancaman yang mengganggu gugat keselamatan negara,” kata beliau.

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM10 juta khusus membantu keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Hadir dalam majlis itu, Exco Selangor, Rodziah Ismail, Dr Xavier Jayakumar, Ronnie Liu, Dr Ahmad Yunus Hairi, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Categories
SELANGOR

Kerajaan Selangor Beri RM20,000 Kepada Keluarga Supt Ibrahim Lebar

rodziah yellow pc tabung wira selangor subang 01

SUBANG JAYA, 14 MAC : Sumbangan besar perajurit negara, Allahyarham Supritendan Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman, yang gugur ketika mempertahankan keselamatan negara di Lahad Datu, Sabah mendapat perhatian Kerajaan Selangor.

Kerajaan Negeri menyumbangkan RM 20,000 kepada keluarga Allahyarham pada satu lawatan kepada kediaman isterinya Rusiah Dahlan di USJ9, Subang Jaya, hari ini.

Sumbangan itu diserahkan oleh Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail dan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok Suh Sim.

Turut serta bersama rombongan wakil Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Bantuan tersebut adalah peruntukan daripada Tabung Wira Rakyat Selangor yang berjumlah RM 10 juta yang diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membantu ahli keluarga anggota keselamatan yang gugur semasa mempertahankan negara.

Rodziah ketika ditemui berkata, lawatan hari ini bertujuan menyampaikan hasrat Kerajaan Negeri yang ingin membantu Rusiah yang mempunyai tiga orang anak yang masih dalam peringkat pengajian tinggi.

“Saya bersyukur sesi lawatan ini dan dapati keluarga arwah begitu tenang, tabah dan juga menerimanya dengan keadaan begitu baik dan saya doakan keluarga terutamanya isteri Puan Rusiah menjalani kehidupan yang sempurna dengan baik,” katanya.

Rodziah turut menyeru semua pihak agar sama-sama menghulurkan bantuan kepada keluarga Allahyarham secara berterusan di masa akan datang.

“Saya harap semua pihak yang sekarang ini sama-sama turun berikan bantuan dan saya harap jangan dilupakn jasa-jasa mereka dan jangan hanya isu ini hangat sahaja kita semua ambil perhatian kepada mereka,” ujarnya.

Allahyarham Ibrahim meninggalkan tiga orang anak, Amirul Shafiq, 22, Amira Shahira, 20, dan Amira Shahira, 17 dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Subang Jaya pada 4 Mac lalu.

Selain Ibrahim, turut terkorban ialah, Sarjan Abdul Azis Sakirun, 48, (Batalion 14 PGA) Koperal Salam Togiran, 42, (Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau) dan Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, 27, (Pasukan Gerakan Am PGA).

Turut terkorban Asisten Supritendan Michael Padel, 36 (Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Semporna), Sarjan Baharin Hamid, 49, (Kontinjen Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah).