Categories
KENYATAAN MEDIA

24,738 rumah siap tidak terjual, rekod tertinggi

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 19 APR: Sejumlah 24,738 unit rumah siap belum terjual tahun lepas, sekali gus menyaksikan angka paling tinggi direkodkan.

Jumlah unit rumah siap tidak terjual pada 2017 meningkat 67.2 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan nilai keseluruhan RM15.64 bilion, iaitu kenaikan 82.8 peratus berbanding 2016.

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) menakrifkan unit tidak terjual sebagai unit siap yang berada di pasaran lebih sembilan bulan selepas dilancarkan.

Baru-baru ini, JPPH melancarkan platform digital maklumat hartanah tidak terjual (UPESM) bagi menyediakan maklumat lokasi unit hartanah tidak terjual kepada awam.

Ketua Pengarah JPPH, Nordin Daharom berkata, pengguna boleh menggunakan fungsi carian UPESM untuk mendapat maklumat tentang jumlah unit tidak terjual mengikut negeri, majlis tempatan dan jenis harta.

“Sistem ini membolehkan pemaju hartanah dan kerajaan menggunakan maklumat disediakan bagi membuat keputusan lebih tepat tentang projek atau polisi akan datang,” katanya selepas melancarkan Laporan Status Pasaran Hartanah 2017.

Tahun lalu menyaksikan sektor hartanah Malaysia menyaksikan penurunan dalam jumlah dan nilai transaksi, dengan transaksi jatuh 2.7 peratus kepada 311,824 sementara nilainya menurun 3.8 peratus kepada RM139.84 bilion.

Dalam laporan The Edge Finacial Daily memaklumkan, hartanah kediaman masih merupakan pemacu utama pasaran tempatan, mewakili 62.4 peratus keseluruhan pasaran pada akhir 2017.

Bagaimanapun, segmen hartanah kediaman merosot 4.1 peratus dalam jumlah transaksi, sementara nilainya meningkat 4.4 peratus kepada RM68.47 bilion.

Harga rumah kediaman menyaksikan peningkatan berterusan dengan Indeks Harga Rumah Malaysia menokok 6.5 peratus kepada 187.4 mata berbanding tahun sebelumnya.

Selangor dan Kuala Lumpur mengalami peningkatan tertinggi masing-masing 7.6 peratus dan 7.3 peratus.

Categories
NASIONAL SELANGOR

MB : Selangor Diyakini Terus Jadi Penyumbang Utama KDNK – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 04072013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Selangor tidak menghadapi masalah kekurangan bekalan air kerana jumlah penyediaan air terawat di semua 34 loji melebihi pada kadar keperluan harian rakyat Selangor.

2. Walaupun pertumbuhan ekonomi dunia dijangka mengalami kelembapan, Kerajaan Negeri optimis Selangor akan kekal mendahului kadar tertinggi pertumbuhan ekonomi di Malaysia.

3. Pertumbuhan ekonomi Selangor yang dipacu sektor perkhidmatan dan perkilangan menjadikan Negeri Selangor sebagai penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara iaitu sekitar 21 hingga 23 peratus bagi tempoh 2008 hingga 2012.

4. Penduduk yang yang menjual pangsapuri mereka untuk pembangunan Datum Jelatek di Keramat mendapat bayaran tiga kali ganda lebih tinggi daripada nilai rumah mereka yang diputuskan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

5. Kerajaan Negeri berjaya menjimatkan kos melebihi RM53 juta setahun apabila Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambilalih kutipan sampah daripada Alam Flora Sdn Bhd.

6. Kemalangan di tapak pembangunan Sierra Ukay di Ampang semalam yang mengorbankan tiga pekerja dan mengakibatkan seorang cedera parah, berpunca daripada kecuaian dan ketiadaan pengurusan keselamatan ketika pelaksanaan kerja.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Datum Jelatek : PKNS Bayar Tiga Kali Ganda Kepada Pemilik Rumah Asal

datum-jelatek-pix

SHAH ALAM 4 JUL : Penduduk yang yang menjual pangsapuri mereka untuk pembangunan Datum Jelatek di Keramat mendapat bayaran tiga kali ganda lebih tinggi daripada nilai rumah mereka yang diputuskan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata 192 pemilik sudah menerima tawaran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang bernilai RM 300,000 untuk rumah lama mereka.

“Jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding penilaian yang dibuat penilai bebas berjumlah RM 130,000 manakala JPPH pula sekitar RM 160,000 bagi setiap unit kediaman,? kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian di dalam ucapannya di Dewan Negeri Selangoir hari ini.

Bagi unit kedai pula, PKNS menawarkan harga RM 550,000 berbanding nilai penilai bebas sekitar RM 140,000 hingga RM 160,000.

Manakala JPPH pula hanya menilai unit kedai itu pada harga RM 155,000 hingga RM 167,000, kata Abdul Khalid, yang juga Adun Pelabuhan Klang.

Selain ditawarkan pampasan yang tinggi, pemilik-pemilik asal juga diberi pilihan untuk memiliki produk-produk hartanah PKNS seperti rumah jenis banglo, semi-D san rumah teres di Antara Gapi.

Daripada 206 pemilik asal, hanya 14 pemilik yang tidak bersetuju dengan tawaran PKNS.

Categories
NASIONAL

Politikkan Laporan Talam: Adun Permatang Didakwa Hina Penjawat Awam

SHAH ALAM 23 NOV : Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) kecoh apabila Sulaiman Razak (BN-Permatang) dikatakan menghina penjawat awam dengan mempolitikkan laporan Talam.

Pertelingkahan di antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Sulaiman itu berlaku apabila Adun Umno itu mula mempertikai kemampuan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dalam membuat penilaian tanah di Bukit Beruntung.

“Permatang jangan suka-suka menghina kakitangan awam, saya sudah arahkan mereka nilai semula perkara itu. Tanah yang dinilai itu berasaskan pertanian.

“Jika dibandingkan dengan tempat di Ijok sendiri, antara pertanian dan komersial tentu Permatang sendiri juga memilih komersial. Ini cuma perbezaan antara penilaian dari segi andaian itu sebab ada perbezaan,” tegas Abdul Khalid.

Dalam sesi perbahasan isu penstrukturan hutang Talam itu, Abdul Khalid berkata beliau (Sulaiman) sengaja mahu membangkitkan emosi rakyat berhubung isu terbabit.

“Saya bukan sengaja nak merendahkan mutu, tetapi saudara sengaja sebab mahu dapatkan kebangkitan emosi.

“Bukan cara seperti dulu, sebelum ini, bolehlah Menteri Besar tulis lulus, pengsan penjawat awam. Pegawai Daerah lebih penting dari Menteri Besar.

“Jangan pusingkan untuk politik, saya kutip RM392 juta untuk tolong rakyat yang pentadbiran dulu tidak kutip.

“Ini pandai buat drama besar sahaja tapi duit tak dapat kutip juga, kalau Umno-BN benar-benar nak buat macam Talam, saya cabar buat untuk kes National Feedlot Corporation (NFC),” sindir Abdul Khalid.