Categories
SELANGOR

Jerebu di Selangor makin pulih, 4 daerah catat IPU baik

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 30 JUN: Keadaan jerebu yang melanda Selangor semakin pulih berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan tahap baik di empat daerah negeri itu setakat jam 6 hingga 10 pagi tadi.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), empat daerah iaitu Pelabuhan Klang, Kuala Selangor, Petaling Jaya dan Shah Alam masing-masing berada di keadaan baik.

Manakala, hanya satu daerah mencatatkan bacaan IPU sederhana iaitu Banting dengan bacaan 55 ke 52.

Jerebu-Shah-AlamBacaan IPU baik menunjukkan Pelabuhan Klang (33), Kuala Selangor (23), Petaling Jaya (35) dan Shah Alam (32).

Manakala, negeri lain yang turut mengalami jerebu baru-baru ini juga pulih termasuk Wilayah Persekutuan, Terengganu, Melaka, Johor, Kedah, Pahang, Perak dan Sarawak.

Bagaimanapun Melaka dan Negeri Sembilan masih mencatatkan IPU sederhana.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 10 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman sesawang http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa di kawasan masing-masing.

Pencemaran jerebu yang merentas sempadan negara berikutan musim Monsun Barat Daya dijangka berterusan sehingga September.

Lingkaran asap jerebu sederhana daripada kawasan Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia dan tiupan angin dari arah barat daya membawa asap jerebu ke kawasan tengah Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Jerebu: Semua daerah catat IPU positif

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 26 JUN : Kesemua daerah di Selangor mencatat perubahan positif daripada Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat semalam kepada bacaan sederhana sehingga pukul 10 pagi tadi.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), Banting mula mencatatkan IPU sederhana dengan bacaan 55 berbanding 112 awal pagi semalam.

Pelabuhan Klang turut mencatatkan penurunan dengan bacaan sederhana iaitu 67, Kuala Selangor (62), Petaling Jaya (58) dan Shah Alam (57).

JEREBUManakala Putrajaya turut mencatat bacaan IPU sederhana pagi tadi iaitu 53.

Negeri-negeri lain yang turut mencatat bacaan sederhana pada ketika ini adalah Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, daerah Miri masih mencatat bacaan IPU tidak sihat iaitu 124 sehingga hari ini.

Bagi Wilayah Persekutuan, beberapa daerah turut mengalami kualiti udara sederhana iaitu Batu Muda (61), Cheras (53) dan Labuan (52).

Pencemaran jerebu yang merentas sempadan negara adalah berikutan musim Monsun Barat Daya dijangka berterusan sehingga September.

Lingkaran asap jerebu sederhana daripada kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia dan tiupan angin dari arah barat daya membawa asap jerebu ke kawasan tengah pantai barat Semenanjung Malaysia.

Bacaan IPU pada tahap 5-50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 (berbahaya).

Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan melayari portal http://apims.doe.gov.my.

EZY

Categories
SELANGOR

Jerebu: Banting alami kualiti udara tidak sihat

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 24 JUN: Lima daerah di negeri ini mengalami kualiti udara sederhana dan tidak sihat ekoran jerebu yang melanda di beberapa negeri ketika ini.

Menurut laman web Jabatan Alam sekitar, Banting mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat bermula awal pagi tadi dengan bacaan 120.

JEREBUManakala beberapa kawasan di negeri itu mencatatkan bacaan sederhana.

Antaranya, Pelabuhan Klang (93), Shah Alam (85), Petaling Jaya (83) dan Kuala Selangor (68).

Selain itu, Wilayah Persekutuan turut mengalami kualiti udara yang sederhana di beberapa kawasan iaitu Batu Muda (75), Cheras (80), Putrajaya (97).

Ketika ini, negeri yang turut mengalami jerebu ialah Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Terengganu (Kemaman) serta Sarawak (Samarahan).

Pencemaran jerebu yang merentas sempadan negara ketika ini berikutan musim Monsun Barat Daya di jangka berterusan sehingga September.

Lingkaran asap jerebu sederhana daripada kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia dan tiupan angin dari arah barat daya membawa asap jerebu ke kawasan tengah pantai barat Semenanjung Malaysia.

Bacaan IPU pada tahap 5-50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 (berbahaya).

Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan melayari portal http://apims.doe.gov.my.

EZY

Categories
SELANGOR

Jerebu jejas pendapatan nelayan pesisir pantai

Oleh : NAEEM RAFFI

BANTING, 26 MAC: Keadaan jerebu yang melanda negara baru-baru ini turut menyebabkan pendapatan nelayan turut terjejas apabila tidak dapat turun ke laut.

Tinjauan Selangor Kini di Jeti Kampung Nelayan Kelanang, di sini, baru-baru ini dimaklumkan bahawa setengah daripada 380 nelayan di kawasan itu tidak turun ke laut ketika jerebu teruk melanda kawasan itu.

Hal itu kerana, jerebu yang menebal dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) hampir mencecah 200 menghadkan jarak penglihatan sekitar 300 hingga 500 meter di lautan, sekali gus menjadi punca utama nelayan memilih untuk tidak ke laut.

Abdul Rahman Karim 65Abdul Rahman Karim, 64, berkata keadaan itu bukan sahaja menyukarkan mereka mengemudi bot tetapi khuatir akan berlanggar dengan nelayan lain.

“Kami nelayan pesisir pantai (Zon A), bot yang digunakan adalah jenis biasa dan tiada kemudahan sistem penunjuk arah atau GPS. Jadi, kami kerap bunyikan hon sebagai isyarat berada di laluan itu yang turut diamalkan nelayan lain bagi mengelak daripada berlanggar,” katanya.

Katanya, ancaman jerebu juga menyebabkan cahaya dari rumah api di Bukit Jugra tidak dapat dilihat untuk panduan nelayan yang keluar dan masuk, pada waktu malam.

Johari Siput 54Bagi Johari Siput, 54, jerebu yang berlaku baru-baru ini antara yang terburuk pernah dialaminya sepanjang menjadi nelayan sejak berusia 15 tahun.

“Saya sendiri pernah berpatah balik ke darat kerana keadaan di laut ketika itu terlalu kabur. Kalau diikutkan, saya tidak mahu mengambil risiko turun ke laut ketika jerebu, tetapi hanya bergantung harap kepada hasil laut.

“Mahu atau tidak, kami terpaksa ke laut untuk menampung perbelanjaan dan kos kehidupan,” katanya.

Helmi Mislan, 28Sementara itu, Helimi Mislan, 28, berkata dia mengambil upah membuat kerja kampung dan membaiki enjin bot ketika jerebu melanda demi menampung perbelanjaannya yang merosot teruk ekoran gagal ke laut.

“Nelayan bergantung harap kepada cuaca dan juga pasang surut air untuk ke laut mencari rezeki.

Kalau jerebu, rezeki kami akan terjejas, jadi saya terpaksa mencari pendapatan sampingan daripada sumber lain untuk menampung komitmen kewangan yang semakin menekan,” katanya.

Pemborong Ikan Hong King MooiPemborong ikan dari Sekinchan, Hong King Mooi, 48 ketika dihubungi berkata, pihaknya terpaksa mengawal harga ikan walaupun berdepan dengan kerugian jika nelayan gagal ke laut untuk tempoh yang panjang.

“Kalau naikkan harga, ramai akan kata pemborong ambil kesempatan. Jadi, saya terpaksa kawal harga ikan selagi mampu dan kini berasa lega apabila nelayan sudah kembali aktif ke laut selepas jerebu berkurangan,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kualiti udara di Lembah Klang catat kualiti sederhana

SHAH ALAM, 17 MAC: Kualiti udara di Lembah Klang menunjukkan tiada kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Menurut senarai bacaan IPU dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), 11 kawasan di seluruh negara mencatat IPU sederhana baik manakala 41 kawasan mencatat bacaan baik.

Jerebu-Shah-AlamKawasan Kuala Selangor mencatatkan indeks (59), Putrajaya (63), Pelabuhan Klang (71), Petaling Jaya (76) dan Banting (73) dan Shah Alam (81).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat)dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk ke portal http:apims.doe.gov.my kendalian JAS untuk mengetahui bacaan IPU.

EZY

Categories
SELANGOR

Jerebu : Selangor buka 12 kertas siasatan kes kebakaran

SHAH ALAM, 16 MAC: Walaupun keadaan jerebu di beberapa bahagian di Selangor sudah pulih lebih 12 jam lalu, namun beberapa penduduk di Klang masih risau berkenaan kebakaran tanah gambut di Kampung Johan Setia, Jalan Kebun.

Kebakaran tanah gambut itumenyumbang kepada peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang lebih tinggi di Lembah Klang.

Memetik laporan BERNAMA, tinjauan yang dilakukan mendapati penduduk Bandar Puteri yang tinggal berhampiran dengan Kampung Johan Setia adalah yang paling terjejas berikutan asap tebal.

Penduduk, Lynda Leong, 26, berkata keadaan jerebu di Klang meningkat daripada tidak baik kepada teruk sejak beberapa hari lalu.

jerebu di lembah klang“Keadaan jerebu menjejaskan rutin harian saya dan tidak dapat melakukan sebarang aktiviti luar,” katanya.

Sementara itu, R Prashaandra, 27, pula berkata beliau sukar untuk tidur pada sebelah malam dan mendakwa keadaan berjerebu menjejaskan kesihatannya.

“Mata saya gatal dan berair. Keadaan jerebu menyebabkan masalah sinus saya semakin teruk,” katanya.

Penduduk dari Jalan Tengku Kelana, R Maheswary, berkata keadaan jerebu di kawasanya pulih berikutan hujan renyai-renyai turun semalam.

elizabeth wongSementara itu, Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong, berkata Jabatan Alam Sekitar Selangor membuka 12 kertas siasatan dalam skala yang lebih luas sebagai langkah untuk mendakwa mereka yang melakukan kesalahan.

Beliau berkata, keadaan di Selangor kini terkawal walaupun kebakaran berlaku di kawasan tinggi yang sukar didekati.

“Kualiti udara pulih secara mendadak sejak 12 jam lalu. Kami akan terus memantau keadaan,” katanya.

Categories
SELANGOR

Exco: Pemilik buat pembakaran terbuka berdepan tindakan undang-undang

SHAH ALAM 15 MAC: Pemilik tanah yang kerap melakukan pembakaran terbuka di Selangor bakal berdepan tindakan undang-undang didakwa di mahkamah dan tanah mereka mungkin dirampas.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri, Elizabeth Wong, berkata pihaknya sedang mengenal pasti pemilik tanah yang melakukan pembakaran terbuka sehingga menyebabkan jerebu.

jerebu 4“Terdapat beberapa kawasan yang kita beri amaran untuk tidak lakukan pembakaran terbuka tetapi mereka masih melakukannya.

“Jadi kita akan kenal pasti siapa pemilik tanah dan akan putuskan sama ada untuk dakwa mereka di mahkamah atau rampas tanah mereka,” katanya pada sidang media selepas perasmian Maraton Wanita Malaysia 2014 yang disempurnakan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Shah Alam, semalam.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, Jabatan Alam Sekitar Selangor membuka 12 kertas siasatan membabitkan pembakaran terbuka berskala besar.

Katanya, mereka yang diheret ke mahkamah berdepan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Kerajaan negeri, khususnya menteri besar, juga serius dengan tindakan untuk merampas tanah bagi mengekang kedegilan pemilik tanah yang masih melakukan pembakaran terbuka walaupun banyak kali diberi amaran,” kata Elizabeth.

Categories
SELANGOR

Pelabuhan Klang dan tujuh kawasan lain catat IPU tidak sihat

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 15 MAC : Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Pelabuhan Klang mula menurun daripada paras berbahaya semalam kepada tidak sihat iaitu 182 sehingga pukul lapan pagi tadi.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), tiga daerah lain di negeri Selangor turut dilaporkan mencatat IPU melebihi 100 setakat ini, antaranya Banting (140), Petaling Jaya (124) dan Shah Alam (125).

JEREBUDi Kuala Lumpur, daerah Batu Muda mencatat IPU 102, Putrajaya (115), manakala kawasan Tanjung Malim, Perak dan Muar di Johor masing-masing mencatat IPU 146 dan 103.

Semalam, Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) mengarahkan semua 71 sekolah di daerah Kuala Langat ditutup serta-merta berikutan jerebu.

Tindakan itu adalah susulan daripada penutupan semua 131 buah sekolah di daerah Klang yang dimaklumkan Pengarah Pendidikan Selangor, Datuk Mahmud Karim.

IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my kendalian JAS untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan mereka.

EZY

Categories
SELANGOR

Pasukan Pantas MPK tangani kebakaran hutan Johan Setia

Oleh : NORHAYATI UMOR

KLANG, 14 MAC: Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang diketuai Pengarah Jabatan Penguatkuasa, Andry Arman Masrom mempergiatkan operasi memantau kebakaran hutan sekitar Johan Setia bagi menghalang ia merebak ke lokasi baru.

Pengarah Jabatan Korporat Dan Kemasyarakatan MPK, Zaireezal Ahmad Zainuddin, berkata operasi itu turut mendapat perhatian Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong yang turut bersama melakukan tinjauan di lokasi terbabit.

Katanya, hasil siasatan dan pemantauan yang dijalankan mendapati ia berpunca daripada pembakaran oleh peneroka haram yang menjalankan aktiviti mereka selain faktor cuaca kering juga menyebabkan kebakaran mudah merebak ke kawasan berhampiran.

jerebu 4“Walaupun api merebak dengan begitu cepat, ia berjaya dikawal oleh skuad Pantas MPK bersama pihak bomba dan kerjasama ini banyak membantu operasi memadam agar ia tidak merebak dan mengelakkan skala kebakaran menjadi lebih besar.

“Pada masa sama,orang ramai juga harus berwaspada dengan situasi terkini jerebu yang berada di tahap membimbangkan dan dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar rumah yang boleh menjejaskan kesihatan masing-masing kelak,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

jerebu 3Beliau berkata, orang ramai juga diminta supaya kerap membasuh muka dan bahagian yang terdedah kepada jerebu, selain dinasihatkan supaya minum banyak air serta menggunakan penutup hidung dan mulut bagi yang melakukan aktiviti di luar terutama mereka yang berisiko tinggi.

Selain itu, katanya, penduduk juga dilarang untuk melakukan pembakaran secara terbuka kerana ia mengakibatkan keadaan jerebu bertambah buruk dan mengakibatkan situasi sekarang lebih kritikal kepada umum.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Jerebu : Abdul Khalid nasihat rakyat tidak terbabit aktiviti luar

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM 14 MAC : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihatkan orang ramai khususnya warga Selangor supaya tidak melakukan aktiviti di luar rumah ekoran Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kebanyakan kawasan negeri itu berada di tahap berbahaya.

Melalui laman sosial Twitter, beliau berkata penduduk diminta menggunakan penutup mulut dan hidung selain mengamalkan pengambilan air kosong yang banyak.

“Banting dan Pelabuhan Klang mencatatkan IPU berbahaya. Petaling Jaya, Shah Alam dan Kuala Selangor di paras tidak sihat.

khalid pc blue pc 01“Oleh itu, penduduk diminta tidak melakukan aktiviti luar rumah, gunakan penutup hidung dan mulut serta banyakkan minum air kosong,” katanya.

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri akan berusaha sedaya upaya menangani keadaan yang menyukarkan itu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) seluruh negeri mula mengedarkan topeng muka di kawasan masing-masing bermula semalam.

Setakat pagi tadi, laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan Pelabuhan Klang dan Banting mencatatkan masing-masing 358 dan 311, manakala Petaling Jaya (185), Shah Alam (164), Putrajaya (175) serta Kuala Selangor (149).

Jabatan Pelajaran Selangor juga mengarahkan 31 buah sekolah di daerah Klang ditutup hari ini ekoran jerebu yang tidak sihat dan berbahaya itu.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Aktiviti YB : Rodziah edar topeng muka, bunga sempena Hari Wanita

Oleh : NURUL FARINA NAZLAN

SHAH ALAM, 14 MAC: Atas keprihatinan terhadap maslaah kualiti udara yang semakin meruncing di beberapa kawasan di Selangor, Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, mengedarkan 400 topeng muka kepada mereka yang berkunjung ke pasar malam Prima Saujana, Kajang, semalam.

Usaha  positif Rodziah itu dilihat mampu memberi kesedaran kepada orang ramai supaya menjaga kesihatan dan menyediakan inisiatif sebelum menjalankan aktiviti luar rumah.

r1Keadaan jerebu dilihat semakin meruncing apabila Pelabuhan Klang dan Banting mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berbahaya menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat jam 8 pagi tadi.

Jabatan Pelajaran Selangor juga mengarahkan 131 sekolah di Daerah Klang ditutup hari ini ekoran catatan IPU tidak sihat dan berbahaya itu.

Rodziah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga turut mengedarkan kuntuman bungan sempena meraikan Hari Wanita yang dilihat mendapat rekasi positif daripada orang ramai.

Categories
KENYATAAN MEDIA

Tutup sekolah jika kadar IPU di tahap melampaui had selamat

Oleh : DR HALAIMAH ALI

Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan memandang berat tentang kualiti udara di Selangor mutakhir ini. Jerebu yang teruk boleh menganggu sistem pernafasan dan menjejas kesihatan penduduk terutama sekali anak kecil, warga emas dan berpenyakit kronik.

Saya sangat bimbang ia melibatkan golongan yang terpaksa keluar daripada rumah khususnya 933,699 pelajar daripada sekolah yang berdaftar dengan jabatan Pendidikan Selangor. Kemungkinan jika di jumlah sekali dengan pelajar tadika dan sekolah swasta yang tidak masuk dalam data Jabatan Pendidikan ia boleh mencecah 1juta orang.

Mengikut statistik Jabatan Alam Sekitar bacaan IPU di Pelabuhan Klang pada tarikh 13 Mac 2014 Jam 9 pagi mencatatkan bacaan 148 (Kategori: Tidak Sihat).

Justeru saya menyeru Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor mengambil langkah proaktif bersinergi dengan Jabatan Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar dan menutup sekolah apablia IPU sudah melampaui had yang selamat dengan mengambil kira keadaan sebenar rakyat.

Jabatan perlu peka dengan mengambil kira keadaan kepada lonjakan mendadak kes-kes penyakit yang dikaitkan dengan punca pencemaran udara khususnya jerebu ini. Bahagian Pendidikan JAIS juga diseru mengambil tindakan menutup sekolah sekiranya keadaan memaksa, demi menjaga kemaslahatan pelajar.

Terima kasih

#Dr Halimah Ali adalah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan,
Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan