Categories
SELANGOR

Jom Shopping ceriakan 400 penerima di DUN Permatang

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 18 JAN: Baucar Jom Shopping yang disumbangkan kepada 400 penerima di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang memberi keceriaan buat mereka, menjelang perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Ahli Dewan Negerinya, Rozana Zainal Abidin berkata, program itu adalah salah satu usaha Kerajaan Negeri untuk terus menjaga kebajikan rakyat melalui bantuan sempena perayaan.

“Bantuan ini juga sebagai tanda terima kasih Kerajaan Negeri kepada rakyat kerana terus memberi sokongan dan kepercayaan, pada pilihan raya lalu.

“Saya berharap baucar RM100 ini dapat meringankan beban persiapan dan menambahkan lagi kegembiraan dalam menyambut Tahun Baharu Cina pada 5 dan 6 Februari nanti,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Terdahulu, Rozana meraikan 400 penerima baucar Jom Shopping Perayaan Tahun Baru Cina di Econsave Sungai Buloh, pada 12 Januari lalu.

Program Jom Shopping adalah salah satu daripada dasar Inisiatif Peduli Rakyat bertujuan membantu rakyat Selangor, terutama golongan kurang upaya, warga emas dan ibu tunggal.

Baucar itu diagihkan kepada semua Pusat Khidmat Rakyat DUN di seluruh negeri dan wakil rakyat atau pegawai penyelaras DUN akan menetapkan tarikh untuk membawa warga emas berkenaan membeli-belah.

Categories
SELANGOR

Jom Shopping Tahun Baru Cina rai 450 warga emas

OLEH NORHAYATI UMOR

SEKINCHAN, 17 JAN: Seramai 450 penerima baucar Jom Shopping bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan berpeluang membeli barangan keperluan menjelang sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Ahli Dewan Negerinya, Ng Suee Lim berkata, program berterusan daripada Kerajaan Negeri itu bagi membantu golongan kurang berkemampuan membuat persiapan menjelang perayaan.

“Walaupun nilainya tidak tinggi, namun kita berharap ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka.

“Amalan kepimpinan Kerajaan Negeri yang berjiwa rakyat dalam membahagikan hasil negeri ini menggembirakan penerima,” katanya kepada SelangorKini.

Katanya, penganjuran program Jom Shopping juga terus mendapat sambutan hangat dalam kalangan warga emas setiap kali musim perayaan.

Program Jom Shopping adalah salah satu daripada dasar Inisiatif Peduli Rakyat yang bertujuan membantu rakyat Selangor, terutama golongan kurang upaya, warga emas dan ibu tunggal.

Ia diperkenalkan pada 2008 oleh Pakatan Rakyat (ketika itu) dan diteruskan hingga kini.

Baucar itu diagihkan kepada semua Pusat Khidmat Rakyat DUN di seluruh negeri dan wakil rakyat atau pegawai penyelaras DUN akan menetapkan tarikh untuk membawa warga emas berkenaan membeli-belah.

Categories
SELANGOR

Program Jom Shopping dikaji semula pastikan releven

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 29 NOV: Pelaksanaan Program Jom Shopping sama ada ia relevan untuk diteruskan pada masa akan datang akan dikaji sejajar dan bersesuaian dengan prestasi kewangan negeri serta senario ekonomi semasa.

EXCO Pemberdayaan, Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau berkata, sebarang syor atau cadangan dialu-alukan dalam memastikan rakyat terutamanya golongan kurang berkemampuan sentiasa mendapat manfaat serta terus menikmati kemakmuran dan kesejahteraan.

“Kerajaan Negeri sentiasa tuntas dalam menyelusuri pelbagai inisiatif untuk membantu mengurangkan masalah kemiskinan yang kian menghimpit rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan sesi soal jawab di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut sama ada program Jom Shopping akan menggunakan sistem e-kasih untuk pengesahan status, Ganabatirau berkata, sistem tradisi masih digunakan sebagaimana ia mula diperkenalkan sebelum ini.

Terdahulu, program Jom Shopping diperkenalkan Kerajaan Negeri sejak 2012 bermatlamat meringankan beban keluarga kurang berkemampuan dalam membuat persiapan menyambut perayaan.

Menerusi program itu, setiap keluarga berpeluang membuat pembelian barangan keperluan bernilai RM100 di pasar raya terpilih bersempena tiga perayaan utama antaranya Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.

Categories
SELANGOR

Jom Shopping terus bela kebajikan rakyat

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 12 JUN: Ahli Dewan Negeri (ADN) Pakatan Harapan (PAKATAN), di Selangor sentiasa memastikan peruntukan disediakan Kerajaan Negeri sampai kepada golongan sasar.

ADN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, antaranya melalui program Jom Shopping yang diadakan pada setiap musim perayaan.

“Jom Shopping Raya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras kali ini membabitkan 650 peserta yang memudahkan ADN melaksanakan tanggungjawab memastikan duit Kerajaan Negeri turun kepada rakyat atau golongan sasar,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata, program terbabit dijalankan secara konsisten setiap tahun sejak lebih empat tahun lalu.

Katanya, ia membuktikan usaha membantu golongan sasar di Selangor dijalankan secara berterusan dan bukannya ketika musim pilihan raya sahaja.

Jom Shopping adalah satu program yang memberi peluang kepada peserta Skim Mesra Usia Emas (SMUE) mendapat baucar bernilai RM100 untuk dibelanjakan di pasar raya terpilih, di Selangor.

 

Categories
SELANGOR

Aidilfitri bermakna buat 750 peserta Jom Shopping

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 11 JUN : Sambutan Aidilfitri yang bakal tiba kurang dari lima hari sahaja lagi pasti akan lebih bermakna buat 750 warga emas, Orang Kelainan Upaya dan golongan kurang berkemampuan apabila dibantu secara berterusan menerusi program Jom Shopping.

Mereka yang diraikan di Pasaraya Giant, Bandar Kinrara, semalam itu adalah dari zon Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang yang juga kawasan Ahli Dewan Negeri, Dr Siti Mariah Mahmud.

Beliau berkata, program itu bertujuan meringankan beban ditanggung golongan kurang berkemampuan untuk turut memeriahkan sambutan Aidilfitri.

“Inisiatif Kerajaan Negeri mengekalkan pemberian baucar Jom Shopping pada setiap perayaan kaum Melayu, Cina dan India harus dipuji kerana ia menunjukkan betapa prihatinnya kita kepada rakyat.

“Pada masa sama, saya berharap penerima gembira dengan inisiatif diterima dan sedikit sebanyak dapat membantu membeli barangan keperluan pada Aidilfitri nanti,” katanya.

Sementara itu, Pasaraya Giant turut memberi sumbangan berupa bahan makanan asas kepada peserta Jom Shopping.

Dr Siti Mariah turut beramah mesra bersama peserta yang hadir sambil menemani mereka membeli-belah.

Terdahulu, sejak 2009, sejumlah RM 2.5 juta baucar dilaksanakan Kerajaan Negeri untuk diberikan kepada rakyat menjelang perayaan setiap tahun.

Categories
SELANGOR

650 sertai Jom Shopping DUN Lembah Jaya

OLEH AFIX REDZUAN

AMPANG, 10 JUN: Seramai 650 penerima baucer Jom Shopping RM100 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya berpeluang membeli barang keperluan menjelang sambutan Aidilfitri di Pasaraya Giant Spectrum, Ampang.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Lembah Jaya, Haniza Talha, berkata program ini salah satu usaha Kerajaan Negeri menjaga kebajikan rakyat melalui bantuan sempena perayaan.

“Bantuan ini juga tanda terima kasih Kerajaan Negeri kepada rakyat kerana terus memberi sokongan dan kepercayaan dalam pilihan raya yang lalu.

“Kita berharap bantuan ini juga dapat meringankan beban peserta supaya dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga,” katanya.

Beliau turut bersama-sama menemani peserta membeli belah sambil beramah mesra.

Katanya, seramai 300 peserta lain turut diberikan bantuan berbentuk hamper yang mengandungi barang keperluan asas dan diserahkan terus, semalam.

Turut dianjurkan adalah Program Jualan Harapan Rakyat bagi meringankan beban pengguna membeli barangan dapur yang akan diadakan dengan kerjasama FAMA di Joo Ayam, Pasar Bandar Baru Ampang.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Selangor komited teruskan IPR

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 10 JUN: Kerajaan Negeri komited meneruskan Insiatif Peduli Rakyat (IPR) yang dilaksanakan sejak 2008 lalu.

Exco Pemberdayaan, Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau berpendapat IPR akan terus diperkasa dan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Katanya, Kerajaan negeri perkenal pelbagai program dengan peruntukan jutaan ringgit termasuk dari segi pendidikan kepada golongan memerlukan.

“Kita turut perkasakan anak muda tercicir dalam meneruskan pelajaran.

“Kita beri pendidikan percuma dan lebih 4,000 anak muda di Selangor dapat manfaat tajaan Kerajaan Negeri sejak 2008,” katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian di Facebook, semalam.

Ganabatirau berkata, program Jom Shopping masih diteruskan dengan memberikan baucar RM100 kepada yang layak setiap kali sambutan perayaan.

Katanya, terdapat cadangan untuk program itu dipelbagaikan, kelak.

“Kasih Ibu Smart Selangor (Kiss) yang diperkenal untuk ibu-ibu daripada keluarga tidak berkemampuan diharap dapat bantu ringankan beban keluarga mereka.

“Hanya kerajaan Selangor berani bagi bantuan RM2,400 setahun (RM200 sebulan) kepada ibu yang layak,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri mensasarkan membantu 30,000 keluarga di negeri itu.

“Kerajaan negeri juga masih teruskan program pemberian air percuma.

“Dulu ada yang ketawakan kita dan bagi tahu kerajaan negeri akan bankrap tapi hingga kini ia masih dalam dilaksanakan,” katanya.

 

Categories
SELANGOR

Sambutan bermakna dengan Jom Shopping

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 3 FEB: Sambutan Tahun Baru Cina bakal disambut meriah dan lebih bermakna apabila 500 warga emas, orang kelainan upaya dan golongan kurang berkemampuan dibantu secara berterusan menerusi
Program Jom Shopping.

Penerima Tan Tang Peng, 73, berkata walaupun nilai RM100 dilihat kecil oleh sesetengah pihak, namun bagi warga emas dan mereka yang kurang berkemampuan, pemberian ini membawa erti yang besar.

Katanya, dengan sumbangan itu beliau dapat membeli barangan keperluan untuk menyambut perayaan terbabit tidak lama lagi.

“Saya sangat gembira. Setiap tahun kami sekeluarga dapat melengkapkan keperluan perayaan dengan sumbangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri ini.

“Kami sekeluarga berharap, sumbangan ini dapat diteruskan dari masa ke semasa dalam meringankan beban rakyat,” katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri Batu Tiga, Rodziah Ismail berkata program itu menerima sambutan yang meriah setiap kali diadakan.

“Sepatutnya peruntukan hanya kepada 400 penerima tetapi memandangkan permohonan dan kelayakan melebihi, kita menambah lagi 100 penerima.

“Saya berharap dengan sumbangan ini, mereka lebih gembira kerana ia dapat meringankan beban mereka ketika kos sara hidup yang semakin meningkat masa kini,” katanya.

Rodziah berkata Program Jom Shopping juga menjadi ruang baru untuk warga emas ini bertemu dan bertanya khabar, rata-rata warga emas ini menyatakan rasa gembira.

Sejak 2009, sejumlah RM 2.5 juta baucer dilaksanakan Kerajaan Negeri untuk diberikan kepada setiap rakyat menjelang hari perayaan setiap tahun.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Jom Shopping terus popular

OLEH AFIX REDZUAN

KLANG, 29 MEI: Jom Shopping terus mendapat tempat dalam kalangan rakyat Selangor sebagai antara program popular Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, Kerajaan Negeri berpuas hati dengan pendekatan penyaluran bantuan membeli belah bernilai RM100 yang diberikan secara terus kepada rakyat.

“Buat masa ini kita menganggap program ini popular dan masih relevan dalam meringankan beban mereka.

“Kita akan meneruskan program ini dengan cara memberikan terus bantuan kepada rakyat khususnya menjelang perayaan utama setiap bangsa di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pasaraya Econsave di Klang Parade sempena program Jom Shopping peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pinang.

Seramai 500 peserta layak mendapat baucar membeli belah itu yang terdiri daripada penduduk Kampung Rantau Panjang, Kampung Sungai Pinang dan Kampung Batu Tiga.

unknownKetika mengulas cadangan pertambahan baucar dari RM100 kepada RM200, Chang Khim berkata, Kerajaan Negeri perlu melihat kedudukan kewangan sebelum melakukan perubahan terhadap sesebuah program.

Katanya, Kerajaan Negeri bukan hanya sekadar menjaga rakyat menerusi program kebajikan, sebaliknya pelbagai IPR sudah dilaksanakan secara berterusan.

“Ini bukan program kebajikan tunggal kerana sepanjang tahun mereka dibantu. Sudah cukup banyak program di Selangor yang saya kira hampir lengkap dengan terbaru Skim Peduli Sihat.

“Lebih baik kita menggunakan kewangan dengan lebih bijak menerusi penyediaan peluang pekerjaan dan pendidikan,” katanya.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Jom Shopping Tahun Baru Cina rapat jurang kaum

OLEH AFIX REDZUAN

BATU CAVES, 19 JAN: Sambutan Tahun Baru Cina tahun ini lebih bermakna buat 400 penerima baucer kupon Jom Shopping DUN Gombak Setia.

Program Jom Shopping Gombak Setia diadakan di Pasaraya Giant Batu Caves bagi memberi ruang yang selesa membeli-belah bersama keluarga buat semua penerima baucer, bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 12.30 tengahari.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat di Selangor terutama ketika menyambut musim perayaan.

Hasbullah Chinese New Year (2)“Program itu turut memberikan peluang buat saya menyantuni warga emas selain bergambar bersama peserta yang bakal menyambut Tahun Baru Cina.

“Ini peluang yang membolehkan saya mendekati warga emas dan miskin lebih rapat selain mengurangkan jurang perbezaan kaum,” katanya.

Bagi penerima Kong Tuck Wah, 61, pemberian baucar perayaan itu dialukan bagi meringankan beban warga emas membuat persiapan menjelang sambutan Tahun Batu Cina.

“Saya amat berterima kasih kepada YB Hasbullah kerana dapat bersama masyarakat Tiong Hua dalam pemberian kupon Jom Shopping. Ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban kewangan bagi menghadapi perayaan Tahun Baru Cina,” katanya.

Hasbullah juga mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina dan menjemput semua warga Tiong Hua ke Majlis Makan Malam sempena Sambutan Tahun Baru Cina DUN Gombak Setia di Pasar Moden Taman Sri Gombak, pada 10 Februari ini.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Jom Shopping Deepavali dapat sambutan warga Paya Jaras

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 17 OKT: Program Jom Shopping sempena perayaan Deepavali bagi kawasan Paya Jaras sekali lagi mendapat sambutan menggalakkan apabila disertai lebih 400 kaum India di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, ia menunjukkan momentum meningkatnya kesedaran masyarakat kaum India di DUN itu terhadap program Kerajaan Negeri khususnya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

“Sejak dilancarkan, program ini memang mendapat sambutan sangat tinggi, namun selepas PRU-13 sambutan semakin bertambah dan ini menunjukkan bertambahnya keyakinan orang ramai terhadap program kebajikan yang dijalankan Kerajaan Negeri.

20161016_095013“Selain semakin diterima masyarakat, ini juga menunjukkan orang ramai semakin yakin dengan usaha Kerajaan Negeri yang ada hari ini untuk membantu rakyat,” katanya kepada SelangorKini pada Program Jom Shopping DUN Paya Jaras di kawasan letak kenderaan berhampiran pasaraya Econsave, di sini, pada 16 Oktober lalu.

Katanya, keyakinan yang diperolehi Kerajaan Negeri bukannya datang bergolek tetapi melalui usaha berterusan dengan pelbagai penambahbaikan.

Katanya, sambutan menggalakkan itu juga sejajar dengan peningkatan sokongan pengundi India pada PRU-13 berbanding PRU-12, pada 2008.

Katanya, langkah Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali meneruskan program itu juga menunjukkan keprihatinan membantu golongan yang memerlukan untuk menyambut perayaan Deepavali bakal menjelang tidak lama lagi.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Bantuan Jom Shopping Deepavali jaga kebajikan Kaum India

BATU CAVES, 12 OKT: Seramai 400 penerima dibawah Program Bantuan Rakyat Miskin menerima baucer Jom Shopping sempena Perayaan Deepavali berjumlah RM100.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan, berkata program ini salah satu usaha Kerajaan Negeri menjaga kebajikan rakyat melalui bantuan sempena perayaan.

Bantuan ini juga tanda terima kasih Kerajaan Negeri kepada rakyat kerana terus memberi sokongan dan kepercayaan dalam pilihan raya lalu.

Program ini juga dapat memberi peluang kepada wakil rakyat untuk bertemu secara langsung dengan pengundi terutama dari kaum India.

Program yang berlangsung di Giant Batu Caves itu juga dapat meringankan beban pengguna untuk menyambut perayaan Deepavali.

Rata-rata penerima ceria dengan pelbagai gelagat dan hadir bersama keluarga bagi membeli belah dengan baucer yang diberikan.

Hasbullah berharap kaum India dapat terus menyokong usaha Kerajaan Negeri terus membantu rakyat tanpa mengira latar belakang politik dan agama.

EZY