Categories
SELANGOR

400 terima kupon Jom Shopping DUN Gombak

GOMBAK 2 FEB: Kerajaan Selangor dengan tema “Membangun Smart Selangor yang peduli” meneruskan program Jom Shopping sempena Tahun Baru Cina walaupun negara dilanda ketidaktentuan ketika ekonomi.

Adun Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan, berkata ini menunjukkan Selangor prihatin kepada rakyat untuk menampung keperluan masyarakat Cina tanpa mengira latar politik bagi menghadapai musim perayaan minggu hadapan.

DUN Gombak SetiaBeliau berkata demikian semasa menyampaikan kupon baucar Jom Shopping sempena menyambut Tahun Baru Cina bagi DUN Gombak Setia di Giant Batu Caves.

Beliau juga mengharapkan kehadiran Tahun Baru Cina tahun ini mendatangkan kecerian dan kebahagiaan kepada semua.

Hasbullah juga menjemput kepada semua masyarakat Cina DUN Gombak Setia ke Jamuan Makan Malam Raya Cina pada 14 Februari 2016 yang turut dihadiri oleh Menteri Besar.

Seramai 400 menerima baucar Jom Shopping DUN Gombak Setia mendapat manfaat.

Turut hadir Ahli Majlis Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Azizul Abu Bakar, Ketua kampung Mukim Setapak dan ketua penduduk setempat.

EZY

Categories
SELANGOR

Hanya Selangor ada Program Jom Shopping TAWAS

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 16 JAN: Kerajaan Selangor merupakan satu-satunya Kerajaan Negeri yang mengadakan program Jom Shopping menerusi pelbagai skim untuk rakyatnya, kata Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman.

Kata Mohd Khairuddin, antara program Jom Shoping yang diadakan seperti Jom Shoping Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Jom Shopping sempena perayaan dan Jom Shopping Kembali Ke Sekolah untuk peserta Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS).

Back To School TAWAS YB Khairuddin Econsave Sungai Buloh (ASRI) (8)“Program ini adalah tanda sokongan Kerajaan Negeri kepada rakyat tidak mengira politik dan tidak kira mereka adalah pengundi atau tidak sebab ini adalah tanggungjawab Kerajaan Negeri.

“Program Kembali Ke Sekolah TAWAS 2009 ini adalah julung-julung kali diadakan dan ini bantuan dan galakkan kepada anak-anak kita untuk bersekolah,” kata Mohd Khairuddin.

Beliau berkata demikian pada program Kembali ke Sekolah Ahli Tawas 2009 bagi DUN Paya Jaras di kawasan parkir Econsave di sini, hari ini.

Jelas Mohd Khairuddin, program yang melibatkan 400 peserta dari seluruh DUN Paya Jaras itu menerima voucher bernilai RM400 untuk membeli peralatan persekolahan.

Sementara itu ketika menyentuh Skim Pinjaman HIJRAH, Mohd Khairuddin memberitahu, Paya Jaras mencatatkan peserta paling ramai bagi skim bantuan untuk golongan peniaga itu.

“Sesiapa yang berminat nak berniaga tetapi perlukan bantuan sila datang ke Pejabat Pusat Khidmat DUN Paya Jaras, kita boleh bantu mereka yang berminat,” katanya lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

400 sertai Jom Shopping DUN Sekinchan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SEKINCHAN, 14 JUL: Seramai 400 warga Sekinchan menerima kupon beli belah ‘Jom Shopping’ sempena Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Giant Kuala Selangor.

Kupon bernilai RM100 itu disampaikan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim.

150713 jom shoppingSuee Lim berkata bantuan itu membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan rakyat yang tidak mengira waktu dan keadaan.

Katanya, walaupun peserta hanya mendapat RM100 tetapi sumbangan itu diharap dapat meringankan beban ketika menyambut perayaan.

“Saya percaya bagi mereka nilai ini cukup besar. Baucer itu jika dibelanjakan dengan sebaiknya, kita akan dapat membeli sedikit keperluan harian seperti minyak, gula dan lain-lain,” katanya.

Program ‘Jom Shopping’ yang diperkenalkan Kerajaan Selangor paling popular di kalangan masyarakat tanpa mengira latar belakang politik, bangsa atau agama.

‘Jom Shopping’ adalah salah satu program di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dilaksanakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, sejak enam tahun lalu.

EZY

Categories
SELANGOR

Peserta SMUE nikmati Jom Shopping RM500

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 12 FEB: Skim Mesra Usia Emas (SMUE) tampil dengan pendekatan baru untuk diperhalusi Kerajaan Negeri dalam memastikan warga emas yang berdaftar di bawahnya menikmati manfaat program semasa hidup dan selepas meninggal dunia.

Berbeza dengan pendekatan sedia ada, cadangan baharu itu membolehkan peserta SMUE menikmati sebahagian sumbangan ketika masih hidup menerusi program ‘Jom Shoping’.

MBPJ Program Warga Emas Sihat 02Ketua Pegawai Operasi Rantaian Mesra Sdn Bhd, Kamsani Nasir berkata, cadangan itu dilihat lebih berimbang selain membuka ruang untuk warga emas menikmati hasil negeri ketika hayat mereka.

“Jumlah sumbangan tetap sama iaitu RM2,500. Kita akan gunakan RM500 untuk program Jom Shoping iaitu RM100 setiap tahun sepanjang tempoh lima tahun.

“Manakala, bakinya RM2,000 akan disalurkan selepas kematian,” katanya.

Menerusi kaedah sedia ada, peserta SMUE akan menerima sumbangan (khairat kematian) selepas waris mereka meninggal dunia melalui dua fasa iaitu RM1,000 pada fasa 1 dan bakinya RM1,500 pada fasa 2 (60 hari selepas kematian).

SMUE_gombk_setia_01Kamsani berkata, cadang itu akan dipanjangkan kepada Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi sebelum dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

“SMUE akan memanjangkan cadangan ini kepada Exco yang kemudiannya akan membentangkan perkara ini dalam MMKN.

“Jika diluluskan, kita jangkakan pertengahan tahun ini ia dapat dilaksanakan,” katanya.

SMUE adalah salah satu dari tujuh agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) fasa 1 yang mula diperkenalkan Kerajaan Pakatan Rakyat ketika mula mentadbir Selangor, pada Mac 2008.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Jom Shopping DUN Gombak Setia dapat sambutan

Oleh: AFIX REDZUAN

GOMBAK, 16 OKT: Seramai 300 masyarakat India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia menerima kupon beli belah ‘Jom Shopping’ sempena Deepavali 2014 yang diadakan di Giant Batu Caves, di sini.

Kupon bernilai RM100 itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan.

Dalam ucapan pembukaan, Hasbullah berkata, program seumpama itu berjaya membuktikan keprihatinan Kerajaan Selangor dalam memelihara kebajikan rakyat dan menghargai sumbangan warga emas kepada pembangunan negeri.

DSC_0051Katanya, “Program ‘Jom Shopping’ yang diperkenalkan Kerajaan Selangor paling popular di kalangan masyarakat tanpa mengira latar belakang politik, bangsa atauagama.

“Ia secara tidak langsung memberi peluang kepada golongan ini untuk membeli barang keperluan harian serta dapat mengurangkan kos sara hidup yang tinggi sebagai persediaan menghadapi perayaan Deepavali,” katanya.

‘Jom Shopping’ adalah salah satu program di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dilaksanakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, sejak lima tahun lalu.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Jom Shopping ringankan beban 500 keluarga

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 21 JULAI: Program Jom Shopping Raya semakin mendapat sambutan masyarakat Paya Jaras sejak mula diperkenalkan Kerajaan Negeri Selangor tahun lalu.

Hal ini berikutan program yang menawarkan kupon membeli belah bernilai RM100 itu mampu meringankan bebanan golongan kurang berkemampuan menyediakan persiapan hari raya yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi.

shoppingAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, walaupun RM100 bukan satu jumlah yang besar tetapi sumbangan ini sangat dihargai penerima kerana berpeluang menikmati hasil negeri.

“Walaupun RM100 tidaklah begitu besar tetapi membantu meringankan beban golongan sasaran.

“Permintaan untuk sertai program ini tinggi dan mereka gembira sebab berpeluang menikmati hasil negeri yang dikembalilan kepada rakyat berbanding sebelum 2008 tidak dapat apa-apa dari kemakmuran negeri,” kata Mohd Khairuddin kepada Selangor Kini, semalam.

Kata Mohd Khairuddin lagi, semua pihak yang mendaftar dalam Skim Mesra Usia Emas (SMUE) tetapi belum berpeluang menyertai program Jom Shoping akan diberi peluang sama dalam program Jom Shoping akan datang.

“Bagi yang belum dipanggil, kita akan panggil untuk sertai Jom Shoping yang lain mengikut keutamaan yang mana perlu didahulukan,” kata Mohd Khairuddin lagi.

Seramai 500 perserta SMUE Paya Jaras menyertai program Jom Shoping yang diadakan di Pasaraya Econsave Paya Jaras.

Program yang diadakan selama dua hari, Sabtu dan Ahad baru-baru ini turut dihadiri ketua-ketua kampung sekitar Paya Jaras dan pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor.

EZY

Categories
SELANGOR

Jom Shopping Raya: RM2.8 juta disedia bantu warga emas & kurang berkemampuan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 8 JULAI: Tradisi mengembalikan hasil negeri kepada rakyat diteruskan lagi apabila Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.8 juta dalam Program Jom Shopping Raya kali ini.

Exco Kebajikan , Rodziah Ismail berkata, sama seperti tahun lepas, program itu disasarkan bagi meringankan warga emas dan golongan kurang berkemampuan membuat persediaan menyambut hari raya tahun ini.

Jom-Shopping-Raya4“Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing sendiri putuskan bila nak mulakan dan dijangka banyak nak mula minggu depan dengan melibatkan minima 300 penyertaan setiap DUN.

“Bagi DUN yang mempunyai kepadatan penduduk Islam tinggi akan diberi lebih contohnya di mana kawasan yang mencapai 70 peratus penduduk Islam dapat 600 kupon bermakna 600 penyertaan,” kata Rodziah ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Dalam usaha menambah mekanisma menyalurkan kekayaan negeri kepada rakyat, Kerajaan Negeri melalui konsep Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) mewujudkan program Jom Shopping bagi perserta Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

rodziah pc green 20 jul 01Program itu kemudiannya diperluaskan lagi kepada Jom Shopping di musim perayaan bagi membantu golongan kurang berkemampuan dalam membuat persiapan menyambut perayaan masing-masing.

Selain Jom Shopping Raya, program seumpamanya turut dijalankan, Jom Shoping Tahun Baru Cina dan Jom Shopping Deepavali.

EZY

Categories
SELANGOR

400 warga emas DUN Bukit Malawati sertai Jom Shopping

KUALA SELANGOR 28 JAN: Seramai 400 warga emas dan warga miskin DUN Bukit Malawati diraikan dalam satu program Jom Shopping perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi.

Seawal 9.00 pagi semua peserta hadir dengan penuh ceria dan teruja untuk membeli belah. Sebilangan Orang Kelainan Upaya (OKU) juga turut hadir.

jom shopping melawatiPeserta diambil dari senarai warga miskin yang layak melalui ketua ketua kampong dan ketua komuniti DUN Bukit Malawati yang dikhaskan untuk kaum Cina.

Program Jom Shopping menjadi ruang baru untuk warga emas dan warga miskin ini bertemu dan bertanya khabar, rata-rata warga emas ini menyatakan rasa gembira.

Jom shoping1“Saya amat berterimakasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana meraikan Tahun Baru ini bersamanya dengan memberi baucar membeli belah ini, walau anak-anak mampu menyediakan belanja tetapi bila kerajaan yang memberi ia tidak sama,” kata Ong Fu Chan, 67.

Penyelaras DUN Bukit Malawati, S. Manikavasagam yang turut menyantuni warga peserta dengan gembira memberi ruang kepada warga peserta untuk bersalam dan bergambar mengambarkan kegembiraan menyambut Tahun Baru Cina kali ini.

Beliau juga berpendapat inilah peluang yang membolehkannya mendekati warga emas dan warga miskin lebih rapat dan mengurangkan jurang perbezaan kaum.

Walau nilai RM100 yang disumbangkan oleh kerajaan Negeri hanya mampu meringankan sedikit beban warga emas dan miskin ini, tetapi sebalik daripada itu kebaikan yang lain dapat dimanafaatkan.

Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina dengan mengharap semua mengambil semangat kuda yang tangkas dan bersedia membuat perubahan.

EZY

Categories
SELANGOR

400 dirai Jom Shopping DUN Sementa

Oleh: Mohd Ezli Mashut

KLANG 25 JAN: Pemberian baucar Jom Shopping RM100 kepada 400 penerima di DUN Sementa memberikan mereka kelegaan untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina tatkala ketika ini berlakunya kenaikan harga barang.

Ahli Parlimen Kapar, M Manivanan berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Selangor atas inisiatif ini kerana dapat meringankan bebanan rakyat khususnya masyarakat Tionghua yang bakal meraikan sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Jom Shopping sementaKatanya, skim itu secara tidak langsung memberikan kemudahan kepada masyarakat yang tidak berkemampuan untuk persediaan bagi musim perayaan.

Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi, berkata program itu adalah kesimbungan kepada program Jom Shopping yang sebelum ini diberikan kepada masyarkat Melayu dan India.

Katanya, beliau mengharapkan agar pihak pasar raya agar dapat menyediakan sedikit cerdermata kepada peserta Jom Shopping agar dapat memberikan kecerian kepada pengunjung.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Selangor Kini selepas program Jom Shopping yang diadakan di Pasaraya Econsave di sini.

Jom Shopping Sementa1Program Jom Shopping ini adalah bertujuan agar pemimpin dapat bermesra dan mengeratkan perhubungan antara pemimpin dan rakyat.

Sejak mengambil alih Kerajaan Negeri Selangor pada 8 Mac 2008, Kerajaan Pakatan Rakyat (pakatan) memulakan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bagi mengagihkan kekayaan negeri Selangor kepada seluruh warga Selangor tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang.

Program ini juga merupakan kesenimbungan bantuan Skim Mesra Usia Emas yang terangkum dalam program MES dengan kerajaan negeri menyumbang sejumlah RM 2500 kepada penama warga emas yang meninggal dunia dan telah berdaftar.

EZY

Categories
NASIONAL SELANGOR

350 penduduk Sementa terima baucer Jom Shopping

Jom Shopping Deepavali

KLANG 20 OKTOBER : Seramai 350 penduduk di Dun Sementa menerima bantuan baucer Jom Shopping Deepavali, di pasaraya Econsave Persiaran Hamzah Alang, di sini.

Program terbabit dilaksanakan menjelang perayaan Deepavali yang akan disambut bulan depan yang merupakan kesinambungan program Jom Shopping yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.

Rata-rata penerima teruja dan gembira dengan pemberian daripada Kerajaan Negeri itu.

Penerima, K.Kanniama, 51, berkata pemberian itu dapat menampung perbelanjaan dapur semasa perayaan.

“Saya ini daripada keluarga yang susah, kesihatan pun tidak begitu memuaskan, jadi saya sangat-sangat berterima kasih,” katanya ketika ditemui.

Bagi P.Alaki, 55, mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang berusaha membantu golongan berpendapatan rendah.

“Walaupun dengan jumlah macam sedikit, tapi sekurang-kurangnya kami sekeluarga gembira dengan pemberian ini,” katanya.

Sementara itu, Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi berkata pihaknya bercadang untuk meminta baucer lebih daripada Kerajaan Negeri ekoran permintaan yang tinggi.

“Kawasan saya merupakan kawasan India yang ramai dan juga ramai yang berpendapatan rendah. Ramai yang memohon, kami terpaksa memilih sedangkan ramai yang layak.

“Jadi, saya akan panjangkan perkara ini sebelum Deepavali. Mungkin kita boleh gunakan baucer daripada Dun yang tidak habis menggunakan pemberian ini,” katanya.

Categories
SELANGOR

MB: Bagi Peluang Masyarakat Kampung Nikmati Pembangunan

mb-kupon-jom-shopping

PELABUHAN KLANG 28 JULAI : Kerajaan Negeri akan mula berjumpa dengan syarikat-syarikat yang mengendalikan sektor pembangunan bagi merangka pembangunan secara bersama dengan penduduk kampung.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata perjumpaan terbabit akan dilakukan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Katanya, pihaknya sudah membuat kajian bagi mencantumkan ketiga-tiga bahagian di Pelabuhan Klang itu yang terdiri daripada kampung, pembangunan baru dan kawasan perindustrian.

“Tujuan saya ini supaya dapat mencantumkan ketiga-tiga bahagian itu agar masyarakat sekitar khususnya kampung dapat merasai pembangunan.

“Tiada guna ada bangunan berpuluh tingkat dan beratus juta tetapi orang kampung hanya tengok saja.

“Jadi kita mahu syarikat yang mengendalikan pembangunan itu akan merangka pembangunan secara bersama dengan melibatkan penduduk kampung. Jadi kita akan jumpa mereka untuk perlaksanaan itu,” katanya dalam ucapannya di Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat bagi Dun Pelabuhan Klang di Masjid Sultan Pulau Indah.

Hadir sama Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ehsan Mukri dan Ahli Majlis MPK, Norhisham Aziz.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut memaklumkan beliau sudah meminta untuk berjumpa dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah bagi membincangkan untuk memperhebatkan lagi pembangunan di Dun terbabit.

“Janji masa pilihanraya umum ke 13, untuk minta Kerajaan Pusat meningkatkan tahap prasarana di sini.

“Jadi saya sudah membisikkan perkara ini dengan Menteri itu, saya harap ia dapat dilakukan dalam masa terdekat.Usaha kita ialah usaha berterusan kerana mahu rakyat tidak ketinggalan,” katanya.

Dalam majlis itu, seramai 100 penduduk dari empat buah kampung menerima Kupon Membeli Belah di bawah program Jom Shopping sempena Hari Raya yang bernilai RM100.

Empat kampung itu terdiri daripada Kampung Perigi Nenas, Teluk Nipah, Pinang dan Sungai Kembung.

Penerima, Aishah Kasbari, 82, menyifatkan pemberian itu sebagai bantuan meringankan beban keluarga penerima.

“Dengan kupon ini, kita dapat membeli barangan keperluan yang akan digunakan menjelang Hari Raya nanti,” katanya.

 

Categories
SELANGOR

Ibu Tunggal Saman Kerajaan Selangor Juga Terima Bantuan

rodziah-ibu-tunggal

SHAH ALAM 2 JULAI : Ibu tunggal yang terlibat di dalam kes saman terhadap Kerajaan Selangor didapati telah menerima bantuan program agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), kata Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail.

Menurutnya, Kerajaan Negeri sedang menyemak 5,023 ibu tunggal yang terlibat di dalam kes itu termasuk Murtini Kasman dan Zainarini Mohd Sidek untuk menentukan samada mereka layak untuk terima skim dan program MES.

“Ada antara mereka yang pernah menyertai ‘Jom Shopping’ serta menerima bantuan kewangan untuk pelbagai tujuan, seperti membayar hutang, bantuan am sara hidup, zakat, bantuan peralatan dan bantuan perniagaan.?

Rodziah berkata demikian di dalam kenyataan media sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

“Penegasan Kerajaan Negeri mengenai dasar kebajikan kepada berpendapatan (welfare to workfare) sentiasa menjadi asas kepada peruntukan dan belanjawan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Selangor termasuk golongan ibu tunggal.”

Rodziah berkata, Mahkamah Rayuan di Putrajaya telah membatalkan kes saman tersebut kerana menetapkan bahawa penuntutan tawaran manifesto politik haruslah dibuat melalui proses pilihanraya.

Saman tersebut difailkan oleh kumpulan ibu tunggal itu terhadap Kerajaan Selangor dengan mendakwa bahawa Kerajaan Negeri tidak menunaikan janji bantuan kepada ibu tunggal yang dibuat di dalam manifesto pilihanraya 2008.