Categories
AGENDA NASIONAL

Kes baharu Covid-19 kembali empat angka, 900 pulih

PUTRAJAYA, 13 NOV: Kes baharu Covid-19 hari ini kembali mencatatkan empat angka kepada 1,304 kes hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini menjadikan bilangan kes aktif dengan kebolehjangkitan mencatat 11,822 kes, manakala jumlah kes pulih hari ini sebanyak 900 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 32,069 kes.

Beliau berkata daripada 1,304 kes baharu hari ini, 1,300 merupakan kes penularan dalam negara, sementara bakinya kes import.

Bagi penularan tempatan, Sabah terus mencatat kes baharu tertinggi dengan 556 kes, diikuti Selangor (361), Kuala Lumpur (201), Negeri Sembilan (83) dan Pulau Pinang (42).

“Lain-lain negeri pula melibatkan Sarawak, Perak dan Melaka masing-masing 13 kes, Kedah dan Kelantan masing-masing merekodkan lima kes, Labuan (empat), Johor (tiga) dan Putrajaya catat satu kes,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di sini hari ini.

Bagi empat kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, kesemua kes membabitkan warganegara yang tiba dari Arab Saudi (tiga kes) dan Mesir (satu kes).

Dr Noor Hisham berkata terdapat satu kes kematian berkaitan Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 sebanyak 304 kes.

Katanya, kes kematian itu melibatkan lelaki warga tempatan berumur 70 tahun yang mendapat rawatan di Hospital Tuaran, Sabah dengan sejarah penyakit darah tinggi.

Beliau berkata sehingga kini, terdapat 96 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 39 kes memerlukan bantuan pernafasan.

– BERNAMA

Categories
SELANGOR

Selangor catat 24 kes baharu Covid-19

SHAH ALAM, 9 OKT: Sebanyak 24 kes baharu Covid-19 direkodkan di Selangor hari ini dengan 17 dikesan hasil saringan kontak rapat, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiga kes dikesan dari individu yang pulang dari Sabah.

“Dua kes direkodkan dari lain-lain saringan manakala dua kes lagi masing-masing membabitkan kluster Benteng PK dan kluster Jalan Meru,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook hari ini.

Terdahulu, Dr Noor Hisham memaklumkan pertambahan 354 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes positif 14,722 dengan 3,863 merupakan kes aktif.

Selain itu, enam kematian baharu akibat pandemik dicatatkan di Sabah menjadikan jumlah terkumpul 152 kes.

Categories
AGENDA NASIONAL

Covid-19: 375 kes baharu, lima kematian

SHAH ALAM, 8 OKT: Malaysia merekodkan 375 kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 14,368 kes positif setakat ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah keseluruhan kes positif, sebanyak 3,703 ialah kes aktif dan sedang menerima rawatan.

“Selain itu seramai 60 pesakit sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi manakala terdapat lima kematian direkodkan hari ini.

“Pesakit yang meninggal berumur 82 tahun, 75 tahun, 57 tahun, 55 tahun dan 53 tahun. Semua mereka mempunyai sejarah penyakit,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook hari ini.

Categories
AGENDA NASIONAL

Covid-19: Dua kematian, kes baharu turun dua angka

SHAH ALAM, 30 SEPT: Dua kematian akibat Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan maut sebanyak 136, namun kes baharu turun kepada dua angka iaitu 89 berbanding 101 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu, 86 membabitkan penularan tempatan dan tiga jangkitan luar negara.

“Kematian masing-masing satu di Kedah dan Sabah menjadikan jumlah keseluruhan 136 orang.

“Sehingga hari ini, jumlah terkumpul akibat wabak itu ialah 11,224 sementara kes aktif dengan kebolehjangkitan ialah 1,121,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Beliau menambah jumlah kes pulih seramai 28 menjadikan terkumpul 9,967, manakala 16 individu dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan tiga daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Categories
AGENDA NASIONAL

Kes baharu Covid-19 kembali tiga angka, satu kematian

SHAH ALAM, 27 SEPT: Kes baharu Covid-19 di Malaysia melonjak kepada tiga angka apabila 150 kes direkodkan hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 146 kes jangkitan tempatan melibatkan 124 warganegara dan 22 bukan warganegara serta empat kes import melibatkan tiga warganegara dan satu bukan warganegara.

“Pertambahan kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes 10,919 dengan 950 daripadanya merupakan kes aktif.

“Selain itu sebanyak 50 kes pulih menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih ialah 9,835 kes atau 90.07 peratus daripada jumlah keseluruhan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata negara merekodkan satu kematian menjadikan jumlah keseluruhan kematian 134 kes manakala enam dirawat di unit rawatan rapi.

Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: Singapura catat 15 kes baharu, keseluruhan 57,654

SINGAPURA, 24 SEPT: Singapura yang sedang merangka hala tuju pembukaan semula fasa ketiga dan keempat sektor ekonomi dan aktiviti sosial, mengesahkan pertambahan 15 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam.

Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di republik itu adalah 57,654 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu dalam data ringkas dikeluarkan hari ini, terdapat lima kes import yang sudah pun diserahkan Notis Duduk di Rumah sebaik tiba di Singapura.

“Berdasarkan siasatan kami sehingga kini mendapati tiada kes komuniti,” menurut kenyataan itu.
Dalam kenyataan penuh yang dikeluarkan lewat Rabu, kementerian berkenaan mengklasifikasikan 1,025 kes yang dilaporkan sebagai kes import, 2,243 kes komuniti dan 54,359 kes melibatkan penghuni asrama pekerja asing.

Menurut MOH, 57,291 kes telah pulih sepenuhnya dan didiscaj daripada hospital atau kemudahan penjagaan komuniti.

Sejumlah 36 kes yang disahkan masih ditempatkan di hospital, namun tidak ada pesakit berada di unit rawatan rapi.

Sementara, 285 pesakit bergejala ringan atau secara klinikalnya sihat, tetapi diuji positif Covid-19, diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.

Sehingga kini, 27 orang mati akibat komplikasi Covid-19 di republik itu.

Tiada kluster baharu dikenal pasti semalam.

-BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

13 kes baharu Covid-19, sembilan kes import

SHAH ALAM, 9 OGOS: Sebanyak 13 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan sembilan kes import membabitkan lima warganegara dan empat warga asing, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata enam kes mendapat jangkitan dari China, India dan Jepun manakala satu kes masing-masing direkodkan daripada individu dari Ireland, Indonesia dan Yaman.

“Setakat jam 12 tengah hari tadi terdapat juga empat kes penularan tempatan yang semuanya melibatkan warganegara.

“Tiga kes di Pulau Pinang, dua berkait kluster PUI Sivagangga dan satu kluster baharu, kluster Kurau. Satu kes membabitkan kluster baharu turut dikesan di Putrajaya iaitu kluster Meranti. Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 9,083 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata 174 kes adalah aktif dengan kebolehjangkitan namun sudah disaring dan diberi rawatan.

“Hanya seorang pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) namun tidak memerlukan bantuan pernafasan. Tiada kematian baharu. Kes kumulatif kekal 125 iaitu 1.38 peratus.

“Hari ini sembilan kes disahkan pulih dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah sembuh 8,784 kes iaitu 96.7 peratus,” katanya.

Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: Singapura catat 307 kes baharu, keseluruhan 52,512

SINGAPURA, 2 OGOS: Singapura mengesahkan sejumlah 307 tambahan jangkitan Covid-19 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 52,512 kes.

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam data ringkasnya yang dikeluarkan pada tengah hari di sini menyebut bahawa majoriti kes adalah terdiri daripada pekerja asing yang tinggal di asrama.

Berdasarkan siasatannya setakat ini, kementerian itu berkata hanya terdapat satu kes dalam komuniti yang melibatkan rakyat Singapura.

Selain itu, MOH berkata terdapat lima kes import yang diletakkan di bawah Notis Duduk Di Rumah sejurus ketibaan mereka di Singapura.

Dalam data penuh yang dikeluarkan kelmarin, Singapura mengklasifikasi sejumlah 699 kes yang dilaporkan sebagai kes import, 2,179 sebagai kes komuniti dan 49,327 sebagai kes membabitkan penghuni asrama.

Setakat tengah hari kelmarin, sejumlah 46,491 atau kira-kira 90 peratus daripada keseluruhan kes telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan coronavirus dan didiscaj dari hospital atau kemudahan penjagaan komuniti.

Terdapat 136 kes disahkan yang masih berada di hospital.

Daripada jumlah ini, kebanyakannya adalah sambil atau semakin pulih dan tidak ada pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi.

Sejumlah 5,551 pesakit dengan gejala ringan atau sihat secara klinikal namun diuji positif Covid-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.

Setakat ini, 27 orang meninggal dunia akibat komplikasi selepas dijangkiti Covid-19 di Singapura.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: Singapura catat 257 kes baharu, keseluruhan 47,912

SINGAPURA, 19 JULAI: Singapura merekodkan 257 lagi kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan lapan daripadanya melibatkan kes dalam komuniti.

Menurut data ringkas setakat tengah hari yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH), daripada jumlah kes dalam komuniti itu, dua adalah warga Singapura atau penduduk tetap, dan enam pemegang pas kerja.

Selain itu, menurut kementerian itu, terdapat lima kes import yang diletakkan di bawah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik sahaja tiba di Singapura.

Bagi kes hari ini, sebahagian besarnya adalah pekerja asing yang tinggal di asrama, menurut kenyataan itu.

Dengan perkembangan terbaru itu, jumlah keseluruhan jangkitan di republik itu adalah 47,912 kes.

Dalam data lengkap yang dikeluarkan semalam, Singapura mengklasifikasikan 638 sebagai kes import, 2,111 sebagai kes dalam komuniti dan 44,906 sebagai penghuni asrama.

Secara keseluruhan, 43,833 atau kira-kira 92 peratus kes telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan itu dan dibenarkan keluar dari hospital atau kemudahan rawatan dalam komuniti.

Setakat 12 tengah hari semalam, terdapat 169 kes yang disahkan masih dirawat di hospital, dengan kebanyakannya berada dalam keadaan stabil atau bertambah baik dan tiada pesakit dirawat di unit rawatan rapi.

Sebanyak 3,626 pesakit yang bergejala atau sihat secara klinikal namun masih diuji positif jangkitan Covid-19 diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.

Setakat ini, 27 orang meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan jangkitan Covid-19 di negara ini.

Memandangkan tidak ada lagi kes yang dikaitkan dengan kluster Changi Lodge II di Tanah Merah Coast Road; dan Sungei Tengah Lodge di Old Choa Chu Kang Road, dalam tempoh dua inkubasi kebelakangan, kluster berkenaan kini ditutup.

Bagaimanapun, dua kluster baharu dikenal pasti semalam, dua buah asrama di 72 Tagore Lane dan 54 Tech Park Crescent.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19 Indonesia: 127 maut dalam 24 jam, tertinggi sejak 11 Mac

JAKARTA, 19 JULAI: Indonesia mencatatkan sejumlah 127 kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam, yang tertinggi sejak kes kematian pertama pada 11 Mac, menjadikan angka korban keseluruhan setakat ini ialah 4,143 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkaitan Covid-19, Achmad Yurianto, berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 1,639 kes positif baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 86,521 kes.

“Sebanyak 37,505 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19,” katanya dalam sidang media harian yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,401 kes diikuti Jakarta (736 kes), Jawa Tengah (323), Sulawesi Selatan (279) dan selebihnya wilayah lain di Indonesia.

Daripada 127 kematian dalam tempoh 24 jam lepas itu, sebanyak 52 kes berlaku di Jawa Timur, 23 di Jawa Tengah, sembilan di Jakarta dan selebihnya di wilayah lain.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kes keseluruhan tertinggi iaitu 18,308 diikuti Jakarta (16,538) dan selebihnya di wilayah lain.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: Singapura sahkan 202 kes baharu, keseluruhan 47,655

SINGAPURA, 18 JULAI: Singapura sahkan 202 lagi kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan tujuh kes dalam komuniti.

Menurut data ringkas dikeluarkan pada tengah hari ini oleh Kementerian Kesihatan (MOH), daripada tujuh kes komuniti itu, lima daripadanya ialah warganegara Singapura atau penduduk tetap manakala dua lagi pemegang pas kerja.

Selain itu, menurut kementerian, lapan kes merupakan kes import melibatkan mereka yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura.

Bagi kes hari ini, majoritinya masih membabitkan pekerja migran yang tinggal di asrama, katanya.

Dengan perkembangan terbaru itu, jumlah yang dijangkiti Covid-19 di republik ini kini sebanyak 47,655.

Dalam data penuh dikeluarkan semalam, Singapura mengklasifikasi 630 daripada kes itu sebagai kes import, 2,104 kes komuniti dan 44,719 kes penghuni asrama.

Secara keseluruhannya, 43,577 atau kira-kira 92 peratus kes telah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan dan dibenarkan discaj dari hospital atau kemudahan penjagaan komuniti.

Setakat tengah hari semalam, terdapat 165 kes disahkan yang masih dirawat di hospital, dengan kebanyakannya stabil atau semakin pulih, dan tiada pesakit dirawat di unit rawatan rapi.

Sebanyak 3,684 pesakit yang bergejala atau sihat dari segi klinikal tetapi diuji positif Covid-19 diasingkan dan ditempatkan di kemudahan komuniti.

Setakat ini, 27 orang meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan Covid-19 di republik ini.

Satu kluster baharu dikenal pasti semalam iaitu sebuah tapak pembinaan di Paya Lebar Quarter Tower 2, Paya Lebar Link.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Korban Covid-19 di Indonesia lepasi angka 4,000, kes positif 84,882

JAKARTA, 18 JULAI: Kes positif Covid-19 di Indonesia kini meningkat kepada 84,882 kes, menyaksikan tambahan jangkitan baharu sebanyak 1,752 dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkaitan Covid-19, Achmad Yurianto, berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 59 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat pandemik itu kini 4,016 orang.

“Sebanyak 37,593 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19,” katanya dalam sidang media harian yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,349 kes diikuti Jakarta (727 kes), Jawa Tengah (300), Sulawesi Selatan (270) dan selebihnya wilayah lain di Indonesia.

-BERNAMA