Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Najib yang patut tinggalkan politik

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 10 JUL: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin seharusnya menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tindakan itu wajar dilakukan Khairy memandangkan Najib sudah terpalit dengan rasuah dan kegagalan mentadbir ekonomi negara.

Katanya, pimpinan Umno-BN juga patut berhenti memperdayakan pemikiran rakyat dalam menilai pemimpin.

nik-nazmi“Adakah dengan gesaan seperti ini lebih memudahkan pemimpin Umno-BN untuk terus merompak hasil kekayaan negara? Cukuplah negara kini sudah terpalit pelbagai isu seperti 1MDB (1Malaysia Development Berhad).

“Dengan pelbagai isu menghantui rakyat seperti bebanan kos sara hidup, kenaikan harga barangan, penghapusan subsidi, GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan), rasuah dan penyelewengan duit rakyat.

“Saya yakin pada PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang, rakyat boleh menilai sendiri agar negara tidak lagi ditadbir golongan penyamun dan perompak,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang patut bersara daripada kehidupan politik.

Nik Nazmi berkata, gesaan Khairy itu sepatutnya ditujukan kepada pimpinan partinya sendiri dan bukan parti pembangkang yang digeruni semua.

“Khairy menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir dan Lim Kit Siang untuk meninggalkan pentas politik.

“Sedangkan semua sedia maklum bahawa ketiga-tiga tokoh ini sememangnya digeruni oleh Umno-BN kerana sering memperjuangkan permasalahan rakyat,” katanya.

Categories
NASIONAL

Nik Nazmi: Guru ada hak kritik kerajaan

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 16 MEI: Golongan guru memainkan peranan penting dalam membangunkan negara, maka mereka berhak meluahkan pandangan terhadap pentadbiran sesebuah kerajaan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia termasuk hak mengkritik kerajaan yang dilihat meminggirkan kepentingan rakyat.

Katanya, ia sesuai dengan sifat guru yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dan berkeperibadian terpuji serta berupaya menjadi teladan.

“Apatah lagi, Malaysia pada hari ini terpalit dengan pelbagai budaya seperti rasuah, salahguna kuasa dan pemotongan belanjawan pendidikan.

guru“Bukankah bermula 1 Ogos 2010, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan melibatkan diri dalam politik.

“Langkah ini seiring dengan hakikat bahawa guru memainkan peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara,” katanya dalam kenyataan sempena Hari Guru, hari ini.

Nik Nazmi berkata, guru akan terus komited melaksanakan amanah sekalipun bertindak mengkritik kerajaan.

“Saya percaya guru yang terlibat dalam politik tetap mengutamakan tugas dan fokus mereka iaitu mendidik.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru,” katanya.

Pada Belanjawan 2017 lalu, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM6.12 bilion bagi 20 universiti awam berbanding RM7.57 bilion tahun sebelumnya, iaitu potongan sebanyak 19 peratus.

Antaranya, Universiti Kebangsaan Malaysia hanya diperuntuk RM352.7 juta daripada RM512.33 juta tahun sebelumnya, iaitu potongan sebanyak 31 peratus.

Universiti Teknologi Mara pula dipotong sebanyak 25 peratus, iaitu daripada RM2.23 bilion kepada RM1.67 bilion.

Categories
NASIONAL

Hak BERSIH anjur perhimpunan aman wajar dihormati

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 17 NOV: Hak Bersih 2.0 menganjurkan perhimpunan aman seharusnya dipelihara dan dihormati semua pihak, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Katanya, hasrat Bersih 2.0 untuk berhimpun secara aman juga termaktub dalam perlembagaan negara dan tujuan organisasi itu juga sentiasa jelas dan konsisten iaitu bagi menuntut pilihan raya bersih, bebas dan adil.

“BERSIH juga sudah lama mengumumkan tarikh 19 November, berbanding Gerakan Baju Merah yang dengan jelas menyatakan mahu mengacau Bersih dan berhimpun pada tarikh sama.

nik-nazmi“Jika mereka mahu berhimpun pada tarikh lain tiada masalah tetapi jika mahu mencetuskan gangguan dan intimidasi, itu tidak patut berlaku,” katanya.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, sejarah membuktikan perhimpunan anjuran kumpulan Bersih berlangsung aman jika tiada kekacauan yang ditimbulkan pihak lain.

“Sudah berapa kali perhimpunan bersih dianjurkan dan kebiasannya berlaku aman jika tiada sebarang gangguan daripada pihak lain seperti Bersih 4 lalu.

“Rakyat kini sudah semakin matang dan faham peranan dalam menghormati perlembagaan negara,” katanya.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perhimpunan Bersih 2.0 dan Gerakan Baju Merah adalah tidak perlu dan meminta kedua-dua kumpulan itu bertindak lebih rasional.

Katanya, keduanya tidak mempunyai matlamat jelas dalam berhimpun.

-nR-

Categories
NASIONAL

Kewujudan Umno tidak jamin Mara terus maju – AMK

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 6 APR: Kewujudan Umno tidak memberi jaminan Mara akan terus maju sekiranya pemimpin terus mentadbir negara dengan rakus.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata institusi itu kini sudah menyimpang daripada matlamat asal penubuhannya apabila kebajikan golongan memerlukan tidak lagi dibela, malah digunakan untuk kepentingan beberapa individu sahaja.

NIK NAZMI (1)“Kerugian ratusan juta wang Mara akibat pembelian hartanah di Australia sedikit sebanyak diakibatkan oleh budaya korupsi dipupuk Umno sendiri.

“Tadbir urus kewangan negara semakin teruk mengakibatkan Mara menjadi mangsa apabila biasiswa pelajaran dikurangkan, malah Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga merupakan antara IPTA paling banyak dikurangkan peruntukan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, sekiranya Pakatan Harapan berkuasa Mara diberi jaminan akan terus wujud disamping memperbaiki insititusi itu bagi mencapai matlamat sebenar untuk membela kebajikan masyarakat Bumiputera.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan bahawa Mara akan terhapus sekiranya Umno hilang kuasa.

-nR-

Categories
NASIONAL

AMK : Tiba masa tubuh kabinet bayangan, bukan suka hati umum kerusi

Oleh : AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 27 NOV: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad memberi amaran kepada semua parti dalam Pakatan Harapan agar tidak mengumumkan bertanding kerusi pilihan raya akan datang dengan sesuka hati.

Secara peribadi beliau berpendapat, sudah tiba masanya parti-parti pembangkang mencapai konsensus menubuhkan kabinet bayangan bagi menggambarkan keseriusan mentadbir Kerajaan Persekutuan.

NIK NAZMI KONGRES“Kita sudah tampil sejak Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat dengan belanjawan alternatif dan manifesto bersama. Kabinet bayangan adalah langkah ke hadapan yang perlu kita laksanakan seterusnya.

“Pengumuman pertandingan kerusi secara unilateral, harus dihentikan serta-merta,” katanya pada ucapan dasar Ketua AMK di Kongres Nasional 2015.

Bagaimanapun, beliau menafikan kenyataan tersebut merujuk kepada DAP akhir Oktober lalu.

“Kita sekarang dah ada Pakatan Harapan. Jadi sebarang pengumuman nak bertanding kena buat menerusi Pakatan Harapan. Saya cakap semualah,” katanya kepada media.

Tambahnya, segala keputusan akan dibuat selepas perundingan bersama dalam Pakatan Harapan.

-nR-

Categories
NASIONAL

AMK Desak PR Pecat Anggota Ingkar Arahan Parti

Shamsul Iskandar Kongres

PETALING JAYA, 25 MEI: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam ucapan dasarnya dalam Kongres AMK hari ini mendesak agar semua parti komponen Pakatan Rakyat (PR) memecat mana-mana kepimpinan dan ahli parti yang ingkar arahan parti masing-masing.

“AMK mendesak semua parti komponen PR, baik PKR, DAP mahupun PAS memecatĀ  mana-mana pimpinan atau ahli yang gagal akur arahan parti dan tidak dibenarkan kembali semula ke dalam mana-mana parti komponen PR,” kata beliau.

Menurut Shamsul lagi, pendekatan memecat ahli yang ingkar ini harus diambil bagi memperkukuhkan ukhuwah PR sebagai sebuah entiti yang diyakini rakyat.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, beberapa ahli dan pemimpin parti komponen PR bertindak mengemukakan borang pencalonan masing-masing hingga menyebabkan berlaku pertembungan sesama sendiri.

Tindakan tersebut menyaksikan selain gagal merampas kerusi tradisi BN, PR juga kehilangan beberapa kerusi yang dimenangi dalam PRU-12 lalu.

Selain itu, terdapat juga beberapa anggota PR yang bertanding atas tiket bebas ekoran tidak berpuas hati apabila tidak dicalonkan.