Categories
SELANGOR

Menteri: Pembatalan Kidex dibawa ke Kabinet

SHAH ALAM, 16 FEB: Isu pembatalan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah berkata, beliau tidak boleh memberikan sebarang komen berhubung isu berkenaan kerana membabitkan Kabinet dan Kerajaan Negeri.

Fadillah Yusof“Saya akan meneliti terlebih dahulu alasan Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berhubung pembatalan Kidex yang diumumkan beliau.

“Selepas itu, saya akan merujuk perkara ini kepada Kabinet dan akan membuat kenyataan rasmi selepas segala yang berkaitan diselesaikan,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Terdahulu, Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan pembatalan projek berkenaan ekoran kegagalan syarikat konsesi mematuhi tiga syarat ditetapkan, sebelum 14 Februari lalu.

Categories
SELANGOR

Pusat patut contohi ketegasan MB batal projek Kidex

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 16 FEB: Kerajaan Pusat patut mencontohi ketegasan Kerajaan Selangor yang membatalkan projek Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex) yang selama ini menjadi pertikaian berhubung keperluan projek itu.

Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin, berkata syarikat konsesi diberikan masa cukup untuk membuktikan kepada Kerajaan Negeri bahawa projek itu relevan dilaksanakan.

kidexNamun selepas tempoh diberikan, syarikat konsesi masih gagal berbuat demikian.

“Keputusan yang bagus. Kerajaan Selangor telah memberikan masa cukup kepada mereka namun pemaju tidak berkeupayaan untuk membuktikan manfaat pembinaan projek ini.

“Menteri Kerja Raya perlu mencontohi tindakan Kerajaan Selangor,” katanya ketika dihubungi Selangorkini.

Speaker DNS, Hannah Yeoh menerusi lama twitter menyambut baik pendirian tegas Kerajaan Selangor membatalkan projek itu.

“(Satu) pendirian tegas,” katanya ketika membalas twitter Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran berkata Kerajaan Selangor kini perlu memberikan fokus kepada pelan pembangunan pengangkutan awam bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya.

“Saya menyokong pendirian dan keputusan Menteri Besar dalam isu ini memandangkan Kerajaan Selangor memberikan syarat khas (kepada syarikat konsesi) namun gagal dipatuhi.

“Selepas ini, Kerajaan Selangor perlu memberikan fokus kepada pelan pembangunan pengangkutan awam seperti yang dibuat di Singapura,” katanya.

Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan pembatalan projek berkenaan ekoran kegagalan syarikat konsesi mematuhi tiga syarat ditetapkan sebelum 14 Februari 2015.

EZY

Categories
SELANGOR

NGO: Projek Lebuhraya Kidex patut dikeluarkan dari Rancangan Struktur Selangor 2035

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 16 FEB: Badan Bukan Kerajaan (NGO) ‘Say No To Kidex’ gembira dengan pembatalan projek Lebuhraya Kinrara Damansara (KIDEX) yang menyaksikan perjuangan mereka selama ini akhirnya berhasil.

Jurucakapnya, K W Mak ketika dihubungi Selangor Kini berkata, projek Lebuhraya Kidex itu juga perlu dikeluarkan daripada senarai projek yang akan dilaksanakan dalam Laporan Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035.

no kidexTindakan itu katanya selari dengan pengumuman pembatalan projek lebuhraya Kidex seperti yang diumumkan hari ini.

“Kami dari Say No To Kidex amat berterima kasih kepada Dato’ Menteri Besar kerana mengumumkan pembatalan Kidex.

“Kami juga ingin meminta supaya projek Kidex dikeluarkan daripada laporan tinjauan rancangan struktur Negeri Selangor 2035 apabila Kidex telah dimasukkan dalam laporan itu.

“Laporan tersebut adalah sah dari segi undang-undang, jadi kami nak minta pembatalan laporan itu selaras dengan pengumuman pembatalan projek Kidex,” katanya.

katanya, rakyat tidak akan menolak projek pembangunan pengangkutan awam seperti pembinaan LRT dan MRT kerana ia memberikan manfaat kepada semua berbanding pembinaan lebuhraya yang menguntungkan pihak konsesi sahaja.

Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan pembatalan projek berkenaan ekoran kegagalan syarikat konsesi mematuhi tiga sayarat yang ditetapkan sebelum 14 Februari 2015.

EZY

Categories
SELANGOR

Fomca: Batal Lebuhraya Kidex tepat, tambah baik sistem pengangkutan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 16 FEB: Pengumuman pembatalan projek Lebuhraya Kinrara Damansara (KIDEX) oleh Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali hari ini mendapat reaksi positif Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Timbalan Presidennya, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, langkah pembatalan projek itu disambut baik namun fokus utama perlu diberikan kepada penambahbaikkan sistem pengangkutan awam supaya rakyat boleh menjadikannya sebagai pilihan utama.

FOMCA“Tidak ada masalah kalau Kerajaan Negeri membatalkan Kidex namun dengan syarat kena ada perancangan mengatasi masalah lalu lintas.

“Masalah diberikan perhatian rakyat adalah penambahbaikkan sistem pengangkutan, bukannya pembinaan lebuhraya yang mewujudkan penggunaan lebih banyak kenderaan,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Perkara paling penting katanya adalah dasar kerajaan untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.

Katanya, pembinaan Lebuhraya Kidex lebih menjurus kepada penambahan penggunaan kenderaan di jalan raya dan bukannya menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas sedia ada.

“Penyediaan bas percuma di kawasan Petaling Jaya merupakan langkah yang baik dan dasar ini perlu diperluaskan untuk kemudahan rakyat,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Tak ikut 3 syarat, Lebuhraya Kidex dibatalkan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 16 FEB: Kerajaan Selangor mengumumkan pembatalan projek Lebuhraya Kinrara Damansara (KIDEX) selepas syarikat konsesi gagal mematuhi tiga syarat ditetapkan seperti diminta sebelum 14 Februari 2015.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dalam  kenyataan media berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti maklum balas orang ramai selain berpendirian pembinaan lebuhraya di Selangor perlu bermanfaat bukan sahaja kepada pengguna lebuhraya tetapi turut dinikmati penduduk di lebuhraya itu dibina.

kidexMenurutnya pendirian itu diluluskan dalam pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2015 di Persidangan Dewan Negeri Selangor pada 24 November 2014.

“Kerajaan Selangor mengamalkan pendekatan mengambil kira pandangan orang ramai dalam menentukan kelulusan sesebuah projek agar ia membawa manfaat menyeluruh.

“Selain dari pembangunan ekonomi, pentadbiran Selangor turut menitikberatkan sumbangan sosial dan manusiawi dalam setiap projek diluluskan. Dasar pembangunan berkualiti, rakyat dipeduli menjadi teras dalam setiap pembangunan,” katanya.

Katanya, pembatalan dibuat selepas syarikat konsesi gagal mendedahkan sepenuhnya butiran perjanjian selaras dengan dasar kerajaan Pakatan Rakyat menekankan aspek ketelusan dan kebertanggungjawaban.

kidex12Selain itu, konsesi juga tidak menyediakan Penilaian Impak Lalulintas (Traffic Impact Assessment) yang bebas, Penilaian Impak Sosial (Social Impact Assessment) dan Penilaian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment) seperti yang diminta sebelum ini.

“Kajian itu perlu bagi membuktikan manfaat yang ternyata kepada pengguna dan penduduk kawasan terlibat setelah mengambil kira kesan negatif yang timbul akibat pembinaan lebuhraya itu,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, syarikat konsesi juga gagal mendedahkan anggaran rasmi jumlah tol yang akan dikutip dan kadar pulangan kepada pelaburan termasuk kadar kenaikan tol yang akan ditetapkan.

“Pendekatan sama akan digunakan dalam mempertimbangkan permohonan kelulusan lebuhraya lain yang dicadangkan di bawah bidang kuasa Kerajaan Selangor,” kata beliau.

EZY

BACA KENYATAAN MEDIA PENUH MB 
Categories
KENYATAAN MEDIA

MB: Pembatalan Projek Lebuhraya Kinrara Damansara (KIDEX)

Oleh: Mohamed Azmin Ali

Kerajaan Negeri Selangor mengamalkan pendekatan mengambil kira pandangan orang ramai dalam menentukan kelulusan sesebuah projek agar ia membawa manfaat menyeluruh.

Selain dari pembangunan ekonomi, pentadbiran Negeri Selangor turut menitikberatkan sumbangan sosial dan manusiawi dalam setiap projek yang diluluskan. Dasar pembangunan berkualiti, rakyat dipeduli akan menjadi teras dalam setiap pembangunan di Negeri Selangor.

kidexPertikaian mengenai kelulusan Lebuhraya Kinrara Damansara (KIDEX) sebelum ini banyak berkisar kepada persoalan – persoalan ini.

Kerajaan Negeri telah menggunapakai maklum balas orang ramai yang terbabit untuk menetapkan syarat – syarat khusus yang perlu dipatuhi.

Kerajaan Negeri juga berpendirian bahawa pembinaan lebuhraya dalam Negeri Selangor perlulah bermanfaat bukan sahaja kepada pengguna lebuhraya tetapi juga dinikmati oleh penduduk di mana lebuhraya itu dibina.

Pendirian ini telah diluluskan dalam pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2015 di Persidangan Dewan Negeri Selangor pada 24 November 2014.

Justeru, pihak konsesi KIDEX perlu memenuhi syarat – syarat berikut :

1. Menyediakan Penilaian Impak Lalulintas (Traffic Impact Assessment) yang bebas, Penilaian Impak Sosial (Social Impact Assessment) dan Penilaian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment). Kajian – kajian ini perlu membuktikan manfaat yang ternyata kepada pihak pengguna dan penduduk kawasan yang terlibat setelah mengambil kira kesan negatif yang timbul akibat pembinaan lebuhraya tersebut.

2. Mendedahkan kadar tol sepanjang tempoh konsesi termasuk segala kenaikan tol yang ditetapkan dalam konsesi. Pihak konsesi perlu memberikan anggaran rasmi jumlah tol yang akan dikutip dan kadar pulangan kepada pelaburan (rate of return to investment).

3. Mendedahkan perjanjian konsesi sepenuhnya untuk mematuhi dasar kerajaan Pakatan Rakyat yang menegaskan ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Kerajaan Negeri telah memaklumkan kepada KIDEX untuk mematuhi syarat – syarat ini sebelum 14 Februari 2015.

Oleh kerana tidak ada satu pun syarat – syarat ini yang dipatuhi oleh KIDEX setelah tempoh masanya tamat, maka Kerajaan Negeri Selangor dengan ini mengumumkan pembatalan Projek Lebuhraya Kinrara Damansara (KIDEX).

Pendekatan yang sama akan digunakan dalam mempertimbangkan permohonan kelulusan oleh lebuhraya – lebuhraya lain yang dicadangkan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor.

* Mohamed Azmin Ali adalah Dato’ Menteri Besar Selangor

 

Categories
SELANGOR

MB: Status Lebuhraya Kidex diumum Ahad

Oleh: HAFIZAN TAIB

SEPANG, 14 FEB: Kerajaan Negeri akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai projek Lebuhraya Kinrara – Damansara (Kidex) esok.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Negeri hanya akan mengeluarkan kenyataan apabila tempoh itu berakhir.

kidexEsok 15 Februari adalah tarikh akhir bagi syarikat konsesi yang terbabit dalam pembangunan projek itu memberikan jawapan terhadap segala syarat ditetapkan Kerajaan Negeri.

“Masih ada 24 jam. Selepas itu kita akan jawab.

“Kerajaan Negeri akan buat kenyataan esok,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran Tahun Melawat Selangor 2015 di Lapangan Antarangbangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Setakat ini, katanya, tiada sebarang maklum balas diterima biarpun peluang telah diberi dengan tempoh yang agak lama.

EZY

Categories
SELANGOR

Kidex: Laporan aliran trafik MBPJ selesai

Oleh: AFEEQA AFEERA

PETALING JAYA, 29 JAN: Laporan berhubung kajian aliran trafik bagi pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) yang dilakukan badan perunding bebas lantikan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) selesai sepenuhnya, awal Januari lalu.

Pemangku Datuk Bandar Petaling Jaya, Puasa Md Taib berkata, laporan itu akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri bagi tindakan selanjutnya melalui mesyuarat exco, selewat-lewatnya hujung Februari ini.

kidex2Katanya, kajian aliran trafik terhadap lebuh raya berkenaan juga akan dipaparkan di laman sesawang MBPJ untuk rujukan dan makluman orang ramai.

“Kita sudah mengadakan pertemuan bersama penduduk sekitar kawasan terlibat bulan lalu selepas beberapa siri mesyuarat di peringkat majlis berlangsung.

“Lanjutan itu, satu kertas akan disediakan pada Februari untuk makluman dan jika keputusan atau kelulusan dibuat, maka ia perlu melalui pindaan Rancangan Tempatan untuk mendapat pelan baru.

“Proses kelulusannya bergantung kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat, kita hanya memproses permohonan yang akan dimajukan kepada pihak majlis,” katanya.

Lebuh raya bertingkat sepanjang 13.5 kilometer yang menelan kos RM2.42 bilion itu menimbulkan pelbagai kontroversi dan mendapat tentangan penduduk di Petaling Jaya.

MBPJBagaimanapun, Kidex memaklumkan lebuh raya itu akan memendekkan masa perjalanan hampir 25 peratus antara Damansara dan Kinrara  apabila siap empat tahun lagi, selain masa perjalanan Puchong ke Petaling Jaya dikurangkan sehingga 50 peratus.

Antara kawasan yang terlibat dengan projek lebuh raya itu adalah Petaling Jaya Selatan (PJS), Lebuh Raya Pantai Baru (NPE), Seksyen 52, Seksyen 13, Seksyen 14, Seksyen 17, Seksyen 19, Lebuh Raya Sprint dan Bandar Utama, manakala selebihnya di kawasan Subang Jaya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Azmin adil laksana Kidex, lulus jika syarat dipenuhi

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 15 JAN: Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin yakin kepimpinan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali akan bertindak adil dalam pelaksanaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex).

Bee Yin berkata, Mohamed Azmin pasti akan bertindak seperti yang disebut dalam Dewan Negeri Selangor, pada November lalu.

kidex1Katanya, Kerajaan Negeri juga akan memastikan segala syarat ditetapkan dipenuhi sebelum kelulusan Kidex diberikan.

“Selain itu, laporan impak trafik juga perlu diteliti dengan melihat kepada laporan positif.

“Jika negatif, maka tidak ada keperluan untuk Kidex diteruskan dan saya yakin Kerajaan Negeri juga akan bertindak bijak demi rakyat,” katanya kepada Selangor Kini.

Semalam, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Mohamed Azmin meluluskan Kidex yang didakwa mampu meleraikan masalah trafik terutama di Petaling Jaya.

yeo-bee-yinTerdahulu, Mohamed Azmin meletakkan tiga syarat yang harus dipenuhi pemaju lebuh raya, Kidex Sdn Bhd sebelum kelulusan diberikan Kerajaan Negeri.

Antaranya, Kidex Sdn Bhd perlu mengemukakan secara terperinci perjanjian konsesi bersama Kerajaan Pusat.

Dua syarat lain adalah pengumuman menyeluruh cadangan kadar tol dan pulangan projek Kidex termasuk pemilikan saham syarikat serta bukti keseluruhan kesan penilaian projek itu memberikan manfaat kepada pengguna juga penduduk Petaling Jaya.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

100 HARI: Penyelesaian tuntas lagi pantas, pelbagai kontroversi berakhir

Oleh:  MOHD EZLI MASHUT

Sekurang-kurangnya ada tiga keresahan rakyat di sebalik pengiktirafan umum terhadap kewibawaan pentadbiran Kerajaan Selangor sejak 2008.

Dan ia berlarutan rumit tanpa penyelesaian ampuh serta jauh dari penyelesaian tuntas sekali gus membuktikan ada kelompongan yang dikhuatiri melebar jika tiada formula mujarab.

Namun, Mohamed Azmin Ali – bagaikan silap mata, menterbalik keresahan itu kepada keceriaan dalam tempoh singkat, dengan matang dan bijaksana.

DSC_0012Paling ketara, kontroversi isu pemulangan semua 351 al-Kitab mengandungi kalimah ‘Allah’ selesai ketika kebanyakan pihak berkaitan seakan-akan tidak lagi menaruh harapan.

Semua al-Kitab yang diambil Jabatan Agama Islam Sela-ngor (JAIS) awal tahun 2014 dipulangkan kepada Persa-tuan Gereja? Gereja Sarawak (ACS) pada 14 November lalu – kurang 80 hari pentadbiran baharu.

Acara bersejarah itu berlaku ketika kunjungan hormat Pengerusi ACS, Most Reved Archbishop Datuk Bolly Lapok mengadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang.

Kebijakan Mohamed Azmin melerai kemelut itu dengan kerjasama Istana Selangor mendapat sanjungan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), apatah lagi wujud kekhuatiran betapa masalah boleh membawa kepada pertelingkahan agama yang serius.

Sebaliknya, kontroversi yang boleh membawa kepada isu kronik dan berpanjangan itu bertukar menjadi landasan titik tolak kepada amalan perpaduan kaum dan toleransi agama.

Presiden ABIM, Amidi Abdul Manan menyifatkan keputusan itu penting dalam melindungi kesucian Islam dan Melayu bagi menjamin keadilan kepada agama dan bangsa lain.

Penyelesaian itu secara tidak langsung mengangkat reputasi Islam sebagai agama ‘Rahmatan lil ‘alamin’ yakni agama rahmah untuk seluruh alam, apabila menjulang keadilan tanpa mengira agama anutan.

Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA) Parti Keadilan Rakyat, Dr Muhammad Nur Manuty me-nganggap langkah  itu membuktikan hakikat Islam mementingkan keadilan semua tanpa mengira agama.

Beliau juga menganggap pemulangan itu sebagai menyelesaikan ketegangan dan konflik antara agama yang tercetus sejak insiden berkenaan.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua sendiri kagum dengan kepintaran Mohamed Azmin yang menyelesaikan konflik itu dalam suasana muhibbah.

“Kegagalan pentadbiran terdahulu dalam tempoh sembilan bulan berjaya diselesaikan Mohamed Azmin hanya dalam waktu kurang 60 hari,” kata Tony Pua.

Ini sekali gus membawa mesej kepada masyarakat bukan Islam betapa pemulangan itu menjadi titik permulaan ke arah Malaysia negara mengamal kesederhanaan.

Sungguhpun ada pihak tertentu mahupun segelintir media tempatan cuba mengha-ngatkan kembali kontroversi itu, Mohamed Azmin bijak menepis dengan tidak melayan provokasi sedemikian.

kidex1Satu lagi kontroversi yang tidak kurang hangatnya ialah isu kelulusan projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) bernilai RM2.2 bilion.

Ia dibantah penduduk Petaling Jaya kerana bimbang pembinaan lebuh raya sepan-jang 14 kilometer itu bakal memusnahkan alam sekitar selain menyebabkan harga hartanah merudum.

Perselisihan itu bertambah gamat dipercayai berikutan tiada perbincangan antara Kementerian Kerja Raya dan Ke-rajaan Selangor sebelum ini.

Sebaliknya, itulah antara perkara pertama dilakukan Mohamed Azmin bagi menangani masalah itu, melalui pendekatan berbeza berbanding kepimpinan sebelum ini.

Secara tegas, beliau me-netapkan tiga syarat untuk dipatuhi – tambahan terma baru yang perlu dipatuhi sebelum perjanjian konsesi berakhir 15 Februari 2015, sebelum mempertimbang kelulusan projek berkenaan.

Pertamanya, pemaju, Kidex Sdn Bhd perlu memberi secara terperinci perjanjian konsesi bersama Kerajaan Pusat Dua syarat lain ialah pengumuman menyeluruh cadangan kadar tol dan pulangan projek Kidex termasuk pemilikan saham syarikat dan bukti keseluruhan kesan penilaian projek itu memberi manfaat kepada pengguna mahupun penduduk Petaling Jaya.

Keputusan itu sekaligus menunjukkan kerajaan Selangor bukan menolak pemba-ngunan apatah lagi berbentuk jaringan jalan raya kepada rakyat, asalkan dilakukan secara terbuka dan telus.

Satu lagi kebimbangan rakyat yang sedikit sebanyak menjejaskan kewibawaan Kerajaan Selangor ialah isu penstrukturan air lantaran ia adalah salah satu asas kehidupan manusia.

Namun, keresahan itu patut dilupakan lantaran proses penstruturan air kini di peringkat akhir untuk dimuktamad sekaligus mengembalikan hak pengurusan air kepada rakyat Selangor dan mengakhiri era penswastaan.

Azmin AirKejayaan pembelian saham Puncak Niaga Holding Berhad (PHNB) melalui anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri, Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) membuka lembaran baru.

Pembelian itu membabitkan dua syarikat pemegang konsesi air iaitu Syarikat Bekal-an Air Selangor (Syabas) dan Permodalan Nasional Sdn Bhd (PNSB).

Ia sejajar dengan syarat Perjanjian Induk Penstrukturan Air Selangor bertarikh 12 September lalu yang dimeterai antara Kerajaan Selangor, Kerajaan Persekutuan dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Bermakna, sebahagian besar operasi dan aset air kembali kepada rakyat sekali gus membolehkan Air Selangor mengambil alih dan menyu-sun semula semula operasi Syabas dan PNSB.

Tumpuan utama kini diberi kepada strategi mengurangkan kadar air tidak berhasil dan memastikan bekalan air mencukupi secara berterusan.

Kejayaan penstrukturan air bakal meningkatkan kecekapan perkhidmatan air yang lebih mesra rakyat dan responsif kepada pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kerajaan Selangor kini akan memuktamad pengambil-alihan dua lagi syarikat konsesi iaitu Syarikat Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) dan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash).

Mohamed Azmin bertekad untuk memastikan usaha itu memberi nilai terbaik kepada rakyat walaupun beberapa perkara utama seperti kos dan terma pengambilalihan empat syarikat konsesi sudah diputuskan sebelum ini.

Ini termasuk memastikan pembinaan Projek Langat 2 baik dari segi kapasiti, kos kejuruteraan dan pembinaan dinilai secara objektif oleh wakil Kerajaan Negeri supaya tiada pembaziran.

Berikutan kejayaan, Kerajaan Selangor mempertimbang meningkatkan pemberian air percuma kepada 40m3 selepas penstrukturan industri air Selangor dimuktamad kelak.

Cadangan yang melonjak kebajikan sejak amalan pemberian air percuma 20m3 sejak 2008, sedang disemak semula sebelum sebarang keputusan membantu mengurangkan beban rakyat, dibuat.

Ketiga-tiga keresahan itu yang mungkin menyalakan kemudaratan bukan kepalang ternyata dapat diatasi melalui pendekatan strategik dan berhemah melalui kebijakan pentadbiran pimpinan Mohamed Azmin.

Tiap masalah yang boleh memercikkan kontroversi tidak dibiar berlarutan dan ia dapat mengelak dari terjebak dalam polemik isu tidak berkesudahan ketika rakyat laparkan jaminan keharmonian, keselesaan kalaupun bukan kesempurnaan.

Tangani isu sampah, banjir dan denggi

Di samping penyelesaian isu utama itu, Kerajaan Selangor juga menangani isu lain seperti masalah sampah, banjir, wabak denggi dan pemilikan tanah.

Dalam isu sampah, Mohamed Azmin memberi tempoh tiga bulan berakhir Disember 2014 untuk diselesaikan segera, malah memberi nombor telefon bimbitnya supaya aduan boleh terus disalur kepadanya.

Peruntukan tambahan RM20 juta juga diluluskan bagi memastikan matlamat penyelesaian isu sampah itu dicapai.

Peruntukan khas diberi kepada PBT yang kekurangan dana termasuk penyaluran RM1.5 juta kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Semua kontraktor sisa pepejal mesti mematuhi jadual kutipan sampah domestik dan pembersihan awam melalui pemantauan berterusan.

Ketegasan PBT perlu dan mereka akan memberi notis, malah menamat perkhidmatan kontraktor yang gagal melaksanakan tugas dengan baik, selain mengenal pasti kawasan bagi tambahan unit tong sampah.

Beberapa longgokan sampah haram di bahu jalan dan kawasan lapang turut dikenal pasti, malah Mohamed Azmin turut menerjah dengan memeriksa lori sampah haram.

Masalah banjir di Kajang pula dijangka selesai berikutan kelulusan peruntukan RM5.5 juta baru-baru ini sejurus selepas Mohamed Azmin meninjau lokasi banjir di Pasar Kajang.

Tender kerja itu dimulakan awal 2015 dan kerja menaik taraf sungai dijadual seawal Mac 2015.

Kerja menaik taraf itu melibatkan kerja melebar sungai dari lapan kepada 12 meter selepas beberapa gerai di tanah rizab sungai dipindah ke tanah rizab Kerajaan Negeri.

Kerja penambahbaikan dimulakan dengan mendirikan tembok penahan banjir di hadapan Pasar Kajang dan mendalamkan sungai bagi mengurangkan kesan bencana alam itu.

Dalam isu denggi, Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pusat, sekalipun berbeza fahaman politik, bekerjasama memerangi wabak berkenaan.

Bagi Selangor, kaedah terjah dan musnah diamal, malah diperluas ekoran kes itu paling membimbangkan di Selangor.

Kesungguhan kepimpinan utama negeri ternyata memberi keutamaan kepada penyelesaian isu mengangkat hak rakyat seadil-adilnya tanpa mengira agama dan kaum.

Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri belum terima maklum balas KIDEX

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 6 DIS:  Kerajaan Negeri masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak berkaitan berhubung perkembangan projek pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX), kata Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali .

Mohamed Azmin berkata, pendirian Kerajaan Negeri berhubung projek pembinaan lebuh raya sudah dijelaskan beberapa kali termasuk dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) dan pertemuan dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

kidex1Katanya, pihaknya masih menunggu makluman berkenaan perkara itu.

“Setakat ini , Kerajaan Negeri masih belum menerima sebarang maklum balas mengenai syarat-syarat ditetapkan,” katanya di  sini, hari ini.

Azmin turut bersikap sama ketika ditanya soal penarikan gelaran Datuk Seri daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Sultan Selangor.

“Saya sudah jelaskan sebelum ini,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: KIDEX & LLM perlu patuhi 3 syarat

SHAH ALAM, 20 NOV: Pemaju Lebuh Raya, Kidex Sdn Bhd perlu mengemukakan secara terperinci perjanjian konsesi bersama Kerajaan Pusat jika mahu Kerajaan Selangor mempertimbangkan kelulusan projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, beliau meletakkan tiga syarat yang perlu Kidex Sdn Bhd dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) perlu patuhi, tambahan terma baru yang perlu dipatuhi sebelum perjanjinan konsesi berakhir 15 Februari 2015.

kidex“Ia perlu ada pendedahan umum keseluruhan perjanjian konsesi yang dilanjutkan,” kata Mohamed Azmin selepas perbincangan bersama LLM hari ini.

Mohamed Azmin berkata, dua syarat lain adalah pengumuman menyeluruh cadangan kadar tol dan pulangan projek Kidex termasuk pemilikan saham syarikat dan bukti keseluruhan kesan penilaian projek itu memberikan manfaat kepada pengguna dan penduduk di Petaling Jaya.

“Kidex Sdn Bhd dan LLM perlu mematuhi mematuhi ketiga-tiga syarat sebelum kita boleh bersetuju untuk menilai cadangan ini atau mempertimbangkan permohonan untuk lebuh raya yang dicadangkan itu,” kata Mohamed Azmin dipetik The Malay Mail.

azminKetika pertemuan itu, LLM membentangkan kajian yang mendakwa 80 hingga 85 peratus daripada 2,000 penduduk tinggal berhampiran projek bersetuju dengan cadangan pembinaan terbabit.

“Kita memberitahu mereka bahawa dokumen sebenar diperlukan dan kita akan mengkaji perkara ini,” katanya.

-NFN-