Categories
SELANGOR

Mangsa kebakaran terima bantuan segera RM500

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 29 JAN: Sejumlah RM500 disumbangkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Pasir Putih, Kalumpang pada 28 Januari lalu.

LZS dalam satu paparan di Facebook berkata, sumbangan itu adalah sebagai pendahuluan untuk menampung keperluan mangsa sekeluarga.

LZS bantuan“Tahap kemusnahan adalah sebanyak 50 peratus dan status kediaman adalah rumah sendiri.

“Bantuan susulan akan disalurkan kemudian melihat kepada keperluan keluarga ini,” katanya.

Bantuan diserahkan Pegawai Agihan Zakat Daerah Hulu Selangor kepada mangsa, Burhanudin Nordin.

LZS berkata, Burhanudin adalah amil qariah Kalumpang yang banyak membantu badan itu terutamanya dalam penyaluran maklumat dan menjejaki golongan yang layak untuk dibantu.

“Semoga Burhanudin tabah dengan dugaan dihadapi.

“Terima kasih pembayar zakat. Zakat anda kami salurkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

1,850 asnaf terima bantuan pendidikan LZS

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 29 NOV : Seramai 1,850 asnaf fakir dan miskin dari tiga daerah menerima bantuan pendidikan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

LZS dalam posting di Facebook berkata, bantuan itu adalah bagi sesi persekolahan anak asnaf pada 2016 di daerah Petaling, Kuala Selangor dan Hulu Langat.

LZS BANTUAN“Seramai 652 asnaf fakir dan miskin di daerah Petaling menerima bantuan pendidikan RM854,920, manakala 784 penerima di Kuala Selangor dengan agihan RM691,800 dan 414 asnaf fakir miskin di Hulu Langat dengan agihan RM354,850.

“Semoga bantuan pendidikan ini memberi suntikan semangat kepada anak asnaf untuk terus komited dalam menuntut ilmu,” katanya.

Majlis penyerahan diadakan serentak di kawasan masing-masing pada 26 November lalu.

LZS turut menyediakan bantuan pendidikan bagi pengajian tinggi sebaik sahaja mereka menerima tawaran melanjutkan pelajaran.

Bantuan pendidikan itu berjumlah antara RM20,000 hingga RM30,000 bagi mereka yang akan melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara.

-nR-

Categories
SELANGOR

OKU dan Pak Guard terharu terima bantuan sekolah anak

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 26 NOV: Bantuan pendidikan Lembaga Zakat Selangor (LZS) ternyata membantu keluarga asnaf fakir dan miskin mendepani cabaran kos sara hidup tinggi.

Orang Kelainan Upaya (OKU), Ahmad Hariri Al-Hadi Md Yusop, 38, berkata beliau menerima bantuan yuran berjumlah RM1,450 dan pakaian persekolahan (RM950) untuk tiga anak yang masih bersekolah.

Katanya, bantuan diteriman meringankan bebannya dan isteri yang turut mempunyai enam anak lain.

HARIRI“Ini kali kedua saya menerima bantuan sedemikian dan lebih menggembirakan ianya lebih tinggi berbanding tahun lalu.

“Jika sebelum ini saya pembayar zakat, kini apabila menjadi penerima tentulah rasa terkejut dalam masa sama terharu,” katanya yang kini berniaga pakaian terpakai (bundle) di rumahnya di Seksyen 19.

Beliau merupakan salah seorang daripada 652 keluarga yang menerima bantuan pendidikan LZS bagi sesi persekolahan 2016 di Masjid Jamek Raja Tun Uda, di sini, hari ini.

Sementara itu, pegawai keselamatan, Mohd Suhaimi Abdullah, 61, berkata bantuan itu sememangnya diperlukan asnaf sepertinya apalagi hanya beliau yang mencari nafkah.

SHUHAIMI“Jika harapkan gaji kecil saya memang tidak cukup untuk tiga anak yang masih bersekolah.

“Dengan keadaan ekonomi sekarang, bantuan seperti ini sangat membantu. Terima Kasih banyak kepada pembayar zakat,” kata bapa kepada empat anak itu.

Categories
SELANGOR

LZS salur RM25 juta bantuan persekolahan 2016

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 26 NOV: Seramai 19,009 keluarga asnaf fakir dan miskin membabitkan 49,158 pelajar menerima bantuan pendidikan RM25 juta daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi sesi persekolahan 2016.

Pengurus LZS Daerah Petaling, Zulkepli Md Yatim, berkata daerahnya mencatatkan jumlah pelajar tertinggi dengan 11,045 pelajar daripada 3,827 keluarga berjumlah RM5.46 juta.

Katanya, ia disampaikan secara berperingkat mengikut zon bermula awal November lalu.

LZS ZAKAT“Bantuan diberikan menerusi dua kaedah iaitu pembayaran akaun melibatkan 3,175 keluarga dan bakinya pula diberikan menerusi tunai.

“Untuk fasa terakhir, sejumlah RM854,920 diberikan kepada 652 keluarga,” katanya dalam sidang media.

Terdahulu, Orang Besar Daerah Petaling, Datuk Emran Kadir menyampaikan sumbangan berjumlah RM654,990 kepada 502 keluarga asnaf miskin manakala 150 keluarga asnaf fakir (RM199,930).

Anak yang bersekolah di pra sekolah menerima RM100 bagi yuran pengajian, sekolah rendah kebangsaan dan sekolah rendah agama menerima RM150 manakala sekolah menengah kebangsaan dan agama pula RM250.

Untuk bantuan pakaian dan peralatan sekolah, setiap penerima menerima antara RM150 hingga RM200.

Penerima boleh mendapatkan keperluan itu di pasar raya Sakan, Mydin dan Jakel terpilih dengan menggunakan MyKad ketua keluarga sebagai rujukan.

Categories
SELANGOR

Tukang masak tak sangka miliki rumah sendiri

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 4 NOV: Kegembiraan terpancar di wajah tujuh keluarga asnaf apabila mereka menerima bantuan pembiayaan rumah pangsapuri kos rendah daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Bantuan disalur melalui wang zakat PKNS berjumlah RM287,000 bagi membeli pangsapuri bernilai RM35,000 seunit untuk diserahkan kepada asnaf supaya dapat hidup dalam kediaman lebih selesa.

Muhamad Taha Rasul Abdul Aziz, 39, ternyata sangat bersyukur apabila impiannya memiliki rumah sendiri tercapai malah lebih awal daripada dijangka.

TAHA“Sebagai tukang masak dengan gaji kecil memang mustahil untuk saya memiliki rumah sendiri. Kalau ada sekali pun mungkin lagi 20 tahun.

“Alhamdulillah, rezeki itu sudah sampai lebih awal daripada dijangka,” katanya.

Sementara itu, Masninah Kumin, 48, berkata sebagai ibu tunggal menyara ahli keluarga ramai menyukarkan beliau membayar sewa rumah lebih besar.

“Gaji tidak tinggi tapi perlu menyara enam anak dan lima cucu di rumah setinggan di Kampung Keretapi, Klang.

“Bersyukur sangat dengan bantuan ini. Kami sekeluarga sudah memiliki rumah sendiri dan saya tidak perlu lagi ikat perut untuk bayaran sewa bulanan,” katanya kepada Selangor Kini.

AMITAHSuri rumah, Amitah Guasia, 38, berkata kos kehidupan hari ini semakin mencengkam membataskan keluarganya mencari rumah sewa selesa pada harga murah.

“Hanya suami bekerja menyara saya dan lima anak yang masih bersekolah. Kos kehidupan hari ini sangat tinggi menekan kehidupan golongan seperti kami.

“Terima kasih PKNS dan LZS kerana prihatin terhadap kesusahan masyarakat,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

LZS buka cawangan baru di Cyberjaya

SHAH ALAM, 13 OKT : Lembaga Zakat Selangor (LZS) melebarkan lagi sayap operasinya dengan pembukaan cawangan terbaru di Cyberjaya.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat LZS, Norajun Ainun Mohd Hashim, berkata cawangan ke-27 di Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyber 4 itu bertujuan memudahkan masyarakat Islam di kawasan sekitar membuat urusan berkenaan zakat.

Katanya, selain perkhidmatan taksiran dan pembayaran zakat, cawangan itu juga memberi perkhidmatan agihan zakat kepada penduduk setempat.

LZS Norajun Ainun“Waktu operasi bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari Isnin hingga Khamis, manakala hari Jumaat pada pukul 8.30 pagi sehingga 4.45 petang.

“Cawangan ini turut beroperasi pada hari Sabtu minggu kedua dan keempat dari pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang,” katanya dalam kenyataan.

Maklumat lanjut berkenaan zakat boleh diperolehi dengan melayari portal LZS di www.zakatselangor.com.my atau menghubungi talian Zakat Selangor 1-800-88-5353.

-NR-

Categories
SELANGOR

LZS bantu ringan beban pesakit barah dan tibi

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 11 OKT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni Fathurul Zaman dan Nursuhaili Fatiha Azmi yang terlantar sakit bagi meringankan beban mereka dan keluarga pada 9 dan 10 Oktober lalu.

Fathurul Zaman dari Kuala Kubu Bharu disahkan mengidap barah paru-paru tahap akhir manakala Nursuhaili Fatiha dari Bandar Saujana Putra pula menderita penyakit tibi.

Melalui akaun facebooknya, LZS berkunjung ke rumah keluarga Fathurul menyalurkan sumbangan tunai zakat untuk keperluan keluarga berkenaan.

Fathurul juga akan menerima sumbangan susulan berupa bantuan kewangan, makanan bulanan dan keperluan perubatan.

Manakala, Nursuhaili yang sekadar terlantar hampir dua bulan di rumahnya dibantu melalui asnaf gharimin sebanyak hampir RM3,000 sebulan bagi pembelian susu dan lampin pakai buang.

LZS turut meluluskan agihan bantuan katil boleh laras kepada Nursuhaili.

Program bantuan itu adalah usaha LZS menzahirkan keprihatinan terhadap ujian menimpa asnaf fakir dan miskin.

-NR-

Categories
SELANGOR

Gelandangan ‘surau’ disantuni LZS

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 25 SEP: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni keluarga gelandangan yang sebelum ini menjadikan sebuah surau di Puchong sebagai tempat berteduh.

Menerusi laman facebooknya, LZS tampil menziarahi keluarga Suhaila Md Sahi, 32, pada 21 September lalu bagi menyalurkan bantuan kecemasan RM500.

Selain itu, keluarga berkenaan juga akan menerima bantuan deposit rumah dan sewa bulanan di samping bantuan lain bergantung kepada keperluan keluarga berkenaan.

GELANDANGAN SURAU“Pada masa sama, keluarga Suhaila kini dalam proses pengesahan sebagai asnaf fakir dan miskin di Selangor,” jelas LZS.

Sebelum ini, Suhaila dan lima anaknya ditanggung bekas suami, Muhammad Reduan Abdullah, 36 tahun.

Namun, selepas Reduan diberhentikan kerja, mereka kehilangan sumber pendapatan seterusnya memaksa Suhaila dan anak-anaknya tinggal di surau.

Kisah mereka menjadi viral di laman sosial dan mendapat perhatian pelbagai golongan netizen selepas seorang lelaki Cina, Kuan Chee Heng mula berkongsi nasib keluarga itu di laman Facebook.

-NR-

Categories
SELANGOR

LZS : hanya yang layak terima bantuan

 

SHAH ALAM, 18 SEP : Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan terus memantau pengagihan wang zakat kepada asnaf yang layak melalui pengawasan badan pengauditan.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali, berkata ia bagi memastikan urus tadbir zakat dilakukan secara adil, telus dan amanah mengikut syariat Islam.

LZS ZAKAT“Pihak LZS akan menyaring dan menolak permohonan sekiranya didapati tidak layak.

“Siasatan serta penilaian akan dibuat dan agihan zakat perlu dilaksanakan mengikut hukum syarak dan bukan sewenang-wenangnya diberi kepada yang tidak berhak,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau mengakui wujud isu pertindihan dan tidak telus dalam kalangan pemohon semasa mengisi maklumat peribadi untuk mendapatkan bantuan zakat.

Katanya, tindakan itu menyebabkan LZS terpaksa mengambil langkah teliti dengan menyemak latar belakang, menyiasat dan memantau pengagihan wang zakat bagi sesebuah keluarga.

“Pihak kami turut menerima aduan berkenaan nama dan maklumat peribadi asnaf digunakan pihak luar yang tidak bertanggungjawab untuk mendapat bantuan zakat.

“Namun, kes berkenaan adalah terpencil dan tindakan sudah diambil pada peringkat awal,” katanya.

Pada masa sama, Hussin berkata LZS sentiasa proaktif membantu golongan fakir dan miskin melalui pelbagai saluran bagi mendapatkan zakat.

Katanya ia termasuk membuka 26 cawangan LZS di seluruh negeri, kaunter mini zakat di setiap daerah, kaunter bergerak, kaunter ekspres agihan zakat, Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) dan lain-lain.

“Sehubungan itu, bagi memastikan mereka yang berhak menerima bantuan, kami menyeru supaya masyarakat turut membantu menyalurkan maklumat berkenaan asnaf yang memerlukan,” katanya.

-NR-

Categories
SELANGOR

LZS berterusan bantu keluarga Harris

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 14 SEP: Keluarga adik Mohd Harris Asraf, 2 menerima bantuan pembelian rumah kos rendah daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Bukit Beruntung, Rawang.

Ia adalah bantuan susulan setelah LZS menyalurkan beberapa bantuan lain bagi mengurangkan beban Harris yang menghidapi masalah usus sejak lahir.

“LZS mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga pembayar zakat yang membolehkan kami membantu golongan asnaf yang memerlukan,” kata LZS menerusi laman rasmi facebooknya.

rohaizat lzsSebelum ini, keluarga Harris termasuk ayahnya, Rohaizat Ashikin menerima bantuan kewangan dan makanan bulanan, pendidikan, bantuan raya, tunggakan bil hospital serta perubatan.

Pada 2013, Rohaizat yang bekerja sebagai pemandu teksi terbeban dengan kekangan anaknya itu sehingga beliau hilang fokus berkerja seterusnya menyebabkan tunggakan sewa teksi.

Keadaan itu menyebabkan kehidupan mereka bertambah sukar sebelum disantuni LZS yang kemudian membiayai hutang sewa teksinya.

Harris menghadapi masalah kesihatan sejak dilahirkan dan memerlukan penjagaan rapi daripada kedua ibu bapanya.

-NR-

Categories
SELANGOR

Aplikasi eZakat sebar dakwah secara optimum

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 4 SEPT : Medium penyampaian dakwah Lembaga Zakat Selangor (LZS) dioptimumkan melalui pengenalan aplikasi telefon pintar, eZakat.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat LZS, Norajun Ainun Mohd Hashim, berkata aplikasi itu dilengkapi pelbagai kemudahan dan maklumat berkaitan zakat untuk kemudahan orang ramai.

“Dengan maklumat di hujung jari, aplikasi ini dilengkapi kalkulator zakat untuk memudahkan pengguna membuat pengiraan, kaedah pembayaran dan mendapatkan info berkaitan zakat.

“Aplikasi ini juga membolehkan pengguna mengakses serta menyemak rekod bayaran zakat mereka,” katanya kepada Selangor Kini.

Norajun berkata, aplikasi itu turut memperkenalkan fungsi ‘Lapor Asnaf’ yang membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat jika terdapat individu atau keluarga yang memerlukan bantuan.

Katanya, pengguna hanya perlu mengisi butiran lengkap berkaitan individu atau keluarga yang ingin dibantu beserta gambar sekiranya ada.

“Pihak LZS akan turun padang membuat siasatan selepas mendapat maklumat penuh daripada laporan yang diterima.

“Proses ini akan mengambil tempoh 14 hari waktu bekerja,” katanya.

eZakat boleh dimuat turun secara percuma di Playstore untuk versi Android dan Applestore untuk versi iOS.

-NR-

Categories
SELANGOR

Rebut peluang kerja Umrah percuma dengan e-Zakat Online

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 25 OGOS: Orang ramai masih berpeluang memenangi pakej Umrah secara percuma melalui pendaftaran eZakat Online (eZO) sehingga 18 November ini.

Kempen itu membolehkan peserta memenangi pakej umrah bernilai sehingga RM6,000 bagi hadiah utama selain pakej pelancongan dan gajet kepada pemenang bertuah.

ezologoSelain itu, pengeluar zakat juga berpeluang menyemak maklumat bayaran zakat, mengemaskini maklumat, membayar zakat secara atas talian dan mencetak penyata zakat.

“Semua pemenang dipilih melalui cabutan setelah tamat tempoh kempen dengan hanya perlu klik di laman sesawang www.zakatselangor.com.my/ezo,” kata Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam satu kenyataan.

Selain hadiah utama, pembayar zakat juga berpeluang memenangi baucer bulanan bernilai RM500 sebelum kemuncak kempen eZO berlangsung.

Peluang peserta untuk memenangi hadiah lebih tinggi jika menunaikan zakat sama ada zakat fitrah atau harta sepanjang tempoh kempen menggunakan kaedah atas talian.

“Bagi peserta yang mendaftar eZO, cabutan nama dilakukan sekali, manakala peserta mendaftar eZO dan menunaikan zakat secara atas talian, nama mereka dicabut sebanyak dua kali,” katanya.

EZY