Freerider Bikers dan LZS jejak asnaf untuk Jelajah Singgah Sahur

Kira-kira 50 Freerider Bikers bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Penghulu Mukim menjayakan program Jelajah Singgah Sahur ke beberapa rumah asnaf fakir dan miskin kawasan Sungai Buloh.

Categories
SELANGOR

221 asnaf berjaya keluar kepompong kemiskinan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 30 MEI: Sejumlah RM3.7 juta bantuan ekonomi diperuntukkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada asnaf fakir dan miskin serta mualaf sejak Januari hingga April lalu.

Pengurus Sektor Komunikasi Korporat, Norajun Ainun Mohd Hashim berkata, ia bagi membantu golongan itu meningkatkan taraf kehidupan dan pendapatan melalui pelbagai sektor.

“Bantuan ini hanya disediakan untuk asnaf fakir dan miskin serta mualaf di Selangor yang berdaftar dengan LZS.

lzs“Antara bentuk bantuan yang diberikan adalah modal perniagaan, bantuan perikana dan penternakan,” katanya kepada Selangor Kini.

Katanya, RM22.2 juta diperuntukkan LZS untuk pembangunan ekonomi golongan berkenaan tahun lalu.

Pada masa sama, Norajun berkata, seramai 1,859 asnaf sudah menerima bantuan perniagaan daripada LZS sehingga kini.

“Bantuan perniagaan disalurkan maksimum RM5,000 merangkumi modal dan barangan atau mesin untuk golongan asnaf memulakan perniagaan,” katanya.

Seramai 221 asnaf berjaya keluar dari kepompong kemiskinan daripada jumlah penerima bantuan perniagaan berkenaan.

-NFN-

LZS sumbang 130 komputer riba kepada siswa keluarga fakir miskin

Sebanyak 130 buah komputer riba dengan nilai keseluruhan berjumlah RM256,100 disumbangkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada siswa dari keluarga fakir dan miskin di lapan buah universiti tempatan.

Majlis disempurnakan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Bantuan komputer riba ini diberikan sebagai kemudahan tambahan kepada mereka selain menerima bantuan sara diri sebanyak RM3,000 setahun termasuk pembiayaan yuran pengajian oleh LZS.

Sehingga September 2014, sejumlah 6,227 orang mahasiswa asnaf fakir dan miskin dibiayai LZS untuk melanjutkan pengajian di IPTA dan IPTS seluruh negara melibatkan pengajian dari peringkat sijil hingga ke doktor falsafah.

Kempen Zakat Di Hati sebar maklumat terkini kutipan LZS

Lembaga Zakat Selangor (LZS) melancarkan kempen ‘Zakat Di Hati’ yang bertemakan Tanggungjawab Direalisasi bagi mendekatkan dan membudaya ibadah zakat dalam kehidupan masyarakat Islam.

RM23.6 juta zakat diagih kepada 32,843 keluarga asnaf

Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukan RM23.6 juta bantuan zakat untuk diagihkan kepada 32,843 keluarga asnaf fakir dan miskin seluruh Selangor.

30 Asnaf Selangor terima lori dan moto tiga roda dari LZS

Projek perintis program usahawan khusus untuk golongan asnaf fakir dan miskin yang dianjurkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) disambut baik golongan itu kerana ia ternyata mampu membantu mereka meraih pendapatan tambahan.

Kebanyakan asnaf yang ditemui ketika penyerahan lori dan motor roda tiga dalam satu upacara di Dataran Pantai, petang semalam melahirkan perasaan gembira dan terharu terhadap sumbangan yang diberikan.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Shah Alam bakal terima pelaburan RM 35 billion – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 28102013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT . Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Pelabur luar negara bakal membuat pelaburan berjumlah RM35 bilion di Shah Alam dalam tempoh lima tahun akan datang dalam pelbagai bidang seterusnya merancakkan ekonomi Selangor.

2. Kerajaan Negeri memperuntukkan RM20 juta bagi tujuan penambahbaikan asrama Universiti Selangor (Unisel) dan dijangka siap selewat-lewatnya pada bulan Jun tahun hadapan.

3. Seorang pegawai bagi menguruskan hal ehwal Mualaf bakal ditempatkan di setiap masjid di negeri itu pada tahun hadapan dengan peruntukan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) antara RM30 juta – RM40 juta setahun.

Pegawai urus hal ehwal Mualaf di setiap masjid

mualaf 1SHAH ALAM 26 OKT : Seorang pegawai bagi menguruskan hal ehwal Mualaf bakal ditempatkan di setiap masjid di negeri itu pada tahun hadapan dengan peruntukan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) antara RM30 juta – RM40 juta setahun.

Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi, berkata setiap daerah akan mempunyai peruntukan kira-kira RM6 juta setahun diharap agar golongan itu terus mendapat bimbingan dan program secara berterusan.

mualaf 2Katanya, sebelum ini hanya seorang pegawai mengurus hal ehwal mualaf untuk setiap daerah yang perlu menguruskan peruntukan kira-kira RM6 juta.

“Ianya bukan soal kewangan tetapi berkenaan keberkesanan program yang dijalankan dan ia nanti diharap menjadi kekuatan untuk mengkoordinasi antara Mualaf bagi menjinakkan hati mereka lebih mendekati ajaran Islam,” kata beliau.

Sallehen berkata demikian semasa perasmian Program Multaqa Masjid 2013 yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Seramai 400 pemuda wakil dari masjid-masjid seluruh daerah hadir dalam program yang bertujuan memupuk kecenderungan golongan belia agar mencintai masjid.

Kata Sallehen, beliau berharap peranan Masjid dipertingkatkan dengan merancakkan aktiviti agar menjadi pemangkin kepada kemajuan ilmu dan dapat menarik pelbagai peringkat masyarakat.

“Kita harap masjid-masjid di negeri Selangor menjadi naungan untuk mereka yang cintakan kepada ilmu,” kata beliau.

Katanya, golongan muda perlu proaktif melaksanakan program pengimarahan masjid dengan kreatif menggunakan pelbagai strategi dakwah supaya lebih ramai masyarakat menyertai program yang dianjurkan.

“Kita mahu masjid menjadi pusat komuniti masyarakat yang menempatkan pelbagai kemudahan seperti Wifi dan dewan yang boleh digunakan untuk aktiviti masyarakat.

“Diharap para belia juga memainkan peranan penting untuk menarik golongan belia yang lain,” kata beliau.

Mangsa Kebakaran Terharu Terima Bantuan ADUN

SAMSUNGBATU CAVES 22 Okt: Mangsa kebakaran di Kampung Laksamana, dekat sini, melahirkan rasa terharu atas keprihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari, yang menyalurkan bantuan kepada mereka.

Mangsa, Adiani Abu Akmal, berkata ketika kejadian kebakaran itu berlaku sekitar jam 3 petang, dia dan keluarga tidak berada di rumah kerana menghadiri kenduri kahwin, sebelum dimaklumkan jiran menerusi panggilan telefon.

Beliau berkata, kebakaran itu membabitkan dua buah rumah dan yakin punca kejadian disebabkan kilang besi buruk yang beroperasi berdekatan kawasan perumahan terbabit.

?Saya ada minta ganti rugi daripada kilang berkenaan, namun pengurusannya enggan dan menuduh punca kebakaran disebabkan anak saya, tetapi kami tidak ada di rumah ketika kejadian itu berlaku,? katanya pada majlis bantuan daripada Pejabat ADUN Batu Caves yang disampaikan Jawatankuasa Penduduk Zon (JKP) 8, Zuhudi Ahmad, di sini, semalam.

Adiani berkata, kerugian yang ditanggung lebih RM50 ribu dan dia sudah membuat laporan polis bagi proses tuntutan ganti rugi daripada kilang yang tidak mempunyai nama itu.

Amirudin-ShariAdiani berkata, mereka tidak menerima sebarang bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) walaupun kejadian itu berlaku kira-kira dua minggu.

“Saya juga ada meminta bantuan UMNO Cawangan Kampung Laksamana, namun sangat terkilan dan kecewa keraba permohonan tidak dipedulikan mereka.

?Sehingga kini, saya hanya menerima bantuan ehsan daripada Ketua Kampung dan ADUN Batu Caves. Dengan sumbangan diberikan dapat membantu saya membeli barang keperluan dua anak yang masih bersekolah.

Sementara itu, Amiruddin yang melawat kawasan kebakaran mengucapkan takziah kepada semua mangsa atas musibah yang menimpa dan meminta kilang yang didakwa menjadi punca kebakaran itu disiasat. -NFN-

Categories
NASIONAL SELANGOR

Enam beradik ditinggal ibu bapa akan dipelihara pihak ketiga

rodziah pc green 20 jul 01

SHAH ALAM 10 OKT: Enam beradik ditinggalkan ibu bapa di Jalan Bukit Panjang, Kuala Selangor sejak beberapa hari lalu, mendapat pembelaan Kerajaan Selangor, kata  Rodziah Ismail.

Dibantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita itu berkata, mereka ditempatkan dalam penjagaan sementara pihak ketiga.

“Kejadian itu benar. Ibu bapa mereka abaikan tanggungjawab. Jadi, kita memohon perintah mahkamah supaya enam anak itu diberi kepada pihak yang lebih bertanggungjawab,” katanya

Hak penjagaan mereka dijangka diputuskan Mahkamah Kanak-Kanak Kuala Selangor esok.

Rodziah yang mengunjungi rumah mereka selepas pendedahan media berkata, isu  pendidikan akan diberi perhatian berikutan mereka tidak pernah bersekolah.

“Anak sulung berusia sembilan tahun tidak pernah ke sekolah walaupun kerajaan membina rumah mereka di bawah kelolaan Lembaga Zakat Selangor (LZS),” katanya.

Rodziah berkata, ibu bapa mereka pula akan dibawa ke pihak berwajib untuk sesi kaunseling supaya timbul kesedaran dan tidak mengabai tanggungjawab.

Katanya, kerjasama masyarakat diperlukan dengan memiliki sensitiviti tinggi supaya melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Categories
SELANGOR

LZS sampaikan bantuan kepada 210 mangsa ribut

dr rani

SHAH ALAM, 19 SEPT – Kesukaran 210 penduduk Meru, Klang dekat sini yang rumah mereka dilanda banjir dan ribut baru-baru ini mendapat simpati Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Berikutan itu, mereka diberi bantuan RM300 setiap seorang yang disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Osman yang mahu membawa hal itu ke sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).

“Kejadian kali ini lebih kepada ribut. Ada kawasan yang kita kenal pasti setiap kali hujan akan berhadapan banjir,” katanya yang menyatakan masalah banjir di beberapa lokasi utama sudah selesai.

Beliau akan mengadakan mesyuarat bersepadu dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi menyelesaikan masalah di kawasan baru itu.

Penduduk, Abdul Muhit Karmain yang tujuh tahun menetap di Taman Meru Indah, Klang menyifatkan pengalaman pertama berdepan banjir dan ribut, sukar dilupakan.

Apatah lagi, mereka sekeluarga sedang mengadakan rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri ketika kejadian, malah khemah untuk tetamu diterbangkan ribut.

Beliau menganggarkan kos kerugian berjumlah RM5,000 termasuk kerosakan bumbung dan barangan elektrik.

“Kejadian berlaku 1 September lalu. Saya pasang satu khemah, khemah terbang dan makanan semua kena hujan. Banyak barangan tidak dapat diselamatkan,” katanya.

Bagi Mohd Nasir Saad yang empat tahun menetap di Jalan Kasim Meru, beliau berharap sistem perparitan dibaik pulih dan dinaik taraf supaya banjir dapat dielak.

Beliau mengakui berhadapan bencana banjir dua kali setahun lantaran tinggal berdekatan parit yang menjadi laluan saliran air.

“Saya di rumah jiran, Tiba-tiba ribut dan hujan. Tak sampai 30 minit bumbung terbang dan kami bergotong-royong membantu jiran,” katanya.

– FZL

Categories
NASIONAL SELANGOR

Trauma dirompak 4 lelaki, Rodziah ziarah blogger Omakkau

Blogger Truma 01

KLANG 13 SEPT: Blogger Omak Kau, Rohani Abdul Hamid, 44 masih trauma berikutan diacu parang ketika rumahnya dirompak sekumpulan lelaki minggu lalu.

Beliau berkata, perasaan takut menyelubungi dirinya ketika malam dan bersendirian biarpun empat lelaki yang merompaknya sudah ditangkap polis semalam.

“Saya berasa seolah-olah diekori. Anak saya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 17 tahun turut trauma kerana kejadian itu berlaku depan matanya,” kata ibu tunggal itu.

Kejadian itu mendapat perhatian Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah smail yang menziarahinya di sebuah pangsapuri di Bukit Raja di sini, petang semalam.

Rodziah bimbang terhadap kejadian yang menimpa Rohani dan keluarganya dan berharap polis harus mempergiat rondaan supaya kejadian itu tidak berulang.

“Perlu ada tindakan lebih mantap dan fokus dari polis untuk melihat bagaimana perkara itu  boleh diatasi, dengan peratus jenayah meningkat saban hari,” katanya.

Blogger Truma 02

Turut hadir, wakil Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memberi sumbangan bagi meringankan beban Rohani.

Pada 6 September lalu, Rohani yang baru pulang dari program pelancaran buku karya Ikhwanul Muslimin di sebuah hotel di Shah Alam, dirompak empat lelaki bertopi keledar, sekitar jam 2 pagi.

Beliau turut diacu dengan parang selain ada antara perompak itu cuba berkelakuan tidak senonoh terhadap kehormatannya.

Mangsa kerugian lebih RM5,000 berikutan pelbagai barang berharga termasuk komputer riba, televisyen telefon bimbit dan barang kemas dilarikan perompak itu.