Categories
AGENDA NASIONAL

Belasan sindiket menyamar pegawai LHDN, tipu lebih RM600,000 

KUALA LUMPUR, 11 FEB: Sebanyak 18 kes sindiket penyamaran sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melibatkan kerugian RM636,311 yang dilaporkan bagi tempoh 1 Januari hingga 9 Februari tahun ini.

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan maklumat tersebut diperoleh daripada laporan media massa.

“Taktik digunakan scammer adalah menakut-nakutkan mangsa sehingga panik sebelum memaksa mangsa mengambil tindakan terburu-buru dengan menyerahkan butiran peribadi dan perbankan malah ada yang secara sukarela membuat bayaran wang tunai kepada ahli sindiket,” demikian menurut kenyataan itu.

Bagi mengelak perkara sama berulang, LHDN mengingatkan orang ramai untuk menyemak panggilan, e-mel atau surat meragukan daripada LHDN dengan menghubungi Hasil Care Line di 03-89111000/ 603-89111100 (luar negara), talian pegawai menerusi portal rasmi www.hasil.gov.my atau hadir ke cawangan LHDN berhampiran.

Selain itu, orang ramai boleh membuat semakan modus operandi sindiket penipuan menerusi portal rasmi LHDN di http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php bt_kump=10&bt_skum=1&bt_posi=1&bt_unit=2&bt_sequ=1.

Mengenai usaha menyedarkan masyarakat, LHDN memanfaatkan media massa dan media sosial selain e-mel rasmi [email protected] untuk menghantar infografik peringatan berkaitan aktiviti scammer.

“Sehingga kini, 2,927,400 e-mel dikirim kepada alamat e-mel yang terdapat dalam pangkalan data LHDN dan 814,865 e-mel masih di peringkat proses pengiriman,” menurut LHDN.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

LHDN nafi lantik pihak tertentu beri khidmat isi borang mohon BPR

KUALA LUMPUR, 8 FEB: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima aduan mengenai adanya pihak tertentu yang mengenakan bayaran bagi khidmat pengisian borang permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Menurut LHDN dalam kenyataan hari ini, permohonan BPR adalah percuma dan tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pemohon.

LHDN menegaskan mereka tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk memberikan khidmat pengisian borang BPR itu dan setiap permohonan yang diterima secara dalam talian mahupun borang kertas, disemak mengikut tatacara ditetapkan serta tiada keistimewaan diberikan.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan permohonan BPR, orang ramai boleh menghubungi talian Hotline BPR LHDN Malaysia 1-800-88-2747; HASiL Live Chat; dan mengisi Borang Maklum Balas dalam portal rasmi LHDNM https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Pejabat LHDN di Menara TM, Jalan Semarak ditutup mulai esok

PUTRAJAYA, 28 JAN: Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Siasatan Putrajaya dan Pejabat Pengarah Negeri Wilayah Persekutuan Putrajaya di Menara TM, Jalan Semarak, Kuala Lumpur ditutup bermula esok bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan.

LHDN dalam kenyataan hari ini berkata Cawangan Siasatan Putrajaya, Pejabat Pengarah Negeri Wilayah Persekutuan Putrajaya termasuk Cawangan Wangsa Maju, yang ditutup sejak Isnin lepas, dijangka akan kembali beroperasi mulai Selasa depan (2 Februari).

“Sehubungan itu, dalam tempoh penutupan sementara ini, pelanggan disaran melakukan semua urusan secara dalam talian, namun, bagi pembayar cukai yang benar-benar memerlukan perkhidmatan secara bersemuka, mereka boleh mengunjungi mana-mana kaunter perkhidmatan LHDN yang berhampiran,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Orang ramai yang ingin membuat sebarang pertanyaan atau mendapatkan maklum balas boleh menghubungi LHDN menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara) atau HASiL Live Chat atau Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

– BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Sanitasi pejabat, LHDN tutup sementara beberapa cawangan

KUALA LUMPUR, 24 JAN: Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Wangsa Maju di Kuala Lumpur dan Kaunter Perkhidmatan Percukaian di cawangan Johor Bahru (Penggajian) serta cawangan Johor Bahru (Perniagaan) akan ditutup sementara untuk tujuan sanitasi.

LHDN dalam kenyataan memaklumkan bagi Kaunter Perkhidmatan Percukaian di cawangan Johor Bahru (Penggajian) serta cawangan Johor Bahru (Perniagaan), penutupan bermula hari ini sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Sebagai alternatif bagi melakukan urusan, LHDN memaklumkan pelanggan boleh mengunjungi Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor Bahru, UTC Pasir Gudang dan Pusat Khidmat Hasil Pontian.

Sementara itu, penutupan pejabat LHDN cawangan Wangsa Maju akan bermula esok hingga suatu tarikh akan dimaklumkan kemudian dan sebagai alternatif, pelanggan boleh mengunjungi LHDN cawangan Duta, Cheras, Kuala Lumpur Bandar dan UTC Pudu.

Sehubungan itu, dalam tempoh tersebut pelanggan dinasihatkan untuk melakukan semua urusan percukaian secara dalam talian dan bagi pembayar cukai yang benar-benar memerlukan perkhidmatan bersemuka, mereka boleh mengunjungi kaunter perkhidmatan di cawangan LHDN berhampiran.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas, orang ramai boleh menghubungi LHDN menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat atau borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

-BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Pejabat satelit LHDN Cyberjaya ditutup untuk sanitasi

KUALA LUMPUR, 20 JAN: Pejabat satelit Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di Cyberjaya ditutup sementara mulai hari ini hingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan.

Menurut kenyataan LHDN hari ini, sepanjang tempoh itu, pembayar cukai disaran melakukan urusan percukaian secara dalam talian.

Bagi sebarang pertanyaan serta maklum balas, orang ramai boleh menghubungi LHDN menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat atau borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Talian Bantuan Prihatin Rakyat ditutup sementara

CYBERJAYA, 18 JAN: Talian Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 1800-88-2747 ditutup sementara mulai hari ini hingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Menurut kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini, buat masa ini pelanggan yang mempunyai pertanyaan lanjut dan masalah berkaitan permohonan BPR boleh menghubungi cawangan atau pusat khidmat hasil (PKH) yang berdekatan.

Pelanggan juga boleh merujuk soalan lazim (FAQ) BPR di portal BPR di https://bpr.hasil.gov.my/ untuk penjelasan terperinci berkaitan urusan pendaftaran MyBPR, permohonan baharu dan kemas kini maklumat BPR.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Pejabat LHDN Kompleks Bangunan Kerajaan KL ditutup untuk sanitasi

KUALA LUMPUR, 4 JAN: Beberapa pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di Kompleks Bangunan Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim ditutup sementara mulai hari ini bagi memberikan laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

Bahagian Komunikasi, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LHDN dalam satu kenyataan malam tadi memaklumkan tiga pejabat ditutup untuk esok sahaja iaitu Cawangan Siasatan Duta – Blok 8; Cawangan Duta (Penggajian) – Blok 8A dan Cawangan Guaman Kuala Lumpur – Blok 10.

Bagaimanapun Cawangan Tidak Bermastautin – Blok 8; Cawangan Industri Khas – Blok 8; Pusat Bayaran Kuala Lumpur – Blok 8 A (kecuali kaunter bayaran di Aras Tanah beroperasi seperti biasa), manakala Cawangan Duta (Perniagaan) – Blok 10 akan ditutup esok sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Sehubungan itu pelanggan dinasihatkan melakukan semua urusan percukaian secara dalam talian bagi tempoh berkenaan.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDNM menerusi pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Ahmad Maslan gagal lagi gugur pertuduhan isytihar RM2 juta

KUALA LUMPUR, 18 DIS: Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan gagal kali ketiga untuk menggugurkan dua pertuduhan tidak mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini berikutan Jabatan Peguam Negara menolak permohonan representasi kali ketiga yang dikemukakan Ahmad berhubung kedua-dua pertuduhan yang dihadapinya.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Siti Noor Hafizan Zakaria semasa pengurusan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Kamar Jamaludin.

“Pihak pendakwaan telah diserahkan dengan representasi kali ketiga dan representasi tersebut telah ditaklimatkan kepada Peguam Negara (Tan Sri Idrus Harun) dan telah ditolak pada 5 Oktober lepas,” katanya.

Dalam prosiding itu juga, pendakwaan memohon tarikh bicara baharu ditetapkan berikutan timbalan pendakwa raya dan pegawai penyiasat kes tersebut telah dikuarantin kerana mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

“Sepatutnya tarikh bicara seterusnya pada 24 Disember ini. Sehubungan itu, pihak-pihak memohon satu tarikh perbicaraan baharu, dan perbicaraan ini melibatkan 10 saksi pendakwaan,” katanya.

Peguam Mohamed Baharudin Mohd Ariff yang mewakili Ahmad, 54, berkata pihaknya mempunyai kelapangan pada bulan Julai tahun depan memandangkan dari Januari hingga Mei pihaknya mempunyai kes-kes lain di Mahkamah Tinggi dan di mahkamah Shah Alam.

Pihak pendakwaan memaklumkan pihaknya berkelapangan dari Februari hingga Mei 2021 namun pihak pembelaan tidak berkelapangan antara bulan tersebut.

Hakim Ahmad Kamar menetapkan tarikh perbicaraan pada 5 hingga 8; 12 hingga 15 dan 26 hingga 29 Julai tahun depan.

Ahmad didakwa telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar berjumlah RM2 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri itu kepada LHDN dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2013 yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Beliau dituduh telah menerima wang tersebut, yang dipercayai sebagai hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang, melalui cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 November 2013, dan cek itu telah ditunaikan sendiri oleh Ahmad pada hari sama.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini, pada 30 April 2014.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Ahmad didakwa telah memberi pernyataan palsu kepada SPRM semasa percakapannya dirakam oleh pegawai penyiasat SPRM iaitu Ketua Penolong Kanan Penguasa Mohd Zairi Zainal, berhubung isu itu di bilik sidang media, Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini antara 2.45 petang dan 3.30 petang pada 4 Julai 2019.

Pertuduhan mengikut Seksyen 32(8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Petronas peroleh kebenaran mulakan kes terhadap LHDN

KUALA LUMPUR, 15 DIS: Petronas dan tiga syarikat lagi memperoleh kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini bagi mencabar tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenakan taksiran cukai tambahan berjumlah RM3.6 bilion antara 2010 dan 2017.

Peguam S. Saravana Kumar memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak LHDN tidak membantah permohonan itu dan bersetuju kebenaran diberikan kepada syarikat berkenaan bagi memulakan permohonan semakan kehakiman melalui deraf perintah persetujuan yang disediakan oleh pihak syarikat.

“Demi menjimatkan masa mahkamah, kesemua pihak telah mencapai jalan penyelesaian dengan responden (LHDN) bersetuju kebenaran diberikan kepada pihak pemohon bagi meneruskan kes,” kata peguam itu.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid kemudiannya merekodkan perintah persetujuan berkenaan. Bagaimanapun, tarikh pendengaran semakan kehakiman belum ditetapkan oleh mahkamah.

Dalam prosiding hari ini, Saravana Kumar mewakili kesemua pemohon iaitu Petronas dan anak syarikatnya Petronas Carigali Sdn Bhd bersama Sapura OMV Upstream (PM) Inc, dan Tembungo Sub Block PSC manakala Timbalan Penguam Cara Hasil Dr Hazlina Hussain mewakili Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri selaku responden.

Pada Julai lalu, Petronas dan anak syarikatnya, Petronas Carigali bersama Sapura OMV dan Tembungo Sub Block PSC memfailkan tiga permohonan semakan kehakiman terhadap LHDN dengan mendakwa tindakan LHDN adalah di luar kuasa, menyalahi undang-undang, tidak sah, kelampauan kuasa dan tidak rasional dalam membuat taksiran cukai tambahan berjumlah RM3.6 bilion.

Petronas mendakwa LHDN melanggar Seksyen 15(1) Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 dan menyalahtafsirkan Seksyen 72(1)(a) akta tersebut, sama seperti menuduh Petronas mengelak cukai.

-BERNAMA

Categories
AGENSI SELANGOR

Pusat Khidmat Hasil Hulu Langat dibuka semula esok

KUALA LUMPUR, 24 NOV: Pusat Khidmat Hasil (PKH) Hulu Langat di Pusat Hentian Kajang yang
ditutup sejak 21 Oktober lalu kembali beroperasi mulai esok dengan waktu operasi terhad
sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB).

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan waktu operasi
semua jenis perkhidmatan iaitu kaunter percukaian, kaunter duti setem dan kaunter Bantuan
Sara Hidup (BSH) serta Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dibuka dibuka setiap Isnin hingga
Jumaat, dari 8 pagi hingga 1 tengah hari.

“Namun, penerimaan bayaran bagi kaunter duti setem adalah hingga 12 tengah hari sahaja,”
menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas boleh dilakukan melalui Hasil Care Line di talian 03-
8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat atau melalui
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/MS-MY/ .

-BERNAMA

Categories
AGENSI SELANGOR

Pejabat, kaunter LHDN dibuka semula esok tapi waktu terhad

KUALA LUMPUR, 29 OKT: Beberapa pejabat dan kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Selangor akan kembali beroperasi mulai esok, namun dengan waktu operasi terhad sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

LHDNM dalam satu kenyataan hari ini berkata antara yang dibuka semula mulai esok ialah perkhidmatan kaunter setempat dan duti setem pejabat LHDN cawangan Shah Alam dari jam 8 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga Jumaat.

Selain itu semua kaunter LHDN di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Selangor akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga Jumaat dan dari jam 9 pagi hingga 1.30 petang setiap hari Sabtu dan Ahad.

Sementara itu bermula Isnin pula semua pejabat LHDNM di Menara Hasil Bangi akan dibuka, dengan perkhidmatan kaunter setempat dan kaunter penerimaan borang di bangunan berkenaan akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 1 petang setiap Isnin hingga Jumaat.

Turut akan dibuka semula ialah operasi Hasil Care Line dari jam 9 pagi sehingga 5 petang setiap Isnin hingga Jumaat.

Orang ramai boleh melayari portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut, dan sebarang pertanyaan serta maklum balas boleh dimajukan melalui Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara) dan HASiL Live Chat.

LHDN juga boleh dihubungi melalui borang maklum balas di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/ .

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Sanitasi: Kaunter LHDN Labuan, Shah Alam ditutup mulai esok

KUALA LUMPUR, 25 OKT: Kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Wilayah Persekutuan Labuan dan Shah Alam, Selangor ditutup bermula esok sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan.

LHDN dalam kenyataan hari ini berkata sepanjang tempoh itu, pembayar cukai disaran untuk melakukan urusan percukaian secara dalam talian.

Menurut kenyataan itu, bagi sebarang pertanyaan serta maklum balas, orang ramai boleh menghubungi LHDN menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara) atau HASiL Live Chat atau Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM dipautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/

-BERNAMA